Lebih 1,000 sertai demonstrasi bantah Israel
Khairul Azlam Mohamad, | 24 Nov 2012 |
Ustaz Mohd Nor mengetuai perhimpunan aman membantah Kezaliman Israel terhadap umat Islam di Gaza, Palestin di hadapan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat umat Islam khususnya di kalangan Pemuda PAS yang menyertai himpunan secara aman membantah serangan Israel terhadap umat Islam di Gaza, Palestin.
Lebih 1,000 orang menyertai demontrasi aman tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu, semalam.
Katanya, perhimpunan aman menentang kezaliman tentera Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin sebagai bukti kebersamaan PAS dengan nasib rakyat di Gaza.
“Ini menunjukkan kebersamaan kita, sayang kita dan simpati kita terhadap umat Islam di seluruh dunia khususnya di Gaza, Palestin.
“Walau pun kita berhimpun dalam masa yang singkat, jarak yang jauh dari Palestin, tetapi kita mahu menunjukkan bahawa sebenarnya hati kita merasai apa yang disabdakan oleh Nabi saw dengan maksudnya. Perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, dalam simpati mereka ibarat satu jasad. Apabila satu anggota dari jasad ini sakit, maka seluruh tubuh akan mengadu sakit dan deman,” ujarnya ketika berucap pada perhimpunan aman itu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong menyifatkan negara Palestin itu seumpama ‘jantung hati’ bagi umat Islam di seluruh dunia hari ini.
“Jantung hati kita ialah Palestin, yang sedang diburu dan diperangi oleh Israel. Marilah kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah dan menunjukkan sikap kita menentang Israel.
“Hari ini, Israel menyerang umat Islam Palestin tetapi sebenarnya Israel sedang ‘menggali kubur’ mereka untuk kehancuran mereka.
“Ini kerana, Islam sedang bangkit di Asia Tengah. Islam sedang berkuasa di Timur Tengah dan Islam juga akan berkuasa di Malaysia ini, Insya Allah,” tegasnya disambut dengan laungan takbir para hadirin.
Lebih 2,000 demo bantah Felda jual minyak ke Israel
Muhamad Faizal, | 23 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR:
Biarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak
mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di
Jalan Semarak di ibu negara.
Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.
Perarakan yang bermula sejurus solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak itu, turut disertai wakil NGO termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), para peneroka serta NGO yang memperjuangkan kebebasan Palestin.
Mereka melaungkan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan Felda itu.
Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.
Nik Mohd Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara haram itu.
"Kerajaan jangan mencipta dalam lidah-lidah media mereka mengatakan mengecam Israel tetapi di belakang mereka meneruskan hubungan dagang dengan Israel.
"Kita mahu semalamatkan felda dan mengembalikan ia kelandasan yang benar serta hentikan prosres dagang dengan Israel," katanya.
Mazlan pula berkata, tindakan felda menjual minyak kepada Israel menunjukkan kerajan Malaysia tidak pernah seriaus membela nasib umat Islam di Palestin.
"Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut.
"Jangan kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di gaza. Jangan bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam," katanya.
Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel.
"Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi.
"Kita bercakap membebaskan palestin, tetapi Felda jual minyak kepada Israel," katanya.
Perhimpunan hari ini adalah ekoran cadangan oleh Mazlan yang juga Presiden Anak pada Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik minggu lalu ketika membahaskan usul mengecam Israel.
Ketika membuat cadangan itu juga, Mazlan turut menunjukkan bukti berupa dokumen invois penjualan minyak sawit tersebut.
Felda tolak memorandum
Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu hari ini tidak dibenar masuk.
Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka.
"Oleh kerana layanan begitu buruk, maka saya isytihar dalam masa tujuh hari jika felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada Israel, maka kita akan datang dengan jumlah yang lebih besar," kata Mazlan.
Himpunan tersebut bagaimanapun bersurai kira-kira jam 3.15 petang.

Saman ke atas Utusan perlu menyeluruh - Sayuti
Harakahdaily, | 23 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR:
Saman terhadap Utusan Malaysia harus juga dikenakan kepada agen-agen
atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan.
Demikian pandangan penulis politik, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya Merah Tinta http://msomelayu.blogspot.com.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini yang telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.
Saman itu turut sama menamakan Ketua Pengarang akhbar berkenaan Aziz Ishak yang dibuat menerusi firman guaman Tetuan Mohamed Hanifa Associates.
Sebelum ini, kata Sayuti sudah berberapa tokoh politik oposisi telah menyaman akhbar berkenaan kerana berbagai bentuk fitnah dan kejelekan.
Katanya, kebanyakan saman itu menyebabkan syarikat akhbar berkenaan diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit.
“Bagaimana pun akhbar berkenaan tidak serik dan terus melakukan fitnah demi fitnah. Seolah-olah Utusan kebal dan sengaja membiarkan dirinya dan dikenakan tindakan undang-undang.
“Mengenai hal ini sukacita dicadangkan supaya sesiapa yang bermasalah dengan akhbar ini dan difitnah agar mengambil tindakan lebih luas dari itu,” katanya.
Baginya, saman jangan hanya dikemukakan kepada syarikat akhbar berkenaan dan individu bertanggungjawab mengelolakannya; menerbit, mencetak dan mengedar, tetapi ia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan.
“Hanya tindakan menyeluruh begini saja boleh memberi kesan ke atas akhbar berkenaan,” ulasnya lagi.
Menurutnya, sudah pasti kalau agen-agen kecil (vendor) dan penjual terdiri dari kedai-kedai besar dimasukkan sama dalam tuntutan ia akan memberi kesan kepada akhbar berkenaan.
“Vendor dan kedai-kedai besar tidak akan berani lagi untuk menjual akhbar berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko. Dengan cara itu saja Utusan akan lingkup dengan cepatnya apabila vendor dan kedai-kedai enggan menjualnya kerana takut berdepan dengan risiko,” katanya.

Karpal: Akta Perhimpunan Aman di luar batas kuasa perlembagaan
Akta
Perhimpunan Aman 2012 telah melarang sama sekali hak untuk berhimpun
dengan cara protes jalanan, demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
diberitahu semalam.
Peguam Karpal Singh, yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bahawa peruntukan di bawah Seksyen 4(1)(c) akta tersebut tidak bertujuan untuk 'menyekat' tetapi lebih kepada 'melarang' hak untuk berhimpun.
"Mana-mana protes jalanan sebenarnya adalah satu perhimpunan bergerak dan akta itu tidak sepatutnya melarang sama sekali, " katanya sambil menegaskan seksyen itu adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan peruntukan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata akta itu sendiri pada hakikatnya menarifkan protes jalanan sebagai satu perhimpunan bergerak.
"Malah Perkara 10(1)(b) dengan jelas menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata," kata Karpal.
Beliau seterusnya berhujah bahawa perkataan 'sekatan' harus ditafsirkan sebagai sekatan yang munasabah sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 10 dan perlembagaan adalah undang-undang utama dalam sesebuah negara.
"Mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka, yang tidak selaras dengan perlembagaan harus diisytiharkan sebagai tidak sah," katanya yang menggesa Hakim Kamardin Kashim untuk membenarkan permohonan Anwar dengan kos.
Kamardin menetapkan 30 November ini bagi responden (pendakwaan) membalas penghujahan pemohon itu.
Dalam perkembangan berkaitan, peguam bersama Ram Karpal Singh berkata jika keputusan mahkamah memihak kepada Anwar maka salah satu daripada tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman akan digugurkan, sekaligus meninggalkan hanya dua tuduhan yang masih belum selesai di Mahkamah Sesyen.
Anwar, 64, yang juga Ketua Pembangkang bersama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, 48 serta Ketua cabang PKR rembau, Badrul Hisham Shaharin,34, didakwa pada 22 Mei lepas kerana menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara pada 28 April lepas.
Mereka juga menghadapi tuduhan kedua iaitu bersuhabat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim dengan menghasut ketiga-tiga mereka membuka sekatan besi halangan di Jalan Raja, di sini, pada hari yang sama.
Mereka merupakan individu pertama didakwa di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
- Bernama
24 November 2012
KUANTAN – “Sesiapa pun boleh jadi Perdana Menteri (PM), kalau Pas
menang mereka boleh jadi, kalau PKR menang pun boleh malahan kalau MIC
dan Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) menang pilihan raya, kalau
boleh mereka pun mahu pemimpin dalam kalangan mereka yang dipilih,” kata
Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Beliau berkata kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Perdana
Menteri berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, kenyataan tersebut ditimbulkan Tun Mahathir dan Umno dengan tujuan hendak melaga-lagakan PR.
“Sebenarnya saya berani cakap bahawa Tun Mahathir sendiri yang inginkan kembali jawatan tersebut memandangkan masih ada tugasan yang belum sesuai.
“Sebab itulah beliau beria-ia sangat nak menyatakan siapa yang lebih layak untuk menjadi PM, mungkin beliau belum sediakan tempat untuk anak atau kroninya untuknya memegang jawatan tersebut," katanya.
Kata Fauzi, bagi PKR Pahang, beliau yakin perkara remeh seperti itu mampu diselesaikan pucuk pimpinan PR.
Katanya, isu siapakah PM merupakan perkara biasa dan tidak menjejaskan PR.
“Yang penting sekarang adalah memburu kemenangan dalam pilihan raya akan datang terlebih dahulu.
“Kami pastinya tidak memilih mereka yang hanya menjaga hak kroni, isteri atau suami sebagai PM,” katanya.
Dalam pada itu, Adun Berserah, Syed Mohammad Tuan Lonik berkata, persoalan ditimbulkan sekarang ini bertujuan memecahbelahkan PR agar lebih bertelagah.
“Walaupun kita sudah mencapai kata sepakat dan memilih siapa yang patut tetapi perkara itu tetap akan menjadi isu kepada Umno," katanya.
Sementara itu, menurut Adun Triang yang juga Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah menyifatkan Tun Mahathir sebagai orang yang sengaja membuat kacau menjelang pilihan raya.
“Sepatutnya orang sudah pencen perlu rehat sahaja dan tidak mengeluarkan pelbagai kenyataan," katanya.
24 November 2012
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai
kelebihan berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beliau dianggap oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin layak diangkat sebagai Perdana
Menteri jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentadbiran
negara pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Dua sarjana yang juga pemerhati politik tanah air berpendapat, sebagai negarawan yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam arena politik negara, Dr Mahathir sudah tentu mempunyai cukup keupayaan untuk menilai kelayakan dua tokoh pembangkang itu, apa lagi beliau sendiri pernah berdamping rapat dan mempunyai hubungan kerja yang sangat dekat dengan Anwar.
"Tun (Mahathir) sudah tentu mampu melihat kelebihan pada Abdul Hadi berbanding Anwar dan dia juga tahu siapa yang lebih baik untuk rakyat dan negara," kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Berbanding Anwar, katanya, Abdul Hadi tiada krisis atau masalah peribadi.
"Isu peribadi mampu menjejaskan kredibiliti seseorang pemimpin jika dia sering dikaitkan dengan imej negatif," katanya.
Sehubungan itu, katanya, keyakinan Dr Mahathir bahawa Abdul Hadi lebih layak jadi Perdana Menteri berbanding Anwar adalah satu pandangan perlu dikongsi orang ramai kerana pemimpin Pas itu tidak mempunyai sejarah seperti Anwar.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, perkara yang paling utama dilihat Dr Mahathir dalam membuat penilaian itu sudah tentu aspek moral yang membezakan kedua-duanya.
“Tun Mahathir melihat kelebihan yang ada pada Abdul Hadi berbanding Anwar yang pernah didakwa atas tuduhan moral sebelum ini. Selain itu, Abdul Hadi juga memimpin parti besar pembangkang, iaitu Pas yang merupakan sebuah parti yang berstruktur dan tersusun.
“Mungkin inilah salah satu faktor yang menyebabkan Abdul Hadi dipilih oleh Tun Mahathir,” katanya.
Sivamurugam berkata, seseorang Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab besar memastikan wujudnya kestabilan berterusan dalam negara.
“Ciri-ciri penting seorang Perdana Menteri ialah mampu memelihara kestabilan, keselamatan dan urus tadbir serta permuafakatan dengan mempertahankan perpaduan masyarakat rencam,” katanya.
24 November 2012
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) yang kehilangan majoriti dua pertiga
di Parlimen empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120
kerusi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan hari ini, manakala
24 kerusi masih dalam keadaan 'kelabu'”, kata Profesor Ulung Datuk Dr
Shamsul Amri Baharuddin.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.
Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.
Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.
Shamsul berkata, situasi prestasi ini bersandarkan pada hasil kajian pihaknya, September lalu dan kajian baru akan dikendalikan bulan depan dengan mengambil kira perkembangan sepanjang Oktober dan November.
Antara perkembangan penting sepanjang dua bulan lalu ialah insentif dan imbuhan yang diumumkan menerusi Bajet 2013. Antara lain, Bajet 2013 menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 dan pembayaran bonus satu setengah bulan kepada kakitangan awam.
Bajet 2013 telah diluluskan Parlimen, semalam dan pelaksanaan kandungan dijangka akan dilakukan mulai akhir bulan depan iaitu pembayaran bonus sektor awam.
Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia ini berkata, kajian pihaknya menunjukkan BN masih boleh membentuk semula Kerajaan Pusat dengan majoriti tipis.
“Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.
“Jumlah 109 ini berdasarkan data mereka, ini belum cukup untuk memerintah... untuk majoriti mudah pun, kita memerlukan 112 kerusi. Jadi, apa pun BN akan kekal berusaha meskipun majoriti mereka menurun,” katanya.
Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.
“Kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi BN naik itu ada... berdasarkan pada apa yang berlaku Oktober dan November,” katanya.
PR yang dianggotai Pas, PKR dan DAP yakin akan memperoleh kerusi Parlimen tambahan dengan memperkukuhkan kedudukan di Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak yang menawarkan 56 kerusi Parlimen dilihat sebagai ‘simpanan tetap’ BN.
Minggu lalu, Pas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk memanggil PRU13.
Spekulasi sebelum ini menyebut Najib akan memanggil PRU13 pada bulan Jun lalu, sebelum Ramadan. Bagaimanapun, spekulasi itu meleset dan spekulasi seterusnya meramalkan September dan ia meleset lagi.
Mengambil kira kedudukan semasa, Shamsul tidak menolak kemungkinan Najib akan membubarkan Parlimen pada Februari, manakala pilihan raya akan berlangsung awal Mac.
Dalam satu temu bual Ogos lalu, beliau berkata, Najib seharusnya menggunakan tempoh mandat semasa sepenuhnya dan hanya memanggil PRU13 tahun depan.
Mengulas mengenai Perhimpunan Agung Umno 2012, katanya, pertemuan tahunan kali ini sangat penting untuk Najib, bukannya untuk Umno.
“Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.
Justeru menurut beliau, Najib yang juga Presiden Umno akan membawa partinya ke depan untuk menghadapi PRU13.
Perhimpunan Agung Tahunan 2012 akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini.
KANTOI! Menyanggah Fakta Dan Ramalan Pilihanraya Shamsul Amri!
Sebaik membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung mera
24 November 2012
KOTA BHARU- Pas lebih berhati-hati dengan pandangan parti lawan
berhubung siapa layak menjadi Perdana Menteri ketujuh apabila perkara
itu semakin dipertikaikan pelbagai pihak termasuk
antara komponen Pakatan Rakyat (PR) sendiri.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hal ini adalah bertujuan untuk mengelak parti daripada terjerat dengan cadangan yang boleh membawa kepada kemudaratan.
“Tun Mahathir Mohamad bukanlah orang PR, dia orang Umno, bagaimanapun cadangan musuh kita boleh dengar tetapi tidak semudah-mudahnya boleh percaya. Kadang-kadang cadangan yang diberikan akan menjerat kita, kita juga yang akan teraniaya nanti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Nik Aziz berkata demikian mengulas pandangan Tun Mahathir yang menganggap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih sesuai jadi Perdana Menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan tersebut Tun Mahathir memberitahu, Abdul Hadi lebih layak daripada Anwar disebabkan Ahli Parlimen Marang itu tidak ada sebarang bebanan sejarah.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menghormati pandangan tersebut bagaimanapun, penyelesaian terhadap perebutan jawatan Perdana Menteri itu hanya boleh
diselesaikan di peringkat PR sendiri.
“Isu ini akan diputuskan oleh PR, kita menerimanya sebagai pandangan. Kita dengar kalau yang baik diterima yang mahu menjerat kita buang,” katanya.
Kemelut perebutan kuasa menjadi Perdana Menteri apabila PR memerintah negara berlaku apabila, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka pada Jumaat lalu sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di sini, mencadangkan Anwar layak menjadi Perdana Menteri ketujuh.
24 November 2012
GOMBAK - Tepat jam 3 petang semalam, dianggarkan lebih 450 peserta yang
terlibat dalam perarakan ‘Say No Lynas’ tiba dari Bukit Tinggi hingga
ke Hutan Rimba Klasik Batu 13 di sini dengan jarak 22 kilometer.
Presiden Sabah Environmental Protection, Wong Tack berkata, perarakan semalam memasuki hari ke-11 sebelum jangkaan tiba di Dataran Merdeka, Ahad ini.
Menurutnya, perarakan yang dimulakan dari Kuantan sebelum melalui beberapa kawasan seperti Gambang, Maran, Temerloh, Mentakab, Karak dan Bentong adalah sebagai penyatuan masyarakat membantah pembinaan projek Lynas.
“Himpunan ini adalah sebagai mengambil kira masa depan penduduk dan anak-anak yang bakal berhadapan dengan pembangunan tidak sihat yang akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada hidupan sekitarnya,” katanya, semalam.
Hadir sama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah.
Fuziah berkata, beliau menyokong inisiatif rakyat yang menunjukkan kesedaran terhadap kesan jangka masa panjang bakal dihadapi penduduk apabila projek Lynas diteruskan.
“Dari semasa ke semasa, isu Lynas ini telah beberapa kali dibangkitkan dalam parlimen membuka mata rakyat dan memberi kesedaran tentang risiko yang bakal dihadapi.
“Mereka mengambil pendekatan sendiri menyuarakan dan ekspresi hasrat mereka kepada kerajaan yang dilihat tidak langsung mempertimbang untuk mengkaji permasalahan itu,” katanya.
24 November 2012
Berdasarkan kertas putih penstrukturan hutang Talam dibentangkan Kerajaan Negeri Selasa lalu, nilai tanah Talam berstatus pertanian di Bukit Beruntung yang dibuat oleh JPPH adalah RM113 juta manakala Sulaiman & Co pula mencatatkan nilainya sebanyak RM375 juta.
“Apabila melibatkan kepentingan orang ramai dan kerajaan maka sudah pasti penilaian JPPH bernilai RM113 juta digunakan tetapi Menteri Besar tak nak malah memilih penilaian Sulaiman bernilai RM375 juta yang dilantik Talam,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Dalam perkembangan sama, Adun Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun menyifatkan tanah di Bukit Beruntung berstatus ‘pembangunan bercampur’ bukannya tanah pertanian tetapi bagaimana ia boleh dinilai pada harga RM375 juta.
Katanya, lebih meragukan adalah penukaran status tanah dibuat Talam pada 1994 masih belum diselesaikan kerana ketika itu, syarikat itu tidak membayar caruman perparitan sebanyak RM4 juta.
“Begitu juga dengan tanah Talam di Ulu Yam yang mana Sulaiman & Co. menetapkan nilai tanah itu sebanyak RM12 juta tetapi Kerajaan Negeri mengambil tanah itu pada nilai RM18 juta,” katanya.
Menurutnya, beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri menjadikan perjanjian tersebut sebagai rujukan kerana pada 14 Julai 2009, Kerajaan Negeri mengarahkan semua agensinya membatalkan perjanjian dengan Talam
24 November 2012
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor mencabar MCA terutama Ketua
Biro Pemuda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyaman Kerajaan
Negeri berhubung isu penstrukturan hutang Talam Corporation Bhd (Talam).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cabaran kepada Barisan Nasional (BN) terutama MCA atau Umno itu bukan sahaja membawa perkara terbabit ke mahkamah malah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kerajaan Negeri membuat penilaian itu berasaskan nilai komersial bukan nilai pertanian. Itu sebab saya galakkan MCA pergi ke mahkamah saman Kerajaan Negeri. Ini merupakan cabaran PR Selangor,” katanya selepas diprovokasi oleh Sulaiman Razak (BN-Permatang) ketika perbahasan kertas putih Talam di Sidang Dun Selangor di sini semalam.
Cabaran tercetus susulan tindakan Sulaiman mempertikaikan usaha Kerajaan Negeri mengutip semula hutang Talam RM392 juta selain membuat perbandingan penilaian harga tanah di Bukit
Beruntung oleh Sulaiman & Co dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Terdahulu, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menyelesaikan RM4 juta pembayaran untuk caruman perparitan pada 2010 bagi membolehkan penjualan tanah kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selepas Talam membuat permohonan menukarkan ‘pertanian’ kepada ‘pembangunan bercampur’ pada 1994.
“Kerajaan Negeri berpandangan bahawa nilaian yang dibuat oleh Sulaiman & Co adalah lebih menepati nilai sebenar tanah Bukit Beruntung itu,” katanya.
Abdul Khalid berkata, penilaian oleh Sulaiman & Co itu menetapkan nilai tanah tersebut pada RM375 juta manakala penilaian oleh JPPH menetapkan nilai tanah pada RM113 juta.
“Perbezaan itu kerana Jabatan Penilaian mengambil kira status kategori kegunaan tanah sebagai ‘pertanian’ manakala nilaian Sulaiman & Co mengambil kira kategori kegunaannya tanah terbabit sebagai ‘pembangunan bercampur’,” katanya.
24 November 2012
SHAH ALAM – Polemik siapa yang bakal jadi Perdana Menteri jika Pakatan
Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang
dibangkitkan pada Muktamar Pas baru-baru ini boleh menguntungkan Barisan
Nasional (BN).
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, pengundi atas pagar melihat isu ini sebagai kelemahan ketara PR.
Ini kerana, ia jelas menunjukkan PR mempunyai dasar amat longgar walaupun sebelum ini ketiga-tiga parti komponen iaitu Pas, PKR dan DAP bersetuju melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
“Dengan meletusnya isu ini, rakyat boleh menilai PR. Jika jawatan Perdana Menteri pun masih belum diputuskan secara mutlak, apatah lagi jawatan-jawatan Kabinet yang lain," katanya.
Mohd Fuad berkata, isu itu dibangkitkan mungkin kerana sesetengah pemimpin Pas mulai tidak percaya dengan kemampuan atau kewibawaan Anwar untuk memimpin negara.
Beliau turut menjangka sokongan bukan Melayu kepada PR akan menurun jika polemik ini tidak diselesaikan sebelum PRU13.
“Banyak kajian sebelum ini menunjukkan bukan Melayu menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri kerana beliau dilihat lebih terbuka dan liberal, manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai tegas dalam perjuangan Islam.
“Jadi, jika isu ini tiada kata putus, undi bukan Melayu akan beralih arah walaupun tidak besar,” katanya.
Peguam Karpal Singh, yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bahawa peruntukan di bawah Seksyen 4(1)(c) akta tersebut tidak bertujuan untuk 'menyekat' tetapi lebih kepada 'melarang' hak untuk berhimpun.
"Mana-mana protes jalanan sebenarnya adalah satu perhimpunan bergerak dan akta itu tidak sepatutnya melarang sama sekali, " katanya sambil menegaskan seksyen itu adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan peruntukan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata akta itu sendiri pada hakikatnya menarifkan protes jalanan sebagai satu perhimpunan bergerak.
"Malah Perkara 10(1)(b) dengan jelas menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata," kata Karpal.
Beliau seterusnya berhujah bahawa perkataan 'sekatan' harus ditafsirkan sebagai sekatan yang munasabah sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 10 dan perlembagaan adalah undang-undang utama dalam sesebuah negara.
"Mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka, yang tidak selaras dengan perlembagaan harus diisytiharkan sebagai tidak sah," katanya yang menggesa Hakim Kamardin Kashim untuk membenarkan permohonan Anwar dengan kos.
Kamardin menetapkan 30 November ini bagi responden (pendakwaan) membalas penghujahan pemohon itu.
Dalam perkembangan berkaitan, peguam bersama Ram Karpal Singh berkata jika keputusan mahkamah memihak kepada Anwar maka salah satu daripada tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman akan digugurkan, sekaligus meninggalkan hanya dua tuduhan yang masih belum selesai di Mahkamah Sesyen.
Anwar, 64, yang juga Ketua Pembangkang bersama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, 48 serta Ketua cabang PKR rembau, Badrul Hisham Shaharin,34, didakwa pada 22 Mei lepas kerana menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara pada 28 April lepas.
Mereka juga menghadapi tuduhan kedua iaitu bersuhabat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim dengan menghasut ketiga-tiga mereka membuka sekatan besi halangan di Jalan Raja, di sini, pada hari yang sama.
Mereka merupakan individu pertama didakwa di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
- Bernama
Kenyataan Mahathir lagakan parti, dakwa PKR
24 November 2012
Beliau berkata kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Perdana
Menteri berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, kenyataan tersebut ditimbulkan Tun Mahathir dan Umno dengan tujuan hendak melaga-lagakan PR.
“Sebenarnya saya berani cakap bahawa Tun Mahathir sendiri yang inginkan kembali jawatan tersebut memandangkan masih ada tugasan yang belum sesuai.
“Sebab itulah beliau beria-ia sangat nak menyatakan siapa yang lebih layak untuk menjadi PM, mungkin beliau belum sediakan tempat untuk anak atau kroninya untuknya memegang jawatan tersebut," katanya.
Kata Fauzi, bagi PKR Pahang, beliau yakin perkara remeh seperti itu mampu diselesaikan pucuk pimpinan PR.
Katanya, isu siapakah PM merupakan perkara biasa dan tidak menjejaskan PR.
“Yang penting sekarang adalah memburu kemenangan dalam pilihan raya akan datang terlebih dahulu.
“Kami pastinya tidak memilih mereka yang hanya menjaga hak kroni, isteri atau suami sebagai PM,” katanya.
Dalam pada itu, Adun Berserah, Syed Mohammad Tuan Lonik berkata, persoalan ditimbulkan sekarang ini bertujuan memecahbelahkan PR agar lebih bertelagah.
“Walaupun kita sudah mencapai kata sepakat dan memilih siapa yang patut tetapi perkara itu tetap akan menjadi isu kepada Umno," katanya.
Sementara itu, menurut Adun Triang yang juga Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah menyifatkan Tun Mahathir sebagai orang yang sengaja membuat kacau menjelang pilihan raya.
“Sepatutnya orang sudah pencen perlu rehat sahaja dan tidak mengeluarkan pelbagai kenyataan," katanya.
Penganalisis: 'Mengapa Tun M pilih Abdul Hadi?'
24 November 2012
Dua sarjana yang juga pemerhati politik tanah air berpendapat, sebagai negarawan yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam arena politik negara, Dr Mahathir sudah tentu mempunyai cukup keupayaan untuk menilai kelayakan dua tokoh pembangkang itu, apa lagi beliau sendiri pernah berdamping rapat dan mempunyai hubungan kerja yang sangat dekat dengan Anwar.
"Tun (Mahathir) sudah tentu mampu melihat kelebihan pada Abdul Hadi berbanding Anwar dan dia juga tahu siapa yang lebih baik untuk rakyat dan negara," kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Berbanding Anwar, katanya, Abdul Hadi tiada krisis atau masalah peribadi.
"Isu peribadi mampu menjejaskan kredibiliti seseorang pemimpin jika dia sering dikaitkan dengan imej negatif," katanya.
Sehubungan itu, katanya, keyakinan Dr Mahathir bahawa Abdul Hadi lebih layak jadi Perdana Menteri berbanding Anwar adalah satu pandangan perlu dikongsi orang ramai kerana pemimpin Pas itu tidak mempunyai sejarah seperti Anwar.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, perkara yang paling utama dilihat Dr Mahathir dalam membuat penilaian itu sudah tentu aspek moral yang membezakan kedua-duanya.
“Tun Mahathir melihat kelebihan yang ada pada Abdul Hadi berbanding Anwar yang pernah didakwa atas tuduhan moral sebelum ini. Selain itu, Abdul Hadi juga memimpin parti besar pembangkang, iaitu Pas yang merupakan sebuah parti yang berstruktur dan tersusun.
“Mungkin inilah salah satu faktor yang menyebabkan Abdul Hadi dipilih oleh Tun Mahathir,” katanya.
Sivamurugam berkata, seseorang Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab besar memastikan wujudnya kestabilan berterusan dalam negara.
“Ciri-ciri penting seorang Perdana Menteri ialah mampu memelihara kestabilan, keselamatan dan urus tadbir serta permuafakatan dengan mempertahankan perpaduan masyarakat rencam,” katanya.
PRU13: Kerusi 'selesa' BN hanya 120?
24 November 2012
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.
Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.
Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.
Shamsul berkata, situasi prestasi ini bersandarkan pada hasil kajian pihaknya, September lalu dan kajian baru akan dikendalikan bulan depan dengan mengambil kira perkembangan sepanjang Oktober dan November.
Antara perkembangan penting sepanjang dua bulan lalu ialah insentif dan imbuhan yang diumumkan menerusi Bajet 2013. Antara lain, Bajet 2013 menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 dan pembayaran bonus satu setengah bulan kepada kakitangan awam.
Bajet 2013 telah diluluskan Parlimen, semalam dan pelaksanaan kandungan dijangka akan dilakukan mulai akhir bulan depan iaitu pembayaran bonus sektor awam.
Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia ini berkata, kajian pihaknya menunjukkan BN masih boleh membentuk semula Kerajaan Pusat dengan majoriti tipis.
“Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.
“Jumlah 109 ini berdasarkan data mereka, ini belum cukup untuk memerintah... untuk majoriti mudah pun, kita memerlukan 112 kerusi. Jadi, apa pun BN akan kekal berusaha meskipun majoriti mereka menurun,” katanya.
Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.
“Kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi BN naik itu ada... berdasarkan pada apa yang berlaku Oktober dan November,” katanya.
PR yang dianggotai Pas, PKR dan DAP yakin akan memperoleh kerusi Parlimen tambahan dengan memperkukuhkan kedudukan di Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak yang menawarkan 56 kerusi Parlimen dilihat sebagai ‘simpanan tetap’ BN.
Minggu lalu, Pas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk memanggil PRU13.
Spekulasi sebelum ini menyebut Najib akan memanggil PRU13 pada bulan Jun lalu, sebelum Ramadan. Bagaimanapun, spekulasi itu meleset dan spekulasi seterusnya meramalkan September dan ia meleset lagi.
Mengambil kira kedudukan semasa, Shamsul tidak menolak kemungkinan Najib akan membubarkan Parlimen pada Februari, manakala pilihan raya akan berlangsung awal Mac.
Dalam satu temu bual Ogos lalu, beliau berkata, Najib seharusnya menggunakan tempoh mandat semasa sepenuhnya dan hanya memanggil PRU13 tahun depan.
Mengulas mengenai Perhimpunan Agung Umno 2012, katanya, pertemuan tahunan kali ini sangat penting untuk Najib, bukannya untuk Umno.
“Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.
Justeru menurut beliau, Najib yang juga Presiden Umno akan membawa partinya ke depan untuk menghadapi PRU13.
Perhimpunan Agung Tahunan 2012 akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini.
Abu Osman shared Zar Ali Dua Etc's photo.
Sabtu, 24 November, 2012.KANTOI! Menyanggah Fakta Dan Ramalan Pilihanraya Shamsul Amri!
Sebaik membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung mera
ngkap
Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin
bahawa Barisan Nasional cuma mampu memperoleh 120 kerusi sekiranya
pilihanraya umum diadakan, sangat tidak bertanggungjawab.
Di sini saya berikan hujah balas berdasarkan apa yang diperkatakan Shamsul.
1) Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.
Fakta: BN menang 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat 82 kerusi, bukannya 84. Fakta ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Shamsul tidak mengkaji keputusan pilihanraya, jauh sekali menganalisis keputusan mengikut parlimen dan DUN.
2) Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala KEADILAN (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.
Fakta: Kesemua fakta betul kecuali KITA sudah tidak mempunyai kerusi berikutan ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar dari KEADILAN kemudian menjadi wakil Bebas sebelum menyertai KITA, dipecat pada September lalu.
3) “Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.
Fakta: Sekali lagi Shamsul berbohong. Pakatan kini sudah memperolehi 114 kerusi berdasarkan dua kerusi SAPP dan dua kerusi yang BN hilang berikutan perletakan jawatan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing. Satu lagi kerusi bakal diperolehi menerusi penyertaan seorang lagi ahli parlimen BN dari Sabah, tidak lama lagi.
4) Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.
Fakta: Daripada 166 kerusi parlimen di Semenanjung, BN tidak boleh memperolehi lebih daripada 85 kerusi kerana beberapa kerusi di Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan bakal ditawan Pakatan Rakyat.
Dengan meletakkan Pakatan Rakyat memperolehi satu pertiga kerusi di Sabah dan Sarawak, jumlah keseluruhannya ialah 20 kerusi. Bagaimana Shamsul boleh memberi fakta pincang seperti ini? Apakah dia berani meletakkan 120 sedangkan dia sendiri tahu BN sudah hilang pengaruh di Felda dan kebangkitan anak muda?
5) “Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.
Fakta: Ini pembohongan paling besar Shamsul dalam segala banyak pembohongan. Populariti NAJIB ALTANTUYA kini cuma 56 peratus dan BN kini hanya 43 peratus berdasarkan kajian Merdeka Center pada Ogos lalu.
Dari mana datang peratusan sokongan Anwar sedangkan Merdeka Center sendiri atau mana-mana pusat kajian seperti UMCEDEL tidak membuat kajian khusus tentang Anwar? Apakah dia hanya seronok sendiri menghentam Anwar dan terus memuji langit Najib Altantuya yang memberi dia makan selama ini?
Keseluruhannya, kesemua fakta yang dibentangkan profesor tahap 'kangkung' ini langsung tidak boleh diterima pakai melainkan ia hanya dibuat untuk meneruskan khidmatnya sebagai profesor di Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terus mengampu Najib Altantuya bagi mengekalkan kedudkannya paling BANGSAT sepenggal lagi!
JALAN PULANG

Nik Aziz: Berhati-hati elak dijerat
24 November 2012
antara komponen Pakatan Rakyat (PR) sendiri.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hal ini adalah bertujuan untuk mengelak parti daripada terjerat dengan cadangan yang boleh membawa kepada kemudaratan.
“Tun Mahathir Mohamad bukanlah orang PR, dia orang Umno, bagaimanapun cadangan musuh kita boleh dengar tetapi tidak semudah-mudahnya boleh percaya. Kadang-kadang cadangan yang diberikan akan menjerat kita, kita juga yang akan teraniaya nanti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Nik Aziz berkata demikian mengulas pandangan Tun Mahathir yang menganggap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih sesuai jadi Perdana Menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan tersebut Tun Mahathir memberitahu, Abdul Hadi lebih layak daripada Anwar disebabkan Ahli Parlimen Marang itu tidak ada sebarang bebanan sejarah.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menghormati pandangan tersebut bagaimanapun, penyelesaian terhadap perebutan jawatan Perdana Menteri itu hanya boleh
diselesaikan di peringkat PR sendiri.
“Isu ini akan diputuskan oleh PR, kita menerimanya sebagai pandangan. Kita dengar kalau yang baik diterima yang mahu menjerat kita buang,” katanya.
Kemelut perebutan kuasa menjadi Perdana Menteri apabila PR memerintah negara berlaku apabila, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka pada Jumaat lalu sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di sini, mencadangkan Anwar layak menjadi Perdana Menteri ketujuh.
Say No Lynas’ tiba di Gombak
24 November 2012
Presiden Sabah Environmental Protection, Wong Tack berkata, perarakan semalam memasuki hari ke-11 sebelum jangkaan tiba di Dataran Merdeka, Ahad ini.
Menurutnya, perarakan yang dimulakan dari Kuantan sebelum melalui beberapa kawasan seperti Gambang, Maran, Temerloh, Mentakab, Karak dan Bentong adalah sebagai penyatuan masyarakat membantah pembinaan projek Lynas.
“Himpunan ini adalah sebagai mengambil kira masa depan penduduk dan anak-anak yang bakal berhadapan dengan pembangunan tidak sihat yang akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada hidupan sekitarnya,” katanya, semalam.
Hadir sama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah.
Fuziah berkata, beliau menyokong inisiatif rakyat yang menunjukkan kesedaran terhadap kesan jangka masa panjang bakal dihadapi penduduk apabila projek Lynas diteruskan.
“Dari semasa ke semasa, isu Lynas ini telah beberapa kali dibangkitkan dalam parlimen membuka mata rakyat dan memberi kesedaran tentang risiko yang bakal dihadapi.
“Mereka mengambil pendekatan sendiri menyuarakan dan ekspresi hasrat mereka kepada kerajaan yang dilihat tidak langsung mempertimbang untuk mengkaji permasalahan itu,” katanya.
Isu Talam: Jelaskan percanggahan, desak BN
24 November 2012
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) mendesak Kerajaan Negeri Selangor
menjelaskan percanggahan ketara melibatkan penilaian aset dibuat Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bernilai RM113 juta berbanding
RM375 juta dibuat Sulaiman & Co iaitu jurunilai dilantik Talam
Corporation Berhad (Talam).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Abdul Razak
berkata, penilaian dibuat itu meragukan kerana terdapat perbezaan
melibatkan aset Talam bernilai RM262 juta.Berdasarkan kertas putih penstrukturan hutang Talam dibentangkan Kerajaan Negeri Selasa lalu, nilai tanah Talam berstatus pertanian di Bukit Beruntung yang dibuat oleh JPPH adalah RM113 juta manakala Sulaiman & Co pula mencatatkan nilainya sebanyak RM375 juta.
“Apabila melibatkan kepentingan orang ramai dan kerajaan maka sudah pasti penilaian JPPH bernilai RM113 juta digunakan tetapi Menteri Besar tak nak malah memilih penilaian Sulaiman bernilai RM375 juta yang dilantik Talam,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Dalam perkembangan sama, Adun Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun menyifatkan tanah di Bukit Beruntung berstatus ‘pembangunan bercampur’ bukannya tanah pertanian tetapi bagaimana ia boleh dinilai pada harga RM375 juta.
Katanya, lebih meragukan adalah penukaran status tanah dibuat Talam pada 1994 masih belum diselesaikan kerana ketika itu, syarikat itu tidak membayar caruman perparitan sebanyak RM4 juta.
“Begitu juga dengan tanah Talam di Ulu Yam yang mana Sulaiman & Co. menetapkan nilai tanah itu sebanyak RM12 juta tetapi Kerajaan Negeri mengambil tanah itu pada nilai RM18 juta,” katanya.
Menurutnya, beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri menjadikan perjanjian tersebut sebagai rujukan kerana pada 14 Julai 2009, Kerajaan Negeri mengarahkan semua agensinya membatalkan perjanjian dengan Talam
MB cabar bawa ke mahkamah
24 November 2012
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cabaran kepada Barisan Nasional (BN) terutama MCA atau Umno itu bukan sahaja membawa perkara terbabit ke mahkamah malah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kerajaan Negeri membuat penilaian itu berasaskan nilai komersial bukan nilai pertanian. Itu sebab saya galakkan MCA pergi ke mahkamah saman Kerajaan Negeri. Ini merupakan cabaran PR Selangor,” katanya selepas diprovokasi oleh Sulaiman Razak (BN-Permatang) ketika perbahasan kertas putih Talam di Sidang Dun Selangor di sini semalam.
Cabaran tercetus susulan tindakan Sulaiman mempertikaikan usaha Kerajaan Negeri mengutip semula hutang Talam RM392 juta selain membuat perbandingan penilaian harga tanah di Bukit
Beruntung oleh Sulaiman & Co dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Terdahulu, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menyelesaikan RM4 juta pembayaran untuk caruman perparitan pada 2010 bagi membolehkan penjualan tanah kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selepas Talam membuat permohonan menukarkan ‘pertanian’ kepada ‘pembangunan bercampur’ pada 1994.
“Kerajaan Negeri berpandangan bahawa nilaian yang dibuat oleh Sulaiman & Co adalah lebih menepati nilai sebenar tanah Bukit Beruntung itu,” katanya.
Abdul Khalid berkata, penilaian oleh Sulaiman & Co itu menetapkan nilai tanah tersebut pada RM375 juta manakala penilaian oleh JPPH menetapkan nilai tanah pada RM113 juta.
“Perbezaan itu kerana Jabatan Penilaian mengambil kira status kategori kegunaan tanah sebagai ‘pertanian’ manakala nilaian Sulaiman & Co mengambil kira kategori kegunaannya tanah terbabit sebagai ‘pembangunan bercampur’,” katanya.
Isu Hadi jadi PM untungkan BN
24 November 2012
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, pengundi atas pagar melihat isu ini sebagai kelemahan ketara PR.
Ini kerana, ia jelas menunjukkan PR mempunyai dasar amat longgar walaupun sebelum ini ketiga-tiga parti komponen iaitu Pas, PKR dan DAP bersetuju melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
“Dengan meletusnya isu ini, rakyat boleh menilai PR. Jika jawatan Perdana Menteri pun masih belum diputuskan secara mutlak, apatah lagi jawatan-jawatan Kabinet yang lain," katanya.
Mohd Fuad berkata, isu itu dibangkitkan mungkin kerana sesetengah pemimpin Pas mulai tidak percaya dengan kemampuan atau kewibawaan Anwar untuk memimpin negara.
Beliau turut menjangka sokongan bukan Melayu kepada PR akan menurun jika polemik ini tidak diselesaikan sebelum PRU13.
“Banyak kajian sebelum ini menunjukkan bukan Melayu menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri kerana beliau dilihat lebih terbuka dan liberal, manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai tegas dalam perjuangan Islam.
“Jadi, jika isu ini tiada kata putus, undi bukan Melayu akan beralih arah walaupun tidak besar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan