Rabu, 19 Januari 2011

BIASALAH KITA BERGUNA SELAGI ADA FAEDAH...JIKA DAH TAK ADA UNTUNG DAN FAEDAH.....PANDAI2LAH BAWA DIRI....

Bantu siasat Khir: S'gor dedah projek RM273 juta
Jan 18, 11 8:31pm


Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.

Projek rundingan terus

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.

Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.

Bantu siasatan

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni, kata Faekah lagi.

"Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik.



Presiden NUJ buka 'pejabat' depan Utusan
Jimadie Shah Othman
Jan 18, 11
12:47pm


Sebagai tanda bantahan terhadap majikannya, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari hari ini membuka 'pejabat' sendiri di depan ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pejabatnya itu hanyalah sebuah meja plastik kecil warna biru dan sebuah kerusi kecil.

Di atasnya terdapat sebuah laptop, kamera kecil dan papan tanda bertulis "Wartawan Sedang Bertugas".

Dan kakitangannya cuma beliau seorang.

azlanBagi Hata, tindakannya itu sebagai membantah tindakan Utusan menggantung kerjanya, sedangkan beliau belum dibuktikan bersalah.

"Saya baru dituduh, belum lagi dibuktikan. Ini tidak adillah," kata wartawan kanan yang telah berkidmat 15 tahun di akhbar milik Umno itu.

Tindakan Hata itu dilihat mengotakan janjinya yang hendak membuka "kaunter aduan" di depan pejabat Utusan ekoran penggantungan kerja terhadapnya yang masih tidak pasti tempoh dan sama ada bergaji atau tidak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Hata berkata beliau akan terus 'berkubu' di depan pintu masuk Utusan setiap hari bagi menyatakan bantahannya.

"Saya duduk dari situ pukul 10 pagi, lihat internet, tanya masalah ahli..," katanya.

Hata mengakui tindakannya itu menarik perhatian segelintir wartawan akhbar itu, yang antaranya sempat singgah dan bertanya apa yang berlaku.

Justeru, tambahnya, peranannya hari ini lebih kepada memberi penjelasan.

Kehidupan harian

Ditanya sama terdapat gangguan pengurusan atau keselamatan Utusan akhbar itu, Hata berkata:

"Polis bantuan ada juga tengok-tengok, tetapi tidak ada buat apa-apa. Tengoklah nanti, kalau meja ini tidak hilang, OK lah."

Sementara itu, walaupun digantung tugas, Hata juga berazam akan meneruskan kehidupan sebagai wartawan seperti biasa.

NONE"Saya akan pergi assignment (tugasan). Saya akan tulis laporan dan hantar," katanya sambil memberitahu 'tugasan' pertamanya selepas digantung adalah menghadiri sesi penerangan parti pimpinan Datuk Zaid Ibrahim, KITA esok.

Hata dituduh menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini.

Semalam siasatan dalaman yang didaualkan terhadap Hata oleh Utusan Malaysia ditangguhkan atas alasan teknikal.

Pada prosiding di Pusat Latihan Utusan itu, beliau diiringi Setiausaha NUJ V Anbalagan dan wakil daripada NUJ cawangan akhbar itu.

Bagaimanapun, selepas menghabiskan 20 minit, pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim menamatkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata.

"Kami tidak tahu berapa lama (ditangguh) tetapi kami akan dimaklumkan oleh mereka (Utusan) kemudian," kata Hata dalam sidang media selepas itu.

Pendekatan berbeza

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

NONEPandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Presiden NUJ mahu jadi 'saudagar' nasi lemak

Hazlan Zakaria
Jan 17, 11
6:15pm


Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari kini berkira-kira membuka gerai nasi lemak dekat rumahnya di Puchong dan kaunter aduan di depan pejabat Utusan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.

Ini ekoran penggantungan kerja terhadapnya masih tidak pasti tempohnya dan sama ada bergaji atau tidak.

NONE"Saya tidak pasti, saya kena tunggu dan lihat hingga hujung bulan ini untuk lihat sama ada mereka masukkan gaji saya atau tidak. Jika tidak saya kena pergi ke Jabatan Buruh.

"Oleh kerana saya tiada apa hendak dibuat dan tidak bergaji, saya berkira-kira membuka gerai nasi lemak," kata wartawan kanan akhbar milik Umno itu sambil ketawa.

Dilarang menjejakkan kaki di pejabat Utusan, Hata juga merancang mahu memasang khemah kecil di depan pintu masuk harian berbahasa Melayu itu.

"Saya akan letak khemah kecil di sini dan duduk dengan laptop saya. Saya akan buka kaunter aduan untuk wartawan.

NONE"Saya juga boleh adakan mesyuarat dengan NUJ cawangan Utusan di sini," kata Hata kepada Malaysiakini sebelum siasatan dalaman terhadapnya bermula pagi tadi.

Hata menambah, NUJ Utusan juga merancang mengadakan pameran memperingati ulang tahun ke-50 Mogok Utusan pada tahun 1961 untuk menentang pengambilalihan Utusan oleh Umno.

"Kami akan langsungkannya atas jalan depan Utusan, sebab di jalan inilah demonstrasi berlaku.

"Utusan pernah di barisan depan mengamalkan kewartawanan yang adil dan berimbang, hinggalah pengambilalihan. Kami mahu lihat semula 50 tahun dulu sejak para wartawan disenyapkan.

Nasib Hata kini dijangka mengikuti jejak langkah teman seperjuangannya Amran Ahmad - bekas presiden NUJ Utusan yang dipecat selepas didapati bersalah oleh siasatan dalaman akhbar itu.

Tiada ulasan: