Jumaat, 28 Januari 2011

PATUT2...DUNIA IBARAT RODA...KITA BOLEH BUAT BILA BERKUASA...BAGAIMANA BILA DIBAWAH...HAKIKINYA YG BERKUASA ITU ALLAH...JANGAN TERLEPAS PANDANG...

PENA: Pinda Interlok tak selari 'keputusan' dialog
Jimadie Shah Othman
Jan 28, 11
5:29pm

Keputusan meminda bahagian 'sensitif' dalam novel Interlok yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam didakwa tidak 'selari' dengan hasil perbincangan pelbagai NGO Melayu dan India sebelum ini.

NONEPresiden Persatuan Penulis Nasional (PENA) Mohamad Saleeh Rahamad mendedahkan, dalam dialog pelbagai pihak bertelingkah di Putrajaya sebelum ini tiada sebarang kata putus terhasil.

"Semua bersetuju terima teks itu tetapi dengan mengambil kita kenyataan daripada MIC. Soal pindaan tidak timbul (dalam dialog itu). Kami tetap bertegas tiada pindaan (harus dibuat)," katanya.

Pada 18 Januari lalu, Kementerian Pelajaran menganjurkan dialog tertutup novel Interlok melibatkan pelbagai pihak - antaranya MIC, PENA, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan ahli akademik - bagi mencari penyelesaiaan terhadap isu itu.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi yang mempengerusikannya tidak mendedahkan butiran perbincangan sebaliknya hanya memberitahu ia antaranya memperincikan rasional dan justifikasi pemilihan Interlok sebagai teks sastera di sekolah menengah.

Setelah hampir dua minggu, Muhyiddin semalam mengumumkan Interlok kekal digunakan sebagai oleh pelajar tingkatan lima dengan membuat pada pindaan bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad Saleeh juga mempertikaikan sikap penentang novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang didakwa sentiasa berubah-rubah.

"MIC ini satu juga, mereka bukan hanya hendak pinda, tetapi tolak. Sekejap itu, sekejap lain. Dulu (kata masalah perkataan) paria saja, sekarang dah timbul pula (bahagian) sensitif," kata pengulas sastera terkenal itu.

Sementara itu, ditanya tindakan lanjut PENA ekoran pengumumnan itu, Mohamad Saleeh berkata, NGO Melayu akan berkumpul dalam masa terdekat membincangkan tindakan lanjut mereka.

Pertemuan itu, tambahnya, dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu yang dianggotapi pelbagai NGO daripada seluruh Malaysia.

"Kita akan adakan adakan pertemuan dengan NGO lain dan kita akan rangka plan tindakan baru. Dah ada jadualnya, dalam masa terdekat," katanya yang belum mahu mendedahkan butiran lanjut pertemuan itu.


Laman direktori 'Wanita Pertama' JPM dikeluarkan
Jan 28, 11 4:05pm


Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.

azlanMenurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.

Tiada jawapan diberikan

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".

Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.

NONEKewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.

Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.

Menipu rakyat

Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.

dj jamal hishammudin rais and teresa kok forum 270910 08Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.

Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.

Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.

"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.





Jabatan siasat dakwaan Ma'arof salahguna MC
Regina Lee
Jan 28, 11
5:17pm


Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya.

NONETimbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, mengesahkan siasatan akan dijalankan oleh bahagian pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor.

Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut tidak bermaksud pihaknya mensasarkan Ma'arof kerana isterinya - Normala Sudirman - menjadi calon PAS di Tenang.

Jika Ma'arof - juga seorang guru - mahu menemani isterinya, ia adalah haknya untuk berbuat demikian, tegas Muhyiddin.

Bagaimanapun, katanya, isunya adalah mengenai dakwaan menyalahgunakan sijil sakitnya.

Sebelum ini, jabatana pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.




Hisham arah polis siasat hubungan Anwar - pengananas
Jan 28, 11 5:16pm


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata arahan telah dikeluarkan kepada pihak polis bagi menyiasat dakwaan yang mengaitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

NONEDakwanya laporan CNN telah mengaitkan Anwar tetapi Hishamuddin mengakui beliau belum membaca laporan tersebut.

"Ia tidak kena mengena dengan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Abdul Razak). Ia hanya laporan CNN yang mengaitkannya (Anwar) dengan sebuah pertubuhan pengganas.

"Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini.

"Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan...suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius,” kata Hishamuddin.

Bercakap kepada pemberita di Felda Chemplak selepas solat Jumaat, Hishammuddin juga ditanya jika Anwar akan dipanggil untuk siasatan.

"Saya tidak tahu. Awak perlu tanya kepada polis,” jawabnya.

azlanMenurut CNN, ia telah menemui laporan mengenai siasatan rahsia Arab Saudi berhubung aduan oleh Najib kononnya ada tokoh-tokoh diraja negara itu yang membiayai Anwar.

Menurut laporan CNN, siasatan berkenaan mendapati tiada bukti seumpama itu.

Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

Antara lain, laporan itu mendakwa pergerakan politik Persaudaraan Muslim atau Muslim Brotherhood adalah instrumental membuat pembiayaan seumpama itu “ada kalanya” membekalkan dana kepada kumpulan pengganas yang digeruni, al-Qaeda.



'Suami calon PAS murung, bukan sakit serius'
Abdul Rahim Sabri
Jan 28, 11
1:59pm


PAS hari ini menafikan bahawa suami calonnya di kerusi pilihan raya kecil Tenang - Maarof Abdul Mutalib menghadapi penyakit serius seperti didakwa dalam akhbar arus perdana dan beberapa blog pro-BN.

NONEMenurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, setakat ini, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan suami Normala Sudirman itu menghadapi masalah kesihatan yang serius.

"Tidak ada indikasi beliau ada penyakit yang serius, yang bahaya, tidak ada.

"Beliau bukannya lumpuh atau hilang ingatan. Rasanya (ia) bukannya isu.

"Kalau ada pakar minta rujuk kepada pakar besar, terpulanglah pakar tersebut," kata Dr Hatta Ramli.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata berdasarkan surat cuti sakit yang diberikan kepada guru berkenaan selama 21 hari, hanya mencatakan sakitnya sebagai "simple depressive disorder".

NONE"Masalah kemurungan boleh berlaku dalam banyak hal. Kita tidak tahu apa puncanya, tetapi beliau pernah digambarkan sewaktu isterinya diisytiharkan menjadi calon, beliau diarahkan berpindah 24 jam.

"Mengikut amalan perubatan antara tekanan dan kemurungan boleh berlaku kerana kematian keluarga, atau perpindahan. (Jadi) kemurungan mungkin boleh berlaku," katanya.

Dr Hatta mengulas laporan akhbar dan blog yang mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Bersama isteri

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai kemurungan tersebut.

tenang ceramah normala received flowerBagaimanapun, katanya antara terapi dan jalan penyelesaiannya mengenai isu ini adalah bersama-sama dengan isteri, keluarga dan orang yang disayanginya.

Mengulas mengapa Maarof mengambil cuti yang banyak, Dr Hatta meminta perkara tersebut dirujuk kepada doktor yang memberi cuti berkenaan.

Beliau juga berkata sijil sakit itu "tidak wajar" didedahkan kepada umum kerana ia merupakan dokumen sulit dan peribadi antara majikan dan pekerja.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mempertahankan Maarof yang didakwa berkempen untuk isterinya.

"Beliau tidak kempen, atau memberi ucapan, tetapi (beliau) mendampingi isterinya," katanya.

Utusan Malaysia hari ini memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'. Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.




Najib desak Saudi siasat pemberi dana Anwar
Jan 28, 11 10:45am


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu telah dilaporkan memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut stesen berita antarabangsa, CNN - yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu - menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.

azlanNajib didakwa mengadu kepada kerajaan Arab Saudi, kononnya dua putera kanan negara itu terbabit dengan pemberian dana berkenaan.

"Tidak ada bukti pegawai Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas,” kata CNN yang membuat ringkasan daripada sembilan mukasurat laporan rahsia berkenaan.

Tidak terkejut

Dalam reaksi segera, Anwar berkata tindakan itu menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada tahun 2012.

NONE"Saya tidak terkejut bahawa perdana menteri akan pergi sejauh luar negara, bukan untuk tujuan menarik pelaburan asing, tetapi sanggup singgah untuk memfitnah saya," kata Anwar mengulas laporan CNN itu.

Katanya, Najib begitu gentar dengan Pakatan Rakyat sehinggakan tidak berani menyahut cabarannya untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar ekonomi negara.

"Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato' Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah," katanya.

Najib takut

azlanMenurut Anwar lagi, kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib.

"Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.”

Anwar sebelum ini telah dituduh oleh musuh-musuhnya mempunyai hubungan dengan badan pemikir Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpangkalan di Amerika. Pertubuhan itu juga dengan pertubuhan Muslim Brotherhood atau Muslim Ikhwanul yang didakwa membiayai rangkaian pengganas di seluruh dunia.

Anwar pernah menjadi ahli lembaga pengarah IIIT. Pertubuhan ini pernah diserbu dan digelidah oleh oleh FBI pada tahun 2002 kerana disyaki membiayai rangkaian pengganas, tetapi tidak ada dakwaan yang dikenakan ke atas mereka.

al qaeda fighterMenurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

"Ia juga mendapati bahawa al-Qaeda danTaliban masih boleh menggunakan Arab Saudi untuk penggalangan dana, walau pelbagai tindakan diambil bagi menyekat aliran tunai berkenaan.”





Nik Aziz, Anwar 'terjah' Felda Chempelak Barat
Abdul Rahim Sabri
Jan 28, 11
11:20am


Hujan lebat yang mencurah malam tadi tidak mematahkan semangat kira-kira 300 hadirin, khususnya penduduk tempatan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONERamai yang 'bermandikan hujan' meskipun datang dengan berpayung, memakai baju hujan dan bertopi demi untuk mendengar dan melihat kedua-dua tokoh tersebut berucap sempena kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Terdapat juga di kalangan mereka mencari tempat berteduh di bawah payung peniaga-peniaga berhampiran dengan kawasan ceramah dan di bawah bumbung pentas ceramah.

Dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya.

Paling ramai

Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin.

Hujan renyai-renyai tanpa henti sejak petang semalam tidak membatalkan hasrat mereka untuk mendengar amanat dan ucapan daripada dua-dua pemimpin berkenaan.

NONENik Aziz dalam ucapannya memberikan tiga amanat penting kepada pengundi di Felda berkenaan - antaranya mendakwa Umno melakukan tangkapan guru pondok.

Beliau mengimbau kembali sejarah pada tahun 1967, ketika beliau baru sahaja menyertai PAS selepas pulang daripada belajar di luar negara.

"Pada tahun itu Umno mengamuk dengan menangkap ramai tok guru pondok kerana mengajar kepada penduduk orang-orang kampung (tentang Islam).

"Sepatutnya apa salahnya tanya, kenapa tok guru ajar begini, begini. Tanya... tangkap tok guru, masukkan ke dalam ISA, ini ajaran komunis.

"Sebab itu malam ini, saya bertongkat, saya gagah datang juga nak minta jangan undi selain daripada PAS... Umno datang nak bagi duit ambil, beri gula ambil, beri lembu sembelih, beri kertas undi, pangkah bulan," katanya yang diiringi dengan laungan takbir.

NONEPesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini.

Sementara itu, Anwar yang tiba kira-kira jam 10.50 malam, berkata mengundi calon PAS, Normala Sudirman adalah sebagai usaha membawa masalah rakyat, isu ekonomi, isu pendidikan ke DUN Johor.

Tiada wang

Beliau memberi contoh teladan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang meminta menterinya menegurnya jika beliau membuat kesilapan dan membawa masalah rakyat kepadanya.

Beliau juga tidak faham mengapa perlu menyokong Umno sedangkan ada di kalangan anak peneroka yang tidak ada pekerjaan bagi membayar kembali wang pinjaman pendidikan.

NONE"Negeri kita kaya, pemimpin kita kaya raya, (tetapi) kenapa ayah kena bayar, anak tak ada kerja, sudah kutip hutang,"katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan dengan pertolongan Allah, Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil itu walaupun mengakui ia bukan satu perkara yang mudah.

VIDEO | 7.41 min









Peguam pitam ketika soal saksi kes Daphne Iking
Jan 28, 11 4:43pm


Peguam yang mengendalikan kes saman peribadi bekas suami model dan pengacara Daphne Eleanor Iking pitam ketika sedang menyoal saksi setelah beliau gagal mendapat penangguhan dari Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur.

Peguam Jagjit Singh yang difahamkan mengidap bronkitis hanya sempat menyoal saksi kira-kira 20 minit dan sebelum kejadian itu suara beliau kedengaran tersekat-sekat dan tidak bermaya.

Di awal prosiding beliau memberitahu Majistret bahawa dirinya tidak sihat sejak Rabu lalu dengan mengemukakan sijil cuti sakit dari hospital kerajaan dan swasta, tetapi ia gagal mendapat simpati daripada Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah.

Engku Ahmad Rashdi berkata, beliau tidak mahu menangguhkan kes itu kerana sebelum ini anak guam Jagjit iaitu Darren Choy Khin Ming juga mengemukakan cuti sakit hingga kes itu ditangguhkan ke hari ini.

Engku Ahmad Rashdi pada awalnya mencadangkan pemeriksaan balas dilakukan oleh peguam Akhbardin Abdul Kadir yang turut membantu Jagjit tetapi Akhbardin berkata mereka mempunyai bidang tugas masing-masing dan hanya Jagjit yang akan menyoal balas suami Daphne, Ryan Chong Yiing Yih.

Berikutan itu, Jagjit dibenarkan berehat kira-kira 15 minit sebelum pemeriksaan balas dan ketika prosiding bermula, Jagjit sekali lagi merayu supaya dibenarkan penangguhan tetapi ditolak oleh Engku Ahmad Rashdi yang kemudiannya meminta beliau menyoal saksi seberapa yang mampu.

Rebah

Jagjit yang cuba memenuhi arahan Engku Ahmad Rashdi hanya mampu menyoal saksi selama 20 minit sebelum beliau rebah dan sempat dipegang oleh Akhbardin.

Melihatkan keadaan itu, Engku Ahmad Rashdi menangguhkan perbicaraan selama 20 minit. Jagjit dibawa keluar mahkamah menggunakan kerusi roda untuk mendapatkan rawatan oleh Akhbardin dan pembantu Jagjit.

Engku Ahmad Rashdi memasuki mahkamah semula untuk menyambung prosiding dan beliau bersetuju menangguhkan perbicaraan hari ini selepas dipohon oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Ryan atas dasar kemanusiaan.

Bagaimanapun, Engku Ahmad Rashdi tetap bertegas untuk menetapkan tarikh baru bagi perbicaraan seterusnya dengan kehadiran Akhbardin serta pembantu Jagjit walaupun peguam Wong mencadangkan ia ditetapkan kemudian berikutan masalah yang dialami Jagjit.

Engku Ahmad Rashdi menangguhkan sekali lagi prosiding selama 20 minit dan masuk semula untuk menetapkan tarikh tetapi tiada kelibat Akhbardin serta pembantu Jagjit.

Keadaan itu menimbulkan kemarahan Engku Ahmad Rashdi dan seorang pembantu Akhbardin yang bertindak sebagai pencatat semasa prosiding berkata beliau hanya mewakili Akhbardin sahaja dan tidak tahu bagaimana dengan jadual Jagjit.

Engku Ahmad Rashdi berkata, sepatutnya pembantu Jagjit telah berada di dalam mahkamah bagi mewakilinya dan keadaan itu jelas menunjukkan ketidakcekapan dan tiada pengurusan.

Engku Ahmad Rashdi kemudiannya menetapkan 16 Feb untuk menyambung perbicaraan dengan memanggil saksi lain sekiranya Jagjit masih belum sihat untuk menyoal balas Ryan.

GRO China

Sementara itu, pemeriksaan balas hari ini hanya menyentuh mengenai penafian Ryan terhadap dakwaan hubungannya dengan seorang gadis pelayan pelanggan (GRO) dari China, Serena dan mengenai petisyen perceraiannya.

NONESaman peribadi ini dikemukakan terhadap Choy, 44, oleh Ryan, 31, kerana memikat Daphne, 30, dengan mengetahui bahawa beliau ketika itu merupakan isteri Ryan dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya di The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail di sini antara Julai 2007 dan September 2008.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

- Bernama




Azmin: Hapus tol bukti Buku Jingga boleh dilaksana

Jan 28, 11 5:58pm


Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini, adalah pengakuan dan penerimaan BN bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan, kata Azmin Ali dalam satu kenyataan media.

NONEBeliau yang juga timbalan presiden PKR berkata selepas ikrar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mengariskan untuk menghapuskan tol, barulah kerajaan BN melaksakannya sekarang.

"Adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan," katanya.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan keputusan perdana menteri itu tetapi mahukan Najib berterus-terang dan mengesahkan bahawa kerajaan pusat tidak akan membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

"Sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus.

azlan“Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Tindakan ini katanya, bukti penerimaan perdana menteri terhadap janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi.

"Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Begitu pun, demi rakyat saya menyeru kerajaan persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah," kata Azmin.

PKR akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.












Kenaikan tol KL-Karak dan Pantai Timur dibeku
Jimadie Shah Othman
Jan 28, 11
12:51pm


Kerajaan hari ini mengumumkan pembekuan kenaikan tol untuk tempoh lima tahun di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh raya Pantai Timur (Fasa 1).

highway 200404Manakala tol konsesi Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan persilangan Salak dan persilangan Taman Connaught, di ibu negara ditamatkan.

Tempoh konsesi sepatutnya tamat 2018.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Katanya, pembekuan dan penamatan konsesi tol itu dijangka berkuatkuasa setelah urusan dokumentasi pada Mei ini.

"Di samping itu, saya juga telah meminta supaya tempoh konsesi tidak dilanjutkan dan yang lebih penting lagi tiada pampasan akan diberi oleh kerajaan untuk semakan tol tertunggak," katanya.

Menurut Najib, penutupan tujuh tahun lebih awal itu akan memberi manfaat kepada 39 juta pengguna jalan raya.

NONE"Inisiatif ini adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaiaan berhemah dalam isu tol," katanya.

Plus? Satu-satulah...

Pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi ini, Najib juga menjelaskan keputusan itu berikutan permintannya kepada pemegang konsesi supaya mengkaji semula struktur tol sebagai langkah membantu kerajaan mengurangkan beban rakyat.

Sementara itu, ditanya tentang kenaikan tol di lebuh raya utama lain, seperti Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Najib berkata, ia akan ditangani secara berperingkat.

"Nantilah dulu. Satulah-satulah. Ada peringkat-peringkatnya (kena buat). Saya ada banyak lagi nak umum ini," katanya berseloroh.

Diajukan soalan yang sama sekali lagi, perdana menteri menjelaskan perkara itu kini "dalam proses".

"Ini bukan (keputusan) tiba-tiba. Ini proses," katanya.

"Apa yang dah sedia, kita jalan dululah."

NONESementara itu, diminta mengulas laporan stesen berita antarabangsa, CNN bahawa beliau menteri tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana dari negara teluk, Najib enggan mengulasnya.

"Saya tidak mahu komen. Itu (hal) Arab Saudi kan," katanya ringkas.


Kepala Surat Palsu: Majlis Daerah Labis Buat Laporan Polis

LABIS: Penduduk di Felda Chemplak Barat pada Khamis mendakwa menerima surat palsu yang dihantar oleh Majlis Daerah Labis memaklumkan mereka terpilih untuk menerima sumbangan sebanyak RM300.

Setiausaha Majlis Daerah Labis, Farid Kassim berkata pejabatnya telah menerima beberapa aduan dan pertanyaan mengenai surat tersebut.

“Kita telah menerima lebih daripada 40 aduan sejak pukul 9 pagi dan ada yang datang terus ke pejabat untuk bertanyakan mengenai kebenaran surat yang mereka terima,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Farid berkata surat tersebut telah menggunakan kepala surat Majlis Daerah dan menjemput mereka menghadiri satu program khas menerima sumbangan di Dewan Serbaguna Labis pada Jumaat.

“Orang yang menggunakan banyak masa dan wang untuk menghantar surat ini kepada penduduk Felda.

“Orang ini juga cuba meniru tanda tangan saya dengan 70 peratus daripadanya sama dengan tanda tangan saya,” katanya.

Beliau turut mengesahkan Majlis Daerah Labis akan membuat satu laporan polis bagi menyiasat penipuan tanda tangan dan kepala surat yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Farid turut menggesa mereka yang menerima surat palsu itu membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan segera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Supritendan Abdul Majid Mohd Ali mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan mengenainya. Beliau turut menggesa penduduk Felda yang menerima surat tersebut membuat laporan dan berhati-hati dengan surat yang mereka terima.

“Mereka yang ada maklumat siapa yang mengedarkan surat atau mereka yang terima surat ini boleh membuat laporan di balai polis yang berhampiran,” katanya.

Katanya orang ramai boleh menghubungi talian hotline 07-221 2999 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Tiada ulasan: