Sidang DUN S'gor hari ini jadi tumpuan
ADUN dan para wartawan tiba awal hari ini untuk menghadiri sidang DUN Selangor yang akan membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri.
Dua trak anggota polis kelihatan berada di pintu masuk DUN manakala satu trak lagi berada berhampiran Wisma MBSA, ekoran kemungkinan berlakunya protes pagi ini.
Kedua-dua pintu masuk dan keluar DUN dibuka separuh, dengan ruang yang mencukupi untuk dilalui sebuah kereta.
Sidang DUN dijadual bermula jam 10 pagi di mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang meminda Undang-undang Tubuh Negeri tersebut.
BN sebagai pembangkang negeri bagaimanapun menuduh kerajaan merancang untuk menambah kuasa menteri besar dalam menentukan pelantikan pegawai tinggi kerajaan negeri.
Cadangan pindaan itu dibuat ekoran tindakan kerajaan pusat melantik bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri yang baru.
Kerajaan Selangor membantah keras pelantikan tersebut dan menuduh Putrajaya mengetepikan kuasa negeri, apabila melantik Khusrin tanpa berbincang dengan menter besar.
Sultan Selangor bagaimanapun memperkenankan pelantikan Khusrin yang mengangkat sumpah pasa 5 Januari lalu.
LAPORAN LANGSUNG
9.30 pagi: ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu.
Beliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.
"Wah, banyak peminat ni!" katanya berseloroh.
Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita, sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.
9.32 pagi: Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam bawa pengawasan ketat polis. Sebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor). Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.
9.40 pagi: Didesak pemberita, Badrul Hisham Abdullah memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.
Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau dibenarkan memasuki dewan ekoran kerusinya telah diisytihar kosong.
10 pagi: Dewan mula bersidang. Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.
Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan perkenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.
Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.
10.24 pagi: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membacakan ucapannya.
Berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1), kata menteri besar.
Pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid.
Pakatan Rakyat memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rujun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini, tambahnya.
Pakatan juga, tambah Abdul Khalid, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.
10.35 pagi: Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu dan bercadang mengadakan sidang media di luar.
10.50 pagi: Dalam sidang media selepas itu, Badrul Hisham mengaku beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.
Bagaimanapun, ditanya lagi sama ada beliau mahu memfailkan tuntutan di mahkamah, beliau hanya menjawab "mungkin".
Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari daripada speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan.
Badrul muncul di sidang DUN S'gor
Sidang DUN khas bagi meminda undang-undang tubuh Selangor yang dinantikan banyak pihak akhirnya akan berlangsung sebentar tadi dengan kemunculan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.
Beliau bagaimanapun tidak dibenarkan masuk dan hanya menontonnya daripada bilik yang dikhaskan kepada media.
ADUN Pelabuhan Klang itu tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu pada kira-kira jam 9.30 pagi.
Beliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.
"Wah, banyak peminat ni," katanya berseloroh.
Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.
Selepas terus didesak pemberita, Badrul memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.
Apabila DUN mula bersidang jam 10 pagi, kerusi ADUN Pelabuhan Klang itu - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.
Pejabat operasi MPP UIA disimbah cat merah Ubaid Abd Akla
|
GOMBAK, 24 Jan: Sekitar 1 petang semalam, salah seorang urus setia program Mesyuarat Agung Tahunan terkejut terdapat kesan simbahan cat apabila sampai di pintu masuk pejabat operasi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (MPP UIA). Insiden itu amat membimbangkan beliau sehingga memanggil Exco MPP yang lain. Setelah itu, laporan kepada pihak keselamatan UIA dibuat dan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP). Dr Asiah selaku Ketua HEP amat terkejut tindakan tersebut dan menganggap insiden itu sabotaj kepada MPP UIA. Lebih mengejutkan dan menyedihkan apabila terdapat juga tulisan diconteng di dinding pintu masuk pejabat. Kata-kat yang ditulis berupa carutan yang melampaui dihambur kepada MPP UIA. Perkataan ‘f*ck’ dan ‘babi’ disembur dengan spray di atas dinding dengan mengutuk MPP UIA amat menyedihkan kerana tidak mencerminkan peribadi yang baik kepada warga UIA serta konsep Islamisasi yang diwar-warkan kepada semua komuniti. Perbuatan menyimbah cat itu tidak ubah menyerupai ‘along’ yang menagih hutang kepada pemiutang dan amat memalukan jika dilakukan oleh golongan terpelajar. Selain itu, kejadian ini juga disyaki berlaku apabila rentetan poster-poster makluman tentang Mesyuarat Agung Tahunan MPP UIA turut menjadi mangsa sabotaj juga. Poster-poster yang ditampal di sekitar UIA diconteng dengan tulisan ‘anti WUFI’. WUFI merupakan singkatan ‘We Unite For Islam’ yang menjadi trademark kepada Pro-M UIA. Kedua-dua insiden itu dikaitkan dengan perasaan ‘kurang senang’ oleh pihak tertentu dengan prestasi yang memberangsangkan oleh MPP UIA yang diterajui oleh Pro-Mahasiswa. Selain itu, insiden itu juga dikaitkan dengan ‘iri hati’ pihak tertentu kepada kumpulan Pro-M yang akan mengadakan mesyuarat agung pada hari ini yang mana akan mendapat sambutan baik dari seluruh mahasiswa UIA. Setakat laporan yang diterima kes itu tidak dilapor kepada pihak polis lagi.
Kelantan taja 30 pelajar Palestin Salmah Mat Husain | KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan telah menaja 30 orang rakyat Palestin dalam program pendidikan sebagai usaha membantu masyarakat tersebut mendapatkan ilmu bermanfaat untuk membangunkan semula negara mereka. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dauko Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata ianya selaras dengan kehendak rakyat Palestin sendiri yang perlukan ilmu terutama bidang kedoktoran dan ekonomi agar lahir lebih ramai golongan berilmu di negara terbabit. Beliau berkata demikian ketika memberitahu media selepas meraikan lima orang rombongan dari Kementerian Luar, kerajaan Hamas, Palestin yang diketuai Hani Abu Ubaidah yang juga ketua jurucakap kerajaan berkenaan, semalam. Hadir sama, Pengarah Kementerian Luarnya, Dr Mahmood Abu Zakaria. Menurut Tuan Guru, hanya ilmu pengetahuan yang tinggi dapat membantu sesebuah negara. “Jadi kerajaan Kelantan bersedia menaja pelajar Palestin di negeri ini dengan harapan mereka memperolehi ilmu Islam dan membawa pulang ke negaranya,” ujarnya lagi. Pada masa yang sama beliau menyeru golongan dermawan membantu rakyat negara itu untuk mendapatkan peluang pendidikan di negara ini. Menurutnya, tanggungjawab itu perlu dipikul bersama demi untuk kepentingan Islam. Terdahulu, Dr Mahmood berkata antara tujuan lawatannya ke Kelantan untuk berkongsi pengalaman pentadbiran yang telah diterajui PAS sejak 20 tahun lalu. Menurutnya, sebagai sebuah negara baru yang baru ditadbir oleh gerakan Islam, pembaharuan dan pengalaman perlu ditimba dari sebuah kerajaan yang telah mencapai kejayaan. “Kerana itu kami berhasrat untuk menghantar seberapa ramai pelajar kami ke negara ini termasuk Kelantan, mudahan dengan ilmu yang baik dapat dimanaafkan di negara kami,” ujarnya. Pada masa yang sama, rombongan terbabit yang turut menemui pemimpin kerajaan Persekutuan dan pemimpin pembangkang turut kagum dengan kemajuan pesat yang dicapai oleh kerajaan negeri. Kehadiran rombongan berkenaan turut mendapat liputan dua buah stesyen tv swasta negara ini.
| Muhammad Yusri Amin | KOTA BHARU, 24 Jan: Bagi mempastikan keistimewaan, kebajikan dan keselamatan Sultan Ismail Petra sentiasa terjamin, diberi perhatian mendalam dan sewajarnya, kerajaan negeri pada 29 Disember 2010 telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Keistimewaan dan Keselamatan baginda. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, langkah itu sebagai menjunjung titah perintah dan hasrat Sultan Muhammad V yang mahukan pengurusan tahap kesihatan ayahanda baginda dipertingkatkan. “Sudah tentulah baginda hendak melihat sesuatu yang terlebih baik dari semasa ke semasa. “Jadi itulah hasrat Tuanku supaya ditubuhkan jawatankuasa ini lebih spesifik, dengan ahli jawatankuasa, dengan terma-terma rujukannya supaya hasrat baginda itu tercapai, insya Allah,” katanya pada sidang media di Pejabat SUK, Kota Darulnaim petang semalam. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Keistimewaan dan Keselamatan Sultan Ismail Petra turut memaklumkan senarai ahli jawatankuasa berkenaan terdiri daripada Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Ketua Polis Negeri dan timbalannya sementara ahli lantikan Datuk Prof Dr Mafauzy Mohamed (Hospital Universiti Sains Malaysia) dan Datuk Prof Dr Wan Mohamad Wan Bebakar (HUSM). “Dengan tertubuhnya Jawatankuasa ini maka ‘panel doktor khas’ yang ditubuhkan kerajaan negeri bagi memantau tahap kesihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sebelum ini adalah dimansuhkan,” katanya. Pada 14 Mei 2009, Tuanku Sultan Ismail Petra dimasukkan ke HUSM, Kubang Kerian kerana gering, manakala pada 24 Mei 2009 pula dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantung sebelum kembali ke Kelantan setelah hampir setahun berada di hospital tersebut.
'Dia salam, peluk, tapi tipu sama kita'
Abdul Rahim Sabri Jan 24, 11 7:51am
Kempen Pakatan Rakyat pada hari kedua di Tenang menyaksikan pendekatan baru apabila isu calon PAS Normala Sudirman yang tidak berjabat tangan dengan lelaki dipertahankan habis-habisan dalam ceramahnya. Malah pada masa yang sama, tinjauan Malaysiakini di beberapa lokasi ceramah Pakatan malam tadi mendapati isteri perdana menteri Rosmah Mansor dan presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek kini menjadi sasaran utama kritikan pembangkang dalam siri ceramahnya. Di Bilik Gerakan DAP di Pekan Labis, ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo menempelak tindakan Chua yang membangkitkan isu bersalam, sekali gus mempertahankan tindakan Normala yang bertindak menurut ajaran Islam. "Jangan bangkitkan isu ini. Tumpu kepada isu yang lebih besar. Chua Soi Lek, jangan cakap banyak," katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 200 pengundi Cina. Sebaliknya Gobind yang juga seorang peguam menyindir Chua yang terlibat dengan skandal seks suatu ketika dahulu. "Semua orang tahu. (Tapi) Kalau betul-betul mahu tengok..." katanya sambil disambut pekikan seorang hadirin "CD", menyebabkan hadirin yang lain ketawa. Berucap dalam majlis yang sama, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula berkata, tindakan BN itu lebih baik daripada sikap BN yang didakwa "dia salam, dia peluk tapi dia tipu sama kita". Anggota biro politik PAS itu berkata, sekiranya Normala bersalam sekali pun, BN akan tetap "memusing" isu berkenaan. "Mereka akan kata, tengok perempuan itu, dia pakai tudung, tapi sama lelaki dia bersalam... Dia pusing, dia cakap lain, buat lain," katanya dengan telor Cina. Sementara itu, dalam ceramah di Kampung Bukit Mambai tidak jauh dari situ, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu pula mengambil pendekatan menempelak Rosmah yang didakwa "mencampuri urusan politik dan menghabiskan wang rakyat". Penceramah popular itu berkata, tindakan Rosmah itu berbeza sekali dengan isteri-isteri perdana menteri sebelum ini. "Kenapa kita hentam Rosmah? kerana dia campur tangan dalam (urusan) politik dan menghabiskan wang rakyat. Dia enjoy merata dunia, dengan wang kita," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin. Mohamad Sabu juga mendakwa sidang wanita pertama yang dinaungi oleh Rosmah, termasuk lawatan ke Oman dan Arab Saudi baru-baru ini, menelan belanja berjuta ringgit, yang disifatkan sebagai "membazir" Mohamad Sabu yang juga bekas naib presiden PAS menegaskan, perkara barkaitan dengan urusan hal ehwal antarabangsa sepatutnya boleh diuruskan oleh menteri luar yang dilantik. "Bukan kritikan kita terhadap peribadinya sama ada (beliau) pendek atau tinggi, bukan. Tetapi kerana (beliau) menghabiskan wang negara. Kerja-kerja yang dibuat tidak berfaedah, kerana menteri ada tugasnya," katanya. | |
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan