Khamis, 13 Januari 2011

PATUT MAJLIS TEMPATAN IKUT MPSJ....INI ADALAH TUNTUTAN AGAMA...JANGAN LAUNGAN BELA AGAMA TAPI HUBUK TAK DA

MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak
Leven Woon Zheng Yang
Jan 13, 11
8:56am


Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

NONEMenurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam.Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

NONE“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya.




K'jaan digesa tubuh audit bebas siasat KTMB
Jan 13, 11 11:35am


Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini menggesa supaya pasukan audit bebas ditubuhkan bagi menyiasat proses dan perjalanan perkhidmatan keretapi negara, Keretapi Tanah Melayu Berhad.

NONEKatanya, pasukan audit itu tidak seharusnya dijalankan oleh kerajaan sendiri tetapi harus merupakan audit bebas, seperti yang dimiliki oleh syarikat audit ternama.

"Kerajaan juga sepatutnya mengikuti prosedur yang sama seperti bekas Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat yang melantik pasukan juruaudit dari PricewaterhouseCooper bagi mengaudit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Inilah masanya kabinet untuk melihat masalah KTMB," kata Pua sambil menambah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat skandal berkenaan.

Menggunakan contoh kes terdahulu di mana tender untuk menaiktaraf keseluruhan sistem penjualan tiket di 56 stesen komuter KTM, yang menjadi persoalan, Pua berkata KTMB telah terperosok dengan tindakan yang meragukan selama beberapa tahun.

Bukan kali pertama

NONE"Ini bukan pertama kali KTMB menandatangani sesuatu yang boleh dipersoalkan. Mereka asyik mengulangi kesalahan sama dan ternyata silap.

"Ini bukan hanya isu banyak syarikat dengan sistem penjualan tiket tetapi ia juga berkenaan pembelian keretapi berkuasa diesel dan keretapi terpakai dari China.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyebut KTMB juga telah menjual sebidang tanah yang bukan milik mereka.

"Sememangnya ada masalah yang menakutkan di sini dan ia nampaknya masih lagi tidak ditangani," kata beliau.

Ini katanya, memerlukan kepimpinan yang kuat dan keazaman politik untuk memeriksa KTMB secara keseluruhannya.

Dibelenggu hutang lapuk

Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan kontrak KTMB bernilai RM100 juta telah dianugerahkan kepada syarikat yang tidak mempunyai kelayakan yang telah mengemukakan tawaran lebih tinggi berbanding pesaingnya.

azlanSehubungan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu ke pejabat KTMB sebanyak dua kali berhubung kes tersebut, dan merampas dokumen-dokumen penting yang berkaitan dengan proses tender.

Dibelenggu dengan masalah hutang lapuk dan salah urustadbir, KTMB dengan jumlah hutang setinggi RM1.45 bilion pada tahun 2008 dan tidak berkeupayaan untuk melangsaikannya.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2009, KTMB dilaporkan merekodkan kerugian bersih selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2006.

Sepanjang 1994-2008, KTMB memerlukan suntikan dana sebanyak RM760 juta dari kerajaan persekutuan bagi mempertahankan operasinya.



ADUN S'gor dapat peruntukan RM1 juta
Hazlan Zakaria
Jan 13, 11
8:28am


Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.

NONE"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam.

Selain itu, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

Ditanya sama ada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata kerajaan Pakatan Rakyat akan merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan.

"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," katanya.

Tiada ulasan: