Isu data peminjam PTPTN di sebalik hutang menggunung
EKSKLUSIF
Di waktu pemimpin politik bertelagah mengenai penyediaan pendidikan
percuma di Malaysia, timbul dakwaan bahawa hutang menggunung yang
dipinjamkan dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
mungkin tidak dapat diperolehi semula dalam masa singkat.Sumber yang dekat dengan agensi tersebut mendakwa, sejumlah besar daripada pinjaman RM45.41 bilion itu diberikan kepada pelajar yang tidak lagi dapat dijejaki.
Sumber mendakwa, data elektronik dalam Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan (Elmas) yang berusia 10 tahun, kini usang dan PTPTN tidak menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan bayaran hutang itu kembali.
Sejumlah RM7.83 bilion yang diagihkan kepada 1.14 juta pelajar sehingga 31 Ogos 2012 masih belum diperolehi semula, manakala kadar bayaran semula pada tahap 49 peratus.
Perkara itu berterusan walaupun selepas anak syarikat Kementerian Kewangan, Prokhas Sdn Bhd disingkirkan pada 2010, ekoran laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan kegagalan membangun sistem bagi mendapatkan semula bayaran hutang selepas dibayar RM1.5 juta.
Sistem tersebut menyebabkan PTPTN terpaksa menggunakan semula sistem Elmas, yang diputuskan tidak memuaskan pada 2006.
Susulan itu, PTPTN perlu membayar pembangun Elmas, Paradigm Systems Sdn Bhd, sejumlah RM26 juta lagi untuk membuat semula kerja terbabit.
Ketua pegawai eksekutif PTPTN Agos Cholan keberatan untuk mengesahkan jumlah tersebut dan memberi alasan ia merupakan kes sensitif.
'MB mesti tanggungjawab isu kondo Bt Caves'
Ketua
MCA Selangor Datuk Donald Lim berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri
Khalid Ibrahim perlu memikul tanggungjawab dalam isu kondominium
kontroversi di Batu Caves, tanpa mengira pihak yang meluluskan projek
berkenaan di Majlis Perbandaran Selayang.Lim memberi alasan, Khalid berkuasa untuk membatalkan keputusan majlis perbandaran itu sejak 2008 lagi dan bukannya menunggu untuk bertindak empat tahun kemudian.
Lim juga mendakwa Khalid sengaja menggunakan isu berkenaan untuk menyalahkan kerajaan BN dan bukannya memikul tanggungjawab dalam isu berkenaan.
S'gor umum RM300j untuk jambatan dijanjikan BN
Kerajaan
Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk memulakan
satu projek jambatan baru di bandar Klang yang dijanjikan BN semasa
kempen pilihan raya Mac 2008.Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrhim ketika mengumumkan peruntukan itu berkata, kerajaan negeri akan mendahulukan wang tersebut bagi "mengotakan janji yang tidak ditepati" BN berhubung projek tersebut.
"Saya difahamkan upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh kerajaan terdahulu beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-12. Malangnya, setelah lebih empat tahun, jangankan jambatan, sebatang rangka tiang pun masih tidak kelihatan.
"Oleh itu, pada tahun 2013 nanti, meskipun kita maklum bahawa pembinaan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi mengotakan janji yang tidak ditepati Umno-BN," katanya.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.
Arab tak mampu rancang serangan 11 Sept - Dr M
Bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa golongan Arab, secara
semulajadinya, tidak mampu melaksanakan serangan terperinci 11 September
2011 yang didakwa dilakukan pengganas Arab.Mahathir bagaimanapun berkata, "perancangan terperinci, latihan jitu dan pelaksanaan" yang diperlukan untuk serangan itu adalah sesuatu yang mampu dilakukan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Institut Perisikan dan Operasi Khas Israel (Mossad).
Katanya, golongan Arab mungkin hulubalang hebat di masa silam namun kemudiannya hilang pengaruh apabila tewas ke tangan kuasa Barat.
Orang Arab sangat tidak cekap malah tidak mampu menang walau satu peperangan sekalipun, walau jumlah tentera mereka melebihi tentera Israel.
Tambahnya, orang Arab tidak mampu merancang atau merangka strategi dan pelaksanaannya juga teruk.
Orang Arab juga tidak berdisiplin dan tidak mampu merahsiakan rancangan mereka, katanya lagi dalam ucaptama di persidangan Yayasan Keamanan Perdana Global untuk membongkar isu serangan 11 September di Kuala Lumpur hari ini.
Keluarga Orang Asli ditawar wang agar tarik balik laporan
Keluarga
seorang pelajar Orang Asli yang ditampar kerana tidak membaca doa di
sekolah minggu lalu didakwa ditawarkan wang untuk menarik balik laporan
polis mereka.Timbalan pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru SK Bihai Arom Asir, mendakwa, keluarga Hassan Achoi ditawarkan demikian pada 7 November untuk menarik balik laporan tersebut.
Beliau mendakwa, abang kepaa salah seorang murid perempuan itu, Along Hassan menghubunginya pada Khamis (8 November) untuk meminta nasihat dan memaklumkan perkara itu kepadanya.
Arom ketika ditemui di Kuala Lumpu pada 9 November lalu mendakwa, Along memaklumkan bahawa individu terbabit menawarkan RM300 untuk setiap murid yang ditampar.
Beliau berada di ibu negara untuk menghadiri satu persidangan mengenai hak Orang Asli.
Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat menghubungi Arom kerana kawasan penempatannya, Pos Bihai yang terletak di kawasan pedalaman Gua Musang berhampiran sempadan Perak-Gua Musang tiada liputan perkhidmatan telefon.
Arom yang kembali ke perkampungan berkenaan minggu lalu menemui ibu bapa kanak-kanak terbabit dan mengesahkan butiran percakapan dengan guru berkenaan.
Menurut Arom, ibu bapa kanak-kanak tersebut mendakwa sekumpulan guru menawarkan RM250 untuk setiap orang murid, manakala guru yang bertanggungjawab menampar kanak-kanak itu akan menambah RM50 kepada jumlah tersebut – menjadikan jumlah RM300 untuk setiap kanak-kanak.
Bas PKR RM650,000 dibeli MB S'gor
Menteri
besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa bas yang
digunakan dalam Jelajah Merdeka Rakyat PKR dibeli beliau pada harga
RM650 ribu dan dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM10,833.
Berucap dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, Khalid berkata bas itu dibeli dengan wangnya sendiri.
Beliau turut mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembelian tersebut untuk mempelajari bagaimana beliau menguruskan kewangan peribadinya dengan baik.
"Ia pembelian persendirian... Saya telah menggalakkan SPRM untuk membuat kajian dan diberikan dokumen-dokumen supaya mereka dapat melihat bagaimana tata kelola yang baik dari segi pengurusan kewangan negeri dan pengurusan kewangan persendirian," katanya.
Beliau mengulas isu berkenaan yang dibangkitkan ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman yang menyoal sama ada bas itu juga didaftarkan di atas nama Khalid sendiri.
"Ia didaftarkan atas nama Abdul Khalid bin Ibrahim dan lesennya pun dibagi oleh JPJ," jawab Khalid berjenaka disambut ketawa kecil sebahagain ahli dewan undangan negeri.
Bas yang memaparkan wajah ketua pembangkang itu menjadi sasaran serangan batu dan juga cat merah sewaktu digunakan PKR dalam program jelajah ke negeri tertentu baru-baru ini.

PAS mara dengan 'tahaluf siyasi' bersama Pakatan
Muktamar
PAS ke-58 yang melabuhkan tirainya semalam pastinya meniup semangat
berkobar-kobar kepada ahli dan jentera parti bagi menghadapi pilihan
raya umum ke-13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa.
Pelbagai saranan, kritikan, cadangan dan arahan diberikan oleh pucuk pimpinan parti dan diperdebatkan oleh perwakilan demi menghasil "satu input masak" agar memastikan fokus mereka tidak tersasar dengan gerak kerja agresif menggantikan Umno.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya menggariskan empat tindakan khusus kepada jentera parti di semua peringkat supaya lebih berdisplin dan bersedia segala aspek bagi memastikan kemenangan sebanyak mungkin kerusi yang ditandingi.
Lapan arahan khusus juga dikeluarkan kepada ahli dan pemimpin supaya mematuhi segala arahan dan keputusan parti bagi menjamin kesepaduan dan keutuhan dalam jamaah dan hubungan dengan masyarat umum dan pengundi.
Semuanya itu terfokus kepada satu matlamat "unggul" – memastikan Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum ke-13 dengan harapan PAS dapat merealisasikan tawaran Negara Berkebajikan dan janji dalam Buku Jingga.
Tumpuan PAS pada tawaran Negara Berkebajikan itu dapat dilihat apabila ia sekali lagi dipilih sebagai tema muktamar pada tahun ini.
Soal kerjasama di kalangan jentera parti itu turut ditekankan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan amanat kepada lebih 1,000 perwakilan dalam muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 berlangsung.
"Kita perlu membuat persediaan dengan penuh ikhlas, baru datang pertolongan Allah... Berdepan dengan gelombang dan ribut (di lautan), maka kita perlu sabar dan istiqamah (konsisten).
"Kalau pening pergi tidur dulu, bangun lawan balik. Jangan terjun (ke dalam laut). Kerana lambat sangat untuk sampai (ke daratan), kita terjun.
"Kalau terjun juga, jerung sedang menunggu (di dasar). Kapten yang membawa kapal, kita ada kompas, jangan campak ke laut (kerana kecewa)," kata Abdul Hadi berkias.
Beliau turut membacakan serangkap pantun di akhir ucapan penangguhannya sebagai bekalan untuk menguatkan rohani para perwakilan itu yang akan pulang untuk menyusun strategi agresif menentang BN.
"PAS bersama Pakatan Rakyat/ Membujur lalu melintang patah/ Terus berjuang Islam daulat/ Jangan melenting jangan melatah."
PAS dilihat menyedari hakikat bahawa parti itu tidak mampu bersendirian tetapi perlu bersama rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya.
Hadi menegaskan, mereka memilih jalinan konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibina di atas resolusi bersama berdasarkan paksi perlembagaan sekalipun "syaitan yang dikenali dan tidak dikenali" sentiasa mengintai ruang untuk memecahkan kesepakatan dengan isu tertentu.
Isu kerjasama PAS dengan Pakatan itu juga ditetapkannya sebagai asas perbincangan untuk muktamar kali ini, dalam ucapan dasarnya ketika membuka gelanggang persidangan pada 16 November lalu.
"Iltizam politik menerusi Tahaluf Siyasi ini menuntut kita terus bekerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, secara kolektif dalam mengurus pentadbiran negeri dan negara," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar.
Hal itu seterusnya dipertegas Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata Majlis Syura Ulama yang mempertahan dan mempertegaskan kerjasama berkenaan - sekaligus menolak kesangsian bahawa parti itu terpesong daripada matlamat asal penubuhannya.
Namun, isu melibatkan pertembungan kumpulan yang berbeza latar belakang dan aliran pemikiran di kalangan pimpinan PAS, yang dikatakan sedikit sebanyak mengganggu tahaluf di antara mereka, tetap timbul dalam muktamar kali ini.
Pertembungan kumpulan ulama dan profesional dalam PAS yang dikatakan bermula selepas pemilihan parti itu tahun lalu, terpancar dalam sindiran sinis dan tajam seperti "fikrah al-haddamah", "pemimpin yang panjang tangan dan lidah" dan "fikrah songsang, keliru dan celaru" yang didakwa boleh merosakkan parti dan jamaah.
Hinggakan, timbul cadangan daripada perwakilan supaya individu yang terlibat ditolak supaya tidak terus menjadi "duri dalam daging", jika terus berada di dalam parti melakukan perkara sedemikian.
Isu berkenaan bagaimanapun didamaikan Abdul Hadi yang bertindak sebagai orang tengah dengan kenyataan bahawa pertembungan kumpulan tersebut "tidak timbul" dan hanya merupakan isu "mengarut" kerana kedua-dua golongan itu saling perlu-memerlukan di dalam PAS.
"Majlis Syura tidak jumud dan terbelenggu, kerana melibatkan kalangan profesional untuk memberi penjelasan berhubung perkara duniawi
"Tidak timbul kumpulan ulama, profesional, kumpulan laga ayam... Ini mengarut dan jangan terikut-ikut dengan lawan kita," kata ahli parlimen Marang itu.
Dalam latar itu, timbul pula persoalan mengapa muktamar kali ini tidak hangat membincangkan soal hudud yang menjadi asas perjuangan parti itu sejak sekian lama.
Perkara itu antara lainnya cuba dibangkitkan wakil Wilayah Persekutuan Al-Zahari Arip yang menempelak kumpulan tertentu dalam PAS dengan saranan bahawa parti parti tidak perlu gopoh melaksanakan hukum hudud memandangkan suasana pada masa ini "tidak kondusif".
Kehangatan perbahasan isu tersebut, seperti yang giat dipromosikan media pro-kerajaan, bagaimanapun tidak mencapai maksud tersebut memandangkan hanya Al-Zahari sahaja yang giat mengupas isu berkenaan secara khusus sewaktu membahaskan ucapan presiden.
Perkara itu juga disentuh Abdul Hadi yang meminta anggota PAS bersabar dalam melihat pelaksanaannya.
"Perlaksanaan syariat Islam, mengikut proses muwajahah silmiyah (berdepan secara damai). Ia perlu diutamakan... Kalau tidak boleh capai semua, jangan tinggal semua," jawab Abdul Hadi dalam ucapan penangguhannya.
Isu berkenaan juga terus ditimbulkan dalam sidang media Abdul Hadi – terutamanya persoalan sama ada PAS akan melaksanakan hukum jenayah syariah tersebut.
Mengulas perkara itu, Hadi menegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang itu merupakan hak kepada orang Islam.
Namun PAS tidak akan memaksanya ke atas orang bukan Islam, kata Hadi yang bertegas untuk melaksanakan hukum jenayah syariah itu secara demokrasi.
Dengan berlabuhnya tirai muktamar, persoalan yang perlu dinilai pada masa ini adalah sama ada PAS mampu mencipta kejayaan dengan semua arahan, kritikan dan cadangan yang diperhalusi di persidangan kali ini.
Tambahan pula, Majlis Syura Ulama sendiri menyatakan sokongan padu ke atas tahaluf siyasi di antara PAS dengan parti dalam Pakatan.
Seterusnya, tahap kematangan yang ditunjukkan PAS dalam muktamar ini juga selayaknya memberi gambaran kepada kemampuan parti itu untuk mendabik dada sebagai parti yang layak memimpin negara - sejajar dengan cita-citanya untuk ke Putrajaya.
Adakah parti itu sememangnya mampu memenangi semua kerusi yang diidamkannya atau hanya cakap berdegar-degar?
Perkara itu dinyatakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.
Terdahulu Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) bangun meminta penjelasan berhubung laporan media hari ini yang menyebut kerajaan akan mengemukakan usul tergempar mengenai Gaza.
Namun, sebaik sesi pertanyaan jawab lisan berakhir pada pukul 11.30 pagi, persidangan diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan membentangkan usul itu hari ini bagi menggesa Dewan Rakyat mengambil ketetapan, antaranya mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin.
Selain itu, usul juga bagi menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas Gaza melalui gencatan senjata.
Najib yang kini berada di Phnom Penh bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-sidang kemuncak berkaitan,berkata beliau telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membentangkan usul tergempar itu.
- Bernama

Usul tergempar isu Palestin tak dibentang hari ini
Usul
tergempar yang pada asalnya dijadual dibentang di Parlimen hari ini
untuk mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin,
akan dibentang esok.Perkara itu dinyatakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.
Terdahulu Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) bangun meminta penjelasan berhubung laporan media hari ini yang menyebut kerajaan akan mengemukakan usul tergempar mengenai Gaza.
Namun, sebaik sesi pertanyaan jawab lisan berakhir pada pukul 11.30 pagi, persidangan diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan membentangkan usul itu hari ini bagi menggesa Dewan Rakyat mengambil ketetapan, antaranya mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin.
Selain itu, usul juga bagi menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas Gaza melalui gencatan senjata.
Najib yang kini berada di Phnom Penh bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-sidang kemuncak berkaitan,berkata beliau telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membentangkan usul tergempar itu.
- Bernama
Boleh murtad jika perlekeh Islam - Nik Aziz
Mursyidul
Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja
orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh
jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam), lapor Harakahdaily.
Beliau dilaporkan berkata, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.
"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.
"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.
Harakahdaily memetik beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Kota Bharu hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu juga dilaporkan berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.
"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.
"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi, lapor Harakahdaily.

- Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 207 subscribersPendirian TGNA tegas..mana mana mereka yg mengaku Islam tapi tidak mahu berjuang dibawah panji kebenaran dan mempertahankan Islam malah dgn sengaja membiarkan Islam dihina.. maka mereka jatuh murtad...........
Harunsani pula mengatakan bahawa org Melayu mesti bersatu agar islam itu dapat diperkuatkan.. bersatu dgn siapa..? UMNO.. kenapa dia tidak mencadangkan penyatuan melayu dalam PAS yg memperjuangkan Islam sedangkan UMNO memperjuangkan ketuanan melayu..?.. Memang ini isu yg berbeza.. tapi impaknya besar...- Ab Wahab Jusoh · Pengulas Tertinggi · University of MalayaHarussani akan mengeluarkan petuanya setiap kali selepas TGNA buat kenyataan bertentangan dgn amalan UMNO. Saya bimbang akan timbul kemudian hari ada mufti yang tak penting sangat soal petua tapi pitis kata org kelantan. Kalau jadi begini mufti bertukar jadi muftis yg melihat kpd pitis semata2. Harap2 tidak dan mufti tidak membisu atau kutuk dlm hati bila behadapan dgn sesuatu yg bertentangan dgn Islam (selemah2 iman)
- Mohd Nozani Ghazali · Pengulas Tertinggi · Boss di Uncle zaini katering
- Arie Pklang · Pengulas Tertinggi · Kebun sawit
- Hariz Nazhan Amran`Nik Aziz dakwa UMNO murtad"..dlm utusan meloya arini....dah agak dah pencacai2 umno yg termasuk utusan meloya telah diperbodohkan sengaja memutar belitkan ayat2 TGNA...Utusan Meloya x takut kena saman sbb yg akan mengeluarkan saman adalah duit rakyat yg akan digunakan sesuka hati...Utusan Meloya ni dah jadi lebih pekak dari badak...
Org melayu Islam yg memahami islam x mudah terpengaruh dgn dakyah utusan meloya ni...fahaman sekular aje yg akan menerima statement ni... - Arie Pklang · Pengulas Tertinggi · Kebun sawit
- Matt Zackk · Langgani · Pengulas Tertinggi · UUMHujah dan fakta yang diberikan oleh TGNA sudah begitu jitu dan mantap.. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh dipertikai oleh UMNO sendiri apalagi pencacai2 yang hipokrit spinning isu hudud PAS.. Aku bukan ahli PAS tetapi aku sebagai orang Islam yang menyokong PR melihat bahawa keghairahan UMNO menghentam PAS sekarang ini adalah ulangan episod lapuk yang berkali2 digunakan oleh UMNO menjelang PRU..
Jelas bahawa UMNO yang mendapat nasihat mentornya, Doc Maddey lebih berminat menjadi Syaitan Yang Dikenali...menggunakan ULARmak2 dan pencacai media elektronik dan siber dengan serangan tolol dan menololkan diri sendiri. Selagi PAS istiqamah disokong semangat setiakawan dalam PR insyaAllah..sinar ke Putrajaya semakin menyerlah untuk semua..- Hamzah Mohammad · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
- Saidin Din · Pengulas TertinggiMereka yg totok umno xkan beranjak lagi hatinya kerana dah hitam sebab selalu perlekeh agama. Kenyataan begini dituju khas kpd mereka yg hatinya masih lagi berbelah bagi...
- Ganung Sokmo · Langgani · Pengulas Tertinggi · Sek.men.peng.beranganKalau dah tolak apa yang tuhan gariskn itu dah jatuh apa?..takpayah masuk ugama lain sekadar tolak hukum allah dan menghina tuntutan ugama dah terkeluar dr islam,,,,so pk lah
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERASbb itu saya berkata, jatuhnya umno dari persada politik tanahair membawa 1001 rahmat, samada pd pimpinannya, ahli2nya & lain2 yg menyokongnya. Mereka samada sedar ataupun x sedar, telah ada yg terkeluar dari Islam (murtad) melalui percakapan/kata2 mereka. Ini berlaku bila menolak hukum Islam secara semberono, mempermainkan alim ulamak (sperti menggelar TGNA mahakafir yg dilakukan pencacai umno) dll. Selagi umno x jatuh, selagi itulah mereka2 ini (termasuk veteran2/org2 lama umno) x akan sedar bahawa mereka telah jauh terpesong dari agama...
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
- Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
- Muhammad Mukhtar · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
- Ajib Bagan Serai · Pengulas Tertinggi · Pemandu Sekolah di Sk simpang tiga
- Uda Ngalah · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaMacam mana nak bela Islam kalau pemimpin bersubahat membunuh Altantuya dengan bahan letupan sehingga berkecai... Islam ke tu? tak payah lah bercakap pasal Islam..
- Tajudin Yaakob · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omardlm umno ada kristian, dlm umno ada budha dan dlm umno pun ada yg tidak percaya pd tuhan.....mcm mana nak bergabong dgn pas?ulama umno ulamapulus.....boleh gelaran tan sri, kereta mercedes, rumah banglo 8 bilek keluar fatwa pun bercelaru.....
- Chin Lee · Pengulas Tertinggi
- Hamzah Mohammad · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
- Muhammad Mukhtar · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah AlamSudah2 lah tuan guru...berdakwahlah kepada UMNO secara berhikmah. mungkin dulu depa jahil..lani dah ada kesedaran. Tak elok tuan guru berdendam sampai mati...
- Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
- Zaman Salleh · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
- Tenggiling Landak · Langgani · Pengulas Tertinggi · Pasang Poster Pilihanraya di Buah Nangka Untung Mati Negeri Orang
- Jari Kelingking · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, MalaysiaDah berape orang PM Malaysia yg dah Murtad.Sebab PM2 Malaysia yg ade tu semuanye Freemason
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
- Ahmad Baei · Langgani · Pengulas Tertinggi · Ketua editor di Kalimat Cinta Sdn Bhd · 177 subscribersOrang yang sedar diri bahawa dia telah murtad atau disedarkan bahawa dia telah murtad lebih-lebih lagi yang telah mengaku murtad, bertaubatlah segera. Allah masih memberi peluang untuk kembali kepada Islam sebenar. Mari kita sama-sama bina Islam dalam diri dan keluarga bahkan negara.
- Zack Snoopies · Pengulas Tertinggisy sokong parti yg mngikut sunnah dan Al-quran.. parti sekular letak tepi..
- Cop Hornet D · Pengulas Tertinggi · Bekerja di BONZERNicky Ajis nih dah nyanyuk.. Pemimpin PR sendiri yg banyak perlekeh Agama Islam.. sekarang dia nak nasihat pulak.. Ish2.. Ini lah dinamakan Melayu Mudah Lupa...
- Iman Danish Nik Azhar · Langgani · Pengulas TertinggiTGNA...dah ramai dah org camtu kat malaysia nie...kat Malaysia Kini pon dah boleh tgk dah contoh2...harap tak tergolong dlm umat camtu..
- Tenggiling Landak · Langgani · Pengulas Tertinggi · Pasang Poster Pilihanraya di Buah Nangka Untung Mati Negeri OrangMemang tepat sekali ahli-ahli Umno dah murtad, kalau tidak masakan Tun Mahathir melabelkan Umno sebagai "SYAITAN YANG DIKENALI"
- Din Menteri · Pengulas Tertinggi · SMA Negeri 1 Bandung
- Tenggiling Landak · Langgani · Pengulas Tertinggi · Pasang Poster Pilihanraya di Buah Nangka Untung Mati Negeri Orang
- Hamzah Mohammad · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
- Ali Karim · Pengulas Tertinggi · Yanbu Al Sinaiyah, Al Madinah, Saudi Arabiaseakan-akan jawapan kepada pandangan seorang makhluk di sebuah negeri yang lain...bukankah memisahkan antara politik pemerintahan dan Islam secara tidak langsung memperlekeh Islam itu sendiri? maka wajarlah berlakunya kegelinciran akidah sekali pun tanpa dimaklumkan oleh mufti, Wallahualam
- Lurus Bendul · Pengulas Tertinggiisu Murtat bagaikan telah di lesenkan secara konsesi kepada Hassan Ali !! bila ada pihak lain berkata bab Murtat dan akidah!! kita bagaikan tak selesa!!! .. sebab itu kita mahu !! isu murtat dan akidah ini milik semua pihak !! yang berkaitan boleh berbicara !! ulamak, mufti, ustaz !! bukan di monopoli oleh Hassan Ali seorang!!! kini rakyat jadi keliru !! seolah olah Akidah dan murtat itu milik Hassan Ali!!! secara AP, JV, apakah Hassan Ali pemegang saham terbesar Murtat dan Akidah!! di Malaysia!!!???
- Mazrab Kanan · Pengulas Tertinggisebiji amek kau, umnobn ni tengok angin, kalau puak islam macam nak menang, dia lebih lagi islam, kalau puak kafir pulak yang nak menang, dia lebih lagi kafir.tu lah munafik
- Mohd Yusof Muda · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pesara KerajaanTidak yakin dengan hukum Allah samalah tidak percaya kepada Allah...orang Islam terus menerus melanggar hukum Allah pun akan menjadi orang fasik dan jika tidak bertaubat ia kekal menjadi sama seperti orang kafir...menghina orang alim pun boleh menyebabkan kita menghina nabi...
- Ke Indahan Kewujudan · Okbilalah TADIKA PASTI nak d beri belajar secara percuma untuk anak-anak belajar...hidup negara kebajikan????? TAKBIRRR
- Putera Lukas Fahmi Gerard · Langgani · Pengulas TertinggiSiapa yg tgk astro oasis dlm selami jiwa oleh dr fadhillah kamsah ada disebut perihal murtad kecil mcm ni.....smlm jam 11mlm
- Azhari Abdul Aziz · Pengulas Tertinggi · University of MalayaSuatu ketika dahulu, awal 90an.. bila kelantan nak laksanakan hudud ramai yg perlekehkan hudud. antara kata2 mereka ni:
1. Nak makan sup tangan, silalah berkunjung ke kelantan. ( sbb hudud, org mencuri hukumnya potong tangan)
2. Klu hukum rejam dilaksanakan, maka batu - batu akan habis. jlan raya xkan ada dikelantan.
Yg memperlekehkan sunnah nabi SAW berkata :
1. Nabi x potong janggut sbb pada masa tu xde pisau gillette.
2. Ada pun serban itu digunakan oleh org2 arab utk tadah air hujan.
Yg memperlekehkan azab Allah pun ada juga. kata mereka :
1. "Org PAS ni klu berceramah, mesti cakap pasal neraka. eh, ambo nak tanya, panas sangat ke api neraka tu? boleh goreng keropok ke? "
Inilah sebahagian ayat yg ambo ingat dalam kempen yg digunakan utk menjatuhkan kerajaan pas di kelantan suatu ketika dahulu.. ucapan2 ini ada diantaranya diucapkan oleh yg bertaraf kepimpinan negara. jd, tuan2 nilai sendiri.. walllahuaklam.. - Abrahim Abdan · Pengulas Tertinggi · SM Sultan Ibrahim Kulai JohorBelajar lebih mendalam bagaimana sesaorang bolih Jatuh kepada MURTAD..agar faham supaya tidak terjerumus...Niat, perbuatan dan pecakapan bolih terjerumus kalau tidak hati2...rujuk lah kepada orang yg bijak pandai dalam ilmu agama Islam..berguru lebih afdhal..dari membaca sja.
- Cahaya Kebenaran · Pengulas Tertinggi · SMKT, Sungkaikenyataan begini suka diputar belitkan oleh BN... tengoklah kalau tak percaya..
- Zackry Wak · Pengulas Tertinggi · UTMPencacai umNO paham ke apa yang TGNA bagitau tu? Atau saja-saja buat BODOH!
- Mohd Razali Yaacob · Pengulas TertinggiAgama Islam ala UMNO mana nak sama dengan Islam sejati (PAS).
- Mustafa Yaacob · Semasa Pen.Peg.Perubatan di KKMorang yang mempelekehkan Islam tu siapa ? org.DAP , Karpal Singh yang cabar langkah mayat dia dulu baru boleh laksanakan hudud adakah karpal singh tu di kira Murtad juga Tok Guru? ha, ha,
- Jurutalqin Umno · Pengulas TertinggiTempoh diantara zaman Khalifah-Ali sehingga akan tibanya ImamMahadi adalah pengisian Syura-Ulama sebagai pilihan ALLAH. Apabila Rasulullah mengatakan AgamaIslam sudahpun sempurna maka muktamadlah WASAMIQNA WAA'THOQNA dalam komitmen-ulama. Keterbatasan ulama dalam memandu-arah umatnya dirintangi munafik-jahilliah dan kuasa-penindas yang berkesinambungan sumpahan-azali iblis-kedajjalan yang merencana penjajahan dan kemiskinanlah selama ini menduga akidah dan batas-kesabaran umat Islam. Propaganda musuh mempersenda ulama hanyalah mengulangi sejarah NabiNuh yang membina Bahtera padang pasir lalu dituduh gila dan dimusnahkan ALLAH akan kaum, anak dan isteri nabi oleh banjir teramat dasyat. Dalam konteks kebangkitan Islam akhir zaman di Timur dan Malaysia melalui proses undi-demokrasi, pertandingan RakanPakatan-ulama kini nekad menamatkan badi-kemungkaran umno-BN. Namun faktor tumbangnya delegasi-British itu adalah dari berbagai penjuru misalnya konsistensi undi cina, sabotaj politik-wang, silent-majoriti, kos sara-hidup, jurang kaya-miskin, kepesatan imformasi, pengundi muda dan manipulasi ekonomi. Keajaiban 313pejuang Badar dan kedaifan Mujahidin serpihan Russia menoktahkan kebathilan bahawa tiada yang besar melainkan ALLAH. Organ telinga kami adalah taat sebaliknya mulut tiada lagi muslihat sebaik saja syura-ulama menetapkan AnwarIbrahim PM ke7 lembaran baru sejarah negara, kaki inipun teguh hijrah ke medan jihad.
- Mohd Yusof Abdul Aziz · Pengulas Tertinggi · Universiti MalayaNak tunggu komen Harussani atau ulamak umno spt jamil khir baharom atau ustzah mashitah. Ade ke?
- Hamzah Mohammad · Pengulas Tertinggi · University of MalayaKihx3, tuduh org lain mggalakkn murtad, sendiri boleh dihukum murtad.
- Anaklenga Muar · Pengulas Tertinggi · Ikm jasin melakamurtaddddddddddddddddddddd
dddddddd.........sesattttt tttttttttttt, syaitannnnnnnnnnnnnnnnnnnn nn...........hahahahahaha ...lagu tiap kali nak pilihanraya....dunia mcm nak kiamat bila dkt p.raya....hehehe... - Saufi Bustamam Fiamri · Pengulas Tertinggi · Royal Malaysian Navy CollegeHarap2 semua org melayu yg beragama islam sedar dan memahami kata2 TGNA niiii.....dah sambut maal Hijrah jom kita berubah....
- Wak Suloh · Pengulas Tertinggi · 33 years oldSempena maal hijrah ni wak serulah kaum melayu yg jahil akan akidah belajar berguru kalu kitab2 lain dianggap tak betul gunakanlah kitab mustika hadith jabatan perdana menteri tu yg ditandatangani oleh Tun Mahathir, kita bimbang kita rasa kita betul, yg salah, yg zalim, yg fitnah yg menghalalkan cara tetap nak pertahankan dgn berbagai hujah, ditakuti bila mati rupanya mati bukan dalam akidah Islam , nauzubillah min zalik.
- Ford Ranger · Pengulas Tertinggi · Authorised Distributor di SAG (Semangat Anggun Group)SOKONG TOK GURU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan