Khamis, 20 Januari 2011

SEMUA INGIN MENANG...BERSAINGLAH CARA SIHAT....MENANG MENIPU PUN TAK ELOK...NANTI ELAUN DITERIMA TAK JELAS HALALNYA......



Muhyiddin mahu BN menang 5,000 undi
Abdul Rahim Sabri
Jan 19, 11
7:55pm


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu BN mempertahankan DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,000 undi dalam pilihan raya kecil pada Januari ini.

Memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat BN, beliau mahu jumlah itu ditebus kembali berbanding yang diperolehi dalam pilihan raya umum 2008.

“Kerusi Tenang merupakan kubu kuat kita. Pada tahun 2004 kita mendapat lebih 5,000 undi,NONE manakala pada tahun 2008, kita mendapat 2,400 undi. Soalnya (pilhan raya kecil pada) 2011, bagaimana?

“Tinjauan setiausaha agung (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Masor), beliau kata, menang Tan Sri…

"(Jadi) kita nak tebus balik jumlah dahulu seperti tahun 2004 kembali kepada 5,000 undi malah lebih besar pada akan datang,” katanya dalam majlis pengumuman calon BN di perkarangan Pejabat Umno bahagian Labis hari ini.

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN turut mengingatkan bahawa setiap undi itu adalah penting dan menjadi penentu kepada kemenangan BN dalam pilihan raya tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar setiap jentera berkerja bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan calon BN Mohd Azhar Ibrahim dalam pilihan raya tersebut.

“Ini penentu untuk kita memberi isyarat kepada pembangkang bahawa BN Johor lebih kuat,” katanya.

Jangan KO

Dalam pilihan kecil ini, Mohd Azahar bakal dicabar calon PAS Normala Sudirman – yang merupakan bekas seorang guru - dalam pilihan raya kecil kawasan tersebut pada 30 Januari ini.

NONEDalam ucapannya juga, Muhyiddin berkata perpaduan dalam parti merupakan prasyarat untuk menang walaupun umumnya masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli menyokong BN.

“Tapi jangan kata OK, OK, selepas itu jadi KO,” katanya sambil disambut gelak ketawa penyokong yang hadir.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh turut mengingatkan ahli dan jentera parti supaya tidak memandang rendah kepada calon PAS sebaliknya menasihatkan agar bekerjasama untuk mencapai “kemenangan luar biasa” dalam pilihan raya kecil tersebut.

Berucap dihadapan kira-kira 500 penyokong BN, Muhyiddin berkata BN perlu mengambil iktibar selepas berlakukan perubahan lanskap politik pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, perubahan tersebut merupakan cabaran yang amat getir kerana BN belum pernah melihat perubahan tersebut sebelum ini sehingga menyebabkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga bagi kerusi parlimen dan kalah di beberapa buah negeri.

Faktor positif

Sehubungan itu, katanya, ekoran daripada kekalahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mesej rakyat itu dikaji dan diteliti.

“(Oleh itu) kita harus lebih peka, (bahawa kita) mengetahu segala-galanya sudah berlalu. Ini kerana rakyat sudah bijak berbicara, cukup memahami perkembangan dalam dan luar negara, lebih berpengatahuan ICT dan membuat perbandingan.

"Harapan mereka supaya dapat hidup bahagia,” katanya.

Dalam sidang media selepas majlis pengumuman tersebut, Muhyiddin yang juga bekas menteri besar Johor yakin bahawa pengundi di situ akan memberi sokongan kepada Mohd Azahar.

NONEIni kerana berdasarkan kepada latar belakang beliau dan keluarganya, kewibawaan serta berpengalaman sebagai pegawai tadbir maka ia menjadi “faktor positif” dan diterima baik oleh pengundi.

“Semua kepimpinan di Labis telah menyatakan sokongan (kepada beliau) walaupun beliau tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat bahagian. Beliau merupakan anak bekas ketua bahagian, Ibrahim Daud.

“Pengundi Melayu, Cina dan India serta masyarakat orang Asli akan memberi beliau sokongan… Semua (perlu) memberi kerjasama rapat untuk membantu beliau sebagai calon,” katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan, jentera BN tidak terlalu yakin kerana perkara tersebut boleh melekakan dan menyebabkan mereka tidak berkerja.

Serah pada polis

Ditanya mengenai kekosongan kerusi Pelabuhan Klang, Selangor yang diumumkan kosong oleh Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim, Muhyiddin berkata:

“Tak apalah, kita selesai (pilihan raya kecil) ini dahulu”.

azlanDitanya mengenai pengarah pelajaran Johor Markom Giran yang didakwa berkempen untuk BN baru-baru ini menyebabkan pembangkang membuat laporan polis terhadapnya, Muhyiddin berkata:

“Saya tidak dapat laporan (lagi)… Serah kepada polis untuk menyiasatnya”.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas soalan pemberiota mengenai keputusan kabinet berhubung novel sastera Interlok karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata beliau akan mengulas mengenai perkara tersebut di majlis yang lain.



Anwar: Saya tak ajak pun PM debat
Jan 19, 11 8:32pm


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

" Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi.

--Bernama

Tiada ulasan: