Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di Rantau Panjang, hari ini. Bernama
NEGARA
Wajib pasang beg udara
RANTAU PANJANG - Mulai tahun depan, semua kenderaan baru kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara untuk tujuan keselamatan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, langkah itu bertujuan mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Beliau berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
"Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011 di sini semalam.
Pemasangan beg udara itu hanya terhad kepada kereta baru sahaja manakala kereta lama sedia ada tidak diwajibkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan