Sabtu, 15 Januari 2011

RAKYAT TERUS BIJAK..TAHU MANA YANG PENYAMUN TARBUS..PENCANGGAK..KAKI LIPAT....TAK PENDULI HUKUM ALLAH....DI DUNIA PUN TAK LEPAS..AKHIRAT MENUNGGU....

Isu Interlok: NGO mahu Senator Murugiah dipecat
Abdul Rahim Sabri
Jan 15, 11
5:33pm

Anak lelaki Sasterawan Negara Datuk - Thariq melahirkan kekesalannya kerana karya ayahnya, novel Interlok telah dipolitikkan untuk kepentingan individu tertentu.

Katanya, apa yang ditulis oleh ayahnya itu adalah berdasarkan fakta dan kajian tetapi malangnya sesetengah pihak hanya membaca beberapa halaman dan tidak secara keseluruhan.

interkok author abdullah hussain's son Thariq Abdullah"Sehingga hari ini, ayah saya mempertahankan novel ini kerana itu adalah kenyataan.

"Beliau apabila mahu buat sesuatu, beliau akan membuat penyelidikan. Saya diberitahu ayah saya, sebelum menulis novel beliau bertanya dengan seorang ahli akademik untuk digambar dalam novelnya," kata Thariq.

Bercakap kepada media di perhimpunan protes mempolitikkan Interlok di ibu negara, Thariq berkata apa yang terdapat dalam novel tersebut "tidak perlu ditukar kerana semuanya adalah fakta".

NONEDitanya mengenai perasaan ayahnya ketika ini selepas novelnya menimbulkan kontroversi, Thariq berkata:

"Ayah agak tertekan, tetapi masih steady. Beliau tidak sangka ia berlanjutan sehingga berlakunya demontrasi dan membakar novel," katanya.

Thariq berkata pelbagai pihak termasuk NGO dan individu datang menziarahi ayahnya dan memberi serta menyatakan sokongan terhadap sasterawan negara itu yang kini terlantar kerana uzur.

Dunia sendiri

"Ayah saya orang sastera. Beliau hidup dalam dunianya tersendiri... beliau tidak mahu mengubah apa-apa (kandungan) sehingga hari ini.

"Ini kerana (novel) itu adalah hasil karyanya, dan ia tidak pernah dipertikaikan sebelum ini dan menjadi rujukan di universiti," tegas Thariq.

interlok gapena bannerSehubungan itu, Thariq mahu novel Interlok tidak dipolitikkan untuk keuntungan pihak tertentu.

Sebelum itu, Thariq yang dalam ucapannya, mahu semua pihak membaca novel berkenaan secara keseluruhan kerana ia menceritaka mengenai "susah payah" tiga bangsa - Melayu, Cina dan India - sehingga mencapai kemerdekaan.

"Apa yang berlaku, ada golongan tertentu mengambil bahagian tertentu dan mempolitikkan untuk kepentingan politik peribadi," katanya.

interlok gapena crowdSeramai 60 orang hadir dalam perhimpunan ini bagi membantah tindakan mempolitikkan Interlok dan membakar karya agung itu sebelum ini.

Mereka yang terdiri daripada tidak kurang 30 NGO dan persatuan penulis dari seluruh negara yang sesetengahnya bernaung di bawah Gapena.

Pecat Murugiah!

Pada satu ketika, majlis hari ini panas apabila, ketua satu, Persatuan Penulis Johor, Amiruddin Mat Ali bangkit dan mendesak Timbalan Menteri, Datuk T Murugiah melepaskan jawatannya sebagai ahli dewan negera kerana mencampuri "urusan menteri pelajaran" dalam isu ini.

NONE"Ahli dewan negara ada bidang-bidang khususnya, bukan mencampuri urusan orang lain," katanya.

Namun kata Amiruddin, mereka tidak akan terikut-ikut dengan membakar gambar Murugiah dan mereka yang menyokong Interlok diharamkan.

"Dia baru sahaja sertai MIC setelah dihalau oleh PPP dan mahu publisiti untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

"Jadi dia mempolitikan isu ini untuk dapatkan sokongan. Dia pernah diminta letak jawatan dalam PPP, sekrang kita minta dia letak jawatan senator dan kabinet,” katanya.

Turut hadir adalah timbalan ketua II Gapena, Datuk Abdul Latif Bakar dan pelakon Abu Bakar Omar.

NONEAbu Bakar pula mahu filem dan drama Tamil serta Hindi diharamkan jika masyarakat India mendakwa Interlok tidak mewakiili gambaran Malaysia yang sebenar.

"Kebanyakan drama dan filem yang dihasilkan dari India adalah fiksyen dan tidak mewakili masyarakat di negara ini, jadi ia juga sepatutnya diharamkan.

"Filem dan drama seumpama itu juga mesti dihentikan daripada dibenarkan masuk ke negara ini,” katanya dengan berang.

Lapan resolusi

Pada perhimpunan petang ini, semua anggota NGO yang hadir bersepakat memperakui Interlok sebagai sebuah karya yang mempunyai intergriti.

NONESehubungan itu, mereka telah meluluskan lapan resolusi bersama. Antaranya menolak sebarang tuduhan bahawa Interlok adalah sebuah novel yang menghina masyarakat India.

Mereka juga menolak sebarang cadangan untuk menarik balik penggunaan Interlok sebagai buku teks sastera di sekolah menengah serta membantah sekeras-kerasnya sebarang cadangan untuk meminda mana-mana teks dalan novel tersebut.

Borhan Md Zain pro interlok eventMereka juga menuntut individu yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan tetapi mempolitikkan Interlok dipecat kerana mencetuskan salah sangka, pra sangka dan pergolakan antara kaum.

Mereka juga mahu menteri di kementerian dalam negeri bertindak tegas terhadap sebarang usaha dan perebutan yang mencabar keamanan dan ketenteraman awam.

Resolusi itu dibacakan oleh ketua media Gapena Borhan Md Zain (atas, kiri) dan majlis berakhir jam 4 petang.




Utusan gantung kerja presiden NUJ
Jan 15, 11 12:17pm


Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan digantung kerja mulai Isnin ini hingga proses siasatan dalam oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media selesai.

“(Saya) dah kena gantung kerja tak boleh pergi pejabat lagi dan tak boleh keluar dari rumah,” tulis Hata dalam SMS kepada Malaysiakini, pagi ini.

NONEHata enggan mengulas lanjut tetapi menghantar Malaysiakini sesalinan surat penggantungan kerja yang bertarikh 11 januari lalu.

“Setelah mengambilkira keadaan sekeliling dan keseriusan dakwaan salah laku tuan, maka Syarikat akan menggantung perkhidmatan tuan bermula dari 17 Januari 2 011 hingga proses siasatan dalaman terhadap tuan selesai,” petik surat yang ditandatangani oleh pengurus besar, jabatan sumber manusia, Utusan Melayu.

Menurut surat itu lagi, sepanjang tempoh penggantungan kerja, Hata tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis Utusan Melayu kecuali jika beliau dikehendaki hadir untuk memberi penjelasan atau mendapat kebenaran pihak syarikat terlebih dahulu.

Berada di tempat boleh hubungi

“Sila maklumkan kepada syarikat alamat terkini surat menyurat serta nombor telefon kediaman dan telefon bimbit sebelum tuan meninggalkan kawasan syarikat kepada ketua jabatan tuan.

azlan“Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,” petik surat itu lagi.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan sepanjang tempoh berkenaan Hata akan mendapat gajinya ataupun tidak.

Siasatan dalaman ke atas Hata dijadualkan bermula pada Isnin ini, jam 10 pagi.

Sebelum ini, Hata diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



NUJ desak Utusan batal siasatan ke atas presidennya

Jan 5, 11 5:10pm


Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) masih berharap Utusan Melayu akan "mempertimbang dengan serius" untuk membatalkan siasatan dalaman terhadap Presidennya, Hata Wahari, petugas organisasi media tersebut.

NONESetiausaha agung NUJ, V Anbalagan berkata hari ini kesatuan itu pada mesyuarat tergempar majlis exconya malam semalam sebulat suara berpendapat dakwaan Utusan yang Hata telah merosakkan imejnya dengan kenyataan yang dibuatnya adalah "lucu".

"Hata, dalam kapasitinya sebagai presiden NUJ, mengeluarkan kenyataan itu sebagai mempertahankan kebebasan akhbar dan kebajikan anggotanya," kata beliau dalam satu kenyataan.

Hata berdepan lapan tuduhan salah laku kerana mengeluarkan kenyataan kepada portal berita Malaysiakini, Malaysian Insider dan Merdeka Review, dan akhbar The Sun antara 21 Sept dan 14 Okt tahun lalu.

Syarikat itu sebelum ini menetapkan siasatan dalaman untuk hari ini, tetapi dalam surat bertarikh Isnin, menunda kes itu ke 17 Jan.

Anbalagan berkata NUJ menyifatkan siasatan dalaman itu terhadap Hata, yang juga presiden Persekutuan Wartawan Asean (CAJ), sebagai tindakan penganiayaan terhadap seorang pemimpin kesatuan.

"Ia juga bertujuan melumpuhkan kepimpinan NUJ dan dijadikan amaran kepada pemimpin kesatuan yang berpejabat di Utusan Melayu," katanya.

Syarikat itu sebelum itu telah mengadakan siasatan dalaman terhadap bekas pengerusi cawangan NUJ Amran Ahmad, yang berakhir dengan pemecatan beliau pada September 2009, dan kes beliau kini berada di Mahkamah Perusahaan.



Anwar: Cabaran debat Ummi Hafilda "soal nyamuk"
Jan 15, 11 2:10pm


"Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

NONEUmmi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis "Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno" di Kampung Geliga, di Kemaman, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lalu itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

NONEAbdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:

"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Bernama



Pusat khidmat ADUN Sri Muda diserbu polis
Jan 15, 11 12:41pm


Polis menyerbu pusat khidmat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan merampas peralatan komputer milik beliau bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor melalui blognya.

Menurut akhbar Sinar Harian hari ini, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan oleh sekumpulan anggota polis dari ibu pejabat kontinjen (IPK) Selangor.

NONE"Polis merampas satu unit pemprosesan pusat (CPU), monitor, papan kekunci dan beberapa kad nama. Mereka cadang hendak ambil semua, saya kata tidak boleh sebab aduan ke atas saya. Jadi ambil komputer sayalah. Saya tidak tahu apa yang diambil tetapi saya berharap mereka bertindak dengan profesional, fokus kepada isu yang berbangkit,” kata Shuhaimi.

Menurutnya, serbuan berkenaan tidak disertakan waran, tetapi beliau memberikan kerjasama penuh kerana merasakan pegawai polis yang ditugaskan juga bekerja di bawah tekanan dan arahan tertentu.

Beliau berkata beliau diberitahu petugas pejabat, polis akan datang pada 11.30 pagi mencari komputer yang dikatakan digunakan untuk memuat naik bahan seperti mana yang dibuat dalam aduan polis ke atasnya.

Profesional

"Polis tidak hubungi saya tetapi hubungi pejabat saya. Inilah tindakan yang kita katakan tidak sepatutnya berlaku. Kalau saya yang disiasat, maklumkan kepada saya kita akan memberikan kerjasama penuh. Kita minta polis juga profesional," katanya.

NONEBeliau berkata, serbuan dilakukan oleh 13 anggota polis dari unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) termasuk anggota yang berkawal di pintu pejabat serta tiga CSI.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkan melainkan rampasan komputer milik beliau.

Shuhaimi juga akan mempertimbangkan dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan Awang Selamat.

"Saya minta polis segera menyiasat Awang Selamat yang memfitnah dan memutarbelitkan kenyataan, mengambil separuh daripada artikel yang ada di Internet, menggunakan itu untuk menimbulkan keadaan seolah-olah saya menderhaka (kepada sultan)," katanya.

S'gor bantu orang Islam henti kerja di premis arak
Jan 14, 11 6:04pm


Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

NONEMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.

Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.

Rezeki halal

Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.

NONE"Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Kenyataan menteri besar itu bertujuan meredakan percanggahan pendapat berhubung penakrifan larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

NONEJika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali mempunyai definisi yang berlainan.

Tindakan wajar

“Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga
hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

NONE“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Liu pula semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Pindaan: S'gor mahu kuasa lantik pegawai tingginya
Lee Long Hui
Jan 14, 11
4:41pm


Pertelingkahan yang berterusan berhubung isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri telah mendorong Selangor untuk mendapatkan haknya untuk melantik pegawai tertinggi dalam jawatan utama sektor awam atau Jusa A.

dj jamal hishammudin rais and teresa kok forum 270910 08Sehubungan itu, Selangor akan mengambil langkah meminda
perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada suruhanjaya perkhidmatan awam negeri itu, melantik kakitangan awam ke jawatan tertinggi, termasuk jawatan setiausaha kerajaan negeri, kata exco kerajaan neger, Teresa Kok.

Teresa (kanan) mendedahkan butiran tersebut yang akan dibentangkan dalam sidang DUN pada 24 Januari ini, di sebuah forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH) di ibunegara malam tadi.

Katanya, kerajaan negeri akan meminda Perkara 52 (1) perlembagaan negeri supaya tiga jawatan terpenting - setiausaha negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri - dilantik oleh suruhanjaya perkhidmatan awam Selangor.

Kerajaan negeri juga akan membentangkan satu lagi usul untuk membolehkan suruhanjaya perkhidmatan awam negeri, memilih dan menaikkan pangkat pegawai kanan perkhidmatan awam, seperti ditetapkan dalam Perkara 97 (1).

Pada masa ini, bidangkuasa suruhanjaya itu hanya terhad kepada kakitangan awam Gred Khas atau Jusa B, manakala suruhanjaya perkhidmatan persekutuan membuat kuasa untuk melantik tiga jawatan tertinggi negeri itu.

Tiada ulasan: