LABIS, 29 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan kehilangan modal untuk menolak debat pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini mengalihnya kepada isu kononnya Anwar pengganas. Mengulas isu itu, Anwar semasa berceramah di Dataran Cikgu Mala dekat sini 29 Jmalam tadi berkata, Najib pada tahun 2010 telah bertemu dengan pemimpin Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum ke-13. Turut serta dalam ceramah tersebut ialah, Presiden PAS, Datuk seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Meng; Adun Sungai Abong, Dr Syed Ibrahim dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin. Anwar berkata, stesyen televisyen antarabangsa Cable News Network (CNN) telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayainya. Laporan CNN itu juga menyebut, tidak ada bukti pegawai Arab Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim dan dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas. Anwar sendiri menyatakan laporan itu bukan suatu yang mengejutkannya, malah bagi Ketua Pembangkang itu, tindakan tersebut menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum ke-13. Sehingga kini Najib belum mampu menyahut cabaran debat Anwar, tetapi membuka gelanggang lain untuk menyerangnya dalam isu dana pengganas, katanya. Anwar juga tidak pelik dengan laporan Najib ke luar negara bukan atas urusan pelaburan, sebaliknya sanggup singgah untuk memfitnahnya. “Saya tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin perubahan yang bakal melanda. “Mereka sedar rakyat Malaysia mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno Barisan Nasional (BN), sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat,” katanya pada satu kenyataan media hari ini. Anwar berkata, laporan itu memperlihat reaksi Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang saban hari membina sokongan rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kepincangan pentadbiran BN yang lemah mentadbir negara dan tiris akibat rasuah yang membarah. Ujat Anwar, Buku Jingga adalah dokumen mengandungi saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno BN hingga menyebabkan Najib berasa takut.
Umno hilang punca serang suami calon PAS Harakahdaily | LABIS, 29 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Umno kini terpaksa defensif berdepan kempen Pakatan Rakyat pada PRK Dun Tenang sehingga terpaksa membuat serangan peribadi terhadap calon PAS, Normala Sudirman. Katanya, kerana tersepit dengan serangan Pakatan Rakyat, Umno terpaksa membangkitkan isu rumahtangga terdahulu Normala dan menyerang suami calon, Maarof Abd Mutalib berhubung isu cuti sakit. "Saya fikir ini sejarah lah. Ini menggambarkan ketidaktamadunan pemikiran Umno BN. "Kita tidak sentuh pun soal isteri calon BN, sebab yang bertanding dia, bukan isteri dia," katanya pada sidang media PAS hari ini. Mengulas isu serangan perkahwinan dahulu Normala, Mahfuz berkata ianya satu perbuatan melampau kerana boleh mengaibkan keluarga yang terlibat. "Saya sebut kepada kawan-kawan jangan bangkit isu Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor) bercerai dengan bekas suami dia, isu Najib (Datuk Seri Najib Razak) bercerai dengan bekas isteri dia, kemudian mereka berkahwin bersama. "Saya kata jangan sebut, itu tidak baik, itu satu perkara peribadi," katanya. Dalam kempen di Tenang kali ini, Mahfuz mendakwa Umno secara gelap membangkitkan soal perkahwinan terdahulu Normala. Beberapa kain rentang turut dipasang berhubung perkara itu yang mempersoal siapa Maarof. "Termasuk juga isu Chua Soi Lek berkenaan kes dia, VCD dia sebab yang akan malu bukan sahaja dia, anak dia, isteri dia dan keluarga dia," tambah Mahfuz lagi. Menyentuh isu cuti sakit Makrof yang dimainkan Umno pula, Mahfuz berkata Umno sebenarnya hilang punca setelah gagal menyerang peribadi calon PAS. "Pemimpin Umno, tak dapat calon suami calon jadi mangsa. "Banyak program yang dihadiri oleh cikgu-cikgu termasuk perhimpunan agung Umno yang yang difahamkan berpakat dengan cikgu besar untuk ambik cuti, ini juga mesti disiasat," katanya. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan