Sabtu, 29 Januari 2011

NILAI ALLAH LEBIH TEPAT DAN BETUL...BENAR MASUK SYURGA...SALAH MASUK NERAKA...MAJU TAK MAJU ALLAH SAJA YANG BOLEH PASTIKAN...KERANA SEGALA MILIKNYA...

Calon PM Pakatan: 'Hadi lemah, Anwar hiprokit'
Regina Lee & Abdul Rahim Sabri
Jan 29, 11
11:05am


Meskipun pelbagai pihak meramalkan BN akan mempertahankan kerusi dewan undangan negeri Tenang, pada pilihan raya kecil esok, namun Umno terus memperkuatkan cengkamannya dengan berkempen di kubunya di Felda.

Namun isu yang dibangkitkan jauh berbeza dengan modal yang dijaja oleh rakannya MCA. Jika MCA cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina mengenai hasrat PAS menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa, pemompin Umno pula sibuk mendakwa PAS telah hilang nilai-nilai keislamannya.

bn ceramah at felda, tenang, by electionSebelum ceramah kelompok BN di Felda Tenang malam semalam itu dimulakan, kira-kira 80 penduduk tempatan dijamu mewah dengan kenduri sambil dihiburkan dengan lagu dendangan Allahyarham Sudirman.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam kemudiannya terus ke pentas dan mula membidas PAS.

"Bila PAS sertai DAP, mereka hilang nilai-nilai Islam.

"Di Bukit Beruntung, mereka tidak lagi melaungkan takbir selepas cermah,” perlinya.

Maafkan kafir!

Ali turut menjadikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik sebagai sasarannya dan berkata menteri besar Kelantan itu, memaafkan golongan kafir atas kesalahan yang dilakukan.

NONE“Sebagai contoh, semasa bulan puasa MP Serdang, Teo Nie Ching masuk ke sebuah surau menyampaikan tazkirah. Macam mana seorang bukan Islam boleh beri tazkirah di masjid tanpa rambutnya ditutup.

"Bila kita tegur, mereka kata Umno tak faham Islam.

"Sama juga dengan (ecxo Selangor) Elizabeth Wong. Bila skandalnya didedahkan, PAS terus mempertahankannya dan berkata kesian. Malah Nik Aziz juga dilaporkan memaafkannya dan berkata dia boleh sambut tugasnya.”

NONE"Ini jelas maksiat dan dia sepatutnya boleh dirotan 100 kali. Dia telah bawa malu yang besar kepada PAS, PKR dan Pakatan Rakyat dan semua ini salah Nik Aziz,” kata Ali dan seterusnya melancarkan serangan ke atas Wong.

Sementara itu, bekas ketua penerangan PKR, Datuk Ruslan Kassim yang juga naik ke pentas berkata beliau tidak mengiktiraf Pakatan Rakyat.

"Saya tak mahu panggil mereka Pakatan Rakyat. Bagi saya, mereka cuma Pakatan Pembangkang.

"Mereka hanya tahu untuk membangkang, tahu nak memanipulasi fakta yang palsu (supaya)nampak benar. Nampak (mereka) yang betul, menyebabkan orang terpukau dan tersilau. Rupa-rupanya mereka berbohong," katanya.

bn ceramah at felda, tenang, by election, roslan kassimMenurutnya parti pembangkang hanya suka "mengambil kesempatan" bagi merealisasi hasrat mereka untuk menawan Putrajaya.

Katanya, gabungan itu menggunakan "kehebatan" mereka dengan memberi persepsi negatif kepada rakyat terhadap BN dengan gambaran bahawa parti itu adalah "makhluk hina, zalim dan mengamalkan rasuah".

Jual agama

"Segala keburukan adalah daripada Umno. Dan mereka menggambarkan Pakatan Rakyat seperti kerajaan dewa-dewa, penuh dengan ketelusan, kebaikan, membela rakyat dan tidak ada kronisme.

"Seluruh yang baik-baik daripada mereka dan seluruh yang jahat daripada kita (BN). Dan ramai juga percaya, terpengaruh dan terpukau sehingga akhirnya terpangkah dan terundi (mereka)," katanya.

Menurut Ruslan yang juga seorang peguam, Pakatan Rakyat mengamalkan prinsip yang diperkenalkan oleh Niccolo Macheavelli iaitu "matlamat menghalalkan cara" dengan berbuat apa sahaja antaranya mempengaruhi rakyat demi mendapat kuasa.

pas islamic state agenda hadi and nik aziz 200105"Mereka kata, siapa masuk PAS dapat pahala dan masuk syurga. Siapa undi Umno dapat dosa dan masuk neraka...Islam bukan eksklusif puak atau mana-mana kumpulan.

"Mereka berbuat apa sahaja sehingga keselamatan, kestabilan ekonomi dan perpaduan (menjadi) tidak penting... Mereka sanggup menjual agama dan negara... Mereka menggunakan pelbagai cara untuk memecahkan kita," katanya .

Turut hadir bersama adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad yang baru dilantik sebagai pengerusi Felda yang tiba kira-kira jam 10.50 malam.

Kemampuan diragui

Dalam ucapannya, Isa yang pernah terpalit dengan gejala rasuah mendakwa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dikatakan akan menjadi perdana menteri Malaysia.

isa samad 061009 smileBagaimanapun katanya, kedua-dua pemimpin tersebut diragui kemampuan mereka untuk mentadbir negara sekiranya menjawat jawatan tersebut

Isa yang juga bekas naib presiden Umno tetapi digantung jawatannnya, mendakwa Anwar adalah seorang yang "hipokrit dan berpura-pura" dan Abdul Hadi lemah dalam membuat keputusan.

"Abdul Hadi nak jadi PM, dia pun tak tahu banyak. Bila buat keputusan, dan (Datuk) Nik Aziz tidak tahu, maka dia undur ke belakang.

"Contohnya, sewaktu mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno, semua orang sokong, tetapi Nik Aziz tak setuju, sehingga mahu membuat muktamar khas.

"Bagaimana nak urus negara, bila jadi perdana menteri mahu buat keputusan, tak boleh. Kita tidak boleh beri (kuasa) kepada orang macam ini," katanya.



BN yakin Tenang miliknya dengan majoriti besar
Abdul Rahim Sabri
Jan 29, 11
9:38am


Kurang 24 jam, kempen pililhan raya DUN Tenang alam melabuhkan tirainya, namun bagi BN, mereka tetap yakin kerusi akan tetap miliknya. Malah, ramai juga yang menganggarkan BN akan mencatatkan pertambahan majoriti melebihi seperti yang diraih pada pilihan raya umum 2004.

tenang by election 280111 fireworks at 1 malaysia new year partyIni berdasarkan faktor, BN berjaya mengenal pasti faktor utama mengapa pengundi tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008. Parti itu juga dikatakan telah menyelesaikan isu dan masalah berbangkit di kalangan pengundi.

"Pergerakan kita di sini seperti pokok, kita tak menilai pokok itu kita berbuah tetapi kita menilai pokok itu (pada) kali pertama kita menanam benih pokok tersebut. Dengan bajanya, dengan kualiti benihnya, kerana jangkauan kita adalah buah tersebut.

"Kami mengambil berat segala persoalan. Maksudnya tidak ada isu atau masalah yang kita tidak pandang ringan. Pengundi-pengundi sedar kewajipan dalam menentukan kepimpinan di Labis ini.

"(Oleh itu) dalam masa tinggal sehari, kami berkeyakinan bahawa kami mampu untuk menyamai (majoriti) 2004, atau mungkin melebihi (majoriti) pada 2004," kata seorang pemimpin Umno bahagian yang enggan namanya disiarkan.

NONESebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mahu BN mempertahankan DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,000 undi pada pilihan raya kecil yang berlangsung esok.

Muhyiddin pada hari pengumuman calon BN Mohd Azahar Ibrahim DUN Tenang - dilaporkan berkata Tenang adalah merupakan antara kubu terkuat BN, justeru, beliau mahu jumlah itu ditebus kembali berbanding yang diperolehi pada pilihan raya umum 2008.

Ketika ditemui Malaysiakini petang semalam, sumber berkata walapun tempoh berkempen masih berbaki sehari, jentera pilihan raya BN masih terus bergerak bagi memastikan kemenangan Mohd Azahar yang berdepan dengan calon PAS Normala Sudirman.

NONE"Kami mendekati pengundi secara terus, secara peribadi khususnya di bahagian Felda, kampung tradisi, ladang-ladang, taman perumahan sehingga kepada peniaga dan pengusaha kecil.

"Gerak kerja kami menyeluruh. Kami berjumpa dengan pengundi bertanyakan masalah, menyelami isu-isu yang dibangkitkan dan lebih penting kami mendengar, memahami dan menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Menurut sumber itu berdasarkan maklum balas berhubung penerimaan pengundi terhadap jentera BN sewaktu menjalankan kempen, pihaknya melihat ada "satu perkembangan yang baik" penerimaan terhadap BN.

tenang by election day 1 230111 mohd azahar and chua soi lek giving oranges"Mereka mula memahami dan menilai perkembangan dana kemajuan yang di oleh kerajaan sebagai asas dalam penghakiman untuk lebih memahami BN.

"Kita tidak mahu berasa terlalu yakin, kita menghormati pihak lawan. Yang paling penting bagi kita adalah pembangunan dan kebajikan pengundi kita itu dapat diketengahkan dan dapat dibela. Itu paling penting sekali," katanya.

Bagaimanapun, sumber menasihatkan jentera supaya jangan terlalu yakin sehingga perasaan tersebut menguasai dan menjejaskan tumpuan dan gerak kerja pilihan raya walaupun berbaki sehari lagi.

tenang by election day 1 230111 mohd azahar with girl"Kita kena kerja kuat dan kemenangan menanti di hadapan," tegasnya.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan peratusan keyakinan parti itu mempertahankan kerusi tersebut sekalipun didesak beberapa kali sambil menegaskan "majoriti yang diperolehi bertambah".

Ditanya mengenai bantuan komponen BN yang lain dalam kempen pilihan raya kecil ini, pemimpin itu berkata mereka memberikan "respon" yang baik, termasuk ahli gabungan dan ahli bersekutu yang lain.


TPM: K'jaan pastikan WP terus maju, makmur
Jan 29, 11 11:56am
Kongsi 0
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus mengukuhkan tekad dan daya usaha bagi meningkatkan kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan negara dan rakyat termasuk di Wilayah Persekutuan.

batu sapi by electon muhyiddin speech 291010Berucap ketika melancarkan Hari Wilayah Persekutuan 2011 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini, Muhyiddin berkata suasana dan pencapaian di mana keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi oleh seluruh rakyat termasuk warga Wilayah Persekutuan sejak penubuhannya pada 1974 harus dikekalkan dan diperkukuhkan.

Beliau berkata adalah menjadi keazaman kerajaan dan rakyat Malaysia untuk menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu, maju serta dihormati di peringkat antarabangsa di mana pencapaian Wilayah Persekutuan adalah petunjuk kepada hasrat tersebut.

"Pencapaian dan suasana ini perlu dikekal dan diperkukuhkan. Oleh itu, perkara-perkara atau isu-isu yang boleh menjejas dan merosakkan keadaan ini perlu dihindari," katanya.

Kesejahteraan rakyat

Menyedari Wilayah Persekutuan perlu menjadi model atau contoh terbaik pembangunan Malaysia, Muhyiddin berkata kerajaan persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan terus berusaha gigih merancang dan melaksanakan pelbagai program yang menumpukan kepada pembangunan bagi manfaat rakyat.

economic transformation programme 210910 greater kl model 03Katanya kerajaan juga akan memberikan keutamaan kepada "outcome driven" kepada kesejahteraan dan kepentingan rakyat serta memberi tumpuan kepada projek permulaan (EPP) Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berindeks tinggi di bawah Greater KL/Klang Valley.

Pada masa sama, katanya, pembasmian kemiskinan bandar, keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pembangunan Kampung Baru, pembangunan sektor penjaja dan peniaga pembangunan prasarana dan pemuliharaan sungai juga inisiatif yang diberikan tumpuan pada tahun ini.

Muhyiddin berkata untuk mencapai pencapaian itu, penglibatan dan penyertaan aktif semua peringkat rakyat adalah intipati penting yang mampu melonjak pencapaian kemajuan dan membantu bagi menjayakan usaha-usaha pihak kerajaan ke arah membina kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan.

NONEBeliau juga berkata melalui penglibatan dan penyertaan semua pihak ini akan dapat menghindari pelbagai gejala negatif yang boleh menghalang dan membantut usaha-usaha pembangunan kerajaan di Wilayah Persekutuan.

"Di sinilah tidak kira sama ada kita tinggal di Putrajaya, Labuan mahupun Kuala Lumpur dengan komposisi latar belakang, agama, kaum dan status sosial serta ekonomi yang berbeza, kita berjaya mempamerkan Gagasan 1Malaysia yang sebenarnya," katanya.

Bagi meluas dan mengaktifkan penyertaan rakyat untuk mencapai matlamat kesejahteraan bersama, katanya, kerajaan bersetuju untuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menubuhkan Perwakilan Kesejahteraan Penduduk yang dijangka benar-benar memberi kebaikan dan faedah kepada rakyat keseluruhannya.

Wilayah terkehadapan

Katanya beliau percaya adunan sikap dan nilai serta usaha yang bersungguh-sungguh di kalangan seluruh warga Wilayah Persekutuan dapat menjayakan hasrat dan matlamat kerajaan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah yang terkehadapan dalam menikmati kemajuan pembangunan dan kualiti hidup yang tinggi di Malaysia.

labuan portPada majlis itu, Muhyiddin melancarkan lagu rasmi `Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera' yang baru.

Beliau juga mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina di negara ini dan berpesan supaya menjaga keselamatan diri dan keluarga ketika memandu di jalan raya sepanjang sambutan perayaan itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, jemaah menteri dan timbalan menteri, duta-duta dan pesuruhjaya tinggi asing.

- Bernama






SH melaporkan bahawa Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat, menafikan pihaknya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada suami calon Pas, Normala Sudirman yang dikatakan mengalami masalah kemurungan.

Pakar perubatan, Dr Siti Juriah Kusni mengesahkan kliniknya ada mengeluarkan cuti sakit berkenaan kepada Maarof Abd Mutalib berikutan tahap kesihatannya yang lemah.

"Maarof diberikan cuti sakit selama dua hari memandangkan perlu rehat secukupnya kerana mengalami simptom demam, batuk dan selesema.

"Pemeriksaan mendapati Maarof juga kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya serta memaklumkan turut mengalami tekanan," tambah Dr Siti Juriah.

Menurutnya, sebagai doktor, beliau ada bertanyakan punca tekanan itu dan Maarof berkata bahawa tekanan itu berkaitan dengan hal pertukarannya ke Johor Bahru.

Akibat memikirkan hal itu, beliau terlalu tertekan sehingga tidak dapat tidur malam. Oleh yang demikian, saya memberikannya cuti sakit selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 Januari,” jelas Dr Siti Juriah.
Berikutan masalah tekanan yang dialaminya, beliau mencadangkan Maarof mendapat khidmat pakar psikitrik dengan merujuk masalah itu kepada Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Walau bagaimanpun, Dr Siti Juriah memaklumkan tidak mengetahui sama ada Maarof mendapatkan khidmat pakar psikitrik seperti mana yang dicadangkannya sehingga mengetahuinya melalui laporan akhbar, semalam.

Status kesihatan Maarof menjadi persoalan apabila beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Sementara itu, Kosmo pula melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Maarof Abd. Mutalib yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen itu menipu untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC) selama 21 hari.

Menurut Muhyiddin Yassin, kementeriannya akan menyiasat dan mendapatkan laporan daripada pelbagai pihak termasuk pengetua SMK Tenang Stesen sendiri.

Kata Muhyiddin, “Kementerian akan siasat sama ada cuti yang diberikan itu berasas atau dia telah memberi kenyataan yang tidak betul untuk mendapatkan cuti.

Dia sebagai seorang guru sepatutnya amanah dan tidak boleh salah guna hak untuk mendapat cuti dan memberi perakuan yang bohong.

“Kami difahamkan jumlah MC yang diambil banyak dan jika benar sakit, dia sepatutnya sudah terlantar tetapi dia dilihat berdiri tegak meredah kawasan Tenang untuk membantu isterinya berkempen.”

Justeru, penjelasan Dr Siti Juriah yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada Maarof sudah memadai untuk menjawab persoalan dan pertanyaan Muhyiddin dan tulisan-tulisan di blog pro-UMCO./www,duniacacamarba.blogspot.com


P/s: Apa lagi modal UMCO, Muhyiddin, Hishamuddin? Muhyiddin dan Hishamuddin perlu siasat dalang (di tempat Maarof berkhidmat) yang mendedahkan sijil cuti sakit suami Cikgu Mala kerana perbuatan itu melanggar etika. Hishamuddin dan Muhyiddin perlu menjelaskan kepada rakyat tentang kes mahkamah dan cerita calon BN terlibat dalam kes melelong tanah milik orang Melayu!

Tiada ulasan: