Menurut pembantunya, Chen Fan Dao, pada jam sekitar 8 pagi, pejabatnya dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa seekor ayam tergantung di luar pejabat pusat khidmat DAP di Sungai Chua, Kajang.
“Mereka bekejar dan mendapati seekor ayam tergantung di luar pagar. Lehernya dipotong dan darah masih menitis, dipercayai baru dibunuh.
Di luar pagar juga tergantung poster yang tertera 'Ingat!!! Ini satu Peringatan,Teo Nie Ching, Tentera Jihad', “ katanya.
Chen tidak mahu membuat spekulasi mengenai pihak yang bertanggungjawab tetapi berkata akan membiarkan polis menjalankan siasatan, tetapi berkata mereka akan meminta pihak berkuasa meningkat kawalan keselamatan.
“Jadual Teo tidak akan terjejas dan beliau akan menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen seperti biasa,” katanya.
Teo membuat laporan pada ibu pejabat polis daerah Kajang pada jam 11.45 pagi ini.
Teo (berbaju putih) sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman oleh beberpa pihak yang mendakwa beliau memakai baju kebaya ketat dan tidak bertudung ketika hadir di sebuah surau di Kajang Ogos tahun lalu.
Manakala serangan kedua pula pada Disember lalu apabila Teo ekali lagi dituduh berpakaian tidak sesuai ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.
Hakim, Datuk Su Geok Yiam dalam penghakimannya berkata angkatan tentera gagal mematuhi peraturan yang sewajarnya selepas menahan sarjan tentera udara itu pada 25 November tahun lalu.
Katanya ketika membacakan keputusannya berhubung permohonan habeas corpus Tharmendran, angkatan tentera tidak mengikuti peraturan seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972.
Menurut Su, tindakan angkatan tentera menangkap Tharmendran semula atas alasan tidak hadir bertugas adalah sah, namun mereka gagal membawanya ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam, seperti yang digariskan oleh Akta Angkatan Tentera.Tharmendran akan dibebaskan di Kem Batu Kentomen serta merta selepas writ habeas corpus itu dikemukakan oleh mahkamah.
Thamendran yang dilepaskan dengan jaminan selepas tidak mengaku salah terhadap tuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat pejuang F-5 TUDM di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tahun lalu, ditahan TUDM selepas dikatakan gagal melapor diri untuk bertugas sebaik dilepaskan.
Dalam permohonan habeas corpus yang difailkan pada 26 November lalu, Tharmendran berkata penahanan dan penangkapannya pada 25 November lalu adalah tidak berasas, salah dan tidak sah mengikut undang-undang dan bersifat jahat.
Dalam afidavit sokongannya, Tharmendran mendakwa penahanan itu tidak mengikut undang-undang kerana dia adalah orang awam dan tidak lagi berkhidmat dengan TUDM sejak 28 Mei tahun lalu.
"Masyarakat Felda digula-gulakan sekali lagi oleh pemimpin (kerajaan) yang datang, gambaran mereka seperti Santa Klaus yang mengumumkan projek berbilion ringgit kepada rakyat Felda.
"Mungkin bagi orang awam, pengumuman perdana menteri dilihat sebagai pengumuman hebat dan dibanggakan tanpa mengetahui kedudukan perkara yang sebenarnya," kata ketua penerangan Johor Mazlan Aliman dalam satu sidang media.
Semalam Najib yang juga presiden Umno mengumumkan peruntukan RM1.31 juta untuk masjid, surau dan sekolah agama di ketiga-tiga Felda berkenaan.
Mazlan berkata pihaknya rasa dukacita berhubung kos persiapan sambutan kehadiran Najib semalam.
Mazlan mendakwa anggaran kos sambutan di tiga Felda - Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang - melebihi RM3 juta.
"Kita mempersoalkan dari mana datangnya wang itu. Kalau daripada wang warga Felda ia amat mendukacitakan.
"Kenapa tidak, perdana menteri umumkan projek yang mengutamakan masyarakat setempat, "katanya.
Mahkamah dikatakan akan merakamkan persetujuan itu di hakim petang nanti.
Rakan-rakan dan keluarganya sebelum ini, mendakwa Krishnan dibelasah sehingga mati di lokap polis di Bukit Jalil manakala polis, bersama pihak hospital mendakwa mangsa mati akibat ulser di perutnya.
Balu Krishnan, P Revathi, 37, berkata dia percaya kematian suaminya ada kaitan dengan keganasan polis ketika dalam tahanan dan menuntut bedah siasat kedua dijalankan.
Semalam, anggota keluarga Krishnan dan beberapa perwakilan Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan di mahkamah Jalan Duta untuk memaksa kerajaan menjalankan bedah siasat kedua.
Bedah siasat pertama yang dilakukan oleh hospital HUKM di Cheras menyatakan mangsa mati akibat radang atau luka dalam perut. Namun ahli keluarga dan seorang saksi mendakwa Krishnan dibelasah
Dalam permohonannya, P Revathi menamakan ketua balai polis Bukit Jalil, OCPD Cheras, ketua polis negara, majistret Kuala Lumpur dan peguam negara sebagai responden.
Dia memohon satu lagi bedah siasat dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya dan dilakukan oleh Dr Prashant N Samberkar.
Revathi juga menuntut mayat suaminya itu dibawa dari HUKM ke UMMC bagi tujuan bedah siasat itu.
Dia juga mahu salinan bedah siasat kedua dan juga laporan bedah siasat pertama yang dijalankan oleh HUKM diserahkan kepada peguamnya.
Dia juga meminta sebuah inkues ditubuhkan mengikut seksyen 334 Kanun Jenayah dan mahu seorang peguam hadir semasa bedah siasat pertama dan segala kos tersebut ditanggung oleh responden.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kajian mengenai laluan Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Tumpat itu, yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding sejak Disember 2009 dan sepatutnya siap setahun kemudian, dilanjutkan sehingga Mac tahun ini memandangkan terdapat beberapa aspek yang masih perlu dikaji semula dengan lebih teliti termasuk aspek ekonomi dan kewangan.
"Saya berharap kajian itu akan memberi gambaran satu projek infrastruktur laluan Pantai Timur dapat diwujudkan pada masa depan, dan sekiranya ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi keuntungan bukan saja kepada Pantai Timur malah keuntungan jangka panjang kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Kuantan.
Abdul Rahim berkata, laluan itu wajar dilaksanakan memandangkan ekonomi di kawasan Pantai Timur sangat aktif, sekali gus menjadi faktor pemangkin kemajuan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan