Khamis, 27 Januari 2011

JANGAN SUKA PERLEKEH ORANG....MANUSIA BUKANNYA SEMPURNA....TAPI JANGAN LUPA DIRI ...ADAKAH KITA HEBAT DAN TAK MENYELEWENG...JANGANLAH TIPU RAKYAT....

MB S'gor tak hilang sokongan dalam DUN
Jan 27, 11 12:10pm


Gesaan timbalan perdana menteri supaya Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar Malaysia menampakkan kedangkalan dan merendahkan tahap pengetahuannya sendiri, kata Faekah Husin (bawah, kiri).

ngo pro selangor government rally 230111 faekahSetiausa politik Khalid itu berkata, Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam tidak berpandukan fakta kerana Khalid masih mempunyai sokongan majoriti dalam DUN.

"Jelas di DUN Selangor pada 24 Januari lalu, Tan Sri Khalid masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli DUN Selangor," katanya.

"Ia bukan sekadar majoriti mudah atau majoriti biasa, walaupun ia bukan majoriti dua pertiga. Sokongan yang miliki Tan Sri Khalid ialah 34 (sokongan) daripada 55 ahli dewan."

Semalam, mengulas kegagalan Selangor mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda undang-undang tubuh negeri, Muhyiddin dilaporkan berkata menteri besar terbabit patut meletakkan jawatan kerana ia membuktikan kredibiliti yang lemah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah berkata, menurut perlembagaan, hanya satu sebab sahaja yang memberi alasan untuk memaksa seorang ketua kerajaan meletakkan jawatan, iaitu apabila hilang sokongan majoriti dalam dewan.

NONEMendakwa sudah menjangkakan langkah Muhyiddin (dua dari kanan) itu, Faekah mendakwa pihak berkenaan cuba memesongkan isu sebenar apabila enggan menyokong pindaan yang dicadangkan.

"Kami bersangka baik yang mereka komited dengan cita-cita mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-raja," katanya.

"Rupa-rupanya Umno-BN hanya menanam tebu di bibir. Mereka hipokrit; bertopengkan (slogan) 'rakyat didahulukan' dan 'daulat tuanku' namun membenarkan kedaulatan negeri dirobek persekutuan dan (mereka) menyokong Raja hanya apabila ia sesuai dengan kepentingan mereka."

NONEFaekah berkata, meskipun gagal meminda perlembagaan, perkara itu dilihat sebagai satu hikmah supaua "rakyat dapat melihat dengan jelas kepura-puraan Umno".

Beliau juga mendakwa, ekoran penolakan itu, Umno akan selamanya terhalang dari segi moral untuk memperkatakan soal mempertahan maruah negeri dan rakyat Selangor apatah lagi kedaulatan Raja-raja Melayu.





MB setuju jumpa Khusrin berhubung isu SUK
Jimadie Shah Othman
Jan 27, 11
6:19pm


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari ini bagi membincangkan sekitar isu berkaitan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor itu.

azlanKhalid bagaimanapun enggan menjelaskan butiran perjumpaan itu termasuk sama ada ia turut membincangkan upacara mengangkat sumpah rahsia yang perlu dijalankan Khusrin sebelum boleh memulakan tugas rasminya.

"Ada bincang (soal Khusrin). Saya akan jumpa beliau selepas Tahun Baru Cina, pada 7 Februari depan," katanya yang enggan mendedahkan maklumat lain berhubung pertemuan itu.

Didesak beberapa kali oleh pemberita, Khalid tetap enggan mengesahkan sama ada pertemuan itu akan membincangkan soal angkat sumpah Khusrin sebagai SUK.

Sambil ketawa, Khalid berkata: "Tak nak jawab."

Diminta mengulas laporan sebuah harian berbahasa Cina semalam yang mendakwa bahawa Khusrin akan diberikan enam bulan tempoh 'percubaan' terlebih dahulu, Khalid tetap enggan mengulasnya.

Bukan isu besar

"Tak payahlah kita cerita, itu bukan isu besar," katanya yang memakai batik merah dalam sidang media 'bertemakan' Tahun Baru Cina itu.

NONENamun katanya, apapun tindakan, kerajaan Selangor akan tetap berusaha meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberi kuasa kepada sultan dan menteri besar melantik tiga pegawai tingginya.

Sehubungan itu, Khalid berkata, bermula pada jamuan Tahun Baru Cina negeri pada 12 Februari ini, pihaknya akan memulakan usaha itu.

"Kita akan kempen untuk dapatkan majoriti dua pertiga (dalam DUN). Kita akan kempen supaya kuasa federalisme memberi keadilan di negeri-negeri," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam petang ini, Khalid berkata langkah itu adalah reformasi yang cuba dibawa bagi "mengembalikan kuasa kepada rakyat".

Beliau juga yakin usaha itu akan mendapat sokongan rakyat, terutamanya golongan berpendidikan dan generasi muda.

NONE"Saya rasa, ya (membantu). Sebelum ini sering ada hujah bahawa Umno menjuarai isu Melayu dan sultan, tetapi yang sebenarnya tidak begitu," katanya ketika ditanya sama ada usaha itu akan membantu Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di negeri itu.

Khalid berkata, beliau yakin dalam pilihan raya umum akan datang, Pakatan akan menguasai majoriti dua pertiga di DUN memandang kini mereka sudah mempunyai 35 kerusi.

Lima kerusi lagi

"Kita hanya perlu lima kerusi sahaja lagi," Kata Khalid yang juga ADUN Ijok.

Ditanya tentang pendapat peguam terkenal Datuk Salehuddin Saidin yang berpendapat undang-undang membenarkan Khusrin 'meminta' menteri besar menjalan angkat sumpahnya, Khalid terus bersikap sinis.

NONE"Kita dah cuba macam-macam (dalam isu ini), termasuk adakan sidang dewan. Saya rasa Umno juga patut cuba sesuatu (berdasarkan pandangan Salehuddin)," katanya.

Sementara itu, mengulas penubuhan suruhanjaya diraja untuk kes Teoh Beng Hock, Khalid berharap ia dapat menghasilkan keputusan yang dihormati.

"Harap tidak jadi macam kes 'correct, correct, corect'...," katanya.





'Teman wanita' TKM S'wak dikait projek hospital
Jan 27, 11 5:36pm


Sebuah lamanweb whistleblower, yang sebelum ini mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya, kini mensasarkan seorang lagi pemimpin politik Sarawak dalam pendedahan terbarunya.

NONEMenurut Sarawak Report, Timbalan Ketua Menteri, Datuk George Chan telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit kepada Christina Foo, yang didakwa 'teman wanitanya', untuk membeli peralatan perubatan bagi sebuah hospital baru di Kota Samarahan, yang terletak kira-kira 20km di tenggara Kuching.

Dikatakan bahawa Trend-NIC, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Foo, telah memperolehi sehingga RM40 juta daripada kontrak tersebut.

NONEHospital Jantung Kota Samarahan - setelah bertahun-tahun tergendala - telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika menghadiri majlis perkahwinan Taib di Kuching.

Pembinaan hospital tersebut diilhamkan oleh Chan lapan tahun lalu - ketika beliau menjadi menteri kesihatan negeri - sebagai pusat rawatan kanser swasta untuk memenuhi keperluan 'pelancongan kesihatan'.

NONEKos pembinaannya sebanyak RM473 juta dibiayai oleh Pusat Perubatan Antarabangsa, milik kerajaan negeri Sarawak. Bagaimanaun, ia berdepan dengan masalah, menyebabkan rakan kongsi projek tersebut menarik diri.

Projek tersebut kemudiannya diambil alih oleh kerajaan persekutuan tahun lalu dengan kos lebih daripada RM400 juta.

Kerja pembinaan hospital tersebut bermula pada 2003 dan dijadualkan siap pada 2006. Bagaimanapun, ia hanya siap tahun lalu.




Shuhaimi, pengurus pusat khidmat disiasat lagi
Salhan K Ahmad
Jan 27, 11
3:23pm


ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini disiasat polis berhubung satu insiden melibatkan pusat khidmatnya yang disimbah cat dalam satu kejadian pada awal bulan ini.

Selain Shuhaimi, seorang pegawainya Mohammed Azmin Abdul Kadir turut hadir bagi siasatan berasingan, berhubung tulisan di blog wakil rakyat berkenaan yang didakwa menghina Sultan Selangor.

NONEKenyataan kedua-duanya dirakamkan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, kata Shuhaimi.

Tambahnya, beliau diambil keterangan oleh dua orang pegawai polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam bermula jam 4.30 petang ini tanpa ditemani peguam.

Siasatan selama satu setengah jam itu antara lainnya menjurus kepada rentetan kejadian pada 7 Januari yang berlaku di pusat khidmatnya di Bukit Kemuning, Shah Alam, kata Shuhaimi.

"(Polis) tanya balik kejadian pada 7 Januari itu, siapa beritahu saya (mengenai insiden simbah cat) dan macam mana saya dapat tahu," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.

Shuhaimi menjelaskan, beliau memberitahu polis bahawa beliau tidak berada di pejabat ketika kejadian berlaku.

Namun, beliau telah menghubungi anggota polis yang bertugas di Kota Kemuning pada hari tersebut untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

Susulan daripada itu, satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh anggota berkenaan, katanya lagi.

NONETambahnya lagi, siasatan ke atas Mohammed Azmin pula berlangsung selama dua jam, bemula jam 4 petang ini.

Mohammed Azmin disiasat di bilik berasingan di balai polis yang sama dengan ditemani peguam Mohd Razlan Jalaluddin.

"(Mohammed Azmin) ditanya berhubung blog Sri Muda dan berbagai perkara berkaitan," kata Shuhaimi lagi.

Tambahnya, tindakan itu merupakan siasatan kelima yang dijalankan polis ke atas pengurus pusat khidmatnya itu.

Polis telah mengambil keterangan Mohammed Azmin bermula 14 Januari lalu ketika pusat khidmat tersebut diserbu anggota pasukan berkenaan.

Shuhaimi pula telah disiasat kali pertama pada 12 Januari lalu berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor di blog srimuda.blogspot.com.


Shuhaimi juga berkata, polis menghubunginya semalam untuk merekodkan kenyataannya pada malam tadi.

"Tapi saya dah rujuk peguam. Peguam kata tak usah pergi malam tadi jadi saya datang hari ini saja.


"Lagi satu saya nak tanya, peralatan komputer yang dirampas daripada pejabat saya itu bila hendak dipulangkan?," soalnya lagi.


Siasatan ke atas menantu Nik Aziz diteruskan: SPRM
Jan 27, 11 5:47pm


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan berkata, siasatan membabitkan penyelewengan dan salahguna kuasa terhadap menantu Menteri Besar Kelantan masih belum selesai.

NONEPengarahnya, Nasaruddin Mohd Noor, berkata kes membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman (kanan), masih disiasat.

Katanya, SPRM kini sedang mendapatkan beberapa lagi maklumat dan dokumen bagi memantapkan lagi siasatan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Sebelum ini, ibu pejabat SPRM hanya mengumumkan penutupan kes mengenai pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO di dalam PMBK, yang menimbulkan kontroversi kerana pelantikan keluarga terdekat, dan bukannya kes membabitkan penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan membabitkan menantu Menteri Besar itu.

"Ada beberapa perkara yang masih dalam siasatan terhadap kes itu. Saya juga tidak dapat memberitahu secara terperinci bentuk penyiasatan itu. Yang pasti kes itu masih di bawah SPRM Kota Bharu.

"SPRM Negeri masih belum menutup penyiasatan kes Abdul Ariffahmi itu, walaupun ibu pejabat SPRM telah memutuskan menutup kes yang disyaki melibatkan (Menteri Besar Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)," katanya selepas Program Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama SPRM di ibu pejabat JPJ, Panji dekat Kota Bharu, hari ini.

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commissionNasaruddin berkata demikian sebagai mengulas sama ada SPRM telah menutup kes penyiasatan yang disyaki berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang disifatkan berprofil tinggi membabitkan menantu Menteri Besar itu.

Pada 15 Disember tahun lalu, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, berkata pihaknya menutup dua kes berprofil tinggi membabitkan penerimaan wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji oleh Menteri Besar Kelantan dan pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK.

Pada akhir 2009, SPRM membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK membabitkan Abdul Ariffahmi, sementara Nik Abdul Aziz pula disiasat atas pengakuannya bahawa beliau dan keluarga menerima tajaan haji.

Abdul Ariffahmi berkhidmat selama lapan tahun di PMBK dan dilantik sebagai CEO pada 20 September 2009, mencetuskan kontroversi amalan nepotisme dalam Pas selain kemelut dalaman PMBK yang dikaitkan dengan soal salah urus tadbir dan kewangan sehingga menuntut SPRM membuat siasatan.

Susulan itu, beliau dinasihat melepaskan jawatannya oleh Nik Abdul Aziz selepas mendapat tekanan daripada pimpinan PAS demi menjaga nama baik parti itu, seterusnya menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri ini.

Nasarudin berkata, SPRM masih lagi menyiasat wujudnya penyelewengan dalam masalah membabitkan urusan perpindahan peniaga-peniaga Pasar Arked Lambok Uda dan Pasar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ke Bazar Tok Guru, di Kota Bharu.

Beliau berkata, siasatan awal SPRM mendapati tidak ada wujud unsur-unsur rasuah dalam projek itu, cuma ia melibatkan rasa tidak puas hati peniaga berhubung janji antara pihak peniaga (pembeli) dengan pemaju.

“Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan kami dan kita akan tengok bagaimana dari segi prosedur atau sebagainya, setelah kita terima aduan,” katanya.



Felda kebal: PAS sukar tembusi lubuk BN
Abdul Rahim Sabri
Jan 27, 11
9:56am


ANALISIS Kempen pilihan raya kecil DUN Tenang sudah memasuki hari kelima, namun jentera PAS dilihat masih sukar untuk menyakinkan pengundi di rancangan Felda supaya memilih calon mereka sekalipun dikatakan saban hari mereka mengadakan ceramah di gugusan tersebut.

Dfelda tenangUN Tenang mempunyai tiga gugusan Felda iaitu - Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barak - yang semuanya mengandungi 4,118 pengundi yang bakal membuat pilihan dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, BN menguasai ketiga-tiga gugusan Felda berkenaan dengan memperolehi sokongan mencecah 80 peratus.

Hal demikian berlaku, kerana pengundi di kubu kuat BN itu masih belum mengenali calon PAS Normala Sudirman, apatah lagi mereka masih selesa memilih BN untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

NONETambahan pula, masih terdapat di kalangan pengundi yang masih 'terngiang-ngiang' dengan jasa bekas perdana menteri yang yang bertanggungjawabg bertanggungyang bertanggungjawab membuka tanah rancangan Felda, Tun Abdul Razak Hussein - bapa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Malah, mereka terus memuji kebaikan dan jasa bekas ADUN Tenang Ibrahim Daud - yang merupakan ayah kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, walaupun masih terdapat beberapa masalah yang 'menghurungi' mereka khususnya mengenai tanah dan rumah untuk generasi kedua felda.

"Calon BN ada datang ke sini sudah tiga kali. Kita mengetahuinya sejak ia diumum. Beliau orang kampung dan orang tuanya seorang wakil rakyat.

Kurang sambutan

mat lambok felda tenang"Orang tuanya, kita memang sokong sebab beliau bagus. Kita minta bantuan dia beri. Beliau kata sekiranya tak mampu, dia tak dapat nak tolong," kata ahli jawatankuasa peneroka peringkat kedua Mat Lambok Baharom (kanan).

Beliau yang juga peneroka generasi kedua kini mengurus hasil sawit dari 81 orang peneroka peringkat kedua.

Mat Lambok - yang menetap di felda berkenaan sejak 1963 - adalah seorang ahli jawatankuasa masjid di Felda berkenaan - berkata lebih 800 daripada 1.469 pengundi di Felda Tenang menyokong BN walaupun menyedari kehadiran PAS berkempen di kawasan berkenaan.

Malah ceramah yang diadakan di Felda Tenang oleh Pakatan Rakyat hanya dihadiri kira-kira 200 orang dan ada di kalangan mereka datang dari luar kawasan Felda berkenaan.

felda tenang hasilTamparan kepada PAS tidak terhenti di situ sahaja, apabila kini tertubuhnya penubuhan kumpulan baru, Jawatankuasa Bertindak Generasi Kedua Felda yang berusaha menyelesaikan masalah peneroka.

Hal ini dilihat sebagai tindakan bagi 'mematahkan' tindakan Persatuan Peneroka Anak-anak Felda (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman yang merupakan ketua penerangan PAS Johor merangkap ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Pengerusi penajanya, Masran Ahmad Sayoti semalam berkata jawatankuasa yang diketuainya tidak akan mengambil pendekatan konfrontasi seperti ANAK, apabila membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Felda.

Masalah perumahan

Sebaliknya jawatankuasa berkenaan akan menyelesaikan isu Felda secara bijak tanpa perlu menyerang pihak pengurusan Felda serta mengheret mereka ke mahkamah.

Ekoran itu, mengulas gerak kerja ANAK yang mahu membela peneroka, Mat Lambok mengakui tidak mengenali persatuan tersebut termasuk pengerusinya Mazlan.

"Saya tidak pernah kenal ANAK. Saya tidak kenal dia (Mazlan). Saya tak kenal pun... Buat apa kita nak jumpa dia, kita ada wakil kita sendiri," katanya ketika diajukan soalan mengenai persatuan tersebut.

mohd saiful mat isa tenangMat Lambok turut berpendapat isu seperti kenaikan harga barang atau isu calon PAS enggan bersalam dengan lelaki, tidak menjejaskan dan tidak memberi kesan sokongan pengundi kepada BN.

Perkara yang sama turut dikongsi oleh Mohd Saiful Mat Isa, 24 (kanan). Beliau juga turut mengakui calon BN sebelum ini banyak menolong penduduk di kawasan tersebut, tetapi "tidak terfikir" mengenai calon PAS Normala Sudirman.

"Calon BN (sebelum ini) banyak menolong daripada saya kecil lagi," katanya yang akan mengundi di sebuah sekolah yang menjadi pusat pengundi di situ.

Tinggal 4 hari lagi

Mohd Saiful bekerja sebagai pemotong rumput dengan pendapatan sebanyak RM 700 hingga RM800 sebulan.

Berdasarkan tinjuan Malaysiakini, hampir setiap rumah di ketiga-tiga kawasan berkenaan memacakkan atau melekatkan bendera BN dan Umno di hadapan pintu masuk rumah mereka.

Malah pelbagai kain rentang, sepanduk, banting, poster dan bendera BN/Umno lebih banyak berbanding PAS diletakkan kiri dan kanan jalan sepanjang pintu masuk menuju ke kawasan Felda Tenang.

NONEMengulas mengenai masalah rumah di kalangan generasi kedua, Mat Lambok berkata terdapat di kalangan mereka yang memohon tapak tanah dan diluluskan oleh kerajaan, tetapi tidak mempunyai modal kewangan yang cukup untuk membina rumah sendiri.

"Kita juga telah kemukakan (perkara) ini kepada menteri besar (Datuk Abdul Ghani Othman) untuk meminta membuat rumah untuk generasi kedua.

"Sebelum ini kita juga ada berbincang dengan ketua kampung dan memgemukakan masalah ini, tetapi sukar sedikit kerana modal terlampau besar. Jadi kita sudah panjangkan kepada menteri besar," kata Mat Lambok.

Jadi persoalannya, mampukah PAS memperkemas dan memperkuat jentera kempen mereka dalam tempoh berbaki empat hari lagi, sekurang-kurangnya bagi mengurangkan jumlah undi kepada BN.


Ramon: Aliran keluar wang haram M'sia perlu disiasat
Jan 27, 11 5:09pm


Terdapatnya keperluan untuk menyiasat dan mengambil tindakan pemulihan seandainya perlu, berhubung dengan laporan aliran keluar kewangan haram dari Malaysia, kata Pengerusi Pusat untuk Kajian Dasar Awam Institut Kajian Strategi & Kepimpinan (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam.

ramon navaratnam interview 071108 05Baru-baru ini, laporan oleh pemantau kewangan, Integriti Kewangan Global (GFI) menyebut yang aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 ialah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) dan lapan tahun kemudian, ia melambung kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).

"Kita perlu tanya diri kita sendiri mengapa wang ini keluar," kata Ramon kepada pemberita di Persidangan ke-13 Tinjauan Strategik Malaysia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Presiden Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia, Datuk Nicholas Zefferys memberitahu pemberita yang Bank Negara Malaysia telahpun menetapkan peraturan pengubahan wang haram yang ketat.

"Malaysia mempunyai perlindungan kukuh terhadap pengubahan wang haram dalam sistem perbankan tradisional," kata beliau.

- Bernama


Bicara kes bunuh Sosilawati tangguh 24 Februari

Jan 27, 11 1:17pm


Mahkamah Majistret Telok Datok di Banting hari ini menetapkan 24 Feb depan untuk sebutan semula kes bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada Ogos tahun lalu.

NONEMajistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan meminta penangguhan sementara menunggu keputusan rayuan dan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes dua lagi pekerja Pathmanabhan, K Sarawanan dan U Suresh yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana melupuskan mayat keempat-empat mangsa.

Pada 13 Okt tahun lalu, Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di Banting pada 30 Ogos tahun lalu.

NONEPada 15 Okt tahun lalu, Sarawanan, 19, dan Suresh, 26, mengaku bersalah di mahkamah yang sama berhubung dakwaan menghilangkan bukti dengan membakar mayat keempat-empat mangsa di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos lalu.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili semua tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan masih belum menerima sebarang dokumen berkaitan kes itu daripada pihak pendakwaan.

Justeru beliau meminta jaminan agar pihak pendakwaan menyerahkan kepada mereka dokumen berkenaan pada Isnin ini ketika pendengaran rayuan dan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sosilawati Lawiya police search afp 3Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff yang mengendalikan pendakwaan berkata pihaknya akan menyerahkan sebahagian dokumen berkenaan seperti yang diminta oleh pihak pembelaan.

Hurman kemudian berkata beliau tidak ada alasan lagi untuk menangguhkan kes itu dan bercadang untuk memindahkannya ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Amer Hamzah berkata beliau juga ingin agar kes itu dipindah ke mahkamah tinggi tetapi peruntukan undang-undang tidak mengizinkan untuk berbuat demikian memandangkan pihak pendakwaan masih belum menyerahkan surat izin untuk memindahkan kes kepada mahkamah.

Sosilawati Lawiya police search afp 2"Saya tahu tuan amat kecewa," kata Amer Hamzah dan Hurman menjawab: "Saya tidak kecewa tetapi tidak gembira."

Peguam Pushpa Ratnam yang juga mewakili kesemua tertuduh pula memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih belum menerima salinan laporan polis yang dibuat oleh anak guamnya, Khatavarayan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

"Kami juga baru dimaklumkan oleh Thilaiyagan dan Matan bahawa mereka telah dipukul dalam penjara. Kami telah maklumkan kepada pihak penjara bahawa anak guam ingin membuat laporan polis," katanya.

Hurman kemudian menetapkan 24 Feb depan untuk sebutan semula kes dan meminta agar pihak Jabatan Peguam Negara membantu menyelesaikan isu itu.

- Bernama




Firma kaitan Talib diarah henti penebangan balak
Keruah Usit
Jan 27, 11
1:49pm


Mahkamah telah memberikan perintah interim kepada 15 komuniti rumah panjang Iban di Sebangan Hulu di Simunjan, Sarawak bagi menghalang Quality Concrete Holdings Bhd dan kontraktornya Loyal Billion Sdn Bhd daripada meneruskan segala aktiviti pembalakan, pembersihan kawasan dan aktiviti lain yang berkaitan di sana.

siby by-election nomination day 080510 mahmud taib 02Pemegang lesen konsesi balak, Quality Concrete Holdings Bhd dimiliki sebahagian besarnya oleh adik Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud - Roziah. Ahli keluarga terdekat Taib juga di katakan memiliki saham di syarikat itu.

Menurut laporan tahunan syarikat itu tahun lalu mencatatkan sepupu pertama Taib, Hamed Sepawi, sebagai 28 daripada 30 pemegang saham terbesar Quality Concrete.

Seorang lagi pemegang saham yang berdaftar di tangga 24 adalah adik ipar Taib Abdul Aziz Husain, mantan setiausaha kerajaan negeri.

Penduduk rumah panjang itu mendakwa tanah berkenaan adalah hak mereka berdasarkan hak-hak tanah bumiputera (NCR). Mereka mendakwa mengikut NCR mereka adalah pemilik sah tanah-tanah di Kampung Entanggor, Ensika, Lumut, Arus Dayak, Tongkah Dayak, Dayak Tongkah Lubuk Manta, Tongkah Dayak Atas, Tongkah Dayak Rumah Panjai, Lunying, Belimbing Besi, Ketimbong dan Bajong Ili, Ili Bajong Atas, Bajong Tengah Ili, Ili Bajong Baruh, - yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Kuching.






























- Bernama

Tiada ulasan: