Ketua Ulama PAS nasihat Harussani juga bertaubat...
MUKTAMAR PAS
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Datuk Harun Taib membidas Mufti
Kerajaan Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihatkan Naib Presiden
PKR Nurul Izzah Anwar supaya bertaubat susulan dakwaan kenyataannya
mengenai kebebasan beragama.
"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia harus bertaubat," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung laporan yang menyebut Harussani menasihatkan Nurul Izzah bertaubat susulan kenyataannya itu.
Harussani juga dilaporkan menasihat ahli Parlimen Lembah Pantai itu memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama di sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.
Mufti Perak itu turut menasihatkan pengikut pemimpin PKR itu yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, supaya bertaubat kerana menurut Harussani, ia adalah berdosa besar.
Dalam satu sidang media selepas merasmikan Muktamar DUPP di Kota Bharu hari ini, Harun turut ditanya mengenai pendirian dewan itu berhubung kenyataan anak sulung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Bagaimanapun, Harun berkata pihaknya "tidak mengambil berat" perkara tersebut dan menganggap "itu perkara biasa sahaja" kerana menurut Harun, Nurul Izzah buat kenyataan mengenai kebebasan agama itu tidak terhad kepada orang tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa.
"Pada asalnya, apabila belum masuk Islam, dia bebas memilih Islam atau tidak. Tapi, yang tidak bebas (apabila) sudah masuk Islam, tidak boleh sekali Islam, sekali Kristian. Itu tidak adil," katanya.
Didesak wartawan supaya beliau menyatakan pendirian dewan dengan lebih jelas, Harun dengan tegas menyatakan: "Saya tidak mahu bicara pasal Nurul Izzah, perkara kecil. Banyak lagi perkara pasal Mahathir buat, yang Najib buat. Saya akan jawab."
Ditanya berhubung pelaksanaan hudud sedangkan rakan gabungan Pakatan tidak bersetuju, Harun berkata Pakatan sudah bersetuju "secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia".
"Tetapi syariat Islam ia mesti dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi. Jadi kalau kita majoriti dalam parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri dia menjadi undang-undang negara.
"Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tak setuju, undang-undang jalan raya, orang pun tak setuju, kerajaan laksana juga," katanya.
Diminta mengulas "suara-suara sumbang" dalam DAP khususnya Karpal Singh yang menolak, Harun mendakwa tokoh DAP itu, "tidak sempat mengikut dialog dan penjelasan" yang dibuat oleh PAS.
"Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP). PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah.
"Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju," katanya.
Usul berkenaan, yang dikemukakan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad, mendakwa mutu pemberitaan Harakah merosot dan media itu juga "kurang kredibiliti" sebagai lidah parti.
Salinan senarai usul berkenaan, yang diperolehi pemberita, juga mendakwa Harakah tersasar dari matlamat penubuhannya.
Selain itu, usul itu juga menyebut Harakah "tidak membawa aspirasi jemaah dalam memacu kebangkitan gerakan Islam abad ke-21".
Usul berkenaan seterusnya mendesak pimpinan parti supaya menstruktur semula sidang redaksi Harakah.
Ia turut menggesa supaya PAS membentuk jawatankuasa khas untuk menapis kandungan akhbar tersebut, termasuk edisi dalam taliannya, Harakahdaily.
Harakah sebelum ini diserang oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sejurus sebelum dipecat daripada parti tersebut.
Hasan antara lainnya menyifatkan Harakah sebagai akhbar yang memberi kurang liputan kepadanya berbanding media arus perdana.
Harakah juga, kata Hasan, memberi lebih liputan kepada parti komponen Pakatan Rakyat dan bukannya ahli partinya sendiri.
Harakah pada Disember lalu turut dikritik timbalan ketua pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz kerana menerbitkan karikatur yang menyindir bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.
Nasharudin, seperti juga Hasan, mengkritik PAS kerana bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan menyeru parti Islam itu supaya meninggalkan Pakatan.
Antara pemimpin yang menyertai perbahasan usul tersebut ialah wakil PAS Mersing Mohd Yani Abdul Rahman yang mempertahankan Harakah.

Noah Zig · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia
Ayat al-qurqn itu berbunyi demikian, maka tidak ada apa-apa masalahnya. Nurul Izzah sekadar menterjemahkan potongan ayat tersebut tapi bukan mentafsirnya. Kalau ditanya pak Arab sekalippun terjemahan harfiahnya akan serupa, namun ditafsir mengikut masa dan peristiwa dan situasi ayat itu diturunkan ia akan lebih jelas lagi. Dalam forum itu Nurul menterjemah ayat 256 surrah al-Baqarah itu sambil lalu ean menekan ayat itu bukan untuk satu-satu bangsa sahaja malah untuk seluruh manusia. Lagi pun fasal tertentu dalam perlembagaan UMNO juga menghadkan apabila berumur 18 tahun setiap individu boleh memilih agamanya sendiri. Mengapa UMNO tak ambil serius berkenaan dgan akta tersebut.
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 192 subscribers
Kenapa Harussani tidak menyuruh pemimpin UMNO supaya bertaubat.? kadang kadang aku pelik dgn ulama mcm ni..sebagai Mufti Perak.. lihat dulu penampilan golongan istana... maaf cakaplah..adakah menepati apa yg ditekankan dlm Islam..? dan lihat sendiri pemimpin Melayu dalam UMNO.. baik yg lelaki dan pempuan...mcm mana dia boleh membisu..?? sedangkan sepatutnya dia menegur dan memberi nasihat..? penelitian aku Harusanni ni bukannya ulama tapi nationalis melayu yg mahu melihat penyatuan melayu melalui UMNO..
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 192 subscribers
Mohd Tag · Pengulas Tertinggi
Taubatla HARUN TAIB....yang salah tetap salah..peranan ulama ialah mendidik bukan menghukum...
Hariz Rosdi · Pengulas Tertinggi
tak pernah dgr hasusani mendidik najib dan pemimpin2 bn yang banyak buat dosa besar..rasuah dosa kecil ke..aku bukan nak bela nurul izah tp itu dia cakap..maksud percakapannya kita tak tahu..ni yg najib dan pemimpin dah buat..tadak respon pun..ulamak umno tadak integriti untuk tegur pemimpin PR kecuali malam ni harusani keluar Tv 1 komen pasal pemerintahan najib..itu aku tabikkk spring
~lu sembang nanti wa sengat ! ~
Eric N Karey mtk tgk video kt dlm pages sy ni, tq ye ... bru tau siapa tu PAS .. tgk ni k http://bit.ly/UGw2LI :(
Pyan Pyon · Pengulas Tertinggi
betul2 mati kutu kerajaan sekarang...isu ni sengaja dibuat2 dan dibesar2 supaya orang marah pada nurul...kalau orang marah pada nurul itu tidak bermakna BN boleh menang pilihanraya akan datang...ini hanya isu terpencil yang sengaja dibesarkan...rakyat lebih melihat isu nasional bila menjelang pilihanraya..soal makan minum dan masa depan anak2 mereka...
Syed Jaafar Syed · Langgani · Pengulas Tertinggi · Master institute of tecnology
Tahniah Datuk Harun Taib...berjaya meloloskan diri dari belitan wartawan yg sentiasa bersedia untuk membelit...!!
Syahmi Pro · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sekolah Agama An Nur Bt 10 Skudai
salam,
nk tahu hemah mufti Perak ni, cubalah call dia bercakap di phone
saya ada pengalaman yang amat bernilai untuk mendapat nasihat dari seorang mufti......
yang akhirnya mengecewakan.....
.nada suara saja dah cukup mematikan minat untuk mendapatkan pandangan dan nasihat...
mungkin sibuk mengendalikan isu negeri atau negara, apalah sangat suara rakyat mcm saya...........itu 20 tahun dulu..
berbanding sahibul samahah mantan mufti Perlis Dato Md Jaya, (bapa ust Fatthul Bari)
amat berhemah dan membantu....
sgt low profile,
serban selempang di bahu
sanggup bertemu secara peribadi di rumah beliau
dan membantu menyelesaikan masalah seorang anak muda (anak saudara) yang bermasaalah....
sanggup keluar rumah, buat rujukan (bertemu contact yang bersesuaian) untuk menyelesaikan masalah tersebut......
saya dpt bezakan 2 mufti dari kerajaan Beend.
jadi bila terdengar isu kontreversi mufti perak ni,
saya x terkejut..........
Zamli Mohd · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Retiree
Kalau Tan Sri Mufti berdiam diri bila pemimpin umno perlekeh hina pinda dan tolak Hukum Allah swt tu macam mana pula ye.Tapi Rasullah saw pernah bersabda *Diakhir zaman banayak alim ulamak mengejar kesenangan dunia tapi meninggalkan kesenangan yang melimpah ruah diakhirat nanti*.PM Najib tu bercakap diNegeri Perak dimana Tan Sri Berkuasa penuh sebagai Mufti Negeri Perak.Tan Sri bukan sahaja berdosa kepada Allah swt tetapi juga berkuasa kepada mereka2 yang menyokong pemimpin umno itu.
Sulaiman Mohd Daud · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
SALAM. Ulama seharusnya tunjukkan contoh yang senang difahami oleh orang awam bukan buat kenyataan senang2 hanya mendengar melalui radio, TV, membaca surat khabar atau mendengar cerita orang! Yang dah jelas haram spt bisness kilang arak, casino judi, kedai2 Sport TOTO/loteri dan yg spt nya kenapa Datuk Harrussani / ulama muda UMNO tak histeria keluarkan kenyataan.....haram, haram, haram. Pelik manusia spt ni bila d kelilingi persekitaran yang senang dan mewah.....amalan zuhud inshallah boleh mengubati keadaan seseorang dan mampu memberi pandangan yg lebih jelas.
Mohd Sani · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Freelancer
Dalam perdebatan itu Nurul hanya memberi pandangan umum dan tidak menjurus dan spesifik. Adakah itu berdosa besar? Perkataan yang menjadi isu adalah 'no compulsion' sahaja. Dan kita umat Islam tahu dan arif bahawa tiada paksaan dalam Islam. TS Harussani harus lihat video sebenar,... Bagaimana pula dengan kenyataan seorang menteri yang membenarkan melacur (zina) dalam keadaan dharurat, terpaksa. Adakah ini lebih memesongkan iktiqad dan aqidah muslimin dan muslimat dan lebih berdosa Besar? ....Serulah manusia kpd jalan tuhanmu dgn hikmah dan pengajaran yg baik dan berdebatlah dgn mereka dgn cara yg baik
Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
Amat malang bila datuk harussani mengambil pendirian org2 yg jahil dlm isu Nurul 'Izzah. Org2 sperti datuk seharusnya bersikap sperti mana layaknya seorg alim itu. Org alim x akan sesekali mengambil sesuatu berita x sohih sbagai bahan utk berhujah, apatah lagi berita itu dtg dari sumber kaki fitnah utusan meloya. Hanya org2 yg jahil & fasiq yg lakukan sebegitu. Allah ta'ala berfirman, " katakanlah 'apakah sama org2 alim & berpengetahuan itu dgn org2 yg jahil" al-Quran. Diharap datuk muhasabah dimanakah datuk letakkan kedudukan diri datuk skrg...
Awie Otoko · Pengulas Tertinggi
rela menjual agama demi sesuap nasi..kesian Tan Sri Harussani...hari dh semakin senja..
Pemuda PAS mahu Harakah 'distruktur semula'
dikemaskini Satu usul untuk menghentam lidah partinya, Harakah diluluskan sebulat suara dalam perbahasan Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini.Usul berkenaan, yang dikemukakan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad, mendakwa mutu pemberitaan Harakah merosot dan media itu juga "kurang kredibiliti" sebagai lidah parti.
Salinan senarai usul berkenaan, yang diperolehi pemberita, juga mendakwa Harakah tersasar dari matlamat penubuhannya.
Selain itu, usul itu juga menyebut Harakah "tidak membawa aspirasi jemaah dalam memacu kebangkitan gerakan Islam abad ke-21".
Usul berkenaan seterusnya mendesak pimpinan parti supaya menstruktur semula sidang redaksi Harakah.
Ia turut menggesa supaya PAS membentuk jawatankuasa khas untuk menapis kandungan akhbar tersebut, termasuk edisi dalam taliannya, Harakahdaily.
Harakah sebelum ini diserang oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sejurus sebelum dipecat daripada parti tersebut.
Hasan antara lainnya menyifatkan Harakah sebagai akhbar yang memberi kurang liputan kepadanya berbanding media arus perdana.
Harakah juga, kata Hasan, memberi lebih liputan kepada parti komponen Pakatan Rakyat dan bukannya ahli partinya sendiri.
Harakah pada Disember lalu turut dikritik timbalan ketua pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz kerana menerbitkan karikatur yang menyindir bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.
Nasharudin, seperti juga Hasan, mengkritik PAS kerana bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan menyeru parti Islam itu supaya meninggalkan Pakatan.
Antara pemimpin yang menyertai perbahasan usul tersebut ialah wakil PAS Mersing Mohd Yani Abdul Rahman yang mempertahankan Harakah.
Isu hudud: Ketua Dewan Ulama akui ada ahli celaru
MUKTAMAR PAS
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Harun Taib mengakui terdapat
ahli yang bercelaru kerana merasakan bahawa isu hudud tidak perlu
dibicarakan dalam era tahaluf siayasi (kerjasama politik) susulan
pelbagai pandangan dan lontaran idea dari luar parti.
Beliau menegaskan "kecelaruan pemikiran" tersebut timbul kerana kegagalan mereka untuk mengikuti tarbiyah daripada parti itu.
"Dalam isu hudud, ada ahli yang bercelaru merasakan bahawa ianya tidak perlu dibicarakan dalam era Tahaaluf Siyasi. Setengahnya terkeliru dengan pandangan bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan kerana keadaan bermasyarakat rakyat Malaysia yang belum kondusif.
"Ini semua adalah kecelaruan pemikiran kerana gagal mengikuti tarbiyah PAS. Perjuangan menegakkan hudud merupakan agenda Islam dan sudah pasti menjadi agenda PAS," kata Harun.
Harun berkata, hudud merupakan undang-undang pencegahan melibatkan jenayah berat yang menggugat keamanan manusia iaitu kecurian, rompakan, zina, tuduhan zina, menghilangkan akal dan murtad keluar daripada Islam.
"Kita berjuang menjadikan hudud sebagai sebahagian daripada undang-undang (Taqnin) berdasarkan kuasa demokrasi yang kita miliki.
"Setelah ianya menjadi undang-undang negara, pelaksanaannya akan dilakukan oleh badan kehakiman untuk menentukan tahap pelaksanaannya.
"Kita telah berjaya membentangkan enakmen jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu menurut kuasa demokrasi yang kita miliki," katanya Harun Harun dalam Muktamar Dewan Ulama PAS pusat di Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu pagi ini.
Teks ucaptamanya dibacakan oleh Naib Ketua DUPP Dr Mahfodz Mohamed kerana Harun uzur.
Dalam ucapannya yang bertemakan "Ulama Haraki Benteng 'Izzah Islam', Harun menyeru ulamak supaya "perlu berijtihad" berpandukan al-Qur’an, al-Hadis, Qias yang sahih, waqi’ semasa dan maqasid syar`iyyah berdasarkan perkembangan kehidupan bersiasah mutakhir.
"Untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya. Antaranya, ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadis membenarkan tahaaluf siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.
"Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya sambil mengingatkan perwakilan sentiasa prihatin dengan syarat-syarat Tahaaluf Siyasi yang telah digariskan.
"Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran kepada syarat-syarat tersebut, ulamak perlu segera menegur kepimpinan parti dan memberikan nasihat," katanya.
Perkara itu ditegaskan dalam satu usul yang dikemukakan wakil Dewan Ulama PAS kawasan Kemaman, dan yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar hari ini.
"Menyedari bahawa PAS merupakan satu gerakan untuk mendaulatkan kalimah Allah berdasarkan kepada tuntutan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma' dan Qias, maka sudah tentu dasar dan prinsip ini tidak akan berubah sama sekali dan PAS akan terus mempertahankannya.
"Dewan Ulama PAS hendaklah menjadikan benteng Islam untuk memelihara dasar dan kesucian parti daripada diresapi oleh mana-mana 'fikrah al-Haddamah' yang boleh merosakkan fikrah dan hala tuju parti," usul itu dipetik.
Usul berkenaan tidak menyatakan dengan jelas "pemikiran yang merosakkan" tersebut, namun dapat diperhatikan bahawa para perwakilan dalam muktamar Dewan Ulama hari ini banyak menimbulkan kebimbangan mengenai fahaman Syiah.
Perwakilan berkenaan antara lainnya menyatakan bahawa fahaman tersebut tidak seharusnya dianggap sebagai bahan mainan kerana ajaran tersebut melibatkan akidah dan bukannya "masalah cabang agama" semata-mata.
Malah, ada juga perwakilan yang menyatakan kekecewaan kerana sesetengah pemimpin berkenaan didakwa menganggap Syiah sebagai perkara remeh.
Sedangkan, golongan akar umbi terpaksa menahan kritikan apabila terpaksa menjelaskan mengenai isu berkenaan, menurut perwakilan tersebut.
Kebimbangan itu juga dapat diperhatikan melalui kisah yang dikongsi para perwakilan berkenaan – termasuk mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Melaka yang merampas sejumlah 12,000 buku, VCD dan risalah yang didakwa mengandungi unsur Syiah.
Wakil Dewan Ulama PAS Melaka, yang membangkitkan mengenai tindakan penguatkuasaan itu bimbang bahan berkenaan akan tersebar ke negeri lain.
Audit syariah
Selain usul tersebut, Dewan Ulama hari ini turut meluluskan satu usul supaya PAS menubuhkan satu unit audit syariah bagi mengaudit perjalanan badan eksekutifnya.
Usul yang dikemukakan wakil Dewan Ulama Wilayah Persekutuan itu mencadangkan supaya PAS mengaudit ahli jawatankuasa parti, badan perhubungan negeri dan kerajaan negeri yang ditadbir PAS.
Dua usul lagi yang diterima majoriti perwakilan antara lain meminta ulama diberi peranan supaya menasihati pemimpin dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin PAS agar "pentadbiran kerajaan negeri tidak tergelincir daripada matlamat perjuangan parti".
Usul tersebut dicadangkan oleh Dewan Ulama Pulau Pinang dan dibahaskan oleh tiga perwakilan antaranya Urusan Ulama kawasan Pokok Sena dan perwakilan Perak dan diterima sebulat suara kira-kira 500 perwakilan yang hadir.
"Saya mahu PAS Pusat menasihatkan Umara' (pemimpin) supaya mendengar nasihat daripada ulama. Kalau mereka tidak mendengar, sudah tentu apa yang hendak dilaksanakan tidak dapat dilakukan," kata wakil daripada Pokok Sena kita membahas menyokong usul tersebut.
Beliau menegaskan "kecelaruan pemikiran" tersebut timbul kerana kegagalan mereka untuk mengikuti tarbiyah daripada parti itu.
"Dalam isu hudud, ada ahli yang bercelaru merasakan bahawa ianya tidak perlu dibicarakan dalam era Tahaaluf Siyasi. Setengahnya terkeliru dengan pandangan bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan kerana keadaan bermasyarakat rakyat Malaysia yang belum kondusif.
"Ini semua adalah kecelaruan pemikiran kerana gagal mengikuti tarbiyah PAS. Perjuangan menegakkan hudud merupakan agenda Islam dan sudah pasti menjadi agenda PAS," kata Harun.
Harun berkata, hudud merupakan undang-undang pencegahan melibatkan jenayah berat yang menggugat keamanan manusia iaitu kecurian, rompakan, zina, tuduhan zina, menghilangkan akal dan murtad keluar daripada Islam.
"Kita berjuang menjadikan hudud sebagai sebahagian daripada undang-undang (Taqnin) berdasarkan kuasa demokrasi yang kita miliki.
"Setelah ianya menjadi undang-undang negara, pelaksanaannya akan dilakukan oleh badan kehakiman untuk menentukan tahap pelaksanaannya.
"Kita telah berjaya membentangkan enakmen jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu menurut kuasa demokrasi yang kita miliki," katanya Harun Harun dalam Muktamar Dewan Ulama PAS pusat di Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu pagi ini.
Teks ucaptamanya dibacakan oleh Naib Ketua DUPP Dr Mahfodz Mohamed kerana Harun uzur.
Dalam ucapannya yang bertemakan "Ulama Haraki Benteng 'Izzah Islam', Harun menyeru ulamak supaya "perlu berijtihad" berpandukan al-Qur’an, al-Hadis, Qias yang sahih, waqi’ semasa dan maqasid syar`iyyah berdasarkan perkembangan kehidupan bersiasah mutakhir.
"Untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya. Antaranya, ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadis membenarkan tahaaluf siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.
"Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya sambil mengingatkan perwakilan sentiasa prihatin dengan syarat-syarat Tahaaluf Siyasi yang telah digariskan.
"Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran kepada syarat-syarat tersebut, ulamak perlu segera menegur kepimpinan parti dan memberikan nasihat," katanya.
Hisham Abd Rahman · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuli di Home Ministry · 102 subscribers
"Setengahnya terkeliru dengan pandangan bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan kerana keadaan bermasyarakat rakyat Malaysia yang belum kondusif."sampai bila nak tunggu masyarakat malaysia jadi kondusif.
alquran diturunkan lebih 1400 tahun dahulu.. adakah ayat / hukum yg diturunkan 1400 dahulu itu hanya akan terguna pakai setelah masyarakat jadi kondusif?? sampai bila? Dimana peranan pemerintah yang nak mendkondusifkan rakyat sedangkan golongan pemerintah ini lah yang takut dengan hudud dan hidup dengan penuh maksiat!Inilah golongan yang dikatakan sebagai syaitan yang dikenali yang menentang hukun Allah.
Wong See Pang Wong · Pengulas Tertinggi
BINCANG LER SECARA TERTUTUP..... BIAR APERPUN PERBEZAAN PENDAPAT. JNG SAMPAI BOCOR KELUAR... PERKARA DLM PERBINCANGAN MASIH BOLEY DIRUNGKAI DALAM KOMITI.. TAPI BILA TERLEPAS KELUAR, PUAK U**ONGOK BE'END DAN KERABAT DAN SEANGKATAN, TUNGGU JER PELUANG..... UTK DIPUTAR BELIT DAN DIPINTAL2 SUPAYA ORG KELIRU DAN MENYALAHKAN PAS KYUSUS DAN PAKATAN LEBIH AMNYA.. LEBIH PARAH AGAMA DIPERMAINKAN.
Din Menteri · Pengulas Tertinggi · SMA Negeri 1 Bandung
dah konpius tambah lg konpius, apa la PAS ni. Nak tipu pun biar la konsisten.
Ghani Sulaiman · Pengulas Tertinggi
Rata2 Islam kita setakat percaya saja, tahap yaqin sangat nipis, Nabi SAW ambik masa 13 tahun susah payah, siang, lepas tu siang malam, diuji Allah bermacam2, kena kutuk, kena cerca pelbagai cemuhan manusia lepas tu baru Allah beri kemenangan.Iman kita setakat belajar sifat 20, lepas dengar ceramah singgah main Aji(dam) ini nak cakap bab hudud...
R Ismail Abdullah · Pengulas Tertinggi
Setuju dgn pendedahan Ketua DUPP itu tambahan lagi yg terlebih dulu ditarbiyyahkan adalah para pemimpin yang menduduki AJK PAS Pusat terutama yg masih baru, AJk lajnah2 dan ahli2 baru ttg intipati perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS begitu juga PAS wajar menawarkan kpd parti2 sekutu dlm PR utk diterangkan atau dijelaskan dasar2 perjuangan Islam kpd mrk semua utk difahami dan dimengertikan agar sebarang kekliruan atau salahfaham dapat dielakkan dan juga mengelak mempercayai fitnah oleh musuh-musuh politik. Bahkan elok sangat jika PAS dapat mengunjungi Majlis Raja2 juga melalui Pegawai Agama Istana Negara atau Mufti2 negeri2 bagi mengadakah muzakarah atau apa2 nama saja utk difahamkan kpd para pemerintah beraja di Malaysia ini. kerana Duli2 Tuanku bukan semuanya beroleh pendidikan agama yang mendalam cuma mrk punyai penasihat2 agama sahaja, maka eloklah PAS memulakan langkah2 sebegini.
Hj Masran Al Banjari · Pengulas Tertinggi · Simpang Rengam, Johor, Malaysia
hehehe,, sya sendiri tambah kompius bila tengok video ne,,
http://www.youtube.com/watch?NR=1&feature=endscree n&v=c2rade458ZM
Hj Masran Al Banjari · Pengulas Tertinggi · Simpang Rengam, Johor, Malaysia
dn bertambah2 kompius bila sya bca ni,,
KRONOLOGI PERJALANAN HUDUD PAS...!!WAJIB BACA!!!
5 April 1993 - Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAs Kelantan telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan.
25 November 1993 - Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Hukum Hudud namun masih belum diwartakan.
9 Oktober 1994 - Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat telah memutuskan Hukum Hudud adakah satu undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak bersungguh-sunguh mahu melaksanakan khususnya dalam bidang perundangan.
3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak pernah membuat pe...Lihat seterusnya..
Mohd Ramlee · Pengulas Tertinggi
Ulamak perlu segera menegur kepimpinan parti dan memberi nasihat itu lah tugas ulamak bukan macam ularmamak as suk
Azri Haji Ahmat · Pengulas Tertinggi · Bekerja di UMW Toyota ASSB
inilah propaganda yg UMNO mahu kan bile sebut pasal hudud semua jadi kelabut
Imiboja Yusof · Pengulas Tertinggi
Bila kita islam hukum hudud adalah sebaik hukum kerana ia adalah hukum allah, tapi yang implement tetap jugak manusia, namum yang musklil kenapa setiap kali dekat pilihanraya PAS dengan bangganya dengan lantang membangkitkan hukum hudud lepas pilihanraya takde pulak dimainkan dengan begitu lantang.PAs nie nampak sangat mempergunakan ugama untuk kepentingan politik, kata memperjuangkan islam dalam masa, menjadikan sesama islam musuh dan dengan bangganya menjadikan dapig sebagai sahabat, sedang yang kita tahu dalam islam diberitahu islam itu bersaudara.kalau macam ini caranya baik PAS ni layak dipanggil PAS pis pus.
Fitri Fit II · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ada kerja ada GAJi · 147 subscribers
serius cakap,..ku tgk mmg ada diantara ahli PAS baik pemimpin yg PRO umno-PAS cam hasan ali..harus lihat isu ni krn pru13 semakin hampir
Tokijan Abd Halim · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Tibar Layar (M) Sdn Bhd.
PAS janganlah mendakwa hudud sebagai haknya...ia adalah perjuagan seluruh umat islam untuk melaksanakannya. Dah 20 tahun diberi peluang untuk melaksanakaannya di Kelantan, sampai la ni hanya jadi modal pilihanraya sahaja.
Ahmad Muzammil Nasir · University of Southampton
bagaimana pula di Kedah? bukankah sudah ada "kuasa demokrasi yang kita miliki"? rakyat Kedah sedang menunggu Enakmen yg sama spt di Kelantan dan Tganu
Alias Che Long · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya
Sepautunya dr 1948 lg cara ni digunakan oleh pas tp knp skrg ni br sibuk klu dr dulu perjuangannya betul dah lama PAS berkuasa bgmpun ISLAM adalah addin
Mujahid Malaya · Pengulas Tertinggi
semua Umat Islam mesti yakin dgn Hudud Allah SWT..bila kita yakin..kita mesti berusaha untuk melaksanakannya..dugaan mesti ada..ia sebagai cabaran untuk menguji keimanan kita..insyaallah Allah SWT akan permudahkan..sebab ini adalah suruhanNya...
Anaklenga Muar · Pengulas Tertinggi · Ikm jasin melaka
mana tak celaru....terlalu ramai "ulamak" PAS yg keluarkan kenyataan berbeza2..lepas tu bila kena rakan2 dlam pakatan mengulas perkara agama Islam W/pun tak tepat, petikan hdis dan al-Quran diambil secara harafiah sahaja...malah membiarkan non-Muslim sesuka hati memetik ayat2 suci tanpa dirujuk kepada Dewan Ulamak dulu...hangpa semua akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti di hari kiamat kelak..
Adam Danial Adam · Pengulas Tertinggi · USM Pulau Pinang
BILA DAH GILA KUASA, SEMUA DIHALALKAN OLEH PAS !!!. DULU KATA ORANG ISLAM HARAM UNDI CALON BUKAN ISLAM.!!!!...JANGAN TERLALU MENARUH KEPERCAYAAN KEPADA AHLI-AHLI PAKATAN RAKYAT TERUTAMA AHLI-AHLI DAP.....SUDAH PASTI MEREKA TAKKAN BERI UNDI KEPADA PAS KERANA MEMANG TERANG-TERANGAN TENTANG UNDANG-UNDANG ISLAM.....JANGAN TERLALU MUDAH TERPEDAYA DGN TIPU MUSLIHHAT DAP YANG TERNYATA MEMPUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI YANG INGIN DICAPAI OLEH MEREKA........DARI PENGALAM LALU, TERNYATA PAS DAPAT HABUK DI KAWASAN-KAWASAN YG RAMAI BUKAN MUSLIM...PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK BARU-BARU INI MERUPAKAN PENGAJARAN YANG JELAS.....PAS DAPAT HABUK SAJE, MANAKALA DAP DAPAT 12 KERUSI !!!!! SEDARLAH WAHAI AHLI-AHLI PAS !!!!!
Ayub Bin Ihsan Ayub · Pengulas Tertinggi · Kolej tun abdul razak
...teruskan perjuangan mu PAS dalam PR untuk menegakkan undang2 Islam bedasarkan alQuran dan alHadis di bumi Malaysia tercinta ini, kami rakyat negara ini dari berbagai suku kaum dan agama percaya hanya perlaksanaan undang2 Islam tersebut sahaja yg adil dan akan dapat membendung keganasan dan jperlakuan enayah yg semakin tidak dapat dikawal melalui undang2 tinggalan penjajah ini..
Mohd Yusof Muda · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pesara Kerajaan
"Setengahnya terkeliru dengan pandangan bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan kerana keadaan bermasyarakat rakyat Malaysia yang belum kondusif.".....menggambarkan masih ada ahli dan penyokong PAS yang masih berfahaman macam orang UMNO...
Husaini Muhd · Langgani · Pengulas Tertinggi · Alor Setar
sangat pelik apabila mereka mengatakan yang mereka pejuang islam tetapi celaru dengan hudud? apa sudah jadi? pejuangan tersasar ke?
Asam Pedas · Pengulas Tertinggi
MUKTAMAR PAS Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Harun Taib mengakui terdapat ahli yang bercelaru kerana merasakan bahawa isu hudud tidak perlu dibicarakan dalam era tahaluf siayasi (kerjasama politik) susulan pelbagai pandangan dan lontaran idea dari luar parti.
Beliau menegaskan "kecelaruan pemikiran" tersebut timbul kerana kegagalan mereka untuk mengikuti tarbiyah daripada parti itu.......bukan sebab gagal nak ikut tarbiyah, tapi kebanyakkan ahli PAShit sekarang ni ikut cakap Kelab Penyokong PAShit yang bukan islam, sekali kena jentik teloq...pucat lesi!!!!!!!!
Syrayhan Ahmad · Langgani · Pengulas Tertinggi · UiA
Mestilah org celaru...dpn Muslim hudud akan dilaksana dan keutamaan, dpn karpal group kata hudud bukan keutamaan...yg utama negara kebajikan, kat dlm buku jingga x ada tulis tentang hudud...adapula ulama pas kata hudud bukan keutamaan....so...semua celaru...sbb itu soilek berani kata sesuatu ttg hudud....
Lab View
Hukum Hudud mesti ubah ikut zaman. Kalau tidak Islam akan jadi tidak relevan. Akibatnya ramai akan keluar daripada islam dan cari fahaman/ajaran lain yang lebih sesuai. Jadi terpaksa bunuh orang Islam sedemikaian. Berapa ramai orang perlu dibunuh?
Inspirasi FL · Pengulas Tertinggi · UIN Universitas Islam Negeri Jakarta Syarif Hidayatullah
Wajib dilaksanakan
~lu sembang nanti wa sengat ! ~
duit kutip derma mse ceramah bt ape ? btul x cg noh ucap tu ? sila tgk video cg noh dlm pages sy ni .. huhu .. tgk ni k http://bit.ly/UGw2LI :(
Alfakir Ibnullah · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya
dekat akhir zaman melayu mmg dah tak mau addin sbgai cara hidup apa lg belajar agama cthnya masjid wlpun sekarang ada econ subuhnya hgga isyak sambutan masih kurang itu tandanya ramai yg jahil dan hidup tampa nur al-Qur’an, al-Hadis ....klau majlis2 maksiat berduyung2laa ...ini adalah hasil TARBIAH AKHIR ZAMAN olih puak2 munafikin bertopengkan syaitan...mmg telah berjayalaa puak2 ni memperdaya masyakat islam.....bukan nya salah org kapir yahudi nashora tp dalam diri kita dah ada yahudi nashora cara hidup kita yg menyebabkan kita jauh dr islam.........pendapat jeer
Dewan Ulama: Pertahan PAS dari 'fikrah al-Haddamah'
Dewan
Ulama PAS berikrar untuk mempertahankan parti Islam itu daripada
diresapi pemikiran yang dibimbangi akan merosakkan hala tujunya.Perkara itu ditegaskan dalam satu usul yang dikemukakan wakil Dewan Ulama PAS kawasan Kemaman, dan yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar hari ini.
"Menyedari bahawa PAS merupakan satu gerakan untuk mendaulatkan kalimah Allah berdasarkan kepada tuntutan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma' dan Qias, maka sudah tentu dasar dan prinsip ini tidak akan berubah sama sekali dan PAS akan terus mempertahankannya.
"Dewan Ulama PAS hendaklah menjadikan benteng Islam untuk memelihara dasar dan kesucian parti daripada diresapi oleh mana-mana 'fikrah al-Haddamah' yang boleh merosakkan fikrah dan hala tuju parti," usul itu dipetik.
Bimbang ajaran Syiah
Kira-kira 500 perwakilan Dewan Ulama PAS kawasan dan negeri hadir di sebuah dewan di Perdana Resort, sewaktu usul itu dibacakan.Usul berkenaan tidak menyatakan dengan jelas "pemikiran yang merosakkan" tersebut, namun dapat diperhatikan bahawa para perwakilan dalam muktamar Dewan Ulama hari ini banyak menimbulkan kebimbangan mengenai fahaman Syiah.
Perwakilan berkenaan antara lainnya menyatakan bahawa fahaman tersebut tidak seharusnya dianggap sebagai bahan mainan kerana ajaran tersebut melibatkan akidah dan bukannya "masalah cabang agama" semata-mata.
Malah, ada juga perwakilan yang menyatakan kekecewaan kerana sesetengah pemimpin berkenaan didakwa menganggap Syiah sebagai perkara remeh.
Sedangkan, golongan akar umbi terpaksa menahan kritikan apabila terpaksa menjelaskan mengenai isu berkenaan, menurut perwakilan tersebut.
Kebimbangan itu juga dapat diperhatikan melalui kisah yang dikongsi para perwakilan berkenaan – termasuk mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Melaka yang merampas sejumlah 12,000 buku, VCD dan risalah yang didakwa mengandungi unsur Syiah.
Wakil Dewan Ulama PAS Melaka, yang membangkitkan mengenai tindakan penguatkuasaan itu bimbang bahan berkenaan akan tersebar ke negeri lain.
Audit syariah
Selain usul tersebut, Dewan Ulama hari ini turut meluluskan satu usul supaya PAS menubuhkan satu unit audit syariah bagi mengaudit perjalanan badan eksekutifnya.
Usul yang dikemukakan wakil Dewan Ulama Wilayah Persekutuan itu mencadangkan supaya PAS mengaudit ahli jawatankuasa parti, badan perhubungan negeri dan kerajaan negeri yang ditadbir PAS.
Dua usul lagi yang diterima majoriti perwakilan antara lain meminta ulama diberi peranan supaya menasihati pemimpin dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin PAS agar "pentadbiran kerajaan negeri tidak tergelincir daripada matlamat perjuangan parti".
Usul tersebut dicadangkan oleh Dewan Ulama Pulau Pinang dan dibahaskan oleh tiga perwakilan antaranya Urusan Ulama kawasan Pokok Sena dan perwakilan Perak dan diterima sebulat suara kira-kira 500 perwakilan yang hadir.
"Saya mahu PAS Pusat menasihatkan Umara' (pemimpin) supaya mendengar nasihat daripada ulama. Kalau mereka tidak mendengar, sudah tentu apa yang hendak dilaksanakan tidak dapat dilakukan," kata wakil daripada Pokok Sena kita membahas menyokong usul tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan