Tekanan Darah Tinggi - Tanda-Tanda Dan Cara Mencegah
Pengenalan
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.
Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.
Bacaan Tekanan Darah
Kategori | Sistolik | Diastolik | |
Normal | bawah 120 | dan | bawah 80 |
Pre-hypertensi | 120 - 139 | atau | 80 - 89 |
Hypertensi | 140 dan keatas | atau | 90 dan keatas |
Hypertensi sistolik | 160 dan keatas | dan | bawah 90 |
Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.
Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?
Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi
Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah
Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.
Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi
Tanda dan Gejala
• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
• Otak
- Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
• Penyakit jantung seperti :
- Coronary Heart Disease
- Congestive Heart Failure
- Left Ventricular Hypertrophy
• Komplikasi pada mata
- Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
- Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
• Komplikasi pada buah pinggang
- Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin Microalbuminuria, Proteinuria).
• Peripheral vascular disease seperti
- Aneurysm
- Kehilangan satu atau lebih denyut nadi
Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat
• tanpa menggunakan ubatan
- Perlu mengubah amalan cara hidup andae
- Amalkan permakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
- Melakukan senaman berkala
- Kurangkan berat badan jika berlebihan
- Atasi tekanan secara berkesan
- Berhenti merokok
Kategori tekanan darah normal/optima
• Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
Pra Hypertensi
• Amalkan gaya hidup sihat
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
• Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
• Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
• Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
• Amalkan pemakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
• Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
• Kurangkan berat badan jika berlebihan
• Atasi tekanan secara berkesan
• Berhenti merokok
• Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi
• Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
diarahkan
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
• Amalkan gaya hidup sihat
• Berhenti merokok
• Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
• Prevent and treat complications early
• Pengesanan komplikasi terutamanya :
- Jantung
- Ginjal
- Mata
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Tanda-tanda dan Penyakit
oleh ImamKhalidMATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
…
HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
- Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
- Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
- Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
- Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
- Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
- Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
…
KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
- Sistem penghadaman yang lemah.
- Perut mengandungi angin.
- Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.
MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
KULIT
Peluh
- Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
- Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
- Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
- Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
- Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
- Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
- Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
- Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
- Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.
TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
- Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
- Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
- Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
- Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
Klik Untuk Versi Bahasa Inggeris
Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah. Apabila tekanan darah diukur, terdapat 2 bacaan. Tekanan yang lebih tinggi, tekanan sistolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah. Tekanan yang lebih rendah, dipanggil diastolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan. Apabila tekanan darah yang tinggi dikesan, ia biasanya memerlukan rawatan sepanjang hayat.
Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Jenis-jenis Hipertensi
Komplikasi-komplicasi
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Rawatan
Tabiat-tabiat untuk diikuti
Elakkan
Ingat
1. Hipertensi Primer – Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah :-
v Sejarah hipertensi dalam keluarga.
v Kegemukan.
v Pengambilan garam dan alkohol yang melampau.
v Merokok
v Tekanan yang melampau.
2. Hipertensi Sekunder – Bentuk ini, seperi yang digambarkan oleh namanya, adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/penyakit-penyakit yang lain seperti:-
v Penyakit-penyakit Ginjal.
v Penyakit-penyakit Endokrin.
v Disebabkan Ubat.
v Kecacatan kelahiran.
v Punca-punca lain.
Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dimantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti :-
v Strok – yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah.
v Jantung – salur darah yang membekalkan otot-otot jantung disekat sepenuhnya.
v Kegagalan jantung – jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
v Kerosakan Ginjal.
v Kerosakan Mata.
Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut :-
v Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
v Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
v Tercungap-cungap.
v Pandangan yang kabur.
v Pendarahan di hidung yang sering berulang.
v Sakit kepala yang berterusan.
v Pening.
Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.
Gaya Hidup yang sihat
v Elak dari menjadi gemuk.
v Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
v Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-
sayuran dan bijirin – bijirin.
v Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari.
v Senam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau.
v Belajar untuk beristirehat.
v Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukannya
setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telahpun dikesan.
anda.
v Baca label-label pada makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam.
v Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup
yang sihat.
v Makanan yang tinggi lemak dan garamnya.
v Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium (sila tanya pegawai
farmasi anda)
v Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda (sila tanya pegawai farmasi
anda)
v Merokok.
v Miniman beralkohol.
v Kekurangan senaman.
v Kerisauan.
v Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau
masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan.
Untuk selalu berunding dengan doktor anda
v Sebelum memulakan perubatan untuk tekanan darah tinggi anda.
v Mengurangkan atau meningkatkan sukatan-sukatan ubat.
v Menukar perubatan anda.
v Memberhentikan perubatan tekanan darah anda.
Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling tindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda.
Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna.
Apa yang anda tidak tahu mungkin membahayakan
Penyakit Darah Tinggi sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Walaubagaimanapun, masih ramai yang mengidap penyakit ini tidak menyedarinya.
Lazimnya penyakit ini berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau gejala selama beberapa tahun. Anda merasa sihat walaupun tekanan darah anda tinggi. Ini menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
Apa itu Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah anda biasa (normal) apabila bacaannya :
Tekanan Darah adalah = tekanan sistolik
Tekanan diastolik
Contohnya:
120 / 80mm Hg
dibaca seperti - 20 per 80
Tekanan darah anda tinggi apabila bacaannya:
Adalah melebihi 140/90mm Hg, dan kekal tinggi walaupun masa berehat.
Tanda? Tanda? Tanda? Tanda?
Darah tinggi tidak ada tanda, Cuma dikesan apabila tekanan darah diperiksa.
Komplikasi
- Serangan penyakit jantung
- Angin ahmar
- Hilang penglihatan
- Penyakit buah pinggang
Darah Tinggi - Apa Patut Saya Lakukan?
Anda perlu kawal tabiat makan dan kekalkan berat badan yang unggul.
- Kurangkan garam dalam makanan
- Kurangkan lemak/kolesterol dalam makanan
- Kurangkan pengambilan alkohol
- Makan ubat seperti apa yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan.
- Amalkan tabiat bersenam.
- Sentiasa tenangkan fikiran.
- Buangkan tabiat merokok.
- Buangkan amalan minum arak/alkohol.
HARGAI NYAWA ANDA - DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DOKTOR ANDA
Diterbit semula oleh: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Unit Promosi Kesihatan, 2001/10,000
Gejala Penyakit Darah Tinggi (Hipertensi)
Hipertensi sulit disadari oleh seseorang karena hipertensi tidak memiliki gejala khusus. Gejala-gejala yang mudah diamati antara lain yaitu:
1. Gejala ringan seperti pusing atau sakit kepala
2. Sering gelisah
3. Wajah merah
4. Tengkuk terasa pegal
5. Mudah marah
6. Telinga berdengung
7. Sukar tidur
8. Sesak nafas
9. Rasa berat di tengkuk
10. Mudah lelah
11. Mata berkunang-kunang
12. Mimisan (keluar darah dari hidung)
Hipertensi dapat diketahui dengan mengukur tekanan darah secara teratur. Penderita hipertensi, apabila tidak ditangani dengan baik, akan mempunyai resiko besar untuk meninggal karena komplikasi kardiovaskular seperti stroke, serangan jantung, gagal jantung, dan gagal ginjal, target kerusakan akibat hipertensi antara lain:
* Otak: menyebabkan stroke
* Mata: menyebabkan retinopati hipertensi dan dapat menimbulkan kebutaan
* Jantung: menyebabkan penyakit jantung koroner (termasuk infark kantung), gagal jantung
* Ginjal: menyebabkan penyakit ginjal kronik, gagal ginjal terminal
Penyebab Penyakit Darah Tinggi atau Hipertensi.
Penyebab hipertensi sering disebut sebagai salah satu penyakit degeneratif. Umumnya penderita tidak mengetahui dirinya mengidap hipertensi sebelum memeriksakan tekanan darahnya. Penyakit ini dikenal juga dapat menyerang siapa saja dari berbagai kelompok umur dan kelompok sosial-ekonomi. Namun lebih banyak ditemukan pada usia lanjut yang merupakan salah satu faktor resikonya.
Faktor resiko terjadinya hipertensi, adalah antara lain:
- Stres.
- Faktor Keturunan (Genetik).
- Usia.
- Asupan Garam.
- Gaya hidup yang kurang sehat.
Dengan semakin bertambahnya usia, kemungkinan seseorang menderita hipertensi juga semakin besar. Pengaruh usia terhadap kemunculan stress sering terjadi juga. Banyak ditemukan para pensiunan yang sudah tak bekerja lagi menghadapi perubahan lingkungan ekstrem. Menghadapi kondisi di rumah yang tanpa aktivitas dan diposisikan sebagai orang yang tak mampu lagi melakukan beberapa pekerjaan memunculkan stres.
Adanya peningkatan volume cairan tubuh dan tekanan darah yang akan diikuti oleh peningkatan pengeluaran kelebihan zat garam sehingga kembali pada keadaan yang normal. Pada hipertensi essensial kondisi inilah yang terganggu. Pola makan dan aktivitas yang tak seimbang juga memiliki kontribusi yang besar penyebab hipertensi. Kebiasaan merokok, minum minuman beralkohol dan kurang olahraga dapat pula mempengaruhi peningkatan tekanan darah.
Berat badan berlebih apalagi penderita obesitas akan mengalami tekanan darah yang lebih tinggi dibanding dengan mereka yang mempunyai berat badan normal. Peningkatan tekanan darah ini ditemukan sepanjang hari, termasuk juga di malam hari. Apalagi ditambah, tekanan darah selama malam hari sama tingginya dengan di siang hari pada mereka yang mempunyai berat badan berlebih hingga kegemukan. Seharusnya, di malam hari, tekanan darah mengalami penurunan, bilatekanan darah tetap tinggi, keadaan ini dapat menyebabkan gangguan pada jantung.
Hipertensi dapat dikelompokkan dalam dua kategori besar, yaitu primer dan sekunder. Hipertensi primer artinya hipertensi yang belum diketahui penyebabnya dengan jelas. Golongan kedua adalah hipertensi semunder yang penyebabnya boleh dikatakan telah pasti, misalnya ginjal yang tidak berfungsi, pemakaian kontrasepsi oral, dan terganggunya keseimbangan hormon yang merupakan faktor pengatur tekanan darah.
Penanggulangan Penyakit Darah Tinggi
Faktor dominan yang menyebabkan hipertensi adalah pola makan dan aktivitas tubuh. Akibat dua hal seiring bertambahnya usia semakin meningkatkan resiko kemunculan penyakit. Pengendalian hipertensi antara lain yaitu:
1. Diet rendah garam, kolesterol, dan lemak jenuh. Mengurangi asupan garam ke dalam tubuh. Harus memperhatikan kebiasaan makan penderita hipertensi. Pengurangan asupan garam secara drastis akan sulit dilaksanakan, jadi sebaiknya dilakukan secara bertahap dan tidak dipakai sebagai pengobatan tunggal.
2. Behenti merokok dan alkohol
3. Latihan fisik secara teratur
4. Menghindari stres. Buatlah suasana yang menenangkan dan lakukan relaksasi-relaksasi rutin setiap hari. Hal ini penting untuk memberi efek ketenangan yang dapat mengontrol sistem saraf sehingga dapat menurunkan tekanan darah.
5. Memperbaiki gaya hidup yang kurang sehat. Penting melakukan olahraga seperti senam aerobik atau jalan cepat sekitar 30 menit sebanyak beberapa kali dalam sepekan.
Pola Makan Mencegah Penyakit Darah Tinggi
Salah satu faktor penyebab utama terjadinya hipertensi adalah asteroklerosis. Kondisi ini disebabkan konsumsi lemak berlebih. Oleh karena untuk mencegah timbulnya hipertensi adalah mengurangi konsumsi lemak yang berlebih selain pemberian obat-obatan bilamana diperlukan. Pembatasan konsumsi lemak sebaiknya dimulai sejak dini sebelum hipertensi muncul, terutama pada orang-orang yang mempunyai riwayat keturunan hipertensi dan pada orang menjelang usia lanjut. Sebaiknya mulai umur 40 tahun pada wanita agar lebih berhati-hati dalam mengkonsumsi lemak karena mendekati menopause.
Prinsip utama dalam melakukan pola makan sehat adalah gizi seimbang, di mana mengkonsumsi beragam makanan yang seimbang yaitu:
* Sumber karbohidrat: biji-bijian.
* Sumber protein hewani: ikan, unggas, daging putih, putih telur, susu rendah/bebas lemak.
* Sumber protein nabati: kacang-kacangan dan polong-polongan serta hasil olahannya.
* Sumber vitamin dan mineral: sayur dan buah-buahan segar.
Pola makan sehat bertujuan untuk menurunkan dan mempertahankan berat badan ideal, sehingga dianjurkan untuk menyeimbangkan asupan kalori dengan kebutuhan energi total dengan membatasi konsumsi makanan yang mengandung kalori tinggi dan atau makanan yang kandungan gula dan lemaknya tinggi. Di samping itu, agar melakukan aktifitas fisik yang cukup untuk mencapai kebugaran jasmani yang baik.
Artikel kesahatan ini diambil dari buku karya Sutanto (Judul Buku: Awas 7 Penyakit Degeneratif) CARA MENCEGAH DAN MENGATASI 7 PENYAKIT PEMBUNUH PALING DAHSYAT: STROKE DIABETES JANTUNG PARKINSON KANKER HIPERTENSI OSTEOARTRITIS
tanda tanda darah tinggi
berikut merupakan Tanda-tanda Penyakit Tekanan Darah Tinggi
Tanda-tanda :
1. tekanan sistolik (atas) 140 keatas
2. tekanan distolik (bawah) 90 keatas
3. merasa lemah
4. sakit bahu
5. sulit tidur
6. muka kemerahan
7. sering sakit kepala
Refleksi gangguan kesehatan (reaksi tubuh setelah minum kapsul ganoderma DXN) :
1. leher kaku
2. bagian belakang kepala merasa sakit dan kaku
3. sering sakit kepala (2-10 hari)
4. setelah makan 90 kapsul reaksi akan berkurang
5. tekanan akan berkurang ke level normal setelah mengkonsumsi ganoderma
Saran untuk menjaga kesehatan :
1. kurangi makanan yang mengandung lemak, minyak, garam dan kanji (nasi, mie)
2. makan banyak sayuran dan buah-buahan
3. tenangkan fikiran
10 Tanda Tekanan Darah Tinggi
Adakah anda tahu tekanan darah anda tinggi? Tahukah anda symptom atau tanda-tanda tekanan darah tinggi? Tekanan darah tinggi ialah tekanan yang disebabkan oleh darah keatas arteri. Artikel ini akan member anda info serta membantu anda mengesan tanda-tanda tekanan darah tinggi.
Kajian menunjukkan bahawa 90% penghidap tekanan darah tinggi tidak mengikut rutin mengambil ubat mereka. Pesakit sering mengabaikan penyakit tersebut. Kadang-kadang, pesakit langsung tidak kisah penyakit tersebut dan tidak mengambil apa-apa ubat. Yang mengambil ubat pula hanya sekejap. Lepas itu sudah malas untuk makan ubat.
Anda perlu mengawal tekanan darah anda. Sekiranya anda tidak mengawal tekanan darah anda ia boleh membawa kepada masalah lebih serius kepada jantung, ginjal, otak dan mata anda. Sekiranya anda mengabaikan penjagaan tekanan darah, ia boleh membawa kepada maut.
Tekanan darah normal ialah 120/80 mmHg. Jika ia melebihi 140/90 anda boleh dikatakan mempunyai penyakit tekanan darah tinggi. Sekiranya tekanan darah anda berada di aras 120-140, anda harus berjaga-jaga.
Tekanan darah boleh dikawal hanya dengan cara-cara yang biasa seperti bersenam, kurang mengambil makanan yang ada banyak garam dan kolesterol, tidak merokok dan banyak mengambil sayur-sayuran.
Bagaimana anda tahu tekanan darah anda tinggi?
Penyakit tekanan darah tinggi ini dipanggil ‘silent killer’. Ini kerana, kebiasaannya ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang jelas. Tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan beberapa tanda-tanda sakit seperti sakit kepala, pening, keletihan dan hidung berdarah. Pesakit sering menunjukkan tanda-tanda tersebut. Namun, tanda-tanda tersebut juga boleh terjadi kepada orang yang normal.
Antara tanda-tanda penyakit darah tinggi:
- Sakit kepala
- Hidung berdarah
- Sesak nafas
- Penglihatan kabur
- Telinga berdengung (Tinnitus)
- Kesukaran untuk tidur (Imsonia)
- Bingung
- Keletihan
- Banyak berpeluh
- Muntah-muntah
- Kurang nafsu seks
Sekiranya anda tidak mempunyai tanda-tanda tersebut, tidak bermaksud anda tidak mempunyai tekanan darah tinggi. Ingat, ia adalah ‘silent killer’. Selalulah periksa tekanan darah anda di klinik-klinik yang berhampiran. Hanya 2 minit diperlukan untuk menjamin kehidupan yang sihat.
PENGENALAN
Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana
tekanan darah
terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia
mengepam darah
keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat
yang
dipanggil sphygmanometer.
Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90
mmHg. Nilai
tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90)
pula ialah
tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah
dalam arteri
(salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah
diastolik pula
ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di
antara dua
denyutan. Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit
yang dialami
di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di
Malaysia. Ia
lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.
TANDA-TANDA
Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda
awal,
sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.
KOMPLIKASI
>> Angin ahmar ( stroke ).
>> Serangan jantung.
>> Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
>> Kegagalan buah pinggang.
SEBAB
Sembilan puluh lima peratus kes terjadinya penyakit ini adalah tidak
diketahui.
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat
penyakit ini:
>> Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di
mana ini
akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan
lebih tinggi.
>> Keturunan.
>> Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
>> Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
>> Merokok.
>> Pengambilan berlebihan alkohol, garam. Kegemukan, kurang senaman.
>> Stres yang berlebihan.
>> Diabetes.
>> Penyakit buah pinggang.
>> Penyakit adrenal.
>> Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.
LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
>> Berhenti merokok.
>> Kurangkan atau berhenti mengambil alkohol.
>> Kurangkan pengambilan garam.
>> Bersenamlah selalu.
>> Kurangkan stres atau tekanan.
>> Jika anda menerima erawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi,
sila ambil
ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa
merujuk kepada
doktor.
>> Jika anda telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi
selalulah berjumpa
doktor. Mengawal tekanan darah anda akan dapat mencegah terjadinya
komplikasi.
PETUA MENCEGAH
>> Jika terdapat ahli keluarga anda menghidap darah tinggi atau usia
anda
melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
>> Jangan merokok
>> Jauhi alkohol.
>> Makan makanan rendah lemak dan rendah garam.
>> Lakukan senaman selalu, terutamanya aerobik, seperti menunggang
basikal dan
berjoging.
>> Elakkan tekanan atau belajar bagaimana mengendalikannya.
>> Mengekalkan berat badan yang normal lagi sihat.
Pencegahan / rawatan tanpa ubat
Minyak Kelapa Dara BioVCO dapat membantu masalah darah tinggi kerana
ia
berperanan dalam meningkatkan metabolisma badan. Lazimnya penyakit
darah tinggi
berasosiasi dengan penyempitan arteri(salur darah). Keadaan yang
sempit ini
menyebabkan kesukaran darah untuk mengalir melaluinya kerana
rintangan yang
wujud dan keadaan ini memerlukan tekanan yang lebih kuat. Keadaan
ini memaksa
jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat.
Punca utama kepada masalah darah tinggi adalah obstruksi lemak pada
salur darah.
Minyak Kelapa Dara BioVCO boleh meningkatkan HDL(Lipoprotein
Berketumpatan
Tinggi). Ia merupakan protein pengangkut lemak yang baik kerana ia
boleh
menyingkirkan lemak daripada badan. Ekskresi lemak daripada badan
dapat membantu
melancarkan pengaliran darah dalam badan. Ini sekaligus dapat
mengurangkan beban
jantung mengepam darah ke seluruh badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan