Ikhwanul Muslimin nafi ingin dominasi pembangkang Syria
Terjemahan Mohamad Yahya, | 11 Nov 2012 |
Dalam temu bual eksklusif dengan Asharq Al-Awsat, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Syria, Mohammad Riad Al-Shaqfa mengumumkan bahawa semua ahli Ikhwanul Muslimin Syria menyokong objektif menggulingkan rejim al-Assad dan tidak mahu menyertai mana-mana dialog atau rundingan dengan rejim tersebut.
Bercakap kepada Asharq Al-Awsat dari Doha, di mana kumpulan pembangkang Syria bertemu dengan objektif membentuk kumpulan kepimpinan pembangkang baru yang lebih menyeluruh, ketua Ikhwanul Muslimin Syria itu mendedahkan bahawa Sekretariat pembangkang yang masih belum dinamakan akan terdiri daripada 41 ahli, dengan 10 keahlian untuk Ikhwanul Muslimin.
Beliau menambah bahawa kepimpinan kumpulan ini akan dipilih dalam masa terdekat, manakala Pejabat Eksekutif akan terdiri daripada 11 orang ahli. Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Syria itu juga menegaskan bahawa rundingan sedang berlaku di Doha dalam kalangan pembangkang Syria mengenai "Inisiatif Negara Syria" dan isu-isu lain yang masih belum dapat diselesaikan.
Beliau menafikan bahawa Ikhwanul Muslimin sedang berusaha untuk mengawal kumpulan kepimpinan baru tersebut.
Mengulas komen Hillary Clinton mengenai puak "pelampau" yang cuba "merampas revolusi Syria", Al-Shaqfa, memberitahu bahawa "apabila pertumpahan darah makin meningkat, begitu juga ekstremisme". Beliau menambah, "Barat juga bertanggungjawab [dalam hal ini], kerana pemimpinnya tidak bersama dengan revolusi Syria. Ia adalah tidak munasabah untuk berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Syria sedangkan seluruh dunia hanya memerhatikannya. "
Pemimpin Ikhwanul Muslimin Syria juga melahirkan rasa kesal dengan keengganan antarabangsa untuk terlibat demi menamatkan konflik yang berterusan di Syria, mengulangi seruan kepada masyarakat antarabangsa untuk menyediakan pembangkang Syria dengan peluru berpandu anti-pesawat dan keupayaan anti-kereta kebal untuk menentang tentera rejim al-Assad. Bagaimanapun,Al-Shaqfa menegaskan bahawa "rakyat Syria akan menang walaupun tanpa pertolongan masyarakat antarabangsa."
Beliau menambah, "Mendapat sokongan masyarakat antarabangsa akan mempercepatkan pemergian al-Assad dan menyelamatkan banyak nyawa dari terkorban, bagaimanapun dia tetap akan jatuh tanpa sokongan tersebut."
Mengulas kemenangan Presiden Barack Obama, ketua Ikhwanul Muslimin Syria itu berkata "Kemenangan Obama untuk kali kedua tidak akan mengubah apa-apa, dan konflik Syria akan kekal sehinggalah kejatuhan rejim Assad, yang saya percaya semakin hampir " (Asharq Al-Awsat)
17 askar Turki terbunuh nahas helikopter
Terjemahan Mohamad Yahya, | 11 Nov 2012 |
DIYARBAKIR: Tujuh belas askar Turki terbunuh Sabtu
lalu apabila helikopter yang mereka naiki terhempas di tenggara Turki
disebabkan cuaca buruk, kata gabenor kawasan.
Helikopter Sikorsky terhempas di gunung Herekol, di kawasan Pervari wilayah Siirt, ujar Gabenor Siirt, Ahmet Aydin. Mangsa adalah anggota angkatan khas kerajaan dan tiada penumpang yang terselamat, katanya.
Tentera Turki telah menjalankan operasi di kawasan pergunungan itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk mengusir militan dari kumpulan pemisah yang diharamkan, Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang mempunyai tempat persembunyian sana.
Sejak musim panas terdapat peningkatan dalam serangan PKK di tenggara Turki, terutamanya di rantau Hakkari.
Jet dan helikopter Turki telah menyerang kem PKK di sepanjang sempadan dengan Iraq dan Iran selama tiga hari, membunuh 42 militan, lapor gabenor Hakkari lewat Jumaat lalu.
Lebih daripada 40,000 orang telah terbunuh dalam konflik antara Turki dan PKK, yang melancarkan pemberontakan pada tahun 1984 dengan tujuan membentuk sebuah negara berasingan di kawasan warga Kurdistan di tenggara Turki.
PKK dilabelkan sebagai kumpulan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. (asharq-e.com)
(Khalid semasa merasmikan Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012)
SHAH ALAM: Perkembangan ekonomi Selangor dijangka terus berkembang pesat setelah negeri itu berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai RM6.9 bilion berbanding negeri-negeri lain.
Angka yang diperolehi dari statistik terbaru, sehingga Ogos 2012 itu diperolehi dari MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) semalam.
Statistik pelaburan itu juga menunjukkan Selangor berjaya mencatat jumlah pelaburan dalam negeri tertinggi yang bernilai RM5.23 bilion dan pelaburan asing bernilai RM1.66 bilion dengan jumlah projek perindustrian tertinggi, 170 projek.
Jumlah tersebut berjaya dicapai disebabkan kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perniagaan sekaligus menarik minat pelabur-pelabur baru untuk melabur.
Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam upacara perasmian ‘Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012′ yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.
“Kita terus konsisten mengekalkan kedudukan tiga negeri teratas yang berjaya menarik pelaburan tertinggi di Malaysia disebabkan kemampuan kita mewujudkan persekitaran kondusif dan sihat untuk aktiviti perniagaan dan pelaburan.
“Mungkin kalau anda melabur RM1 di Selangor, ia mempunyai nilai lebih tinggi berbanding melabur RM1 berbanding negeri lain,” kata Abdul Khalid.
Menurut Abdul Khalid, langkah mengadakan ekspo juga merupakan langkah yang berkesan bagi menjana aktiviti perniagaan seperti aktiviti pemasaran produk dan memperolehi pelabur baru.
Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama turut menggesa masyarakat negeri Selangor mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan mereka.
Dalam program Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012 yang berlangsung dari 9 hingga 11 November di SACC, sebanyak 132 syarikat yang memasarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikkan mengambil bahagian.
Selain itu, dianggarkan lebih 300 produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dari dalam dan luar negeri turut dipamerkan di sepanjang ekspo sama.
Ekspo tersebut dianjurkan oleh Multi Mutual Resources dan mendapat sokongan Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Selangor Times.
Rupanya,
bukan setakat pemimpin Umno kanan yang terasa bahang kekalahan, malah
orang Umno pencen yang pernah makan gaji dengan kerajaan pun sudah mula
serabut kepala.
Buktinya, semasa Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia di Kuala Terengganu, Terengganu, pemangku pengerusinya, Mohd Zahid Sirat mengakui, ahli Umno mesti sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Mohd Zahid berkata lagi, ini kerana pilihanraya umum akan datang bukan sahaja menentukan ‘hidup mati’ Umno tetapi juga masa depan Barisan Nasional (BN).
Tambahnya lagi, “Pakatan Rakyat yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan negara ini.
Ugutnya lagi, “Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi (Melayu) selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan yang bermula semalam.
Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan BN.
“Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara,” katanya.
Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan.
“Orang Melayu mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam,” katanya.
Seramai 545 anggota veteran Umno seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini.
Perdana menteri, Najib Altantuya juga tidak menolak kenyataan pahit sambil mengugut bahawa Umno dan BN tidak akan kembali berkuasa buat selama-lamanya sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menewaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Ditambah lagi dengan statistik bahawa Pakatan Rakyat kini sudah berjaya memperolehi 128 kerusi parlimen sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam tempoh dua bulan setakat 30 September lalu.
Veteran Umno dari Johor yang ditemui turut melahirkan rasa cemas dengan perkembangan terkini yang menyaksikan Pakatan Rakyat kini bukan setakat berjaya menembusi kubu kuat Umno di negeri itu, malah sambutan hebat turut diterima dari warga peneroka Felda yang selama ini menjadi antara simpanan tetap Umno dan BN setiap kali pilihanraya diadakan.
Ujarnya lagi, generasi kedua dan ketiga Felda yang terdedah dengan sumber maklumat alternatif menerusi internet dan laman sosial turut menyumbang kepada kemerosotan pengaruh Umno di kalangan mereka yang berusia 20 hingga 45 tahun.
Mendedahkan satu maklumat sulit yang diperolehinya, dia mengakui beberapa kerusi parlimen BN di Johor seperti Kluang, Simpang Renggam, Segamat dan Labis sudah tidak selamat ekoran kaum bukan Melayu kini secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat walaupun mereka merupakan ahli parti komponen BN, terutamanya MCA dan MIC.
Tambahnya lagi, sekiranya fenomena ini berterusan, ramalan menteri besar, Ghani Othman bahawa 15 daripada 26 kerusi parlimen di negeri itu bakal ditawan Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan.
Inilah yang membimbangkan veteran Umno tersebut yang enggan disiarkan namanya atas faktor keselamatan selepas persidangan tamat kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Beliau secara terbuka meminta veteran Umno supaya turun membantu pemimpin pelapis peringkat pergerakan pemuda dan puteri dari segi pengalaman dan sokongan moral bagi mengekang pengaruh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkannya "berbahaya bagi masa depan orang Melayu". ~jalanpulang
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga klinik pakar wanita di ibu kota
dikesan menawarkan khidmat menggugurkan janin kepada pelajar sekolah
yang terbabit dalam hubungan terlarang.
Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.
Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.
“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.
KUALA LUMPUR:
Siti Zailah Mohd. Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri
menyatakan status 250,204 orang anak luar nikah yang berdaftar di
Malaysia sejak tahun yang lalu.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.
Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta anggota polis bertugas secara berkumpulan bagi mengelakkan penjenayah bertindak ganas, sekaligus menumpaskan penjenayah dengan lebih cepat dan cekap.
"Dalam kejadian di mana penjenayah mengambil tindakan liar dengan melepaskan tembakan, ini adalah cabaran pada perkhidmatan polis dan kami sentiasa menilai pencapaian dan cara-cara kita bekerja untuk meningkatkan lagi tugasan kita," katanya kepada pemberita selepas melawat dua anggota polis yang cedera terkena tembakan penjenayah, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu hari ini.
L/Kpl Mohd Samsul Anuar Mohd Adnan, 27, dari Balai Polis Paloh, Gua Musang dan Kpl Mat Raduan Mat Hassan, 50, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Machang cedera ditembak penjenayah baru-baru ini.
Ismail berkata bagi mengelakkan pegawai dan anggotanya tercedera pada masa hadapan, pihaknya akan menyemak latihan yang dilaksanakan di pusat latihan polis bagi meningkatkan lagi ciri-ciri untuk anggota polis bertindak dalam situasi tertentu.
Mengenai dua anggota polis yang cedera itu, beliau berbangga dengan kesungguhan mereka bertugas dengan mempertaruhkan nyawa mereka demi menjaga kepentingan masyarakat, di samping menunjukkan polis tidak patah semangat untuk menjejaki penjenayah walaupun selepas rakan mereka terkena tembakan.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak HRPZII kerana telah memberikan respons segera dan menawarkan perkhidmatan perubatan yang baik menyebabkan kedua-dua anggota polis itu selamat.
Mengenai kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama sehingga menimbulkan kontroversi, Ismail berkata siasatan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov.
- Bernama
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mayat wanita yang ditemui dalam keadaan masih berpakaian itu dipercayai telah mati kira-kira empat hari lepas berdasarkan keadaan mayat.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa tidak dicederakan ekoran tidak terdapat sebarang kesan kecederaan.
"Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di kerusi bahagian tengah bas yang telah tersadai," katanya kepada pemberita ketika dihubungi.
Ab Rashid berkata polis menemui sebilah pisau dan kain tuala di tempat kejadian bagaimanapun polis masih menyiasat sama ada penemuan barang itu mempunyai kaitan dengan kejadian itu atau sebaliknya.
"Polis tidak menjumpai dompet serta kad pengenalan mangsa. Kita masih menyiasat sama ada mangsa warga tempatan atau asing," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
- Bernama
Laporan dibuat di Balai Polis Meru di sini oleh Gerakan Masyarakat Prihatin Meru, Persatuan Penduduk Taman Datuk Bandar Meru, Persatuan Penduduk Kariah Kampung Haji Mohamad Sharif Meru dan Persatuan Kariah Surau Haji Kamarudin Meru pada pukul 1 tengahari ini.
Mereka meminta polis menyiasat kenyataan Nurul Izzah itu yang didakwa berbaur hasutan.
Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin, Jaya Kusuma Rosman berkata Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai perlu bertanggungjawab sekiranya ada orang Melayu yang murtad ekoran kenyataannya itu.
Beliau berkata Nurul Izzah juga perlu meminta maaf kepada orang Melayu dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataannya itu lagi.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai
berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga
patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov.
- Bernama
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu bersifat mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan, itu tidak akan kita benarkan.
"Jika dicampuradukkan politik dan pendekatan cakap tidak serupa bikin dengan agama dan isu kaum, ia memberi kesan yang boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rela Sabah Bersama Pemimpin di Sandakan hari ini.
Hishammuddin berkata beliau ingin mengetahui jawapan PAS kepada hujah Nurul Izzah itu kerana dahulu Umno dikafirkan kerana berkawan dengan MCA dan Gerakan.
"Sekarang ini isu begitu sensitif, boleh diterima pula oleh PAS yang menunjukkan mereka tidak konsisten dalam pendirian mereka," katanya.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov.
- Bernama
Helikopter Sikorsky terhempas di gunung Herekol, di kawasan Pervari wilayah Siirt, ujar Gabenor Siirt, Ahmet Aydin. Mangsa adalah anggota angkatan khas kerajaan dan tiada penumpang yang terselamat, katanya.
Tentera Turki telah menjalankan operasi di kawasan pergunungan itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk mengusir militan dari kumpulan pemisah yang diharamkan, Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang mempunyai tempat persembunyian sana.
Sejak musim panas terdapat peningkatan dalam serangan PKK di tenggara Turki, terutamanya di rantau Hakkari.
Jet dan helikopter Turki telah menyerang kem PKK di sepanjang sempadan dengan Iraq dan Iran selama tiga hari, membunuh 42 militan, lapor gabenor Hakkari lewat Jumaat lalu.
Lebih daripada 40,000 orang telah terbunuh dalam konflik antara Turki dan PKK, yang melancarkan pemberontakan pada tahun 1984 dengan tujuan membentuk sebuah negara berasingan di kawasan warga Kurdistan di tenggara Turki.
PKK dilabelkan sebagai kumpulan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. (asharq-e.com)
Pelaburan di Selangor RM6.9 bilion, tertinggi di Malaysia
Nazli Ibrahim, Selangorku, | 11 Nov 2012 |
(Khalid semasa merasmikan Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012)
SHAH ALAM: Perkembangan ekonomi Selangor dijangka terus berkembang pesat setelah negeri itu berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai RM6.9 bilion berbanding negeri-negeri lain.
Angka yang diperolehi dari statistik terbaru, sehingga Ogos 2012 itu diperolehi dari MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) semalam.
Statistik pelaburan itu juga menunjukkan Selangor berjaya mencatat jumlah pelaburan dalam negeri tertinggi yang bernilai RM5.23 bilion dan pelaburan asing bernilai RM1.66 bilion dengan jumlah projek perindustrian tertinggi, 170 projek.
Jumlah tersebut berjaya dicapai disebabkan kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perniagaan sekaligus menarik minat pelabur-pelabur baru untuk melabur.
Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam upacara perasmian ‘Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012′ yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.
“Kita terus konsisten mengekalkan kedudukan tiga negeri teratas yang berjaya menarik pelaburan tertinggi di Malaysia disebabkan kemampuan kita mewujudkan persekitaran kondusif dan sihat untuk aktiviti perniagaan dan pelaburan.
“Mungkin kalau anda melabur RM1 di Selangor, ia mempunyai nilai lebih tinggi berbanding melabur RM1 berbanding negeri lain,” kata Abdul Khalid.
Menurut Abdul Khalid, langkah mengadakan ekspo juga merupakan langkah yang berkesan bagi menjana aktiviti perniagaan seperti aktiviti pemasaran produk dan memperolehi pelabur baru.
Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama turut menggesa masyarakat negeri Selangor mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan mereka.
Dalam program Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012 yang berlangsung dari 9 hingga 11 November di SACC, sebanyak 132 syarikat yang memasarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikkan mengambil bahagian.
Selain itu, dianggarkan lebih 300 produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dari dalam dan luar negeri turut dipamerkan di sepanjang ekspo sama.
Ekspo tersebut dianjurkan oleh Multi Mutual Resources dan mendapat sokongan Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Selangor Times.
Veteran Umno Johor mengakui Umno semakin NAZAK..
Addin, | 11 Nov 2012 |
Buktinya, semasa Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia di Kuala Terengganu, Terengganu, pemangku pengerusinya, Mohd Zahid Sirat mengakui, ahli Umno mesti sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Mohd Zahid berkata lagi, ini kerana pilihanraya umum akan datang bukan sahaja menentukan ‘hidup mati’ Umno tetapi juga masa depan Barisan Nasional (BN).
Tambahnya lagi, “Pakatan Rakyat yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan negara ini.
Ugutnya lagi, “Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi (Melayu) selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan yang bermula semalam.
Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan BN.
“Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara,” katanya.
Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan.
“Orang Melayu mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam,” katanya.
Seramai 545 anggota veteran Umno seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini.
Perdana menteri, Najib Altantuya juga tidak menolak kenyataan pahit sambil mengugut bahawa Umno dan BN tidak akan kembali berkuasa buat selama-lamanya sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menewaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Ditambah lagi dengan statistik bahawa Pakatan Rakyat kini sudah berjaya memperolehi 128 kerusi parlimen sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam tempoh dua bulan setakat 30 September lalu.
Veteran Umno dari Johor yang ditemui turut melahirkan rasa cemas dengan perkembangan terkini yang menyaksikan Pakatan Rakyat kini bukan setakat berjaya menembusi kubu kuat Umno di negeri itu, malah sambutan hebat turut diterima dari warga peneroka Felda yang selama ini menjadi antara simpanan tetap Umno dan BN setiap kali pilihanraya diadakan.
Ujarnya lagi, generasi kedua dan ketiga Felda yang terdedah dengan sumber maklumat alternatif menerusi internet dan laman sosial turut menyumbang kepada kemerosotan pengaruh Umno di kalangan mereka yang berusia 20 hingga 45 tahun.
Mendedahkan satu maklumat sulit yang diperolehinya, dia mengakui beberapa kerusi parlimen BN di Johor seperti Kluang, Simpang Renggam, Segamat dan Labis sudah tidak selamat ekoran kaum bukan Melayu kini secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat walaupun mereka merupakan ahli parti komponen BN, terutamanya MCA dan MIC.
Tambahnya lagi, sekiranya fenomena ini berterusan, ramalan menteri besar, Ghani Othman bahawa 15 daripada 26 kerusi parlimen di negeri itu bakal ditawan Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan.
Inilah yang membimbangkan veteran Umno tersebut yang enggan disiarkan namanya atas faktor keselamatan selepas persidangan tamat kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Beliau secara terbuka meminta veteran Umno supaya turun membantu pemimpin pelapis peringkat pergerakan pemuda dan puteri dari segi pengalaman dan sokongan moral bagi mengekang pengaruh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkannya "berbahaya bagi masa depan orang Melayu". ~jalanpulang
Mudahnya nak gugur!
Oleh SHAMRAN SARAHAN, ANIZA ZAINUDIN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.
Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.
“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.
Apa status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar
Harakahdaily, | 05 Nov 2012 |
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.
Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.
IGP: JAIS siasat kenyataan Nurul Izzah
Anggota
polis terutamanya yang bertugas di barisan hadapan membanteras jenayah,
diminta supaya sentiasa berwaspada dengan mereka yang tidak
bertanggungjawab, bersikap ganas dan tidak menghormati polis yang
melaksanakan undang-undang negara.Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta anggota polis bertugas secara berkumpulan bagi mengelakkan penjenayah bertindak ganas, sekaligus menumpaskan penjenayah dengan lebih cepat dan cekap.
"Dalam kejadian di mana penjenayah mengambil tindakan liar dengan melepaskan tembakan, ini adalah cabaran pada perkhidmatan polis dan kami sentiasa menilai pencapaian dan cara-cara kita bekerja untuk meningkatkan lagi tugasan kita," katanya kepada pemberita selepas melawat dua anggota polis yang cedera terkena tembakan penjenayah, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu hari ini.
L/Kpl Mohd Samsul Anuar Mohd Adnan, 27, dari Balai Polis Paloh, Gua Musang dan Kpl Mat Raduan Mat Hassan, 50, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Machang cedera ditembak penjenayah baru-baru ini.
Ismail berkata bagi mengelakkan pegawai dan anggotanya tercedera pada masa hadapan, pihaknya akan menyemak latihan yang dilaksanakan di pusat latihan polis bagi meningkatkan lagi ciri-ciri untuk anggota polis bertindak dalam situasi tertentu.
Mengenai dua anggota polis yang cedera itu, beliau berbangga dengan kesungguhan mereka bertugas dengan mempertaruhkan nyawa mereka demi menjaga kepentingan masyarakat, di samping menunjukkan polis tidak patah semangat untuk menjejaki penjenayah walaupun selepas rakan mereka terkena tembakan.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak HRPZII kerana telah memberikan respons segera dan menawarkan perkhidmatan perubatan yang baik menyebabkan kedua-dua anggota polis itu selamat.
Mengenai kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama sehingga menimbulkan kontroversi, Ismail berkata siasatan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov.
- Bernama
Wanita ditemui mati dalam bas tersadai
Mayat
seorang wanita ditemui dalam sebuah bas yang tersadai berhampiran
kawasan Menara Majlis Perbandaran Kajang, Kajang, Selangor pada
kira-kira 10.30 pagi ini.Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mayat wanita yang ditemui dalam keadaan masih berpakaian itu dipercayai telah mati kira-kira empat hari lepas berdasarkan keadaan mayat.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa tidak dicederakan ekoran tidak terdapat sebarang kesan kecederaan.
"Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di kerusi bahagian tengah bas yang telah tersadai," katanya kepada pemberita ketika dihubungi.
Ab Rashid berkata polis menemui sebilah pisau dan kain tuala di tempat kejadian bagaimanapun polis masih menyiasat sama ada penemuan barang itu mempunyai kaitan dengan kejadian itu atau sebaliknya.
"Polis tidak menjumpai dompet serta kad pengenalan mangsa. Kita masih menyiasat sama ada mangsa warga tempatan atau asing," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
- Bernama
NGO lapor polis isu kenyataan Nurul Izzah
Empat
badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap naib
presiden PKR Nurul Izzah Anwar berikutan kenyataan kontroversinya
mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu. Laporan dibuat di Balai Polis Meru di sini oleh Gerakan Masyarakat Prihatin Meru, Persatuan Penduduk Taman Datuk Bandar Meru, Persatuan Penduduk Kariah Kampung Haji Mohamad Sharif Meru dan Persatuan Kariah Surau Haji Kamarudin Meru pada pukul 1 tengahari ini.
Mereka meminta polis menyiasat kenyataan Nurul Izzah itu yang didakwa berbaur hasutan.
Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin, Jaya Kusuma Rosman berkata Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai perlu bertanggungjawab sekiranya ada orang Melayu yang murtad ekoran kenyataannya itu.
Beliau berkata Nurul Izzah juga perlu meminta maaf kepada orang Melayu dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataannya itu lagi.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai
berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga
patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov.
- Bernama
Nasha: Orang Islam tiada hak pilih agama
Bekas
timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menegaskan bahawa kenyataan
kontroversi MP Lembah Pantain Nurul Izzah Anwar bermaksud bagi "memberi
kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan
manusia".
Sedangkan, surah al-Quran yang dipetik oleh Nurul Izzah dalam ucapan pada 3 November itu hanya tertakluk kepada golongan bukan Islam.
"Tafsiran itu bermaksud, selagi mana sesorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim tiada hak sedikitpun untuk memaksa dia memeluk Islam.
"Apabila Allah telah tentukan dalam urusan berkaitan akidah, syariah dan akhlak, kita tidak ada hak untuk memilih.
"Hak kita hanya 'kami dengar dan kami taat' sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran," katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini.
Oleh itu, Nurul Izzah perlu memberi penjelasan sekiranya tidak bermaksud bahawa kenyataannya adalah berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu Islam.
Sekiranya tidak, naib presiden PKR itu perlu menarik balik kenyataannya, kata Nasha seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.
Beliau turut membidas pemimpin PAS yang mempertahankan Nurul Izzah dengan hujah bahawa pemimpin berkenaan tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam.
Nasharudin juga menggesa pemimpin tertinggi PAS untuk mengeluarkan kenyataan memandangkan terdapat anggota parti yang tidak selesa dengan kenyataan Nurul Izzah.
"Mereka tunggu kenyataan pemimpin tertinggi sampai sekarang tidak keluar-keluar lagi," katanya.

Menteri: Nurul Izzah 'politikkan akidah'
Kenyataan
naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu Islam boleh
memilih agama di bawah faktor kebebasan agama boleh menimbulkan suasana
yang bukan sahaja sensitif tetapi boleh menimbulkan kemarahan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu bersifat mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan, itu tidak akan kita benarkan.
"Jika dicampuradukkan politik dan pendekatan cakap tidak serupa bikin dengan agama dan isu kaum, ia memberi kesan yang boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rela Sabah Bersama Pemimpin di Sandakan hari ini.
Hishammuddin berkata beliau ingin mengetahui jawapan PAS kepada hujah Nurul Izzah itu kerana dahulu Umno dikafirkan kerana berkawan dengan MCA dan Gerakan.
"Sekarang ini isu begitu sensitif, boleh diterima pula oleh PAS yang menunjukkan mereka tidak konsisten dalam pendirian mereka," katanya.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov.
- Bernama
Dr M: 'Nurul Izzah bertindak bodoh, melampau'
Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung
kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.
Dr Mahathir berkata walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov.
- Bernama
Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.
Dr Mahathir berkata walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov.
- Bernama
Liked · 11 hours ago
Seorang
A politikus parti 123 berkata "Aku mendapati patung barbie boleh
digunakan untuk kanak-kanak". Orang B melaporkan "A berkata bahawa babi
itu halal dan boleh dimakan oleh kanak-kanak". Orang dari parti C
berkata "Jahatnya A, menghalalkan yang haram".
A menjawab "Eh, saya kata PATUNG barbie, bukan babi!".
C dan rakan2nya D,E F berkata " Tak guna berdolak dalik..kamu memang menyokong liber

al dan menghina Islam"
Z ditanya oleh media sedang dia tidak mendengar sendiri lalu memberi komen "Ish, ini sudah teruk, kalau dia menghalalkan babi, saya merasakan dia adalah agen Yahudi di negara kita"
Pengajaran Ringkas :
a) Apabila seseorang menafikan dia bercakap sesuatu, itulah yang patut dipakai, bukan intrepretasi orang ramai. Malah jika betul sekalipun dan ia kemudian menafikan, itu bermakna dia tersilap lidah dan tersasul & ingin membetulkan.
b) Namun kerana politik, TIADA ISTILAH tersasul atau tersalah, semuanya MESTI SENGAJA NAK SALAH, walau dah diperbetulkan.
c) Oleh kerana itu bentuk iklim politik kita, sebagai orang awam yang baik, kita MESTI menahan diri dari terus mempercayai, sebaliknya menapis dengan rujukan dan kajian sebelum percaya. Jika tidak sempat, tidak perlu percaya terus..
d) Contoh di atas TIADA ditujukan kepada mana-mana kes tertentu dan parti secara specifik, ia untuk umum dan pelbagai kes semasa dan melibatkan semua parti. Kerana ia seolah sudah jadi, fenomena negatif dalam masyarakat hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan