Khamis, 27 Januari 2011

JIKA BENAR TIADA PENYELEWENGAN....DEBATLAH...TIADA APA NAK DIKHUATIRKAN.....TENTU ANGGAPAN ORANG TAK ELOK....

Ahmad Maslan tolak debat isu masalah Felda
Jan 26, 11 3:49pm


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (bawah, kiri) hari ini menolak cabaran presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda.

NONESebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden ANAK itu.

"Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi.

"Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang di Labis hari ini.

Beliau berkata berkata Mazlan (bawah, kanan) boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini.

NONEANAK menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

Persatuan tersebut menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut.

Mengenai perjalanan kempen pilihan raya itu, Ahmad yang juga ketua enerangan Umno berkata parti itu dan BN menggunakan endekatan kempen dari rumah ke rumah dan bukannya mengadakan ceramah untuk enarik pengundi.

NONEBeliau berkata sasaran majoriti 5,000 undi yang dianggap sebagai motivasi leh jentera parti boleh dicapai pada hari pembuangan undi nanti.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan ini berikutan ematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lalu akibat angkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Ia melibatkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.

Bernama



PAS beri anak Chua 24 jam mohon maaf.

Jan 26, 11 1:09pm



PAS telah menghantar surat peguam kepada ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong, menuntutnya memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung kenyataannya bahawa calon PAS, Normala Sudirman telah mempersoalkan penjualan arak.

azlanJika Chua gagal berbuat demikian, PAS akan memfailkan saman fitnah terhadap anak presiden MCA itu.

PAS dan DAP mengadakan sidang bersama di pusat operasi PAS.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau pula berkata DAP membuat satu laporan polis pagi semalam, mengadu sekumpulan pemuda bermotosikal yang membawa bendera PAS dan DAP, berligar membuat bising sekitar kawasan Tenang menjelang tengah malam.

Beliau mendakwa ia dilakukan oleh "pihak sebelah sana".




6,000 nyamuk GM dilepaskan di Bentong
Jan 26, 11 6:13pm


Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah melepaskan 6,000 nyamuk Aedes Aegypti jantan bebas kuman jenis OX513A yang diubah suai secara genetik (GM) di satu kawasan hutan tanpa penghuni berhampiran Bentong pada 21 Dis lalu untuk tujuan penyelidikan.

aedes mosquito 180910 aedes mosquitoIMR berkata langkah itu yang bertujuan mengkaji penyebaran dan tempoh hayat nyamuk berkenaan di lapangan juga melibatkan nyamuk serupa daripada jenis liar dilepaskan di kawasan itu untuk tujuan perbandingan.

"Uji kaji itu selesai pada 5 Jan. Proses pengasapan dibuat pada 6 Jan untuk membasmi semua nyamuk berkenaan dan pemantauan akan diterus dibuat hingga dua bulan jika perlu," kata institut itu dalam satu kenyataan.

IMR berkata pelepasan nyamuk itu ditunda dari jadual asalnya kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905Ia juga berkata tiada pelepasan baru dirancang sehinggalah tempoh pemantaun pasca percubaan selesai dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Hasilnya dibuat analisis dan disiarkan dalam jurnal sains serta mesyuarat untuk diulas oleh pihak berkepentingan.

Uji kaji itu dijalankan selepas penilaian secara menyeluruh dibuat tentang nyamuk berkenaan di makmal IMR dan penelitian ketat dilakukan terhadap aplikasi yang digunakan.



Suruhanjaya akan siasat punca kematian Teoh
Jan 26, 11 5:36pm


Suruhanjaya Siasatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini akan juga menyiasat kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock dan hal keadaan yang menyelubungi dan membawa kepada kematiannya.

Ia antara dua terma khusus penubuhan suruhanjaya berkenaan.

"Untuk menyiasat sama ada atau tidak terdapat apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan Teoh Beng Hock dalam perjalanan penyiasatan Laporan Shah Alam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," kata Najib dalam satu kenyataan media hari ini.

NONENajib juga berkata Suruhanjaya Siasatan ini dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah perlantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga menamakan hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang akan mengetuai Suruhanjaya Siasatan itu.

Suruhanjaya itu yang ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 juga akan dianggotai dua bekas hakim dan dua pakar forensik dan dibantu empat pegawai undang-undang.

Mereka adalah:-

- Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman

- Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Selventhiranathan a/l Thiagarajah

azlan- Pakar perunding patologi forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh

- Pakar perunding psikiatri forensik yang juga dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Selain itu, Datuk Saripuddin Kasim, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, dilantik sebagai setiausaha Suruhanjaya ini.

Amarjeet Singh a/l Serjit Singh (Timbalan Ketua Bahagian Guaman I), Awang Armadajaya Awang Mahmud (Timbalan Pendakwa Raya) dan Kwan Li Sa (Timbalan Pendakwa Raya), dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya itu.

NONESuruhanjaya itu ditubuhkan kerana pelbagai pihak tidak berpuas hati dengan Mahkamah Koroner yang pada 5 Januari lalu membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Mahkamah memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.

Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat SPRM selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam.

Tiada ulasan: