Isnin, 31 Januari 2011

MAKIN TUA MAKIN LEMAH....LAMA MEMERINTAH BANYAK ZALIM...SILAP...RASUAH ....KRONI DLL...



Kabinet Mesir Letak Jawatan, Hosni Mubarak Enggan Beralah

KAHERAH: Stesen televisyen kebangsaan Mesir berkata, Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Ahmed Nazif meletakkan jawatan atas arahan Presiden Hosni Mubarak di sini, Sabtu.

Tindakan itu beberapa jam selepas Hosni dalam ucapan di stesen televisyen itu bahawa beliau akan memecat anggota Kabinet ekoran protes besar-besaraan anti-kerajaan sejak beberapa hari lalu di negara itu.

Protes berkenaan adalah yang terbesar sepanjang pemerintahan rejim Hosni selama 30 tahun tetapi beliau tidak menyatakan akan berundur sebagaimana yang didesak oleh rakyat.

Awal pagi tadi Hosni mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara ekoran berlaku tunjuk perasaan besar-besaran, semalam.

Beliau pada awalnya hanya mengisytiharkan perintah berkurung di tiga wilayah iaitu di Kaherah, Alexandria dan Suez, tetapi telah memperluaskannya ke seluruh negara.

Perintah berkurung itu berkuat kuasa dari pukul 6 petang hingga 7 pagi (waktu tempatan) sehingga notis pemberhentian diumumkan.

Pasukan tentera telah ditempatkan untuk membantu polis melaksanakan perintah itu dan mengawal keselamatan serta melindungi harta benda awam.

Langkah Mubarak tidak berguna


RAKYAT Mesir membaling bom api ke arah polis anti-rusuhan selepas pasukan keselamatan menembak ke arah penunjuk perasaan dekat Dataran Tahrir di Kaherah, kelmarin. - AP


KAHERAH 30 Jan. - Aktivis Mesir, Mohamed ElBaradei menyifatkan pelantikan Naib Presiden dan Perdana Menteri baru yang dibuat Presiden Hosni Mubarak sebagai tidak berguna dan tidak menurut apa yang dituntut oleh beribu-ribu rakyat negara ini yang mahu pemimpin itu menamatkan pemerintahan selama 30 tahun.

Kenyataan pemimpin pembangkang Mesir itu dibuat selepas Mubarak, 82, menamakan bekas ketua risikan tentera, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden buat kali pertama dan bekas Menteri Penerbangan Awam, Ahmed Shafiq sebagai Perdana Menteri semalam.

"Hosni Mubarak tidak mendengar permintaan rakyat. Apa yang dibuatnya hanya perubahan melibatkan beberapa individu sedangkan kita bercakap tentang perubahan rejim.

"Rakyat Mesir menyatakan satu suara, mereka mahu Presiden Mesir berundur," kata ElBaradei, 68, yang menyifatkan pelantikan itu sebagai tidak berguna kepada televisyen Al-Jazeera semalam.

Bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut menyeru pembentukan sebuah kerajaan peralihan baru supaya satu pilihan raya adil dapat dilaksanakan.

ElBaradei berkata, beliau juga mungkin bertanding pada pilihan raya Presiden sekiranya perubahan Perlembagaan dilakukan.

"Saya hormatkan Suleiman dan Shafiq tetapi menggantikan individu tertentu tidak cukup.

"Saya mahu Mubarak dan rejimnya meninggalkan Mesir secepat mungkin. Itu yang terbaik bagi Mesir dan mereka," katanya.

Reformis Mesir itu menegaskan tindakan kerajaan yang cuba menidakkan kemahuan orang awam hanya akan memburukkan lagi keselamatan negara dan Mubarak perlu dipertanggungjawabkan di atas keadaan itu.

"Presiden perlu dipilih oleh rakyat. Sudah tiba masanya untuk sesuatu rejim berundur sekiranya ia tidak memahami kehendak rakyat. Rakyat mahukan pemerintahan baru, jika tidak Mesir akan tumbang," katanya. - REUTERS


Penduduk Mesir kunci pintu

  • Foto

    KUMPULAN anti-kerajaan Mesir bersolat di hadapan kereta kebal tentera ketika mengadakan bantahan di dataran Tahrir, Kaherah.

  • Foto

    HOSNI MUBARAK (kiri) dan Naib Presiden Omar Suleiman (tengah) mengadakan mesyuarat Kabinet di Kaherah, semalam.PENUNJUK perasaan membawa slogan membantah kerajaan di atas kereta kebal tentera.


Beribu-ribu banduan, tahanan melarikan diri selepas berlaku kebakaran di pusat tahanan

KAHERAH: Penduduk ibu negara Mesir ini terpaksa mengunci rapi pintu rumah mereka dan menubuhkan pasukan kawalan kejiranan berikutan rusuhan dan keganasan semakin menjadi-jadi selepas keadaan kucar-kacir menyusul akibat tunjuk perasaan antikerajaan besar-besaran sejak enam hari lalu.

Sementara itu, ribuan banduan dan tahanan melarikan diri dari empat penjara dan pusat tahanan selepas mencetuskan kebakaran dan bertempur dengan pengawal ketika ribuan penunjuk perasaan terus membanjiri jalan raya menuntut Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Seorang pegawai keselamatan itu berkata, tahanan berkenaan yang termasuk beberapa orang dari kumpulan pembangkang yang diharamkan, Ikhwanul Muslimin dan kumpulan Palestin, Hamas, dibantu oleh kumpulan bersenjata yang bertempur dengan pengawal penjara selama beberapa jam.

Pemimpin Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman terus mendesak Mubarak mengelak tindak balas ganas dan memperkenalkan pembaharuan yang dituntut penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah golongan muda.

Pasukan polis semalam mengurangkan kawalan di jalan raya, manakala anggota tentera semakin meningkatkan kawalan dengan mengerahkan kereta kebal dan perisai, terutama di depan bangunan kerajaan.

Beberapa penduduk melaporkan kumpulan remaja, sebahagiannya menunggang motosikal berleluasa di jalan raya dan bertindak merusuh ke dalam pasar raya, pusat beli belah dan kedai.
Beberapa daripada perusuh itu memasuki kawasan kediaman mewah di pinggir Kaherah dan menceroboh masuk rumah dan pangsa puri.

Dentuman tembakan juga kedengaran di pusat dan pinggir bandar.

Perusuh melarikan diri dengan set televisyen, barangan elektronik dan perabot dari pusat beli belah sepanjang sungai Nil.

Di Giza, sekumpulan remaja dilihat membawa lari berkotak-kotak arak, kerusi, sofa dan meja dari sebuah kasino.

Di pusat bandar, perusuh menceroboh masuk cawangan Arab International Bank dan beberapa kafe dan restoran termasuk McDonald's dan Hardees.

Bangunan ibu pejabat parti pemerintah dan pasar raya Carrefour di selatan bandaraya dibakar.

Rusuhan itu merebak walaupun pihak tentera mengenakan perintah berkurung dari 4 petang hingga 8 pagi.

Sementara itu, rangkaian televisyen antarabangsa Al-Jazeera berkata, pihak berkuasa Mesir mengarahnya menutup pejabatnya di Kaherah dan seluruh negara itu. – Agensi


DUNIA

Cukuplah Hosni! pergi anda!


Sekumpulan penunjuk perasaan bersolat di hadapan pasukan polis antirusuhan di Kaherah kelmarin.


KAHERAH – Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.

Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.

Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.

Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.

Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.

Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.

Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.

“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.

Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.

Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.


SEORANG penunjuk perasaan yang cedera dibawa oleh rakan-rakan mereka.


Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.

Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.

Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.

Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.

Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.

Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.

Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.

Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.

“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.

Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.

Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. – Agensi


NEGARA

Rakyat Malaysia di Mesir selamat


KERETA-KERETA perisai melakukan rondaan di tengah bandar raya Kaherah, Mesir semalam.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang berada di Mesir dilaporkan selamat walaupun berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di ibu negara berkenaan, Kaherah sejak kelmarin.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan akhbar semalam berkata, sehingga kini, tiada rakyat Malaysia termasuk penuntut dianggarkan 7,000 orang dilaporkan terlibat dalam gerakan anti kerajaan tersebut.

Kebanyakan rakyat Malaysia di Mesir terdiri daripada pelajar universiti terutama Universiti Al-Azhar, selain mereka yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Petronas dan Kedutaan Malaysia di negara itu.

Tentera turut diperintah mengawal semua kedutaan asing termasuk Kedutaan Malaysia di sini



Israel cemas pantau perkembangan


BAITULMAQDIS: Di sebalik sikap berdiam diri, Israel memerhatikan perkembangan rusuhan antikerajaan di Mesir dengan perasaan berdebar kerana bimbang ia dapat menumbangkan rejim Hosni Mubarak yang selama ini banyak membantu dasar Tel Aviv di dunia Arab.

Ketika Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan kerajaannya tidak memberi sebarang reaksi mengenai situasi Mesir, syarikat penerbangan Sun D’Or secara diam-diam membawa keluar warga negara itu - termasuk diplomat - kembali ke Israel.


Operasi itu dibuat melalui satu penerbangan khas disediakan Sun D’Or.

Sebagai sekutu akrab Israel, Tel Aviv memang mahu kestabilan kerajaan Hosni berterusan bagi melindungi kepentingan rejim Tel Aviv.

Mesir adalah negara Arab pertama berdamai dengan Israel dan sejak menggantikan Anwar Sadat yang dibunuh tiga dekad lalu, Hosni dengan taat menghormati setiap janji terkandung dalam perjanjian damai berkenaan.


Hosni juga bertindak sebagai penghubung Israel kepada dunia Arab dengan sering menjadi perantara dalam isu Palestin.

Lebih penting, kerajaan Hosni bekerjasama dengan Tel Aviv mengekang kumpulan pejuang Islam Palestin, Hamas, daripada mentadbir Gaza secara berkesan.


Seorang pegawai Israel mengaku amat bimbang terhadap masa depan Hosni.

“Kami juga bimbang kebangkitan rakyat itu menular ke Jordan atau wilayah Palestin,” katanya. - AP


Al Jazeera kecam tindakan rejim Hosni tutup operasi


KAHERAH: Stesen televisyen Al Jazeera mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan menutup operasi rangkaian berita itu di Mesir dan menganggap keputusan itu sengaja dibuat untuk menapis serta menyekat suara rakyat.

Dalam kenyataan semalam, rangkaian berita berpangkalan di Qatar itu berkata, tindakan kerajaan Mesir itu bertujuan menyekat kebebasan media daripada melaporkan perkembangan semasa di negara berkenaan.

Terdahulu, Kementerian Penerangan mengeluarkan arahan supaya semua aktiviti Al Jazeera di negara itu dihentikan, manakala lesennya dibatalkan.

Semua kad perakuan media dikeluarkan kerajaan kepada kakitangan Al Jazeera turut ditarik balik. - AN


Tahanan politik bolos



KAHERAH: Kumpulan bersenjata menyerbu sekurang-kurangnya empat penjara di sekitar Mesir menjelang subuh semalam bagi membebaskan beratus-ratus tahanan, termasuk pemimpin parti politik pembangkang terbesar di negara itu.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah pula memberitahu warganya supaya mempertimbangkan kemungkinan meninggalkan Mesir secepat mungkin.


Pegawai di situ juga mengesahkan memberi kebenaran kepada ahli keluarga dan kakitangan bukan kritikal di kedutaan itu kembali ke AS.

Keputusan itu dilihat sebagai gambaran jelas kebimbangan Washington terhadap kestabilan Mesir yang selama ini menjadi sekutu rapatnya.


Pegawai keselamatan Mesir berkata, sekumpulan lelaki bersenjata berbalas-balas tembakan dengan pengawal penjara beberapa jam di empat pusat tahanan.


Antara penjara tumpuan adalah yang terletak di barat laut Kaherah yang menempatkan ratusan tahanan didakwa militan Islam.

“Tahanan itu melarikan diri selepas berlaku kebakaran dan bertempur dengan pengawal,” katanya.

Antara tahanan yang bolos adalah 34 anggota Ikhwanul Muslimin - kumpulan pembangkang terbesar dan paling tersusun serta amat ditakuti kerajaan.

Peguam Ikhwanul Muslimin berkata, 34 tahanan itu dipenjara sebelum protes antikerajaan besar-besaran dilakukan pada Jumaat lalu.

“Tujuh daripada 34 tahanan itu adalah pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin,” katanya. - AP


Ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang


KAHERAH: Beribu-ribu penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah apabila banyak penerbangan dibatalkan atau ditunda, semalam.

Keadaan menjadi lebih sukar apabila kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung, memaksa mereka terperangkap di sekitar lapangan terbang berkenaan.


Pada masa sama, beberapa negara Arab, termasuk Lubnan, Arab Saudi dan Jordan mula memindahkan warga masing-masing atas faktor keselamatan.

Pada hari keenam protes, pertambahan bilangan penerbangan dibatalkan serta satu demi satu pesawat kosong mendarat untuk membawa keluar warga asing, keadaan itu menjejaskan industri pelancongan yang amat penting di Mesir.


Syarikat penerbangan Mesir pula terpaksa membatalkan 15 penerbangan kerana gagal mendapatkan kru mencukupi untuk beroperasi.

Daripada 3,000 orang terkandas di lapangan terbang, sebahagian mereka adalah warga Mesir sendiri.

Sesetengahnya menyerbu kaunter tiket tanpa membuat tempahan terlebih dulu dengan harapan mendapat tempat keluar dari Mesir.

Apa yang penting, mereka hanya mahu segera kembali ke negara masing-masing tetapi pada masa sama, amat bimbang kerana tiada penerbangan untuk dinaiki.

Sementara itu, tidak dapat dipastikan berapa lama penumpang itu akan terkandas, malah sesetengah syarikat penerbangan asing membuat penangguhan tanpa had. - AP



Mesir bina menara pantau Gaza



TEL AVIV: Mesir kini membina menara kawalan di sepanjang sempadannya dengan Gaza sebagai satu daripada langkah Kaherah meningkatkan kepungan ke atas wilayah Palestin itu, kata sumber semalam.

Menurut anggota keselamatan Mesir, menara pertama - diperbuat daripada besi dan konkrit setinggi lebih 20 meter - dibina berhampiran Rafah dan kini hampir siap.


Akhbar harian Israel, Ha’aretz, melaporkan menara kawalan itu dibina Mesir bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan pergerakan di kawasan sempadan itu.

Rafah adalah pintu sempadan yang menjadi laluan masuk ke Gaza selepas wilayah itu dikepung tentera rejim Zionis serta mendapat kerjasama daripada Kaherah.


Disebabkan sekatan itu, penduduk Gaza terpaksa bergantung kepada aktiviti penyeludupan bawah tanah bagi mendapatkan bekalan barangan asas setiap hari.


Bagi memastikan keperluan Gaza kekal disekat, Mesir turut menanam tembok besi di kawasan sempadan untuk menyekat laluan terowong bawah tanah itu.

Tidak cukup dengan itu, Mesir sering mengepam gas beracun atau memasukkan air ke terowong berkenaan.


Pembinaan tembok besi dan menara pemantau berkenaan menyebabkan ketegangan hubungan di antara Mesir dan beberapa negara di rantau Teluk.

Pada 2009, pemimpin Hezbullah, Sheikh Hassan Nasrallah, mengecap Kaherah atas tindakan zalim mereka ke atas penduduk Gaza. - Agensi



Bumi mesir kah?

mari kita bercakap tentang dilema saya yang paling hebat kira kalau lelong jual kat ebay sure box-office orang semua suka jadi fenomena lah konon apa kena mengena weyh kau merepek gila -___-" kahkahkah. apakah inii. nampak sangat dah pusing pening mamai segala penyakit semuasemua lah ada sebab dilema sangat cool :P

okay, rasanya korang dah tahu apa dilema saya sekarang ni. dah comfirm nak pergi egypt jadi itu bukan dilema lagi dah. sekarang ni tengah confuse fikirkan universiti mana kat egypt tu yang saya nak pilih. antara dua universiti ni;
Add Imageal mansoura;
(klik gambar untuk ke laman web universiti ni)
ataupun alexandria;
(klik gambar untuk ke laman web universiti ni).

cairo serius tak masuk dalam senarai jadi jangan ringan tangan rekomen pada saya. ish, tak baik. bolehboleh. cadangkanlah apa saja. supaya saya ada pilihan nak dibuat. zagaziq boleh. ain syams boleh. lailailai. ini menyindir ke memerli ke ikhlas meminta bantuan ke aku pun tak tahu -____-"

saya kalau boleh nak senaraikan pros and cons keduadua universiti ni tapi saya yakin sampai esok pun takkan habis listkan dalam blog ni padahal dateline entri ni hari ni. perghh, sejak bila entri dalam blog ada dateline cuba buat press conference sikit kasi jelas. hahaha. okay, tak lawak. drop the subject, (tiba tiba bagi muka slengerr T,T)

briefly lah eh. mansoura ni ada dua program. medical regular and medical manchester. medical regular ni kena pergi kuliah macam biasa, ambil exam semua. yang manchester ni dia learning based on machester university macam tu lah tak berapa sure. ada PBL, banyak course work, tapi less marks untuk exam. fees dia pun jauh lagi murah dari alexandria. macam saya tulis dalam entri lepas, GMN siap ada bukak restoran melayu lagi dekat dengan mansoura ni jadi food will not be a problem.

tapi tapi tapi, mansoura ni macam kawasan pedalaman. ibarat macam mansoura ni seremban, alexandria tu KL, kata encik semalam tu. tambah lagi qis kata untuk mayat, mansoura ni guna dummy je. apa keslah pakai dummy aku nak mayat betul, hahaha. macam kalau belajar medic kat india tu. tersalah potong pun dengan berlenggang boleh tukar mayat lain. bukan kah sangat thrill lagi bergaya?

alexandria pulak ada satu program je dan sama dengan program medical manchester kat mansoura. lagi satu, alexandria ni ramai pelajar tajaan mara jadi ramailah budak melayu, kan. yang kat alexandria ni kiranya semua student straight A1 lah katanya. sahsiah pelajar pun lebih elok dari kat mansoura, (bukan saya cakap -___-"). tambah lagi alexandria ni dalam kawasan tourism. universiti dia lawa, scenery dia lawa.

tapi itulah. fees dia untuk enam tahun tu boleh kira agak mahal. sara hidup pun mahal sikit. food maybe susah nak cari. saingan dengan pelajar mara pun mesti sengit gila. mungkin akan jealous sebab allowance budak mara banyak gila sampai diorang boleh jalanjalan ke turki. perghhh.
apart from that, disebabkan alexandria ni kat atas, rasanya ada salji kot[?] tak berapa nak sure. dahlah saya kejakunan dengan salji ouh ouh best sejuk gila lembutnya salji weyh. hahaha. cover sikit, nuha. cover.

see. tak tahu nak pilih mana satu. boleh tak berikan pandangan? i need it badly. tengah confuse sangat sekarang ni as it involve my future, kan.

Tiada ulasan: