Sabtu, 22 Januari 2011

JANGAN KITA ISLAM..TAPI BERCAKAP SEOLAH2 BAGI PIHAK ORANG KAFIR....KITA ISLAM TAPI BERADA DIPENTAS ORANG KAFIR..ISLAM AGAMA ALLAH.JANGAN DITAKUTKAN

Negara Islam: Ada baik Cina diingatkan, kata TPM
Abdul Rahim Sabri
Jan 22, 11
3:52pm


Timbalan Perdana Menteri Tan Srti Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

NONESambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

tenang by election nomination day 220110 mohd azahar ibrahim md asri amir normala sudirmanMuhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.

tenang by election 220111 chua soi lek"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.

NONEBagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya.




PRIMA: Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat...
Hafiz Yatim
Jan 22, 11
2:17pm


Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.

indian ngo pc 221209 federation of malaysian indian ngos (prima) president a rajaretinamSebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara teranagn menuntut buku itu ditarik balik.

“Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya.

“Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan,” katanya dalam satu SMS kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini, PRIMA memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Tenang jika kerajaan gagal menangani isu tersebut tetapi tidak berbuat demikian hari ini.

Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa pengundi India supaya menyokong calon PAS.

muhyiddin pc 200910 02Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata mesyuarat Selasa lalu yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Puad Zarkashi telah mencapai konsensus dengan beberapa persetujuan bagi mengakhiri perbalahan mengenai Interlok.

Ini termasuk memuatkan nota khaki tambahan, glosari dan garis panduan pengajaran.

Muhyiddin dilaporkan berkata novel berkenaan membincangkan perpaduan dan intergrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia.



Penduduk berdemo gesa Nik Aziz baiki jalan
Jan 22, 11 4:05pm


Penduduk di lima buah kampung di Kota Bharu, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak ADUN Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.

NONEDemonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.

Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap... apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela,” kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak.

- Bernama



Taktik MCA takutkan Cina, Hadi tak gusar
Kuek Ser Kuang Keng
Jan 22, 11
1:15pm


Di sebalik taktik menakut-nakutkan pengundi Cina di Tenang dengan “agenda penubuhan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa”, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka mempunyai peluang 50 peratus untuk menawan kubu kuat BN itu.

NONE"Ini isu lama. Masyarakat kita kini lebih memahami... mereka telah lihat keadaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS - Kelantan, Perak, Terengganu dan Kedah.

"Peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga BN, tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil.

"Kita letak 50 peratus dulu tapi kempen kita bergerak bermula dari 40 peratus, di Johor kita sudah menang dua kerusi. Jadi peluang (menang) memang ada,” kata Abdul Hadi ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis, hari ini.

Menurut beliau, perubahan besar juga sudah berlaku di Johor dan BN menghadapi masalah malah kedudukan Umno juga tidak kuat.

Ini katanya, berdasarkan kejayaan PAS merampas dua kerusi negeri pada pilihan raya umum yang lalu.

NONESelain itu, Abdul Hadi berkata kejayaan PAS menumbangkan Umno di beberapa kubu kuatnya pada beberapa pilihan raya kecil lalu seperti di Arau (Perlis), Bukit Gantang (Perak) dan di Kuala Terengganu menambahkan lagi keyakinannya.

“Calon PAS Normala Sudirman mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di DUN Tenang,” katanya.

Faktor penentu

Pada pilihan raya kecil ini, Pakatan Rakyat diwakili oleh Ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman manakala BN pula menyandarkan harapan ke atas bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, bagi mempertahankan kerusi Umno itu.

NONEMenurut Abdul Hadi, pengundi muda di Tenang merupakan penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu.

"Pengundi muda yang dapat menatap media baru, mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat.

"Bagi saya pengundi muda adalah undi penentu, di sini BN tiada undi Orang Asli, malah undi warga Felda juga sudah memihak kepada kita.

"BN tiada undi deposit di sini, kita mempunyai peluang kerana meletakkan calon anak tempatan bukan BN yang meletakkan calon yang sudah lama meninggalkan kawasan.

"Pengundi yang bukan Islam juga akan menyokong calon PAS," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Abdul Hadi berkata, isu nasional dan tempatan akan diketengahkan sepanjang kempen bagi meraih sokongan pengundi di DUN itu.

NONEDUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

Pilihan raya kecil Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lalu.



ADUN Pelabuhan Klang ke mahkamah Isnin ini
Wong Tech Chi
Jan 22, 11
2:52pm

Timbalan pegerusi perhubungan Umno selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dijangka memfailkan permohonan di mahkamah berhubung keputusan speaker Selangor yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

NONE“Badrul akan menfailkan deklarasi (bahawa dia masih ADUN Pelabuhan Klang) di mahkamah.

“Saya difahamkan Isnin ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon di Tenang, pagi ini, Noh berkata Badrul Hisham akan memohon kepada mahkamah bahawa beliau masih ADUN yang sah.

Ini berikutan tindakan speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang pada Rabu lalu yang mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan Badrul Hisham gagal menghadiri sidang dewan antara 8 November dan 13 November tahun lalu dan tidak memohon cuti sehingga 10 Disember lalu.

NONEBeliau bagaimanapun menafikan dakwaan Teng dan berkeras mengatakan beliau hadir pada maajlis perasmian dewan pada 8 November sebelum mengambil cuti untuk rawatan tradisional.

Sebaliknya, Teng berkata Badrul Hisham menipu berhubung kehadirannya pada sidang DUN November lalu.

Tak setuju

"Saya ingin gunakan peluang ini bagi menafikan kenyataan yang dibuat oleh Badrul Hisham yang mendakwa beliau hadir pada majlis perasmian sidang dewan undangan negeri pada 8 November.

"Hanya ada satu majlis pembukaan rasmi. Bagi sesi ketiga sidang dewan undangan negeri ke-12 diadakan pada 12 April dan dirasmikan oleh Sultan Selangor.

azlan“Sidang pada November adalah pembentangan belanjawan tahunan di mana tidak ada pembukaan rasmi diadakan,” kata Teng sambil mengemukakan bukti kehadiran.

Sementara itu, mengulas cadangan usul tergempar pindaan perlembagaan Selangor yang akan dibentangkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bagi mengembalikan kuasa Sultan pada Isnin ini, Noh berkata pendirian BN menolak perkara itu tidak bermakna mereka menentang sultan.

"Mereka kata sultan bersetuju bersidang dewan, bila kita kata tak setuju, seolah-olah kita tak setuju dengan sultan."

"Tapi ini dua isu, sultan berkenan untuk bersidang dewan, dan bukan perlembagaan."

Katanya, pindaan perlembagaan itu adalah bermotifkan politik.

NONEMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi perdana menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan.


Lebih 1,900 mangsa diselamatkan
Jan 22, 11 3:22pm


Kira-kira 1,930 mangsa kes pemerdagangan orang daripada 20 negara berjaya diselamatkan oleh pihak penguatkuasa tempatan sejak 2008 hingga Disember tahun lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap, berkata daripada jumlah itu, 708 orang dikenal pasti sebagai mangsa sebenar dan diberikan perintah perlindungan dan selebihnya diserahkan ke kedutaan masing-masing untuk tindakan lanjut.

prostitution, desa mentari, police raidKatanya, 434 orang pula ditangkap berkaitan dengan kes terbabit dan pertuduhan dibuat terhadap mereka oleh Jabatan Peguam Negara.

"Statistik ini sudah cukup memuaskan hati berbanding negara-negara lain yang turut menguatkuasakan Akta AntiPemerdagangan Orang dan penyeludupan Migran yang sama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran Antipemerdagangan Orang anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Raja Azhar berkata, kesedaran orang ramai mengenai kesalahan memperdagangkan manusia masih di tahap kurang memuaskan kerana masih ramai yang tidak bekerjasama dengan pihak penguatkuasa tempatan dalam menangani masalah berkenaan.

prostitution, desa mentari, police raidJusteru itu, beliau menasihatkan agar orang ramai yang curiga mengenai pergerakan kumpulan-kumpulan tertentu supaya terus menghubungi talian 999 yang diwujudkan kerajaan bagi menyalurkan apa sahaja maklumat mengenai mereka yang melanggar peraturan negara.

Raja Azhar berkata, aktiviti-aktiviti kesedaran mengenai isu itu juga akan terus dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

"Terbaru NCWO sedang dalam perbincangan bagi mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran dan guru-guru besar sekolah supaya satu sesi penerangan singkat megenai isu pemerdagangan orang dapat dibuat di setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, kemungkinan pada perhimpunan pagi," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: