Sabtu, 17 November 2012

DARI BLOG TRANGNUKITE 17/11/12

Laporan palsu - Utusan dan NST mungkin disaman lagi.
Posted on Saturday, November 17 @ 11:53:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Sharpshooter



Senator bebas dari Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Bangsar, Kuala Lumpur ekoran laporan palsu yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST)


Bagi beliau, kedua-dua media itu membuat laporan palsu apabila mendakwa beliau anti Islam.
Turut serta bersama Xenophon ialah peguamnya, Amer Hamzah Arshad.

Pada 8 Mei lalu, beliau berkata, "Sudah tentu (tindakan undang-undang akan dipertimbang) dalam apa sahaja bahasa ia diterbitkan sama ada mereka telah memohon maaf atau tidak," katanya.
Xenophon merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan dan NST yang telah tersalah petik ucapannya di Parlimen Australia pada 17 November 2009.

Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.

Xenophon mengesahkan laporan awal yang memetik jurucakap dari pejabatnya bahawa beliau masih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap NST walaupun akhbar tersebut telah memohon maaf.
Utusan Malaysia milik Umno, yang menerbitkan berita yang sama yang tersalah petik Xenophon, telah mengeluarkannya dari versi dalam talian di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.

Xenophon adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihanraya Malaysia.

Walaupun kedua-dua akhbar rejim Umno tersebut telah memohon maaf terhadapnya, ia tidak cukup buat Xenophon kerana telah mencemar imejnya sebagai seorang ahli parlimen negara Kanggaro itu - erapasca



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
 

Hijrah Nabi SAW Dari Makkah ke Madinah
Posted on Saturday, November 17 @ 21:06:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"

Berikut ini adalah ringkasan kisah besar dan mulia hijrah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dari Makkah ke Madinah berdasarkan maklumat dari kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri.

Ada beberapa maklumat yang mungkin berbeza dari yang biasa kita dengar melalui ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan sebelum ini.  Semoga kita semua mendapat ibrah yang banyak dari kisah yang mulia ini.



Pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari ALLAH Ta`ala, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam bergegas untuk berjumpa Abu Bakar bagi menerangkan rancangan hijrah Baginda.  Abu Bakar telah dapat meneka apa tujuan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berjumpa dengannya pada waktu tengahari yang panas itu.

Setelah diberitahu mengenai rancangan Baginda, Nabi pun pulang ke rumahnya semula untuk menunggu tibanya waktu malam.

Dalam masa yang sama, penjenayah-penjenayah besar Quraisy mula melakukan persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah pagi tersebut, iaitu perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  11 orang penjenayah telah terpilih untuk melaksanakan misi jahat tersebut.

Bertolak dari Makkah
Apabila malam menjelma, iaitu malam 27 Safar tahun ke-14 kenabian, 11 orang penjenayah tersebut telah berkumpul di depan rumah Nabi.  Pembunuhan telah dirancang untuk diadakan pada setengah malam iaitu ketika Nabi sedang tidur. Jadi, sepanjang malam itu mereka menunggu dan mengintai-intai samada Nabi sudah tidur atau belum.

Namun, kekuasaan ALLAH dan peliharaan ALLAH terhadap kekasihNYA mengatasi kesempurnaan perancangan jahat penjenayah-penjenayah Quraisy tersebut sebagaimana disebut di dalam Surah al-Anfal, ayat ke-30.

Sebelum Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bertolak meninggalkan rumah, Banginda telah menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidurnya dengan menggunakan selimut yang biasa Nabi gunakan iaitu selimut al-Hadrami berwarna hijau.  Nabi kemudian keluar, mengambil pasir dan menaburkannya ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil membaca ayat ke-9 dari surah Yasin.

Dengan izin ALLAH `Azza wa Jalla, penglihatan penjenayah-penjenayah tersebut ditutup dan mereka tidak dapat melihat Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam.  Mereka terus menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan pembunuhan, sedangkan Nabi telah pun keluar meninggalkan rumahnya.

Dari rumahnya, Nabi terus ke rumah Abu Bakar sebagaimana yang telah dirancang tengahari tadi.  Mereka berdua bertolak dari rumah Abu Bakar dari pintu belakang dan terus meninggalkan Makkah sebelum waktu fajar.

Seorang lelaki yang melihat dari jauh kemudiannya menegur penjenayah-penjenayah itu kenapa tidak dilakukan seperti yang dirancang, kerana dia melihat Nabi Muhammad sudah pun keluar meninggalkan rumahnya.  Penjenayah-penjenayah itu mengatakan bahawa mereka tidak nampak langsung Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam seperti didakwa lelaki tersebut.

Setelah mendengar penjelasan lelaki tersebut, penjenayah-penjenayah itu pun mengintai ke dalam rumah Nabi dan melihat ada orang yang sedang tidur berselimut.  Mereka pun yakin bahawa lelaki yang mendakwa bahawa Nabi sudah keluar itu, tersilap. Mereka lalu terus menunggu-nunggu sehingga menjelang pagi.  Kecewalah mereka rupa-rupanya yang di dalam selimut itu ialah Ali bin Abi Talib, bukannya Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Di Gua Thur Selama 3 Hari
Walaupun Yathrib (nama asal bagi Madinah) terletak di Utara Makkah, namun Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam tidak memilih jalan biasa iaitu utara Makkah untuk ke sana.  Ini kerana Baginda menyedari bahawa risiko yang sangat tinggi buat mereka berdua di laluan tersebut yang pastinya sedang menunggu Nabi.

Lokasi Bukit Thur
Sebaliknya, Baginda menuju selatan Makkah sebagai jalan keluar Nabi dari Makkah.  Setelah 5 batu berjalan, Nabi sampai di Bukit Thur.  Ketika melalui di atas bukit ini, kaki Nabi yang mulia melecet kerana bukitnya berbatu bata dan sangat sukar untuk didaki.  Abu Bakar terpaksa memapah Baginda dengan bersusah payah hingga menemui sebuah gua di puncak bukit tersebut.

Mereka berdua tidak terus masuk ke dalam gua kerana khuatir ada bahaya di dalamnya.  Abu Bakar menawarkan diri untuk masuk terlebih dahulu untuk memeriksa dengan katanya:

“Demi ALLAH, jangan engkau masuk ke dalamnya melainkan aku masuk terlebih dahulu. Kalau ada apa-apa bahaya, maka biar aku yang kena, asalkan jangan kamu.”

Abu Bakar menguis-nguis kakinya dan didapatinya ada 1 lubang.  Beliau pun mengoyakkan kainnya lalu menutup lubang tersebut.  Kemudian didapati pula ada 2 lubang lagi di dalamnya, lalu ditutup 2 lubang tersebut dengan menekapkan 2 kakinya ke lubang tersebut.

Setelah keadaan dirasakan agak selamat, barulah Abu Bakar memanggil Nabi Muhammad masuk ke dalam gua.  Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pun masuk dan meletakkan kepalanya di atas pangkuan Abu Bakar lalu tertidur.  Tiba-tiba kaki Abu Bakar disengat binatang berbisa dari salah satu lubang itu, namun ditahannya kesakitan itu sehingga menitis air matanya di atas wajah mulia Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam.  Nabi tersedar dan bertanyakan apa yang telah terjadi.  Setelah Abu bakar menceritakan bahawa beliau telah disengat, Baginda pun meludah ke tempat sengatan itu, lantas hilanglah rasa sakit akibat sengatan binatang berbisa itu.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan Abu Bakar berada di dalam gua tersebut selama 3 hari iaitu malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad. Selama 3 hari tersebut, ada 2 insan yang terlibat sama, iaitu `Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Abu Bakar) dan `Amir bin Fuhayrah (hamba Abu Bakar).

`Abdullah bin Abu Bakar bermalam berdekatan Bukit Thur.  Apabila waktu sahur, beliau akan ke Makkah seolah-olah dia tidur di Makkah.  Siangnya, beliau akan mengintip-ngintip perbualan orang-orang musyrikin Makkah terutama yang berkaitan dengan usaha pembunuhan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.  Semua berita akan disampaikan kepada Baginda pada malamnya apabila `Abdullah bin Abu Bakar berjumpa Nabi.  `Amir bin Fuhayrah pula mengembala kambing-kambing milik Abu Bakar di kawasan tersebut.  Apabila waktu malam, beliau akan menghalau ternakan-ternakannya ke kawasan tempat Nabi dan Abu Bakar bermalam dan membekalkan susu kepada mereka.  Apabila malam sudah larut, kambing-kambing itu akan dibawa ke Makkah mengikut jalan yang dilalui `Abdullah bin Abu Bakar supaya jejak kakinya terpadam.  Begitulah yang terjadi sepanjang 3 hari itu.

Dalam pada itu, orang-orang kafir Makkah berasa sangat marah kerana tidak menjumpai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Ali bin Abi Talib telah dipukul dan diseret ke ke Ka`bah dan Asma’ bin Abu Bakar pula telah ditempeleng dengan sangat kuat dalam usaha mereka untuk mendapatkan maklumat di manakah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.

Bengang dengan kegagalan mereka untuk mengesan Nabi, mereka lalu menyekat semua jalan keluar Makkah dengan meletakkan lelaki-lelaki bersenjata dan tawaran 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menawan Nabi samada hidup atau mati turut diwar-warkan.  Dengan tawaran itu, maka ramailah orang yang berusaha mencari Nabi yang terdiri dari orang biasa, para penjejak jalan dan pahlawan-pahlawan Makkah.

Bertolak Dari Gua Thur ke Yathrib (Madinah)
Selepas 3 hari di gua Thur, `Abdullah bin Urayqit al-Laythi seorang penunjuk jalan yang mahir yang bukan beragama Islam, tetapi boleh dipercayai, telah menemui Nabi di Gua Thur dengan membawa bersamanya kenderaan untuk mereka berdua, sebagaimana dijanji sebelum itu.  Mereka bertolak pada bulan Rabi`ul Awwal tahun 14 kenabian.  Selain Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dan Abu Bakar, `Amir bin Fuhayrah dan `Abdullah bin Urayqit turut sama dalam perjalanan tersebut.  Sebelum bertolak, Asma’ bin Abu Bakar telah menemui mereka untuk memberikan bekalan bagi menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar itu.

Mereka berempat menggunakan jalan selatan ke arah Yaman, kemudian menuju ke arah barat iaitu pesisiran pantai.  Sampai di kawasan yang agak terpencil, mereka berdua menuju ke arah utara berhampiran Laut Merah menuju ke Yathrib dengan menggunakan jalan yang jarang digunakan orang.

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah memelihara sepanjang perjalanan kekasihNYA dan rombongannya itu.  Bukan itu sahaja, malah terdapat beberapa peristiwa menarik berlaku di mana beberapa individu dan kaum telah memeluk Islam apabila bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dalam perjalanan.

Singgah di Quba’ selama 4 Hari
Pada hari Isnin, 8 Rabi`ul Awwal tahun ke 14 kenabian, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dan rombongannya itu sampai di Quba’.

Di Quba’, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam singgah di rumah Kalthum bin al-Hadam.  Baginda menetap selama 4 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis di Quba’.  Di situ Baginda mengasaskan masjid dan bersolat di dalamnya.  Itulah masjid pertama yang diasaskan atas dasar taqwa selepas Baginda menjadi Nabi, iaitu Masjid Quba’.

Sampai di Yathrib (Madinah)
Pada hari Jumaat, 12 Rabi`ul Awwal tahun ke-14 kenabian, Baginda bertolak ke Madinah dengan rombongannya.  Apabila masuk waktu solat Jumaat, Baginda singgah untuk bersolat Jumaat di sebuah kawasan lembah di perkampungan Bani Salim bin Auf.  Seramai 100 orang lelaki menyertai mereka dalam solat tersebut.

Selepas selesai solat Jumaat, Nabi terus bergerak ke negeri Yathrib dan disambut dengan sangat meriah oleh penduduk di situ.  Walapun orang Ansar di Yathrib bukanlah orang yang mewah, tetapi masing-masing menawarkan diri supaya Nabi singgah dan menetap di rumah mereka lantaran besar hati ingin melayan insan yang mereka kasihi dan muliakan, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Sebenarnya sebelum hari yang dinanti-nanti itu, mereka beramai-ramai telah menunggu Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam setiap hari dan pulang semula apabila mendapati Baginda tidak sampai.  Walaupun penduduk Yathrib tidak mengenali wajah dan susuk Baginda, namun perasaan cinta dan rindu mereka sangat tinggi terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.

Rumah Abu Ayyub al-Ansari telah terpilih menjadi tempat menetap Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam di Yathrib apabila unta Baginda berhenti di kampung Bani al-Najjar iaitu kampung keluarga pihak bapa-bapa saudara sebelah ibu Baginda, di mana rumah Abu Ayyub merupakan rumah yang paling hampir tempat unta tersebut berhenti.  Tapak unta itu berhenti dijadikan tapak Masjid Nabawi.

Beberapa hari selepas itu, Sawdah iaitu isteri Baginda sampai bersama 2 puteri Baginda iaitu Fatimah dan Ummu Kalthum. Bersama mereka juga Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman. Mereka ini keluar dengan ditemani oleh `Abdullah bin Abu Bakar dan `A’ishah. Puteri Baginda yang bernama Zainab masih tinggal di Makkah bersama Abu al-`As kerana tidak mendapat peluang keluar dari Makkah sehinggalah setelah peperangan Badar.  Allahu A`lam.

Begitulah serba ringkas kisah hijrah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dari Makkah ke Yathrib.  Selepas peristiwa besar itu, Yathrib digelar sebagai Madinah ar-Rasul sallAllahu `alaihi wa sallam atau lebih dikenali dengan nama Madinah sahaja sehingga kini.  Peristiwa hijrah ini telah memulakan era baru dakwah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dengan peluang yang lebih besar dan cabaran yang lebih hebat.

Allahumma solli `ala Muhammad, wa `ala aali Muhammad.

Sekadar menyampaikan, 


* Diringkaskan dengan merujuk kitab terjemahan ar-Rahiq al-Makhtumyang diterbit oleh YADIM.

Tuan/puan boleh membaca juga ringkasan kisah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam di sini, in sha' ALLAH: 
  1. Ringkasan Kisah Muhammad SAW Sejak Kelahiran Hingga Dilantik Nabi
  2. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 1
  3. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 2
  4. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 3
  5. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 4
 Ketakutan Penguasa Arab Saudi Pada Setiap Musim Haji
Posted on Saturday, November 17 @ 13:25:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: lonewolf

"Setiap kali musim haji, kita dapat menyaksikan bagaimana kekhusyu'an para jamaah melakukan setiap rukun ibadah haji mereka. Para jamaah diingatkan agar senantiasa menjaga kesucian Ka'bah. Mereka akan merasa takjub setiap kali berhadapan dengan Ka'bah karena di situlah Islam diturunkan.

Namun, Islam yang diamalkan saat berhadapan dengan Ka'bah hanya dalam aspek ritual belaka. Padahal, Islam yang diturunkan oleh Allah Swt. bukan hanya sekedar ritual belaka melainkan juga aspek politik.

Di rumah Allah inilah tempat di mana Rasulullah Saw. dan para sahabat berjuang dan mempertahankan keimanan mereka. Banyak sekali tempat-tempat di sekitar Makkah yang menjadi bukti dan saksi perjuangan mereka. Jadi, tidak keterlalhuan bila tempat-tempat ini dikatakan mampu membangkitkan perasaan masa lalu, generasi awal kaum Muslimin yang menghadapi pertentangan yang hebat dari seluruh masyarakat jahiliyyah Makkah pada saat itu. Tidak ada sedikitpun di setiap sudut kota Makkah yang sunyi daripada penindasan dan penyiksaan kaum kafir Quraisy atas kaum Muslimin.

Di sana terdapat suatu tempat di mana sahabat Rasulullah saw, Bilal bin Rabbah, seorang keturunan Habsyah yang saat ini dikenal dengan Ethiopia, pernah disiksa oleh seorang pemuka Quraisy yang bernama Umayyah bin Khalaf. Tempat tersebut telah dilupakan sama sekali karena tidak dipelihara atau ditandai oleh penguasa Makkah. Diriwayatkan kawasan tersebut merupakan tempat diantaranya yang paling panas di kawasan Makkah. Sekiranya sekerat daging diletakkan di situ, niscaya ia akan matang. Apabila ada seseorang yang lewat di sekitar tempat tersebut, ia tidak dapat menyangkal akan merasakan bahangnya yang sangat panas sehingga ia meyadari bahwa itulah tempatnya, yaitu tempat di kala Bilal bin Rabba ra. masih tegar dengan keimanannya. Tetapi sangat disayangkan pada hari ini, kebanyakan orang yang lalu lalang tidak menyadari tentang sejarah lokasi tersebut.

Jika para jamaah haji ditunjukkan tempat-tempat bersejarah ini, tidakkah mereka akan menyaksikan dan merendahkan diri mengenang betapa beratnya perjuangan yang telah dilalui oleh generasi awal kaum Muslimin? Bukankah mereka akan memulai utuk mengkaji bentuk perjuangan ideologi yang telah berlaku? Tidakkah mereka akan berfikir bahwa aqidah yang mereka yakini ini merupakan satu bentuk pesan daripada Allah yang mesti terus disampaikan kepada umat manusia? Tidakkah mereka menyadari bahwa sejak awal, Islam telah dilihat sebagai ancaman bagi sistem yang ada dan bagi para penguasa yang zalim? Tidakkah ini semua akan menyadarkan para jamaah haji bahwa mereka juga sebenarnya adalah sebagian daripada hasil perjuangan tersebut kerika melakukan setiap rukun haji?

Para jemaah haji juga harus ditunjukkan tempat di mana Khabab bin al-Arat ra. ditimpa perisai besi yang panas ke atas dadanya yang tidak mengenakan baju supaya dia meninggalkan Islam dari dadanya. Bukankah ini akan menyadarkan seseorang untuk berfikir dan bertanya, mengapa terdapat penyiksaan yang sedemikian rupa dan mengapa terdapat rintangan yang hebat kepada risalah yang sempurna, bahkan terdapat fakta yang menunjukkan risalah ini terus menerus mencoba semua sistem palsu yang ada di dalam kehidupan ini? Tidakkah ini akan menyebabkan perasaan seseorang itu akan tertarik kepada pergolakkan pemikiran dan politik? Memang benar, jika dia ditunjukkan tempat di mana Rasulullah saw. dicela dan dihina oleh Abu Jahal dan di man surat Al-'alaq diturunkan, tempat di mana Allah Swt. akn memberikan kebenaran kepada Jibril untuk membunuh Abu Jahal dan tempat di mana Abu Jahal mencoba mencekik Rasulullah saw.

Jika mereka ditunjukkan tempat-tempat tersebut dengan semua kisah ini dijelaskan, niscaya bagi yang ikhlas, qalbu mereka akan dipenuhi dengan suatu perasaan yang dalam dan pemikiran mereka akan segera menyadari bahwa apa yang sebenarnya terjadi adalah merupakan perjuangan dakwah atas Rasulullah saw yang mulia yang kemudian menyebabkan tegaknya suatu ideologi yang menguasai dunia telah terjadi di situ dan para jamaah akan dapat menyadari bahwa mereka merupakan hasil daripada perjuangan tersebut. Jiwa mereka akan turut tertarik untuk bertanya di manakah ideologi yang agung hari ini? Ini akan menimbulkan semangat berjuta-juta jemaah untuk berhadapan dengan para penguasa yang ada saat ini.

Begitu juga, jika mereka ditunjukkan Darul Arqam, yaitu tempat di mana halqah-halqah (pembinaan tsaqafah) dijalankan pada malam hari, atau mereka ditunjukkan halaman-halaman rumah di mana Sayidina Abu Bakar ra. biasa membaca al-Quran dengan keras dan beliau menangis walaupun dia telah dijanjikan perlindungan oleh Allah Swt., atau tempat berhampiran dengan Makkah di mana Rasulullah Saw. telah dianiaya hingga menyebabkan darahnya mengalir sampai ke kaki dan selipar baginda menjadi merah hingga tidak dapat dibedakan diantara kaki Rasulullah dan selipar baginda. Juga tempat di mana baginda Rasulullah saw. hampir dibunuh sebelum baginda berhijrah ke Yatsrib, tempat yang mana menunjukkan keberanian Ali bin Abi Thalib yang sanggup menggantikan tempat Rasulullah Saw. yang menjadi sasaran pembunuhan. Inilah suasana perjuangan yang harus dibangun di kalangan para jamaah agar mereka dapat sadar dan bangkit. Perasaan suasana haji sangat signifikan untuk mencetuskan gelombang kebangkitan ini di kalangan jamaah haji dan seterusnya di kalangan kaum Muslim.

Niat Jahat Rezim Barat


Kesadaran dari realitas politik pada masa lalu sudah tentu dapat memberikan gambaran yang sangat kuat di dalam pikiran para jamaah haji dan mereka akan segera mengarahkan jari telunjuk ke arah semua pemerintahan dan penguasa yang ada saat ini karena kegagalan mereka membela ideologi yang agung ini. Mereka hanyalah boneka dan upaya menegakkan Islam tidak ditentukan oleh mereka walaupun mereka berusaha untuk menyuarakan perjuangan Islam.

Sesungguhnya kesadaran umat Islam hari ini dapat dilihat di mana-mana dan akan mengembalikan kehidupan Islam dengan kejayaan yang besar.

Ini menerangkan penyebab bagaimana Barat dan agen-agen mereka senantiasa menonjolkan aspek kerohanian atau ritual belaka. Sedangkan semua aspek politik (pengaturan urusan umat) dari sistem Islam telah ditanggalkan sama sekali. Salah satu contoh yang paling jelas ialah bagaiamana penguasa Arab Saudi melarang setiap perbincangan yang bersifat politik tentang kaum Muslim sedunia melainkan hanya perbincangan seputar ibadah haji masing-masing. Padahal hal tersebut telah menjadi kebiasaan sejak bertahun-tahun yang lalu.

Bahkan para penguasa tersebut telah memberi jaminan kepada Barat bahwa selepas serangan 11 September 2001, semua jamaah haji akan diawasi dan dikontrol, dan dilarang untuk meperbincangkan hal-hal yang bersifat politik. Sedikit demi sedikit, hal itu telah menghalangi kemunculan secara sembarang persoalan di dalam pikiran setiap jamaah tentang penyelewengan yang terjadi di seluruh dunia kaum Muslim oleh para penguasa pengkhianat, la'natullah 'alaih.

Pemeliharaan tempat-tempat yang disebutkan tadi sebenarnya berada di bawah tanggungjawab mereka yang mengaku menjadi penjaga dan pelindung kaum Muslim. Ini adalah karena tempat-tempat tersebut menjadi peringatan kepada kaum Muslim agar api Islam itu tetap menyala di dalam hati setiap kaum Muslim dan bahkan menjadi pencetus momentum kebangkitan Islam.

Penipuan Atas Kaum Muslim


Namun begitu, penguasa yang ada pada hari ini tidak lagi melindungi tempat-tempat tersebut. Bahkan mereka memusnahkan atau menutupi tempat-tempat tersebut dengan niat untuk mengkhianati kaum Muslim lalu memberi alasan bahwa menyimpan tempat-tempat tersebut akan menimbulkan syirik kepada Allah. Walhasil, merekalah ibu atas kemusyrikan yang terjadi di seluruh dunia kaum Muslim saat ini. Oleh karena itu, sejak awal mereka mendapat otoritas dari para kolonialis (Inggris dan Prancis), pertama kali mereka lakukan ialah dengan membina binaan-binaan nyata atas lokasi-lokasi bersejarah di sekitar ka'bah. Padahal masyarakat saat itu secara keseluruhannya tidak pernah melakukan amalan-amalan pemujaan-pemujaan di tempat tersebut dan hanya menziarahinya seperti halnya menziarahi kubur.

Jadi, perkara syirik yang dikatakan para penguasa ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh umat saat itu. Jika betul mereka memusnahkan tempat-tempat tersebut secara ikhlas tanpa niat yang tidak baik, bagaimana mungkin mereka berkehendak menerangkan pembangunan monumen-monumen peringatan berunsur ashabiyyah (nasionalisme arab) yang menggambarkan kisah perjuangan dan kebangkitan tentara Arab menentang Khilafah Islam? Pada saat yang sama mereka telah memusnahkan tapak Uhud yang disebut baqiyah (pusara Uhud) di mana Rasulullah saw biasanya akan singgah dan membacakan doa, dan juga menjadi peringatan akan perjuangan idelogis tentang peperangan Uhud. Mereka telah memusnahkan tempat tersebut dan kemudian malah mengurus pemeliharaan monumen peringatan Istana Saud.

Jika kita berjalan melalui Riyadh, kita akan melihat Istana Masmak--di mana di masa dahulu menjadi tempat para pejabat Inggris dalam menjalankan perencanaan jahat untuk meruntuhkan Daulah Khilafah Islam. Inggris kemudian berhasil memisahkan Arab Saudi dari Daulah Khilafah Islam dan selanjutnya dengan baik hati telah menghadiahkan tanah Hijaz kepada kesultanan Saudi karena telah memberikan dukungan kepada Inggris. Istana tersebut dilindungi dan dijaga untuk memelihara monumen-monumen sebagai peringatan perjuangan ashobiyyah dan sebagai simbol kebanggaan. Rumah Saud ini dilindungi termasuk juga lubang-lubang bekas tembakan tentara Khilafah Utsmani. Lubang-lubang yang terdapat di dinding rumah tersebut dikatakan sebagai kesan perjuangan membebaskan dari cengkraman Daulah Islam. Lubang-lubang inilah yang diliput secara luas untuk menimbulkan sentimen ashobiyyah Arab menentang apa yang dianggapnya sebagai penjajahan Daulah Islam Utsmaniyyah.

Keadaan ini jelas-jelas secara nyata telah merupakan kejahatan atas kaum Muslim. Di satu sisi, para penguasa ini telah menuduh tanda-tanda perjuangan umat Islam terdahulu membawa kemusyrikan dan pada sisi lain mereka membiarkan dan memelihara monumen yang melambangkan ashobiyyah yang merupakan salah satu bentuk faham jahiliyyah. Ini juga menunjukkan kepada kaum Muslim, kejahatan objektif politik mereka di belakang semua keputusan yang mereka buat. Mereka menghapuskan tapak peringatan perjuangan Rasulullah Saw bukanlah bersifat agama seperti yang mereka gembar-gemborkan melainkan semata-mata untuk menanggalkan aspek politik daripadanya.

Khatimah


Walaupun ibadah haji telah dilaksanakan selama bertahun-tahun oleh kaum Muslim, namun tidak ada sedikitpun bentuk perlawanan dalam bentuk gerakan yang besar dari jamaah haji yang hadir di Makkah. Aksi protes oleh sabagian kecil kaum Muslim saat mengerjakan haji tentu tidak berpengaruh sedikit pun malah dianggapanya sebagai pengacau oleh pihak keamanan Makkah. Seharusnya kebangkitan ini harus terjadi di seluruh tingkat agar dapat menunjukkan ke sesuatu hal yang harus dipandang serius oleh kaum Muslim di seluruh dunia.

Bila sepanjang sejarah zaman pemerintahan Islam, musim haji merupakan tempat berkumpulnya umat Islam bersama Khilafah untuk duduk bersama dan membicangkan perkara berkaitan dengan kepentingan kaum Muslim, tetapi pada masa ini, pertemuan haji bukan saja hanya memperlihatkan aspek ritual di kalangan jamaah belaka, namun juga menunjukkan dengan jelas sentime ashobiyyah di kalangan jamaah.

Insya Allah, suatu saat nanti Khilafah akan mengembalikan ingatan kita kepada perjuangan Rasulullah Saw di Makkah dan jamaah haji akan berkumpul di Makkah bersama amirul mukminin mereka, Khalifah Rasyidin. Amin. "


Perkembangan global sinari PAS, Pakatan
Posted on Saturday, November 17 @ 13:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh LanH

KETIKA menjadi editor luar negara sebuah akhbar harian nasional pada tahun-tahun 1990-an dulu, antara perkembangan global yang mendebarkan saya dan petugas berita luar negara lain adalah kejatuhan Soviet_Union dan kejayaan Barisan Penyelamat Islam (FIS) dalam pilihan raya yang meletakkannya hampir menerajui kerajaan Algeria. Peristiwa terlerainya Soviet_Union yang membawa kepada kemerdekaan 15 republik termasuk Rusia sudah banyak diulas tetapi tidak demikian halnya dengan kejayaan FIS.

FIS pimpinan Abbasi Madani dan Ali Benhaj adalah parti Islam pertama di dunia memenangi sesebuah pilihan raya. Bagaimanapun kemenangan itu tidak dapat diterima, pihak tentera dengan segera mengambil alih kuasa. Akhirnya kedua-dua tokoh FIS itu merengkok dalam penjara. Negara dan kuasa Barat bersorak gembira, tidak ada langsung pihak yang mencela rampasan kuasa tentera. Pendeknya Barat tidak dapat menerima pihak Islamis memerintah hatta negara umat Islam sendiri.

Namun perkembangan global sekarang seperti kejayaan kumpulan Islamis di Tunisia dan Mesir menubuhkan kerajaan dengan tidak disanggah kuasa dan negara Barat, menunjukkan sudah berlaku perubahan drastik dalam percaturan politik dunia. Demikian juga perubahan ke arah pemerintahan lebih Islamik berlaku di negara seperti Turki, Bosnia malah wilayah autonomi seperti Aceh tidak pula tidak digugat oleh kuasa Barat. Apakah ini petanda bahawa pihak Islamis berpotensi untuk berperanan lebih kuat di negara-negara umat Islam termasuk Malaysia?

Bagi kita di Malaysia, perkembangan global ini memberi sinar harapan kepada PAS dan rakannya dalam Pakatan untuk mencorak perubahan ke arah politik lebih matang yang dapat diterima di peringkat antarabangsa. Jika dunia dapat menerima perubahan politik di negara Arab/Islam seperti Mesir dan Tunisia, diharapkan perubahan di Malaysia juga dapat diterima dengan tangan terbuka. Dihujahkan bahawa jika dunia dapat menerima perubahan ini (termasuklah penyingkiran pemimpin diktator mengaku pejuang demokrasi) seperti Hosni Mubarak dan Zine el-Abidin ben Ali, apakah masyarakat Malaysia mahu terus kekal dengan slogan tuanya - dulu, kini dan selamanya.

Jika dulu kemenangan Islamis atau golongan didakwa fundamentalis ini amat ditakuti dunia Barat, tetapi kini pandangan serong ini mulai reda. Seorang penganalisis kanan Amerika Syarikat, Ian Lesser tidak lama dulu, membentangkan bahawa kebangkitan kumpulan fundamentalis Islam di Afrika Utara dan Timur Tengah mendatangkan ancaman keselamatan baru kepada dunia Barat selepas berakhirnya Perang Dingin. Lesser, seorang penganalisis dasar kanan untuk Rand Corporation, mendakwa kawasan bergolak dan mungkin dilanda kekacauan merentangi Afrika Utara melalui Aegean, Turki, Balkan, Caucasus dan Asia Tengah.

Namun kini pandangan tokoh seperti Lesser adalah sesuatu yang terpencil, apatah lagi Barack Obama yang memenangi pilihan raya Presiden Amerika buat sepenggal lagi menjanjikan dunia yang lebih aman. 'Ketidak-ghairahan' Barat untuk 'berperang secara terbuka' dengan golongan Islamis menimbulkan pertanyaan; mungkinkah ada perkembangan yang menjanjikan perkembangan positif dunia Barat dan Islam?

Memang benar, kuasa Barat dengan kehebatan armada perang berteknologi tingginya dapat menduduki dengan mudah negara umat Islam seperti Iraq dan Afghanistan tetapi sepanjang sejarah Islam, pihak yang mendominasi akhirnya akur kepada kehebatan agama penduduk rantau yang dikuasai. Misalnya, orang Mongol yang terkenal zalim dan kejam selepas memusnahkan Baghdad (empayar Abbasiyah) pada tahun 1258, melahirkan keturunan pemeluk Islam hebat yang telah membina beberapa kerajaan gagah di Asia Tengah. Pemerintah empayar Moghul di India yang masyhur itu juga berketurunkan orang Mongol yang zalim itu.

Bagi kita Barat dengan segala helahnya untuk menguasai dunia secara mutlak selepas hancurnya blok komunis pada 1990-an dulu, terus gagal sekalipun kerap memangsakan negara dan umat Islam dalam satu percaturan dinamakan Barat lawan Islam, dengan kemuncaknya pemburuan terhadap apa dituduh sebagai pengganas Islam selepas runtuhnya bangunan Pusat Dagangan Dunia dalam satu serangan pada September 2001.

Hari ini satu demi satu kepincangan dunia Barat yang terselindung di sebalik kecanggihan teknologi dan apa didakwanya kemodenan hidup; terserlah satu demi satu. Barat kini dihuni manusia berpenyakit lemah jiwa, dibelenggu keruntuhan akhlak dan rapuhnya nilai-nilai rohaniah yang menyebabkan ia lemas di tengah-tengah pertarungan agama dan ideologi. Mungkinkah kebangkitan Islam membingungkan masyarakat dan negara Barat?

Semakin ditekan, Islam bukan saja bersemarak di negara umat Islam seperti Mesir tetapi juga di negara Barat sendiri. Kini Islam muncul sebagai agama paling pantas berkembang di Amerika Syarikat dan sejumlah besar negara di Eropah. Ramai individu Barat yang 'menjelajah' negara Timur seperti wartawan Yvonne Ridley dan aktivis Laura Booth (adik ipar bekas PM Britain, Tony Blair) akhirnya memeluk Islam walaupun mereka membenci orang Islam pada mulanya.

Semua ini menunjukkan Islam berpotensi didaulatkan termasuk di negara kita. Insya-Allah Islam akan menyelamatkan umat manusia, tidak kira di Barat atau Timur! Ya, ini satu perkembangan menarik menunjukkan PAS berpotensi menang dalam pilihan raya umum nanti!

.......
http://lanh14.blogspot.com/

Note: CATATAN : ARTIKEL DI BAIKI SEMULA ADA KESILAPAN TEKNIKAL.


 Jet F16 Israel ditembak jatuh pejuang Hamas
Posted on Saturday, November 17 @ 11:49:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat Palestin untuk menewaskan tentera rejim zionis yang zalim. SETELAH UAV, KINI F-16 ISRAEL DITEMBAK JATUH PEJUANG HAMAS



GAZA-( MilNas ) : Militer Israel mengkonfirmasikan lenyapnya sebuah pesawat F-16 bersama dua pilotnya di atas langit Gaza. Demikian dilaporkan FNA (16/11) mengutip televisi al-Manar Lebanon.
Sebelumnya, Brigade Izzuddin Qassam menyatakan, jet-jet tempur Israel terbang di pusat Jalur Gaza, menghalangi para pejuang Palestina mendekati lokasi jatuhnya pesawat Israel.
Al-Jazeera melaporkan, pesawat itu jatuh akibat tembakan roket dari darat ke udara milik Brigade Izzudin Qassam, sayap militer Hamas.
Muqawama Palestina juga berhasil menembak jatuh sebuah pesawat tanpa awak Israel di Jalur Gaza.
DUA PULUH RIBU RELAWAN BASIJ IRAN SIAP DIKIRIM KE GAZA
Pasukan relawan Basij Iran menggelar manuver bersandi "Muharram".
FNA (16/11) melaporkan, pasukan relawan Basij Isfahan yang jumlahnya mencapai 20 ribu orang itu menyatakan siap untuk dikirim ke Jalur Gaza guna menghadapi agresi rezim Zionis Israel.
Dalam manuver tersebut, para peserta mendapat pelatihan singkat terkait taktik militer.

  Betoi ka Emir Qatar tolong Israel...
Posted on Saturday, November 17 @ 11:48:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: paklongdin

"
Salam semua...

Mak Long hang pesan, nak baca tu boleh... moga kita lebih waspada ngan kehidupan. Tapi, percaya jangan, pasai mai dari sumber yang tak ketahuan... Tak baik tuduh orang tanpa bukti.
Sekali lagi rakyat Islam Palestin dizalimi dan dibuli... Kali ni lebih canggih, bila ketua sayap tentera Hamas, Ahmed Al-Jabari dibunuh. Israel berjaya sekurang-kurangnya buatkan dunia kagum kat teknologi dia. Tentera udara dia boleh bunuh sasaran tepat macam yang depa mau...

Tapi ada cerita dari sumber-sumber yang depa ni percayai kata, Emir Qatar yang tolong Israel tuk kesan sasaran pilihan. Haram sungguh kalau betoi perangai dia camnih...

Emir Qatar Syeikh Hamad ngan first lady dia besa pi ke Gaza dulu, kenalpasti taget dan lokasi pejabat tinggi Hamas. Caranya mudah, Presiden ameno Qatar neh telah hadiahkan banyak jam dan pen kat para staf tertinggi Hamas yang boleh dikesan melalui satelit Israel...

Dan Ahmad al-Jabari ni adalah salah sorang penerima hadiah tuh... Tak mustahil kan, pembunuhan ini dibantu oleh jam atau pen tersebut? Wallahuaklam...

Kalau betoi neh, kesian la kat umat Palestin kan... kena tikam belakang oleh ameno Qatar. Setakat la ni Pak Long dengaq angka korban dibumi Gaza semakin meningkat, keangkuhan si gagah Yahudi membuli si lemah Palestin semakin rakus malah dibantu rapat oleh Presiden ameno Amerika.

Tapi ni la dunia. Dalam masa penduduk Palestin yang gundah tertekan, kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa kekejaman Israel nih, ada jugak lagi segelintir manusia yang kononnya mengaku dan memperjuangkan Islam tapi tidak langsung merasa berdosa berselingkuh dengan ejen ejen Yahudi neh...

Wassalam...
 
  Antara Anwar dan Hadi siapakah yang lebih layak jadi PM
Posted on Saturday, November 17 @ 11:46:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Pakatan Rakyat sepakat mengumumkan untuk melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13nanti. Perkara itu diisytiharkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Jika benar begitu, suatu yang sangat wajar, kerana Datuk Seri Abdul Hadi AwangPAS lebih layak berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri.

Anwar Ibrahim walaupun  ada pengalaman pernah menjadi menteri belia, menteri pelajaran, menteri kewangan dan timbalan perdana menteri berbanding Abdul Hadi Awang yang hanya pernah menjadi menteri besar Terengganu punya “akhlak” yang lebih baik.
Pengalaman bukan segala galanya, tetapi untuk menjadi seorang perdana menteri akhlak pasti diutamakan sebagai syarat perdana menteri mesti seorang yang “amanah” untuk mengendalikan sebuah kerajaan yang adil.
 Perisytiharan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh yang dibuat secara terbuka itu jelas cuba menketepikan seorang tokoh yang berakhlak tinggi  untuk mengendalikan kerajaan berkebajikan sepertimana tajuk ucapan dasar muktamar PAS ke 58.
Kedua dua orang tokoh dalam pakatan rakyat ada persamaan antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar yang dianggap layak untuk dilantik sebagai “khalifah” kedua selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Ada yang mengatakan Saidina Umar layak berbanding dengan Saidina Abu Bakar RA. Akan tetapi ada yang mengatakan Saidina Abu bakar lebih layak berbanding Saidina Umar RA.
Masing masing menolak untuk dilantik sebagai khalifah. Saudin Abu Umar kata Abu bakar lebih layak. Manakala Saidina Abu Bakar kata Saidina Umar lebih layak sebagai khalifah atas sebab ketika nabi sakit Abu Bakar disuruh jadi imam.
Saya tidak tahu apa yang berlaku apabila pakatan rakyat menang PRU 13 nanti sama ada soseh soseh antara Anwar dan Abdul  Hadi ada persamaan sepertimana yang berlaku pada dua orang sahabat Nabi Muhammad SAW selepas dilantik menjadi khalifah Abu Bakar berkata “aku bukan orang yang lebih baik dikalangan kamu”
Mengikut “Demokrasi” yang menggunakan kuasa majoriti Anwarlah yang akan dilantik sebagai perdana menteri, manakala timbalannya tidak lain dan tidak bukan Lim Kit Siang. Abdul Hadi Awang ditahap nombor tiga yang jelas dan nyata bercanggah dengan “tahlul siasi” yang mana PAS mesti jadi "KETUA" dalam pakatan tersebut.

 Penafsiran ayat paksaan dan kesilapan Wan Ji kali ke 2
Posted on Saturday, November 17 @ 11:42:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: attakiri

"Oleh : Panglima Garang

Ayat surah al-Baqarah, ayat 256 yang bermaksud “Tiada Paksaan dalam Agama” semakin banyak dikupas oleh ahli politik, tokoh agama dan masyarakat umum gara-gara mainan arus perdana dalam media cetak dan digital. Perkembangan perbincangan ilmu ini dikira cukup baik bagi perkembangan Islam secara umumnya dan perkembangan ilmu secara khususnya. Namun, disebalik perkembangan baik ini, Wan JI bin Wan Hussin (Wanji) pula cuba menagguk di air yang keruh. Wanji mengambil kesempatan mengemukakan idea-idea yang pelek dan tersasar dari pandangan jumhur ulama. Penulis menemui tiga kedangkalan tafsiran Wanji terhadap ayat ini.

MENAFIKAN TAFSIRAN AYAT INI DITUJUKAN KEPADA NON-MUSLIM

Menurut Wanji, penafsiran ayat ini jikalau ditujukan hanya kepada non-Muslim, penafsiran ini tidaklah betul. Perhatikan coretan Wanji dalam FBnya bertarikh 12/11/12, jam 2:53pm:

Dakwaan ayat 'tiada paksaan dalam agama' ditujukan kpd non muslim sahaja adalah TIDAK BETUL.
ayat itu sifatnya khabariah bukan insya'iyyah.. Dr Mahfuz johor kena baca dau' munir ala tafasir krgn ibn qayyim, juga kupasan Syaikh muhammad al-Ghazali dan Dr Ahmad al-Raisuni.
Perbahasan murtad, bukan pada ayat ini, tp pada ayat yang lain..

    Coretan Wanji ini menjelaskan bahawa ayat ini adalah khabariah bukan insya’iyyah. Maksud insya’iyyah adalah ayat yang mengandungi arahan samada suruhan atau tegahan. Manakala ayat khabariyyah tidak mempunyai arahan. Justeru, khabariyyah adalah ayat yang tidak mempunyai arahan (Hilal 2003: 28, 137, Mustafa  2000: 90, 193).

    Jikalau demikianlah maksud Wanji, ayat ini tidak mempunyai arahan. Lalu Wanji menolak ayat ini bermaksud “janganlah kamu paksa orang masuk dalam agama”. Malah, Wanji menafsirkan ayat ini adalah penjelasan yang mempunyai sifat kebenaran dalam Islam iaitu “tiada paksaan dalam agama”. Wanji bersandarkan tafsiran ini kepada Ibn Qayyim dalam tafsirnya Da’ al-Munir. Namun, apabila penulis membuka kitab tafsir tersebut. Penulis terkejut, kalam Ibn Qayyim (al-Jawziyyah T.th.: 439) secara terang-terang menyebut bahawa:
والصحيح: أن الآية على عمومها فى حق كل كافر
Maksudnya: Dan sahih adalah bahawa ayat ini (menunjukkan) secara umumnya pada hak setiap kafir.

Malah penulis juga terkejut dalam karya yang sama (al-Jawziyyah T.th.: 438) menyebut ayat ini mempunyai makna in’syai:
وهذا نفي فى معنى النهي، أي: لا تكرهوا أحدًا على الدين
Maksudnya: (Ayat) ini adalah nafi yang memberi makna tegahan, iaitu jangan kamu paksa seseorangpun ke arah agama.

    Jelas sekali pandangan tafsir Da’ al-Bayan karya Ibn Qayyim terhadap ayat surah al-Baqarah ini adalah ditujukan kepada non-Muslim dan ayat ini adalah khabariy yang mempunyai makna ‘insya’iy. Jikalau Wanji masih lagi buta memahami karya Ibn Qayyim ini, sila rujuk karya tafsir Ibn Qayyim yang lain iaitu Bada’i’ al-Tafsir (al-Jawziyyah 2005:191) yang menyebut dengan perkataan yang sama tanpa perubahan.

    Saya sungguh kecewa dengan pembohongan Wanji terhadap tafsiran Ibn Qayyim. Tambahan pula, jikalau diteliti nukilan Wanji terhadap kupasan Dr Ahmad al-Raisuni bukanlah tafsiran terhadap ayat al-Quran ini, bahkan hanyalah pandangan peribadi dengan dalil aqal tanpa naqli sedikitpun. Begitu juga Wanji menyandarkan kepada Sheikh Muhammad al-Ghazali tanpa menukilpun pandangan ulama yang disegani ini.

    Pembohongan Wanji turut disulami cubaan mengelirukan orang ramai dengan mencoret pada masa 4.20 a.m bertarikh 12/11/12:

ada juga ayat al-Quran dikhususkan untuk non Muslim jer... eh, dorang nak pakai kitab dorang.. apasal pula dorang kena ikut Quran pula?

    Namun, pandangan Wanji telah ditolak oleh rakan FBnya iaitu Ahmad Izzat yang menyatakan, “khitab Allah waktu tu untuk orang kafir. Al-Quran untuk seluruh alam. Kalau untuk muslim sahaja, kenapa ada ayat2 dalam Quran yang refer to kafir?”. Ahmad Izzat merujuk kepada beberapa kalimat al-Quran yang menyebut “Wahai orang kafir”. Tetapi seperti biasa kedapatan dalam FBnya, banyak persoalan yang hanya didiam sahaja jika tidak mampu dijawab.

KEDANGKALAN MENILAI ASBAB AL-NUZUL

Wanji merupakan seorang yang dangkal usul tafsir. Wanji lupa mengenai method mufassirin adalah mengutamakan penafsiran ma’thur berbanding ma’qul. Ma’thur adalah terdiri daripada hadis nabawi, athar sahabat dan tabi’in serta asbab al-Nuzul.

    Kedangkalan Wanji jelas kelihatan apabil Syah Hafiq menjelaskan ceramah terkini Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin di Dewan Ibn Qayyim yang menyatakan , “tidak ada makna lain ayat tersebut kecuali apa yg disebut dalam kitab muktabar, bahawa ia merujuk kes bukan Islam dipaksa menjadi Muslim”.

Wanji membangkang padangan MAZA dengan dua jawapan iaitu:

Jawapan pertama: Menurut Wanji:
“Kaedah usul fiqh, semua ayat bersifat umum, kecuali ada nas yg saheh dan sareh menkhususkan ayat. Ok, apa nas yag saheh dan sareh, mentakhsiskan ayat ini untuk non muslim sahaja. Silakan dtgkan bukti”.

Jawapan kedua: Menurut Wanji lagi:
“Itu asbab nuzul. Maza bawa dua je, dlm perbentangan ana ttg ayat ni, ana dtgkan empat asbab nuzul. Hadis itu, sifatnya ahad. Dan ia tidak sareh, mentakhsiskan untuk non muslim sahaja”.

    Secara jelas, Wanji mempertikaikan Asbab al-Nuzul yang ada pada ayat surah al-Baqarah tersebut. Benarkah Asbab al-Nuzul ini tidak kuat? Penulis menemui jawapan yang patut Wanji memikirkan semula pandangannya.

    Sandaran Asbab Nuzul surah al-Baqarah ayat 256 adalah hadis dari Ibn ‘Abbas berkata: Diturunkan (ayat) ini kepada golongan al-Ansar. (Di mana) seorang perempuan yang tiada anak, menjadikan (sumpah) atas dirinya jikalau seorang anaknya hidup, dia akan menyahudikannya. Apabila Bani Nadir telah dikalahkan, jadilah pada mereka (anak-anak diserahkan) kepada kebanyakan anak-anak al-Ansar. Lalu mereka (Bani Nadir) berkata: Kami tidak meninggalkan anak-anak kami. Lalu Allah Ta’ala menurunkan “Tiada paksaan dalam agama”.

    Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dalam sunanya dalam kitab al-Jihad, bab fi al-‘Asir Yukrah ‘ala al-‘Islam bernombor 2307. Hadis ini ditashihkan Ibn Hibban kitab al-Iman, bab al-Taklif, hadis bernombor 140. Menurut al-Baniy dan Shu’aib al-Arnu’ut dalam sahih Ibn Daud, hadis ini adalah sahih  dan mengatakan, “Sanadnya sahih atas syarat keduanya (al-Bukhari dan Muslim‫(‬“.

    Ternyata hadis ini benar-benar sahih dan sungguh kukuh. Mengapakah Wanji masih hendak menentang hadis tersebut? Kelihatan Wanji menentang Asbab Nuzul dengan mengemukakan dua dolak dalihnya iaitu:

Dolak dalih pertama: Atas nama Usul Fiqh.

Wanji menyebut dalam FBnya pada tarikh 12/11/12, waktu 2:43am:
“Kalau belajar usul, ada pendpt mazhab menyatakan takhsiskan umum quran dgn hadis ahad pun dah ditolak. Ini berlaku dlm mazhab hanafi.Kalau hadis ahad pun, tidak boleh takhsiskan umum quran, inikan pula nak sandarkan kpd asbab nuzul. Guna disiplin fiqh la oi, bukan literal dgn sebuah kitab jer..”

    Kalam Wanji ini tanpa melihat perbincangan secara detail Imam Abu Hanifah dalam usul Fiqh. Walaupun Abu Hanifah tidak membenarkan takhsis al-Quran dengan hadis Ahad, Abu Hanifah mengambil pendekatan hadis boleh menasakhkan hukum al-Quran (al-Baydhawi 1996: 323) tanpa menasakhkan ayat. Dengan perkataan lain, jikalau disebut dalam al-Quran, “Tiada paksaan dalam agama”, hadis “sesiapa yg menukarkan agamanya hendaklah dibunuh” yang merupakan hadis ahad menasakhkan sebahagian hukum tiada paksaan dalam agama tersebut. Ini bermakna Muslim yang keluar agama wajib dibunuh, tidak terhadap non-Muslim kerana tiada paksaan baginya.

    Perlu diberi perhatian bahawa pendapat mazhab Jumhur pula membenarkan hadis ahad mentakhsiskan ayat Quran yang umum (al-Baydhawi 1996: 324). Justeru itu, hadis hendaklah dibunuh orang yang murtad boleh mentakhsiskan ayat tiada paksaan dalam agama. Maka “seorang Muslim itu terkecuali daripada tiada paksaan dalam agama”.

    Untuk memudahkan kefahaman Wanji, kesemua ulama mazhab empat iaitu Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah bersepakat bahawa jikalau telah thabit seseorang itu murtad dari agama Islam, wajiblah membunuhnya dan menumpahkan darahnya (al-Jaziriy 2004.: 327). Sudah jelas walaupun ilmu usulnya berlainan, natijah pandangan ulama Muktabar tidak bercanggah pada memahami ayat ini.

Dolak dalih kedua: Atas nama ‘ilmu tafsir

Wanji menambah kedangkalannya dalam ilmu tafsir. Wanji menyebut:
ÇáÚÈÑÉ ÈÚãæã ÇááÝÙ áÇ ÈÎÕæÕ ÇáÓÈÈ
kalau nak ikut asbab nuzul ayat sahaja, ia akan jadi jumud dlm
tafsiran ayat. Nak kupas tafsir pun, biar ada disiplin, bukan pakai rembat jer..
Kena fhm, kerangka ayat, klasifikasi ayat dll..

    Sudah tentu kedangkalan Wanji lebih terserlah dengan ungkapan dan coretan sebegini.  Wanji langsung tidak memandang hadis sebagai sumber utama menafsirkan al-Quran. Malah, Wanji juga lupa klasifikasi ulama Mufassirin kepada dua penafsiran iaitu tafsir bil Ma’thur dan tafsir bil Ma’qul. Tafsir bil Ma’thur mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam penafsiran al-Quran (al-Zhahabiy 2000: 112). Sepatutnya Asbab al-Nuzul yang terbukti sahih dijadikan panduan. Malah, jikalau tafsir Ma’qul bercanggah dengan Ma’thur, penafsiran akal wajib meraikan Ma’thur. Justeru, timbulah dua method penafsiran al-Quran yang diterima pakai iaitu method tafsir bil Ma’thur dan gabungan tafsir Ma’thur dan Ma’qul. Bukan hanya Ma’qul semata-mata.

    Saya menyeru Wanji kembali ke pangkal jalan. Meniti kembali jalan Islam yang mengutamakan al-Quran dan al-Sunnah yang dijaga rapi dengan setiap sisi keilmuan Islam. Bukan berdolak dalih dan memberikan tafsiran songsang. Cukuplah coretan Wanji yang menyimpang dengan mengatakan, “ayat 256 dari surah al-Baqarah itu, secara dilalah ima' (إيماء), ia menceritakan tentang kualiti iman bagi muslim; sama ada muslim yg sedia ada atau non muslim yg nak masuk Islam”. Pendalilan seperti ini memang merupakan tafsir ‘isyariy yang banyak digunakan oleh golongan Sufi. Namun, tafsir ini tertolak jikalau bercanggah dari makna ayat yang asal. Kembalilah rujuk Sunnah nabawiyyah yang dipegang rapi oleh Salafussoleh dari para ulama yang muktabar tanpa sesat dan tanpa menyesatkan.


Rujukan:

al-Baniy, Nasaruddin. 1993. Sahih Ibn Hibban. Bayrut: Mu'assasah al-Risalah

al-Baydhawi, Muhammad Bin Umar. 1996. Minhaj al-Wusul fi 'ilm al-'Usul. Dlm. al-Tahqiq al-Ma'mul li Minhaj al-Usul 'ala al-Minhaj. Tanta: al-Turkiy.

Hilal. H. 2003. Mu’jam Mustalah al-Usul. Bayrut: Dar al-Jayl.

al-Jaziriy, Abdul Rahman. 2004. al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah. Kaherah: Dar al-Hadith.

al-Jawziyyah, Ibn Qayyim. T.th. Dau’ al-Munir 'ala al-Tafsir. Riyadh: Maktabah Dar al-Salam.

al-Jawziyyah, Ibn Qayyim. 2005. Bada'i' al-Tafsir.  Riyadh: Dar Ibn al-Jawziy.

Mustafa Q.A. 2000. Mu’jam Mustalahat 'Usul al-Fiqh. Bayrut: Dar al-Fikr al-Mu'asir.

Al-Zhahabi, Muhammad Hussin. 2000. Kaherah: Maktabah Wahbah."

 Ketua Pemuda PAS (Pusat) Perlu di Ganti Baru.
Posted on Saturday, November 17 @ 11:34:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"Selamat bermuktamar kepada semua saf kepimpinan Pas termasuk pemuda . Kami berterimakaseh perwakilan pemuda PAS dari Johor menegur dan memberi kritikan yang baik kepada ketuannya sendiri.

Bersetuju dengan hujah dan kritikannya diatas ucapan pemuda PAS Pusat dalam ucapan utamanya dewan pemuda Pas. Nampak jelas ketua Pemuda PAS Pusat perlu ada stamina yang baru dan buah fikir yang kehadapan dalam menjana dewan pemuda PAS Pusat.
Sampai masanya ketua dewan pemuda PAS Pusat dan negeri amnya membuat satu kerjarumah yang lebih kerap dalam berhujah dan membuat satu satu kenyataan termasuk ucapan dasar pemuda.
Setelah didengar ucapan dasar ketua pemuda PAS Pusat, kami rasa Ketuanya berada di dua persimpangan. Isi dan matalamat serta visi ucapan beliau cukup ambar dan tiada misi dalam ucapannya.
Jawantan kuasa pemuda PAS Pusat kebanykan mempunyai latarbelakang akademik yang tinggi dan golongan profesional. Mungkin tidak ada kesempatan dalam meneliti isi dan kandungan ucapan dasar ketua pemuda.
Sampai waktunya ketua pemuda PAS Pusat diganti wajah baru pada pemilihan tahun hadapan. Namun ketua pemuda dan saf pemuda PAS perlu kehadapan dalam proses menawan Putrajya dan mempertahankan negeri negeri dipayung Pakatan Rakyat.
Walauapa punucapan terimakseh kepada dewan pemuda PAS dan dewan Ulama menegur sikap Harakah cetak dan harakah daily dalam menyalur berita parti dan pakatan rakyat.
Penyakit serta virus yang ada pada harakah dan harakah daily sebagai lidah rasmi PAS sampai ketahad barah yang sukar diubati hanya tunggu saat kematian. 

 Aksi Datin Rosmah menari Bollywood
Posted on Saturday, November 17 @ 11:29:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DukunPasir

"

Sebagai Isteri Pemimpin utama negara, apa saja yang dilakukan pasti mendapat perhatian samaada  BAIK DAN BURUK, KUTUK  dan PUJI .... terutama dalam berpolitik.

Kita yang dibawah cuma layak MELIHAT KEMUDIAN  MENILAI DAN AKHIRNYA BERFIKIR ...






 


Tiada ulasan: