Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.
"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.
"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.
Mahadi yang mula bertugas di masjid berkenaan sejak Mac tahun lalu berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu.
Arahan pihak atasan
Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".
"Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu.
Mahadi berkata beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.
Katanya, dalam surat tersebut - yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid - peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur.
Difahamkan peguam tersebut tinggal di pangsapuri berkenaan - yang terletak lebih kurang satu kilometer dari situ.
Mahadi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh JAWI bahawa beberapa hari sebelum ini, peguam berkenaan ada menelefon jabatan itu, merungut bahawa bunyi azan "masih lagi kuat".
Sehubungan itu, Mahadi meminta peguam berkenaan bertemu dengan pihak pengurusan masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Mengenai rungutan penduduk yang mereka tidak lagi mendengar bacaan al-Quran dan pengajian kuliah Maghrib manakala laungan azan Jumaat yang perlahan sekarang, Mahadi sekali lagi berkata: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kita hanya terima arahan dari pihak atasan".
Ganggu tidur
Selain memperlahankan kadar pembesar suara bagi laungan azan, Mahadi berkata pihaknya turut mendapatkan maklum balas dari penghuni pangsapuri Pantai Hill Park (kelihatan di belakang masjid).
"Kira-kira 10 orang yang ditanya, kebanyakanya berkata laungan (pembesar suara) azan adalah biasa, tidak mengganggu tidur... tak ada apa-apa (masalah), tak ganggu," katanya.
Ditanya mengenai rancangan sekumpulan individu untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan peguam berkenaan, Mahadi berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya.
"Tetapi kita (masjid) tidak terlibat apa-apa," katanya sambil menambah beliau tidak mengetahui identiti kumpulan berkenaan.
Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan perhimpunan memprotes aduan peguam tersebut akan diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut esok, yang akan diketuai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Ayahanda Malaysia.
Ketika dihubungi Malaysiakini, penolong setiausaha majlis tersebut, Amin Rahim Harun berkata, kira-kira 500 orang akan menyertai perhimpunan itu.
"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana ia menjadi isu sensitif kepada orang Melayu," katanya.
Ummi Hafilda Ali hari ini berkata beliau akan memulakan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan dirinya ditahan pada 1997.
Anwar merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu.
Selain Anwar, tindakan saman berjumlah berjumlah RM300 juta itu, juga akan mengaitkan abangnya Azmin Ali yang kini adalah timbalan presiden PKR.
Bercakap dalam satu sidang media di Subang Jaya hari ini, Umi Hafilda berkata beliau bagaimanapun masih belum menetapkan sama ada langkah itu merupakan tindakan saman fitnah.
Namun, beliau berkata ia mungkin berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Anwar yang kini adalah ketua umum PKR.
Tambahnya, peguam beliau masih meneliti peruntukan yang boleh digunakan.
Tindakan saman itu, katanya, akan dilakukan "secepat mungkin."
Selain itu, beliau juga akan mengemukakan saman terhadap parti PAS, pengerusi DAP, Karpal Singh dan isteri Anwar, - Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Turut hadir dalam sidang medianya hari ini ialah penasihat undang-undangnya Mohd Khairul Azam Abd Aziz (kanan).
"Saya rasa penyalahgunaan kuasa telah berlaku melampaui batas pada 1997," katanya.
Tambahnya, beliau ditahan pada 17 Ogos pada tahun berkenaan, dua hari selepas beliau menulis sepucuk surat.
Ummi mendakwa, ia semata-mata untuk menutup konspirasi untuk menangkapnya.
Menurutnya lagi, sudah sampai masanya beliau menuntut haknya.
Katanya lagi, beliau juga tampil mengemukakan saman kali ini bagi membolehkan masyarakat mengetahui "cerita sebenar".
"Sebab itulah saya rasa terpanggil untuk muncul semula mengadakan sidang akhbar hari ini untuk meneruskan saman saya sebanyak RM700 juta terhadap lima individu dan satu parti," katanya.
Katanya lagi, beliau juga akan menyaman Karpal sebanyak RM200 juta.
PAS pula akan disaman RM100 juta kerana didakwa terlibat dalam satu konspirasi yang menjejaskan maruahnya.
Ummi mendakwa, PAS telah menghantar beberapa orang wakil untuk menemuinya berhubung satu kes.
Dakwanya lagi, PAS dan Karpal mengenakan tekanan tinggi kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membongkar kes tersebut.
Bagaimanapun, Ummi mendakwa, bila kes ini terbongkar, beliau hairan mengapa PAS dan Karpal menggunakan kes tersebut untuk menghentamnya.
Tambahnya, konspirasi yang didakwa itu juga melibatkan maruah dan harga dirinya tercemar serta turut menjejaskan perniagaan yang diusahakannya.
SPR tidak buat persiapan pilihan raya umum
"Buat masa ini, kita tidak mempersiapkan diri untuk pilihan raya umum.
"Pilihan raya kecil Tenang bakal menjelang dan pilihan raya negeri Sarawak dijadualkan sebelum Julai, dua-dua ini kita bersedia,” kata pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pilihan raya umum pada Mac ini meskipin ramai penganalisis berpendapat ia akan diadakan seawal-awalnya akhir tahun ini. Ini kerana Najib dikatakan mahu melihat beberapa projek ekonominya mendatangkan hasil terlebih dahulu.
"Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pilihan raya umum mesti diadakan setiap lima tahun.
"Kali terakhir, pilihan raya umum diadakan pada Mac 2008 dan pilihan raya seterusnya tidak perlu diadakan sebelum April 2013,” kata Abdul Aziz.
"Tidak terdapat tanda-tanda yang pilihan raya umum akan diadakan... mengapa kita mesti buat spekulasi. Ini bukan sesuatu yang kita buat suka-suka,” katanya.
Abdul Aziz berkata SPR juga belum diberikan dana untuk pilihan raya umum dan jika ia diadakan tahun ini, mereka perlu mengganda usaha mereka.
"Kita perlukan banyak wang, tenaga kerja dan perancangan yang memakan masa berbulan,” katanya.
Menurut Abdul Aziz, 80 peratus daripada tenaga kerja SPR adalah pekerja separuh masa yang membantu sebelum, semasa dan selepas pilihan raya umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan