Menurut peguam yang mewakili keluarga berkenaan, N Surendran, meskipun dirayu ahli keluarga dan sahabat-handai mangsa yang curiga dengan kecederaan yang ditemui pada tubuh Krishnan, namun polis tetap tidak berganjak.
"Seharusnya tidak ada masalah setuju atau tidak bersetuju dengan post-mortem kedua ini. Keluarga berhak untuk itu jika mereka tidak puas hati dengan hasil dari bedah siasat sebelum ini maka mereka harus diberikan sebuah post mortem kedua. Seharusnya tidak ada pertanyaan atau keberatan," kata Surendran.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh berkata beliau tidak dapat membenarkan bedah-siasat itu tanpa arahan dari Bukit Aman.
Serah memo tuntutan
Hari ini, kira-kira 50 orang diwakili peguam Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, bersama-sama Pengarah Biro Aduan PKR S Manikavasagam, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Zainuddin tampil ke Bukit Amanbagi menyerahkan memorandum tuntutan itu.
Krishnan, 36 tahun, seorang juruelektrik ditahan di Taman Miharja pada 3 Januari lalu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan dadah dan direman selama empat hari di balai polis Bukit Jalil.
Menurut saksi, mendiang dibawa ke hospital HUKM, 3 hari kemudian selepas mengadu sakit perut.
Namun, Krishnan diisytiharkan mati keesokan hari. Pihak hospital melaporkan mendiang mati kerana mengalami luka dalam perut.
Isteri mendiang P Revathi, 38, bagaimanapun menolak laporan itu sebagai mencurigakan.
"Selepas meninggal, bedah siasat dibuat tanpa izin saya. Siapa yang benarkan hospital buat post-mortem? Saya ada enam orang anak, siapa mau tanggung mereka sekarang ini?" soal beliau.
Kesan koyak di rusuk
Keluarga mangsa memfailkan satu laporan polis di balai Jinjang.
Menurut Revathi, tiada seorang daripada ahli keluarga yang mengetahui suaminya ditahan polis. Mereka hanya mengetahui mengenai kematian Krishnan daripada seorang saksi kejadian.
Dakwanya, di bilik mayat, beliau terkejut melihat kesan koyak pada rusuk mangsa yang disertai lebam pada mata, dan belakang tubuh yang dipercayai akibat kesan dipijak.
"Dia bawa ke belakang, mereka pukul. Lebam-lebam luka pada belakang badan. Lepas itu polis berikan ubat. Ubat apa yang mereka bagi, kita tidak tahu. Siapa izinkan mereka bagi ubat pun kita tak tahu. Saya ada saksi, dan saya boleh bawa saksi ini ke mahkamah mana-mana pun. Sekarang siapa mau jawab?," kata Revathi sambil menaggis.
Saksi dilindungi peguam
Menurut peguam keluarga berkenaan saksi tunggal kejadian itu kini dalam perlindungan mereka atas alasan keselamatan. Butiran terperinci kejadian itu akan diumumkan saksi dalam masa terdekat.
"Dua minggu lalu, Sivam mati di balai polis Sentul. Minggu lepas, Krishnan. Selepas Kugan, setiap minggu ada sahaja yang mati dalam tempat yang paling selamat, dalam lokap, ada sahaja yang mati," kata Manikavasagam pula.
Kematian membabitkan pihak polis di negara didakwa meningkat 500 peratus dalam masa sesingkat 3 tahun ini.
Mengulas insiden terhadap jurugambar Bernama semalam, Presiden NUJ Hata Wahari (kanan) berkata, Hairul Nizam Baharin hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada pembaca.
"Jurugambar itu hanya menjalankan tugas profesionalnya dan tiada sebab polis bantuan meminta Hairul menyatakan identitinya memangkang tempat itu bukan kawasan larangan," kata Hata.
Semalam, Hairul, 37, membuat laporan polis terhadap beberapa polis bantuan yang didakwanya memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di Kuala Lumpur.
Hairul dilaporkan berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.
Dalam satu kenyataan hari ini, sambil menyatakan kekesalannya terhadap tindakan "ganas" itu, Hata menyifatkan tanggakan itu dibuat secara salah apabila digari, dibawa ke balai polis tetapi kemudian dilepaskan.
"Ini jelas menunjukkan Hairul Nizam tidak melakukan sebagarang kesalahan atau menceroboh," kata Hata yang yang juga wartawan kanan di akhbar Utusan Malaysia
Mereka mendakwa tindakan itu menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan ketegangan kaum.
"Kami juga prihatin kepada Datuk Abdullah Hussain, seorang tokoh penulis yang menerima anugerah sasterawan negara daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
"Penghinaan terhadap sasterawan negara sama seperti penghinaan terhadap Agong," laporan polis itu dipetik.
NGO itu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara.
Aduan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara sebentar tadi.
Dalam laporan polis itu juga, mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dua wakil rakyat Pakatan yang hadir dalam demonstrasi itu, iaitu Dr Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) dan M Manoharan (DAP-Kota Alam Shah).
"Penglibatan ahli politik dapat dianggap sebagai pengakuan dan penerimaan mereka terhadap tindakan yang biadab itu," aduan polis itu dipetik.
Meja bulat, forum terbuka, memorandum
Dr Mariah bagaimanapun hari ini menegaskan kehadirannya tidak bermakna setuju dengan tindakan kira-kira 100 penduduk India yang membakar novel itu.
Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan (kanan, berbaju batik) berkata tindakan membakar novel itu merupakan penghinaan kepada sistem pendidikan, kebudak-budakkan, kurang matang, terburu-buru serta bertujuan mendapatkan keuntungan politik.
"Kami tidak mahu perkara ini diteruskan malah (perlu) diberhentikan. Ia bukan cara untuk membantah," katanya.
Beliau menggesa Kementerian Pelajaran mengadakan sidang media bulat melibatkan semua pihak untuk berbincang mengenai isu kontroversi ini.
PIBGN sendiri bersama Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya (UM), katanya, pada 26 Januari ini menganjurkan forum terbuka di UM bagi mencari penyelesaian.
Makalala Gapena pula menganjurkan perhimpunan NGO bagi mencari kata sepakat berhubung isu Interlok di pejabatnya di ibu negara Sabtu ini (15 Januari), kata pegawai medianya Borhan Mat Zain.
Kelima-lima NGO itu, tambahnya, akan menghantar memorandum bantahan berhubung insiden pembakaran novel itu kepada Kementerian Pelajaran petang esok.
Dalam perkembangan berkaitan, di Klang, dua lagi NGO - Persatuan Penulis Selangor (KEMUDI) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Klang - juga membuat laporan polis berhubung tindakan membakar novel itu atas alaran "menghina Agong".
Perasaan tidak puas hati turut dikongsi bersama sebuah NGO penulis India- Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) - berpendapat dalam budaya India, membakar buku dan bahan bacaan dianggap menghina ilmu.
Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu, Malaysia-China di Foreign Studies University (BFSU) China Beijing Prof Awang Sariyan berkata golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka.
Beliau berkata Sasterawan Negara itu ialah seorang penulis yang menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman-zaman yang dilalui dan disaksikannya sendiri.
"Novel Interlok adalah merupakan gambaran realiti sosial pada zaman berkenaan dan pengisahan yang melibatkan penghijrahan kaum pekerja dari luar termasuk orang dari India memang terakam dalam karya-karya ilmiahnya," kata Awang kepada Bernama menerusi e-melnya di Besut hari ini.
Beliau diminta mengulas tentang desakan golongan tertentu yang mahukan novel Interlok diharamkan daripada diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia tingkatan lima bermula tahun ini.
Mereka mendakwa novel berkenaan mempunyai elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini.
Beliau berkata Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin atau golongan Ksyatria dibawa oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah.
Menurutnya konteks yang menggambarkan suasana dalam kapal itu pula menunjukkan nilai murni golongan tersebut yang memiliki perasaan dan kesediaan hidup bersama tanpa berasa bimbang oleh sebab berlainan taraf atau kasta.
Sehubungan dengan itu Awang meminta supaya semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah dalam membuat sesuatu rumusan dan perlu menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosiobudaya dan sejarah, bukan berdasarkan sentimen sempit yang tidak ilmiah.
Katanya, perkara tersebut akan bertambah rumit lagi jika isu itu dikaitkan pula dengan perhitungan politik yang sempit.
--Bernama
Sebaliknya, tambahnya, ia untuk "menunjukkan kebersamaan ketika mereka memerlukan pemimpin".
"Saya diberitahu mengenai rancangan demonstrasi dan upacara pembakaran 2 jam sebelum itu. Saya tidak tahu siapa yang menganjurkan tetapi ahli-ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) dan pengundi-pengundi India Kota Raja dan dari kawasan Klang turut terlibat.
"Kebimbangan takut tercetus pergaduhan tidak boleh dinafikan kerana yang terlibat semua kaum India. Ahli DHPP minta saya hadir bersama dan sebagai wakil rakyat yang mereka pilih, wajar saya hadir menunjukkan kebersamaan saya ketika mereka memerlukan pemimpin mereka.
"Saya tidak semestinya bersetuju dengan mereka tetapi kehadiran saya boleh menyejukkan kemarahan mereka. Kebetulan penulisnya ialah seorang Melayu sebangsa dengan saya. Ketidakhadiran saya mungkin akan disalah tafsir sebagai menyebelahi penulis Melayu dan saya tidak berempati dengan mereka," katanya.
Mingguan Malaysia semalam melaorkan Dr Mariah menghadiri demonstrasi kira-kira 100 penduduk India sambil membakar novel karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang.
Motif Muhyiddin
Dr Mariah dilaporkan mengakui Interlok karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India.
Mengulas perkara itu dalam blognya hari ini, Dr Mariah yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, ekoran laporan Mingguan itu, beliau dimajukan beberapa SMS daripada kumpulan seniman, termasuk Sasterawan Negara A Samad Said yang mempersoal tindakan itu.
Mengakui laporan akhbar Umno itu 90 peratus tepat, Dr Mariah mendakwa, Mingguan bagaimanapun tidak melaporkan bahawa beliau meninggalkan demonstrasi sebelum upacara pembakaran buku dan gambar penulis Interlok.
Menyatakan pendiriannya, Dr Mariah berkata, beliau berempati dengan masyarakat India kerana "mereka tidak mahu sejarah kasta dihidupkan di dalam minda anak-anak India."
Katanya, kenyataannya semalam turut mempersoalkan motif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan novel itu ke sekolah.
"Saya yakin beliau tahu sangat isi novel dan potensi konflik yang akan timbul. Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat," katanya.
Dialog muhibah
Bagaimanapun, atas prinsip kebebasan berkarya dan bersuara, beliau tidak bersetuju Interlok tersebut diharamkan.
Sementara itu, mengulas tindakan itu, bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kanan) menyatakan perasaan terkejutnya dengan kehadiran "tokoh politik tertentu" dalam insiden itu.
"Saya rasa tokoh berkenaan sudah tersilap. Walaupun beliau pulang awal, tetapi kehadiran itu tidak tepat.
"Politik baru yang matang dan bijak tidak dapat bersetuju dengan kehadiran wakil rakyat atau ahli politik ke pentas yang seperti itu," katanya sambil menegaskan rasa kecewa dengan tindakan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PAS pula menganjurkan pertemuan muhibah antara kumpulan pro dan anti-Interlok.
Menurut ketua penerangannya Suhaizan Kaiat, pertemuan itu akan diadakan di sebuah tempat yang akan ditentukan kemudian pada 13 Januari
"Mesyuarat (semalam) telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ia hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Katanya, mesyuarat telah memilih seorang daripada dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi mewakili Dewan Muslimat PAS.
Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.
"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa.
Mesyuarat jawatankuasa itu diadakan buat pertama kali di pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selepas bangunan berkenaan mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.
Walaupun belum ada mana-mana parti politik yang mengumumkan calon masing-masing, namun ada tanda-tanda kedua-dua BN dan PAS akan mengemukakan calon wanita pada hari penamaan calon 22 Jan ini.
Antara nama yang disebut-sebut akan diturunkan oleh PAS ialah bekas guru yang meletakkan jawatan secara 24 jam, bulan lalu.
Parti itu dikatakan akan mengumumkan calonnya pada satu majlis di Tenang Ahad ini.
Sumber parti itu berkata seorang bekas guru berusia 38 tahun, Normala Sudirman (bawah, kiri), yang juga Ketua Muslimah PAS Labis, adalah seorang daripada dua nama yang disenaraipendek itu.
Sementara itu, terdapat ura-ura BN juga akan menurunkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan pada 30 Jan ini.
Andaian ini diperkuatkan lagi apabila Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini secara terbuka mencadangkan agar parti itu memilih Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh sebagai calonnya.
Berasal dari Chaah, Haslinda (bawah, kanan), seorang ahli perniagaan, dikatakan antara tiga nama yang berpotensi diturunkan sebagai calon BN.
Dua yang lain ialah Rusdin Mahmud, penolong guru besar, yang juga timbalan ketua Umno Bahagian Labis dan Hashim Daud, bekas guru besar yang kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Umno Bahagian Labis.
BN juga dijangka mengumumkan calonnya di Tenang pada 18 Jan.
Bagaimanapun, pilihan raya kecil ini berkemungkinan menyaksikan pertandingan tiga penjuru kerana G Sivanandan, 50, seorang anggota Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Ladang Kebangsaan, mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas.
Sivanandan berkata beliau ingin menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai platform untuk menyuarakan masalah yang dihadapi kira-kira 800 pekerja ladang di kawasan berkenaan.Kerusi Tenang kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu akibat penyakit kencing manis.
Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.
Hairul Nizam Baharin, 37, dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.
"Sekumpulan lelaki yang memakai ves polis bantuan meminta saya memberhentikan motosikal selepas saya selesai ambil gambar di situ, tapi saya enggan kerana tidak tahu tujuan mereka," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur.
Hairul Nizam berkata beliau bagaimanapun terpaksa memberhentikan motosikalnya apabila kumpulan itu terus mengekori dan menghalangnya daripada meneruskan perjalanan.
"Mereka kemudian merampas kunci motosikal saya dan apabila saya tanya kenapa mereka cuma diam. Seorang daripada mereka minta kad pengenalan namun saya enggan serahkan kerana tidak tahu tujuan mereka.
"Polis berpangkat sarjan itu kemudian menyentuh badan saya dan saya kata padanya yang dia tidak boleh menyentuh saya. Dia kemudian bertindak menumbuk saya," katanya.
Hairul Nizam berkata kepalanya juga diketuk dengan topi keledar meskipun berulang kali meminta dilepaskan.
"Salah seorang daripada mereka kemudian mengarahkan saya digari sebelum dibawa ke balai polis TBS-BTS. Di situ anggota yang bertugas mengarahkan gari saya dibuka dan saya dibebaskan," katanya.
Hairul Nizam berkata tindakan kumpulan polis bantuan itu adalah tidak profesional selain memperlakukannya seperti penjenayah sedangkan beliau hanya menjalankan tugas yang diarah majikannya.
- Bernama
Hairul Nizam Baharin, 37, dibawa ke lokasi itu oleh pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, ASP Abdul Malik Hasim diiringi seorang jurugambar polis dan seorang wakil polis bantuan TBS-BTS, kira-kira 12.20 tengah hari tadi.
"Saya ke lokasi kejadian itu semula apabila diminta berbuat demikian oleh pegawai penyiasat dari IPD Cheras ekoran dari laporan polis yang telah saya buat di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini sejurus selepas kejadian itu, semalam," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam kejadian itu, Hairul Nizam mendakwa beliau diperlakukan sedemikian oleh sekumpulan lelaki yang memakai ves polis bantuan selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.
Ketika hendak beredar dari tempat itu, polis bantuan itu meminta beliau memberhentikan motosikal namun beliau enggan berbuat demikian kerana tidak tahu tujuan mereka.
Akibat daripada itu, salah seorang polis bantuan terbabit merampas kunci motosikalnya sebelum seorang daripada mereka bertindak menumbuk dan menggarinya.
Ketua Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
"Kita sedang menjalankan siasatan kes itu berdasarkan laporan yang dibuat oleh jurugambar terbabit namun pihak kami belum menerima sebarang laporan daripada polis bantuan di terminal berkenaan.
Beliau berkata pihaknya akan mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk polis bantuan terminal itu dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan siasatan.
--Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan