KUALA LUMPUR: Penyanyi Farah Asyikin (gambar) mengajak wanita yang gagal menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka supaya menyertai kem 'It's A Girl Thing!'.
Kem anjuran Farah yang dikendalikan secara percuma itu bertujuan untuk membolehkan golongan wanita tanpa mengira peringkat umur agar berani meluahkan masalahmasing-masing dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.
Farah sendiri yang akan menemu bual wanita yang bermasalah sebelum memilih 30 di antara mereka untuk menyertai kem tersebut.
"Saya mahu mencari wanita yang betul-betul bermasalah untuk menyertaikem ini. Saya mula teruja untuk melakukan aktiviti ini setelah ramaipengunjung blog saya meluah masalah masing-masing.
"Saya akan cuba menyelesaikan masalah terutamanya bagi mereka yang mempunyai persamaan dengan masalah saya," katanya.
Menurut penyanyi lagu 'Hello' ini, sesiapa yang berminat untuk menyertai kem berkenaan boleh melayari Facebook miliknya atau www.farahasyikin.com.
Walau bagaimanapun Farah berharap orang ramai tidak menganggap dia sebagai perunding motivasi tetapi cukuplah sebagai seorang kakak atau adik untukmeluahkan perasaan.
"Sekarang saya sedang menyiapkan kertas kerja untuk menganjurkan kemini dan berharap ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan keranasaya buat kem ini secara percuma," katanya.
Bercerita tentang perancangan tersebut, kem itu akan diadakan selama empat hari, tiga malam dengan lokasinya adalah di sebuah tepian pantai yang masih belum ditetapkan.
KOMEN....BIAR BURUK RUPA JANGAN BURUK AKHLAK....TAK RASA MALU BERCAMPUR GAUL LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MUHRAM SECARA BEBAS...TU BELUM MASALAH AURAT.....
Pelakon Terbakar : Emma Akma Bimbang Wajah Kekasih Jadi Buruk
PETALING JAYA: Pelakon drama Emma Akma Yunus,42, amat bimbang melihat wajah kekasihnya, Raffi Husin,24, menjadi buruk akibat melecur gara-gara insiden kebakaran ketika penggambaran filem Bara Jiwa Selasa lalu.
Emma berkata, Raffi mungkin mengalami kesan melecur di keliling badan, tangan serta muka dan mahu pihak produksi, Nuansa Production, bertanggungjawab membuat pembedahan plastik pada wajah Raffi jika ia diperlukan.
"Kalau boleh saya nak wajah Raffi kembali seperti asal, tiada kesan luka sana sini. Mungkin orang nampak perkara ini remeh tetapi wajah merupakan aset utama sebagai seorang pelakon.
"Sudahlah dia baru nak mulakan kariernya, tiba-tiba jadi begini pula. Bagaimanapun setakat ini Nuansa memberitahu untuk menanggung segala kos rawatannya malah Julian (penerbit) kerap bertanyakan khabar dan perkembangan kesihatan Raffi," katanya yang dihubungi mStar Online, Khamis.
Walaupun pihak produksi berjanji akan menanggung kos rawatan pelakon baru itu, Emma tetap membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga jika janji yang dibuat itu tidak dikotakan.
Bagaimanapun, Emma agak kesal dengan pihak produksi filem itu kerana tidak teliti mengenai keselamatan pelakon-pelakon ketika melakukan adegan aksi tersebut.
"Memang perkara ini tidak boleh nak salahkan sesiapa pun tetapi mereka sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap perkara walaupun babak aksi yang dilakukan itu kecil.
"Bayangkan ketika insiden tersebut berlaku, memang pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berada di situ tetapi mereka tidak ada gunting untuk menggunting baju Raffi yang terbakar.
"Sebaliknya baju Raffi digunting menggunakan gunting jurusolek pula. Setakat ini kami tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan," katanya.
Raffi kini sedang dirawat di wad surgeri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan difahamkan kesan melecur pada tubuh pelakon itu akan kering dalam masa dua minggu lagi.
Dalam kejadian di Taman Seputeh, Kuala Lumpur Selasa lalu, Raffi mengalami kecederaan pada badan, muka dan tangan semasa hendak menyelamatkan diri dalam adegan kebakaran melibatkan sebuah gerai.
Selain Raffi, filem arahan Osman Ali itu turut dilakonkan Diana Danielle, Fizz Fairuz, Bront Palarae dan Remy Ishak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan