Nazri Abdullah | |
LABIS, 30 Jan: PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang hari ini ekoran kebanyakan kawasan terputus hubungan. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, SPR perlu segera membuat keputusan itu ekoran pengundi kini tidak boleh keluar akibat hujan lebat dan banjir. "Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir. "Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya. Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan Labis kini terkepung oleh banjir dari kedua dua arah jalan masuk Segamat dan Yong Peng. Manakala di Tenang sendiri, beberapa kawasan kini ditenggelami air dan penduduk sedang giat dipindahkan oleh pihak keselamatan termasuk pasukan tentera dan Pertahanan Awam Malaysia. Laluan di Tenang Stesen ditutup sejak jam 12 tengahari tadi ekoran paras air tinggi mencapai lebih satu meter. Jalan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin menuju ke Air Panas turut ditutup. Ianya sekaligus menghalang pergerakan penduduk yang mahu keluar mengundi. SPR sebelum ini menjelaskan, proses pengundian tetap akan diteruskan kerana banjir hanya melanda kawasan kediaman penduduk dan bukan tempat mengundi. Mereka turut menyediakan kenderaan bagi mengangkut pengundi ke tempat mengundi. Namun menurut Mahfuz, keadaan kini bertambah buruk ekoran hujan lebat masih tidak berhenti, dan beberapa jalan lagi telah dinaiki air. "SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan Umno BN sahaja," katanya. Sehingga jam 2 petang tadi, SPR memaklumkan 61.17 peratus iaitu 9,025 pengundi. Tenang: Pusat pengundian ditutup Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru. LAPORAN LANGSUNG 5.00pm: Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang. 2.55pm: Walaupun hujan rengai-renyai di SMK Kamarul Ariffin, tetapi belum ada tanda-tanda trafik akan bergerak. 12.52pm Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus. Manakala twitter ketua Pemuda MCA yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siang pula menyiarkan foto banjir sepanjang Jalan Segamat-Labis. 11.30am: Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi. 11.15am: Calon PAS Normala Sudirman berkata beliau berfikiran "positif" dengan peluang untuk menang. "Proses pengundian berjalan dengan lancar. Walaupun keadaan hujan lebat, saya tengok pengundi masih bersemangat. "Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan, kita nanti keputusan ini dengan penuh debaran," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin. Normala Sudirman ditemani ketua muslimat PAS Pusat Nuridah Salleh dan suami calon Maarof Abd Mutalib. Setakat ini, Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian. 11.07am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang akhbar pada bila-bila masa di Kompeks Pendidikan Labis di Bandar Labis Tengah. 11.05am: Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi. SPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing. 11.00am Walaupun hujan lebih di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir. sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turn sejak malam tadi. 10.52am: Ekoran hujan lebat, beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki. Anggota polis bertugas mengawal lalulintas dan memaklumkan kepada para pengguna mengenai keadaan banjir di situ. 10.45am: Di SMK Kamarul Ariffin, pengundi berpayung ke pusat pengundian. Sebahagian besar penduduk di kawasan sekitarnya adalah terdiri daripada masyarakat Cina. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kanan) mengunjungi khemah SPR di luar pusat pengundian dan mengambil peluang itu untuk bersalaman dengan pengundi. 10.35am: Pintu masuk ke pusat pengundian di SK LKTP Tenang sesak seperti pasar dengan kedua-dua anggota Puteri Umno dan pekerja PAS mengiringi pengundi keluar dari kereta untuk ke pusat tersebut. Kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tenang turut ditenggelami air hujan.10.20am Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN. Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi. 8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR). Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi. Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi. "Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya. Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa. 8.00am Peti undi dibuka. Pakatan dakwa bantuan angkut pengundi tidak adil Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina - yang menjadi bank undi Pakatan - tidak dapat keluar mengundi. Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadnu ia tidak dilakukan secara adil. Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN. "Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua dalam twitternya. Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, akan menjejaskan keputusan pilihan raya kecil ini. Ketika dihubungi Malaysiakini, Tony berkata pihak polis dan tentera seharusnya tidak hanya memberi bantuan ke tempat-tempat tertentu sahaja kerana banjir berlaku di semua kawasan pilihanraya. Sekurang-kurangnya dua pusat pengundian - SMK Kamarul Ariffin dan dewan serbaguna Kampung Paya Merah di bandar Labis - terputus hubungan kerana teruk dilanda banjir sekitar jam 2.30 petang tadi. Kedua-duanya masing-masing merupakan pusat pengundian bagi Bandar labis Tengah dan Bandar Labis Timur yang didominasikan pengundi Cina dan dimenangi PAS dalam dalam pilihan raya umum. Daripada 12 daerah mengundi, PAS hanya memenangi di tiga daerah majoriti pengundi Cina pada 2008. Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, kadar pengundian tersebut hanya mencecah 20 peratus pada jam 1 tengaharai tadi, berbanding dengan 50 peratus pengundian di kawasan majoriti Melayu di Felda. BN memperolehi 80 peratus undi di tiga penempatan Felda dalam pilihanraya umum lalu. Dalam twitternya, Teoh memberi beberapa nombor telefon dan meminta pengundi Cina untuk menghubungi mereka untuk dibawa ke pusat pengundian. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilaporkan berkata tempoh pengundian tidak akan dilanjut. Walaupun beberapa jalan ke pusat pengundian terputus kerana banjir, pelbagai agensi kerajaan dikerah membantu menghantar pengundi ke pusat-pusat tersebut, kata Abdul Aziz. Di bawah undang-undang sekarang, tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan, kata timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Wan Ahmad Omar. SPR: Tempoh pengundian tidak dilanjutkan Walaupun hujan lebat, tempoh pengundian dalam pilihan raya kecil DUN Tenang tidak akan dipanjangkan, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof. RTM melaporkan beliau berkata, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membanti mengangkut pengundi dengan kenderaan berat. Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengundian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir. Sehingga jam 2 petang tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang. SPR menjangka sekitar 80 peratus pemilih berdaftar akan keluar mengundi hari ini. Seramai 14,753 pengundi akan mengundi hari ini untuk memiliha antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru. DAP dakwa berlaku beli undi di Tenang Station Menurut Teo Chin Liang (kanan, duduk) - bapa kepada ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching - dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee (kanan, berdiri), pergi ke dewan sekolah tersebut di mana mereka mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu. Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ. Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan. Meliha foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah. Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian. Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi. Mereka jadi takut dan beredar dari situ. Setelah mereka pergi, kelihatan masih ada yang datang ke dewan sekolah tersebut. Apabila ditemui Teo, beberapa orang berkata mereka diminta datang oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukan menjadi pusat pengundian. Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong. Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima. Banjir di SMK Kamarul Ariffin sampai pinggang Hujan sudah reda sekitar jam 2 tengahari ini, tetapi laluan antara pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin dan jalan besar di situ ditenggelami air sehingga melebihi paras paha. Ia tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Hanya panduan empat roda dan lori yang mengangkut pengundi yang dapat masuk dan keluar dari pusat tersebut. Walaupun hujan sudah reda tetapi awan hitam masih menyelebungi langit. Kemungkinan besar hujan akan turun lagi selepas ini. Seperti yang dijangkakan, hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin tidak lama kemudiannya. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, meningkat ke paras pinggang. Sementara itu, Bernama melaporkan beberapa kawasan terutama yang berkedudukan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini dilanda banjir hari ini berikutan hujan lebat turun berterusan sejak beberapa hari lepas. Pemimpin DAP hantar 'SOS' panggil pengundi Cina Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menulis peratus pengundi Cina yang keluar mengundi amat rendah di Labis. "Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20%; Felda sudah 50%. Tolong bantu panggil orang yang anda kenal di Labis," tulis Teo di laman Twitter. Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis: "Secara keseluruhan, peratusan keluar mengindi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30 pagi.” Sementara itu, timbalan pesuruhjaya PAS Johor dan pengarah pilihan raya PAS di Tenang, Dr Zukefly Ahmad mengakui bahawa tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan mengikut undang-undang sedia ada. Berikutan itu, katanya, PAS akan menggerakkan penyokongnya supaya keluar mengundi sebelum pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang ini. Katanya, beliau juga telah menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan suruhanjaya berkata, pihaknya akan mengikut pelan asalnya. Menjawab soalan, Dr Dzulkefly berkata peratusan rendah pengundi Cina yang keluar mengundi, akan menguntungkan BN tetapi jika ia berlaku pada pengundi Melayu, maka menguntungkan PAS. "Pengundi Cina yang keluar mengundi setakat ini adalah rendah. Kita sedang menggerakkan tenaga kerja kita untuk membantu mereka datang mengundi. "Kita juga bekerjasama dengan SPR untuk membawa pengundi ke pusat pengundian," tambahnya. Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang juga sependapat dengan Dr DZulkefly berkata: "Kita bimbang dengan peratusan rendah pengundi Cina yang keluar mengundi kerana mereka adalah bank undi kita. "Kita sedang melakukan yang terbaik untuk menghantar kenderaan pacuan empat roda untuk mengangkut pengundi.". Dr Boo juga berkata pihaknya telah meminta SPR dan marin polis serta jabatan pertahanan awam supaya menghantar bot dan trak mereka untuk mengangkut pengundi. Sementara itu, timbalan pengerusi SPR, Dauk Wan Ahmad Wan Omar, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan bahawa tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan di bawah undang-undang sekarang. 846 mangsa banjir Tenang dipindahkan Proses pengundian pilihan raya kecil kawasan DUN Tenang tetap berjalan walaupun beberapa kawasan rendah dilanda banjir dan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan terus meningkat. Jurucakap polis bagi pilihan raya itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata sehingga pukul 2 petang ini, seramai 846 mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir. Mangsa yang dipindahkan ke Balai Raya Kg Paya Dalam ialah seramai 53 orang; Balai Raya Kg Batu Badak (94); Sekolah Agama Pekan Air Panas (58); Balai Raya Kg Usaha Jaya (70); Balai Raya Kg Lembah Bakti (272); Balai Tadika Kg Orang Asli (130); Balai Raya Kg Sekijang (10); Balai Raya Kg Melayu Raya (12); Balai Air Bah Pagoh 2 (53); Sekolah Arab Kg Gubah (13); dan Balai Raya Kg Genuang India (81). Walaupun hujan lebat masih berterusan, proses pengundian di beberapa pusat pengundian yang tidak terjejas dengan banjir berjalan lancar, katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata bot penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terpaksa digunakan untuk mengangkut pengundi dari Labis ke pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, kerana sebahagian laluan menuju ke pusat itu ditenggelami air. Pusat pengundian itu bagaimanapun tidak terjejas kerana terletak di atasbukit. Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPR, sehingga pukul 1 tengah hari seramai 55.36 peratus atau 8,167 orang daripada 14,753 pengundi telah keluar mengundi dalam pilihan raya itu. --Bernama |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 30 Januari 2011
MENANG KALAH KETENTUAN ALLAH...KADANG2 YANG KITA TAK SUKA ITU SEBENARNYA BAIK UNTUK KITA....SEMUANYA DALAM KEHENDAK ALLAH...BELAJARLAH REDA DAN SABAR
PAS gesa SPR tangguh pengundian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan