Khamis, 27 Januari 2011

RAKYATLAH NI...BIJAK...MATANG....MINAT KEPADA ISLAM...JANGAN KETERLALUAN...NANTI RAKYAT MUAK DAN BOSAN...

Kawal media Internet: Lebih ramai bantah
Salhan K Ahmad & Zaidatul Syreen Abdul Rashid
Jan 26, 11
12:37pm


Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.

azlanKesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garis panduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.

NONE"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.

'Bantahan akan lebih meluas'

Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang sering berdepan dengan undang-undang PPPA pula memberi peringatan kepada kerajaan bahawa beliau menjangkakan bantahan yang lebih meluas akan timbul, susulan daripada langkah penguatkuasaan baru itu.

Ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menjelaskan, peruntukan PPPA sedia ada sudahpun cukup mengekang pengusaha dan pengamal media tradisional.

djz convention 101205 ahmad lutfiSebaliknya, penguatkuasaan ke atas laman sosial seperti Facebook akan bersifat lebih meluas kerana ia melibatkan rakyat biasa yang tidak berkepentingan politik.

Katanya, golongan yang telah mengusahakan laman web juga akan berasa marah apabila terpaksa mendapatkan permit penerbitan untuk mengendalikan laman web.

"Orang di dunia siber mudah untuk beroperasi sendiri, tiba-tiba mereka disekat, jadi saya rasa bantahan akan lebih meluas.

"Saya rasa kerajaan tidak akan dapat menduga sejauh mana bantahan ini. Saya optimis kalau kerajaan meneruskan tindakan ini, mereka akan terima bahana yang cukup teruk.

"Ini bukan lagi membabitkan sekelompok usahawan atau golongan yang ada kepentingan politik tertentu tapi membabitkan rakyat yang lebih luas," katanya lagi.

'Sikap bacul kerajaan'

Tambahnya, beliau juga akan bekerjasama dengan NGO yang mendukung kebebasan media, termasuk NUJ Malaysia untuk mendapatkan sokongan masyarakat bagi membantah tindakan kerajaan itu.


Beliau turut menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan peruntukan baru seperti itu sebagai "sikap bacul kerajaan" untuk berhadapan dengan realiti politik semasa.

harakah edisi julai 2009Jelasnya, pada waktu ini laman web dan blog dikendalikan oleh golongan yang umumnya mempunyai asas penulisan.

"Tapi laman sosial seperti Facebook dan Twitter sudah jadi proses pendemokrasian yang terbuka dan merakyatkan.

"Adakah kerajaan takut kepada suara rakyat yang kebanyakannya tidak ada motif politik untuk naikkan orang-orang tertentu?," katanya lagi.

Ahmad Lutfi juga menyifatkan pengenalan undang-undang dan garis panduan baru itu sebagai "langkah tergesa-gesa" BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Tambahnya, beliau melihat langkah itu "sarat dengan motif politik BN untuk mengekang pengaruh dan momentum Pakatan Rakyat."


BN sepatutnya mengambil sikap yang lebih terbuka, sesuai dengan suasana dunia maya yang "cukup demokratik," katanya lagi.

"Siapa saja boleh hasilkan blog, jadi sepatutnya BN sendiri boleh menampilkan media (Internet) yang lebih berwibawa dan berpengaruh, bukan dengan menghalang (media pro-Pakatan Rakyat)," tambahnya.

Janji Dr M

Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang juga penulis blog popular Datuk Ahirudin Attan berkata, tindakan kerajaan itu bertentangan dengan janji oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menapis media dalam talian.

bloggers conference 051007 rockyTambahnya, beliau memahami langkah kerajaan untuk memperketat kawalan ke atas media berkenaan disebabkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya.

Namun, langkah memperluas definisi 'penerbitan' untuk merangkumi kandungan dalam talian itu merupakan satu tindakan yang "bercita-cita terlalu tinggi," kata penasihat Redberry Media Group itu lagi.

Sebagai seorang wartawan dan juga seorang pengarang, beliau turut menasihati ketua setiausaha KDN supaya bertindak lebih berhati-hati dalam menangani media.

Sementara itu, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pula memerhatikan, kerajaan sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk "menyekat Internet," terutama selepas kemenangan besar Pakatan pada pilihan raya umum 2008.

Cadangan 'Green Dam'

Katanya, tindakan itu juga bertentangan dengan jaminan kerajaan untuk tidak menyekat Internet melalui Rang Jaminan MSC Malaysia.

nik nazmi nik ahmad book launch 210310 03"Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian 'Green Dam' di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.

"Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia.

"Di sebalik manipulasi dan kempen kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini.

ADUN Seri Setia itu juga berkata, kerajaan sebelum ini juga telah bertindak mengenakan tekanan ke atas pengamal media Internet.

"(Ini) termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today," katanya lagi.


Pukulan maut untuk media online
Steven Gan
Jan 26, 11
5:08pm


Ramai yang menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan menggunakan pendekatan yang hampir sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengenakan kawalan ke atas media. Namun tidak ramai pula terfikir bahawa Najib sebenarnya akan bertindak lebih garang.

NONESemalam, Kementerian dalam Negeri mengumumkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dijadikan lebih komprehensif dan tidak lagi terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu untuk membolehkan ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Tidak dinafikan selama ini Malaysiakini dan beberapa portal berita lain mampu bertapak kerana 'jalan keluar'- berdasar ikrar Mahathir pada 1995 bahawa tiada penapisan akan dilakukan ke atas internet ketika melancarkan projek Korridor Raya Multimedia.

Tsunami politik

Sejak persaraannya pada 2004, Mahathir sendiri menjadi seorang penulis blog.

NONEBebas daripada tapisan, media di internet berjaya meletakkan asas kewartawanan sebenar sehingga berlakunya 'tsunami politik' pada tahun 2008 yang menyaksikan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakui kerajaan telah “tewas dalam peperangan di internet”.

Meskipun media tradisional dan juga media internet dibelenggui oleh kira-kira 35 undang-undang yang menyekat kebebasan di Malaysia, namun terdapat satu faktor yang membezakan kedua-dua mereka.

azlanTidak seperti media cetak dan penyiaran, media di internet tidak memerlukan kebenaran daripada kerajaan untuk mencetak atau menerbitkan berita mereka.

Setiap tahun, media tradisional terpaksa memperbaharui permit penerbitan dan percetakkan. Undang-undang ini menghambat para editor dan wartawannya supaya terus patuh kehendak kerajaan.

Besar kemungkinan cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 jika diluluskan akan menyaksikan media online juga diheret sama dan diwajibkan memohon untuk mendapatkan lesen.

Paku terakhir

azlanJika menjadi kenyataan, ia ibarat pukulan paku terakhir di keranda bagi kebebasan media di negara ini. Kebebasan meluahkan pendapat yang serba terbatas dinikmati di alam maya sejak 16 tahun lalu bakal berkubur.

Dengan perlesenan, kerajaan boleh mengenakan tekanan politik ke atas media di internet. Paling menggerunkan, menteri dalam negeri yang sebegitu berkuasa itu berhak mengisyitiharkan mana-mana lamanweb sebagai tapak haram. Lebih malang lagi, mengikut akta itu, keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Atas sebab itu, Najib dikatakan lebih teruk berbanding Mahathir berhubung operasi media.

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 05Sebalik membebaskan media tradisional dengan membubarkan syarat perlesenan, Najib dan sepupunya, Menteri Dalam Negara, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memilih tindakan regresif bagi mengekang kebebasan media di internet.

Pindaan akta itu dijangka akan dibentang di Parlimen menjelang Mac ini - keputusan dipercayai ada kaitan dengan cadangan mengadakan pilihan raya umum akan datang.

Cadangan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi meliputi media online mesti dibantah. Jika tidak, Malaysia akan kembali ke zaman dahulu apabila kerajaan mempunyai monopoli mutlak terhadap kebenaran.


steven gan boon leongSTEVEN GAN adalah ketua pengarang kumpulan dan pengasas bersama Malaysiakini, sebuah pertubuhan media online yang dilancarkan pada 1999.



'Garis panduan baru bukan untuk kekang media'

Aidila Razak
Jan 26, 11
6:08pm


Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini tampil menjelaskan bahawa garis panduan baru bagi kesalahan hasutan untuk kandungan Internet bukanlah satu langkah untuk mengekang kebebasan media.

Garis panduan yang akan dibentangkan ke kabinet itu juga bukanlah satu langkah untuk menyekat komunikasi di ruang maya itu, katanya lagi.

NONEBercakap dalam satu sidang media hari ini, Mohd Nazri (kiri) berkata garis panduan itu hanyalah sekadar menjelaskan Akta Hasutan.

Penjelasan itu adalah dalam bentuk tindakan-tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pengguna media berkenaan, katanya lagi.

Katanya lagi, garis panduan itu juga akan menjelaskan tindakan yang akan dikenakan dan mengapakah pendakwaan mengambil tempoh yang lama.

Tambahnya, penguatkuasaan ke atas akta berkenaan akan dijalankan dengan mengutamakan keselamatan negara, walaupun ianya bercanggah dengan Rang Jaminan MSC Malaysia.

Beliau juga berkata, garis panduan itu antaranya akan merangkumi peruntukan dalam Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2001, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Ia juga akan merangkumi peruntukan dalam Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Garis panduan ini akan dijelaskan kepada orang ramai melalui satu roadshow yang akan dijalankan ke seluruh negara.

Mohd Nazri berkata demikian selepas satu mesyuarat di antara kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di parlimen petang ini.

VIDEO | 14.40 mins



'Tiada perubahan pada PPPA... lagi '

Joseph Sipalan
Jan 26, 11
5:55pm


Kerajaan masih jauh daripada bersedia untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

Katanya, cadangan pindaan itu masih lagi "pada tahap sangat awal" dan malah, ia belum pun lagi diputuskan apa sebenarnya perubahan yang hendak dibuat.

NONEBeliau berkata, belum ada yang telah dimuktamadkan dan sebarang
pandangan akan terlebih dahulu dibawa ke jawatankuasa memperkukuhkan komunikasi kerajaan.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut bagi tahun ini.

Semalam Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata kementeriannya akan membuat pindaan terhadap akta tersebut supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Mahmood berkata, pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Ini telah mencetuskan bantahan di kalangan ahli politik pembangkang dan para wartawan, tetapi Hishammuddin menegaskan mereka yang menentang rancangan itu, tidak tahu apa yang hendak dipinda.

Malah, kata beliau, pihaknya juga tidak tahu apa perubahan yang akan dilakukan, atau mungkin peruntukan yang ada akan dilonggarkan.

Hishammuddin berkata, cadangan pindaan itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.VIDEO | 2.20 mins





Kebebasan media: Surat pada PM dari katil hospital
Jimadie Shah Othman
Jan 26, 11
4:51pm


Doktor masih cuba mengesan punca sakit dada yang dialami Presiden Kesatuan Wartawan kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang menyebabkannnya gagal hadir ke siasatan dalaman terhadapnya oleh Utusan Melayu (M) Bhd.

Wartawan kanan di Utusan Malaysia itu memberitahu, setakat ini, beliau telah menjalaniujian darah, ECG dan x-ray serta masih menunggu keputusannya.

NONE"Beberapa ujian lagi, seperti ujian jantung akan dibuat selepas ini. Mungkin dua tiga harilah lagi di sini," katanya yang kini terlantar di Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sejak semalam.

Semalam, Hata dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam Kuala Lumpur selepas sakit dada ketika menghadiri siasatan dalaman Utusan di Cheras, menyebabkan prosiding terhadapnya terpaksa ditangguhkan untuk kali kedua.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Hata juga masih tidak pasti sama ada masalahnya itu berpunca daripada penyakit kencing manis yang dihadapinya sejak tahun 2004.

"Tak tahulah kalau ada masalah lain (selain itu). Sebelum ini saya ada sesak nafas sikit-sikit," katanya.

Bagaimanapun, walaupun masih kurang sihat, semangat Hata masih berkobar-kobar untuk memperjuangkan agenda kebebasan media melalui NUJ, yang dianggap menyebabkan beliau disiasat majikannya sendiri.

azlan"Saya sekarang ini sedang merangka surat terbuka kepada perdana menteri.

"Surat ini akan menyentuh soal kawalan media di Malaysia. Ia dijangka dihantar hari ini atau esok," katanya.

Hari ini, Hata sempat mengeluarkan kenyataan yang menyuarakan kebimbangan dengan tindakan kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk meliputi media dalam talian dan memperkenal garis panduan berkaitan kesalahan hasutan di internet.

Berhubung tarikh baru siasatan dalaman terhadapnya, Hata berkata setakat ini masih tiada perkembangan dimaklumkan kepadanya.

Tiada ulasan: