Karzan, Nawi dan Idris Jusoh antara dapat tanah
Khairul Azlam Mohamad, | 25 Mac 2012 |
KUALA TERENGGANU 25 Mac: Sebagaimana dijanjikan, Pesuruhjaya PAS Terengganu mendedahkan nama penerima tanah dari kerajaan negeri Terengganu di kalangan wakil rakyat Umno.
(Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menunjukkan gambar-gambar tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli Parlimen BN.)
Mohamad Abdul Wahid Endut mendedahkan sebahagian dari nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ‘dianugerahkan’ tanah oleh kerajaan negeri.
Pendedahan kali ini lanjutan dari dakwaan yang dibuat pada 18 Mac 2012 lalu yang tidak disebut nama-nama Adun-MP terbabit.
Antara nama-nama pemimpin Umno-BN yang diberi keistimewaan memperolehi tanah seluas satu hektar seorang termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.
“Pertama, Ahli Parlimen Besut, Dr Abdullah Muhammad Zin. Dia dikurniakan tanah seluas satu hektar di kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut dengan No. Lot PT6964.
“Kedua, Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh. Bekas MB Terengganu dan dia (Idris) dapat juga di kawasan yang sama dengan keluasan satu hektar dan No. Lot PT6902.
“Ketiga, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, juga di lokasi tanah yang sama, keluasan juga satu hektar dengan No. Lot PT6904. Keempat, Muhammad Pehimi Yusoh iaitu Adun Kota Putera juga di kawasan sama, keluasan satu hektar dengan No. Lot PT6903.
“Pemimpin kelima, Adun Batu Rakit, Karzan Che Mat. Tanah itu di kawasan Mengabang Bakong, Mukim Batu Rakit, Setiu. Keluasan tanah 0.9965 hektar, dengan No. Lot PT30794,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, 24 Mac lalu.
Abdul Wahid mendakwa mempunyai senarai ramai di kalangan pemimpin terdiri dari wakil rakyat Umno-BN yang dianugerahkan tanah berharga di tepi laut oleh kerajaan Terengganu.
Namun, katanya pendedahan nama-nama pemimpin berkenaan akan dibuat secara berperingkat mengikut keadaan semasa.
(Wahid dedahkan lima nama pemimpin Umno yang dapat tanah)
“Hari ini, saya akan dedahkan lima nama dulu. Kita (PAS) tidak mahu dedah semua sekaligus. Kita akan buat macam idu Nasional Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd jugalah lebih kurang.
“Kita (PAS) dedah sikit-sikit nak tengok reaksi dia (pemimpin Umno). Kita akan bahas lagi perkara ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 23 hingga 26 April 2012, depan.
Menurutnya, jumlah satu hektar seorang kepada pemimpin Umno-BN tertentu tidak wajar dalam keadaan rakyat dinafikan hak tersebut.
Ini kerana, katanya, jika satu hektar itu dibahagikan kepada lapan bahagian untuk rakyat sebanyak 20 lot tanah boleh diagihkan.
“Satu hektar itu, jika dijadikan lot perumahan boleh diagihkan kepada 20 lot untuk 20 orang rakyat biasa. Jadi hak rakyat 20 orang telah dinafikan oleh seorang wakil rakyat BN yang dikurniakan tanah itu.
“Jadi untuk lima orang Adun dan Ahli Parlimen BN itu, kerajaan boleh berikan kepada 100 orang rakyat yang memerlukan tanah penempatan masing-masing,” ujarnya
Menurutnya, tindakan pemimpin Umno-BN tersebut tidak selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”.
PAS Terengganu umum calon Dun Paka
Salmiyah Harun, | 25 Mac 2012 |
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut mengumumkan calon berkenaan dalam majlis Himpunan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di Dewan MPKj, Kajang pagi tadi.
Menurut Abdul Wahid, persiapan untuk menentukan siapa calon yang akan bertanding perlu diteliti sebaiknya supaya pengundi boleh menerima calon tersebut.
"Yang pasti calon itu boleh menang, kita menang kerana semua orang undi kita. Calon itu boleh diterima seluruh masyarakat baik Melayu, Cina ataupun India," katanya di hadapan kira-kira 1,000 anak-anak Perantau.
Katanya, buat masa ini hanya calon Paka sudah diumumkan dan calon-calon lain masih belum diputuskan sehinggalah PAS Pusat memutuskannya.
"Kita sudah ada senarai nama, dan nama-nama itu sudah dihantar ke PAS Pusat, kita akan selesaikan dengan baik. Calon yang kita kemukakan insyallah akan menang,"katanya.
Jelas beliau, Saiful Bahri antara calon yang cukup komited dalam menggerakkan kerja-kerja parti tidak kira masa dan atas usaha itu PAS yakin dan percaya beliau boleh melaksanakan tugas dengan baik.
Malah katanya, dengan pengumuman itu yang agak awal berbanding calon-calon lain, PAS Terengganu yakin beliau berjaya mengambalikan semula kerusi Paka kepada PAS.
Saiful Bahri pernah memenangi kerusi itu pada 1999 hingga 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Terengganu.
Terkini, beliau ada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu. Untuk PRU kali ini merupakan kali ketiga beliau bertanding di kerusi Dun Paka
Periksa tahap kesihatan sebelum bersukan
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 25 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 25 Mac: Penggemar sukan dinasihat
melakukan rawatan kesihatan terlebih dahulu untuk mengetahui tahap
kesihatan sebelum menyertai mana-mana bidang sukan yang diminati.
Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata mendapat khidmat nasihat pegawai kesihatan penting bagi mengenal pasti tahap kesihatan bagi mengelak sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Badminton, Sepak Takraw Berpasukan & Antara Regu Veteran Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) 2012, di Dewan Teratai, di sini tengah hari tadi.
Sebanyak 16 pasukan Maksak termasuk beberapa jabatan di peringkat negeri menyertai pertandingan kejohanan berkenaan bermula 22 hingga 25 Mac, di mana Kelantan sebagai tuan rumah.
Menurutnya, telah berlaku kematian atau pengsan sewaktu bersukan dan ianya boleh menyerang sesiapa sahaja sekiranya tidak berhati-hati.
“Saya berharap MAKSAK lebih berhati-hati dalam perkara ini bagi mengelakkan kejadian buruk tidak menimpa para ahli,” ujarnya.
Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Agung Maksak, Ahmad Faedzal Md Ramli dan lain-lain jemputan.
Pada masa yang sama beliau berharap kakitangan awam meningkatkan prestasi kerjaya masing-masing.
Sambungnya, antara tujuan program sukan diwujudkan di peringkat kakitangan awam untuk meningkatkan budaya kerja yang lebih positif.
KOTA BHARU, 25 Mac:
Bagi melahirkan rasa cinta yang tidak pernah padam disamping
menyemarakkan rasa kasih dalam rumahtangga pasangan suami isteri di
negara ini, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) melancarkan ‘Pekej Mengorat
Isteri Sendiri’.
Program berkenaan mula dilancarkan hari ini dan berkuat-kuasa serta merta.
Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa dalam kenyataannya hari ini berkata menerusi PMIS, pasangan suami isteri boleh menginap di mana-mana jenis bilik penginapan yang disediakan dengan potongan harga istimewa.
“Pelanggan juga turut mendapat sarapan pagi dan sajian set makanan malam di kamar masing-masing sewaktu penginapan,”ujarnya.
Aziz seterusnya berkata, bagi pasangan kelamin yang sudah mempunyai zuriat turut dialu-alukan dengan membawa anak masing-masing.
Katanya, walaupun ianya belum dilancarkan secara rasmi sebelum ini, namun pasangan suami isteri yang juga seorang guru di negeri ini telah menempah bilik untuk menyertai majlis ini malam tadi.
“Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan pekej yang ditawarkan sambil menyifatkan ianya sesuatu yang unik,”ujarnya.
Pada waktu yang sama, KTC turut mengalu-alukan anggota polis dan keluarga masing-msing menyertai pekej berkenaan bersesuaian dengan ulangtahun Polis Diraja Malaysia ke-205 menerusi pekej Terima kasih Polis dengan harga RM205.
Aziz seterusnya memberitahu, dengan pelbagai masaalah rumahtangga yang berlaku kini, pihaknya berasa terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab bersama dengan program santai untuk mereka.
Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata mendapat khidmat nasihat pegawai kesihatan penting bagi mengenal pasti tahap kesihatan bagi mengelak sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Badminton, Sepak Takraw Berpasukan & Antara Regu Veteran Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) 2012, di Dewan Teratai, di sini tengah hari tadi.
Sebanyak 16 pasukan Maksak termasuk beberapa jabatan di peringkat negeri menyertai pertandingan kejohanan berkenaan bermula 22 hingga 25 Mac, di mana Kelantan sebagai tuan rumah.
Menurutnya, telah berlaku kematian atau pengsan sewaktu bersukan dan ianya boleh menyerang sesiapa sahaja sekiranya tidak berhati-hati.
“Saya berharap MAKSAK lebih berhati-hati dalam perkara ini bagi mengelakkan kejadian buruk tidak menimpa para ahli,” ujarnya.
Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Agung Maksak, Ahmad Faedzal Md Ramli dan lain-lain jemputan.
Pada masa yang sama beliau berharap kakitangan awam meningkatkan prestasi kerjaya masing-masing.
Sambungnya, antara tujuan program sukan diwujudkan di peringkat kakitangan awam untuk meningkatkan budaya kerja yang lebih positif.
KTC tawar pakej mengorat isteri
Salmah Mat Husain, | 25 Mac 2012 |
Program berkenaan mula dilancarkan hari ini dan berkuat-kuasa serta merta.
Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa dalam kenyataannya hari ini berkata menerusi PMIS, pasangan suami isteri boleh menginap di mana-mana jenis bilik penginapan yang disediakan dengan potongan harga istimewa.
“Pelanggan juga turut mendapat sarapan pagi dan sajian set makanan malam di kamar masing-masing sewaktu penginapan,”ujarnya.
Aziz seterusnya berkata, bagi pasangan kelamin yang sudah mempunyai zuriat turut dialu-alukan dengan membawa anak masing-masing.
Katanya, walaupun ianya belum dilancarkan secara rasmi sebelum ini, namun pasangan suami isteri yang juga seorang guru di negeri ini telah menempah bilik untuk menyertai majlis ini malam tadi.
“Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan pekej yang ditawarkan sambil menyifatkan ianya sesuatu yang unik,”ujarnya.
Pada waktu yang sama, KTC turut mengalu-alukan anggota polis dan keluarga masing-msing menyertai pekej berkenaan bersesuaian dengan ulangtahun Polis Diraja Malaysia ke-205 menerusi pekej Terima kasih Polis dengan harga RM205.
Aziz seterusnya memberitahu, dengan pelbagai masaalah rumahtangga yang berlaku kini, pihaknya berasa terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab bersama dengan program santai untuk mereka.
Tudung Inggeris dengan Tudung Arab
http://msomelayu.blogspot.com, | 25 Mac 2012 |
Gelora
yang melanda wanita Umno hari memberi suasana yang tidak kondusif
kepada UBN amnya dan Najib Razak khasnya. Adalah satu kesilapan besar...
umpama menyimpan kudis yang akan menjadi barah kalau Umno atau Najib
menolak hakikat wanita Umno kini berpecah kepada dua puak; puak
menyokong Shariat Abdul Jalil dan yang tidak menyokong yang dilambangkan
oleh naibnya, Kamalia Ibrahim.
Kalau tidak berpecah dua dan wanita Umno dalam keadaan keliru, tidak mungkin diadakan himpunan wanita Umno semalam untuk memberi 'pencerahan' terhadap beberapa isu yang timbul. Pencerahan itu bererti ada ruang-raung temaram dan gelap di dalam wanita Umno pada masa ini yang perlu dibersihkan. Keadaan kini tidak wajar berlaku dan sesuatu menyedih lagi menakut kerana ia menjelang pilihan raya.
Wanita adalah agen terpenting dalam Umno. Wanita menjadi tenaga utama dalam jentera Umno kerana kesungguhan dan keseriusan mereka setengahnya sehingga ada melupai suami dan anak-anak dalam berkerja untuk kemenangan Umno. Apabila fraksi itu sudah berpecah dan tidak sekata ia memarahkan Umno.
Selepas majlis semalam diadakan pula sidang akhbar untuk kesemua pihak terkhusus Sharizat dan Kamalia membuat penjelasan. Sharizat cuba menunjukkan akan dirinya tidak berubah walaupun dia sudah pasti tidak akan menjadi menteri selepas ini. Jaminan Najib agar wanita bersama Sharizat juga memberi kekuatan kepadanya dan eksploit olehnya kononnya ia masih ada sokongan. Tetapi apa guna kekuatan kalau jawatan tidak ada. Dalam Umno jawatan mengatasi segala-galanya. Seseorang itu menjadi kuat, disayangi dan dihormati kerana adanya jawatan.
Sidang akhbar itu banyak disuluh dan ditumpukan kepada Kamalia sebab Kamalia yang menonjol dalam mengkritik dan tidak senang dengan Sharizat ekoran terpalit tahi lembu cair dari lembu gembuk milik suaminya.
Kamalia tidak senang dengan isu itu. Pengumuman Sharizat untuk berundur dari kabinet dilihat sebagai tidak menyelesaikan masalah atau kemelut dalam wanita Umno kerana pengundur itu bukan ikhlas dan suci. Ia dibuat Sharizat setelah beliau terhidu yang kouta senatornya yang tamat 8 April tidak akan disambung lagi. Bagi Kamalia keikhlasan Sharizat boleh diterima kalau beliau berundur sekarang.
Mengenang saya nampak Kamalia ikhlas dan bukan dia berbuat untuk mendapat sesuatu. Beliau bimbang kerana isu projek lembu gemuk (NFC) akan memakan Umno. Lagi pun isu lembu gemuk menyulitkan untuk wanita bergerak kerana mereka turut dipalitkan sama apabila ketua mereka Sharizat ditengok terlibat.
"Hari ini kami (wanita Umno) dipanggil lembu," demikian kata Kamalia dipetik dari satu laporan protol. Jadi untuk melincinkan tugasan wanita maka bau hampak lembu hendaklah dibuang dari wanita Umno. Kamalia merasakan bahawa projek lembu gemuk turut terpalit ke kelubung merah dia sendiri dan wanita lain juga. Desakan itu pastinya demi menjaga maruah wanita Umno seluruhnya.
Alasan Kamalia itu memang betul dan tepat. Apa yang menimpa Sharizat itu seolah-olah setitik nilai yang jatuh ke dalam susu sebelanga. Maka walaupun dia tahu penyokong setia Sharizat akan marah kepadanya, tetapi demi tanggungjawab dan amanah parti dia terpaksa cakapkan juga tanpa memperdulikan suara cemuha sang setia Sharizat.
Gara-gara isu dialami Sharizat menyebabkan timbul suasana berbelah bagi dalam wanita Umno. Ada bersetuju kalau Sharizat bukan saja melepas jawatan menteri tetapi jawatan ketua wanita juga. Mereka yang selama ini bergantung hidup mendapat ehsan dari kedudukan Sharizat sebagai menteri akan menyokong habis-habisan. Manakala yang benar-benar menjaga nama baik dan maruah parti bersetuju dengan saranan Kamalia itu.
Media massa tidak cuba highligt keadaan ini dan cuba diselindungkan perbalahan itu. Namun apa yang wujud dihati tidak dapat disembunyikan. Di dalam lensa kemera dan gambar-gambar dipaparkan menjelaskan bahawa tidak ada gambar Kamalia bersama Sharizat. Tidak ada propaganda kemesraan di antara mereka berdua. Ketiadaan gambar ini menunjukkan kedua pihak sedang berperang. Sebelum ini pun perang dingin keduanya sudah berlaku. Perkara paling jelas perwatakan, peribadi dan pemikiran keduanya jauh berbeza.
Umum sudah tahu mereka tidak dari satu rahim pemikiran. Usah melihat jauh, tenguk sahaja kepada bentuk tudung yang mereka pakai sudah menjelaskan perbezaan itu. Sharizat pakai tudung stail Inggeris manakala Kamalia memakai tuduh stail Arab. Tudung Sharizat nampak ekor lembu di dahi manakala tudung Kamalia menutup rambut dan aurad.
Pakaian dan syaksiah mereka menunjukkan perbezaan dan keperibadian ini. Pakaian juga tercermin dalam wanita seluruhnya. Mana-mana wanita yang bertudung Inggeris adalah penyokong Sharizat manakala yang bertudung Arab adalah penyokong Kamalia.
Apa yang tercermin dari keperbadian dan fesyen ini ia tidak boleh dibohongi. Pakaian mencerminkan apa yang terlindung di dalam. Besar atau leper di dalam akan digambar menerusi pakaian!
Dalam melihat perbalahan di antara Sharizat dengan Kamalia ini ia tidakakan reda walaupun ia diminta oleh Najib. Sama ia akan menjejaskan persiapan Umno untuk menghadapi pilihan raya atau tidak, tetapi yang nyata dalam pertandingan akan datang ada perebutan hangat dalam pergerakan wanita sayap kiri Umno. Perang itu juga sedikit sebanyak akan menjejaskan Umno menghadapi pilihan raya.

Perkataan ‘Allah’: PAS sifatkan PBS berniat jahat
Mohd Firdaus, | 25 Mac 2012 |
SANDAKAN, 25 Mac: PAS Sabah hari ini mendesak Naib
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Herbert Timbon Lagadan menarik
balik kenyataan yang disifatkan berniat jahat serta bersangka buruk
mengenai jaminan PAS kepada masyarakat Kristian dalam penggunaan
perkataan ‘Allah’.
Timbalan Pesuruhjayanya, Hamzah Abdullah menegaskan bahawa, sangkaan Herbert sengaja menutup fakta tentang kesungguhan PAS yang mengutuk tindakan merosakkan rumah ibadat penganut Kristian seperti yang berlaku di Mesir dan Selangor beberapa tahun lalu.
“Satu keputusan Mesyuarat Badan Perhubungan di Sandakan telah memutuskan untuk mendesak Naib Presiden PBS itu menarik balik balik tuduhan yang berniat jahat berkaitan kenyataan Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang secara jujur menegaskan pendirian PAS berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penganut Kristian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, PAS Sabah melalui Dewan Ulamaknya bersedia untuk mengadakan dialog berkaitan pendirian PAS dengan Herbert atau sesiapa sahaja bagi maksud menjelaskan pendirian PAS mengenai isu penggunaan perkataan ‘Allah’ itu.
“PAS Negeri Sabah melalui Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah menghulurkan tangan sebagai tanda kesediaan untuk mengadakan dialog berkaitan pendirian PAS dengan Datuk Herbert atau sesiapa sahaja bagi maksud menjelaskan pendirian PAS.
“PAS Sabah mempunyai ramai intelektual muslim yang bersedia memberikan hujah berdasarkan ayat Al-Quran dan sejarah zaman lampau tentang perkataan Allah yang telah digunakan oleh penganut agama Samawi,” jelas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Sabah.

Mana mungkin mempelam bertukar rambutan
Muhammad Bond, |
Entah macam mana tadi ibuku bertanya "sokong sapa?". Dengan
gemuruhnya aku menjawab "PAS!!". Terasa sedikit gementar takut-takut
ibuku tensinggung dengan jawapanku tadi.
Tetapi serta merta itu juga ibuku membalas "Pasai apa". Bersemangatkan api aku menjawab "Islam!!". "BN pun Islam juga" Terpacul kata-kata itu dari mulut ibuku.
Aku cuba menyusun kata-kataku bagi membalas jawapan ibuku tadi. "Mak.. Kalau Islam, dah lama dah ada hukum hudud dan qisas. Yang ni bukan Islam Mak, yang ni sekular".
Meleret perlahan percakapanku di corong telefon yang beranggapan ibuku pasti terjerat dengan jawapanku tadi. Tapi perkiraanku meleset kerana dengan nada sinis ibuku menjawab;
"Kelantan tu dah lama dah PAS, tapi hudud depa tak buat pun".
Kenyataan ibuku itu membuatkan aku sedikit tersenyum kerana secara terang-terang ibuku meniru dalil yang sudah sekian lama diguna pakai oleh pemimpin Umno.
Tak semena-mena terdetik di fikiranku "sampai bila orang kampung seperti ibuku ini akan diperbodohkan sebegitu". Ahhh.. tapi mana mungkin bertukar mempelam menjadi rambutan jika benih asalnya juga mempelam.
Mahu tidak mahu terpaksalah dibiarkan mempelam itu tumbang, barulah boleh ditanam rambutan.
Dari perbualanku tadi, sedikitpun tidak terdetik dihatiku untuk menyalahkan ibuku kerana sejak sekian lama, itulah benih yang ditanam pemimpin-pemimpin UMNO yang menganggap dirinya hebat.
Beberapa kali juga benih yang disemai itu membuahkan hasil yang begitu lebat malah terkadang ranum-ranum juga.
Tapi.. kebelakangan ini hasilnya menjadi kurang menentu pula. Mungkin baja yang digunakan sudah 'expired' atau 'outdated'.
Mungkin juga baja tahi lembu [Bullshit] yang mereka gunakan terlalu murah atau sudah tidak relevan lagi pada masa kini.
Mungkin juga petani yang sudah sekian lama bertani masih belum-belum mahir dalam kerja-kerja bertani. Jika begitulah kesudahannya.. baik tukarkan saja kerjaya menjadi badut!!.
Bercakap mengenai badut, teringat pula seloroh temanku beberapa bulan yang lalu; "Hahh!! Surat Habaq Utusan dah jadi macam Majalah Ujang dah aku tengok, kalau ada orang nak beli Majalah Ujang, pi suroh dia beli surat Habaq Utusan. Sebab semua dalam tu dah boleh jadi bahan lawak jenaka dah aku tengok".
Hurrmm.. Ada logiknya juga percakapan temanku ini sehinggakan aku sendiri pun tergelak terbahak-bahak.
Apapun di kalangan hamba pasti adanya pemimpin. Tapi tidak seorang pun dari pemimpin itu yang dikatakan Tuan. Tuan yang satu itulah Tuhan. Tuhan yang darinya turunnya Al Quran.
Di dunia senang berkata indah, di akhirat kelak janganlah gulandah. Penaku ini bukanlah menyalah, tetapi kepada Allah lah aku berserah.
Hukum akal pastinya menyangkal, hukum nafsu selalunya menipu sedangkan hukum Allah akan kekal di situ.
Walau apapun kelak, yang pasti Allah lah yang Maha mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui.. Takbir!!
Rabbuna tusahhil alaykum. Amin.
Untuk menentukan sesuatu itu mempunyai integriti ataupun pemarkahan tinggi dalam pentadbirannya, pihak ketiga yang tidak berkepentingan perlulah melakukan kajian dan pemarkahan mereka sendiri.
Najib menerusi NKRA nya telah menyatakan bahawa beliau komited dalam melaksanakan perang terhadap korupsi dan akan terus memastikan ia berjaya sewaktu mengambil jawatan sebagai perdana menteri dan akhirnya pada pada Isnin (27 Julai 2009), beliau telah melancarkan NKRA negara.
NKRA bagi rasuah ialah:
2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah
• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.
• Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.
• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.
(http://pmr.penerangan.gov.my/index.p...gara-nkra.html)
2 tahun sudah berlalu dan 2 kali kajian korupsi telah dilakukan oleh Transparency International (http://www.transparency.org/) sebuah badan berkecuali yang menjalankan kajian persepsi korupsi terhadap lebih 100 negara di seluruh dunia. Demikian adalah keputusan tersebut:
2009 - Ranking 56 (http://www.transparency.org/policy_r...cpi_2009_table)
2010 - Ranking 56 (http://www.transparency.org/policy_r...i/2010/results)
2011 - Ranking 60 (Indeks 4.3) (http://cpi.transparency.org/cpi2011/results/)
Sedangkan pada zaman Tun Mahathir meletak jawatan pada tahun 2006 dan Pak lah mengambil alih pada tahun 2006, Ranking Malaysia pada masa tersebut ialah pada kedudukan 43 dengan indeks 5.1 (http://www.infoplease.com/ipa/A0781359.html)
Bagaimana Mencapai negara tanpa korupsi?
New Zealand, Denmark, Finland dan Sweden pada setiap tahun di nobatkan sebagai antara negara yang mempunyai indeks korupsi terbaik dan juga ranking terbaik. Maka kajian telah dilakukan apakah yang menyebabkan negara ini yang ada di antaranya suatu masa dahulu adalah negara yang amat korup, mencapai indeks terbaik adalah:
1. Komitmen pemimpin mereka menentang korupsi
2. Penguatkuasaan undang-undang yang efisen.
3. Sistem integiriti kebangsaan yang berkesan dan yang menjadikan ia berkesan ialah:
i) Kebebasan akhbar (akhbar nasional tidak dikawal oleh mana-mana parti politik - melainkan itu akhbar parti)
ii) Kebebasan rakyat mengetahui bagaimana kerajaan membelanjakan bujet dalam bujet negara mereka.
Jadi bagaimana ia dilakukan:
* Pendedahan infomasi bujet menutup pintu kepada pecah amanah. Maka, negara-negara didunia sepatutnya mendesak agar didedahkan infomasi bujet kepada rakyat. The Open Budget Index menunjukkan negara seperti sweden membenarkan rakyat melihat secara terperinci bagaimana kerajaannya membelanjakan duit yang telah dibujetkan.
Dalam indeks ini malaysia mempunyai ranking 39 (100 terbaik dan 0 terburuk) dan antara negara yang memberikan info minima kepada rakyat (extensive info, Significant, Some, Minimal dan scant or no infomation.) http://internationalbudget.org/wp-co...0_Rankings.pdf
* Codes of conduct for public servants. Denmark mewajibkan pada setiap bulan menteri mendedahkan perbelanjaan bulanan perjalanan dan juga hadiah mereka.
* Legal framework criminalising a wide range of corruption related abuses and an independent and efficient judiciary.
Bolehkah kerajaan sekarang ini menentang korupsi?
Setelah lebih 50 tahun berkuasa, pemerintah sekarang ini tidak dapat tidak terikat dengan "business transactions" ataupun usahawan-usahawan yang mempunyai perniagaan. Usahawan ini akan memastikan bahawa "orang" mereka berkuasa agar mereka terus kaya. Mereka akan memastikan bahawa kepentingan mereka terjaga.
Maka, setiap (kalau tidak pun kebanyakan) keputusan kerajaan adalah berdasarkan kepada kepentingan perniagaan ini. Suatu keputusan tersebut bukan dilakukan untuk kepentingan massa sebaliknya kepentingan beberapa indvidu.
Contoh mudah adalah konsesi TOL malaysia. Dan ini adalah satu berita tersebut:
Kebocoran trafik: Kerajaan lanjut tempoh konsesi tol Grand Saga
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan melanjutkan tempoh konsesi tol kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd. selama tiga tahun lagi bagi menyelesaikan isu kebocoran trafik di lebuh raya itu .
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, tempoh konsesi syarikat terbabit yang sepatutnya tamat pada tahun 2027 terpaksa dilanjutkan sebagai satu bentuk rundingan bagi memberi kebenaran kepada penduduk Bandar Mahkota Cheras menggunakan jalan susur tanpa melalui tol.
“Tempoh konsesi asal ialah selama 30 tahun bermula 1995 sehingga 2025. Namun penstrukturan semula kadar tol pada tahun 2002, tempoh konsesi dilanjutkan selama dua tahun sehingga 2027.
“Isu kebocoran trafik di bandar Mahkota Cheras pula, sebagai langkah penyelesaian, kerajaan telah berunding dengan syarikat konsesi terbabit dan bersetuju untuk memberi lanjutan tempoh dari tahun 2028 hingga 2030,” katanya dalam jawapan bertulis terhadap pertanyaan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Shaziman berkata, kerajaan telah menjelaskan pampasan dalam bentuk tunai sebanyak RM105 juta kepada syarikat konsesi berkenaan disebabkan penstrukturan semula kadar tol pada tahun 2002.
Katanya, berdasarkan perjanjian konsesi tersebut juga, kadar tol di lebuh raya itu akan menerima kenaikan pada tahun 2013.
“Bagaimanapun, kerajaan ketika ini masih mengkaji pilihan-pilihan lain yang boleh dipertimbangkan sebagai langkah meringankan beban yang bakal ditanggung oleh pengguna di lebuh raya itu,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, sebanyak RM585.5 juta jumlah kutipan tol diperolehi sejak ia mula beroperasi pada tahun 1999 sehingga 31 Disember tahun lalu.
Katanya, jumlah tersebut adalah lebih rendah berbanding unjuran kutipan tol dalam perjanjian konsesi iaitu sebanyak RM613.4 juta.
“Jumlah aliran trafik sebenar untuk tempoh sama ialah sebanyak 809.7 juta kenderaan berbanding unjuran trafik asal sebanyak 822.8 juta.
“Kos keseluruhan bagi tujuan penyelenggaraan dan operasi pula untuk tempoh berkenaan ialah sebanyak RM147.3 juta,” katanya.
(http://www.utusan.com.my/utusan/info...i&pg=dn_10.htm)
Hutang Tajudin Ramli
Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.
Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.
"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada Malaysiakini bulan lalu.
Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.
Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.
Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.
Kesimpulan
Perlantikan suatu kuasa baru yang bersih dari sebarang kepentingan perniagaan perlu bagi memastikan negara kita akan terus maju dan mencapai status negara maju tanpa perlu menggadai negara.
50 tahun sudah cukup bagi memberikan mereka kuasa.
--------------------------
NOTA: Artikel ini boleh disiarkan dan hak cipta tidak terpelihara. Lihat perbincangan lanjut di www.bincang.net

Bagaimana mahu membanteras korupsi
Tok Janggut, | 25 Mac 2012 |

|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan