Selasa, 11 Januari 2011

BILA SEMUA PARTI BERLAGAK HEBAT DAN BETUL SERTA AMANAH...MACAMLAH RAKYAT BODOH...TAK TAHU SAPE YANG AMANAH DALAM BERPOLITIK DAN BEKERAJAAN

MB S'gor: Sidang tergempar DUN tetap diadakan
Jan 10, 11 5:20pm


Kerajaan Selangor akan tetap mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri akhir bulan ini bagi meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

NONEKatanya, kerajaan negeri sudah melantik Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam, Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Shah Alam selepas melancarkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) di Shah Alam hari ini.

Beliau ditanya mengapa kerajaan negeri ingin meneruskan sidang tergempar dewan bagi meminda undang-undang itu sedangkan kerajaan PKR Selangor tidak mempunyai 37 kerusi yang juga undi yang diperlukan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mendapatkan undi majoriti dua pertiga.

NONEDaripada 56 kerusi DUN, pakatan pembangkang mempunyai 35 kerusi iaitu 14 PKR, 13 DAP, lapan PAS dan seorang ADUN Bebas manakala BN mempunyai 20 kerusi.

Abdul Khalid berkata, Param dan Abdul Aziz telah mencadangkan supaya perkara itu tidak dibincangkan di khalayak ramai sehingga dibincangkan di dalam dewan.

Ditanya sama ada cadangan pindaan itu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, beliau berkata akan meneliti perkara itu dan ia bergantung kepada cadangan peguam.

Katanya, sidang dewan itu bertujuan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik ketiga-tiga pegawai tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

- Bernama






Tender 'mencurigakan', pejabat KTMB digeledah
Regina Lee
Jan 10, 11
12:53pm


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggelidah pejabat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) baru-baru ini atas dakwaan pemberian tender yang 'mencurigakan' yang menyaksikan kontrak jutaan ringgit diberikan kepada syarikat yang tidak mempunyai 'kelayakan'.

Projek itu adalah bagi menyusun semula sistem tiket di semua 56 stesen KTMB sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

NONESebuah firma tempatan dilaporkan memenangi kontrak itu dengan bidaan RM85 juta, meskipun terdapat tawaran pada harga yang lebih murah oleh syarikat-syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam sistem perkhidmatan KTMB.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa proses penilaian teknikal dmanipulasi bagi membolehkan firma berkenaan terpilih.Markah penuh

“Meskipun tidak layak untuk seksyen, tertentu, mereka masih mendapat markah penuh,” dakwa sumber yang biasa dengan projek itu.

Pasukan penyiasat SPRM menyerbu pejabat KTMB di Kuala Lumpur dan menggeledah jabatan tendernya pada 14 Disember tahun lalu. Ia merampas beberapa dokumen utama.

NONEJumaat lalu, SPRM sekali lagi menyerbu pejabat KTMB untuk mendapatkan lebih banyak bukti. Menurut sumber, siasatan masih pada peringkat awal.

Notis bagi tender itu diterbit dan diumumkan pada 3 Ogos tahun lalu dan ia ditutup pada 29 September.

Dipercayai pasukan teknikal KTMB juga tidak menjalankan pemeriksaan di tapak atau memohon demonstrasi oleh pihaak pembida seperti yang ditetapkan.

Tender yang dikemukakan oleh lima syarikat yang lain yang disenarai-pendek pula tidak dinilai.

Dua syarikat dengan projek sekarang membabitkan sistem tiket juga ditolak meskipun mereka masing-masing menawarkan bidaan pada harga RM69.8 juta dan RM72.6 juta.






Umno, tokoh akademik yakin Tenang kekal milik BN
Jan 10, 11 5:47pm


Kenaikan harga barangan seperti gula, petrol, hal-hal berkaitan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara isu yang dijangka menjadi modal Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor.

sivamurugan pandian saiful bukhari sodomy allegations penang 020708 01Penganalisis politik, Sivamurugan Pandian berkata, sehubungan itu BN perlu menggandakan usaha termasuk memperkemaskan jentera parti dan memberi penjelasan yang terbaik kepada pengundi bagi mematahkan serangan daripada pembangkang.

"Saya melihat di sini, terdapat dua isu yang mungkin akan dibangkitkan.

“Pertama ialah isu nasional iaitu mengenai kenaikan harga barangan, rasuah dan kes (Penasihat PKR) Anwar dan kedua ialah isu tempatan seperti tanah, perniagaan dan juga Felda.

"BN mampu mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan syarat gerak kerja terhadap kempen penerangan yang dilakukan jentera parti itu dapat diperkemas dan dimantapkan dari semasa ke semasa,” katanya.

NONEMenurut beliau, isu-isu berkenaan sengaja dibangkitkan pembangkang bagi meraih sokongan kerana ia adalah perkara yang amat dekat di hati pengundi.

Sementara itu, naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata jentera pilihan raya BN perlu terus mendampingi para pengundi di Tenang dan bukannya berasa selesa dengan sokongan sedia ada.

Katanya, segala rintihan rakyat perlu didengar dan segala masalah yang dibangkitkan perlu diselesaikan.

NONE"Kita yakin dengan keupayaan jentera kita. Kita akan pastikan dengan kerjasama antara komponen parti dan berusaha mendekati rakyat, pastinya kemenangan akan berpihak kepada kita,” kata Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di Bangi, hari ini.

Mohd Shafie berkata, BN sudah membuktikan kemampuannya untuk membela nasib penduduk di kawasan itu tanpa mengira kaum, sekali gus menolak dakwaan parti itu mengabaikan kaum tertentu dalam bidang tertentu.

- Bernama





'Balik India': Tiada bukti, tiada permohonan maaf
Susan Loone
Jan 10, 11
3:52pm


ADUN Komtar, Ng Wei Aik berkata tiada permohonan maaf akan diberikan atas dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ke atas seorang pemilik restoran India Muslim kerana dakwaan itu tidak berasas.

NONEPengerusi Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Faruk V Raju Mohamed mendakwa Ng mengeluarkan kata-kata “Tutup kedai, pergi balik India” kepada pemilik restoran Syed Kassali Mohamed Aliyar, Ahad lalu.

Ng, bagaimanapun menafikan beliau berbuat demikian.

Rakaman video yang didakwa sebagai bukti bahawa Ng berbuat demikian juga gagal mengaitkan beliau mengeluarkan kenyataan rasis itu. Justeru, katanya, soal memohon maaf tidak timbul.

NONESebaliknya, setiausaha politik kepada ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu menuntut Kimma dan pihak yang menuduhnya membuat permohonan maaf.

“Isu ini dimainkan sejak minggu lalu. Sudah tiba masa untuk menutupnya. Kita tidak mahu buang masa melayan perkara yang tidak berlaku,” kata Ng kepada wartawan semalam.

Ng juga memberikan Faruk dan pemilik restoran itu, Syed Kassali Mohamed Aliyar tempoh seminggu untuk membuat permohonan maaf atau mereka akan menghadapi tindakan undang-undang kerana cuba memfitnahnya.

Tiada ulasan: