Selasa, 11 Januari 2011

KALAU ORANG DAH MATI SULTAN LAGI BOLEH IA KODEM DAN HINA...AGAK2 ELOKKE AKHLAKNYA.....

'Penyokong' Hadi didakwa 'belasah' penulis blog
Jimadie Shah Othman
Jan 10, 11
11:51am

Sekumpulan jemaah masjid, dipercayai penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa mengasari seorang penulis blog yang cuba mendapatkan beberapa penjelasan daripada presiden PAS itu.

Khairul Nizam Abd Ghani mendakwa, dalam insiden dekat rumah Abdul Hadi di Marang pada 7 Januari lalu, beliau turut dikurung seketika di pejabat masjid berdekatan dan telefon bimbitnya dirampas.

NONESehubungan itu, beliau yang terkenal dengan nama pena Aduka Taruna membuat laporan polis di Balai Polis Marang kira-kira jam tiga petang, sejurus selepas peristiwa itu.

"Dalam kejadian itu, kira-kira tujuh atau lapan orang mengepung saya. Saya rasa dipukul daripada belakang dua kali," dakwanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Khairul Nizam mendakwa, kesan daripada itu, beliau terpaksa mendapatkan pemeriksaan perubatan di klinik berdekatan kerana telinganya mengeluarkan sejenis cecair.

Menceritakan kembali pengalamannya, Khairul Nizam mendakwa, selepas solat Jumaat di Masjid Rusila dekat rumah Hadi, beliau menghampiri pemimpin itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu kerajaan perpaduan PAS-Umno yang meletus selepas pilihan raya umum lalu.

Oleh kerana tidak dilayan, beliau terus mengikuti pemimpin utama parti Islam itu hingga ke hadapan rumahnya - 15 meter dari masjid - sambil bertanya soalan dan merakamkan pergerakan Hadi menggunakan kamera telefon bimbit.

"Kemudian saya ditahan dalam sebuah bilik sebelum dibebaskan tidak lama kemudian," dakwanya.

Anjur rombongan

Setiausaha politik Hadi, Dr Samsuri Mokhtar, engggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Saya dengar ada laporan-laporan polis dibuat oleh Aduka terhadap kesnya dan (laporan) penduduk Rusila terhadap Aduka.

"Jadi oleh kerana ianya dalam siasatan, saya tidak akan komen," kata Dr Samsuri.

Khairul Nizam merupakan antara penulis blog pro Pakatan Rakyat yang menentang kuat idea kerajaan perpaduan. Beliau juga antara penggerak kempen "PAS Reform" dan "Langgar Hadi".

pas muktamar 55 agm assembly 050609 hadi awangDalam usaha itu, beliau mahu bertemu dan berdialog dan merekodkannya dalam bentuk video.

Percubaan sulungnya di muktamar PAS Jun lalu di Pengkalan Chepa, Kelantan juga mengalami kegagalan, tetapi tidak berakhir dengan kekasaran.

Khairul Nizam mula mendapat perhatian selepas didakwa menghina bekas Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dalam tulisannya di blog awal pada Januari tahun lalu.

Selepas kejadian itu, Khairun Nizam tetap tidak mengalah dan mahu meneruskan usaha menemui Hadi, malah mahu membawa rombongan penulis blog dan pengguna Facebook selepas ini.

"Kami akan cuba mengumpulkan blogger dan Facebooker 'otai' dengan blogger dan Facebooker baru, dalam satu tarikh, bersama-sama, bertanya soalan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang, di Rusila," tulisnya dalam blog.



BILA TIADA SABAR DAN TAK IKUT PERATURAN....KITA PENULIS BLOG BUKAN WARTAWAN....WARTAWAN PUN PUN ADA TEMUJANJI....ADAB KENA JAGA....GAYA KITA ORANG DAH TAHU KITA ADA AKHLAK ATAU TAK....

NEGARA


Blogger dakwa dipukul depan masjid


MASJID Rusila tempat AdukaTaruna mendakwa dia dipukul.



KUALA TERENGGANU – Blogger yang terkenal dengan kontroversi kerana menghina institusi kesultanan Johor, AdukaTaruna menghadapi saat cemas dikepung dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong sebuah parti politik di hadapan Masjid Rusila, Marang kelmarin.
Kejadian itu berlaku selepas blogger yang nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 2.20 petang.
AdukaTaruna dalam entri blognya itu semalam menjelaskan, niatnya hanya mahu menemubual Hadi.
Bagaimanpun sebaik menegur Abdul Hadi, dia mendakwa muncul seorang lelaki yang terus merentap bajunya kerana dikatakan tidak puas hati dengan tindakan mangsa menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis.

Tiada ulasan: