Jumaat, 30 November 2012

KUASA DAPAT SECARA SAH MAKA BETULLAH...ELAUN TERIMA PUN SAH ...TAK LAH HARAM...KUASA DIBUAT SECARA BETUL...MAKA SELAMAT DIKHIRAT....KUASA DIBUAT SECARA BATIL MAKA HUKUMNYA MASUK NERAKA...WALAUPUN HAK ALLAH SWT MENENTUKANNYA....KAEDAH ASAL AGAMA KALAU BATIL MAKA NERAKALAH TEMPATNYA

Kenyataan Musa: Hishammuddin didesak letak jawatan

Harakahdaily, 30 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) meletak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya.

Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa Hishamudin campur tangan dalam tugas polis.

Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa  menyatakan dengan jelas  tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Sehubungan itu, SAMM memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Musa Hassan.

"Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera," kata Norazizi A.Aziz,  Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan.

Ekoran itu, SAMM dan sekutu akan melakukan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini.

Ia akan diadakan hari ini di IPD Kuala Terengganu, Terengganu pada jam 11.50 pagi.

Laporan polis dan himpunan ini akan diketuai oleh cheGuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan sendiri.

Hishammuddin mengelak jawab pendedahan Musa

Harakahdaily, 30 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilihat cuba mengelak dari menjawab dakwaan yang ditimbulkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadapnya.

Menteri Dalam Negeri itu ketika ditanya pada sidang media semalam mengelak dengan memberi komen kononnya apa yang didedahkan Musa hanya untuk mengalih perhatian tumpuan daripada perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung.

Musa pada satu sidang media kelmarin mendakwa Hishammuddin campurtangan dalam pasukan polis semasa PDRM berada bawah pimpinannya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Hishamuddin tampil menjawab tuduhan tersebut secara jujur tanpa mengelak.

Ketua Penenrangannya, Riduan Mohd Nor berkata, penjelasan Hishammuddin sangat penting kerana namanya dikait secara langsung dalam tuduhan itu.

"Isu ini adalah isu beliau dan nama beliau dikaitkan dengan dakwaan tersebut, dan untuk membersihkan nama baik beliau, beliau perlu memberikan penjelasan.

"Ini lebih baik dari beliau sibuk menghentam pembangkang dalam Perhimpunan Agung Umno 2012," katnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Riduan juga berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan Musa ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku di era pentadbiran bekas ketua polis negara tersebut.

"Apa yang diharapkan adalah beliau berterus terang dengan maklumat yang diperolehinya menjelaskan  apakah bentuk campurtangan yang dibuat oleh Hishamuddin dan di atas urusan apa campurtangan itu berlaku.

"Ini mungkin akan menjelaskan lagi apakah isu itu sebenarnya dan mungkinkah ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuan umum telah berlaku," katanya.

Isu palestin - GAMIS sanggah iLMU

Eikhwan Ali,
Iman adalah perjanjian taat setia (baiah) dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW untuk mengakui keesaan Allah SWT dan kenabiaan Muhammad SAW serta untuk mengengkari taghut – pihak yang menyimpang daripada jalan Allah SWT dan melakukan kezaliman mengikut hawa nafsu tanpa batas.

Al-Mu’min yang sebenar ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulullah, dan terus dengan keimanan itu tanpa ragu-ragu serta berjihad pada jalan Allah dengan harta dan nyawa mereka. Menjelaskan ciri-ciri ini, Allah SWT berfirman, maksudnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benar beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan) imannya.” (al-Hujurat : ayat 15)

Warga Palestin Kental Iman

Perkara yang menyebabkan manusia menjadi ragu-ragu ialah kerana kebimbangan dan kerisauan terhadap rezeki dan ajal mereka. Lalu, tugas-tugas jihad ini diabaikan kemudian ditinggalkan kerana tidak beriman dengan sifat ar-Razak Allah SWT. Padahal ulat di dalam batu sekalipun telah disediakan rezeki oleh Allah sesuai dengan kebesaran dan kemuliaan sifat-Nya.

Maka disebabkan itulah perbuatan jihad yang merupakan buah daripada iman ini telah dijanjikan oleh Allah SWT untuk memperoleh al-fauz ul-‘azim (kemenangan yang besar). Kemenangan itu sama ada kemuliaan ganjaran jihad dan mati syahid atau kemenangan ke atas musuh-musuh Allah SWT.

Oleh itu, hanya orang yang mempunyai kekuatan iman mampu keluar ke medan perang dan bertahan di medan perang sehingga dia mendapat salah satu ketentuan Allah kepadanya; syahid atau kemenangan. Warga Palestin, setelah berlalunya beberapa zaman dan generasi, terus dengan semangat dan cita-cita mereka untuk membebaskan Palestin. Inilah bukti kekentalan iman umat Islam Palestin.

Perang di Palestin adalah Jihad


Jihad yang berasal dari kalimah al-juhd dengan pengertian keperitan dan kesusahan tidak bebas dari tiga tabiat; [1] Wujudnya usaha dan tenaga yang bersungguh-sungguh yang digembleng, [2] Adanya matlamat dan cita-cita suci lagi tinggi untuk dicapai, dan [3] Berhadapan dengan musuh yang menghalang dan menentang usaha dan perjuangan tersebut. Jihad di lapangan mana pun dan dengan cara apa sekalipun mestilah sesuai dengan tuntutan jihad fi sabilillah yang bermatlamatkan mendapat keredhaan, keampuanan dan rahmat daripada Allah SWT.

Penafian tidak berlakunya jihad di Palestin adalah suatu kenyataan yang bercanggah sekali dengan al-Quran. Perbuatan jihad yang dilakukan oleh warga Palestin dengan melibatkan ketenteraan, penggunaan senjata dan sehingga berlakunya korban yang tidak sedikit adalah selari dengan tuntutan Allah SWT iaitu untuk [1] Mempertahankan pencerobohan dan kezaliman daripada pihak musuh, serta sebagai pembelaan ke atas umat Islam yang dihalau dari tanah airnya sendiri (al-Hajj : 39), [2] Membalas dan mempertahankan pencerobohan musuh (al-Baqarah : 190), dan [3] Membela kaum muslimin yang lemah dan tidak terdaya dan yang telah dizalimi.

Warga Palestin Ada Kekuatan


Barangkali benar, kekuatan warga Palestin atau briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera HAMAS, tidak setanding dengan kekuatan Israel Defense Force (IDF). Namun, perkara ini tidak bermakna warga Palestin perlu melarikan diri dari medan jihad sedangkan tuntutan-tuntutan jihad itu telah jelas. Sirah Nabawiyyah pula telah memperlihatkan bahawa tidak pernah kekuatan persenjataan kaum muslimin mengatasi kekuatan persenjataan musuh. Dalam hal ini, apa yang dituntut ialah mempersiap sediakan segala kekuatan yang mampu disediakan (al-Anfal : 60).

Al-Qassam telah pun menunaikan tuntutan ini. Buktinya, briged itu masih mampu bertahan walaupun pertempuran itu telah berlangsung buat sekian lamanya. Hal ini beerti bahawa briged itu mempunyai kekuatan dan upaya yang tidak sebarangan. Walaupun seawal penubuhannya al-Qassam hanya mampu memiliki senapang, kini al-Qassam telah berupaya menghasilkan roket, senjata ringan automatik, bahan letupan dan mortar buatan sendiri. Menurut bekas pengarah CIA juga, briged ini mempunyai keupayaan untuk melakukan serangan menggunakan bahan toksid.

Bukan Gerila

IDF dan CIA memang mengakui bahawa al-Qassam adalah sebuah pasukan tentera yang memiliki ribuan anggota dengan pelbagai tahap kemahiran dan professionalism. Sudah pasti pasukan sebegini akan melakukan tindakan ketenteraan secara berstrategik dan beperancangan serta dengan arahan kepimpinan, bukannya membabi buta.

Operasi amaliah istisyhadiah (serangan berani mati) pula selari dengan al-Quran dan as-Sunnah. Pelbagai pertubuhan ulama mengakui operasi ini antaranya, Jabhah Ulama al-Azhar, Rabitah Alami Islami, Majlis Fatwa Kebangsaan Jordan, Majlis Fatwa Ulama Pakistan, Rabitah Ulama Palestin, Majlis Ulama Indonesia. Mereka membuat kesimpulan bahawa mati akibat operasi ini adalah syahid. Ramai ulama Islam juga menyokong operasi ini antaranya Dr Wahbah az-Zuhaili, Dr Muhammad Said Ramadan al-Buti, Dr Yusof al-Qardhawi dan Dr Muhammad Abu Faris.

Warga Palestin itu membela tanah airnya, bumi Islam, agama, kemuliaan dan umatnya. Mereka benar-benar syahid kerana mengorbankan nyawa dengan kerelaan pada jalan Allah, ikhlas kerana Allah dan dalam keadaan mereka terpaksa melakukan cara sedemikian untuk menggerunkan musuh-musuh Allah SWT yang jelas menyatakan permusuhannya dan bangga dengan kekuatan mereka yang didukung oleh kuasa besar lainnya.

Boikot Sangat Praktikal


Tindakan memboikot barangan Yahudi Zionis dengan cara mengenali produk keluaran mereka dan memulaukan barangan tersebut serta memilih barangan tempatan atau selain daripada produk sekutu mereka adalah diiktiraf oleh ulama sebagai antara langkah praktikal untuk membantu warga Palestin. Antara ulama yang menyokong usaha ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Syeikh Abdullah Jibrin, Dr Hamman Said, Dr Muhammad Abu Faris, Dr Naser Farid Wasil, Fatwa Majlis Ulama Sudan, dan Fatwa Majlis Ulama Palestin.

Kempen boikot ini sangat berkesan, pelbagai contoh dapat dilihat seawal pelancarannya pada 2002, McDonalds terpaksa menutup operasinya di timur tengah, dua daripada enam McDonalds di Jordan juga ditutup, di Mesir pula nama McDonalds ditukar kepada Manfoods dan 175 cawangannya telah ditutup. Amazon.com pula telah memutuskan hubungannya dengan Jurusalem Post.

Otomotif Texas Export, sebuah syarikat eksport kereta US juga telah membatalkan urusan jual beli dengan Israel. Kesan daripada boikot juga, Sharon terpaksa memohon bantuan kecemasan daripada Washington dan Israel mengalami inflasi yang melambung tinggi. Maka dakwaan bahawa boikot adalah semangat, angan-angan kosong dan khayalan semata adalah suatu kebodohan.

Salah Tindakan Hijrah Keluar dari Palestin


Seruan supaya warga Palestin berhijrah keluar dari Palestin dengan bersandar kepada peristiwa hijrah Nabi SAW ke Madinah adalah sangat tidak tepat. Umat Islam berhijrah bersama Nabi SAW dari Makah, yang bukan di bawah kekuasaan kaum muslimin ke Madinah adalah untuk membina kuasa dan negara bagi umat Islam. Adapun Palestin adalah hak milik kekuasaan umat Islam.

Meninggalkannya beerti menyerahkan secara percuma tanah air milik kaum muslimin itu kepada Israel laknatullah, menghalalkan jenayah perang yang dilakukan mereka, merelakan kehormatan dan maruah umat Islam dicabul, dan pasti sekali jika sedemikian, Allah akan mencabut rasa gerun musuh terhadap umat Islam, hilanglah izzah bagi umat Islam. Dalam konteks perundangan antarabangsa pula, undang-undang atau kerajaan negara mana yang akan mengizinkan keadaan tersebut berlaku(?).

Kesimpulan

GAMIS merasakan amat kecewa sekali terhadap iLMU dengan pendirian sedemikian. Tidak hairanlah jika imej Islam yang ditonjolkan Umno banyak sekali bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan mengelirukan umat Islam.

Saya sekali lagi ingin menegaskan pendirian GAMIS sebagaimana yang telah  dikemukakan oleh Presiden GAMIS, Azan Safar, “GAMIS menyokong penuh perjuangan HAMAS dan warga Palestin untuk terus berurusan dengan Israel dengan ‘bahasa darah’. HAMAS dan rakyat Palestin pasti sekali akan mendapat salah satu dari dua kemuliaan; menang atau mati syahid.”

Eikhwan Ali ialah Timbalan Presiden, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Harap bertemu lagi sesi parlimen akan datang

Muhammad Faizal, 30 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan ketegangan semasa perbahasan di Parlimen adalah satu tanggungjawab anggotanya terhadap rakyat dalam menyampaikan isu-isu kepentingan negara.


Beliau yang mewakili Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyatakan demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Dewan Rakyat petang semalam.

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula 29 September berakhir semalam.


Beliau yang mewakili ahli-ahli parlimen Pakatan turut meminta maaf jika sepanjang perbahasan itu ada perkara yang menyinggung pihak kerajaan dan juga ahli-ahli parlimen yang lain.


"Seperti yang disebut karenah kekecohan di dalam dewan ini memang sudah dijangkakan, dan bukan suatu yang unik bagi dewan ini sahaja tetapi turut berlaku di negara-negara lain.


"Tindakan seperti ini adalah atas rasa tanggungjawab dan minat untuk mengambil bahagian serta menyampaikan isi hati rakyat yang dipertanggungjawabkan ke atas kita semua," ucapnya.


Dalam masa yang sama beliau juga turut mengagumi peranan dan tugas yang dilaksanakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan juga timbalannya dalam memimpin persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke 12.


Menurutnya lagi, atas kepimpinan Pandikar dan juga timbalan-timbalannya serta pertugas parlimen yang lain menyebabkan proses persidangan berlangsung dengan baik dan lancar.


"Apa yang berlaku sepanjang tempoh persidangan sejak 2008 sehingga sekarang, kita mengharapkan ia menjadi pengajaran dan pengalaman yang baik, ini adalah bagi memastikan proses demokrasi negara terus matang dan makmur," sambung beliau.


Dr Mohd Hatta mengakhiri ucapan dengan mengharapkan akan dapat bertemu di sesi yang akan datang kepada mereka yang masih dapat meneruskan kepimpinan selepas pilihan raya nanti.


"Biarlah perpisahan dan pergalaman selama ini diberkati oleh Allah," kata beliau sebelum mengakhiri ucapan.


Sebelum itu, Pandikar pada ucapan penggulungan menyatakan beliau tidak ada kuasa untuk memanggil persidangan pada tahun hadapan, dalam pada masa yang sama beliau menjelaskan tidak akan ada persidangan sehingga Mac 2013.

Satu pengundi, satu Harakah

Nasrudin Hassan, 30 Nov 2012
1. Bahang Pilihanraya Umum ke 13 kian terasa sungguhpun tarikh pembubaran kabinet masih belum diketahui umum. Tempoh 3 atau 4 bulan ini pastinya adalah period pilihanraya umum ke 13.

2. Saya melihat pilihanraya adalah medan tarung untuk sarana maklumat masing - masing, justeru pengundi memerlukan maklumat yang benar dan cukup sebelum membuat keputusan, parti mana dan siapakah calon yang akan diundi.

3. Tentunya manifesto parti, tawaran dan polisi parti serta cara dan seni mengulas isu semasa akan menjadi ramuan utama membentuk minda dan pola fikir pengundi sekaligus melahirkan satu keputusan yang baik dan tepat untuk diterjemah pada kertas undi.

4. UMNO dan BN mempunyai terlalu banyak sarana dan medium maklumat mereka. Samaada medium cetak mahupun elektronik. Sementara apa yang dimiliki oleh PAS hanyalah Harakah cetak dan online sebagai lidah rasmi dan dibantu oleh media parti rakan dalam kompenan Pakatan Rakyat.

5. Sebelum ini ngo BERSIH telah memperjuangkan kebebasan media dan hak yang saksama dalam menggunakan media awam seperti televisyen dalam memasarkan matlamat dan objektif parti kepada pengundi. Malangnya sehingga kini penindasan media sangat ketara dan parti politik bukan kerajaan seperti PAS dan lainnya terpaksa berpada dengan secebis naskhah rasmi untuk menggarap pendidikan politik baru dan mengulas isu semasa serta mengemukakan pelbagai polisi dan agenda perjuangan.

6. Saya mengharapkan pertolongan Allah swt berpihak kepada golongan tertindas dan golongan yang dinafikan haknya. Sehubungan dengan itu, kita tidak pernah kenal erti putus asa terhadap  cabaran dan tekanan yang dihadapi.

7. Saya mengarahkan seluruh jentera pemuda di semua peringkat iaitu negeri, kawasan dan cawangan supaya memperkukuhkan Harakah cetak, satu - satunya media parti dengan membeli dan mengedarkannya kepada seluruh pengundi secara manual iaitu dari tangan ke tangan disamping memasyhurkan Harakah edisi online untuk diakses oleh semua.

8. Meningkatkan keberkesanan Harakah sebagai lidah rasmi parti, saya juga berharap agar Harakah terus peka dengan teguran dan penambahbaikan dari semua pihak agar senantiasa segar, pantas, benar dan mesra semua golongan sasar tanpa memudarkan prinsip perjuangan yang didokong dan meminggirkan agenda teras parti iaitu Islam untuk di hantar kepada pengundi sekaligus membina aqidah, fikrah dan syakhsiyah mereka.

9. Mekanismenya saya serahkan kepada kebijaksanaan Dewan Pemuda PAS negeri - negeri untuk memastikan polisi "Satu Harakah - Satu Pengundi" dapat dilaksanakan dengan baik , lancar dan berkesan. Dewan Pemuda PAS Negeri boleh melanggan Harakah secara alangsung dari bahagian pemasaran di pejabat Harakah ataupun melalui pengedar Harakah di negeri masing - masing.

10.  Pendekatan ini juga akan menjadi peluang dan ruang pemuda turun padang bertemu pelbagai segmen pengundi khasnya pengundi muda "face to face" dan menyerahkan Harakah "by hand" kepada mereka sekurang - kurangnya seminggu sekali.

Mencorak Masa Depan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Abim bantah konsert Elton John

Harakahdaily, 30 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Khuatir generasi muda terus dibanjiri idola tanpa teladan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam penganjuran Konsert Elton John, serta Konsert Jennifer Lopez.

Ini memandangkan konsert tersebut dianjurkan taktala negara masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut sosial yang melanda negara ini.

Persembahan Elton dibuat melalui Elton John & Band: 40th Anniversary of the Rocket Man pada 29 November 2012 manakala Jenifer pula melalui Jennifer Lopez live in Malaysia pada 2 Disember ini.

Abim juga menilai penganjuran konsert seakan-akan menggambarkan sikap acuh tidak acuh pihak tertentu terhadap pelbagai bantahan yang dikemukakan terhadap penganjuran konsert-konsert serta program hiburan melampau membabitkan artis-artis dari luar Negara.

Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan remaja. Hiburan yang bersifat mendidik akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara positif.

Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang bersifat hendonistik semata-mata, ia akan mendorong golongan muda ini untuk bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata.

Tambahan pula, salah seorang artis tersebut secara terbuka mengamalkan hubungan sejenis (gay) yang boleh memberikan ekspresi keteladanan yang salah di kalangan golongan muda.

"Seharusnya ancaman LGBT serta beberapa gejala songsang yang lain membuatkan pihak-pihak yang berwajib lebih berwaspada serta berhati-hati dalam menyaring sebarang kemasukan serta penganjuran hiburan membabitkan artis-artis luar negara," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim.

Penganjuran kedua-dua konsert tersebut, katanya,  merupakan titik hitam di sebalik kemilau kebangkitan hiburan Islamik serta selebriti dakwah di negara ini.

Ketegasan serta keprihatinan dari pihak berwajib serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda dari terus dibanjiri “idola” tanpa sebarang rujukan keteladanan yang positif, tegasnya.
Akar umbi tak tahu sumbangan politik RM40j
 
Rata-rata perwakilan Umno di peringkat bahagian Sabah tidak mengetahui tentang kewujudan wang "sumbangan politik" sebanyak RM40 juta dan meminta agar Pengerusi Perhubungan negeri itu, Datuk Seri Musa Aman memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Selain tidak mengetahui kewujudan wang tersebut sebelum ini, mereka juga tidak tahu sama ada wang tersebut telah diberi kepada Umno cawangan atau bahagian negeri itu.

Mereka juga berkata, kewujudan wang sumbangan itu hanya diketahui daripada laporan media.

NONEPerwakilan dari Sabah yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Kota Marudu, Baintin @ Abd Halim Adun (kanan) berkata, walaupun Musa "dituduh" menerima wang sumbangan itu, beliau tetap menyokong kepimpinan pengerusi BN Sabah itu dan meminta agar Musa tampil memberi penjelasan.

"Sebelum ini saya tidak pernah mendengar (tentang) sumbangan RM40 juta itu. Bagaimanapun jika ada pertuduhan begitu, saya rasa pemimpin di sabah atau persekutuan harus memberi penerangan di peringkat akar umbi bagi menerangkan kedudukan sebenar wang tersebut.

"Terutama sekali orang yang kena tuduh macam ketua menteri Sabah seharusnya memberi penerangan apa kedudukan sebenar wang RM 40 juta itu.

"Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa (siapa layak ganti Musa). Terpulang pada parti. Tapi saya rasa khidmat Datuk Musa masih diperlukan di Sabah," katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas menghadiri persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Sebelum ini, Musa yang juga merupakan ketua menteri Sabah didakwa menerima wang sumbangan untuk Umno Sabah  tersebut melalui ahli perniagaan Micheal Chia yang ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong sebelum menaiki pesawat ke Kuala Lumpur.

NONEMenteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya di Parlimen pada 11 Oktober lalu berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang tersebut merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukan kepada Musa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 12 Oktober lalu berkata wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

Pada 22 Oktober pula, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menjelaskan bahawa Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong menyiasat Musa dan beberapa pemimpin Umno. Badan itu, katanya, kemudian mengisytiharkan bahawa tiada rasuah terlibat dalam sumbangan RM40 juta kepada Umno negeri.

Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli telah membuat laporan di SPRM berhubung isu itu dan dan turut menyediakan beberapa bukti baru untuk siasatan ICAC terhadap Chia, Musa dan Nazri.

Selain itu, seorang lagi perwakilan dari bahagian Tenom, David Jani pula berkata, isu wang sumbangan RM40 juta tidak menjadi "isu panas" di bahagian pendalaman.

Beliau dengan tegas berkata, perkara tersebut boleh diselesaikan sekiranya penjelasan diberi bagi memberi keyakinan kepada penyokong Umno dan BN negeri itu.

"Oleh kerana isu ini ada juga sebahagiannya dikemukakan oleh pihak berkenaan (pembangkang), tetapi di kampung tak begitu panas isu ini. Isu ini boleh diberi penjelasan yang setepatnya untuk beri keyakinan kepada penyokong BN di Sabah," katanya.

NONEBagi Aripin Kulipo (kiri), juga perwakilan Umno bahagian Tenom berkata, isu wang sumbangan yang mengaitkan Musa merupakan isu yang sengaja diwar-warkan oleh pembangkang.

Kata Aripin lagi, isu itu juga bukan merupakan isu besar di negeri Sabah.

"Saya fikir isu itu merupakan isu yang cuba diwar-warkan oleh pihak pembangkang. Bagi saya penjelasan yang terperinci adalah lebih baik. Walaupun tidak dijelaskan di Parlimen tapi saya fikir untuk diperingkat akar umbi, ia perlu satu penjelasan yang lebih baik supaya tidak menjejaskan terutama kepada pengerusi perhubungan Umno negeri Sabah.

"Apa yang saya nampak soal itu tidak merupakan isu yang besar di Sabah. Bagi kami bukan satu perkara besar," katanya.

Selain itu, ketika ditanya sama ada beliau mengetahui kewujudan wang tersebut dan diberi kepada Umno bahagian Tenom, Aripin berkata, "Tidak tahu (kewujudan wang).

"Tidak ada (wang diberi kepada Umno bahagian). Tapi sebenarnya kita ada ketua. Tapi proses dapat wang kita tak tahu. (Tetapi) kami sebagai perwakilan amat berdiri teguh di belakang Datuk Musa sebagai ketua menteri," katanya lagi.

Sementara itu, perwakilan Umno bahagian Sipitang Shem@ Andy Balong berkata, Musa merupakan seorang pemimpin yang jujur dan beliau tidak mempercayai isu berhubung wang sumbangan itu.

Malah beliau turut menganggap isu RM40 juta itu merupakan mainan pembangkang.

"Itu tak betul, memang tak percaya, sebab dia seorang pemimpin jujur yang ada nama. Orang lain guna nama dia sebagai isu politik. Perkara itu saya tak tau sebenarnya, asal usul cerita tak tau. Hanya saya dengar melalui berita, maka tak boleh komen itu betul. Tapi itu (isu wang sumbangan) memang tak betul.

"Ya, dia memang seorang yang jujur. Pengurusan ekonomi (Sabah) melonjak dan antara yang terbaik. Mngkin kerana itulah pembangkang buat satu isu untuk jatuhkan beliau, jatuhkan imej," katanya lagi.
  • Cmk Cucumatkilau · · Pengulas Tertinggi · UiTM Manjung, Perak · 2,076 subscribers
    Pemimpin jujur mcm Musa Aman layak terima sumbangan RM40 JUTA... tp masalahnya sumbangan utk UMNO... tp pemimpin UMNO akar umbi tak tahu menahu duit tuu... Rupanya Musa memang Aman baham duit tu sorg2. Mujurlah adz org dedahkan.... kalau x ada mampus rakyat tak tau... sebenarnya duit tu Micheal Chia bg sumbangan RASUAH supaya Musa Aman bg byk lg projek2 kat dia... dlm tempoh akan datang... WIN WIN lar... takkan nak SUMBANG BODOH mcm tu jer... Itu pun ada pemimpin UMNO nak COVER LINE... mengaku jerler RASUAH DAN PENYELEWENGAN. . mudah citer.. rakyat pun FAHAM...tak payah kelirukan rakyat... sbb awal2 kes ni terbongkar mereka dah tau.. itu DUIT RASUAH. Bayangkan kalau ada yg bg sumbangan kat mana2 jabatan kerajaab mcm tu... dah tentu jd RASUAH.. Bila UMNO rasuah jd sumbangan.. sama mcm ROYALTI MINYA jadi WANG EHSAN... semua ni bukti mereka sudah menghampiri ke penghujungnya. Tak kan tak faham2 lagi kot.....
    • Sam Liong · Kuantan
      RASUAH DAN PENYELEWENGAN.DIUTAMAKAN ,,
      WANITA KENA PENYAKIT OTAK LEMBU DIBEBASKAN .. .
    • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
      Macam duit Anwar juga inikan ceritanya. Sumbangan mewah kepada Anwar untuk politik.
    • Dollahtido Anakdollah · Pengulas Tertinggi · NTNU
      tp kasihan kan...sabah nie hebat ngan RMIT---apa lagi mari RMIT la..itu yg baik punya! psl pemimpin dia jujur- apa lagi RMIT lagi sekali!!!
  • Saidin Din · Pengulas Tertinggi
    Bila dah banyak 'makan' duit haram camtu la. Taik pun nampak sedap
  • Hussin Mohd Rejab · Pengulas Tertinggi · UKM
    Inilah malangnya kewibawan kepimpinan Sabah, walau diketahui atau diberi tahu bahawa ketua mereka diragui kejujurannya, didedah penyelewingannya tapi masih mengagongkannya malah menyalahkan pihak lain kononnya sengaja membesar2kan isu tersebut.
    Kalau betul nak mempertahankanya kenapa tidak menafikannya dan membuat laporan polis yang dakwaan itu fitnah. Inilah tahap pemikiran dan sikap kepimpinan UMNO/Beend. Sama ada mereka ini bangang mudah diperlembukan atau mereka ini juga anasir penyangak, perompak duit rakyaat dengan kedudukan mereka. Sedarlah wahai rakyat sabah. Apakah kamu masih percaya dan yakin lagi dengan pemimpin seperti ini?
  • Azman Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
    haha cakap aje la korang nak sikit sorang........ 40 juta takde mende? 2k kena tolak terjun banggunan
  • Fakhzan Abu Aliy · Bandar Indera Mahkota di INTEK of Kuantan
    Kecil saja? ingat 40 juta rupiah ka bah
  • Abe Joel · Pengulas Tertinggi · 45 years old
    hihihiii....dapat BRIM RM500 sorang pom happy nak mampos...neh..bapak2 penyamun xkan xnak bg sket sorang kat yb2...nanti yb boikot mampos lu...
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    Kita lama tidak mendengar mengenai pergaduhan dalaman PKR. Tapi sebenarnya ini berlaku di Selangor. Kerana ingin menyelematkan Faekah Husin perkara ini berlaku didalam kerajaan selangor. Pergaduhan PKR di Selangor antara kem Khalid Ibrahim yang berlawan dengan kem Azmin Ali semakin hari semakin panas. Puncanya kerana desakan penyokong-penyokong Azmin agar Setiausaha Politik MB Selangor , Faekah Husin dipecat kerana terlalu melampau dan bersikap lebih sudu dari kuah. Itu yang berlaku sebenarnya. Perang hangat antara sama sendiri berlaku di Selangor. Sefahaman kurang dalam pentadbiran mereka. Bolehkah mereka ini memegang jawatan tertinggi di Malaysia kalau macam ini.
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    Negeri Selangor dibawah kerajaan Pembangkang tidak sehebat mana pun. Pelbagai penyalahguna kuasa kita boleh lihat dalam kerajaan mereka. Inikah yang ingin menjadi kerajaan Malaysia. Susahlah hidup rakyat nanti. Yang terbaru lagi maklumat yang diperolehi oleh portal berkenaan dipercayai datangnya dari dalam PKR terutama sekali dari puak yang mengatur gerakan menghalaunya dari Pejabat Menteri Besar Selangor kerana kerap sangat mempamerkan kebenciannya terhadap Azmin Ali.
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    Perlantikkan Faekah juga satu perlantikan yang dipilih dan bukannya keputusan majoriti. Maka ini juga mengundang pelbagai masalah dalam parti itu. Siapa yang berkuasa maka ada hak untuk memilih tanpada persetujuan dari pihak lain. Semenjak dilantik secara konstrovesi sebagai SUPOL MB Selangor dengan menggunakan kuasa veto Presiden PKR, Faekah tidak pernah sunyi dari masalah. Saban masa ada sahaja berita mengenai Faekah yang diperkatakan baik di laman-laman web atau akhbar.
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    Gaji RM2,400 pada masa itu Azmin mampu memiliki harta yang banyak daripada gajinya sendiri. Azmin Ali didakwa memilki harta sejak 1991 – 1995, antaranya sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha, m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Bayangkan harta Azmin kekayaan azmin?? Siapa ketuanya sudah pastilah Anwar.
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    Gerakan dari dalam PKR Selangor sendiri telah membuat desakkan agar Faekah Husin dipecat dari jawatannya dan dihalau keluar dari Pejabat Menteri Besar Selangor berhubung penyalahgunaan kuasa yang sangat besar, selain sikap memandai-mandai dan lepas mulutnya, kini orang yang gemar mencari salah silap Khir Toyo itu berhadapan pula dengan sesuatu yang lebih besar.
  • Kamal Abdul Gani
    NAZRI AZIZ SAPA UNDI DIA DALAM PRU13 MEMANG BANGANG......TAK NAMPAK KER ANAK DAN KRONI DIA BUAT APA SELAMA INI. ANAK DIA SUKA HATI BELASAH ORANG.LAGAK MACAM GENGSTER... UMUR BARU SETAHUN JAGUNG TAPI PAKAI KERETA MEWAH DAN DUDUK KONDO MEWAH.... SIAP ADA BODYGUARD LAGI ... MANA DATANG DUIT TU SEMUA? ORANG UMNO KERJA SIANG MALAM NAK CARI DUIT LEBIH UNTUK KELUARGA YANG UNDI DIA MEMANG BODOH TOTOK
  • Banyak Duit · SMKDPA
    Pandainya membodek orang-orang bawahan UMNO nie...Terang-terang diakui wang RM40Juta tu ada....masih lagi nak nafikan....dasar pembodek. Ini lah sebenarnya antara punca kenapa UMNO itu ditolak...sbb pembodek-pembodek yg melemahkan ketulusan hati pemimoin sejati UMNO.
    • Avram John · Pengulas Tertinggi
      sikap pemimpin penjaga kepada ketua pemimpin yg korup,,sanggup memberi sokongan,,,bgi pendidikan percuma pula tidak sanggup,,,pendidikan percuma negara bangkrup kata pemimpin yg rendah pemikiran......
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    BPR pada masa itu menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat jawatan orang nombor dua dalam kerajaan Malaysia ketika itu selepas Datuk Mahathir ketika itu. Bayangkan?? Boleh-boleh Anwar mengarahkan BPR ketika itu menghentikan siasatan kepada Azmin.
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    Pendedahan yang dibuat berhubung dua pucuk surat yang mengandungi tandatangan Faekah Husin sekaligus menunjukkan amalan kronisme melampau dalam Pejabat Menteri Besar Selangor, ternyata membuatkan SETPOL Khalid Ibrahim itu tidak senang duduk.
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    Sungguh tidak disangka wanita yang licin mukanya kerana berminyak, licin jugalah lidahnya memberikan alasan sekalipun alasan itu hanya mendedahkan lagi tembelang busuknya selama menjadi SETPOL Khalid Ibrahim siapa tidak kenal dengan Faekah Husin.
  • Ayub Bin Ihsan Ayub · Pengulas Tertinggi · Kolej tun abdul razak
    kesian, kesian para ahli, perwakilan n pemimpin umnobn dari Sabahnie bah..dah la tak tau menau RM40juta, kena tipu plak oleh KM n Pemimpin Pusat, sanggup berdiri teguh dibelakang n mengakui plak yg dah terang2 Lanun n Penyamun tu sebagai pemimpin yg jujur.hea, hea, hea...
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    sah memang orang pembangkang kuat rasuah, lepasitu tidak malu tuduh pemimpin BN, padahal langsung tidak ada bukti, mungkin puak-puak pembangkang ini malu lihat pemimpin BN hidup sederhana mungkin.
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    Nampaknya semakin gelaplah masa hadapan Faekah Husin ini, dulu bukan main mahu menyalahkan orang lain, jaga tepi kain orang lain. Tapi sekarang nampak sudah diri sendiri lebih teruk dari apa yang disangka.
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    SEBAB ITULAH JUGA KENAPA AZMIN TERUS SETIA DENGAH ANWAR. KERANA INGIN MEMBALAS BUDI ANWAR DULU TERHADAP DIRINYA. BOLEH FAHAM SEKARANG APA YANG BERLAKU DENGAH KES RASUAH PEMBANGKANG.
  • Hidup Di Sabah · · Pengulas Tertinggi
    Nampak itu yang mana bukan BN saja yang mengamalkan perkara tersebut. PKR sendiri pun sama. Jadi kalau mahu cakap itu biarlah pastikan yang cakap itu pun bersih.
  • Norashikin Abdul Rahman · · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
    kekeke.... menampakkan bahawa ahli umno mmg bodo... pemimpin umno mmg sentiasa betul kat mata dowang... nak bodek la tuh... ptui...
  • Salman Salmano · Pengulas Tertinggi · SM ST Michael Sandakan
    Belum ada pencerahan lagi kwn2 ni..masih dalam kegelapan..
  • Walter Wateler Kituk's · Pengulas Tertinggi
    Biantin ko melayu jg ka ni? Or sdh masuk umno jd melayu sdh....lawak3....
  • Walter Wateler Kituk's · Pengulas Tertinggi
    Aripin kulipo bkn pbangkang yg war2kan, tp c nazri yg ckp ba tu...
  • Kamall Haji · Pengulas Tertinggi · Network Administrator di Telekom Malaysia
    kalau otak dah bebal mana nak percaya
Bingkisan perjalanan buat yang demam 'kuasa'
 
KOLUM Sekarang ini demam Pilihanraya ke-13. Ia dijangka pilihanraya yang benar-benar akan mendemamkan sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat. Maka sekarang parti-parti politik dalam negara kita sedang sibuk dan menyibukkan diri untuk menghadapi demam tersebut. Ucapan dan slogan politik kedengaran di sana-sini. Kuasa, kuasa, dan kuasa. Itulah mimpi sebahagian manusia politik. Saya tidak ingin mengulas pada minggu ini. Saya hanya ingin memetik pelbagai ucapan beberapa tokoh umat Islam berkaitan dengan perjuangan dan kepimpinan. Harapnya ia boleh menjadi bekalan dan renungan untuk semua pihak yang terbabit. Ia boleh menjadi koleksi dan koreksi untuk mereka yang merasa diri berada di medan perjuangan dan siasah.

Akur kesilapan

Nabi Musa a.s berjuang menghadapi Firaun. Namun Nabi Musa a.s pernah membuat kesilapan sebelum menjadi rasul iaitu telah memukul seorang warga Mesir keturunan qibti sehingga mati. Semasa dialog antara Musa dan Firaun, Firaun mempertikaikan tindakan Musa a.s. tersebut. Nabi Musa a.s mengakui kesilapan tersebut, namun meneruskan perjuangan yang benar. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya )“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?” Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22).  Inilah sikap perjuang yang ikhlas dan benar!

Pohon maaf dan betulkan kesilapan

Apabila fitnah berlaku di zaman pemerintahan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan, beliau menulis surat kepada rakyat memohon kemaafan dan membuka ruang agar dibetulkan kesalahan pentadbiran. Beliau menyebut dalam suratnya: “Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka itu akan haknya. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan ianya ditinggalkan untuk rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca dan ada pula yang dipukul. Sesiapa yang dicerca ataupun dipukul secara sembunyi atau sesiapa yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)”.

Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan”  (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jil. 4, hlm. 342) iaitu fitnah telah menular di tengah-tengah umat.

Maksud ‘Rakyat Didahulukan’

Jika kita ingin mendengar contoh rakyat didahulukan, maka bacalah Sirah ‘Umar bin al-Khattab ini: Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun kemarau melanda Madinah lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Awasi pengampu

Syaiban al-Ra‘i berkata kepada Harun al-Rasyid: “Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”. Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “Engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”. Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya. Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimpa kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Menyedari bebanan amanah

Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan terngamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik bertanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Kata anaknya: “Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144).

Dalam Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya: “Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.” Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.” Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.

Menyedari kemampuan diri

Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya: “Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh. Demikian Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad).

Banyak lagi ungkapan yang baik tentang kuasa dan jawatan untuk direnungi oleh mereka yang merinduinya. Saya petik sedikit daripadanya sebagai bingkisan buat yang lantang berbicara tentang keinginan kepada kuasa.
  • Mfaisal Bk · Malaysia France Institute
    Saya nak usulkan agar Malaysiakini dapat siarkan tulisan Dr Asri ini dalam semua surat khabar sebagai pedoman buat pemimpin2 & bakal pemimpin. Agak terhad pembaca di Malaysiakini, agar rakyat dan pemimpin beringat dlm pru13 akan datang dan masa depan.
  • Ary Yaacob · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Alhamdulillah Dr Maza.Pg2 ini dpt mententeramkan jiwa sy bila dpt membaca tazkirah dari Dr.Memang benar sekali ape yg d katakan oleh Dr bahawa dari pg hg ke ptg pemimpin2 umno hanya bcakap tentang kuasa,kuasa,kuasa.Lepas tu mngungkit pd rakyat ape yg telah b berikan spt brim,krim,broom,boom tanpa merasa malu seolah harta negara mcm emak bapa dia punya.Rakyat d perlakukan seperti hamba.Ini lah dia kerajaan syaitan yg d kenali bcakap sama dgn fir'un.Dewan d penohi pembodek2 yg tak sedarkan diri.Apakah mereka tidak pernah membaca sirah2 pemimpin2 Agung Islam spt yg d nyatakan Sydn Othman Al Affan,Sydn Umar Al Khatab dll.Kalau dah baca kenapa jadi mcm Fir'un.Dr Maza kalau kita nak bhang Fir'un tamaddun ni elok lah kita pilih ABU...
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Hanya pemimpin UMNO shj yg begitu lantang bersuara, terpekik, terlolong seolah-olah ingin membunuh lawan politiknya sesama muslim..Itulah sifat paling keji pemimpin UMNO yg saya lihat hingga hari ini. Semoga Allah tidak lagi mengamanahkan mereka ini utk menjadi pemimpin rakyat Malaysia..Aminnn..././/./
  • Azman Shah · Pengulas Tertinggi
    Syabas Dr Maza.Tazkirah yang berguna di pagi jummat ini buat Regim BN & juga Parti PR.Apa pun tumbangkan Rejim UBN pada PRU 13 nanti.Ini kalilah....
  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Umno/bn bukan sj telah mengkhianati amanah utk memerintah dgn adil & saksama, bahkan telah menjadikan pemerintahan itu sbagai 'bisnes' utk keluarga & kroni. Ini amat berbeza dgn slogan, 'rakyat didahulukan & pencapaian diutamakan'. Jelas sekali umno bersikap hipokrit & cakap x serupa bikin. Maka krn sikap sebeginilah berlakunya ketidakseimbangan dlm pembahagian ekonomi terhadap rakyat. Setelah 55thn merdeka, jurang antara miskin & kaya semakin jauh. Yg kaya bertambah kaya (golongan yg rapat dgn pemerintah), yg miskin & sederhana kekal dlm keadaan sedia ada. Amat malang, setelah 55 thn merdeka, ada lagi rakyat yg x mendapat kemudahan asas sperti bekalan air & letrik, sedangkan malaysia kaya dgn sgala hasil mahsul bumi. Umno mmg telah mendapat mandat utk memerintah malaya (skrg malaysia) selama 55 thn, tapi itu adalah dlm bentuk 'istidraj'. Maka sudah tiba masanya Allah akan tarik kembali kekuasaan tersebut, sbagai balasan atas apa yg umno/bn lakukan. Umno/bn, masa anda telah tiba, tarikh luput anda adalah PRU13, insyaAllah hil 'aziim. Bersedia sj lah! Ketentuan Allah pasti berlaku. x ada apa2 & sesiapa didunia bahkan dialam maya ini yg dpt menghalangnya dari berlaku. BERSEDIALAH!!!
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Belajarlah dari sirah fir'aun & Musa as. Fir'aun pun dibagi kuasa utk memerintah Mesir secara istidraj. Apabila dia takabbur dgn kuasanya (sehingga mengaku dirinya Tuhan), tibalah masanya dgn diutuskan Musa as pdnya, justeru Allah hancurkan fir'aun diatas keangkuhannya. Umno juga seakan2 mengaku dirinya sgala2nya pd rakyat, sehingga membangkitkan pemberian yg lalu. & klau dia x perentah (kalah dlm PRU13), malaysia akan musnah. Bukankah itu lebih kurang sama dgn menyamakan diri sbagai Tuhan? Insaflah wahai umno. Masa kamu sudah smpai!! Peringatan sudah diberi!!!...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      United malay national organization juga mendakwa bahawa dia pembela bengsa melayu. Realitinya, bangsa melayulah yg paling tertinggal dlm arus pembangunan & ekonomi. Soalnya, melayu mana yg kamu bela?? Begitulah, itu hanya satu sj dari contoh pengkhianatan umno dlm pemerintahan negara, dari byk2 pengkhianatan. Allah berfirman, "& brg siapa yg melakukan kejahatan pasti dibalas dgnnya" al-Quran. Pembalasan telah & sedang berlaku (dgn umno/bn semakin ditolak & bakal tumbang). Ia baik utk rakyat malaysia & baik jugak bagi penganut fahaman umno/bn itu sendiri. Baik utk mereka, krn ini adalah peluang utk mereka kembali kejln yg benar, sbelum ditarik nafas terakhir tanpa sempat bertaubat...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Bagi yg rasa nak kembali kepangkal jln sebelum umno/bn tumbang secara rasminya dlm PRU13 (insyaAllah), anda dialu2kan. Anda dialu2kan menyertai kem PR. Krn anda pun x tahu, bila ajal anda bakal menjelang, mungkin sblum tiba PRU13. Justeru, kembali kepangkal jln skrg adalah jauh lebih baik sblum terlambat...
  • Cikgu Haris Abdullah · · Pengulas Tertinggi · Sekolah Alam Shah
    Bila hendak bercakap tak nampak Allah!
    Bila berkuasa tak nampak rakyat!
    Baliklah pangkal jalan!
    Pintu taubat sentiasa terbuka.
    Tak perlu pertahan yang salah dan silap.
    Jangan tertipu dengan tipu daya dunia.
    Akhirat juga nikmatnya berpanjangan.
    Terima kasih
    Kerana insaf.
    • Nasir Ariffin · Pengulas Tertinggi
      Cikgu Haris Abdullah
      Bila hendak bercakap tak nampak Allah( BERMAKSUD LUPA DIRI ATAU TIDAK KENAL DIRI) KAN GITU CIK GU, TOONG PERBETUL KALAU TAK BETUL. MENGAJI PUN TAK PANDAI
    • Cikgu Haris Abdullah · · Pengulas Tertinggi · Sekolah Alam Shah
      Yalah tu!
      Mudah2an kita sama menjadi hamba Allah yang dikasih.
      Amin!
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Hanya pemimpin UMNO shj yg begitu lantang bersuara, terpekik, terlolong seolah-olah ingin membunuh lawan politiknya sesama muslim..Itulah sifat paling keji pemimpin UMNO yg saya lihat hingga hari ini. Semoga Allah tidak lagi mengamanahkan mereka ini utk menjadi pemimpin rakyat Malaysia..Aminnn...//
  • Bekamkini Urut Dan Reflexology · Pengulas Tertinggi · Bekamkini.com di CEO & Founder
    DEMAM OK LAGI DR , NI DAH GILA KUASA.....KAT PWTC
    • Wan Yahya · Pengulas Tertinggi
      Demam takut x boleh kuasa...telintaskah di fikiran kehidupan akhirat?
    • Zaman Zahrin · KOLEJ MARA
      Bekamkini Urut Dkau dah hilang akal yang waras yang telah direntap oleh penzina & peliwat sebab itu kau tak nampak kebenaran yang ujud didepan mata kau
    • Amat Jamrin Tajuddin · Pengulas Tertinggi · Maktab gaya
      Zaman Zahrin kat pwtc tu lgi banyak kaki zina,kaki rasuah,kaki arak,kaki betina,kaki songlap,kaki judi,lanun,pencuri,perompak harta negara,munafik,jahil,bodoh,pengampu,pembodek,songlap duit zakat,entah mcm2 lagi lah susah nak cakap...syaitannnnn...!!!!
  • Zainolzain Zain · Bm high school, malaysia
    Hebat Dr,...sesuatu pesanan yg kita nanti2 kan..Doa kan yang terbaik utk rakyat malaysia .Sesungguhnya yang benar tetap benar, yang batil Akan tetap batil..insyaallah
  • Sheikh Naimnif Selamat · Pengulas Tertinggi
    Pemimpin umno mengungkit kewpada rakyat setiap apa yg mereka buat selama ini.. Tapi mereka lupa bahawa Allah akan mengungkit apa yg mereka buat terhadap negara & rakyat selama mereka berkuasa!!!

    Psst... Balas budi, balas budi, balas budi****Slogan BeeNd utk rakyat (mereka sepatutnya yg kena balas budi kpd rakyat yg memberikan mereka berkuasa)Wallahuakhlam...
  • Kamalruzaman Abdul Kadir
    renunan ini kita ambil iktibar bkn pada masa PRU shj.. tp jua pada setiap perjalanan hidup kita yg dikelilingi berbagai siasah...bagi suami pada ahli keluarga/mentua...ahli masyarakat pada penduduknya..majikan pada pekerjanya...apa jua jawatan y dipikul oleh kita akan disoal dikubur nanti..
    • Nasir Ariffin · Pengulas Tertinggi
      Kamalruzaman Abdul Kadir
      BETUL SAYA SETUJU, MENYELURUH DARI SETIAP SUDUT
  • Samsudin Abas · Pengulas Tertinggi · Sendiri kuli Sendiri Bos di Kerja Sambilan
    Jangan berkokok semasa hendak meraih UNDI sahaja dengan menggunakan sepotong...dua potong ayat Allah yang maha suci ini...Islam adalah AGAMA SYUMUL tiada sempurna...SELAIN DARI AGAMA ISLAM...Belajar dari kesilapan dan ngan SOMBONG dan LUPA DIRI..jangan BONGKAK dengan kata bahawa hanya KITA saja yang betul dan benar dan org lain tidak mampu melakukannya.....
  • Mohdzaki Halim · Pengulas Tertinggi
    Harapan ambo, janganlah hanya bekas mufti sahaja bercerita 'kisah-kisah silam' ini, mufti-mufti lain dan para ulama' yg tidak "berkepentingan"pun boleh sahaja berceritera dalam media utk tatapan, bacaan, renungan, berfikir dan bertindak/beramal sebetulnya. Mereka perlu 'mengubah' fikiran umat hari ini ke arah kebaikan, melawan idea2 jahat yg ada
  • Jurutalqin Umno · Pengulas Tertinggi
    peperangan akhir zaman adalah KRU lwn JID (KomitmenRestuUlama vs JahiliahIblisDajjal) bnykkn guna tlinga dr mulut WASAMIQNA WAATHO'NA. dulupun kaum-anak-istri mghina NbiNOH sbgai gila krna BhtraPdgPsir rupanya mereka sndri dgn mudah ditelan bnjir bsr. bgitulah kini ramai angkuh mulut tempayan hakikatnya BN (BahanapiNeraka)
  • Suzana Elani · Pengulas Tertinggi
    semua yg tubuh parti dimalaysia semua mahu kuasa, mereka mahu parti mereka kekal memerintah tak kita bn atau pr itulah dlm hari mereka pr mahu terus kekal di selangor bn mahu kekal di putrajaya, ini sistem demokrasi.dr asri keliru sistem demokrasi.
    • John English · Pengulas Tertinggi · C.E.O. di That place with the people and the work
      kamu yg keliru. Suzana....

      kalau minda pikirkan kuasa je.. mmg komen kamu akan berputar2 ttg kuasa. Tapi ada juga parti yg tubuhkan parti sbb nak tegakkan agama.

      dr asri tak keliru. tapi kamu yg keliru, malah dengan agama sendiri. tutuplah aurat.. ataupun jgn guna gambar org lain yg menampakkan aurat. betulkan diri sendiri sebelum komen. jgn sampai diri kamu nampak x cerdik.
    • Razman Mohd Maulot · Pengulas Tertinggi · Sek. Men. Raja Muda, Parit Jawa, Muar
      dah tau kurang ilmu , lagi mau perlekeh orang berilmu, dunia.. dunia..
    • Qomaru Din · · Al-Azhar
      terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata buruk padahnya.. x pasal2 menunjukkn kebodohan diri sendiri.. hmmm dunia dunia..
    • Syamsyul Anuar · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Evolution Security Solution Sdn Bhd
      haha.. pentingkan kuasa sampai bagi IC kt PATI.. mcm tu demokrasi? puiii..~
    • Sudin Entalai Poi · Pengulas Tertinggi · -
      ketam suruh anaknya jalan lurus haha..john english...pakai nm betul...mata pun sebiji.....alahaiii....oiiii
    • Che Sukri Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
      Siri teladan yg TERAGUNG tak kan hilang dari sejarah Hingga kiamat , Aku begitu terharu , dan begitu terasa kerdil, dihadapan ALLAH nanti . Sekiranya manusia yg dijanjikan SYURGA masih gementar dan takut akan Kekuasaan nya apa kah nilai kita ini disisi nya.
    • Pak Teh MAk TEhh · Pengulas Tertinggi
      Suzana Elani. Cuma puak mu shj yg gila kuasa. Puak2 mu ada hati nak memerintah selamanya walaupun menghidap penyakit kronik yg mustahil utk diubat. Di negara maju, pemerintah silih berganti tapi negara mereka makin maju . Anjak paradigma mu. Pemikiran mu masih jumud & kolot....
  • Jumper Jump · Fresno Pacific University
    kiat sudah mendengarnya dan membacanya.....kajilah ia, rasailah ia dan amalkanlah ia......jangan terlibat kalau tak mampu.?
  • Fiderus Husaini · Bintulu
    beratnya tugas menteri. jaoh skali dr akhlak pemimpin masa sekarang. yang ada kecuali lah terlalu sedikit.
  • Khairull Nizan · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
    terbaik... Syabas Dr Asri ..... semoga menjadi pedoman kepada mereka yang mencari kebenaran...
  • Hapizah Mamat · Pengulas Tertinggi · Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu
    Nasihat berguna buat sang penguasa. Jgn tamakkan harta dan biarkan rakyat derita..
  • Khairul Hartimi · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Renungan buat semua pemimpin di setiap peringkat..
  • Mohd Halim A Rahim · · Pengulas Tertinggi
    Demam memang hal biasa. Masalahnya ialah meeka yang demam itu mengapa makan ubat sakit jantung, diabetis dan darah tinggi?
  • Zainal Ariffin · Pengulas Tertinggi · Pengarah Urusan di AURa Rorico
    Terbaik untuk kesemua Parti..
  • Raja Hydar Raja Iskandar · Pengulas Tertinggi · Princes Road
    Kita belajar dari sejarah. Tapi ada yang mengulangi dan mengambil contoh yang tidak baik dari sejarah kerana bergurukan nafsu dan tidak segan silu menjadi syaitan yang dikenal. Jom kita tukar dan ubah. Amar makruf nahi mungkar.l
  • Pelangi Petang · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    ISLAM-Jawatan itu Amanah, Kuasa adalah tanggungjawab pemimpin kpd rakyat yg akan di hitung dan di soal di hadapan Allah swt...BN/UMNO- Jawatan itu projek, Kuasa itu melambangkan Kekayaan yg boleh di gah di hadapan rakyat..
  • John English · Pengulas Tertinggi · C.E.O. di That place with the people and the work
    Maha suci Allah. Hanya kuasa Allah kekal selamanya
  • Ryoga Ryu · Pengulas Tertinggi
    Syukran. Jazakumullah Ya Ustaz.

Tiada ulasan: