Selasa, 6 November 2012

MEREKA BOLEH LARI DARI HUKUM MANUSIA SEBAB ADA KUASA ...ITU PUN DALAM KEIZINAN ALLAH...TAPI HUKUM ALLAH MEREKA TAK BOLEH LARI

Apa tindakan tuduh bukan Islam sebagai kafir harbi

Harakahdaily, 06 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi, kerana hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.


Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahl Parlimen PAS hari ini seperti di bawah.

Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai perancangan terhadap tanah KKM untuk tapak Hospital Pendang yang sudah menjadi kawasan penempatan hidupan liar yang dijanjikan untuk hospital sejak 2006.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa peratuskah cukai eksais kereta tempatan yang dikenakan.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan tentang SAPS, E-Pangkat, E-Operasi, APDM dan E-Kehadiran (Kedah) telah dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia, sekolah di Luar Bandar menghadapi masalah kemudahan Jalur Lebar, WIFI dan Internet amat perlahan dan kadangkala tidak ada langsung perkhidmatan, kadang-kadang berminggu-minggu terputus. Ini amat membebankan guru. Apakah langkah Kementerian untuk atasi perkara ini.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan langkah-langkah terkini yang dibuat bagi menjamin harga getah asli dan kelapa sawit tidak jatuh dengan lebih teruk lagi.

Kunjungan Putera Qatar: Kepongan ke atas Gaza mula pecah

Sharafi Mustaffa, 06 Nov 2012

(Lawatan Syaikh Hamad Khalifah ke Gaza disambut Ismail Haniyeh)

Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza ekoran kepongan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak mula terubat dengan kejatuhan Rejim Mesir itu di tangan revolusi rakyat.

Pendirian Presiden baru Republik Arab Mesir Dr Mohamad Morsi yang jelas di awal kempen pencalonan Presiden lagi terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.

Walaupun Presiden Morsi menggalas beban dan tanggungjawab yang berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosio-ekonomi rakyatnya, namun, bantuan dan sokongan kepada Segenting Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan-bantuan lain.

Kerana sikap dan pendirian Mesir yang bersama rakyat Gaza maka membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu.

Pada 23 Oktober 2012 bersamaan 7 Zulhijjah 1433H Putera Mahkota Kerajaan Qatar  Syaikh Hamad bin Khalifah membuat langkah yang sangat berani menjejaki kakinya ke bumi Gaza yang berdarah.

Langkah berani dan luar biasa itu melakari sejarah baru dunia Asia Barat.Beliau menjadi pemimpin pertama dari dunia Islam yang memulakan tindakan mulia dan agung.

Kunjungan Syaikh Hamad Khalifah Putera Mahkota Kerajaan Qatar yang melimpah kekayaan negerinya dengan hasil minyak itu memberi sinar kemajuan kepada Negara Gaza dan rakyatnya yang sebelum pada ini terhalang daripada menerima mana-mana bantuan luar.

Dengan termeterainya persefahaman antara Kerajaan Gaza dan Qatar projek jalan raya, hospital, perumahan dan lain-lain lagi yang berjumlah USD 400 juta sudah tentu akan merubah emej Gaza.

Lawatan Syaikh Hamad Khalifah memang memahat sejarah besar  apabila dua munasabah masa yang besar dan agung bertemu dalam satu masa iaitu pertama berada di sepuluh akhir Zulhijjah yang mana tiada amalan lebih afdal di sisi Allah di dalamnya melebihi bulan-bulan lain dan keduanya hari ini adalah hari memperingati pembebasan tawanan 1000 lebih pejuang Palestin di dalam penjara Israiel sebagai tukaran seorang tentera Yahudi Gilad Syarid di tangan tentera Hamas.

Ramai yang mengharapkan kunjungan Putera Raja Qatar ini sebagai sokongan usaha memecah kepongan ke atas Gaza yang paling ekslusif dan membuka ruang serta mendorong pemimpin-pemimpin dunia Arab dan Islam berkunjung dan membuat sesuatu membantu rakyat Gaza.

Kita mengharapkan menyusul selepas ini pembukaan Konsulat Mesir di Gaza  dan lawatan daripada Perdana Menteri Turki sebagai pengiktirafan kepada kerajaan Ismail Haneyeh yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi yang terpakai.
------------------------
* Tulisan ini adalah yang pertama dibuat penulis setelah pulang daripda Gaza. Penulis adalah Timbalan Presiden Cakna Palastin dan telah memasuki Gaza antara 25 hingga 28 Oktober lalu.

Lagi keluhan guru teraniaya

Guru Kecewa,
Keputusan pertukaran guru sesi  2013 baru sahaja diketahui. Namun seperti tahun-tahun  yang lepas, keputusannya masih lagi mengecewakan. Malah keputusan kali ini lebih teruk kerana amat sedikit guru yang dapat bertukar (mungkin hanya pemohon yang ada orang dalam sahaja yang bernasib baik).

Saya telah berkhidmat selama lima tahun (di pedalaman P3, Sarawak), dan mengikut pengetahuan saya berdasarkan garis panduan,  guru yang berkhidmat di pedalaman selama tiga tahun sudah layak untuk dipertimbangkan.

Tetapi keputusan ini amat menyedihkan. Saya terpaksa berjauhan dengan isteri dan dua orang anak. Mereka terpaksa membesar tanpa penjagaan dan kasih sayang saya. Hanya isteri tempat mereka bermanja. Masalah jarak dan masa membuatkan kami berjumpa hanya dua atau tiga kali dalam setahun (itupun hanya seminggu atau dua, kecuali cuti hujung tahun).

Saya sering bertanya apakah yang pihak Kementerian langsung tidak mempertimbangkan permohonan kami? Atau tidak pernah melihat pun permohonan online kami? Apakah kriteria kami tidak sekukuh yang di inginkan. Bukan itu sahaja, ada guru yang telah berkeluarga dan berkhidmat lebih daripada lima tahun  turut tidak dapat bertukar.

Tidakkah mereka terfikir betapa susahnya seseorang yang telah berkahwin tetapi hidup tanpa suami atau isteri di sisi. Isteri yang mengandung pun terpaksa menghadapi saat sukar seorang diri hinggalah saat membesarkan anak-anak. Sebagai seorang suami, saya amat terkilan dan rasa bersalah kerana  membiarkan isteri berkeseorangan menghadapi semua itu.

Namun kerana terpaksa berjauhan dan berkhidmat saya terpaksa akur. Kadangkala secara jujur, keikhlasan menabur bakti kepada anak bangsa hampir pudar kerana kehilangan semangat hidup bersama membina keluarga. Anak-anak sendiri terabai tanpa ayah atau bapa.     

Oleh itu, di sini saya ingin mengesyorkan beberapa langkah untuk Kementerian Pelajaran pertimbangkan bagi menyelesaikan masalah pertukaran guru yang tidak pernah selesai ini.
1.Membuat sistem giliran iaitu guru yang ditugaskan di pedalaman atau Sabah dan Sarawak dihadkan dalam tempoh tertentu. Contohnya selama tiga atau paling lama empat tahun. Apabila habis tempoh tersebut, maka secara automatik guru itu ditukarkan ke tempat yang dianggap memuaskan hati pemohon (kecuali guru yang tidak mahu berpindah). Tempat guru tersebut hendaklah diganti dengan guru yang baharu. Sistem giliran ini lebih adil untuk memberi pengalaman kepada setiap guru merasai susah senang berkhidmat di pedalaman atau negeri orang.

2.Permohonan hendaklah dipertimbangkan bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Tidak hanya menunggu pemohon yang alasan berpenyakit kronik (yang hampir hendak mati atau cacat kekal) atau laporan keselamatan (hendak dibunuh atau sudah terbunuh baru dapat pindah). Dibimbangkan rezeki kita tidak diberkati Allah kerana kerja kita akan jadi tidak ikhlas, malas, tidak produktif, makan gaji buta, tertekan malah boleh jadi gila.

3.Keutamaan diberi kepada guru-guru yang berkhidmat di pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana jarak jauh dan kemudahan yang amat dhaif. Ada antara guru-guru tidak sempat melihat dan menatap wajah-wajah kesayangan mereka buat kali terakhir (kerana meninggal dunia) disebabkan masalah jarak dan kesusahan ini.

4.Layanan yang lebih berbudi bahasa dan profesional. Setiap kali saya tidak dapat bertukar saya akan membuat rayuan di Putrajaya. Namun teramat kecewa kerana layanan yang diberikan amat tidak profesional. Malah lebih menyedihkan alasan sama akan diberi iaitu ”Bos sedang mesyuarat”, atau kata-kata sinis seperti: “siapa suruh pilih jadi guru”, “Sila bawa emak/ bapak/ anak/ isteri/ suami/ awak yang sakit tu”, “Alah orang lain pun kahwin dan ada anak juga”, “Saya pun pernah jadi guru juga tapi ok je”.

Akhir sekali saya amat mengharapkan isu pertukaran guru ini diselesaikan secepat mungkin. Sekiranya pihak kerajaan sudah tidak mampu mengurus masalah sekecil ini atau memang malas untuk berkerja, kami tiada pilihan selain memberi peluang kepada kerajaan baharu yang lebih adil, prihatin, belas kasihan, bertanggungjawab dan telus.

Palestin tolak tuntutan Netanyahu gugurkan inisiatif di PBB

Terjemahan Mohamad Yahya, 06 Nov 2012
RAMALLAH: Palestin akan teruskan usaha untuk menaik taraf status mereka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata seorang pegawai kanan pada hari Isnin, menolak permintaan untuk menghentikan inisiatif tersebut.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah memperbaharui panggilan untuk segera menyambung semula rundingan damai dan telah memberi amaran kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas dari membuat apa-apa langkah unilateral di Perhimpunan Agung PBB.

"Semalam saya menjemput Presiden Abbas untuk memulakan rundingan terus tanpa prasyarat," Netanyahu memberitahu Reuters di Jerusalem, sehari selepas mengulangi panggilan kepada Presiden Palestin untuk memperbaharui dialog.

"Malangnya, saya masih tidak mendengar jawapan dari pihak Palestin. Saya harap mereka tidak akan mengambil tindakan unilateral di PBB kerana ia hanya akan melambatkan proses keamanan dan hanya akan menghasilkan ketidakstabilan yang tidak sepatutnya," katanya.

Dengan rundingan dihentikan sejak 2010 dalam pertikaian ke atas pembinaan penempatan Israel di Tebing Barat, Palestin merancang untuk meminta Perhimpunan Agung PBB bulan ini untuk menaik taraf status diplomatik Palestin di badan dunia itu.

Palestin kini didaftarkan sebagai "entiti pemerhati", tetapi mahu menjadi sebuah "negara pemerhati", memberikan mereka akses kepada badan-badan seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa, di mana mereka boleh memfailkan aduan ke atas Israel.

Mengulas panggilan Netanyahu untuk kembali berunding, jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdainah berkata sebarang rundingan mestilah selepas undian di PBB, yang berkemungkinan besar Palestin akan menang di sebalik bantahan Israel dan Amerika Syarikat ke atas langkah unilateral itu.

"Apabila Palestin kembali dari Perhimpunan Agung PBB dan adalah sebuah kerajaan bukan ahli berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitul Muqaddis Timur sebagai ibu negara, maka jalan untuk rundingan akan terbuka demi mencapai keselamatan dan kestabilan,"ujar Abu Rdainah.

Netanyahu berkata untuk kembali ke garis yang wujud sebelum Israel menawan Tebing Barat dan Baitul Muqaddis Timur dalam perang 1967 hanya akan mengakibatkan sempadan yang tidak dapat dipertahankan. (asharq-e.com)

Ikram puji Selangor bina rumah mampu milik

Harakahdaily, 06 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Usaha Kerajaan Negeri Selangor membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah kediaman mampu milik wajar dipuji.

Yang Dipertua Ikram Selangor, Prof Madya Hasanuddin Mohd Yunus berkata, ini di dalam keadaan harga pasaran dan nilai rumah kediaman di Negeri Selangor secara purata meningkat pada kadar 7 peratus setiap tahun.

“Inisiatif dan komitmen sebegini sepatutnya dicontohi oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau pihaknya mengalu-alukan kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar  Abdul Samad di mana sebanyak 6,470 unit rumah kos rendah yang berharga di bawah RM42,000 berjaya disiapkan sejak mengambilalih pemerintahan pada 2008 sehingga tahun ini.

Beliau juga menambah bahawa jumlah tersebut tidak termasuk sebanyak 12,481 unit yang sedang dalam proses pembinaan dan sejumlah 9,990 unit lagi telah diluluskan untuk pembinaan oleh pihak berkuasa tempatan di pelbagai daerah dalam negeri Selangor.

Ini bermakna sejumlah 28,941 unit rumah kos rendah telah, sedang dan akan disediakan untuk manfaat golongan berpendapatan rendah di Negeri Selangor.

Di samping itu, bagi rumah kos sederhana berharga RM100,000 ke bawah pula, sejumlah 3,925 unit  telah dapat disiapkan manakala 1,682 unit pula dalam proses pembinaan atau sedang dalam proses mendapatkan kelulusan.

“Sehubungan dengan isu kenaikan harga rumah kediaman yang keterlaluan yang berlaku, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti spekulasi, maka Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Selangor dengan ini mencadangkan langkah-langkah berikut bagi membendung masalah tersebut,” ujar Hasanuddin lagi.

Katanya, setiap pembeli rumah kos rendah dan sederhana dibenarkan membeli rumah hanya sekali bagi setiap 5 tahun.

Di sampung itu, ujar beliau mewujudkan mekanisma dari aspek undang-undang bagi menghalang penjualan rumah kos rendah dan sederhana yang dimiliki kurang daripada 5 tahun.

Tambahnya lagi, selain peranan kerajaan negeri membangunkan rumah kos rendah dan sederhana sedia ada, kerajaan negeri juga perlu menggalakkan pemaju perumahan bagi membina lebih banyak rumah jenis itu dengan memberikan insentif seperti pelepasan cukai dan merendahkan kadar premium tanah kepada pemaju perumahan yang terlibat dalam membina rumahjenis sedemikian.

Selain itu, ujarnya proses memohon kemudahan pembiayaan membeli rumah secara Islam dipermudahkan bagi menggalakkan lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana mampu membeli dan memiliki rumah.

“Mewujudkan skim sewa beli bagi golongan berpendapatan rendah yang membenarkan golongan ini menyewa pada awalnya dan kemudian diberi opsyen untuk membeli unit yang disewa selepas 5 tahun,” katanya lagi.

Kerajaan tidak tumpu usaha mencegah zina

Hazayani Zakaria, 05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kurangnya aspek pencegahan mengakibatkan bilangan anak luar nikah semakin bertambah setiap tahun, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, kerajaan hanya memberi tumpuan kepada aspek penyelesaian dan mengabaikan aspek pencegahan seperti pembasmian premis-premis hiburan yang memberi ruang kepada golongan yang belum berkahwin melakukan penzinaan.

"Apa yang berlaku hari ini antaranya adalah manifestasi daripada wujudnya premis-premis yang menyebabkan peluang untuk mereka melaksanakan kerja-kerja yang tak baik ini berleluasa termasuk kelab malam, pusat hiburan dan sebagainya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikiaan sebagai mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom secara bertulis kepada soalan beliau di Dewan Rakyat.

Beliau dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar di Malaysia sejak tahun lepas serta usaha yang dilakukan kerajaan bagi menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.

Menteri berkata, kerajaan melalui pelbagai agensi telah melaksanakan pendidikan agama bermula pendidikan kanak-kanak pra-sekolah, program J-Qaf, Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA), kelas-kelas Pendidikan Agam Islam di sekolah sama ada di sekolah rendah atau sekolah menangah, termasuk juga kelas-kelas Takmir di masjid-masjid seluruh Malaysia.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat juga berkata, kerajaan wajar memebrikan galakan kepada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pihak swasta untuk sama-sama membantu menangani masalah sosial dalam negara.


250,240 ANAK LUAR NIKAH 250,240 x 2 SAMA DENGAN 500,480 PASANGAN TELAH BERZINA...ITU ADA ANAK...YANG ZINA TAK DE ANAK BERAPA PULA JUMLAHNYA...ALLAH LAH YANG TAHU...ADAKAH MASIH TAK MAHU LAKSANAKAN HUDUD...JANGAN JADI MAKHLUK YANG MUNAFIKLAH..DAN PENENTANG UNDANG2 ALLAH

Apa status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar

Harakahdaily, 05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd. Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan status 250,204 orang anak luar nikah yang berdaftar di Malaysia sejak tahun yang lalu.


Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.

Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.


‘Tak mahu terlanjur lagi’

Soalan SAYA, wanita berumur pertengahan 20-an, bekerja dan tinggal bersama keluarga serta masih belum berkahwin.
Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya.

Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya.

Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki.

Saya bersikap jujur dengannya dengan memberitahu bahawa saya pernah terlanjur. Saya ingatkan dia dapat menerima dengan hati terbuka malangnya ada maksud lain.

Dia juga ingin meniduri saya. Sejak itu, saya tidak mahu serius dengan sesiapa kerana menganggap lelaki hanya mengambil kesempatan.

Saya berasa diri amat hina sekali, walaupun solat lima waktu tapi tetap melakukan zina.

Kali terakhir saya mempunyai teman lelaki, dia juga mahu meniduri saya lalu saya nekad memutuskan hubungan. Saya amat sedih.

Sejak dari itu saya berazam untuk berubah dengan menjauhkan diri daripada zina. Mujurlah saya mendapat kerja berhampiran rumah ibu bapa jadi pergerakan saya sedikit terbatas.

Namun, sejak akhir-akhir ini, hati saya teringin berkawan dengan lelaki tapi takut kerana teringat cerita lama. Saya sengaja menduga beberapa kenalan lelaki dengan mengatakan bahawa saya pernah terlanjur. Mereka juga seperti lelaki-lelaki sebelum ini, berniat jahat.

Saya tidak tahu sampai bila ia akan berterusan begini. Saya kasihankan ibu bapa yang sentiasa mendoakan saya diberikan suami yang baik.

Saya tidak tahu bagaimana harus saya luahkan. Saya tidak mahu berzina lagi, sebaliknya ingin berkawan dan bersikap jujur.

Tolong lah saya Dr.

GADIS SEDIH,

Selangor.

Jawapan

DR simpati dan dapat memahami jiwa adik. Orang yang kehilangan sesuatu yang amat disayangi (kesucian diri) berkemungkinan berasa rendah diri.

Begitu juga individu yang berasa dihina dan tidak dipunyai sering merasa kehilangan harga diri. Keperluan psikologi ialah seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.

Individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa (Glasser 1984).

Adik tidak mendapat kedua-dua perasaan tersebut (dicintai dan dihargai). Sebaliknya, bekas kekasih dan teman lelaki hanya memanipulasi adik untuk memenuhi elemen id (keseronokan) mereka saja.

Kenyataan seperti ‘saya sangat sedih dengan diri saya’ dan ‘saya berasa diri hina sekali’ dalam konteks psikologi boleh memberi kesan kepada kecenderungan untuk merasai malu yang amat mendalam.

Individu cenderung untuk memperbesarkan masalahnya atau melihatnya dengan perasaan amat sedih. Inilah yang adik sedang rasa dan alami.

Keadaan ini biasanya akan menghasilkan perasaan takut dan bimbang yang bukan-bukan. Pemikiran menjadi tidak rasional dan sifat yang tidak rasional ialah lemah semangat atau tanpa harapan hidup.

Apa yang boleh dilakukan dalam konteks permasalahan adik ialah mencabar pemikiran mengenai kepercayaan bahawa semua lelaki yang adik kenali hanya mahu meniduri adik.

Adik boleh membina kenyataan diri yang realistik dan rasional.
Usahakan menukar pemikiran tidak rasional (tiada lelaki yang ikhlas berkawan dengan adik) dengan yakin dan percaya bahawa satu hari nanti adik akan bertemu lelaki yang mencintai adik.

Lakukan latihan mencabar pemikiran adik ini berulang kali. Ia akan membantu meredakan perasaan.

Dr melihat adik mempunyai keinginan sangat tinggi untuk berubah seperti berdoa kepada Allah agar dikurniakan suami yang dapat membimbing adik ke jalan yang diredai dan berazam tidak berzina.

Berterusanlah memohon doa. Adik juga kasihankan ibu bapamengetahui mengenai diri adik.

Dr doakan apa yang adik inginkan daripada perubahan ini akan berjaya. Allah SWT sentiasa memerintahkan umat-Nya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8)
Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.” (an-Nur, 31)

Perit teringat kisah lama

SAYA suami muda yang baru mendirikan rumah tangga. Hidup saya ceria seisi keluarga, tetapi ada sesuatu yang sering membuatkan saya terganggu dan merasakan kekesalan yang amat mendalam.
Kisahnya bermula dua tahun sebelum berumah tang�ga. Saya mengenali gadis (A) yang berumur lebih tua daripada saya. Walaupun begitu, dia memiliki rupa paras menawan. Saya mengenali A pada zaman persekolahan kerana dia menjadikan saya adik angkat. Selepas tamat persekolahan, kami terpisah kerana menyambung pelajaran masing-masing.

Selepas lama terputus hubungan, kami bertemu kembali dalam laman sesawang. Di situ, bermulalah kembali hubungan adik-kakak dan ketika itu juga A sudah berumah tangga. Pada mulanya hubungan kami normal, tapi lama kelamaan menjadi serius. Timbulnya kemesraan apabila A sering berkongsi cerita mengenai kehidupannya yang bosan dan sunyi. Suami A sering keluar dan lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakannya. Mereka juga masih belum mendapat cahaya mata menyebabkan A bosan.

Mungkin disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian suami, A berkongsi kasih sayang dengan saya. Pada masa itu, saya bujang dan tiada teman wanita hingga akhirnya terjebak dalam cinta songsang iaitu skandal bersama isteri orang. Mungkin disebabkan pemikiran yang belum matang, saya termakan ayat-ayat manis dan tidak dapat berfikiran secara rasional atas tindakan saya.
Sehinggalah pada suatu hari, hubungan mesra kami terbawa-bawa hingga ke kamar tidur. Kejadian itu berlaku apabila A datang ke rumah saya disebabkan bosan duduk keseorangan di rumah.

Kami terlanjur begitu jauh. Sejak itu, saya mula menjauh�kan diri walaupun A sering kali menghubungi. Akhirnya A memberitahu dia sudah mengandung menyebabkan saya bertambah runsing.

Saya menyuruhnya menggugurkan kandungan itu, tetapi A enggan. Saya cukup kesal dengan keterlanjuran itu. Kami masih berhubung, tetapi tidak berjumpa.

Saya semakin takut apabila A sering mendesak untuk melakukan lagi perbuatan terkutuk itu untuk membolehkan dia memperoleh seorang lagi cahaya mata. Saya mengelak dan memberitahunya betapa saya kesal dengan apa yang berlaku dan bertaubat tidak mahu mengulangi dosa itu lagi. Saya tidak tahu macam mana hendak berhadapan dengan suami A dan apa yang akan terjadi atas diri saya sekiranya memberitahu perkara yang sudah saya lakukan bersama isterinya.

Berilah pandangan dan jalan kepada saya supaya mampu memperbaiki diri.

Suami Gelisah
PERAK




KATA-KATA ‘di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam’ boleh membantu adik untuk tidak terus terperangkap dengan kisah silam yang bukan saja memeritkan, tapi berkesan� buruk terhadap jalur perkahwinan adik. Ikhlas Dr rasa adik sudah ‘celik akal’ apabila menyesali perbuatan yang lalu. Adik juga bertaubat tidak akan mengulangi dosa itu dan ia satu tindakan yang bijak.

Kata pepatah, ‘dunia ini umpama lautan luas, kita adalah kapal yang belayar
di lautan. Sudah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini.’

Apa yang adik perlu lakukan ialah tidak terlalu menghukum diri dan bersifat asertif untuk tidak berhubung lagi dengan A. Dengan masih menghubungi A, adik memberi harapan yang A akan gunakan sepenuhnya untuk terus bersifat oportunis.
A cuba memperdayakan dengan meminta adik melakukann perbuatan terkutuk itu untuk dia memiliki seorang lagi cahaya mata sebagai teman anak pertamanya.

Adik bukan saja dapat memuaskan nafsu, tapi dilihat sebagai ‘alat’ untuk A mendapatkan apa yang dia tidak peroleh daripada suaminya. Adik ibarat ‘tabung uji’ untuk A mendapat seorang lagi anak.

Dengan berterusan berhubung dengan A, adik juga bersifat tidak adil kepada isteri dan perkahwinan. Tentu sekali hancur hati isteri apabila mengetahui perkara ini. Jika sayangkan perkahwinan yang baru dua tahun dibina, adik tidak boleh terus menerus memberi harapan dan hati kepada A kecualilah sebenarnya adik memang sayang dan tidak mahu melepaskan A kerana kecantikan dan faktor lain.

Adik perlu membuat keputusan terbaik dalam perkara ini. Tanya diri apakah perkara paling penting dalam hidup sekarang? Fokus kepada perkara itu. Jika tidak, adik mungkin hilang keindahan berumah tangga sedikit demi sedikit.

Ingatlah ‘akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan’. Semoga akal dan hati adik akan memilih jalan terbaik.


Mudahnya nak gugur!

Oleh SHAMRAN SARAHAN, ANIZA ZAINUDIN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga klinik pakar wanita di ibu kota dikesan menawarkan khidmat menggugurkan janin kepada pelajar sekolah yang terbabit dalam hubungan terlarang.
Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.

Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.

“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.

Betul Khalid ada kelemahan tetapi...

Harakahdaily, 06 Nov 2012

(Khalid Ibrahim menjadi sasaran Umno)


KLANG: "Jika (Tan Sri) Khalid (Ibrahim) seorang liabiliti (bebanan), sudah tentu Umno akan membiarkannya kerana ia menguntungkan Umno,” kata Dr Rani Osman.

Tetapi ternyata, MB Selangor itu diserang bertubi-tubi oleh Umno sebagaimana MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Itulah pandangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Bagi beliau, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor cumalah seorang insan biasa.

“Jadi, kalau orang, terutamanya Umno kata Tan Sri ada kelemahan tu betullah, cuma kalau Tan Sri Khalid 10 kelemahan, yang dari Umno ada 100, tu saja,” kata Dr Rani (gambar) kepada Harakahdaily.

Dr Rani berkata demikian ketika diajukan soalan mengapa Umno memilih untuk menyerang Khalid bertubi-tubi di Selangor berbanding para pemimpin yang lain.

Kata Dr Rani, Khalid tak akan diserang Umno kalau beliau seorang liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan negeri Selangor.

“Disebabkan kehebatan Khalid mentadbir dan menguruskan kewangan sehingga rakyat Selangor sendiri mendapati Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah lebih baik, maka Umno akan serang,” kata Dr Rani.

Kepimpinan Khalid dalam pengurusan ekonomi Selangor, kata Dr Rani, bukan sahaja dirasai rakyat jelata tetapi juga diperakui Ketua Audit Negara.

“Seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid cemerlang sebagai MB Selangor berbanding mana-mana MB Selangor daripada Umno,” kata beliau.

Kerajaan peroleh RM9.3 bilion dari cukai judi

Salmiyah Harun, 05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen.

Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan tahun 2011 (RM2,486,975,543.29).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.

Daripada hasil itu, sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Katagori perjudian yang dibenarkan adaalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.

Dalam soalan asal, Nasir meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai.

Tiada ulasan: