Khamis, 20 Januari 2011

ELOK ISU INI DIBINCANG DENGAN ELOK2....CARI JALAN PENYELESAIAN....MENANG JADI ARANG...KALAH JADI ABU....BELAJARLAH KITA DARI SEJARAH....

Isu Interlok: HRP demo di program Thaipusam PM
Aidila Razak
Jan 20, 11
11:35am


Lima orang anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di Batu Caves pagi ini.

NONESambutan berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok.

Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang mengedarkan satu kenyataan.

Pergelutan turut berlaku apabila peserta demonstrasi tersebut cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil.

Polis menahan Jayathas serta empat lagi anggota HRP dalam kejadian itu.

NONEKumpulan seramai 20 orang itu juga dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "Mansuhkan Interlok", "Pemuda Tamil tidak sokong BN" dan "Kami mahu keadilan."

Dalam kenyataan yang diedarkan itu, Jayathas berkata HRP menuntut Interlok ditarik balik daripada kurikulum SPM.

Beliau antara lainnya memberi alasan, novel itu mengandungi "penipuan" yang tidak melayakkannya dikategorikan sebagai sastera serius.

Protes daripada HRP itu timbul berikutan gesaan oleh NGO dan parti politik masyarakat India supaya menarik balik Interlok daripada sukatan pelajaran.

Buku berkenaan, malah gambar penulisnya Datuk Abdullah Hussain sendiri telah dibakar dalam satu lagi protes pada 8 Januari lalu.

Tiada ulasan: