Sabtu, 17 November 2012

SEMUA ORANG BERTAUBAT...BAGAIMANA KITA TAK BERSIKAP ADIL BUAT KENYATAAN....JANGAN MENYESATKAN MANUSIA...MAKA KITA ISYTIHAR JUGA PADA MANUSIA...BARU LENGKAP TAUBAT KITA

Harussani: 'Saya sentiasa bertaubat'
JAMILAH HAMZAH
16 November 2012
Harussani Zakaria
Harussani Zakaria
SHAH ALAM -  "Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjawab kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib semalam, yang turut meminta beliau bertaubat.

Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.

Harussani, antara pemimpin agama yang mendapat perhatian dalam arena politik tempatan khususnya berkaitan idea kerjasama politik Pas-Umno menambah, "jadi, saya hanya meminta (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah bertaubat apabila melakukan kesalahan."



Katanya, orang Islam pada masa ini hanya berjuang atas kepentingan politik dan saling menabur fitnah sehingga mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam.

"Perjuangan orang Islam terutamanya pemimpin sekarang lebih kepada kepentingan politik sendiri.

"Mereka jauh terpesong, mereka tidak mengikut ajaran Islam dan tidak mengikut sunnah Rasulullah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Pagi semalam, Harun meminta Harussani turut bertaubat kerana didakwa  tidak menyokong perjuangan Islam.
Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari mengenai kebebasan agama.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia juga harus bertaubat," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di Kota Bharu semalam.

Harussani juga berkata, semua parti politik yang menggunakan Islam tidak akan disokongnya kerana perjuangan mereka tidak sejajar dengan konsep Islam.

Harussani menambah, teguran sering dibuat kepada semua orang Islam sejak beliau menjadi kadi lagi untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar.

"Dulu apabila saya menjadi kadi, saya sering menegur orang Islam yang melakukan kesilapan dan kembali ke jalan yang benar.

"Sejak lebih kurang 50 tahun lebih negara merdeka, setiap parti yang dikatakan membawakan ajaran Islam hanya tahu berkempen untuk parti.

"Melalui kempen mereka sering membuat fitnah, memaki hamun dan di rumah ibadat juga telah wujud perpecahan, adakah dengan cara ini kita nak tonjolkan Islam kepada masyarakat?" katanya.

YANG NI BAGAIMANA TUAN

Harussani: Nurul Izzah wajib bertaubat, tarik balik kenyataan

14 November 2012
Harussani Zakaria
$entry.content.caption.value
IPOH - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan supaya anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.

"Dia (Nurul Izzah) terlampau mudah buat kenyataan seperti itu. Dia perlu bertaubat, bertaubatlah dan tarik balik kenyataan dalam ucapannya itu. Minta maaflah kepada semua. Manusia ini tidak lari daripada melakukan kesilapan, kita mudah melakukan kesilapan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya pengikut pemimpin pembangkang itu juga bersubahat dalam tindakan atau perbuatan yang tidak dibenarkan oleh agama Islam dan berdosa besar.

"Orang ini (pengikut) ini bersubahat dan berdosa besar, mereka wajib bertaubat...perlu menggunakan akal yang waras. Jangan permain-mainkan agama," katanya.

Katanya kenyataan seperti yang diungkapkan oleh Nurul Izzah itu akan memudahkan perbuatan atau tindakan yang dilarang oleh agama Islam.

Beliau berkata sekiranya Nurul Izzah tahu, sedar dan faham yang diucapkannya maka akidah pemimpin parti pembangkang itu telah rosak dan telah keluar daripada pegangan akidah sebagai seorang Islam.

"Islam terima kewarasan akal, jika dia tahu, sedar, faham serta ada pengetahuan dan keyakinan (tentang apa yang diucapkannya) maka dia wajib bertaubat," katanya.

Laporan portal berita propembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya, Selangor pada 3 Nov. - Bernama


YANG INI MACAM MANA....BIAR BERPOLITIK SIHAT DAN BERPENDIDIKAN....SEMUA MATI DAN DIPERTANGGUNG JAWAB DIHADAPAN ALLAH SWT

KEBANYAKAN SENJATA MAKAN TUAN...KATA DULANG PAKU SERPIH

Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad
4:14PM Nov 12 2012
Kumpulan penyokong Pakatan Rakyat giat mengongsi satu laporan memetik kenyataan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa membenarkan orang Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu mahu berbuat demikian.

Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.

Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.

Laporan media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi.

Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."

"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?

"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam.

"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).

"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.


JANGAN NAMPAK ORANG....DIRI SENDIRI LUPA....KUMAN DISEBERANG NAMPAK...GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK...HAIRAN BIN AJAIB

Menteri: Elok siar seluruh kenyataan Nurul di forum

  • Bernama
  • 6:26AM Nov 8 2012

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata adalah elok disiarkan keseluruhan kandungan forum dimana Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan mengenai kebebasan beragama.
"Saya ingat kalau nak bincang tentang ini lebih jelas, elok disiarkan keseluruhan forum yang dibuat di tempat tersebut. Saya ingat tidak timbul barangkali kalau kita katakan persoalan media massa (putar belit).
  
"Kita tidak harus bermain politik dalam hal yang berkaitan akidah, hal yang berkaitan dengan pegangan sesuatu umat dan juga hal yang berkaitan dengan hal yang amat penting untuk umat Melayu dan Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan siaran TV Alhijrah di Kelantan di Kota Bharu semalam.

Jamil Khir diminta mengulas kontroversi ekoran kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu yang dilaporkan sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.
  
Jamil Khir berkata perkara tersebut perlu diperjelaskan sebaik mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Nurul Izzah Anwar bagaimanapun kemudiannya menafikan bahawa kenyataan beliau dalam forum awam itu menggalakkan umat Islam murtad.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegas Nurul Izzah.

Sementara itu, mengenai siaran TV Alhijrah, Jamil Khir berkata kini seluruh negara mendapat siaran tersebut dan siaran yang kurang jelas bagi kawasan di sesetengah negeri akan diperbaiki.
Katanya, stesen tersebut akan membuat pelbagai inovasi dan kreativiti supaya rancangan yang berbentuk dakwah itu meliputi semua peringkat umur dan mencapai matlamatnya.
  
Beliau berharap maklumat bersifat keislaman yang terkandung dalam rancangansiaran stesen tersebut akan terus berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
  
Penduduk negeri ini kini boleh menonton siaran TV Alhijrah secara percuma di saluran 48 melalui frekuensi 687.25 megahertz.
  
- Bernama





Tidak adil terus salahkan Nurul Izzah, kata Nik Abduh
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
15 November 2012
PRU: Anak Nik Aziz sedia jadi calon, lawan Umno
Nik Abduh
KOTA BHARU - Timbalan Ketua Pemuda Pas, Datuk Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, adalah tidak adil sekiranya Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar terus dipersalahkan dalam isu kenyataan berkenaan kebebasan beragama walhal pemimpin itu sudah pun memberikan penjelasannya.

"Yang penting kita tahu bahawa kenyataannya adalah kenyataan yang sudah dijawab oleh Nurul Izzah dan kita hendak tanya kenapa jawapan beliau itu terus ditolak sedangkan itu adalah ucapan beliau sendiri.

"Saya berpandangan apabila dia sudah jawab, kita pegang kepada itu," katanya kepada media di sini, hari ini.

Nik Abduh ditanya berhubung pendirian perwakilan Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dalam muktamar sayap parti itu yang dilihat langsung tidak menyentuh isu berkenaan Nurul Izzah sepanjang perbahasan.

"Itu hak perwakilan, kita tak pernah suruh apa-apa. Kita nak dengar lagi, kalau nak sebut itu, terserah kepada perwakilan," kata anak kepada Mursyidul Am Pas itu.

Ketika ditanya lagi, apa pendirian beliau berhubung isu Nurul Izzah, Nik Abduh berkata, "saya kekal begitulah dan pimpinan parti pun sudah sebut. Kalau ingat apa yang Datuk Harun sebut, kita serah kepada rakyat untuk menilai, sebab semua pihak sudah baca, tahu, jadi kita serah kepada rakyat."

Kontrovesi bersabit kenyataan Nurul Izzah tercetus 3 November lalu, ketika beliau menyertai wacana mengenai Negara Islam anjuran sebuah pergerakan Kristian di Subang Jaya.
Hadi: Selamatkan Melayu Islam dari khurafat Umno
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
15 November 2012
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas Pusat digesa bersama-sama parti itu menyelamatkan masyarakat Melayu Islam di negara ini daripada terus terperangkap dalam "khurafat Umno".

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata: "Hari ini bukan musuh masuk dalam parti, musuh masuk dalam rumah, serangan pemikiran."

"Kita tidak boleh kawal anak-anak kita, maka jihad menjadi Fardu Ain, selamatkan orang Melayu kita yang mengaku Islam, yang tenggelam dengan khurafat Umno seolah-olah tidak ada kerajaan lain dalam dunia," kata Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali ke-52 di sini, malam tadi.

Justeru menurut Abdul Hadi, adalah penting muslimat Pas mempunyai pemahaman dan ilmu agama yang tinggi bagi menyampaikan mesej Islam sebenar kepada rakyat di negara ini.

"Saya mahu supaya muslimat kita berilmu dan faham. Jangan berilmu sahaja (tapi) tak faham.

"Tak ada ilmu tapi buat-buat faham juga tak boleh khususnya ilmu hendak menyampaikan mesej Islam kepada orang Melayu Islam yang termakan dengan khurafat Umno.

"Islam adalah agama yang mendahului hak rakyat, menentang pemimpin-pemimpin yang berlagak jadi Tuhan, seolah-olah kerajaan itu maha suci, tak buat salah. Semua nabi-nabi menentang kerajaan yang seperti ini," kata Abdul Hadi lagi.

Abdul Hadi turut mengulas berhubung peranan parti itu dalam berdakwah kepada masyarakat bukan Islam terhadap agama ini.

"Kita perlu perkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam... ajak mereka kepada Islam tanpa paksaan.

"Tapi kalau mereka (bukan Islam) tak mahu masuk Islam, perkenalkan kepada mereka konsep Islam adil untuk semua," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pada sidang media mengapa beliau begitu menekankan aspek ilmu dan faham dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, "kita kalau hendak buat apa pun mesti kena ada ilmu."

"Nak bawa kereta mesti kena ada ilmu pandu kereta. Nak kena lulus lesen pula untuk lulus ilmu itu.

"Dan ilmu itu mengikut keadaan semasa. Perkembangan semasa itu berkembang dan kita kena ikut lah. Islam itu sendiri adalah agama yang selaras dengan perkembangan semasa," katanya.

Sementara itu, beliau turut ditanya apakah Dewan Muslimat akan diberi lebih kerusi pada pilihan raya kali ini.

Katanya, ia "telah ditimbangkan. Insya-Allah di samping kawasan yang sedia ada, ada tambahan lain."

Tiada ulasan: