Khamis, 20 Januari 2011

YANG HIDUP PASTI MATI....YANG HIDUP ELOKLAH HATI2....BUATLAH PERKARA2 MAKRUF BUKAN PERKARA2 MUNGKAR...ALLAH MEMILIKI SEGALANYA...JANGAN KITA SOMBONG..

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.

Jenazah dijangka akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Jenazah akan disembahyang di Masjid Simpang Kerayong selepas solat Jumaat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Chinchin Tengah.

Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.


Al Fatihah : Adun BN DUN Merlimau sah meninggal dunia


YB Datuk Mohamad Hidhir ADUN Merlimau di sahkan telah meninggal dunia hari ini ekoran masalah kesihatan yang di alami beliau sebelum ini. ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.



ADUN Merlimau Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada Khamis di Hospital Pakar Putra, Melaka, akibat serangan jantung.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.

"Saya dimaklumkan oleh Pengarah SPR Melaka kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

"Dimaklumkan juga Allahyarham meninggal kira-kira pukul 2 petang," katanya kepada mStar Online di sini.

Minggu lalu Mohamad Hidhir telah dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor bakal diadakan pada 30 Januari ini.

Kemungkinan juga pilihan raya kecil DUN Merlimau bakal diadakan serentak dengan satu lagi kerusi DUN iaitu Pelabuhan Klang di Selangor.

Semalam Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang dengan alasan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya perlu meneliti notis makluman daripada speaker DUN kedua-dua negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kalau kes ADUN Merlimau, Allahyarham meninggal, jadi pilihan raya kecil mesti diadakan. Namun kita perlu terima notis makluman daripada speaker terlebih dahulu.

"Lain pula kes di Selangor, kita kena teliti dahulu dokumen-dokumen berkaita kerana kerui berkenaan diisytiharkan kosong. SPR juga belum terima notis daripada Speaker Selangor," katanya.



SPR: Isu DUN P Klang 'urusan Badrul & Speaker'
Abdul Rahim Sabri
Jan 20, 11
3:34pm


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata isu berkaitan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang masih di peringkat "urusan di antara speaker DUN (Selangor) dan ADUN tersebut."
NONEWan Ahmad berkata demikian ketika mengulas tindakan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi berkenaan semalam.

Teng ketika membuat pengumuman itu berkata, tindakan itu dibuat berikutan wakil rakyat berkenaan Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Teng juga berkata Badrul Hisham mengakui ketidakhadirannya dan telah memohon cuti dalam sepucuk surat kepada beliau.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, beliau difahamkan terdapat laporan yang menyatakan ADUN berkenaan telah menafikan dakwaan menghantar surat memohon cuti kepada Teng.

"Apa pun, itu adalah urusan antara speaker dan YB Badrul (Hisham Abdullah). Itu urusan dia lah.

"SPR akan bercakap dan bermesyuarat bila kita terima hitam putih pemakluman rasmi daripada speaker.

"Selepas itu baru kita bermesyuarat menentukan, betul ke kerusi itu kosong, atau ada pilihan raya kecil (atau tidak)...baru kita akan bercakap. Selain itu, ia adalah urusan speaker dengan wakil rakyat berkenaan.

"Jadi kita tengok perkembangan selanjutnya," katanya dalam satu sidang media di bangunan Majlis Daerah Labis hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata walaupun Teng mempunyai hak untuk menghantar pemakluman tersebut, tetapi SPR tetap akan meneliti notis tersebut.

Tambahnya, SPR masih belum menerima notis pemakluman itu kekosongan kerusi berkenaan sehingga jam 9 pagi ini.

Bercakap dalam sidang media pada kira-kira jam 1 petang hari ini, Wan Ahmad berkata beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan sekiranya notis itu telah diterima oleh pengerusi SPR Tan Aziz Mohamad Yusof menjelang tengahari.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad juga berkata sebanyak enam borang pencalonan untuk bertanding kerusi pilihan raya DUN Tenang telah dijual termasuk di beli oleh dua parti yang bertanding.


KOMEN....MAAF TAK TAHU MANA BERITA BENAR....YANG CONFIRM BERITA PALING ATAS.....TAKZIAH UNTUK KELUARGA...



ADUN Merlimau dikebumi, KM marah pengerusi SPR

Hafiz Yatim
Jan 21, 11
5:49pm


ADUN Merlimau, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Chinchin, Jasin, Melaka selepas solat Jumaat hari ini.Lebih 1,000 jemaah menghadiri solat jenazah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Rashid Redza Mohd Salleh.

NONEAntara kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengiringi jenazah sehingga selamat dikebumikan.

Hidhir (pertama dari kiri) adalah rakan karib Abdullah sejak sekian lama dan dipilih bertanding sebagai ADUN ketika Adullah adalah perdana menteri.

“Jenazahnya dibawa ke masjid di Chinchin untuk disembahyangkan dan kemudiannya dikebumikan pada jam 2.50 petang,” kata speaker dewan undangan negeri, Datuk Wira Othman Muhammad.

"Selepas dikebumikan, pejabat speaker akan memaklumkan kekosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung kematian Hidhir," katanya.

Hidhir, 54 yang juga adalah anggota exco kerajaan negeri Melaka meninggal dunia di Hospital Putra pada jam 8.10 malam semalam selepas serangan sakit jantung.

azlanAllahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Kematian itu menyaksikan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari ini.

Ia adalah pilihan raya kecil ke-15 di negara ini selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 tetapi yang pertama di Melaka.

Namun pilihan raya kecil Merlimau ini tidak akan mengubah sebarang kedudukan dewan undangan negeri Melaka kerana BN menguasai 23 kerusi (Umno, 18, MCA, empat dan MIC, satu) manakala Pakatan Rakyat mempunyai lima kerusi yang semuanya dimiliki DAP.

Sementara itu, Othman berkata pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah berjumpa dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam malam semalam dan dimarahi kerana kesilapan mengumumkan kematian Hidhir semasa beliau masih bernyawa.

"SPR buat silap, tiada kenyataan rasmi daripada saya ataupun ketua menteri.

NONE"Abdul Aziz menjelaskan kepada kami kesilapan itu dibuat oleh seorang daripada pegawainya di Melaka dan beliau telah memohon maaf,” katanya.

Abdul Aziz pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Mohd Ali sebagai setiausaha kerajaan negeri.

Kesilapan itu menyaksikan Utusan Malaysia menyiarkan berita kematian Mohd Hidhir dan mengumumkan SPR akan bermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi membincangkan persiapan pilihan raya kecil.

Mengikut konvensyen, adalah menjadi tanggungjawab speaker bagi memaklumkan kepada SPR berhubung kekosongan kerusi di dewan negeri.







Tiada ulasan: