Ahad, 25 November 2012

MAKSUDNYA KALAU DAH ROSAK....BOLEH TUKARLAH....AMBIK KAU

PM: Kalau tak rosak, tak payah tukar kerajaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa tidak perlu perubahan kerajaan di Malaysia kerana pentadbiran sekarang telah menjadinya sebuah negara yang dicemburi banyak negara lain.

elderly woman at barisan 1malaysia gatheringMerujuk kepada Arab Spring, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak
boleh membenarkan pemberontakan seumpama itu berlaku di sini.

Oleh itu, katanya, mengapa hendak membaiki kerajaan yang ada jika ia tidak rosak, malah Malaysia dicemburi banyak negara lain.

Menurutnya, jika Malaysia sebuah negara yang gagal, masakan orang Bangsamoro (umat Islam di selatan Filipina) pandang ke Malaysia untuk mewujudkan keamanan selepas 40 tahun pertumpahan darah di sana.

Najib berkata demikian kepada kira-kira 2,000 orang di perhimpunan NGO yang ditaja oleh kerajaan - Himpunan Barisan 1Malaysia - di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

barisan 1malaysia gathering pwtc makciksPM berkata situasi di negara-negara yang mengalami perubahan rejim
semasa Spring Arab adalah jauh berbeza dari Malaysia di mana para belianya "penuh dengan harapan masa depan yang jauh lebih baik daripada hari ini".

Beliau berkata, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai insentif kepada rakyat, dan boleh memberi lebih banyak lagi jika negara ditadbir dengan baik.

barisan 1malaysia gathering pwtc crowdMenurutnya, kerajaan telah menaikkan gaji, elaun dan pencen, memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 1, BR1M 2, yang juga diberi kepada orang bujang, malah diberikan tayar kereta percuma.

Malah, katanya, lebih banyak boleh diberikan pada masa hadapan dengan syarat negara ditadbir dengan baik.

Dan ini, katanya, tidak boleh dilakukan melalui "janji kosong" yang menurutnya seperti yang disebutkan dalam manifesto pembangkang Buku Jingga.

"Atau Buku Jing-gay, tapi itu orang lain kata, bukan saya kata," kata Najib secara berseloroh. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib mengingatkan semua pihak khasnya pembangkang agar tidak cuba melibatkan campurtangan asing dan membawa budaya negatif dari luar yang boleh merosakkan potensi dan masa depan Malaysia sebagai sebuah negara.

Menyelar tindakan yang disifat memalukan negara itu, Perdana Menteri berkata potensi Malaysia tidak wajar dirosakkan dengan kemasukan anasir luar kerana negara ini penuh dengan pengharapan dan mempunyai masa depan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki hari ini.
   
"Kita sudah ada yang baik di sini...'why fix when it is not broken' (kenapa nak betulkan jika tidak ada yang salah)," katanya.

Najib berkata Malaysia kini menjadi contoh kepada banyak negara malah ada yang mencemburui kejayaan dan pencapaian negara namun ada pihak di dalam negara yang sengaja mencari kesalahan kerajaan untuk dijaja ke negara luar.
   
"Jangan cakap dalam negeri, orang Bangsamoro pun hendak berdamai pandang ke Malaysia, (selama) 40 tahun, lebih 100,000 orang sudah mati, tapi kata putusnya pada Malaysia.

"Di sini ada orang cari salah pada kita, (sedangkan) yang lain lagi teruk. Di Amerika Syarikat pilihan raya presiden pun banyak masalah, pengundi tidak ada nama di tempat mengundi, keputusan lambat, tetapi tidak ada pihak yang kata ada penipuan besar, pemilihan (Presiden Barack) Obama bagi penggal kedua tidak sah, tidak ada...," katanya.
   
Sambil menempelak pembangkang yang sering mempersoalkan dan mempertikai kerajaan, Najib berkata mereka bagaimanapun mendiamkan diri apabila barisan pembangkang berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
   
"Jadi jangan minta negara luar campurtangan, jangan bagi malu kepada negara kita. Kita sudah buat yang terbaik untuk Malaysia tapi dia pergi Australia untuk minta campurtangan, nasib baik Australia tidak ikut," katanya, merujuk tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum bebas dan adil di Malaysia.
   
Australia bagaimanapun menolak rayuan itu serta menegaskan bahawa negara itu tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.
   
"Dia tahu kita ada hubungan baik, dia tahu pemimpin kita, dia kenal. Ini dia (Anwar) pergi sana cucuk sana, cucuk sini.

"Kita jangan jadi macam itu, kita ada peluang dan masa depan yang cukup baik jadi fikirkanlah untuk masa depan anak-anak kita," tegasnya.

Menyedari sokongan rakyat tidak lagi tertumpu hanya kepada parti-parti siasah, Najib berkata realiti baru politik yang didukung perkembangan teknologi maklumat menuntut kerajaan untuk mengukuhkan hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat umum.

"Sebab itu kita mengiktiraf NGO kerana Barisan Nasional (BN) faham masa depan negara bergantung kepada permuafakatan bersama NGO dan masyarakat madani yang seharusnya dibawa bersama sebagai rakan kongsi untuk mencapai matlamat
mentransformasikan negara," katanya.

Menegaskan BN bukanlah parti yang kaku, Najib berkata kerajaan bersedia melakukan perubahan untuk membawa kejayaan lebih besar kepada negara.
   
"Kita telah membuktikan tidak semestinya kita tukar kerajaan untuk maju tetapi kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan yang sama," katanya.
  
Kerajaan sudah lama rosak, patut tukar sekarang
Posted on Sunday, November 25 @ 11:42:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: senik

"Assalamualaikum,

Najib BOHONG!

Berhimpun bersama samanya adalah manusia yang rosak dan bakal merosakkan negara kalau dibiarkan meneruskan agenda kebathilan mereka.Najib dengan suara bodoh sombong(penulis menggunakan perkataan bodoh dan sombong kerana Najib bersikap seperti orang yang berak di tengah jalan tetapi enggan mengaku walaupun semua orang nampak dia berak) berkata negara kita dicemburi oleh orang luar. Dengan rasa tidak malu dia berkata orang MORO diselatan Filipina mengharapkan Malaysia untuk menyelesaikan masalah mereka sedangkan satu ketika dulu dia bersama kerajaan Malaysia dengan bangga menyerahkan seorang saudara seagama bernama Nur Masuri kepada orang kristian Filipina.

Apa jua yang dikatakan Najib ketika perhimpunan barisan 1 Malaysia adalah bohong belaka.Perkataan 1 Malaysia itu sendiri sudah menggambarkan kerosakan kerajaan Malaysia sekarang kerana ianya datang dari saranan yahudi yang membunuh saudara kita di Gaza.Malah perhimpunan itu sendiri merupakan satu kegagalan kerajaan kerana secara jelas menggunakan duit rakyat untuk kepentingan survival Najib dan UMNO.

Najib tanpa ada sedikit rasa segan dan malu serta simpati kepada rakyat mendakwa segala yang diperlukan rakyat sudah disediakan.Bantuan 1 Malaysia dan berbagai bagai bantuan yang disediakan kerajaan sudah cukup untuk rakyat untuk mengekalkan kerajaan.BOHONG semuanya.Barangsiapa yang percaya kata kata Najib mungkin akan menjadi orang orang yang malang satu hari nanti.

Najib mendakwa buku jingga atau jing gay(Najib kata orang lain kata tetapi sebenarnya dia yang kata walaupun ramai juga tahu kisah Najib dengan Altantuya dan kisah percintaannya dengan Rosmah isterinya yang tercinta dan mungkin akan menjadi seperti Imelda Marcos) adalah janji palsu sedangkan buku jingga masih belum dilaksanakan lagi kerana PR masih belum berkuasa.Hebat sangat ker Najib untuk mengetahui ianya janji palsu tanpa memberi peluang kepada PR untuk membuktikannya?Sekaligus Najib membandingkan buku jingga atau buku jing gay dengan apa yang dilakukan kerajaan sekarang yang menurutnya mencukupi bagi rakyat menerima kerajaan seadanya.BOHONG kerana Najib langsung tidak menyebut bagaimana kerajaan sekarang yang kelihatan pandai menjaga kebajikan rakyat mencari wang/dana.

Dana kerajaan sekarang datang dari mana?wang kerajaan sekarang datang dari mana?jawabannya, sebahagian besar dana kerajaan datang dari rakyat.Ini bermakna apa yag didakwa Najib mengenai bantuan kewangan yang diberikan kerajaan sebenarnya disumbangkan oleh rakyat.Sekaligus menafikan semua yang dikatakan Najib.Lihat saja kepada buget 2013, semua insentif yang kononnya diberikan kerajaan sebenarnya datang dari rakyat.Ini bermakna Najib menggunakan wang rakyat untuk menipu rakyat.

Malah dalam baget 2013, Najib mendedahkan kerosakan kerajaan apabila menarik balik subsidi gula semata mata kerana kerajaan kekurangan dana untuk tujuan memberi bantuan yang menjadikan bahan untuk mendakwa kerajaan sekarang tidak rosak.Sebaliknya Najib langsung tidak menyebut mengenai status jutawan pengedar gula dan keuntungan berjuta ringgit hasil dari hak pengedaran tersebut.

Sampai bila lagi Najib mahu dibiarkan berbohong dengan menggunakan wang rakyat?Budaya berbohong akan terus menjadi budaya Najib dan UMNO selagi Najib dan UMNO dibiarkan berkuasa dan berleluasa.Oleh itu doa agar ALLAH menghapuskan UMNO adalah usaha yang paling wajar bagi setiap orang ISLAM(bukan sahaja orang PAS).Doa yang sudah digerakkan oleh PAS patut diteruskan secara istiqamah oleh setiap orang Islam yang beriman.Lagipun pembohongan Najib yang disebut di atas hanyalah hal hal yang berkaitan dunia sahaja sedangkan pembohongan Najib dan UMNO turut melibatkan agama.Teguran demi teguran sudah disampaikan kepada mereka tetapi sejak dulu UMNO tidak pernah mahu mendengarnya malah berkali kali mahu mengubah agama dengan usaha terbaru mereka ialah ISLAM WASATIYYAH yang membolehkan mereka terus menfitnah dan menyebarkan pembohongan tanpa had.

Fitnah dan pembohongan UMNO turut melibatkan orang orang cerdik yang bodoh seperti Chandra Muzafar(turut kelihatan berada di pentas ketika perhimpunan barisan 1 Malaysia bersama pakar motivasi jutawan Fadillah Kamsah)Antara pembohongan dan fitnah yang sudah dapat dikesan ialah tuduhan DSAI sebagai agen yahudi sedangkan mereka terus membawa slogan 1 Malaysia yang berbau yahudi.

Kesimpulannya, UMNO sudah tidak boleh diubah, oleh itu satu satu caranya yang ada ialah memohon pertolongan ALLAH untuk menghapuskan UMNO.Sebahagian umat ISLAM mungkin sudah lama bangkit berqaimulai memohon ALLAH menghapuskan kezaliman dan kebathilan berserta penganjurnya(di negara kita penganjur kezaliman dan kebathilan ialah UMNO) dan memberi kemenangan kepada perjuangan menegakkan agama ALLAH.Tetapi kini, PAS sudah memulakan langkah yang lebih khusus memohon doa agar UMNO dihapuskan.Kepada umat ISLAM yang benar benar beriman, usaha awal PAS ini harus diteruskan semuga ALLAH melenyapkan terus UMNO dan kroni kroni mereka dari bumi ALLAH bernama Malaysia."
Najib: 'Pembangkang mabuk nak kuasai Putrajaya'
Wartawan Sinar Harian
25 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan pembangkang sebagai "sangat obses, mabuk nak menguasai Putrajaya" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sehingga sanggup meminta bantuan asing atas alasan sistem pilihan raya negara ini tidak bersih.

"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) dalam Umno dan BN pun tak pernah pertikai SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

"Australia pun  dah tolak (permintaan Anwar untuk memantau dan memerhati PRU13)," kata Najib dalam temubual eksklusif bersama pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012. Transkrip temu bual dikeluarkan oleh Bernama lewat semalam.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ditanya berhubung pelbagai usaha yang dilakukan bagi menanam persepsi kononnya pilihan raya di negara ini tidak adil, menolak elemen ketelusan termasuk pelbagai tohmahan sehingga memaksa campur tangan dari negara luar sepertimana yang dilakukan oleh Anwar.

"Sekarang timbul seolah-olah mereka nak sediakan minda rakyat bahawa kalau BN menang dia menang kerana penipuan. Ini menafikan amalan demokrasi kita yang selama ini berjalan dengan baik," ujar Najib, yang juga Presiden Umno.

[LAGI BERITA DI SEGMEN POLITIK DAN WAWANCARA PENUH DI SEGMEN WAWANCARA

Sehubungan itu, Najib ditanya sama ada tindakan Anwar itu kerana beliau sendiri tidak yakin pembangkang mampu meraih kemenangan dalam ibu segala pilihan raya ini.

"Sebab itu saya kata dia menyediakan minda rakyat. 'Preemptive'. Ada juga orang kata bahawa kalau dia tak menang, dia nak tunjuk perasaan juga. Nak tunjuk pilihan raya kita tak telus dan tak adil.

"Segala-galanya boleh berlaku sebab mereka sangat obses, mabuk nak menguasai Putrajaya. Australia pun  dah tolak (permintaan Anwar untuk memantau dan memerhati PRU13)," kata beliau.

Baru-baru ini Anwar dilapor menulis kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr untuk meminta negara terbabit membantu memantau pilihan raya di Malaysia.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya di negara ini.

Beliau turut mempertikai kebebasan SPR dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut memberitahu beberapa pemerhati Asean akan dibawa untuk memantau pilihan raya kali ini supaya tidak timbul sebarang keraguan bahawa ia dijalankan mengikut Perlembagaan, undang-undang negara dan kesahihan supaya keputusan rakyat tidak boleh dipertikaikan.

Sekarang, Umno-BN rejim paling korup di Asia dengan wang haram terbanyak mengalir keluar 

Written by  Moaz Nair, Malaysia Chronicle

Najib boleh merayu kepada rakyat untuk menyelamatkan BN (Barisan Nasional) dari tersungkur dalam pilihan raya umum yang akan datang. Namun, dia tidak sedar bahawa kemantapan politik dan kestabilan ekonomi kekal sebagai idea sahaja apabila rasuah berleluasa dalam kerajaan. Rasuah atau penyalahgunaan kuasa awam adalah sinonim dengan urus tadbir yang buruk bagi sesebuah negara
"UMNO dan BN bergelumang dengan skandal dan rasuah, ekonomi yang parah dan akhir-akhir ini yang mendedahkan bahawa pihak berkuasa asing sedang meneliti akaun bank rakyat Malaysia yang terkenal termasuklah ahli politik," komen seorang ahli parlimen yang senior. "Tiada apa yang memberi petanda baik bagi kerajaan sebelum pilihan raya umum yang akan datang," katanya lagi.
IPR (Indeks Persepsi Rasuah) Malaysia pada tahun 2011 seperti yang diterbitkan dalam TI (Transparency International) adalah 4.3 - skor terburuk dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Angka ini terus merosot apabila lebih banyak kes-kes rasuah dibongkar oleh pihak pembangkang yang kuat di negara ini sekarang.
Ini akan meletakkan negara setanding dengan kebanyakkan negara membangun yang lain yang sedang menghadapi masalah yang sama - rasuah, ketidaktentuan politik dan ekonomi yang tidak stabil.
Kestabilan politik adalah penting bagi pelabur dan pembangunan. Kestabilan ini hanya boleh ditambah apabila terdapat sistem dua-parti. Menyemak dan memberi imbangan adalah penting dalam memastikan bahawa terdapat demokrasi yang sihat, akauntabiliti dan tiada penyalahgunaan kuasa awam untuk kepentingan peribadi. Menindas pembangkang dengan pembohongan dan kebencian akan menampakkan kerajaan yang sedang memerintah kurang bijak.
"Untuk memastikan kemantapan politik hanya ahli politik yang mempunyai integriti, cekap dan tidak rasuah dipilih untuk menerajui negara," komen seorang pensyarah universiti.
Bukti pentadbiran yang cekap
Sistem dua-parti di negara ini telah merintis jalan bagi kedua-dua BN dan PR bersungguh dalam menjaga kepentingan negeri-negeri di negara ini.
Bukti tadbir urus yang baik boleh dicontohi dari empat negeri di bawah kerajaan PR (Pakatan) - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - yang merintis jalan bagi ketelusan untuk semua negeri-negeri lain contohi.
Kejayaan negeri-negeri di bawah PR adalah bukti bahawa negara tidak akan berada dalam bahaya atau terjerumus dalam bankrupsi jika pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara.
Kepastian politik adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi. Selaras dengan ini, pelabur yakin bahawa Pulau Pinang dan Selangor adalah dua negeri yang paling berjaya dan stabil di negara ini. Kedua-dua negeri mencapai yang terbaik dari segi pertumbuhan ekonomi bagi empat tahun yang lalu.
Negri-negeri ini diuruskan dengan baik dari segi kewangan dan ekonomi. Kedah dan Kelantan juga telah ditadbir dengan baik.
Jumlah gabungan pertumbuhan ekonomi di empat negeri di bawah PR adalah yang tertinggi berbanding dengan jumlah gabungan semua negeri-negeri di bawah pemerintahan BN dalam tempoh empat tahun yang lalu. Sebabnya adalah mereka tahu bagaimana menjana pendapatan, tidak mengamalkan rasuah dan pembaziran. Selangor, misalnya, telah mencatatkan jumlah tertinggi dalam rizab, iaitu RM1.9 bilion bagi tahun lepas.
Tiada yang lebih nyata
Hutang Pulau Pinang kepada kerajaan persekutuan telah dikurangkan daripada RM630 juta kepada hanya RM30 juta. Oleh itu, tiada apa yang lebih membuktikan kejayaan daripada apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan sekarang.
Kecekapan dan bebas daripada rasuah telah memainkan peranan dalam kemakmuran ekonomi dari segi perbandingan yang dinikmati oleh negeri-negeri ini sejak kerajaan PR mengambil alih. Negeri-negeri ini telah menyaksikan kestabilan dan kemakmuran bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dalam aspek sosial dan agama juga.
Sama ada BN atau PR, akan sentiasa ada kemantapan politik di negara ini. Satu-satunya cara untuk memastikan keadaan ini berlaku adalah untuk memberi imbangan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dengan mempunyai pihak pembangkang yang kuat. Dalam konteks tempatan, pihak pembangkang kini boleh jadi sama ada BN atau PR - terima kasih kepada kemunculan sistem dua parti di negara ini yang telah memberi manfaat kepada rakyat.
Negara ini kini mempunyai empat negeri yang berjaya di bawah PR di mana BN adalah pembangkang. Di semua negeri-negeri lain PR merupakan pembangkang.
Kejatuhan rejim
Rasuah dalam semua bentuk menghalang kepastian politik bagi BN untuk terus berkuasa. Dengan PR membuat jalan masuk utama di kebanyakan negara pilihan raya umum akan datang dapat melihat perubahan dalam persamaan politik di negara ini. Ideal, tiada satu parti politik atau gabungan harus menerajui kuasa selama beberapa dekad sebagai hal makan Rasuah baka ini akan.
Sejarah telah membuktikan bahawa rejim-rejim ramai yang telah runtuh pada masa lalu apabila ahli-ahli politik menyalahgunakan kuasa awam untuk kepentingan peribadi mereka. Rasuah dalam semua bentuk telah membawa perubahan kepada kerajaan di seluruh dunia.
Sejarah telah menyaksikan bagaimana negara-negara di masa kini dan masa lampau yang telah berada di bawah kuasa berwibawa tunggal selama beberapa dekad tetapi akhirnya runtuh dengan cara berdenyut. Dekad kuasa tidak dicabar atau penindasan rakyat seperti 'bom masa' menunggu untuk meledak dan bagi rejim di negara-negara ini ke gua.
Apabila pemimpin, keluarga dan kroni-kroni mereka memperkayakan diri dengan wang rakyat dan golongan miskin, krisis bermula. Selepas atau sebelum kejatuhan mereka, kumpulan-kumpulan yang mementingkan diri sendiri akan mencari jalan untuk meninggalkan negara ini berserta kekayaan secara haram yang dikumpul mereka yang berada di luar negara dan di bank-bank asing. Ahli keluarga terdekat mereka menjadi jutawan dan mempunyai harta dan rumah mewah di negara-negara maju.
Banyak negara yang mempunyai pemimpin seperti Ferdinand Marcos di Filipina dan Hosni Mubarak Mesir menghadapi nasib yang sama sebagai contoh.
‘Isteri mahal’
Ferdinand Marcos adalah seorang ahli politik Filipina yang memegang gelaran Presiden Filipina selama lebih daripada dua dekad (1965-1986). Pentadbirannya kemudian dicemari oleh kezaliman autoritarian, politik, dan pencabulan hak asasi manusia.
Tahun 1986 menyaksikan penyingkirannya dari kuasa dan akhirnya hidup dalam buangan di Hawaii. Ia kemudiannya didapati pula, dalam tempoh 20 tahun dia berkuasa, dia dan isteri 'mahalnya’, Imelda Marcos telah memindahkan berbilion-bilion dolar yang digelapkan dari dana awam ke akaun dan melabur di Amerika Syarikat, Switzerland, dan juga negara-negara lain.
Kerosakan yang dilakukan begitu teruk sekali walaupun selepas rejim Marcos telah lama berlalu IPR negara itu masih berada pada 2.8-3.4 untuk 10 tahun yang lalu.
Korupsi dan penyalahgunaan kuasa
IPR bagi Mesir ialah 2.8 ke 3.4 untuk 10 tahun yang lalu. Hosni Mubarak berkhidmat sebagai Presiden keempat Mesir selama lebih kurang 3 dekad dari 1981 ke 2011.
Mubarak digulingkan setelah 18 hari demonstrasi revolusi Mesir 2011. Mubarak dan kedua-dua anaknya telah ditahan dan disoal mengenai dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Keluarga ini dikatakan telah menjadi antara orang terkaya di dunia.
Ia telah dilaporkan bahawa keadaan rasuah semasa pemerintahan presiden Mubarak tidak terkawal. Kerajaan Mesir di bawahnya dilengkapi peraturan-peraturan birokrasi, keperluan pendaftaran, dan kawalan lain yang sering memerlukan rasuah. Rasuah masih menjadi masalah utama di bawah Mubarak, yang telah berjanji untuk melakukan banyak perubahan, tetapi sebenarnya tidak melakukan apa-apa pun untuk menanganinya dengan lebih berkesan.
Pada tahun 2010, laporan TI mengenai IPR Mesir menunjukkan skor CPI sebanyak 3.1, berdasarkan persepsi tahap rasuah daripada ahli perniagaan dan penganalisis negara.
Banyak negara telah menghadapi ketidaktentuan politik bukan disebabkan rakyat atau pembangkang tetapi ahli politik yang sibuk mencari harta dalam kerajaan yang diperintahnya dan mencuri melalui cara yang licik.
Lebih menjejaskan UMNO
Kemantapan atau kestabilan politik sekali lagi fungsi banyak faktor lain, termasuk kerajaan sedia ada yang sanggup melepaskan pentadbiran jika mendapati pentadbirannya tidak cukup baik dan tidak berkesan. Hanya apabila rejim enggan melepaskan kuasa apabila kehilangan dalam pilihan raya akan menyebabkan ketidaktentuan politik. "Menukar kerajaan secara demokratik akan sentiasa dipastikan kestabilan politik dan ekonomi," kata seorang pemerhati politik tempatan. "Hanya apabila kerajaan yang sedia ada enggan menerima kekalahan dan melepaskan kuasa akan mendatangkan masalah," katanya lagi.
Selagi demokrasi dihargai, negara akan maju tanpa gangguan walaupun pakatan lain mengambil alih pemerintahan.
Jika ada sekalipun ketidaktentuan politik di negara ini, ia akan memberi kesan kepada UMNO lebih daripada PAS - dua parti didominasi Melayu di negara ini. Menyemarakkan polarisasi kaum dan agama tidak baik untuk para pelabur. Apabila UMNO memainkan isu perkauman orang akan dapat meneka bahawa ini akan membawa kepada ketidaktentuan politik atau survival UMNO itu sendiri.
Hubungan antara kaum di negara ini mujurnya telah diredakan oleh PAS - parti yang telah menunjukkan tindakan munasabah apabila menyentuh kepada hubungan antara kaum.
Selain itu, perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini juga telah membuktikan kepada pelabur bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini boleh bersatu untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebuah kerajaan yang tidak menghiraukan pilihanraya yang bebas dan adil.
Rakyat sekarang cukup bijak menilai sifat perkauman dalam cara politik UMNO. Mereka juga menganggap kerajaan sebagai korup dan tidak cekap dalam menguruskan dana negara.
"Perkauman, kerajaan yang tidak cekap dan rasuah bertanggungjawab untuk menyukarkan kehidupan rakyat," kata graduan universiti berusia 28 tahun. "Jika ini dibiarkan sahaja, ia akan menyebabkan ketidaktentuan politik di dalam negara. Ia sebenarnya akan menjejaskan UMNO daripada parti lain, "katanya.
Platform alternatif
Kepastian dan kestabilan politik akan hanya boleh dicapai apabila kerajaan yang dipilih tidak rasuah, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat.
Najib mahupun Mahathir boleh berhenti mendesak pengundi untuk setia pada BN. Apabila kerajaan tidak bertanggungjawab, korup, tidak kompeten ataupun menipu dan berboros, rakyat akan mencari alternatif lain untuk memastikan kestabilan bagi negara.
Tanpa persaingan dalam politik aka nada monopoli kuasa yang akan menjurus kepada korupsi, ketidak cekapan dan penyalahgunaan dana awam. BN tidak boleh dibenarkan untuk memonopoli kuasa.
“Merekalah sumber ketidaksatbilan kerana wang pembayar cukai dibazirkan dan menjadikan hidup sengsara bagi kebanyakkan rakyat Malaysia,” komen seorang usahawan di Kuala Lumpur. “ Amalan korupsi telah meletakkan BN dalam keadaan tidak baik dimata rakyat,” katanya lain.
Meraka yang mahukan perubahan bukanlah mahukan kekacauan tetapi ingin mendapatkan keadaan politk dan ekonomi yang stabil untuk negara. Najib terpaksa mencari apakah sebab berlakunya ketidakstabilan politik dalam kerajaan, bukan rakyat.
Ternyata, apa yang tidak pasti disini adalah masa depan politik UMNO apabila PAS sudah menjadi parti pilihan untuk menggantikan
Adakah UMNO dan BN sudah tidak relevan kepada negara ini?
Malaysia Chronicle


Wednesday, January 18, 2012


Pemimpin Umno-BN sarat dengan skandal rasuah!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB


Sejak 50 tahun Umno-BN menerajui negara, parti nasionalis itu yang bergabung dengan MCA,MIC dan Gerakan serta beberapa parti kecil lain termasuk di Sabah dan Sarawak tidak sunyi dari terpalit dengan skandal rasuah.

Ramai pemimpinnya dituduh dan didakwa atas kesalahan rasuah, ada yang telah dikenakan tindakan, tidak kurang yang terlepas bebas meskipun wang negara 'punah' dikerjakannya.

Penulis sempat merekodkan beberapa jenis skandal dan dakwaan yang pernah dihadapkan kepada pemimpin Umno oleh pelbagai latar masyarakat untuk tatapan pembaca menjelang Pilihan Raya Umum ke-13..

Berikut adalah senarai beberapa nama pemimpin dan jenis skandal
penyelewengan yang pernah dilakukan :

1) Skandal rasuah Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr

Mohd Khir Toyo :


Tuduhan : Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia
dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Hukuman : Pada 23 Disember, Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa serta-merta dan memerintahkan harta terbabit dilucut hak kepada kerajaan Malaysia


2) Skandal komisen Kapal Selam membabitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan, dengan Abdul Razak Baginda - Skandal Scorpene RM500 juta komisen

Dakwaan : -Transaksi pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis itu oleh Malaysia dikatakan dicemari dengan penyelewengan melibatkan komisyen hampir RM500 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.Ia juga dikatakan ada kaitan dengan
pembunuhan ngeri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

-Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN,
sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Hukuman : Tiada pendakwaan dalam kes ini.

3) Skandal PKFZ - Membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA.

Tuduhan : Pada 9 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Skandal PKFZ melibatkan banyak pihak seperti KDSB, LPK lain-lain disebabkan wujud penyelewengan sehingga kosnya melambung RM4.6 bilion.

Hukuman : Masih dibicarakan


4) Skandal-skandal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin, Abdul

Taib Mahmud dan keluarga :


Dakwaan : Dakwaan Taib Mahmud memiliki empayar perniagaan bernilai RM3 billion

-Adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus sebanyak RM250 juta bersamaan USD80 juta

-Tiga pengadu itu – John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat ‘empayar’ perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai ‘lebih RM3 bilion’ berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org termasuklah termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

-Pembabitan keluarga Taib dalam konglomerat terbesar negeri itu Cahaya Mata Sarawak.

-Taib telah dikaitkan dalam skandal membabitkan sogokan RM32 juta yang dibayar oleh firma-firma perkapalan Jepun yang mengangkut balak dari negeri tersebut susulan daripada laporan daripada akhbar The Japan Times Online.

-Dan antara yang terkini adalah pendedahan Sarawak Post yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud memperuntukkan RM1.8 Bilion kepada “orang yang tidak dikenali” pada tahun 2009.

Hukuman : Tiada pendakwaan.


5) Skandal Pusat Fidlot Negara (NFC) membabitkan Ketua Wanita

Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil berjumlah RM250 juta.


Dakwaan : Menggunakan dana melalui NFC membeli satu unit kondominium mewah di Bangsar dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta dan di Singapura bernilai kira-kira RM10 juta.

-Untung RM600,000 melalui simpanan tetap (Fix Deposit)

-Pegangan saham yang dimiliki ahli keluarganya termasuk suami, Dato' Dr Mohammad Salleh Ismail (249,999 unit); anaknya, Wan Shahinur Izran Mohammad Salleh (250,000 unit) dan Wan Shahinur Izmir Mohammad Salleh (1 Unit) dalam NFC.

- Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

- Sebanyak RM827,579 diguna untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009 menggunakan NFC.

-Suaminya, Dr Mohammad Salleh pula dikaitkan dengan dakwaan rasuah pihak berkuasa melalui orang tengah, Dato' Shamsulbaharin.

Hukuman : Sedang dalam siasatan SPRM


6) Skandal bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Md

Taib :


Dakwaan : Pemilikan harta melampau. Tidak dapat dinafikan bahawa harta Muhammad Taib yang melampau bukan daripada gaji dan elaun sebagai Menteri Besar.

-Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail menyebut bahawa nilaian harta yang diisytihar Muhammad Taib ialah RM 30,831,306.15. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam
kenyataan bersumpah beliau.

-Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau.
-Muhammad Taib pernah ditahan di Australia kerana gagal mengistiharkan pegangan tunai melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing.

7) Skandal penggunaan wang zakat membabitkan, Menteri Di

Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom, menteri

yang menjaga hal ehwal agama Islam.


Dakwaan : Bukti pertama pendedahan mengenai dokumen membabitkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) termasuk baucer bayaran bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.

- Bukti kedua merupakan surat Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Dato' Seri Azmi Khalid yang mengesahkan RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jumlah merangkumi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150yang tercatat di dalam baucer tersebut.

Bukti dalam dokumen itu termasuk tandatangan dari Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali yang meluluskan wang zakat itu untuk dibayar kepada syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010.

Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat itu bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah

Hukuman : Tiada pendakwaan.


8) - Skandal membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri

Kewangan II, Hasbie Satar (Tan Sri Mohammed Nor Yakcop) yang

kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Setiausaha Politiknya, Hasbie Satar ditahan SPRM, di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, bersama penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. Beliau dituduh mengikut
Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.


9) - Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji

Mohamad Bin Haji Hassan dikaitkan dakwaan mengirimkan wang

secara haram ke luar Negara membabitkan RM10 juta ke London

pada tahun 2008.


10) - Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dikenakan

tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin Umno berikutan rasuah

wang dalam Pemilihan Umno.



Turut dituduh ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin namun Khairy hanya diberikan amaran sahaja.Sementara siasatan mengenai dakwaan Ali Rustam mengamalkan
politik wang bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti tahun 2010 telah ditutup SPRM.


Paling besar, pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad banyak mencatatkan dakwaan kronisme dan rasuah.Berikut senarai yang sempat dicatatkan penulis :


Skandal-skandal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir MohammadMahathir menjadi Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia selama 22 tahun.

- RM1.8 billion di mana Mahathir sendiri yang meluluskan sendiri (bail-out) untuk syarikat Mirzan Mahathir, Konsortium Perkapalan Berhad/Diperdana. Membelanjakan RM836juta untuk membeli 11 kapal tangki dari KPB.

- Pengambil-alihan syarikat perkapalan MISC (Malaysia International Shipping Corp.) pada Nov 1998 (62% ekuiti).

- Untuk menyelamatkan DRB-Hicom (Proton) melibatkan perbelanjaan RM999.4 juta (27% ekuiti).

- Berkali-kali digunakan (RM4 bilion) untuk menyelamatkan BBMB yang hampir bangkrap kerana hutang lapuk tidak berbayar tokoh-tokoh korporat.

- Membeli Boeing 747 dari Pratt & Whitney pada Julai 1985, untuk disewakan kepada MAS dan menyelamatkan MAS daripada berhutang dengan Rolls-Royce.

- Dipaksa membeli Menara Dayabumi pada Mac 1988 dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan dijadikan ibu pejabatnya sebelum berpindah ke Menara Berkembar Petronas.
40% ekuiti Putrajaya Holdings untuk bina bandar Putrajaya dan projek MSC bernilai RM19 bilion.

- Menteri Umno melakukan rasuah, disiasat BPR, cukup bukti tapi pendakwaan disisihkan. Dato' Seri Rafidah Aziz melakukan 5 kesalahan mengagihkan saham-saham kepada menantunya Fazrin Anwar.

- Mahathir telah menghalang pendakwaan ke atas Rafidah di mahkamah, Menurut laporan Jabatan Peguam Negara 14 Mac 1995, terdapat kes prima facie Rafidah telah melakukan rasuah.

Perbuatan Mahathir menghalang proses undang-undang dijalankan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

- Mengamalkan kronisme dan nepotisme secara berleluasa dan berterusan dalam pemerintahan BN. Siapa kroni Mahathir : Ananda Krishnan (Binariang), William Chin (Lion Group), Hanif Omar (Genting), Francis Yeoh (YTL), Jefrey Chia (Sunway Group), Lim Kim Yew (Mines Resort), Vincent Tan (Berjaya, Sport Toto, Raleigh Bhd), Halim Saad (Renong, Faber Group, Park May, CAHB, UEM, Ho Hup), Tajuddin Ramli (MAS, TRI, Celcom), Wan Azmi Wan Hamzah (Land & General Bhd, Amway, RJ Reynolds), Mohamad Anwar
Senawi (Landmarks Bhd), Abu Zahid (Perwaja, Maju), AP Arumugam, Lim Kok Wing, Hj Basir Ismail, Nordin Sopiee, Tengku Adnan, Shamsudin Abu Hassan, Ting Pek Khing (Ekran - Bakun), Eric Chia (Perwaja), Tan Sri Tiong (MEC), Dato’ Soh Chee Wen, Kadir Jasin (NSTP, MRCB, TV3, Malakof) dengan saham bernilai RM1.5 bilion. Ahmad Razali (Pengerusi Tabung Haji) ipar Mahathir. Anak-anak Mahathir mempunyai 218 buah syarikat sendirian berhad: Mokhzani (Pantai Holding Bhd, KL City Corp, THB, Tongkah
Holding)(Tongkah Medivest Bhd dianugerahkan projek penswastaan ‘hospital support services’), Mirzan (KPB, Artwright Holding Bhd, Capetronic, Dataprep, Diperdana, KIG, Lion Corp, Transmile, Worldwide, Mamee-Double Decker, Sunway Building) dan
Mukhriz (Ajiya Bhd, Reliance Pacific Bhd).

-Renong Group diberi keuntungan secara mudah/percuma bila dianugerahkan tanah seluas 27,000 ekar di Gelang Patah, Johor. Harga jual tanah tersebut RM1.00/kaki persegi. Bila projek Link Kedua siap tanah itu dijual semula kepada kerajaan Umno dengan nilai RM10/kaki persegi.

- Tan Sri Eric Chia yang menyebabkan kerugian Perwaja sebanyak
RM2.985 bilion yang ada melibatkan kelulusan dan kepentingan Mahathir.

- Daim Zainuddin menerima ratusan juta ringgit hasil agihan saham Resort World sepertimana laporan polis oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Julai 99.

-Anwar melaporkan Daim melarikan sejumlah RM700 juta ke luar negara. Laporan polis DSAI yang mendedahkan 3 surat dari tiga tokoh korporat (Tajuddin, Wan Azmi, Halim Saad) membuktikan Daim terlibat dalam rasuah berbentuk wang dan saham.

AMK desak SPRM siasat skandal Umno, MCA & MIC ‘sapu’ tanah rakyat S’ngor

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat segera skandal pemberian 24 bidang tanah komersial yang bernilai tinggi kepada parti-parti Barisan Nasional pada harga RM1 sekaki persegi sahaja.
SPRM diminta untuk menyiasat segera ke atas pemimpin Barisan Nasional dan kerajaan Umno BN yang jelas menyalahguna kuasa serta terlibat dalam konflik kepentingan (conflict of interest). Kesemua 24 bidang tanah yang dimiliki rakyat perlu dikembalikan kepada kerajaan negeri Selangor.
AMK ingin memuji keberanian YB Ng Suee Lim, Adun Sekinchan yang membongkarkan skandal rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku semasa pemerintahan Umno BN di bawah bekas Menteri Besar Khir Toyo. Dalam tempoh tahun 1999 hingga 2008, kerajaan Umno BN telah menjual tanah komersial yang bernilai tinggi kepada parti Umno, MCA, MIC dan Gerakan.
Tanpa rasa malu dan segan, terdapat sekeping tanah yang diberi hakmilik atas nama individu Dato Seri Samy Velu dan Dato S Subramaniam. Kedua-dua individu tersebut adalah pemimpin MIC pada masa itu yang jelas bahawa terbuktinya budaya rasuah dan salahguna kuasa di dalam Umno BN secara terang-terang.
Kewibawaan SPRM sekali lagi tercabar dengan skandal yang berlaku. Sebenarnya, rakyat berharap SPRM akan bertindak dengan professional dan tidak berpihak kepada mana-mana parti dalam penyiasatan skandal tersebut serta mendakwa semua yang terlibat. SPRM peru bertindak tegas agar pemindahan manfaat di kalangan Umno BN agar skandal tersebut tidak akan berulang dan sekaligus mengembalikan kredibiliti SPRM sendiri.
AMK berpendapat bahawa kesemua maklumat yang dibentangkan oleh Adun Sekinchan sangat mencukupi untuk SPRM mengambil tindakan. AMK yakin Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak akan bertolak ansur serta memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada SPRM dalam proses siasatan tersebut agar 24 bidang tanah tersebut dapat dikembalikan dengan kadar yang segera.
Sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, indeks rasuah negara kita tidak diperbaiki malah bertambah teruk sehingga membimbangkan. Oleh itu, AMK mendesak Najib Razak yang merangkap Presiden UMNO/BN, memohon maaf kepada semua rakyat atas skandal tanah tersebut.
Sementara itu, demi kepimpinan melalui teladan serta iltizam politik banteras rasuah, Najib Razak perlu memperbetulkan masalah tersebut dengan mengarahkan Umno, MCA, MIC dan Gerakan agar mengembalikan kesemua 24 bidang tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Lee Khai Loon
Ketua Penerangan AMK

Banyaknya skandal Umno, patutlah nak tutup dengan cerita seks!

60+ perkara yang UMNO dan BN belum selesai jawab...that is the rakyat money.....

1. PKFZ = RM12 billion
2. Submarine = RM500 million
3. Simedarby = RM964 million
... 4. Paya Indah Westland =RM88 million
5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost
6. Eurocopter deal = RM1 billion waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million
8. MRR2 repair cost = RM70 million
9. Maybank Overpay for BII = RM4 billion
10. Tourism -NYY kickback = RM10 million
11. 3 paintings bought by MAS = RM1.5 million
12. Overpayment by Sport Ministry = RM8.4 million
13. London ‘s white elephant sports complex = RM70 million
14. MRR2 Repairs = RM70 million
15. MATRADE repairs = RM120 million
16. Cost of new plane used by PM = RM200 million
17. InventQ irrecoverable debt = RM228 million
18. Compensation for killing crooked bridge = RM257 million
20. Lost in selling Augusta = RM510 million
21. Worth of AP given out in a year = RM1.8 billion
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts) = RM4.1 billion
23. PSC Naval dockyard = RM6.75 billion
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion = RM3.2 billion in 2008 ringgit
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. = RM1.6 billion
26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia = RM30 billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million = RM2.56 billion.
28. Use of public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market = RM10 billion
29. Bank Islam scandal = RM 700 million losses.
30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million =RM348 million.
31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu from 2004-2007 = RM7.4 billion.
32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 million per annum !!
33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious)RM549,675 per annum
34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whoppingRM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vsper market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math &science content for the teachers and the notebooks are all with theteachers’ children now.
35. The commission paid for purchase of jets and submarines to twoprivate companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million
36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge”
37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge
38. RM100 million on renovation of Parliament building and leaks
39. National Astronaut Programme = RM 40 million
40. National Service Training Programme, yearly an estimate of RM 500 million
41. Eye on Malaysia = RM30 million and another RM5.7 million of free ticket
42. RM2.4 million on indelible ink
43. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone
44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At atime when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman’s office.
46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion
48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
50. Kuching Prison bailout costing RM135 million
51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 million
53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BNleaders and Ministers worth billions of ringgits
54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits
55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30 billion in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronasoil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accountsof Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutelyno idea of the amount.
56. RM5700 for a car jack worth RM50
57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO worth of RM77million?
63. RM17 billion subsidy to IPP
64. Scandal NFC Cow and Condo RM250 juta, Sharizat ‘s husband is paid RM100K per month
65. …more to come......

~ Badrul Bin Nasarudin

SPRM serah skandal NFC kepada polis

Jamilah Kamarudin | November 14, 2011
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didesak meletakkan jawatan menteri dan semua jawatan dalam parti.
AMPANG: Kes skandal National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) akan disiasat polis dibawah Akta 613 Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah jenayah oleh perkhidmatan awam atau ejen.
Seksyen 409 Kanun Keseksaan menyebut ‘barang siapa yang telah diberi amanah terhadap sesuatu harta, atau kawalan terhadap harta, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam atau ejen telah melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum’.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun penjara dengan hukuman sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 Fariz Musa berkata pihaknya dihubungi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lalu memaklumkan skandal NFC itu bukan dibawah bidang kuasa SPRM kerana ia tidak hanya membabitkan isu penyelewengan semata-mata.
Ia berhubung respon SPRM terhadap Jingga 13 yang membuat laporan pada 10 November lalu di Shah Alam.

Pecah amanah

Sehubungan itu, Fariz berkata kes pembelian kondominium One Menerung oleh NFC yang bernilai RM9.8 juta itu akan diserahkan SPRM kepada polis untuk disiasat sebagai kes pecah amanah.
“Kami berterima kasih di atas komitmen SPRM yang telah bertindak profesional terhadap aduan kami yang melibatkan aktiviti pecah amanah sejumlah RM9.8 juta wang rakyat oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Berikutan itu, Fariz berkata pihaknya meminta PDRM (Polis DiRaja Malaysia) mengambil sikap telus dan profesional serta segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Ini melibatkan wang rakyat yang telah dipecah amanah tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab melakukan jenayah dan mengkhianati rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau sekali lagi turut mendesak supaya Shahrizat , Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita
Umno yang dikaitkan dengan skandal ini supaya letak jawatan dengan segera.

Wanita Umno mesti berani

“Jingga 13 menyeru supaya Wanita Umno bangkit dan berani mendesak Shahrizat melepaskan semua jawatan parti demi nama baik dan ketelusan Umno,” katanya.
Beliau turut membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mempertahankan pembelian kondominium itu sebagai satu pelaburan.
“Kenyataan Khairy itu membuktikan bahawa skandal NFC itu memang benar-benar berlaku dan bukannya fitnah yang sengaja ditimbulkan.
“Kita akan tunggu. Kalau masih tiada apa-apa tindakan kita sendiri akan menghantar memorandum ke pejabat Shahrizat mendesak supaya beliau letak jawatan,” katanya.
NFC yang dilantik kerajaan sebagai integrator projek ternakan lembu kebangsaan dengan modal dana berjumlah RM250 juta, didakwa menggunakan dana tersebut membeli kondominium mewah bernilai RM9.8 juta di Bangsar.
Malah syarikat National Meat Livestocks Corporation (NMLC) yang membeli kondominium tersebut berhutang dengan NFC juga didakwa ditubuhkan dan dimiliki oleh pengurusan tertinggi NFC iaitu ahli keluarga Shahrizat.


Pendedahan skandal: UMNO Sabah semakin meretak
Chen Shaua Fui | May 25, 2012 06:16:55 pm
Pendedahan "skandal" pimpinan UMNO Sabah Musa Aman dan Mohd Shafie Apdal kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa pergelutan kuasa dalaman UMNO semakin meruncing.  Sementara itu, komponan parti Barisan Nasional semakin tidak berpuas hati, lantaran daripada sikap kerajaan untuk menangguh penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).  Malah, ketidakpuasan ini menunjukkan petanda bahawa parti komponen ini mungkin keluar BN.

Untuk pembangkang pula, sama ada mereka boleh bersatu untuk mempertahankan prinsip "satu lawan satu" ketika berdepan dengan BN, bakal menjadi faktor penentu sama ada pembangkang mampu memenangi lebih kerusi parlimen di Sabah untuk menawan Putrajaya.

Politik Sabah lebih rumit berbanding Semenanjung Malaysia, dengan etnik yang lebih pelbagai dan lebih menekankan "kedaulatan"-nya.  Namun, apa yang tidak berbeza adalah perebutan dan pengagihan sumber yang berlangsung setiap masa - terutamanya parti pemerintah terbesar di Sabah, iaitu UMNO.

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman kini terpalit dengan skandal balak, sementara Naib Presiden UMNO merangkap Ketua Bahagian Semporna, Shafie Apdal pula berdepan dengan skandal yang melibatkan seorang artis.  Jelas, pergelutan kuasa dalaman UMNO Sabah telah timbul ke atas pentas.

Menurut pengkaji politik Bridget Welsh, peretakan UMNO Sabah sekarang melibatkan dua orang panglima yang lahir ketika zaman mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, iaitu Shafie Apdal dan Musa Aman (gambar bawah).  Bagaimanapun, terdapat juga lain-lain sekta, namun tidak terlibat dalam pergelutan ini.

Ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, Bridget Welsh berkata, "UMNO Sabah agak berkecai.  Sebahagian puncanya disebabkan bumiputera di Sabah mempunyai etnik yang pelbagai, perebutan kontrak yang sengit, dan tekanan daripada 'regeneration' dalam parti.  Persaingan dalam UMNO Sabah amat meruncing, kerana kepentingan ekonomi di Sabah cukup menggoda."

Dalam satu temuramah emel bersama MerdekaReview, pensyarah Sains Politik UiTM Sabah Arnold Puyok berkata, UMNO kelihatan meretak jika dilihat secara luaran, namun belum pasti bahawa pergelutan sekta-sekta ini bakal memecah-belahkan UMNO.

"Andai kata wujudnya sekta-sekta, maka sekta pimpinan Musa Aman jelas mempunyai kelebihan.  Berbanding Shafie Apdal, Musa mempunyai lebih banyak cara untuk mengagihkan sumber untuk penyokongnya.  Beliau boleh menyatukan kekuatannya dengan politik naungan," ulas Arnold Puyok.

Menurut Arnold Puyok lagi, Shafie Apdal yang kini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lebih menghabiskan masa beliau di Semenanjung Malaysia.  Oleh itu, orang tempatan Sabah tidak melihat beliau sebagai "local boy".

Arnold Puyok berkata, "Banyak faktor yang menjurus kepada keretakan UMNO.  Antaranya semestinya perebutan sumber.  Ini berlaku dari dulu hingga sekarang."

Bagaimanapun, Bridget Welsh (gambar kiri) menganggap perbezaan ini telah sampai ke tahap yang agak meruncing, kerana ia semakin terdedah di atas pentas, misalnya skandal yang melibatkan artis dan pendedahan bank.

Pada 9 April, Parti Keadilan Rakyat mendedahkan skandal balak yang melibatkan Anifah Aman (Menteri Luar) dan Musa Aman, mendesak agar PM Najib Razak mengambil tindakan dalam masa tujuh hari.  Sarawak Report juga mendedahkan secara terperinci skandal tersebut.  Tetapi, Musa Aman menafikan hubungannya dengan Michael Chia, seorang peniaga balak Sabah.  Musa Aman sebaliknya menuduh bahawa Sarawak Report memfitnah beliau, dan berkata tuduhan rasuah itu adalah sebahagian daripada motif untuk menjatuhkan kerajaan BN di Malaysia Timur.

Pada akhir April, Shafie Apdal pula dituduh mempunyai hubungan intim dengan artis bernama Zahida Mohamed Rafik.  Malah, Shafie Apdal dikatakan memberi lebih sejuta ringgit Malaysia kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.  Shafie Apdal telah menafikan tuduhan ini, malah berkata akan menyaman mereka yang memfitnah beliau.

Musa berdepan dengan sekta yang berbeza


Arnold Puyok pernah membentangkan satu kertas di Kementerian Luar Negeri Brunei Darussalam, mengupas halatuju politik-ekonomi Sabah pada tahun 2011.  Beliau menyebut Musa Aman berdepan dengan cabaran Bajau dalam UMNO.

Menurut kertas itu, Bajau adalah etnik kedua terbesar di Sabah, dengan kebanyakan orang Bajau adalah ahli UMNO.  Namun mereka tidak suka UMNO didominasi oleh "Melayu" di bawah pimpinan Musa Aman.

Arnold Puyok menyenaraikan tiga orang pemimpin daripada United Sabah Bajau Organisation, yang dikatakan memberi cabaran kepada Musa Aman, iaitu Salleh Said (gambar kanan), Amirkahar Mustapha dan Pandikar Amin.  Antaranya, Salleh Said dan Pandikar Amin mempunyai pengaruh yang besar terhadap orang Bajau.

UMNO Sabah khuatir dengan kebangkitan United Sabah Bajau Organisation, melihat pertubuhan yang kembali aktif pada tahun 2006 ini sebagai parti untuk menggantikan kedudukan UMNO, dan mewakili muslim Sabah.  Pada tahun 2008, Musa Aman pada asalnya tidak berniat untuk memberi lampu hijau kepada tiga orang tersebut untuk bertanding dalam PRU 12.  Namun, untuk meredakan ketidakpuasan orang Bajau, Musa Aman terpaksa memberi jawatan yang penting untuk dua orang pemimpin di atas.  Antaranya, Salleh Said dilantik sebagai Speaker DUN Sabah, di samping Pandikar Amin dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas disyorkan oleh Musa Aman.  Arnold menganggap Musa Aman perlu mengendali cabaran politik yang sengit ini.

Selain itu, Arnold menganggap, salah satu faktor yang boleh memastikan kestabilan politik Sabah adalah hubungan antara persekutuan dengan kerajaan negeri.  Sejarah Sabah menunjukkan kerajaan persekutuan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kestabilan kerajaan negeri.  Contoh yang paling klasik adalah semasa pemerintahan Mustapha Harun, Harris Salleh dan Joseph Pairin Kitingan.  Dalam kes Mustapha Harun, ketika pemerintahan PM kedua, Abdul Razak, Berjaya telah ditubuhkan untuk menggulingkan USNO pimpinan Mustapha Harun.  Mantan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam juga pernah melancarkan gerakan untuk menjatuhkan Harris Salleh, dan menaikkan Joseph Pairin Kitingan.

Malah, jika diimbas kembali, selepas tahun 1990, kerajaan Mahathir menggunakan cara-cara yang tidak demokratik untuk menindas kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS), misalnya peminggiran ekonomi (mengurangkan peruntukan), ancaman politik (menubuhkan UMNO).  Sehingga tahun 1994, mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu BN merampas kuasa kerajaan negeri di Sabah dengan cara "lompat parti".

Arnold berkata, Musa telah belajar dari sini.  Beliau dengan berhati-hati mengekalkan hubungan yang sempurna antara persekutuan dengan negeri, untuk memastikan kestabilan politik di Sabah.  "Ada desas-desus mendakwa hubungan tidak baik antara Musa dengan PM Najib, malah meramalkan pertukaran kerajaan - hujah ini agak lemah.  Seandainya Najib benar mahu memberi laluan kepada 'proksi'-nya, Shafie Apdal (gambar kiri), seorang pemimpin Semporna untuk memimpin Sabah - ia bukan sahaja satu perkiraan politik yang silap, malah sangat berisiko.  Ia bakal mempengaruhi populariti Najib di Sabah.  Shafie tidak berada di Sabah, untuk UMNO Sabah, beliau adalah orang luar."

Malah Arnold meramalkan Musa Aman akan mempunyai kelebihan ke atas Shafie, seandainya berlaku persaingan untuk merebut political supremacy di Sabah, kerana Musa Aman akan meraih sokongan daripada orang tempatan.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks penuh yang disiarkan pada 23 Mei 2012.

Tiada ulasan: