Taklimat Scorpene disiar secara langsung
Harakahdaily, | 27 Nov 2012 |
Inisiatif siaran itu dibuat oleh sebuah NGO yang berkempen dalam isu itu iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Siaran langsung itu akan dipancarkan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) , tepat jam 12.00 tengahari ini.
"SAMM menyediakan ruangan awam untuk siaran secara LIVE dari Singapura untuk sepanjang sesi taklimat peguam Perancis.
"Jadilah antara rakyat Malaysia terawal yang mengikuti taklimat ini dengan hadir ke KLSCAH jam 12 tengahari ini," kata NGO itu dalam satu kenyataan.
Satu sidang media juga akan diadakan setelah tamat sesi taklimat tersebut.
Nota bicara pembunuhan Altantuya untuk siasatan Scorpene?
Seorang
peguam Perancis yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, berkata
para hakim Perancis yang menyiasat skandal Scorpene, tidak mempunyai
pilihan tetapi akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan warganegara
Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan mereka."... mereka sudah pasti akan menelitinya," kata Apoline Cagnat
(tengah dalam gambar), di majlis taklimat untuk ahli Parlimen Malaysia di Singapura hari ini.
Walaupun pembunuhan Altantuya bukan merupakan elemen paling kritikal dalam siasatan tersebut - yang memberi tumpuan kepada dakwaan pembayaran komisen dalam perolehan dua kapal selam kelas Scorpene oleh Malaysia - tetapi ia adalah salah satu aspek utama, kata Cagnat.
Oleh itu, beliau percaya dua hakim penyiasat akan meminta nota prosiding perbicaraan kes pembunuhan itu, di mana dua anggota keselamatan, telah disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya.
- نور سوزانا · Pengulas Tertinggitak sabar nak tenguk ending cerita ni PR wajib menang ....in sha allah utk rakyat tahu siapa durjana sebenarnya...
- Oren RapidFire · Pengulas Tertinggi · Ohio UniversityMakan dan munim terasa TERASA PAHIT!!nak telan pun TERSEDAK SEDAK!!dia dah SAMPAI NAJIBAH Ooi!!dah dekat dah pun!!
- Raini Anwar · Pengulas Tertinggi · Johore Bahru, Johor, Malaysiaalahai tak senang duduk pakcik dan makcik
- Hanif Nasir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MIMOS Berhad
- Papa Perlis · Pengulas Tertinggi · Perlis di Penyiasat persendirianBig Mama ngn pokjib dah x sonang duduk....gelisahhhhh.....i
nikahhh diaaa.....hantuuuutuyaaa.. heh heh....kasi lagu Ahmad Jais lak.... - Mohd Idrus Mataqil · Pengulas Tertinggi · Maktab Perguruan Sultan Idris Tg MalimSiasat siapa pembunuh sebenarnya, saya merasakan semua bertanggungjawab tahu hal pembunuhan ini.Bekas Ketua Polis Tahu, Peguam Negara Tahu tetapi kerana berkepentingan dia orang terpaksa lesapkan kes ini.
- Mann Greco · Pengulas Tertinggi
- Mohd Kheder Omar · Pengulas Tertinggi · Padang tembak
- Chong Kh · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaMatilah Najib dan Rosmah kali ini. Terbongkarlah kisah sebenar Scorpene. Jom sama sama saksikan "KISAH BENAR".
- Suzana Elani · Pengulas Tertinggi
- Mujahid Yusoff · Pengulas Tertinggi · University of Texas Medical Branchsiang meracau-racau, malam termimpi-mimpi..resah gelisah jika BN tumbang.
- Mohd Idrus Mataqil · Pengulas Tertinggi · Maktab Perguruan Sultan Idris Tg MalimSaya rasa dia takkan beri kerjasama kerana kes ini akan mengugatkan negara.
Baliklah wahai penyiasat ke negara asal kamu kerana kami disini ada penjaga negara sendiri tak perlu kepada bantuan orang luar.- Safuan Karto · Pengulas Tertinggi · 60 years old
- Azman Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
- Oren RapidFire · Pengulas Tertinggi · Ohio University
- Noor Azman · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah King Edward VII Taipingazman abu bakar........kita ni dijajah oleh bangsa kita sendiri demi tembolok masing2.mereka ini akan jadi talibarut inggeris atau jepun atau apa jua masa pun sekira dijajah.
- Steve Ng · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaTak dapat tunggu lagi bila Hakim akan memanggil si Najib ke mahkamah Perancis untuk memberi penjelasan
- Ramli Mohd Noor · Langgani · Tokyo University of Technologytunggu selepas pru13, siapa yg kena, oleh itu kita bersatu untuk berubah demi anak cucu kita.
- Ram De · Pengulas Tertinggi · Methodist boys schoolApa ke MOTIF di sebaliknya??? Siapa yang upah? Siapa yang bayar?
Khairy kalah teruk di tangan Nasrudin Tantawi
Mohd Sayuti Omar, | 27 Nov 2012 |
Ketua pemuda Umno yang tidak diberikan apa-apa jawatan
penting dalam Kabinet Najib Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kalah
teruk di tangan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan dalam satu pengundian
bebas yang dibuat di kalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO.
Pengundian itu menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa di antara
keduanya.
Dari jumlah 530 rakan Fb Merah Tinta MSO yang mengambil bahagian (mengundi), sebanyak 375 atau kira-kira 83.9% telah mengundi menyokong Nasruddin Hassan sementara sebanyak 35 orang mengundi Khairy kira-kira 7.8% saja.
Keseluruhan yang mengambil bahagian sebanyak 777 undi termasuk yang hanya like sebanyak 241. Bagaimana pun hanya 530 undi saja dikira. Dari jumlah itu 447 undi yang sah dan selebihnya, 83 undi ditolak kerana rosak.
Yang berkecuali pula sebanyak 38 orang.
Pengundian itu dilakukan semalam dalam tempoh enam jam. Sambutan pengundian sungguh memberangsangkan dan ia menjadi satu mekanisme untuk mengetahui mood anak-anak muda khasnya yang mesra IT.
Kemenangan Nasaruddin itu menunjukkan anak muda khasnya yang menyertai Fb Merah Tinta MSO jauh mempercayai dan meyakini Nasruddin sebagai pemimpin anak muda. Ikrar dan tindakan Nasaruddin mengisytiharkan hartanya semasa muktamar Pas baru lalu serta saksiah Islamnya menarik perhatian ahli kelab.
Di kala ini fan page Merah Tinta MSO juga sedang berlangsung pengundian di antara dua tokoh NGO Mazlan Aliman (Anak) dengan Badrulhisham Shahrin (SAMM). Pengundian dibuka jam 7.00 petang tadi dan akan ditutup jam 1.00 pagi nanti.
Selepas ini pengudian akan membabitkan beberapa tokoh ternama NGO, agamawan dan politik selain dari Pas dan Umno ia juga termasuk PKR dan DAP. - http://msomelayu.blogspot.com/
Menurut guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi, beliau menerima notis pemecatan selepas mendapat panggilan daripada seorang pemimpin Umno tempatan.
Bagaimanapun Qatrun memberitahu, perjanjian yang ditandatanganinya sebelum menjadi guru sambilan ada menyebut bahawa perkhidmatan seseorang guru itu boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa memberi sebab.
"Saya mendengar ceramah Anwar pada 15 September. Dan selepas itu pada 9 Oktober saya dihubungi oleh seorang pemimpin Umno. Kami berbincang panjang. Antara yang dia cakapkan ialah saya bekerja dengan kerajaan dan tak perlu terlibat dengan politik.
"Selepas dihubungi pemimpin Umno itu, saya dipanggil pula untuk bermesyuarat bersama penolong pengarah pelajaran JAWI bersama guru besar di sekolah saya mengajar. Dan selepas itu saya ada perjumpaan kali kedua pula di pejabat JAWI.
"Mereka hanya tanya tentang apakah aktiviti luar saya," kata Qatrun ketika dihubungi Malaysiakini.
Qatrun memberitahu lagi, beliau menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember ini.
Katanya lagi, rayuan juga telah dibuat kepada JAWI pada 19 November lalu bagi mempertimbangkan tindakan beliau dipecat.
"Saya buat rayuan pada 19 November supaya tindakan itu dipertimbangkan dan minta mereka (JAWI) beri tunjuk sebab kenapa saya diberhentikan tetapi mereka hanya membalas surat itu dengan memberitahu JAWI boleh memberhentikan perkhidmatan tanpa memberi sebab seperti syarat-syarat yang diberi sebelum menjadi guru sementara," katanya yang aktif dengan NGO Nisa Malaysia (NISA).
Sehubungan itu, bagi isu ini, Exco Pemuda PAS Labuan, Mohd Faris Abdullah yang juga merupakan koordinator Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN) akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali (foto-kiri) pada 29 November ini.
Selain itu, Mohd Faris berkata, disebabkan kegagalan JAWI memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini, ia menguatkan dakwaan bahawa jabatan itu telah dipengaruhi oleh kepentingan politik sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.
"INSAN juga mengecam tindakan Umno yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan. Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitik adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan media.
Sementara itu, bahagian pelajaran JAWI di ibu negara yang dihubungi bagi mengulas isu ini hari ini meminta Malaysiakini berurusan dengan pegawai jabatan berkenaan di bahagian Labuan.
Penolong pengarah bahagian pelajaran JAWI Labuan, Mohd Ghaus Musa yang dihubungi selepas itu bagaimanapun enggan memberi ulasan kepada Malaysiakini.
"Minta maaf. Saya tidak boleh komen," katanya ringkas apabila ditanya mengenai dakwaan bekas guru sandaran tersebut.
"PAS percaya kerajaan Kelantan tidak bermaksud meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.
"Ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, tambahnya, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya, atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.
Kenyataan Abdul Hadi itu dibaca oleh Naib Presiden PAS yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub di lobi Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, tegas Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang, PAS percaya maksud utama peraturan kecil itu untuk adalah untuk tujuan tersebut.
"PAS Pusat telah dimaklumkan bahawa mereka bersedia menimbang cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan isu salun ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam.
"PAS Pusat sangat mengalu-alukan sikap keterbukaan kerajaan Kelantan.
"PAS sentiasa komited menyelesaikan apa-apa jua permasalahan mengikut pintu rundingan," katanya.
Sebelum ini, seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.
Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.
Tindakan tersebut mencetuskan kontroversi dan beberapa pemimpin Pakatan, termasuk pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS pusat supaya menyelesaikan segera isu tersebut.
Ianya juga menjadi sasaran parti komponen BN, MCA, yang selama ini menyerang PAS dan Pakatan berhubung isu hudud menjelang pilihan raya umum ke-13.
Dan hari ini, akhbar Utusan Malaysia memetik Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw turut meminta kerajaan Kelantan menghentikan penguatkuasaan semua undang-undang tersebut sehingga kajian terperinci dilaksanakan.
Beliau juga berkata undang-undang kecil yang digubal khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membabitkan bukan Islam juga perlu dikaji semula kerana "tidak sesuai dengan keadaan semasa".
Kenyataan itu dibuat susulan ketetapan kerajaan negeri yang bertegas melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam meskipun mendapat tentangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh. Beliau juga meminta kepimpinan PAS campurtangan dalam isu berkenaan.
Kontroversi itu timbul apabila seorang wanita bukan Islam yang bekerja sebagai pendandan rambut disaman oleh majlis perbandaran kerana menggunting rambut seorang lelaki.
1. Isu salun: K'tan pertahan perundangan Islam
2. Karpal gesa pemimpin PAS campurtangan isu salun
3. Pendandan disaman kerana gunting rambut lelaki
Najib
telah cuba menumpang kejayaan Obama mempertahankan kerusi Presiden
Amerika Syarikat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini. Najib telah
meminta rakyat mengambil contoh rakyat Amerika dengan mengekalkan
kerajaan penyandang di negara ini. Saya telah menulis tentang isu ini
dan kali ini saya ingin menulisnya sekali lagi.
Baiklah, kita ikut bagaimana Obama mengekalkan kuasa di Rumah Putih di Washington. Jika itu kehendak Najib maka kita lakukan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Pertamanya oleh kerana pilihanraya kita sudah hampir maka Najib patut bersetuju untuk melakukan perdebatan terbuka dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti perbahasan di antara Obama dengan Roomney dari Republican semasa pilihanraya Presiden tidak berapa lama dahulu.
Kalau hendak mengikut jejak langkah rakyat AS, kita ikut betul-betul. Tentu ramai bersetuju jika perbahasan ini diadakan secara ‘live’ melalui TV3, RTM, ASTRO dan lain-lain saluran TV yang boleh di lihat di negara ini. Tentukan yang saluran-saluran TV yang besar seperti CNN, Aljazeera dan yang lain-lain menyiarkan secara ‘live’ ke seluruh dunia.
Dalam perbahasan itu Najib boleh membuktikan keburukan Anwar dan Pakatan Rakyat dan biarkan semua masyarakat dunia tahu keadaan sebenarnya. Saya rasa Najib akan mendapat lebih kredibiliti jika semua manusia menonton perbahasan ini dan buktikan segala tuduhan beliau terhadap PR dan Anwar itu betul dan benar.
Najib selalu berkata akhir-akhir ini yang beliau sahaja yang mampu melakukan perubahan, maka tunjukkan bukti dan yakinkan kepada semua pihak melalui perbahasan itu. Sekarang ruang telah terbuka untuk Najib membuktikan kebenaran dan kemampuan beliau dari berkata dan mencemuh Pakatan Rakyat dari belakang dan secara tertutup.
Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang beliau tidak terlibat langsung dalam isu Altantuya serta isu-isu lain seperti komisyen Scorpene dan banyak lagi yang dikaitkan terhadap beliau dan telah terbenam menjadi persepsi dan stigma buruk terhadap beliau.
Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang isu NFC tidak kena mengena dengan unsur rasuah dan unsur salahguna kuasa dan sebagainya. Seorang pemimpin yang telah berucap bergegar-gegar selama ini dan akan berucap dengan gegaran dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 27hb November ini tentunya berkemampuan untuk mempertahankan kewibawaannya melalui perdebatan itu. Seorang yang benar tidak mungkin takut berhadapan dengan rakyat dalam perdebatan ini, malahan perdebatan ini sepatutnya menjadi cadangan beliau untuk menunjukkan apa yang disebut oleh pembangkang itu fitnah semata-mata.
Najib sepatutnya menerima cabaran ini dengan senang hati dan tunjukkan semua program transformasi beliau itu adalah hebat dari mendengar cerita karut-marut dari dirinya sendiri tentang kehebatan program transformasi beliau itu. Najib selalu mengaku yang kerajaan kita telah menjadi contoh bagi banyak negara di dunia ini, maka perdebatan itu akan menaikkan lagi imej dan ‘dignity’ beliau seperti yang beliau mengakui selama ini.
Najib boleh juga mengambil kesempatan ini untuk membuktikan yang kerajaan pimpinan beliau terhindar dari kegiatan rasuah besar-besaran. Dalam perdebatan itu juga Najib boleh memberikan penerangan bagaimana rakyat negara kita ini akan memperolehi pendapatan yang tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang beliau war-warkan ke mana-mana beliau pergi.
Najib tidak perlu gentar berhadapan dengan Anwar. Jika beliau gentar dan menolak cabaran ini, maka jelaslah yang Najib mempunyai banyak perkara yang beliau hendak sorokkan. Jika Najib tidak mahu berdebat dengan Anwar kerana Anwar terlalu tinggi untuk beliau menghadapinya, Najib boleh memilih siapa sahaja dari pihak pembangkang. Rasa-rasanya saya pun berani dan tidak akan berundur jika mendapat cabaran dari pihak Najib itu. Sedap juga jika anak korporal Polis seperti saya berhadapan dengan pemimpin yang dianggap teragung oleh gulungan seperti ini.
Jika begitu keadaannya maka tidak payah kita berfikir panjang. Terus sahaja kita berikan sokongan kepada parti-parti pilihan selain dari BN dan UMNO. Menarik diri dari cabaran ini bermakna apa yang di tuduh oleh rakyat dan pembangkang selama ini tidak ada yang lain selain dari kebenaran belaka.
Apabila kebenaran sudah terbukti maka rakyat sepatutnya tahu apa yang hendak dilakukan dalam pilihanraya yang akan datang. Tidak payah lagi pemimpin-pemimpin pembangkang ke hulu ke hilir untuk menyaingi media perdana yang menyebelahi kerajaan yang berkuasa sekarang ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Dari jumlah 530 rakan Fb Merah Tinta MSO yang mengambil bahagian (mengundi), sebanyak 375 atau kira-kira 83.9% telah mengundi menyokong Nasruddin Hassan sementara sebanyak 35 orang mengundi Khairy kira-kira 7.8% saja.
Keseluruhan yang mengambil bahagian sebanyak 777 undi termasuk yang hanya like sebanyak 241. Bagaimana pun hanya 530 undi saja dikira. Dari jumlah itu 447 undi yang sah dan selebihnya, 83 undi ditolak kerana rosak.
Yang berkecuali pula sebanyak 38 orang.
Pengundian itu dilakukan semalam dalam tempoh enam jam. Sambutan pengundian sungguh memberangsangkan dan ia menjadi satu mekanisme untuk mengetahui mood anak-anak muda khasnya yang mesra IT.
Kemenangan Nasaruddin itu menunjukkan anak muda khasnya yang menyertai Fb Merah Tinta MSO jauh mempercayai dan meyakini Nasruddin sebagai pemimpin anak muda. Ikrar dan tindakan Nasaruddin mengisytiharkan hartanya semasa muktamar Pas baru lalu serta saksiah Islamnya menarik perhatian ahli kelab.
Di kala ini fan page Merah Tinta MSO juga sedang berlangsung pengundian di antara dua tokoh NGO Mazlan Aliman (Anak) dengan Badrulhisham Shahrin (SAMM). Pengundian dibuka jam 7.00 petang tadi dan akan ditutup jam 1.00 pagi nanti.
Selepas ini pengudian akan membabitkan beberapa tokoh ternama NGO, agamawan dan politik selain dari Pas dan Umno ia juga termasuk PKR dan DAP. - http://msomelayu.blogspot.com/
Guru dakwa dipecat selepas hadir ceramah Anwar
Seorang
guru agama sementara di Labuan yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa diberhentikan selepas menghadiri
ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi, beliau menerima notis pemecatan selepas mendapat panggilan daripada seorang pemimpin Umno tempatan.
Bagaimanapun Qatrun memberitahu, perjanjian yang ditandatanganinya sebelum menjadi guru sambilan ada menyebut bahawa perkhidmatan seseorang guru itu boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa memberi sebab.
"Saya mendengar ceramah Anwar pada 15 September. Dan selepas itu pada 9 Oktober saya dihubungi oleh seorang pemimpin Umno. Kami berbincang panjang. Antara yang dia cakapkan ialah saya bekerja dengan kerajaan dan tak perlu terlibat dengan politik.
"Selepas dihubungi pemimpin Umno itu, saya dipanggil pula untuk bermesyuarat bersama penolong pengarah pelajaran JAWI bersama guru besar di sekolah saya mengajar. Dan selepas itu saya ada perjumpaan kali kedua pula di pejabat JAWI.
"Mereka hanya tanya tentang apakah aktiviti luar saya," kata Qatrun ketika dihubungi Malaysiakini.
Qatrun memberitahu lagi, beliau menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember ini.
Katanya lagi, rayuan juga telah dibuat kepada JAWI pada 19 November lalu bagi mempertimbangkan tindakan beliau dipecat.
"Saya buat rayuan pada 19 November supaya tindakan itu dipertimbangkan dan minta mereka (JAWI) beri tunjuk sebab kenapa saya diberhentikan tetapi mereka hanya membalas surat itu dengan memberitahu JAWI boleh memberhentikan perkhidmatan tanpa memberi sebab seperti syarat-syarat yang diberi sebelum menjadi guru sementara," katanya yang aktif dengan NGO Nisa Malaysia (NISA).
Sehubungan itu, bagi isu ini, Exco Pemuda PAS Labuan, Mohd Faris Abdullah yang juga merupakan koordinator Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN) akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali (foto-kiri) pada 29 November ini.
Selain itu, Mohd Faris berkata, disebabkan kegagalan JAWI memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini, ia menguatkan dakwaan bahawa jabatan itu telah dipengaruhi oleh kepentingan politik sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.
"INSAN juga mengecam tindakan Umno yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan. Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitik adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan media.
Sementara itu, bahagian pelajaran JAWI di ibu negara yang dihubungi bagi mengulas isu ini hari ini meminta Malaysiakini berurusan dengan pegawai jabatan berkenaan di bahagian Labuan.
Penolong pengarah bahagian pelajaran JAWI Labuan, Mohd Ghaus Musa yang dihubungi selepas itu bagaimanapun enggan memberi ulasan kepada Malaysiakini.
"Minta maaf. Saya tidak boleh komen," katanya ringkas apabila ditanya mengenai dakwaan bekas guru sandaran tersebut.
- Md Radzi Ismail · Pengulas Tertinggi · Al azhar mesirnak buat cmna, bila umno merasakan JAWI itu milik parti UMNO dan BN? Parti yang mcm inilah yang kita doakan kehancuran kerana kezalimanyang dilakukan
- Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · Johor Bahru
- Syamsyul Anuar · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Evolution Security Solution Sdn Bhd
- Mohd Hairil Mohd Salleh · Pengulas Tertinggi · Smk tengku kudin
- Diplomatik Bebas · Langgani · Pengulas Tertinggi · 199 subscribersKenapa boleh jadi macam nie?
Untuk pengetahuan korang, semenjak NAJIB memoyokan dirinya naik jadi PM, APCO telah menasihatkan beliau bahawa Pengerusi Masjid mestilah dari Ahli UMNO.
Ini lah yang terjadi di Kuala Lumpur pada hari ini.
Masjid yang dipengerusikan oleh mereka2 yang BATANG HIDUNG pun tak pernah nampak kat Masjid, tiba2 dilantik menjadi Pengerusi.
Pengerusi ini akan melantik suku sakatnya untuk menjadi BENDAHARI.
Maka, semua projek2 Masjid akan JATUH ke TABUNG UMNO. Maka orang pun maleh nak pergi Masjid.
Sebab apa? Sebab ia akan jadi seperti kes di atas.
Bila Rakyat BANTAH!!! Siap lah!!!! Ko tunggu nasib ko!!!
...Lihat seterusnya..- Mohd Hairil Mohd Salleh · Pengulas Tertinggi · Smk tengku kudin
- Kamarul Shamsul · Pengulas Tertinggi · S.M.K. Sultan Abdul Samadumno memang bangsat punya parti dah namanya pun u-untuk m-menindas n-nasib o-orang sabarlah tunggu pru 13 dah nak dekat ni
- Sapiye Sanib · Pengulas Tertinggi
- Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTM
- Tenggiling Landak · Langgani · Pengulas Tertinggi · Pasang Poster Pilihanraya di Buah Nangka Untung Mati Negeri Orang
- Rais Idris · Pengulas Tertinggi · Multimedia University
- Sundrey Oscar · Pengulas Tertinggi · SMK Palembang Bangkulu
- Juara Ku · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Go fishing
- Ghani Sulaiman · Pengulas Tertinggi
- Izzuddin Abdul Hamed · Pengulas Tertinggi · Universiti Sains Malaysia
- Ahmad Jakobi · Pengulas Tertinggi
- Pak Tam Umei · Pengulas Tertinggi · Teknition di HUME CEMBOARD KANTHAN.IPOH PK
- Dollahtido Anakdollah · Pengulas Tertinggi · NTNU
- Acik Zam Zamani · Pengulas Tertinggi · IKM Inter College
- Miefia Razi · Pengulas Tertinggi · Universiti of Akhirat Allah SWT
- Mathen Munisamy · Pengulas Tertinggi
- Pak Teh MAk TEhh · Pengulas Tertinggi
- Wong See Pang Wong · Pengulas Tertinggi
- Abu Abdullah · Pengulas Tertinggi · 51 years old
- Mohd Hairil Mohd Salleh · Pengulas Tertinggi · Smk tengku kudin
- Ali Shaari · Pengulas Tertinggi · Kupang di SMK Syed Abu Bakar,Kupang, Kedahdoakanlah untuk kehancurannya
- Sungai Rapat · Pengulas Tertinggi · UCLA
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA'Antara yang dia cakapkan ialah saya bekerja denan kerajaan dan tak perlu terlibat dengan politik. '
Apa kaitan kerja dgn kerajaan dan terlibat dgn politik? Apakah maknanya, semua penjawat awam kena jadi pak turut semata, & x boleh sokong kecuali parti yg memerintah?? Inikah demokrasi yg diagung2kan bn selama ni? Ini adalah kuku besi. Zalim zalim! Tunggulah masanya x lama lagi. Kita tamatkan sgala2nya x lama lagi, insyaAllah. Semua ajaran karut & khurafat sebegini akan kita tanam dlm2 dlm kubur pasca PRU13, krn itulah tempat yg selayak baginya. Tunggu!!...- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
- Azamin Abidin · Pengulas Tertinggi
- Toll Vellu Mutu · Pengulas Tertinggi
- Jamil Dollah Ds · Pengulas Tertinggi · PAP di 19 Ramd Mek ( One Niner Group )Mereka menganggap rezeki itu BN yang bagi, sebab tu dia boleh pecat sesuka hati mereka,..bab ini bukan dia saja yang kena pecat, mungkin ramai lagi kakitangan kerajaan yang tak sedar, apabila kita menyokong PR, kemungkinan pangkat kita pun disekat, tetapi ramai yang tak sedar dengan pekara begini,..ini pernah terjadi pada diri aku, sebab aku pun adalah bekas kakitangan kerajaan juga......Marilah kita ramai2 berdoa supaya BN ini dapat ditewaskan pada pilihanraya yang akan datang.
- Jack Petgc · Pengulas Tertinggi · Jakarta, IndonesiaPR tu baik sangat ke.....dalam nya ada peliwat. penzina,penyamun, perogol, perompak, pelacur, perasuah, penipu.....yang alim pun ramai.........ala puak PR ni pun ada nafsu untuk kaya raya......cuma yang bawah bawah ni belum ada peluang nak sapu,,,,, yang ketua2 nya dah banyak yang dapat habuan dan sapu sana sini, tipu sana sini...cuma yang pengikut aje yang masih bebel , yang oercaya ke ketau mereka bersih...yang sebenarnya mereka lebih terok merompak dan menyamun harta kerajaan.......yang tukang ceramah ..kaya raya hasih kutipan ceramah.
- Avram John · Pengulas Tertinggi
- Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTMLebih baik brhenti saja dpd bkerja dgn k'jaan BN/Ameno... Jgn nmpak sngt kita nkkan belas ehsan depa.. Jgn merayu.. Kalu merayu nmpak mcm kita mengemis rezeki dgn depa sdgkn rezeki tsbut terang2 rezeki hasil dpd pekerjaan dgn k'jaan zalim, ape mknanya???.. Tunjukkan kita ada maruah... xpe la d pecat, tggu bberapa bulan lg, bl k'jaan baru mmerintah, anda akn mndapat kedudukan yg sewajarnya.... Jgn runsing dn gusar.... Depa yg memecat anda sdg gelabah skrg sbb memancing kebencian rkyat yg tlh sedia mmbenci pmerintahan kukubesi dn zalim...
- Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTM
- Muhamad Nor Abdul Hamid · Pengulas Tertinggi · Ipoh, PerakJack Petgc, ya ker? Ish,..Ish...Is...mujur lah semua orang tak tau kalau tdak teruk dia orang kena. Aku bagi pihak semua pemimpin PR minta tolong ngan nko, jng la nko jadi hakim ke, pendakwa ke,atau penguat kuasa ke, nanti huuuuu teruk diaorang nko buat...........KEPALA BAPAK NKO!!!!...
- Dollahtido Anakdollah · Pengulas Tertinggi · NTNU
- Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
- Dollahtido Anakdollah · Pengulas Tertinggi · NTNU
- Mat Bantai Membantai · Pengulas Tertinggi
- Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTM
- Zack Hash · Langgani · Pengulas Tertinggi · UN MISSION (MINURSO) IN MOROCCO di Laayoune, Western Sahara
- Nadiya Sayyida Jamalludin · Unikl bmiko tau ke bayaran dorang bg ceramah brape?kalau kaye raya xde maknenye dorang nk duduk kt umah papan,umah pusaka family,umah biase2..ko kalau hati tu dah gelap,org yg bwk petunjuk sume ko nk caci kn.apesal,takut once hudud jalan kt mlysia ko da xleh buat segala aktiviti2 jht ko tu ke?tu yg dok benci sgt org yg nk ajak buat kebaikan ni..
- Zaidan Abdullah · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuala TerengganuAzamin Abidin pilih la yg bau wangi.. kalau bau politiknya busuk, tak payah pergi. :)
- Lebai Awie · Pengulas Tertinggi · University Teknologi Malaysia
- Ahmadi Osbina · Pengulas Tertinggi
- Mohd Hairil Mohd Salleh · Pengulas Tertinggi · Smk tengku kudin
- Wong See Pang Wong · Pengulas Tertinggi
Hadi: Perbincangan terbaik selesai isu salun
PAS
memandang serius kebimbangan orang bukan Islam tentang isu salun di
Kota Bharu kelantan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang."PAS percaya kerajaan Kelantan tidak bermaksud meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.
"Ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, tambahnya, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya, atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.
Kenyataan Abdul Hadi itu dibaca oleh Naib Presiden PAS yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub di lobi Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, tegas Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang, PAS percaya maksud utama peraturan kecil itu untuk adalah untuk tujuan tersebut.
"PAS Pusat telah dimaklumkan bahawa mereka bersedia menimbang cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan isu salun ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam.
"PAS Pusat sangat mengalu-alukan sikap keterbukaan kerajaan Kelantan.
"PAS sentiasa komited menyelesaikan apa-apa jua permasalahan mengikut pintu rundingan," katanya.
Sebelum ini, seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.
Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.
Tindakan tersebut mencetuskan kontroversi dan beberapa pemimpin Pakatan, termasuk pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS pusat supaya menyelesaikan segera isu tersebut.
Ianya juga menjadi sasaran parti komponen BN, MCA, yang selama ini menyerang PAS dan Pakatan berhubung isu hudud menjelang pilihan raya umum ke-13.
Dan hari ini, akhbar Utusan Malaysia memetik Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw turut meminta kerajaan Kelantan menghentikan penguatkuasaan semua undang-undang tersebut sehingga kajian terperinci dilaksanakan.
Beliau juga berkata undang-undang kecil yang digubal khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membabitkan bukan Islam juga perlu dikaji semula kerana "tidak sesuai dengan keadaan semasa".
Kenyataan itu dibuat susulan ketetapan kerajaan negeri yang bertegas melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam meskipun mendapat tentangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh. Beliau juga meminta kepimpinan PAS campurtangan dalam isu berkenaan.
Kontroversi itu timbul apabila seorang wanita bukan Islam yang bekerja sebagai pendandan rambut disaman oleh majlis perbandaran kerana menggunting rambut seorang lelaki.
1. Isu salun: K'tan pertahan perundangan Islam
2. Karpal gesa pemimpin PAS campurtangan isu salun
3. Pendandan disaman kerana gunting rambut lelaki
Kalau Najib takut debat dengan Anwar, saya aje
Aspan Alias, | 26 Nov 2012 |
Baiklah, kita ikut bagaimana Obama mengekalkan kuasa di Rumah Putih di Washington. Jika itu kehendak Najib maka kita lakukan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Pertamanya oleh kerana pilihanraya kita sudah hampir maka Najib patut bersetuju untuk melakukan perdebatan terbuka dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti perbahasan di antara Obama dengan Roomney dari Republican semasa pilihanraya Presiden tidak berapa lama dahulu.
Kalau hendak mengikut jejak langkah rakyat AS, kita ikut betul-betul. Tentu ramai bersetuju jika perbahasan ini diadakan secara ‘live’ melalui TV3, RTM, ASTRO dan lain-lain saluran TV yang boleh di lihat di negara ini. Tentukan yang saluran-saluran TV yang besar seperti CNN, Aljazeera dan yang lain-lain menyiarkan secara ‘live’ ke seluruh dunia.
Dalam perbahasan itu Najib boleh membuktikan keburukan Anwar dan Pakatan Rakyat dan biarkan semua masyarakat dunia tahu keadaan sebenarnya. Saya rasa Najib akan mendapat lebih kredibiliti jika semua manusia menonton perbahasan ini dan buktikan segala tuduhan beliau terhadap PR dan Anwar itu betul dan benar.
Najib selalu berkata akhir-akhir ini yang beliau sahaja yang mampu melakukan perubahan, maka tunjukkan bukti dan yakinkan kepada semua pihak melalui perbahasan itu. Sekarang ruang telah terbuka untuk Najib membuktikan kebenaran dan kemampuan beliau dari berkata dan mencemuh Pakatan Rakyat dari belakang dan secara tertutup.
Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang beliau tidak terlibat langsung dalam isu Altantuya serta isu-isu lain seperti komisyen Scorpene dan banyak lagi yang dikaitkan terhadap beliau dan telah terbenam menjadi persepsi dan stigma buruk terhadap beliau.
Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang isu NFC tidak kena mengena dengan unsur rasuah dan unsur salahguna kuasa dan sebagainya. Seorang pemimpin yang telah berucap bergegar-gegar selama ini dan akan berucap dengan gegaran dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 27hb November ini tentunya berkemampuan untuk mempertahankan kewibawaannya melalui perdebatan itu. Seorang yang benar tidak mungkin takut berhadapan dengan rakyat dalam perdebatan ini, malahan perdebatan ini sepatutnya menjadi cadangan beliau untuk menunjukkan apa yang disebut oleh pembangkang itu fitnah semata-mata.
Najib sepatutnya menerima cabaran ini dengan senang hati dan tunjukkan semua program transformasi beliau itu adalah hebat dari mendengar cerita karut-marut dari dirinya sendiri tentang kehebatan program transformasi beliau itu. Najib selalu mengaku yang kerajaan kita telah menjadi contoh bagi banyak negara di dunia ini, maka perdebatan itu akan menaikkan lagi imej dan ‘dignity’ beliau seperti yang beliau mengakui selama ini.
Najib boleh juga mengambil kesempatan ini untuk membuktikan yang kerajaan pimpinan beliau terhindar dari kegiatan rasuah besar-besaran. Dalam perdebatan itu juga Najib boleh memberikan penerangan bagaimana rakyat negara kita ini akan memperolehi pendapatan yang tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang beliau war-warkan ke mana-mana beliau pergi.
Najib tidak perlu gentar berhadapan dengan Anwar. Jika beliau gentar dan menolak cabaran ini, maka jelaslah yang Najib mempunyai banyak perkara yang beliau hendak sorokkan. Jika Najib tidak mahu berdebat dengan Anwar kerana Anwar terlalu tinggi untuk beliau menghadapinya, Najib boleh memilih siapa sahaja dari pihak pembangkang. Rasa-rasanya saya pun berani dan tidak akan berundur jika mendapat cabaran dari pihak Najib itu. Sedap juga jika anak korporal Polis seperti saya berhadapan dengan pemimpin yang dianggap teragung oleh gulungan seperti ini.
Jika begitu keadaannya maka tidak payah kita berfikir panjang. Terus sahaja kita berikan sokongan kepada parti-parti pilihan selain dari BN dan UMNO. Menarik diri dari cabaran ini bermakna apa yang di tuduh oleh rakyat dan pembangkang selama ini tidak ada yang lain selain dari kebenaran belaka.
Apabila kebenaran sudah terbukti maka rakyat sepatutnya tahu apa yang hendak dilakukan dalam pilihanraya yang akan datang. Tidak payah lagi pemimpin-pemimpin pembangkang ke hulu ke hilir untuk menyaingi media perdana yang menyebelahi kerajaan yang berkuasa sekarang ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan