Sabtu, 29 Januari 2011

SINGGUNG MENYINGGUNG PERKARA BIASA....KALAU TAK BAGAIMANA NAK MEMBERITAHU PERKARA YANG HAQ...HUKUM TETAP HUKUM...SEDARLAH JIKA MEMANG ADA SALAH...

PRK Merlimau: 6 Mac undi, 26 Feb penamaan calon
Jan 28, 11 11:13pm

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.

azlanAbdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama.

"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan enggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.



Tidak beretika: PAS kesal dokumen peribadi didedah
Harakahdaily

LABIS, 28 Jan: PAS kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Labis yg mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya berhubung laporan cuti sakit dan dijadikan bahan kempen Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli berpendapat tindakan tersebut juga boleh menjejaskan imej guru berkenaan dan menghilangkan keyakinan pekerja terhadap majikannya.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen rasmi yang sepatutnya hanya di ketahui oleh pesakkit (guru tersebut) dan majikannya.

Ini kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit antara doktor dan pesakitnya, termasuk diagnosis pesakit.

"Hanya pesakit atau doktor yang diizinkan oleh pesakit boleh mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga," katanya.

Kekesalan itu dizahirkan ekoran Umno BN kini didakwa menggunakan sijil sakit, Maarof Abdul Mutalib iaitu suami kepada calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman.

Sijil sakit berkenaan juga turut disiarkan di sebuah blog pro Umno dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Selain blog, laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini juga turut memainkan isu sama dengan memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain itu, Hatta turut membidas tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa.

"Tindakan Timbalan Menteri ini sangatlah tidak profesional. Beliau wajar memohon maaf kepada guru berkenaan," katanya lagi.

Selain Puad, PAS juga katanya terkejut dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan.

Menurutnya, Rosnah tidak berhak campurtangan dalam urusan kerja profesional doktor berkenaan.

"Percubaan mencampuri dan mengganggu tugas seorang doktor utk tujuan mempengaruhi cara rawatan yang dilakukan oleh doktor sangat tidak bermoral dan amat terkutuk.

"Datuk Rosnah harus tahu batas kuasa beliau di Kementerian Kesihatan.

Timbalan Menteri atau sesiapa juga pegawai atasan ujarnya, harus memberi sokongan dan perlindungan kepada pegawai dan kakitangan dibawah tanggunjawab mereka manakala sebarang perlanggaran tatatertib harus disiasat di peringkat dalaman jabatan dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang melulu.

Sehubungan itu PAS tegasnya meminta pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan maruah pengamal perubatan di bawah kawalan mereka.

"Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi kesilapan yg sama," katanya.


Kementerian akan ambil tindakan

LABIS – Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Maarof Abd. Mutalib yang juga suami calon Pas, Normala Sudirman jika guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen itu dipercayai menipu untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC) selama 21 hari.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian akan menyiasat dan mendapatkan laporan daripada pelbagai pihak termasuk pengetua SMK Tenang Stesen sendiri.

“Kementerian akan siasat sama ada cuti yang diberikan itu berasas atau dia telah memberi kenyataan yang tidak betul untuk mendapatkan cuti.

“Dia sebagai seorang guru sepatutnya amanah dan tidak boleh salah guna hak untuk mendapat cuti dan memberi perakuan yang bohong.

“Kami difahamkan jumlah MC yang diambil banyak dan jika benar sakit, dia sepatutnya sudah terlantar tetapi dia dilihat berdiri tegak meredah kawasan Tenang untuk membantu isterinya berkempen,” kata Muhyiddin pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kawasan Labis di SMK Kamarul Ariffin di sini semalam.



NEGARA

Murid dirotan hingga terkencing


KESAN dirotan pada belakang badan Wan Mohd. Faris.


KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut di sini pada Rabu lalu.

Semasa kejadian, Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, mendakwa dia baru menghantar kertas ujian kertas pendidikan Islam sebelum dikejutkan dengan tindakan guru lelaki itu yang tanpa sebab telah merotan badannya secara tiba-tiba.

Tindakan guru itu menyebabkan dia terkencing di dalam kelas kerana menahan kesakitan.

"Waktu kejadian, cikgu itu bagi kertas ujian dan selepas saya hantar kertas ujian pada cikgu, saya jenguk kawan saya untuk tengok apa yang dia buat.

"Tiba-tiba cikgu datang terus rotan belakang badan saya. Selepas itu cikgu tanya sakit tak. Belum sempat saya jawab dia rotan saya sekali lagi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Pelabuhan Klang: Mahkamah nasihat SPR tunggu dulu
S Pathmawathy
Jan 28, 11
9:29pm


Badrul Hisham Abdullah gagal mendapatkan perintah interim untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.

NONEBagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Suraya Othman
berkata adalah lebih baik bagi SPR menunggu sehingga selesai permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan perintah injunksi.Suraya akan mendengar permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi terhadap SPR pada 7 Februari, tetapi suruhanjaya itu dijadualkan membincangkan kekosongan kerusi itu malam ini.

Suraya berkata, pihak-pihak yang dinamakan, perlu mengambil tindakan sepatutnya, terutama defenden kedua, SPR, hanya boleh mengambil sebarang tindakan selepas kes tersebut didengar pada 7 Februari, demikian menurut peguam Abu Bakar Isa Ramat.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu.

Menurut Teng, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.




Di mana Cikgu Mala dapat kekuatan
abuhikam


"Pilihan raya adalah buah demokrasi yang dipaksakan ke atas kita. Dalam perjuangan yang mulia ini, kita harus mengharunginya dengan penuh kepayahan dan kesakitan. Kadang-kadang kita menjadi sesak nafas, lemas, kecewa dan putus asa apabila terpaksa berhadapan dengan kejahatan manusia-manusia yang kejam, tidak beriman dan tidak beraqidah dalam perlawanan ini.

Sama ada bersetuju atau tidak, suka atau tidak kita terpaksa mengheret kaki dalam meneruskan perjuangan demi mencari redha Allah, demi mencari syurga Allah yang hanya ditawarkan kepada Ansarullah sahaja.

Tenang menyaksikan satu lagi perlawanan yang tidak pernah berlaku adil kepada mana-mana perjuangan berfaham keadilan atau kebenaran.

Mereka yang memegang kekuasaan, dengan segala yang ada, terus menekan dan menekan pihak lawan yang sah dengan cara yang tidak sah dan sangat tidak manusiawi.

Segala senjata berat dan ringan dihamburkan tanpa ampun. Fitnah membabi buta, rasuah yang jijik, ugutan tanpa batas, perlecehan immoral dan penghinaan agama. Bererti penghinaan kepada tuhan.

Maududi pernah mengungkapkan bahawa tujuan yang paling utama Islam menawarkan calonnya dalam perlawanan pilihanraya adalah untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dengan memberi peluang kepada ummah untuk memilih calon yang berjuang demi aqidah Islamnya.

Justeru seluruh ummah Islam di Tenang sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana seorang cikgu yang solehah sanggup berkorban untuk memenuhi tanggungjawab yang sangat berat ini.

Di manakah Cikgu Mala ini memperoleh kekuatan yang luar biasa ini. Kekuatan untuk menyahut cabaran yang sangat getir ini. Walhal, alangkah indahnya hidup sebagai suri rumah yang biasa di samping suami dan anak-anak tercinta.

Cikgu Mala. Anda adalah di antara pilihan Tuhan untuk menyelamatkan aqidah ummat di Tenang, malah di Malaysia. Fahamilah perkara ini dengan saksama.

Anda mengingatkan kita kepada Zainab al Ghazali.

Mengingatkan kita kepada pemerintahan empat orang ratu yang memerintah Aceh selama enam puluh tahun (1641-1699) yakni Ratu Safiatuddin, Ratu Naqiatuddin, Ratu Zakiatuddin dan Ratu Kamalat Shah.

Sedangkan ulamak terbilang saat itu tidak membantahnya, seperti Nuruddin Ar Raniri, Abd.Rauf Fansuri, Jalaluddin Althursani.

Ratu Hijau di Patani, Raziatuddin di kerajaan Mamluk India dan Shajaratuddin di Mesir.

Cikgu Mala. Terima kasih kerana mengambil amanah berat ini. Ingatlah pesan Hamka dalam Tafsir Azhar "Allah tidak akan tanya menang atau kalah, tapi Allah akan tanya sama ada kita berjuang untuk Islam atau berjuang menentang Islam".

Wasalam."




TPM: Kenyataan Nik Aziz singgung umat Islam
Jan 28, 11 8:56pm


Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah telah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan DUN Tenang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONETimbalan perdana menteri berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa.

"Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong PAS. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, hari ini.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi PAS itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan mursyidul am dan dipanggil ustaz.

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Muhyiddin berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.

NONE"Tetapi di DUN Tenang ini, kita nampak orang PAS makan di kedai-kedai orang Umno," katanya sambil menambah, Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa melarang wanita daripada menjadi calon dalam pilihan raya.

Beliau meminta umat Islam tidak terperangkap dengan fatwa songsang Nik Aziz itu.

Muhyiddin turut ditanya tentang peluang BN untuk menang pilihan raya kecil DUN Tenang dengan majoriti yang lebih besar, beliau berkata, kempen pilihan raya kecil itu menunjukkan perkembangan yang menggalakkan.

"Saya lihat ada perkembangan yang boleh dikatakan menggalakkan. Di dalam semua pertemuan, sambutan menggalakkan. Ramai pemimpin tampil ke hadapan mahu membantu BN," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan berlangsung Ahad ini berikutan kematian penyandang kerusi itu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman.

- Bernama


Tiada ulasan: