Khamis, 27 Januari 2011

MUNGKIN SIKAP EGO DAN MENUNJUK2....TAK SABAR SERTA BARAN.....GOPOH GAPAH JUGA MUNGKIN LESEN KOPI O....TERLALU LAJU....KURANG KESABARAN....

Faktor manusia, jalan raya penyumbang kemalangan
Jan 27, 11 11:01am


Satu tinjauan online baru-baru ini oleh 'Malaysians Unite for Road Safety' menunjukkan selain faktor manusia, keadaan jalan raya juga menjadi penyumbang kepada nahas jalan raya.

Dalam tinjauan itu (http://www.mufors.org.my), 61.6 peratus daripada responden percaya faktor manusia paling banyak menyumbang kepada kemalangan sementara 15.6 peratus daripada responden menyalahkan keadaan jalan raya.

NONEMemang benar keadaan jalan raya juga menyumbangkan kepada kemalangan dan atas sebab itulah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) tampil dengan terbitan bertema 'Buku Panduan bagi Audit Trafik dan Keselamatan Jalan Raya'(METRA) untuk mengesyorkan jalan penyelesaian kepada permasalah itu.

Laporan ini adalah sebagai pelengkap kepada Garis Panduan Audit Keselamatan Jalan Raya Kementerian Kerja Raya bagi menentukan aspek keselamatan jalan raya dan projek jalan raya di Malaysia.

Memahami jalan

Para pengguna akan dapat memahami jalan yang penting bagi mereka dan mengambil tindakan perlu berhubung isu-isu berkaitan keselamatan.

NONEMETRA akan membantu kerajaan tempatan, jurutera, juru audit, penyelidik serta institut pengajian tinggi untuk mengetahui lebih lanjut akan keadaan jalan raya di negara.

Ketua Pengarah MIROS Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah baru-baru ini berkata keselamatan jalan raya bertumpu kepada tiga faktor kritikal - pemandu, kenderaan dan jalan raya.

"Dengan memastikan jalan di Malaysia turut menyepadukan ciri-ciri keselamatan yang tinggi, kami dapat membantu dengan berkesan untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya, kematian dan kecederaan," kata beliau dan menambah kata isu-isu berkaitan dengan kenderaan dan jalan raya boleh ditangani secara sistematik berbanding mengubah sikap pemandu yang lebih sukar untuk dilakukan.

Kejadian kemalangan jalan raya menimbulkan kebimbangan serius di kalangan pengguna jalan raya khasnya memandangkan angka maut yang tinggi. Jumlah besar kematian dalam siri kemalangan tunggal terutama membabitkan bas adalah sesuatu yang membimbangkan.

NONEKemalangan bas persiaran di Simpang Pulai, Cameron Highlands, Disember lepas yang menyebabkan 25 pelancong Thai dan dua warga Malaysia terbunuh merupakan contoh baik akan hakikat ini.


52,742 terbunuh atau cedera

Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP) mencatatkan 52,742 kes rakyat Malaysia terbunuh atau cedera dalam kemalangan jalan raya pada 2008 sementara Indonesia dengan bilangan penduduk 10 kali lebih daripada populasi Malaysia, hanya mencatatkan 22,702 kes pada tahun yang sama.

Jadi persoalan di sini ialah sama ada pemandu dan kenderaan mereka yang harus dipersalahkan ataupun jalan sedia ada tidak menepati piawaian keselamatan.

NONEWalaupun jalan di Malaysia menepati piawaian keselamatan dunia, sebahagian daripada pengguna jalan raya masih ragu akan hakikat ini seperti yang dapat dilihat daripada keputusan tinjauan ini.

Antara faktor yang dibahaskan ialah sejauh mana sesuainya rekabentuk jalan dan aspek penyenggaraan.

Beberapa daripada laluan jalan raya di Malaysia menghadapi kekurangan dari segi rekabentuk dan penyenggaraan, kerosakan dan isu-isu pengurusan dalaman daripada pihak bertanggungjawab.

Minda rakyat Malaysia

Mungkin segar dalam minda rakyat Malaysia siri kejadian kemalangan maut berdekatan plaza tol lama di Jelapang, Ipoh. Ini merupakan contoh baik jalan itu sendiri menjadi faktor penyumbang kepada siri tragedi di situ.

bus accident in bukit gantang 130807Pada 2008 PLUS Expressways Berhad merekabentuk semula laluan Jelapang dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan dan menambahbaik aliran trafik. Laluan baru ini dibuka kepada umum pada Julai 2009 dan sejak itu tiada tragedi serius dicatatkan di situ.

METRA telah mempertimbangkan faktor pengguna jalan raya dalam garis panduannya. Garispanduan ini adalah mudah untuk digunakan dan akan menggalakkan lebih banyak audit dan dengan itu memastikan jalan di Malaysia selamat.

Pihak berkuasa tempatan adalah antara sasaran penting bagi MIROS kerana mereka bertanggungjawab secara langsung bagi pembinaan dan pengurusan jalan rayadi kawasan bidangkuasa masing-masing dan boleh menyumbang secara langsung ke arah inisiatif memastikan jalan lebih selamat bagi pengguna.

"Keselamatan jalan raya merupakan usaha kolektif dan tanggungjawab semua pihak. Soal kawasan dan bidangkuasa tidak harus timbul sehingga ia melewatkan tindakan wajar untuk memperbetulkan keadaan dan mendedahkan pengguna jalan raya kepada risiko", kata Ahmad Farhan.

accidents 260906 car accidentBagi METRA terdapat dua jenis audit, iaitu audit utama dan audit sekunder.

Audit utama meliputi faktor yang termasuk lokasi dan saiz jalan raya, konfigurasi jalan, jenis mukabumi yang terbabit, kesesuaian had laju berbanding bentuk mukabumi, pelan jalan dan geometri, jarak penglihatan, pemandangan pemandu serta kecekapan operasi dan kawalan.

Audit sekunder

Sementara itu, permukaan jalan, objek fizikal tepi jalan, rekabentuk jalan dan kehadiran kemudahan adalah antara perkara yang tersenarai dalam audit sekunder.

METRA juga meliputi pernilaian bagi pelbagai senario sebagai contoh situasi di persimpangan, keberkesanan lampu isyarat dan kesesuaian infrastruktur motosikal, antara beberapa daripada aspek.

Sementara itu, isu-isu lain yang diliputi termasuk menilai keperluan lorong mendaki, memasang lampu amaran serta jajaran pokok bersebelahan jalan.

road accident car crash kemalangan 061005 kenariDengan pelancaran METRA pada pertengahan 2011, salinan percuma akan dihantar kepada pelbagai pihak berkuasa tempatan serta ketua-ketua bahagian terpilih di Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pihak-pihak berminat boleh menghubungi Bahagian Terbitan dan Pengurusan Pengetahuan MIROS di 03-89249200 atau faks 03-87332005.

Sementara pembina jalan raya berusaha membetulkan keadaan, orang ramai juga perlu memainkan peranan selaras dengan usaha ini.

Pada 2008, Malaysia kerugian RM7.8 bilion daripada potensi KDNK oleh kerana kemalangan jalan raya.

Kesimpulannya, pengguna jalan raya tetap perlu memainkan peranan utama dalam menjamin keselamatan jalan raya.

--Bernama

Tiada ulasan: