Isnin, 12 November 2012

DAH JATUH

Harga saham FGV jatuh bawah harga penyenaraian

  • Wong Teck Chi
  • 2:36PM Nov 12 2012
Saham gergasi perladangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraiannya (RM4.55).

Saham tersebut mula diniagakan pada harga RM4.60 namun dan kemudiannya jatuh ke paras RM4.53 pada jam 10.46 pagi sebelum kembali melonjak.

Harga pasaran terakhir saham tersebut adalah RM4.57 ketika waktu rehat jam 12.30 tengahari.

Kejatuhan harga tersebut dijangka akan menjadi bahan kritikan oleh kumpulan yang menentang penyenaraian FGV.
Generasi baru Felda dapat durian runtuh RM563 juta

10 November 2012
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Perhimpunan Generasi Baharu FELDA hari ini - Foto Bernama
[BERSAMA VIDEO] SHAH ALAM - Seperti yang dijanjikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan bayaran 'durian runtuh' pusingan ketiga kepada generasi baru Felda sebanyak RM5,000 untuk 112,635 keluarga melibatkan RM563.2 juta.

Sebagai menandakan pembayaran itu, Najib menyampaikan cek replika kepada wakil dari 11 Wilayah Felda pada Himpunan Generasi Baharu Felda dihadiri kira-kira 12,000 belia dari seluruh negara di Universiti Teknologi Mara di sini.

Berucap pada majlis itu, Najib berkata, kini tiba giliran generasi baru Felda untuk mendapat manfaat itu selepas ibu dan bapa mereka sebelum ini.

"Hari ini giliran generasi kedua anak-anak mendapat rahmat daripada durian runtuh, sekali gus membuktikan bahawa sebagai sebuah kerajaan kita tidak pernah mungkir janji," kata beliau.

Sebelas Wilayah Felda itu ialah Raja Alias, Segamat, Gua Musang, Kuantan, Trolak, Johor Bahru, Mempaga, Terengganu, Alor Setar, Jengka dan Sahabat di Lahad Datu.

Laporan media sebelum ini menyebut jumlah durian runtuh yang diberi kepada peneroka, isteri peneroka dan generasi kedua ini ialah RM1.689 bilion.
  
Najib menarik perhatian bahawa pihak pembangkang cuba menidak dan menggagalkan segala usaha baik yang kerajaan lakukan, misalnya dengan menyatakan Felda telah bankrap.
  
"Orang yang tak betul sahaja yang percaya Felda bankrap," tegas beliau.
  
Najib berkata mereka bukan sahaja mengutuk tindakan malah memfitnah kerajaan, dan kalaupun mereka mengemukakan idea, ia bersifat dangkal.
  
Sumber dana kesemua pemberian durian runtuh adalah hasil penawaran awam permulaan berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia yang merupakan penyenaraian saham kedua terbesar di dunia tahun ini.
  
FGVH menyasarkan bayaran dividen 50 peratus daripada keuntungan perniagaannya setahun.

Najib berkata kerajaan menyediakan pelbagai peluang kepada generasi baru Felda sehingga ada yang kini menjawat jawatan tinggi, berpendapatan lumayan dan mempunyai tahap kepakaran tinggi termasuk mampu menyelenggara pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380.
  
Beliau turut gembira dengan sokongan yang diterimanya hari ini dan berharap ini berterusan sehinggalah ke pilihan raya umum nanti.
  
Seorang wakil 11 Wilayah Felda berkenaan, Yip Seng Lam, 40, berkata beliau selaku wakil 36 tanah rancangan di bawah Wilayah Mempaga, Pahang berterima kasih kepada Felda dan Perdana Menteri atas pemberian kepada generasi kedua Felda hari ini.
  
Yip, yang mengusahakan tanah rancangan Felda Lurah Bilut, Bentong berkata terdapat 616 keluarga peneroka di sana melibatkan 400 keluarga Melayu, 169 Cina dan selebihnya keluarga India. - Bernama



Pas: Umno punca Melayu-Islam berpecah
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
12 November 2012
Khalid Abdul Samad
Khalid Samad
SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad tidak nampak adanya ruang Pas dan Umno boleh bergabung untuk menyatupadukan Melayu dan Islam sekiranya parti teras Barisan Nasional (BN) itu kekal dengan caranya yang mementingkan kroni dan menindas rakyat.

Beliau juga menafikan kajian yang dirujuk oleh bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha bahawa 70 peratus rakyat Selangor sokong Pas Umno bergabung sebagai fakta yang tepat.

Ini menurut beliau, Umnolah sebenarnya yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam di negara ini.

“Kita pertikaikan dari mana dia dapat angka 70 peratus itu? Tetapi hakikatnya, orang Islam, Melayu berpecah selama Umno-Barisan Nasional memerintah.

“Nak capai itu macam mana? Umno dengan cara dia. Dengan duit. Dengan adanya kroni-kroni yang jadi jutawan, maka orang Melayu akan bergantung kepada mereka, maka orang Melayu bersatu? Gagal, 55 tahun," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.
Norman sebelum ini berkata, satu kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang kaum mahu kedua parti itu mengetepikan perbezaan politik dan bergabung tenaga.

“Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam,” katanya pada satu sidang media selepas mengadakan wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di ibu negara kelmarin.

Wacana yang menurut Norman dianjurkan atas inisiatif ahli Pas yang mahu rungutan mereka diberi perhatian berjaya mencapai 11 resolusi.

Antaranya Pas mesti menentukan bahawa parti itu terus bergerak sebagai parti politik dan gerakan Islam dan agenda gerakan Islam mesti diutamakan melebihi agendanya sebagai sebuah parti politik.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, rakyat harus memberi peluang kepada Pas untuk menerajui tampuk pemerintahan sekiranya mahu umat Melayu Islam di negara ini bersatu.

“Sebab kenapa orang Melayu Islam berpecah pada masa Umno memerintah ialah kerana mereka berdiri atas dasar yang batil.

“Nak Melayu Islam bersatu, cuba serah pada Pas dan kita zahirkan cara penyatuan yang berasaskan kepada sama-sama berusaha untuk mencari keredhaan ALLAH. Itu kita yakin boleh berlaku,” katanya lagi ketika ditemuinya di pejabatnya, di sini, hari ini.

Tambah beliau, dalam hal penyatuan Pas dan Umno, apa yang lebih mustahak ialah berpatah balik kepada ajaran agama di mana keikhlasan harus menjadi tunjangnya. 

“Dalam Pas kita yakin bahawa dasar yang boleh menyatupadukan manusia ini khususnya orang Islam ialah apabila manusia khususnya orang Islam ikhlas dalam soal politik mereka kepimpinan mereka, pemerintahan mereka adalah untuk mencari keredhaaan Allah Taala,” ujarnya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam ketika ditanya adakah mustahil Umno dan Pas bersatu berkata, "tak lah hendak kata mustahil, tak ada benda yang mustahil tapi, dalam konteks sekarang ini, Pas bertanding di kerusi yang ditandingi oleh Umno.”

“Jadi kita bersaing untuk sokongan masyarakat yang sama. Umno mereka hendakkan kepimpinan Melayu, memimpin masyarakat Melayu atas dasar politik mereka.

"Pas bersaing dengan Umno hendakkan kepimpinan bagi masyarakat Melayu atas dasar politik kita. Dia (Umno) nak bawa ke kiri, kita hendak bawa ke kanan,” jelas beliau lagi.

PAS yakin dapat tawan DUN Sg Acheh

Mohd Sabri Said, 12 Nov 2012
NIBUNG TEBAL: PAS Nibung Tebal yakin Pakatan Rakyat dapat menawan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh pada pilihanraya umum ke 13 nanti berdasarkan sokongan golongan muda yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Yang Dipertuanya, Haji Abdul Rahman Ramjan ketika ditemui di majlis kejohanan futsal sempena Program Jalinan Mahabah dan Sehari Bersama Salebriti di Sungai Acheh berkata, sokongan golongan muda bertambah meningkat setelah banyak kampung yang dikuasai Umno berjaya ditembusi.

Antara kubu Umno tersebut ialah Datuk Keramat, Batas Pinang dan Parit Kasa manakala yang belum mendapat celah seperti perumahan nelayan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Kampung Setar iaitu kampung Ketua Umno Bahagian Nibung Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman.

Dalam PRU - 12, calon PKR  bertanding di DUN yang terletak dalam Parlimen Nibung Tebal ini dan kalah 250 undi kepada calon BN dari Umno.

Dalam pilihan raya akan datang, PAS disebut-sebut bakal meletakkan calonnya di DUN yang bersempadan dengan Perak di Parlimen Bukit Gantang ini.

"Hari ini peluang untuk PAS menang di Dun Sungai Acheh terbuka luas cuma yang penting ialah pastikan semua jentera kita bergerak mencula dan mendaftarkan ahli atau penyokong seramai mungkin di samping bergerak mendepani isu masyarakat setempat, " jelas Haji Rahman (gambar).

Di Dun Sungai Acheh terdapat tujuh Unit Peti Undi (UPU) iaitu Sungai Acheh, Sungai Udang, Sungai Bakau, Permatang Tok Mahat, Transkrian, Tanjung Berembang dan Sungai Setar.

Kawasan yang mendapat sokongan padu ketika Pilihanraya Umum ke 12 lalu ialah di Sungai Udang, Permatang Tok Mahat serta Transkrian kerana kedudukanya di pinggir pekan dan majoriti nya golongan terpelajar.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Zamri Latiff (gambar bawah) menambah, bagi menyedarkan masyarakat terhadap pentingnya perubahan kerajaan, PAS sentiasa mengadakan ceramah kelompok, ziarah serta dialog di kedia-kedai kopi.

Bagi merealissikan impian untuk menang di sini perlu ada berbagai pendekatan terutamanya golongan wanita kerana mereka masih dibelenggu kepercayaan terhadap siaran Televisyen, radio dn akhbar arus perdana.

Memang banyak lagi Majlis Tindakan Dun (MTD) Sungai Acheh kena pelajari sambungnya, bagaimana untuk mendekati atau menangani masalah penduduk supaya masyarakat merasai kesungguhan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir berbanding Barisan Nasional (BN).

"MTD bergerak dengan sokongan Dewan Pemuda dan muslimat.  Kita sudah banyak kali buat program kepemudaan dan wanita semata-mata memberi kesedaran betapa pentingnya memberi undi pada Pakatan Rakyat selepas ini, " terangnya.
Tangisan bayi bongkar cerita remaja 16 tahun bersalin
MOHD AZLIM ZAINURY
12 November 2012
Tangisan bayi bongkar cerita remaja 16 tahun bersalin
Abang kepada remaja 16 tahun yang melahirkan bayi perempuan terpaksa menunggu di luar Dewan Bersalin HSNZ sejak pagi sebelum dibenarkan melawat adiknya tengah hari, semalam.
MARANG – Luluh hati seorang abang apabila adik perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan, melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rumah keluarga mereka di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.
Difahamkan, ketika pintu bilik dibuka, gadis berumur 16 tahun itu berada di lantai dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah manakala bayi tersebut pula berada di sisinya sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu mereka.
Menurut si abang, dia kemudiannya meminta bantuan jiran terdekat untuk membawa adiknya itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan mendakwa melaporkan mengenai kejadian itu di balai polis berdekatan.

“Kami sekeluarga juga tidak mengesyaki dia hamil sebelum ini kerana tubuhnya agak besar berbanding rakan seusianya, malah saiz perutnya juga kelihatan seperti normal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSNZ Kuala Terengganu, semalam.
Abang remaja terbabit berkata, adik perempuannya dan bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan hanya keluarga mereka dibenarkan melawat, namun keadaan adik dan bayi itu sehingga tengah hari semalam dilaporkan stabil.
Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu sehinggalah melahirkan bayi berkenaan dalam bilik tidurnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi tengah hari semalam bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai perkara itu kerana masih belum menerima laporan terperinci.
S'gor beri tempoh 14 hari tanggalkan kamera AES
1:28PM Nov 12 2012
Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.
Batu caves condo near temple ronnie liuAnggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.

Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.

Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.

Video warga emas mengamuk dalam ceramah Azmin Ali di Batu Pahat


 43 2424 1 4643
KELMARIN, ReJaM© sekali lagi menjejakkan kaki di Negeri Johor, iaitu di daerah bersejarah tempat lahirnya United Malays National Organization, Umno iaitu di Daerah Batu Pahat.

Kehadiran ReJaM© kerana menghadiri ceramah Jelajah Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali ke Negeri Johor di mana jadual program beliau singgah di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat. Kampung ini khabarnya merupakan kubu kuat Umno.

Apa yang ingin ReJaM© kongsikan di sini ialah, salah satu kejadian yang berjaya dirakamkan oleh lensa kamera di mana seorang warga emas penduduk tempatan mengamuk ketika Azmin Ali sedang memberikan ucapan.



Warga emas ini begitu emosional ketika Azmin menyentuh tentang isu Talam di mana berlaku pemberian berpuluh ribu ekar tanah oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Mohamad Taib kepada tauke cina Tan Ah Chai dan melibatkan kerugian kepada kerajaan negeri apabila tauke cina itu tidak membayar premium.

Warga emas itu tiba-tiba tanpa dijangka meninggikan suara menyebut "Sama dengan Batu Pahat, penyangak semua di pejabat tanah!" sehinggakan Azmin terpaksa menenangkan beliau dan memintanya bersabar.

Namun beliau terus meninggikan suara lagi mendakwa dirinya juga merupakan salah seorang mangsa penipuan perihal tanah ini. Bagi menenangkan beliau Azmin terpaksa berseloroh dengan menawarkan microfon kepada warga emas itu.

Lihat rakaman video di bawah.



 Bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang ceramah yang berakhir kira-kira jam 12:20 malam di kampung kubu kuat Umno itu. Ceramah yang sedang rancak terpaksa ditamatkan segera memandangkan pegawai polis yang turut hadir di situ mengarahkan agar berbuat demikian.

Azmin Ali di dalam ucapannya turut mengiktiraf Cabang KEADILAN Batu Pahat yang berjaya menganjurkan program ceramah di dalam kubu kuat Umno itu sebagai Cabang KEADILAN terbaik Negeri Johor. Tahniah diucapkan kepada Cabang KEADILAN Batu Pahat.



Ceramah diakhiri dengan suasana yang mesra, di mana orang ramai saling berpeluk-pelukan dengan YB Azmin Ali serta mendoakan kejayaan beliau di dalam membawa KEADILAN serta Pakatan Rakyat ke Putrajaya.



Akhir sekali, ReJaM© sempat bersama penduduk tempatan menjamu selera dengan roti dan sup kambeng bersama YB Azmin. Klik sini [MiLo SuaM]


ReJaM© "Ini petanda kubu kuat bakal bertukar menjadi kubur "

UMNO suka mencarik bulu PR
Posted on Sunday, November 11 @ 07:19:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mat_sempoi

"Baru-baru ini, satu lagi pertubuhan yang amat kental dan mantap di 1Malaysia ini yang melontarkan pandangan mereka terhadap isu Nurul Izzah ini. Saya rasa siapa yang tidak kenal dengan pertubuhan Sister In Islam.

Sister in Islam (SIS) telah menyokong pandangan Nurul, malahan lebih dahsyat kerana kenyataan mereka adalah lebih merbahaya dan terpesong daripada kenyataan yang dibawa oleh saudari Nurul Izzah.

Saudari Nurul Izzah cuma berkata,  "If you ask me, there is no compulsion in religion... how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally," .... "“In Quran, there is no specific term to the Malay as how it should be done,”.
Disini saudari Nurul megatakan Melayu bebas untuk memilih agama.
Kemudian banyak pula media meloyar menyalah taksirkan bahawa Nurul mengatakan orang Islam (Muslim) bebas menukar agama dan ada pula mengatakan Nurul mengatakan beliau menggalakkan agar Melayu Islam untuk murtad. Berbeza sama sekali dengan kenyataan Nurul Izzah.
Hari ini. Sister in Islam pula mengeluarkan kenyataan yang maha hebat dan menyerlahkan belang mereka iaitu SIS menyatakan "orang Islam juga perlu bebas memilih agama."
http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1123.40
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/11/10/sis-recognise-freedom-to-change-faith/
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sis-kebebasan-beragama-termasuk-menukar-agama/
Tetapi kenyataan SIS adalah amat berbeza daripada kenyataan saudari Nurul Izzah, dimana Nurul mengatakan "MELAYU" berhak bebas memilih agama, tetapi bagi SIS, "MUSLIM" berhak bebas memilih dan menukar agama. Amat hebat dan merosakkan akidah.

SIS sememang dari dulu suka memperlekehkan Islam dan menyatakan pandangan mereka bahawa Islam itu tidak adil, walaupun persatuan mereka menggunakan nama 'Islam'.
Contohnya kempen 'anti poligami', ketidak adilan dalam pemberian harta dalam Islam (faraid), hak wanita yang dicicirkan oleh Islam, pemakaian hijab adalah tidak perlu, hak cerai, kebebasan untuk wanita diluar kapasiti dll.
http://www.sistersinislam.org.my/page.php?35
Tak salah saya, ada juga dikalangan ahli SIS juga pernah menyatakan pendirian menyokong Imam bagi sholat diimamkan oleh wanita beberapa tahun lalu, dimana Prof.  Dr. Amina Wudud (merupakan seorang pelopor dan Guru bagi SIS dan juga  pernah menjadi pensyarah di UIA) telah menjadi imam sholat Jumaat yang diikuti juga oleh golongan lelaki bersama-sama perempuan, secara bercampur-campur. Bagi SIS, itu adalah hak sama rata bagi wanita.
http://img.photobucket.com/albums/v299/ninetnine/gallery/womenimam05.jpg
http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.967.40
http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/4361931.stm

Pihak PAS juga pernah mengusulkan agar JAKIM dll jabatan Islam mengambil tindakan kepada SIS kerana telah banyak kenyataan mereka keluarkan adalah salah dan menyesatkan, dan merupakan suatu isu AKIDAH yang amat besar.
Malahan pada tahun lalu, SIS telah menganjurkan satu 'musawah' yang dihadiri oleh para Muslim Liberalis dan aktivis bukan Islam ke Malaysia. Banyak perbentangan dan idea-idea keadilan yang perlu diperbetulkan dalam Islam dibincangkan termasuklah 'kesamarataan Agama'.
Hairannya, tiada tindakan diambil kepada SIS, malahan kebiasaannya SIS selalu dan masih mendapat tajaan dari kerajaan dan badan-badan Malaysia untuk ahli-ahlinya sebagai wakil Malaysia ke mana-mana persidangan yang melibatkan Islam, terutama persidangan dan perbincangan yang topiknya melibatkan 'wanita dan Islam'. Malahan SIS telah lebih diberi banyak ruang untuk menyebarkan dakyah mereka di media-media utama tanpa sekatan, tidak sebagaimana yang dialami oleh pihak PAS dan pembangkang.
Mengapa ini terus berlaku? Kerana ahli-ahlinya terdiri daripada anak-anak pemimpin tertinggi UMNO (Tak perlu saya senaraikan disini).
Tidak hairan lah ramai Ulamak UMNO tidak berani menegur mereka.
Kita tunggu dan lihat, sekiranya ada ahli dan pemimpin tertinggi UMNO serta ulamak UMNO yang berani menempelak SIS.
Dalam keadilan, kita hendaklah tidak memilih bulu. Siapa salah kita tegur. Tetapi malangnya UMNO dan BN suka memilih bulu.

Kita tunggu dan lihat.

 Ketua Saintis Islam faktor kemenangan Obama
Posted on Sunday, November 11 @ 07:14:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Saya tidak mengikuti perkembangan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini. Tetapi apabila rakan sekerja saya yang bukan Melayu mengatakan bahawa antara faktor kemenangan Obama ialah Obama menguasai kempen di internet dengan penggunaan twitter, e-mail dan sebagainya, saya pun tertarik, kerana takkan tak cukup dengan kempen di TV, kerana dia seorang Presiden sebelum ini.

 

Faktor kedua kemenangan Obama menurut rakan saya lagi ialah pesaingnya iaitu Mitt Romney melakukan serangan peribadi terhadap Obama, sedangkan Obama sepanjang kempennya hanya menjelaskan dasar-dasar yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk menerajui negara. Motto kempennya ialah bukan memberitahu rakyat jasa-jasa beliau sebelum ini , tapi memberitahu rakyat bahawa masih banyak lagi kerja untuk dilakukan untuk masa depan negara iaitu “We've Got More Work To Do”.
Saya pun carilah dalam internet siapa yang mengetuai atau merupakan “master mind” kempen Obama. Rupa-rupanya Obama telah melantik seorang Islam untuk menjadi Ketua Saintis dalam jentera kempen beliau. Ketua Saintis Islam ini berumur awal 30an, mendapat pendidikan awal di negara asal beliau di Asia berhampiran Malaysia, mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Tertinggi dalam Matematik dan Sains Komputer serta Ijazah Sarjana dalam Penerokaan Ilmu dan Pengkajian Data (Knowledge Discovery and Data Mining) dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat.
Ketua Saintis Islam ini telah melakukan banyak kajian, banyak maklum balas, banyak dapatan, menggunakan kaedah saintifik dan sebagainya untuk mengolah dan membentuk keseluruhan jentera kempen Obama, seolah-olah macam siri TV Numbers. Dari olah data dan nombor banyak kes jenayah dapat diselesaikan dalam siri TV Numbers.
Beberapa minit selepas kemenangan Obama , Obama telah tweet kepada peminatnya dengan gambar beliau memeluk isteri kesayangan beliau Michelle. Tweet Obama ini mendapat respon yang begitu banyak sehingga memecah rekod dunia serta mengalahkan tweet beberapa selebriti terkenal antaranya Justin Bieber.
Tidak sampai seminggu kemenangan Obama, Ketua Pengarah CIA telah meletakkan jawatan, seorang Ketua Pengarah CIA yang sebelum ini mengetuai tentera Amerika Syarikat yang melakukan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Adakah perletakan Ketua Pengarah CIA yang tidak pernah berlaku sebelum ini ada kaitan dengan kemenangan Obama? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Jadi kepada pemimpin politik di Malaysia, contohilah Obama, yang sepanjang kempen tidak melakukan serangan peribadi, tidak mengingatkan rakyat agar mengenang jasa-jasa mereka sebelum ini, sebaliknya mengajak rakyat bersama memacu negara dengan perasaan kasih sayang terutamanya dengan keluarga sendiri, isteri sendiri serta menerangkan secara terperinci dasar-dasar mereka.

 Benteng Terakhir dan Kejatuhan Andalusia
Posted on Sunday, November 11 @ 07:11:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: kamal_hasan

"Cordova yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai al-Qurtubah merupakan bandar terakhir di bawah penguasaan Islam sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya ke atas tangan golongan Kristian. Kedaifan dalam mempertahan pemerintahan Islam di Andalusia amat menyedihkan.

Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Islam di bawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir Andalusia iaitu Granada dari tahun 620 – 897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamat maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah daripada diguling dengan lebih teruk.

Penyerahan dalam bentuk perjanjian yang ditandantangani oleh pihak Islam dan Kristian itu dilakukan dan penyerahannya kepada Raja Kristian Sepanyol iaitu Ferdinand dan Isabella. Perjanjian yang dikatakan mempunyai 67 perkara itu antara lain menjamin keselamatan orang Islam untuk tinggal di Sepanyol dan juga jaminan keselamatan sekiranya mereka ingin keluar dari Sepanyol menuju ke daerah lain, terutama untuk kembali ke daerah Afrika Utara. Namun perjanjian yang tidak pernah ditunaikan oleh pihak Kristian itu nampaknya menjadi senjata yang menikam umat Islam terus menerus sehingga mereka tidak lagi mampu bertahan apatah lagi untuk merampas kembali Andalusia ini. Kesan-kesan peninggalan umat Islam, ketamadunan yang dibina dan seumpamanya telah banyak dimusnahkan.

Penulis ketika menjejaki kaki ke Andalusia seketika dahulu melihat sendiri bagaimana kota yang dibina oleh pemerintahan Islam kelihatan dihancurkan dan hampir tidak ditemui oleh para sejarawan dan ahli arkeologi. Dalam kes ini, lebih jelas jika dilihat bagaimana kota Madinah al- Zahra ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan dengan runtuhan kota itu seolah tidak dapat untuk diselamatkan. Walaupun kota ini dikhabarkan musnah akibat pergolakan dan peperangan saudara pada tahun 1010M, namun ia keunggulan kota ini terus malap apabila Andalusia jatuh ke tangan bukan Islam.

Ketika Bani Ahmar memerintah Andalusia, wilayah pemerintahan mereka sudah menguncup, tidak lagi sepertimana pada zaman kegemilangan pemerintahan Abdul Rahman III. Secara khusus, pemerintahan mereka hanya melibatkan wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang masyhur iaitu istana Al-Hamra’ atau dalam bahasa Sepanyol hari ini lebih dikenali sebagai al-Hambra.

Oleh kerana berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, akhirnya telah menyebabkan pergolakan anak-beranak berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada ini. Disebabkan Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang ditunjukkan oleh bapanya, iaitu kepada saudaranya yang lain, lalu beliau memberontak sehingga dalam pemberontakan tersebut telah mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tidak menyebelahi Abu Abdullah, tetapi ia beralih kepada Muhammad ibn Sa’ad. Lalu perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama antara Raja Ferdinand dan Abu Abdullah untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang pendek disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada ini kepada beliau, lantas masyhurlah Ferdinand yang beristerikan Isabella sebagai raja yang berjaya menumbangkan kerajaan terakhir Islam di Andalusia.

Kejatuhan Andalusia rupanya adalah kelemahan pemerintahan yang sanggup menggadai prinsip mereka demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya buat sementara sahaja. Selain itu, ia turut disebabkan beberapa faktor, iaitu:
i. Usaha agresif puak Kristian untuk menakluk kembali wilayah yang ditadbir oleh kaum Muslimin sehingga menyebabkan pertahanan mereka terus rapuh dan tidak mampu bertahan atas serangan fikri dan askari yang dilakukan tentera musuh. Gerakan ini lebih dikenali sebagai Reconquista. Tidak dinafikan ia mempunyai kaitan dengan usaha pihak Kristian untuk menakluk wilayah yang telah jatuh ke tangan umat Islam di seluruh dunia di mana ia seolah turut terkesan dengan pergerakan tentera Salib yang menumpukan perhatian di wilayah umat Islam di Asia Barat.
ii. Ketiadaan sokongan dari pemerintah Islam di wilayah luar Andalus, melainkan sokongan yang sering diterima hanyalah dari Afrika Utara sahaja.

iii. Tiada mekanisma dalam mencari pengganti yang layak (succession plan) untuk meneruskan pemerintahan di mana kebanyakkan mereka mewariskan kepimpinan kepada anak beranak atau ahli keluarga.
iv. Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan pemerintahan antara satuwilayah dengan wilayah yang lain. Perbezaan fikrah yang wujud dikalangan mereka banyak membawa keruntuhan dan kurang usaha untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.

Kesan daripada kejatuhan inilah umat Islam dihina dan dihalau keluar dari Andalusia. Ia turut terpalit kepada kaum Yahudi, di mana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah seterunya runtuh. Kehinaan yang diterima sepertimana berdasarkan perintah yang dikeluarkan pada tahun 1492M iaitu setiap orang Yahudi yang enggan dibaptis, mereka perlulah keluar dari Andalusia dalam tempoh 3 bulan. Ia dikuti perintah yang dikeluarkan 10 tahun selepas itu kepada mereka yang tidak mahu dibaptiskan, iaitu perintah pada Februari 1502 di mana pihak Kristian mengusir golongan pendatang yakni orang Islam dari Seville dan sekitarnya.21 Jelas, kejatuhan pemerintahan yang berlaku bukan sekadar peralihan kuasa politik, tetapi ia turut memberi kesan kehinaan kepada umat Islam, malah ada di antara mereka yang diperangi ketika sudah bersedia keluar dari Andalusia.

Iktibar Sejarah Andalusia: Teladan dan Sempadan

Jika diteliti dari sudut perkembangan dan kemajuan Islam di Andalusia, jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah mementingkan kemajuan intelektual dan keilmuan di samping perkembangan industri dan pertanian.

Namun, disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku, pemerintahan Islam akhirnya tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerahkan penguasaan mereka selama hampir 8 abad itu kembali kepada Kristian.

Antara punca yang dilihat melemahkan umat Islam ketika itu dan boleh dijadikan iktibar kini ialah:
Perebutan kuasa dikalangan pemimpin yang mentadbir wilayah.

Ini dapat dilihat pada peringkat awal pemerintahan Andalusia di mana para pemimpin sering berselisih dalam hal ehwal pentadbiran. Gangguan dari dalam ini telah menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Di antara pergolakan itu berupa perselisihan di antara elite penguasa, terutama akibat perbezaan ras dan etnik. Disamping itu, terdapat perbezaan pandangan antara khalifah di Damsyik dan gabenor Afrika Utara yang berpusat di Kairawan. Masing-masing mengaku bahawa merekalah yang paling berhak menguasai Andalusia ini. Oleh kerana itu, tidak hairanlah penggantian pemerintah atau wali (gabenor) berlaku lebih daripada dua puluh kali dalam jangka waktu yang amat singkat. Perbezaan pandangan politik itu menyebabkan seringnya terjadi perang saudara sesama mereka lalu merencatkan pembangunan tamadun umat di sana.

1. Tidak mempunyai sifat ketaatan kepada kepimpinan sehingga mereka tidak mahu mengikut nasihat khalifah. Akhirnya, anasir-anasir tidak puas hati itu membawa kepada perancangan untuk merampas kekuasaan dikalangan umat Islam, sedihnya dengan melibatkan kerjasama dengan pihak musuh.
2. Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.
Manakala kejayaan mereka yang boleh dijadikan iktibar ialah:

1. Andalusia telah membuka ruang untuk memastikan supaya sekiranya kita ingin sentiasa maju ke hadapan, kita harus bersikap terbuka kepada pemikiran-pemikiran kreatif dan idea-idea yang inovatif. Mereka telah mencapai kejayaan dari segi sains dan teknologi kerana menggalakkan suasana intelek dan tidak rigid dengan kemasukan ilmu-ilmu moden.

2. kecemerlangan Andalusia dalam bidang pertanian dan industri memungkinkan kita untuk mempertingkatkan kemajuan dalam bidang ini dengan bantuan teknologi maklumat, dan mengambil nikmat bioteknologi untuk dikembangkan dalam sektor ini agar pertanian tidak lagi dipandang enteng.

3. Lahirnya ilmuwan seperti Ibn Bajjah (1082 – 1138M), Ibn Zuhr (1091 – 1162M) dan lain-lain menuntut kita melahirkan cendikiawan Muslim yang versatile, mahir dari segi ilmu turath dan juga ilmu moden yang mampu untuk meninggalkan jejaknya yang tersendiri di dunia ini. Generasi ilmuwan moden ini harus dibina jati diri mantap agar memberi manfaat kepada pembangunan negara.
4. Ketamadunan yang dibina telah meninggikan Eropah yang pada waktu tersebut berada pada zaman kegelapan. Bandar Cordova di Andalusia dilihat sebagai Bandar yang terulung dikalangan Negara-negara Eropah yang lain dan mereka telah memajukan intelektualisme dari aspek falsafah, senibina, matematik, teologi, perubatan dan banyak lagi sehingga Islam gambarkan begitu kehadapan dalam soal ini. Mereka dapat measimilisasikan Islam dengan falsafah dan pusat kecemerlangan Greek sehingga ia menyumbang kepada keseluruhan negara Barat yang didominasi kaum Kristian.
Kejayaan mereka membina tamadun dalam keadaan mereka mempunyai kepelbagaian bangsa dan penganut agama samawi juga sesuatu yang unik. Sudah pasti ia ada kaitan dengan kefahaman terhadap ajaran Islam yang dipraktikkan dalam bentuk siyasi. Rujukan tentunya terhadap contoh-contoh awal yang ditunjukkan oleh Khalifah Islam dalam memberi dan menjamin hak asasi setiap penganut agama yang mana mereka boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan Islam. Contoh-contoh jaminan ini terus dilaksanakan sehingga ke wilayah pemerintahan Andalusia. Oleh sebab itu kita dapat menyaksikan sejarah di mana umat Islam, Kristian dan Yahudi saling membantu mewujudkan suasana keilmuan yang baik terutama di Cordova. Ini kelihatan begitu relevan dengan negara kita sekarang yang mempunyai kepelbagaian latar bangsa dan penganut agama. Oleh itu, demi mencapai puncak kemajuan, kerjasama antara kaum ini harus diberi tumpuan yang wajar bagi meningkatkan kerjasama dan kefahaman dikalangan rakyat yang ada.

Penutup

Kecemerlangan Tamadun Islam Andalusia berakhir tanpa dapat dipertahankan oleh umat Islam. Ia jatuh di bawah pemerintahan kerajaan Sepanyol dan kekal sehingga hari ini. Kesan peninggalan itu masih boleh dibanggakan walaupun hakikatnya tiada apa yang dapat diperolehi oleh umat Islam hasil peninggalan tersebut. Kejatuhan Andalusia kelihatan tidak memungkinkan ia kembali ditadbir oleh umat Islam. Pengalaman pahit ini harus dipelajari agar umat zaman kini tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada ketika dahulu. Sejarah Andalusia itu sudah tidak dapat diperbaiki untuk manfaat wilayah itu, namun pastinya pengalaman atau pengajaran dapat diperolehi bagi manfaat generasi kini. Walau bagaimanapun, kesediaan Eropah membuka kembali pintu pada abad moden ini dan memberi peluang kepada bangsa-bangsa lain berada di wilayah mereka telah sedikit sebanyak menyaksikan kemunculan kembali umat Islam di Eropah, termasuk di Andalusia.
Lain-lain Artikel Empayar Andalusia
 
 Dakwah: Menjinak Atau Meliarkan
Posted on Sunday, November 11 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Saiful Islam
“Yarhamkallah!” kata Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami. Beliau mengucapkannya ketika seorang jemaah yang sedang bersolat bersin.

Beliau juga sedang bersolat! Jemaah yang lain berpaling kepadanya mengisyarat supaya diam. “Habislah aku! Kenapalah aku mengucapkannya begitu hingga semua jemaah memandang!” sahabat itu keresahan. Bimbang dimarahi oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Usai mengerjakan solat, Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami dipesan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
إن هذه الصلاة لا يصلح فيها شئ من كلام الناس… إنما هو التسبيح والتكبير وقراءة القرآن
“Sesungguhnya solat ini, tidak harus di dalamnya ada sebarang kalam manusia. Sebaliknya ia hanyalah tasbih, takbir dan membaca al-Quran”
Sahabat yang ditegur Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu terkasima kerana Baginda tidak memaksa, memukul paksa atau mencelanya.
ما رأيت معلماً قبله ولا بعده أحسن تعليماً منه
“Aku tidak pernah melihat seorang pendidik sebelum dan selepas Baginda yang lebih baik didikannya daripada pendidikan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam” [Kisah petikan Hadith riwayat Muslim]
Demikianlah Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyantuni pesalah laku.
Rahsia besar kejayaan dakwah dan didikan Nabawi.
KAWAL PESERTA PROGRAM


“Ustaz, saya hairan macam mana ustaz kawal kursus yang ustaz anjurkan? Dua tiga orang, cukupkah?” tanya seorang pelajar kepada saya.
“Emm, menarik juga soalan tu. Ustaz pernah kendalikan kursus untuk pegawai penguatkuasa seramai 72 orang hanya dengan dua tenaga sahaja” saya cuba menyelak memori semasa bekerja sepenuh masa dengan Fitrah Perkasa.
“Macam mana nak kawal orang ramai macam tu? Kami kalau nak anjurkan kursus, tamrin atau program induksi, paling kurang kena ada 20 orang AJK. Silap-silap sama ramai dengan peserta” sambung pelajar itu lagi.
Kami ketawa.
Ya, bagi seorang pelajar, mungkin agak menghairankan bagaimana saya dan tenaga kerja Fitrah Perkasa boleh mengendalikan kursus selama 3 Hari 2 Malam, sedangkan nisbah fasilitator dengan peserta ialah 1:25 malah pernah 1:40.
Ia bukanlah soal pelajar atau pekerja. Tetapi cara kita menilai dan melayan kemanusiaan manusia.
“Apabila kursus bermula, kita kena faham yang mungkin 90% daripada peserta itu hadir kerana terpaksa. Hadir kerana diwajibkan oleh syarikat” saya memulakan perkongsian idea.
“Rasa terpaksa itu selalunya bukan dibuat-buat. Memang setiap seorang peserta itu datang dengan membawa luggage kehidupan masing-masing. Ada yang terpaksa meninggalkan ibu di hospital. Ada yang terpaksa mengupah pemandu teksi untuk mengambil dan menghantar anak di sekolah. Ada yang isteri terpaksa mengambil cuti, dan macam-macam lagi” saya mahu pelajar ini melihat apa yang tidak diperlihatkan.
KEPEDULIAN
“Ingat tak kepada ungkapan yang ustaz selalu sebut tentang hal ini?” saya bertanya.
“Apa dia ustaz?”, pelajar itu tidak pasti.
“People don’t care how much you know until they know how much you care! Orang tak peduli sebanyak mana kita tahu, sehinggalah mereka tahu sejauh mana kita peduli” saya cuba mengingatkan pelajar tersebut.
“Oh, ya saya ingat dah” katanya sambil tersenyum.
Di dalam program, Sunnah mengajar kita supaya mengusahakan keselesaan mereka yang hadir. Tunjukkan kepada mereka dengan hati yang tulus ikhlas, bahawa kita memahami dan mengambil kira kesusahan masing-masing untuk datang ke program tersebut.
“Kursus ini tidak ada agenda cium pokok, makan bubur kulit limau, atau rendam kepala dalam air. Kursus ini kursus tuan-tuan dan puan-puan. Solat 5 kali, makan 6 kali! Anggap sahajalah ia cuti-cuti Malaysia. Jalan-jalan cari…?” saya mencuba ice-breaking.
“Makannn!!!” sahut peserta diiringi gelak ketawa mereka.
“Sudah-sudahlah cari makan tu ya. Biarlah kali ini kita jalan-jalan cari ilmu pula!” saya atau mana-mana sahaja fasilitator akan berusaha memesrakan diri dengan peserta.
Ketika itu lazimnya peserta ini akan bergurau sesama mereka.
“Ha, tu la nko, asyik fikir makan aje. Malu la sikit kat ustaz!” kata seorang peserta kepada rakan di sebelahnya.
Saya hanya membiarkan mereka saling bergurau. Tetapi mata saya terus memerhati seorang demi seorang peserta. Siapakah di peringkat itu yang masih sejuk dan beku. Masih masam dan berwajah jemu. Perhatikan… dan camkan orang dan namanya.
Semasa sesi perkenalan selesai, ketika orang sedang makan-makan, saya atau mana-mana fasilitator akan datang secara halus kepada peserta yang pendiam itu, duduk di sebelahnya, dan menawarkan kuih yang diambil.
Bertanyakan nama, rumah di mana dan cuba cari satu dua tajuk yang boleh dijadikan titik perbualan.
“Oh, Encik Zam tinggal di Cheras. Saya pun sama. Cuma saya di Taman Midah. Encik Zam duduk di bahagian Cheras yang mana?” saya mengusahakan perbualan.
“Saya di Cheras Jaya” jawab peserta tersebut perlahan.
“Gitu… saya tak tahu sangat Cheras Jaya di sebelah mana. Cuma adalah perasan signboard tu” saya menyimpulkan persoalan yang dikongsi.
Cukup setakat itu. Apabila dia sudah sudi menjawab soalan yang ditanya, ia sudah cukup baik. Tidak perlu dikorek pada masa itu masalah yang dihadapinya. Simpan di hari kedua nanti. Jangan jadi ‘penceroboh’, menceroboh hidup orang. Cukup sekadar kita tunjukkan dengan perbuatan yang kita ini pedulikan dia. Kehadirannya kita sedari dan telah ditanda dengan perbualan ringkas itu.
Begitulah selalunya.
SUKA MENGHINA DAN MEMALUKAN PESERTA
Namun saya tidak nafikan, dalam pelbagai program sama ada di peringkat pelajar sehinggalah ke alam pekerjaan, memang ramai yang suka membuat pendekatan memalu dan mendera peserta.
“Minta maaf tuan-tuan dan puan-puan. Di sini tak ada Dato’ dan Datin, tak ada Bos dan Manager, semua jawatan tu gantung kat pintu masuk tu. Di sini, saya bos!” kata seorang penyelia kursus.
“Kamu semua akan diuji sejauh mana ketahanan fizikal dan mental. Maka jangan nak mengeluh kalau makanan tak seperti yang diharapkan” kata pengarah sebuah program induksi pelajar.
Lalu peserta dikerah mendengar ceramah sehingga pukul 1 pagi. Kemudian bangun jam 4 untuk Qiamullail. Seterusnya sarapan pagi hanya roti keras cicah air sejuk. Dan makan tengah hari, nasi bubur bercampur kulit oren dan biji kopi.
Apa alasan berbuat demikian?
Mahu membina ketahanan mental.
Ketahanan mental atau masalah mental?
TENTERA LAIN
Saya tidak pasti dan tidak ada membuat kajian, dari manakah datangnya kepercayaan perbuatan memalukan manusia dan mendera fizikal, boleh membawa kepada ketahanan diri yang diperlukan? Di dalam sirah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang telah berjaya melahirkan pahlawan yang hebat-hebat, saya tidak ketemu pendekatan mendera mental sebagai pembina jati diri sebaik-baik umat itu. Soal kelasakan, ia mungkin tidak perlu dibuat-buat, kerana memang tabiat kehidupan Arab itu kasar dan amat mencabar.
Namun saya akui, pendekatan itu sudah pun diterima sebagai sebahagian proses membentuk pasukan keselamatan. Polis, tentera, dan mereka yang seangkatan dengannya. Tentu kelasakan begitu adalah sebahagian daripada proses pembentukan.
Tetapi untuk kursus motivasi, program induksi pelajar baru, atau Tamrin membina kefahaman Islam… perbuatan-perbuatan seperti itu hanya memperbodohkan peserta sahaja. Tambahan pula anda hanya penganjur. Bukan ada kuasa untuk menguatkuasa.
Tidak hairanlah jika program begini memerlukan 20 orang AJK dengan nisbah fasilitator dengan peserta 1:2!
Anda bertindak sebagai pengawal, maka berkawallah anda sepanjang masa.
HASRIZAL
43000 BSP

.......
http://saifulislam.com

Tiada ulasan: