| Fakhri Ali | ||||||||||||||||||
| PENANTI, 2 Jan: Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan sebuah universiti di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dalam tahun ini. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman berkata demikian selepas menyerahkan bantuan keperluan persekolahan kepada golongan yang tidak berkemampuan di Yayasan Aman, Penanti pagi tadi. Ketika ditemui beliau berkata, adalah menjadi aspirasi utama kerajaan negeri memberi peluang pendidikan yang terbaik bagi masyarakat negeri ini untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka. "Lokasi kawasan telah pun dikenal pasti. Segala perkara berkaitan dengan penubuhan insititusi tersebut sudah pun berada pada peringkat terakhir. Kita sekarang berada dalam proses pembangunan sahaja. "Selain dari universiti dalam kawasan Penanti yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, kerajaan negeri juga akan mewujudkan sebuah lagi institusi yang akan memberi fokus kepada pembangunan ummah yang dikenali sebagai Yayasan Islam Pulau Pinang," tegasnya lagi. Tambahnya, dengan kewujudan institusi tersebut, ia membuktikan kerajaan negeri tidak meminggirkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang. Difahamkan, yayasan yang akan beroperasi awal tahun ini, akan memberi penekanan kepada keperluan masyarakat Islam seperti pendidikan, ekonomi dan sosial. “Kita bukan saja mahu masjid berperanan sebagai tempat ibadah, tetapi juga merangkumi semua aspek kehidupan masyarakat yang menitikberatkan ilmu agama semata-mata, tetapi juga membuka ruang sebagai tempat untuk meningkatkan ekonomi dan membentuk peribadi atau pembangunan insan, " katanya lagi. Beliau yang juga Adun Penanti, optimis apa yang termaktub dalam manifesto pilihan raya yang lalu bagi mewujudkan institusi ini ternyata berjaya direalisasikan sepertimana yang dinyatakan dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 2 Januari 2011
SELAGI KITA MENGABAIKAN HUKUM ALLAH SWT...SELAGI ITU PENYAKIT MASYARAKAT...RASUAH...ZINA...ROGOL..CURI...RAGUT...BUNUH...TIPU DLL TAK SELESAI
Pulau Pinang akan bina universiti di Penanti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
XPDC ini juga adalah salah satu usaha dakwah mahasiswa untuk masyarakat dalam memberi khidmat nasihat dalam membendung masalah sosial dan gejala tidak sihat ketika menyambut tahun baru 2011.
Tiga beradik masing-masing berumur 35 tahun hingga 21 tahun serta rakannya 20 tahun berasal dari Kampung Tok Adis, Kuala Ibai diberkas di hadapan kedai T-Shoppe di Jalan Gong Kapas jam 10.30 malam tadi selepas pegawai jabatan siasatan Jenayah Bahagian D4 menyamar sebagai pembeli barang curi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan