Sabtu, 29 Januari 2011

MENANG HAKIKI DIAKHIRAT BEROLEH SYURGA....YANG BIJAK INGAT AKAN KEMATIAN....BERSEDIA TUK TAAT DAN ELAK DOSA....

ILHAM: BN dijangka menang, majoriti tiga ribu
Jan 29, 11 3:08pm


Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang yang dijadualkan esok dijangka memihak kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim. Namun hasrat Umno untuk meraih majoriti melebihi lima ribu undi diramalkan tidak kesampaian.

NONELaporan banci badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN sehingga kini mendahului PAS dengan majoriti sekitar tiga ribu undi.

BN dijangka memperolehi sekitar enam ribu hingga tujuh ribu undi manakala PAS pula dikatakan akan hanya mengutip dalam lingkungan empat ribu undi.

Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum lain (75 peratus).

NONEMenurut ILHAM, kajian dijalankan pada 26 hingga 28 Januari 2011 lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Tinjauan selama dua hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi di DUN berkenaan.

Seramai 549 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur dan pekerjaan dijadikan sampel kajian ini.

Berdasarkan kajian ILHAM, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan.

Azahar lebih popular

Faktor parti diwakili 62.5 peratus daripada keseluruhan responden.

Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing.

NONENamun calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Tok Ai” mendapat 91.4 peratus dikenali oleh pengundi. Manalaka Normala Sudirman atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Mala mendapat 79.6 peratus undi di kalangan responden.

Isu serangan peribadi kerana Normala mengenai memakai sarung tangan bila berjabat tangan dengan pengundi lelaki didapati tidak memberikan kesan kepada responden sebagai isu yang kuat.

pas tenang normala sudirman shaking handsBegitu juga isu lainnya seperti penyelewengan tanah, suami Cikgu Mala sakit dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi pola pengundian.

Kajian juga memdapati jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutamanya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS.

Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan.

tenang by election 280111 pakatan ceramah crowdJentera PAS dan Pakatan Rakyat juga dilihat belum mempunyai daya tarikan untuk mengubah pendirian politik golongan peneroka Felda, meskipun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua Felda yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat.

Di kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM mendapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina.

Tiada bendera BN

Ini dapat dilihat dengan ketiadaan bendera BN di kawasan kediaman pengundi Cina berbanding perkampungan Melayu.

tenang by election 280111 hot dance at 1 malaysia new year partyPengundi Cina juga dilihat kurang berkeyakinan dengan Pakatan Rakyat kerana jentera dilihat tidak bersepadu sepertimana jentera BN. Kesannya, Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina sepertimana yang diharapkan.

Di kalangan pengundi Melayu pula, rupabentuk kerjasama Pakatan Rakyat masih kabur di kalangan kebanyakan pengundi. Di samping kejayaan media BN memanipulasi beberapa isu berkaitan perkara ini, pergerakan kempen calon PAS turut tidak meyakinkan pengundi.

Menurut ILHAM, pergerakan rumah ke rumah Cikgu Mala misalnya tidak disertai tokoh-tokoh lain selain pemimpin-pemimpin PAS sahaja.



Rais gesa Melayu, Islam tidak diperlekeh Nik Aziz
Jan 29, 11 4:03pm


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menegaskan pelakuan seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah hanya dilakukan ketika zaman jahiliah.

rais yatim pc 020709 02Beliau berkata Mursyidul Am PAS itu tiada hak untuk menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, jauh sekali melabelkan mengundi yang memilih parti lain selain PAS sebagai orang jahiliah.

"Ini adalah kata-kata yang tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Mursyidul Am dan saya percaya ramai di dalam PAS tidak setuju dengan pandangan beliau. Menteri Besar itu akhir-akhir ini sudah jadi pengeluar fatwa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2011 di Shah Alam hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong di Labis dua hari lalu, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

pas muktamar 130610 nik abdul aziz 4Sehubungan itu, Rais berkata sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam khususnya menilai Mursyidul Am PAS itu dengan sebaiknya dan tidak lagi diperlekehkan oleh beliau.

"Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih partinya (PAS) dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak".

Rais berharap pengundi di Tenang tidak terperdaya dan membiarkan diri mereka diperkotak-katikkan dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu.

- Bernama

TPM: Gobala ahli politik bijak
Abdul Rahim Sabri
Jan 29, 11
4:44pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan BN adalah dalang yang membuat percaturan supaya ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan berpaling tadah dan meninggalkan PKR.

NONESebaliknya, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata Gobalakrishnan seorang ahli poltik yang bijak dalam melihat kegagalan dalam Pakatan Rakyat.

"Tidak ada kena mengena dengan BN. Sudah tentu, dia ahli politik yang bijak.

"Bukan sahaja (dia) nampak kegagalan dalam Pakatan tetapi juga berfikiran rasional dan mampu melihat kebaikan dan tanggungjawab kerajaan sekarang. Ini pasti kerana berfikir secara bijak... apa orang kata tak ada guna menyokong Anwar," katanya pada sidang media di di masjid pekan Air Panas, Labis selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.

Menurut Muhyiddin, tindakan Gobalakrishnan yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas hari ini membuktikan perjuangan PKR bukan sahaja tidak didokong oleh pemimpinnya tetapi juga rakyat.

PKR - 'Parti Kian Runtuh'

Muhyiddin juga memperlekehkan PKR dan menpersendakan akronim parti itu sebagai 'Parti Kian Runtuh'.

azlan"Jadi perkembangan terkini menunjukkan sekali lagi petanda bahwa perjuangan PKR tidak didokong, bukan sahaja oleh pemimpin, tetapi juga rakyat.

"Pasti kenyataan daripada N Gobalakrishnan ialah kecewa dengan (ketua umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Dia rasa tertipu. Masyarakat India sebenarnya antara lain merasakan tidak diberi tempat dalam pimpinan PKR.

"Mungkin janji-janji yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim di peringkat awal yang gah dan hebat (tetapi) adalah terbukti ia janji yang tak dapat ditunaikan," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata kepercayaan pimpinan dan masyarakat terhadap parti itu semakin hari semakin menurun.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 PKR marchers behind police"Saya harap kesannya ialah fitnah ini dapat memberi mesej yang sama kerana PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP. Dan atas itu saya percaya, ini juga satu petanda yang tidak baik bagi mereka.

"Seharusnya menjadi iktibar kepada mana mana pihak yang masih percaya Anwar adalah penyelamat kepada negara kita. Sebab dia gunakan (slogan) 'Selamatkan Malaysia'. Nak selamatkan daripada apa, kalau tidak daripada Anwar Ibrahim," katanya.

Muhyiddin juga berkata daripada semasa ke semasa akan ada lagi pemimpin PKR yang akan mengikut jejak langkah ahli parlimen Padang Serai itu.




'Rosmah cerdik, pandai', bantu hubungan dua hala
Jan 29, 11 5:58pm


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata lawatan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara turut berperanan membantu mempromosikan Malaysia dan mengukuhkan hubungan dua hala.

NONEBeliau berkata Rosmah bijak menggunakan kedudukannya sebagai isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memperkukuhkan hubungan Malaysia dengan negara yang dilawatinya.

Katanya kewibawaan Rosmah diiktiraf oleh negara dan kerajaan luar apabila sering mendapat jemputan untuk menjadi tetamu rasmi dan menyampaikan ucaptama pada persidangan terutama yang berkaitan pendidikan kanak-kanak dan wanita serta pembangunan sosial.

"Datin Seri Rosmah memang cerdik dan pandai. Di sebalik Perdana Menteri, ada isteri yang menolong (beliau)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengagihan Ternakan Program Pembasmian Kemiskinan di Kimanis, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pakatan Rakyat semasa kempen pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor bahawa isteri Perdana Menteri itu menghabiskan duit rakyat dan mengambil kesempatan terhadap kedudukan suaminya untuk melancong di luar negara.

NONEAnifah berkata Kementerian Luar berbesar hati sekiranya isteri Perdana Menteri itu dipelawa untuk menjadi tetamu kerajaan negara luar di masa akan datang kerana percaya Rosmah akan menggunakan kesempatan itu sebaik mungkin untuk membantu rakyat Malaysia, terutama berkaitan pendidikan kanak-kanak dan pembangunan sosial.

Usaha gigih

Beliau memuji usaha gigih dan inisiatif Rosmah semasa di luar negara dalam membantu kerajaan mencari idea dan penyelesaian dalam memperbaiki kehidupan rakyat, sekaligus mempromosikan nama Malaysia kepada masyarakat luar.

Sementara itu, mengenai rakyat Malaysia di Mesir berikutan insiden rusuhan dan tunjuk perasaan di negara itu, Anifah berkata kementerian sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah untuk mendapatkan maklumat lanjut keadaan rakyat Malaysia di sana.

Beliau juga berkata tidak ada rakyat Malaysia yang menyertai demonstrasi jalanan di negara itu bagi membantah pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak.

Demonstrasi jalanan di beberapa bandar besar seperti Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura dianggap terbesar dalam sejarah Mesir sejak Intifadah Al-Khubz atau Pemberontakan Roti pada 1977.

- Bernama

Tiada ulasan: