Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad
Kumpulan
penyokong Pakatan Rakyat giat mengongsi satu laporan memetik kenyataan
bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa membenarkan orang
Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu mahu berbuat
demikian.Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.
Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.
Laporan media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi.
Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."
"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?
"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam.
"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).
"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.
Fairuz Abdullah · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia · 1,924 subscribers
Pak Lah Bukan pembankang kan ...? so...
Airis Walid · Pengulas Tertinggi · Engineer di Infineon Technologies
haaaaaaa kan dah kantoi...ISLAM HADHARI...mari2
Mohd Zahri Bakar Klonghoy · Pengulas Tertinggi · Kutip biji sawit di LKY Plantations Sdn Bhd
Ada siapa mau komen Pak Lah?? Mana Hishamuddin, mana Zul Nordin, mana lagi balaci-balaci?
David Anthony · Langgani · Pengulas Tertinggi
Hahahahahaa.... BN meludah kat langit kena muka sendiri.
Mana Pakaso? Ma"shit"ah? Jati dan Jakun?
Baik korang dengar apa Ustaz Nel Hans cakap.
Abdullah Badawi nie Islam kan? Kenapa takder orang nak kritik/serang dia?
Jangan Islam di Mykad sahaja.
Zack Snoopies · Pengulas Tertinggi
ini bkn fitnah tapi kenyataan.. baca ni...aku blh cari lg... http://www.channelnewsasia.com/ stories/southeastasia/view/ 287174/1/.html
Mansor Otman · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
phheeeewwwwwwwiiiitttt!!!!!! kelas ko dolah...lagi ganas...tapi senyap sunyi je...si katak pasir mas tak nak komen???? ahsan kayu jati tak nak komen??? ulama umno tak nak komen????
Annuar Ismail · Pengulas Tertinggi · Bekerja di FBI – Federal Bureau of Investigation
Inikan imam hadhari
Diplomatik Bebas · Langgani · Pengulas Tertinggi · 195 subscribers
Kita kena kembali kepada Sistem Islam.
Apa hukum murtad kalau sengaja?
Hukumnya ialah bunuh. Apa lawyer cakap lain? Itu lawyer. Lawyer tu pun Allah yang jadikan.
Rujukkan:
http://soaljawab.wordpress.com/ 2007/05/18/ sekilas-berkenaan-hukum-mur tad/
KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!
Hisham Abd Rahman · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuli di Home Ministry
Ni dia statement dari Imam Hadhari,,, seorang PM yang dianggap alim, mr clean, berpengetahuan agama,, kata2 dia ini aku tengok macam dah setaraf dengan Imam MCA @ pelakon blue Chua Sex Lex?? Benarkan org Islam untuk murtad,,, Statement tu sama ke mcm dgn statement Nurul Izah?
Uncle'mus Bah · Pengulas Tertinggi
mintak Uztazah MAsitah & Menteri2 yg tetiba jadi Uztaz ...sila beri pandangan berbeza...selamat beramal........
Niru Ssb · Langgani · Pengulas Tertinggi · Smk balai ringin serian sarawak
Apa reaksi kj dgn kenyataan pak mertua, nak buat demo untuk menentang siapa........TELAN MATI UMNO, LUAH MATI EGO DAN BONGKAK......Balas · Suka · Ikuti Kiriman · 6 minit yang lalu
senarai kes murtad di Malaysia
-------------------------------------------------------------------------------------------------- -
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
------------------------------------------------------------------------------------------------
sukar rasanya menulis tentang agama.
takut nanti tersalah tafsir dan kiblat pemikiran dan pemahaman pembaca,
jadi aku sekadar berkongsi petikan-petikan,
yang amat berguna untuk difikirkan sejenak,
dan ditimbangkan oleh akal dan akidah.
petikan dari blog Srikandi Cinta,
yang berjudul "Isu murtad semakin membarah"
Kes 1,
"..Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak .
Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ...
Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk p ermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .."
kes 2,
"..Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.."
kes 3,
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Tun Salleh Abas
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.'
Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
*itulah petikan yang dapat saya kongsikan dengan kalian, kisah yang berlaku dalam tanah air kita sendiri, saudara sesama bangsa dan segama kita sendiri. Mengapa agaknya perkara ini boleh berlaku? isu murtad semakin hari semakin merebak, seolah-olah dijana sesuatu yang berkuasa. Itulah perlunya kita sesama agama berpakat, demi menjaga kesucian agama Islam. Biar kita berlainan fahaman dalam politik, tak sehaluan dalam pemikiran, berbeza segenap bidang dan pandangan , tetapi sejiwalah dalam isu akidah dan agama. Usah biarkan anda diselubungi kabus musuh-musuh Islam. Jangan biarkan anda di jadikan boneka oleh musuh Islam, Kita Islam, Kuat! sudah tertunjuk oleh legasi kepimpinan Salahudin Ayubi. Bersatu lah kita wahai muslim, usah biarkan kita terkapai-kapai mencapai songkok untuk berdoa tatkala nyawa dihujung tanduk, berjuanglah kalian demi Allah, atas nama Allah yang Maha besar dan maha mulia!! Bangkitlah wahai muslim! bangkit!!"MURTAD SAUDARA BARU"
" Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada 6 perkara. Rasulullah ditanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Apabila engkau bertemu hendaklah memberi salam kepadanya, apabila ia mengundang ke rumahnya maka hendaklah engkau memenuhi undangannya, apabila ia minta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila ia bersin lalu memuji Allah dengan alhamdulillah maka doakan ia dengan yarkhamukallah dan apabila sakit lawatilah dan apabila ia mati hendaklah engkau mengiringinya." ( Riwayat Imam lima )
Dalam al-Quran Allah s.w.t telah menyatakan:
"Berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman" (Surah az-Zariyat:55 )
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman, dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah al-Asr: 1-3)
Kepada orang yang bukan Islam pula kita hendaklah berdakwah menyampaikan Islam dengan cara yang berhikmah dan sekali-kali tidak boleh memaksanya menerima Islam. Memaksa orang memeluk Islam menjadikan tidak sah Islamnya. Fiman Allah s.w.t:
" Tidak ada paksaan dalam menganut Islam."(Surah al-Baqarah: 256)
"Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang sesat daripada jalannya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah." ( Surah an-Nahl:125)
Kita amat berbangga bila ada orang bukan Islam menganut Islam. Kita juga tidak meletakkan apa-apa syarat kepada mereka, sekadar mengharapkan mereka menjadi muslim yang sejati. Bimbingan sentiasa diberikan oleh Bahagian Pembangunan Insan MAIS. (Unit yang bertanggungjawab tentang saudara baru). Namun kita tidak pula pasti niat mereka yang memeluk Islam. Ada yang memang ingin menganut Islam kerana melihat keindahan dan kebenaran Islam. Ada juga yang menganut islam kerana faktor perkahwinan.
Di negara kita tidak terdapat peruntukan undang-undang dalam Jenayah Syariah kepada mereka yang keluar dari agama Islam. Rosaknya iman adalah disebabkan oleh tiga faktor, iaitu akidah, perkataan dan perbuatan. Rosaknya Iman dan Islam disebut sebagai "riddah". Para ulamak mentakrifkan riddah sebagai berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam. Orang yang melakukan yang demikian dinamakan murtad. Riddah ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji jenis kufur.
Mengikut Hukum Islam orang telah murtad hendaklah dipujuk, nasihat, kaunseling sebanyak tiga kali. Jika tidak mahu juga taubat maka hendaklah dihukum mati dengan dipancung pada tengkoknya. Ia adalah jenayah agama yang paling besar.
Hadis riwayat ibnu Abbas r.a ia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang menukar agama Islamnya maka hendaklah kamu membunuhnya."
Di mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kini sedang berlangsung puluhan perbicaraan dan sebutan kes permohonan murtad saudara baru. Saya berkesempatan menjadi wakil kepada Defenden kedua iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada lebih 10 kes permohonan murtad dari saudara baru. Defenden pertama ialah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Defenden ketiga ialah Pendaftar Muallaf Negeri Selangor dan Peguam dari Jabatan Pendaftaran Negara juga turut dipanggil dalam kes ini.
Di Negeri Selangor, termasuk di Malaysia tidak ada sebarang peruntukan bagi kes murtad. Maknanya orang memohon murtad tidak akan didakwa dan mahkamah akan memberi kebenaran secara percuma sahaja. Apa yang saya nampak kes ini hanya dilewat-lewatkan sahaja. Di antara kes yang saya hadiri, ada kes telah didaftarkan sejak tahun 2005 dan belum selesai lagi. Plantif yang hadir pun sudah mengamalkan agamanya yang asal. Ada satu kes itu pula, bila saya berpeluang bertanya kepada plantif sebab apa nak keluar dari agama Islam, maka dengan rasa bangganya beliau menyatakan bahawa dia masuk Islam hanya kerana mahu berkahwin dengan wanita Islam dan apabila perkahwinannya telah gagal dan bercerai dengan isterinya dan mendapat 2 orang anak maka ia memohon keluar Islam kerana hendak berkahwin dengan wanita yang seagamanya. Plaintif mengaku bahawa sepanjang memeluk Islam beliau tidak pernah solat, ke masjid, puasa atau mengamalkan syariat Islam dan rasa tidak seronok berada dalam Islam kerana semua yang dia inginkan tidak dibenarkan Islam.
Sebagai seorang Muslim kita rasa sedih kerana kita di MAIS, JAIS gagal mendidik mereka kekal dengan Islam. Dalam masa yang sama kita rasa tercabar dan hina kerana Islam sebagai agama yang suci dan benar hanya dijadikan batu loncatan semata-mata. Saya menyarankan bahawa JAIS dan MAIS perlu mengadakan undang-undang pencegahan iaitu adakan undang-undang yang menepati syariat ataupun yang boleh mencegah dan mengawal mereka yang memohon murtad. Biarlah sekurang-kurangnya orang yang ingin masuk Islam tahu bahawa jika mereka berbalik ke agama mereka sesudah Islam maka ada peruntukan undang-undang yang menghukum mereka. Biarlah kita dianggap kedekut hendak menerima orang masuk Islam tetapi biarlah sedikit bilangan orang yang masuk Islam tetapi berkualiti.
JAIS dan MAIS dengan kerjasama NGO'S Islam mengadakan program-program pemantapan yang berterusan kepada golongan muallaf supaya mereka istiqamah dengan Islam. Hadis di bawah mungkin boleh dijadikan panduan supaya memujuk, kaunseling, menasihat orang yang murtad lebih dari tiga kali.
Dari Abi Musa Al-Ashaari r.a bahawa Nabi s.a.w memerintahkan kepadanya dengan sabdanya: "Pergilah engkau ke Negeri Yaman". Kemudian baginda s.a.w menghantarkan Muaz bin Jabal selepas pemergiannya. Apabila Muaz sampai ketempat abu Musa, Abu Musa menyambutnya dengan memberikan sebiji bantal alas duduk serta berkata: "Silakan duduk" dan disitu ada seorang lelaki yang bergari lalu Muaz bertanya: "Siapakah orang ini?". Abu Musa menjawab: " Orang ini ialah seorang Yahudi, ia masuk Islam kemudian ia berbalik menjadi yahudi semula (murtad)." Muaz berkata: "Aku tidak akan duduk sehingga dia dibunuh itulah hukuman Allah dan Rasulnya"( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Riwayat Abu Daud dalam kisah ini: " Maka dibawa kepada Abu Musa Al-Ashaari seorang yang telah murtad, lalu disuruhnya bertaubat memeluk Islam semula selama kira-kira 20 malam, kemudian datang Muaz serta menyuruhnya bertaubat tetapi orang itu enggan, lalu dipenggal lehernya.
Susunan :
Ust. Khairuddin b. Haiyon
Unit Penerangan dan Penerbitan
Bahagian Dakwah JAIS
Kes murtad di Malaysia
Malaysia merupakan negara Islam. Namun banyak isu murtad yang berlaku yang disiarkan dalam akhbar. Itu yang kita baca, yang disorokkan untuk menjaga kepentingan sensitiviti? Di Malaysia memang wujud pertubuhan/pergerakkan untuk memurtadkan orang Islam.
Pernah tak kita terfikir apa jadi dengan mereka yang murtad tu? Hidup dengan aman dan tenteram ke? Tidur malam tak mimpi ke masa kecil-kecil mak ajar mengaji? Kalau korang masih ingat, kes murtad yang paling popular ialah kes Lina Joy rasanya.
Antara kes murtad yang popular:
1. Natrah2. Azlina Jailani @ Lina Joy3. Siti Fatimah Abdul Karim4. Nor Aishah Haji Bokhari5. Jamaluddin @ Yoshua Bin Othman6. Siti Fatimah Tan
Lepas tu ada banyak kes terpencil yang tidak diumumkan. Kes murtad ni tidak ada statistik yang dibuat, kalau ada, memang malu lah Malaysia sebagai negara Islam. Yang terbaru kes 2 beradik mohon murtad yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia.
PULAU PINANG 18 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan sehingga 10 Mei ini keputusan bantahan awal kes dua beradik yang memohon mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).Hakim Syarie, Othman Ibrahim menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan mahkamah menyediakan alasan penghakiman sebelum keputusan kes dibuat. Dalam kes yang difailkan penghujung 2010, Roslina Abdul Rashid dan adiknya, Rosli masing-masing berumur 30-an selaku plaintif, menamakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai defendan.Permohonan itu dikemukakan berikutan undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 memberi kuasa kepada mahkamah untuk mendengar dan memutuskan semua tindakan serta prosiding membabitkan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam. - UTUSAN
1. Supaya bebas keluar masuk kelab malam, minum arak, keluar masuk hotel dan sebagainya.
2. Tidak mahu di bebani dengan cara hidup sebagai seorang Islam.
3. Boyfriend awang hitam yang mempengaruhi untuk menukar agama.
4. Merasakan Allah tidak bersifat adil pada dirinya.
5. Dapat PAHALA yang besar ke?
Jom kitaa baca tentang hukuman ke atas orang-orang yang Murtad.
Hukuman ke atas orang murtad adalah merangkumi lelaki dan wanita tanpa ada perbezaan antara keduanya (Mustafa al-Khin. 1996 : 468). Walaubagaimanapun, menurut pandangan mazhab Hanafi wanita yang murtad tidak boleh dibunuh tetapi hendaklah dipenjarakan dan diminta bertaubat pada setiap hari. Sekiranya wanita tersebut bertaubat, maka dia dibebaskan daripada penjara. Tetapi sekiranya dia tetap ingkar maka dia akan dipenjarakan semula dan begitulah yang akan dilakukan sehinggalah dia mati (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 315). Apabila seseorang lelaki atau wanita melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kekufuran, maka hukum-hukum berikut adalah terlaksana ke atas mereka;
Pertama : Wajib meminta supaya bertaubat dengan segera, kerana berkemungkinan seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan kufur kerana syubhah, ataupun kerana kemarahan yang amat sangat, maka kewajipan pemerintah ketika itu ialah menasihatinya supaya bertaubat dan kembali kepada kebenaran (Mustafa al-Khin. 1996 : 468). Berdasarkan pandangan mazhab Syafie, hendaklah bertaubat dengan segera dan sekiranya tidak bertubat terus dibunuh (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 322). Walaubagaimanapun menurut pandangan mazhab Hanafi meminta untuk bertaubat hanyalah sekadar sunat dan diberi tempoh untuk bertaubat selama tiga hari (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 320)
Kedua : Memberikan amaran kepada orang yang murtad tersebut tentang hukuman berat yang akan menimpanya sekiranya dia berterusan dalam kekufurannya itu (Mustafa al-Khin. 1996 : 468).
Ketiga : Wajib dibunuh orang yang murtad itu sekiranya masih berdegil dan enggan bertaubat. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW : Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia. Dalam hadis yang lain, sabda Nabi SAW : Tidak halal darah seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah melainkan dengan tiga sebab : membunuh manusia, orang yang telah berkahwin dan melakukan zina dan orang yang meninggalkan agamanya (meninggalkan jamaah) (Mustafa al-Khin. 1996 : 468).
Secara umumnya, gejala murtad yang berlaku di Malaysia telah menunjukkan satu trend peningkatan yang amat membimbangkan. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar umat Islam yang murtad, namun kes-kes yang dilaporkan oleh media massa, selain yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah ternyata semakin bertambah. Sehingga kini boleh dikatakan belum ada satu penyelesaian yang benar-benar konkrit bagi membendung gejala murtad ini walaupun sesetengah negeri telah memasukkan peruntukan yang khusus mengenainya di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti yang terdapat di Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan beberapa negeri lain.
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)…..”.
Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-KhalilDatukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH
PAS: Biar masyarakat nilai kenyataan Nurul Izzah
Ketua
Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menyerahkan kepada masyarakat umum
untuk menilai kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan
memilih agama di kalangan orang Melayu dan juga sama ada naib presiden
PKR itu perlu memohon maaf atas kenyataan tersebut."Kalau dia (Nurul Izzah) rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataannya itu. Tapi kalau dia rasa tak bersalah, itu hak dia kalau dia tak mahu tarik balik," katanya seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.
"Saya percaya rakyat sudah tahu menilai," kata Harun yang enggan mengulas panjang lebar kerana tidak mahu campur tangan dalam isu tersebut, menurut akhbar milik Umno itu lagi.
Turut mengulas perkara itu ialah ahli majlis syura PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang berkata kebebasan beragama tidak tertakluk ke atas orang Islam Melayu dan bukannya seperti yang didakwa dinyatakan Nurul Izzah.
Menurut akhbar New Straits Times, beliau berkata, ayat dalam al-Quran yang menyatakan "tiada paksaan dalam beragama" itu hanya terpakai ke atas orang bukan Islam.
Pandangannya itu selari dengan kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa semalam, bahawa kenyataan kontroversi MP Lembah Pantai tersebut bermaksud bagi "memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia".
Nurul Izzah pada 3 November lalu antara lainnya dilaporkan berkata, Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
Kalau rasa akan kalah, biar Parlimen terbubar sendiri
Aspan Alias, | 12 Nov 2012 |
Ada
dua perkara yang saya hendak sentuh sekali gus hari ini. Yang
pertamanya ialah tentang program UMNO Seremban yang mengadakan majlis
parti di Kem Tentera Sikamat, Seremban, dan yang kedua ialah isu
Himpunan Rakyat 1Malaysia yang dianjurkan oleh UMNO dan BN melalui
penganjuran oleh beberapa NGO pada 24hb November ini.
Saya tidak berapa perasan bila program itu di adakan tetapi yang nyata ada jemputan Dato’ Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat untuk mereka hadir di majlis anjuran beliau di dalam kem Rejimen Ke-4, Artileri Di- Raja, Sikamat dan ini amat memeranjatkan banyak pihak kerana ia di benarkan oleh pemerintah Kem tersebut untuk UMNO mengadakan majlis politik itu.
Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, yang berucap dalam majlis itu sepatutnya memberikan penjelasan kenapa UMNO mengheret tentera dalam politik dan jika tentera menjadi aktif dalam politik ini merupakan petanda buruk akan melanda negara dan tidak siapa akan dapat mengenali politik yang sebenarnya dalam tempoh yang terdekat ini. Ini merupakan satu fenomena baru di dalam UMNO dan ini hanya menunjukkan betapa terdesaknya parti yang telah memerintah negara sejak merdeka itu.
Jika tentera di giatkan dalam politik maka kita sudah tidak ada lagi sistem politik yang betul dan ia akan hanya membawa negara kepada keadaan dan situasi yang mana rakyat tidak akan tahu lagi yang mana satu sistem yang betul sebagai sebuah negara demokrasi kerana semua sistem dan tata cara bernegara itu sudah berkecamuk dan tidak menentu lagi. Anak-anak muda tidak akan lagi tahu siapa yang sepatutnya bergiat dan siapa yang sepatutnya duduk di tengah-tengah dengan ‘magnanimous’ kerana setiap rakyat sudah tidak tahu lagi yang mana yang sepatutnya mereka lakukan dan yang mana yang tidak boleh dan beretika untuk dilakukan.
Oleh kerana keadaan ini sudah mula berlaku ia sepatutnya menjadi pengukur kepada kemampuan untuk mempertahankan sistem demokrasi negara ini. Maka tidak boleh kita biarkan perkara seperti ini berlaku justeru pilihanraya inilah sebaik-baik masa untuk memperbetulkan apa yang tidak kena dalam negara kita ini.
Himpunan rakyat 1Malaysia
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, telah membuat sidang media semalam yang beliau sedang mengetuai satu sekatariat untuk menganjurkan himpunan rakyat 1Malaysia pada November ini di Kuala Lumpur. Ia bermatlamatkan untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada kepimpinan pada hari ini dan UMNO sedang menggunakan badan-badan bukan kerajaan untuk menganjurkannya. Menggunakan NGO-NGO seperti ini merupakan satu-satunya jalan untuk mengumpulkan manusia yang sudah menjauhi UMNO dan BN itu.
Tetapi masalahnya UMNO menggunakan cara yang sama yang di gunakan oleh Pakatan Rakyat dan ia bukan cara UMNO yang lazim mereka lakukan. UMNO terpaksa menciplak dan mengadakan perhimpunan seperti yang dilakukan oleh pembangkang. Tetapi perbezaannya amat jauh di antara UMNO dan pembangkang kerana UMNO sudah pasti terpaksa menggunakan badan-badan NGO dan tentulah ia memakan belanja yang banyak untuk menyempurnakannya. Saya tidak menjangka yang orang ramai akan memberikan sokongan padu terhadap perhimpunan ini kerana mereka di jemput dengan semua persediaan yang mahal-mahal dengan karipap dan minuman serta tambang menambang serta bas-bas percuma untuk mengangkut manusia yang kebanyakannya terdiri dari pelajar-pelajar dan budak sekolah.
Berlainan dengan pihak PR yang hanya mengumumkan tempat dan waktu perhimpunan di adakan tanpa perlu membayar dan menyediakan makanan dan khemah-khemah untuk menarik orang ramai untuk datang. Kita telah melihat berapa ramainya kedatangan serta kehadiran rakyat jelata dalam perhimpunan rakyat di Senawang, Seremban pada 3hb Nov yang lepas. Mereka datang dalam hujan lebat dan berpayung dan berbaju hujan yang tidak di berikan oleh PR. Mereka berbelanja sendiri kerana yang memberikan motivasi mereka untuk hadir itu adalah semangat dan perasaan ingin kepada perubahan kerajaan dalam pilihanraya yang akan datang.
UMNO atau BN tidak mungkin mampu untuk memanggil kehadiran yang besar tanpa disediakan makanan, pengangkutan, topi serta baju T yang mahal-mahal. Sebaliknya bagi UMNO, mereka akan diberikan kontrak untuk membekalkan baju T dan topi. Mereka tentulah mendapat habuan yang besar dan mereka yang mendapat kontrak itu tentulah mereka yang hampir dengan pejabat setiausaha agung dan setiausaha kerja UMNO Pusat. Satu perhimpunan rakyat anjuran BN itu akan memakan belanja yang berjuta-juta.
Bagi UMNO ia hanya untuk menunjukkan kepada ramai yang mereka juga mendapat sokongan tetapi rakyat tahu tujuan pimpinan BN hanyalah untuk merawati jiwa mereka yang tertekan dalam menghadapi pilihanraya yang hampir tiba ini. Mereka (UMNO) hanya hendak menunjukkan dan menempelkan imej sokongan sahaja tetapi ia hanyalah ibarat seorang wanita yang mengenakan bedak sejuk di muka mereka sahaja. Bedak sejuk di muka-muka mereka akan hilang setelah baru bangun dari tidur dan selepas mandi. Bedak sejuk itu tidak kekal melekat di muka-muka mereka.
Mengikut kata-kata Ahmad Maslan di antara mereka yang berucap nanti adalah mereka yang mewakili berbagai-bagai bidang masyarakat. Beberapa professor kangkong serta mereka yang bergelar dan bernama yang mewakili berbagai pihak akan berucap. Mereka termasuklah Chandra Muzaffar dan Lee Lam Thye. Apa yang akan mereka perkatakan tidaklah dapat kita jangkakan kerana selalunya mereka akan memberikan retorik dan ucapan mengungkit-ngungkit tentang apa yang BN telah lakukan kepada rakyat dan sebagainya.
Mereka tidak akan berani bercakap tentang segala kemungkaran politik, ekonomi dan sosial yang BN telah lakukan oleh mereka selama ini. Satu yang pasti perhimpunan anjuran BN akan menggunakan belanja yang besar untuk menjayakannya. Untuk mengekalkan BN memerintah rakyat terpaksa berbelanja terlalu mahal tetapi tidak juga mendapat perhatian ramai.
Bagi pandangan peribadi saya jika BN tidak berkeyakinan dengan diri sendiri untuk menghadapi PRU ini biarkan sahaja penggal ini terbubar dengan sendirinya pada 28hb April yang akan datang. Mengadakan perhimpunan besar pun bukannya memberikan faedah apa-apa pun. Apa perbezaan di antara 29hb April dengan Mac? Yang pasti Najib merupakan satu-satunya PM yang belum mendapat mandat sehingga hari ini.
Kalau UMNO sudah masuk kem tentera untuk mengadakan ceramah, itu adalah petanda yang UMNO tidak relevan lagi kepada rakyat biasa. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Bekas Perdana Menteri Libya akan dibicarakan
Terjemahan Mohamad Yahya, | 12 Nov 2012 |
Bekas Perdana Menteri Libya akan dibicarakan bagi jenayah beliau yang didakwa dilakukan semasa pemerintahan Muammar Gaddafi.
Al-Baghdadi al-Mahmoudi telah diekstradisi dari Tunisia, tempat beliau melarikan diri pada September 2011 selepas kejatuhan Tripoli kepada kumpulan pemberontak.
"Al-Baghdadi al-Mahmoudi akan muncul esok [Isnin] untuk kes pertama terhadapnya," ujar Taha Baara, jurucakap pendakwa raya di Tripoli Ahad lalu, sambil menambah bahawa Mahmoudi menghadapi tuduhan "melakukan tindakan yang memudaratkan terhadap keselamatan kerajaan."
Baara berkata Ahad lalu bahawa al-Mahmoudi menghadapi tuduhan mengenai peranan beliau dalam beberapa kes semasa perang saudara, serta tuduhan menjejaskan keselamatan negara.
Kumpulan hak asasi membantah ekstradisi beliau pada 24 Jun, mengatakan bahawa dia boleh menghadapi hukuman mati dan pada Julai lalu, Mahmoudi memprotes mengatakan beliau tidak bersalah dari penjara di Libya.
"Saya tidak bersalah, tidak bersalah, tidak bersalah," katanya semasa lawatan ke penjara yang dianjurkan oleh pihak berkuasa dalam usaha menafikan khabar angin bahawa beliau telah didera.
"Saya bersedia untuk dibicarakan oleh rakyat Libya. Saya yakin dengan diri saya dan dengan kenyataan bahawa saya tidak bersalah," katanya ketika lawatan tersebut.
Mahmoudi dan Saif al-Islam, anak Gaddafi yang paling menonjol, adalah antara penjaga rahsia kerajaan di bawah Gaddafi, yang terbunuh pada 20 Oktober tahun lepas.
Mahmoudi yang merupakan seorang doktor, setia kepada Gaddafi sehingga ke akhirnya, berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari tahun 2006 hgga hari-hari terakhir rejim beliau. (aljazeera.com)
Belum pernah dalam sejarah negara ini sejak merdeka, isteri perdana menteri mendapat publisiti meluas setaraf suaminya sendiri, hingga kadang-kadang melebihi batas sehingga ada kalanya menimbulkan rasa meluat yang teramat sangat.
Hatta, Siti Hasmah Mohd Ali yang menjadi isteri perdana menteri paling lama iaitu 22 tahun pun tidak pernah mendapat publisiti berlebihan daripada suaminya sendiri, Mahathir Mohamad!
Tengok http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/11/panas-rosmah-memang-setaraf-perdana.html
Gambar ini dirakamkan di sebuah kampung di Batu 5, Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Johor, DUN N21 Parit Yaani
Dikhabarkan seluruh ahli UMNO cawangan itu melahirkan rasa marah dan kecewa kepada UMNO kerana gagal menunaikan janji serta menjaga kebajikan penduduk kampung.
Mereka merasakan diri mereka dilayan macam sampah oleh para pemimpin UMNO.
Setiap kali tiba pilihanraya maka bermacam-macam janji manis ditabur oleh para pemimpin UMNO tapi tunaikannya, habuk pun tarak!!!
Ini menyebabkan penduduk kampung yang rata-rata adalah ahli dan penyokong UMNO naik minyak dan bertekad berpatah arang berkerat rotan dengan UMNO dengan mengambil tindakan membubarkan cawangan UMNO Batu 5, Kg Mohd Noor Parit Sulong, Johor.
Petanda awal yang Johor bukan lagi kubu kuat UMNO dan kejatuhan UMNO bukan lagi perkara mustahil.
TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG.... NANTI JAWAB NAJIB... JOHOR DAH NAK TUMBANGGGGGGGG.
QATAR: Pembangkang Syria akhirnya berjaya mengatasi perbezaan yang mendalam antara mereka dan menyokong pemimpin baru dalam pakatan yang diharapkan oleh Barat dan Arab dapat menjatuhkan kerajaan Syria dan mengambil alih pentadbiran negara tersebut.
(Mouaz al-Khatib, seorang aktivis dan imam, dipilih untuk menerajui kumpulan pembangkang)
Selepas beberapa hari rundingan dijalankan di Qatar di bawah pengawasan pelbagai pihak termasuk wakil-wakil kumpulan termasuk kumpulan penentang, kumpulan pembangkang veteran dan minoriti etnik serta agama bersetuju Ahad lalu untuk menyertai kumpulan baru yang membentuk kerajaan dalam buangan.
Mereka secara sebulat suara memilih pemimpin reformis Damsyik, Mouaz al-Khatib, sebagai presiden.
Khatib, 50, dijatuhkan hukuman penjara beberapa kali kerana mengkritik Bashar al-Assad, presiden Syria. Beliau akhirnya hidup dalam buangan tahun ini.
Khatib, seorang pendakwah yang pernah menjadi imam di Masjid Umayyah di Damsyik, segera menyeru kepada semua askar untuk berhenti dari menjadi tentera Syria dan juga menyeru kepada semua kumpulan untuk bersatu.
"Kami menuntut kebebasan untuk Ahlus Sunnah wal Jamaah, Alawiah, Ismail [Syiah], Kristian, Druze, Assyria dan hak untuk semua rakyat Syria," katanya.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan membincangkan mekanisme pengisytiharan harta kepimpinan pemuda dalam mesyuaratnya pada Rabu ini.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, perkara tersebut akan diputuskan secara muktamad dalam mesyuarat terakhir sebelum muktamar DPPP, Khamis ini.
"14 haribulan ini pemuda akan bermesyuarat untuk memutuskan perkara ini secara muktamad.
"Ini satu lontaran idea yang baik jadi kita akan bincang dari segi mekanisme dan sebagainya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, mesyuarat tersebut akan memutuskan sama ada pengisytiharannya akan dibuat sewaktu muktamar DPPP atau tidak.
"Mesyuarat akan memutuskan sama ada akan isytihar waktu muktamar atau tidak," katanya lagi.
Jumaat lalu, DPPP mengumumkan, kesemua exconya akan melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.
Langkah tersebut, kata Setiuasahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.
Pengumuman itu disambut baik Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa berkata beliau mengalu-alukan keprihatinan Pemuda PAS untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab dalam mengambil inisiatif untuk membuat pengisytiharan harta sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.
KUALA LUMPUR: Dewan
Pemuda PAS Negeri Selangor mencabar pimpinan Pemuda Umno BN dapat
melakukan pengistiharan harta sepanjang mereka diberikan amanah memimpin
parti masing-masing.
“Jangan hanya pandai berkokok mahukan pemimpin yang bersih dan mempunyai integriti tetapi tidak berani untuk mengisytiharkan harta sendiri untuk penilaian rakyat,” kata Timbalan Ketuanya, Mohd Sany Hamzan (gambar) dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, katanya Pemuda PAS Selangor menyokong penuh kenyataan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) supaya semua exconya melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam muktamar penuh di Kelantan pada minggu ini sama ada mereka akan dinamakan sebagai calon pilihanraya ataupun tidak.
Beliau berkata, pihaknya merasakan tindakan itu adalah satu kewajaran yang boleh membentuk persepsi masyarakat bahawa pimpinan PAS terutamanya pimpinan DPPM bukanlah seperti pemimpin-pemimpin Pemuda Umno dan Barisan Nasional yang bergelumang dengan kekayaan hasil dari wang yang bukan sebenarnya milik mereka.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berpendapat dengan pengisytiharan ini juga akan dapat memperlihatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban pimpinan Pemuda PAS Pusat di dalam menjaga amanah perjuangan parti dengan tidak mengumpulkan harta dan bermewah-mewah melalui tindakan yang tidak sewajarnya,” ujarnya.
Kata Sany, pihaknya cukup yakin dan percaya bahawa pimpinan DPPM mempunyai integriti yang cukup tinggi dan penuh bersedia untuk melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam Muktamar Pemuda nanti.
Selain itu, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan supaya pihak YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, ahli jemaah menteri kabinet berserta pimpinan Umno dan Barisan Nasional di semua peringkat supaya dapat melakukan pengisytiharan harta masing-masing secara terbuka sepertimana yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor
Al-Baghdadi al-Mahmoudi telah diekstradisi dari Tunisia, tempat beliau melarikan diri pada September 2011 selepas kejatuhan Tripoli kepada kumpulan pemberontak.
"Al-Baghdadi al-Mahmoudi akan muncul esok [Isnin] untuk kes pertama terhadapnya," ujar Taha Baara, jurucakap pendakwa raya di Tripoli Ahad lalu, sambil menambah bahawa Mahmoudi menghadapi tuduhan "melakukan tindakan yang memudaratkan terhadap keselamatan kerajaan."
Baara berkata Ahad lalu bahawa al-Mahmoudi menghadapi tuduhan mengenai peranan beliau dalam beberapa kes semasa perang saudara, serta tuduhan menjejaskan keselamatan negara.
Kumpulan hak asasi membantah ekstradisi beliau pada 24 Jun, mengatakan bahawa dia boleh menghadapi hukuman mati dan pada Julai lalu, Mahmoudi memprotes mengatakan beliau tidak bersalah dari penjara di Libya.
"Saya tidak bersalah, tidak bersalah, tidak bersalah," katanya semasa lawatan ke penjara yang dianjurkan oleh pihak berkuasa dalam usaha menafikan khabar angin bahawa beliau telah didera.
"Saya bersedia untuk dibicarakan oleh rakyat Libya. Saya yakin dengan diri saya dan dengan kenyataan bahawa saya tidak bersalah," katanya ketika lawatan tersebut.
Mahmoudi dan Saif al-Islam, anak Gaddafi yang paling menonjol, adalah antara penjaga rahsia kerajaan di bawah Gaddafi, yang terbunuh pada 20 Oktober tahun lepas.
Mahmoudi yang merupakan seorang doktor, setia kepada Gaddafi sehingga ke akhirnya, berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari tahun 2006 hgga hari-hari terakhir rejim beliau. (aljazeera.com)
PANAS! Rosmah Memang Setaraf Perdana Menteri?
http://jalanpulang1978.blogspot.com, | 12 Nov 2012 |
Belum pernah dalam sejarah negara ini sejak merdeka, isteri perdana menteri mendapat publisiti meluas setaraf suaminya sendiri, hingga kadang-kadang melebihi batas sehingga ada kalanya menimbulkan rasa meluat yang teramat sangat.
Hatta, Siti Hasmah Mohd Ali yang menjadi isteri perdana menteri paling lama iaitu 22 tahun pun tidak pernah mendapat publisiti berlebihan daripada suaminya sendiri, Mahathir Mohamad!
Tengok http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/11/panas-rosmah-memang-setaraf-perdana.html
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Gempar...satu kampung ahli Umno keluar parti
http://omakkau.blogspot.com, | 12 Nov 2012 |
KISAH GEMPAR BERGAMBAR!!!!!.... SATU KAMPONG AHLI UMNO KELUAR PARTI!!!!!!...NAJIB DAH GOYANGGGGGGG!!!!!
Gambar ini dirakamkan di sebuah kampung di Batu 5, Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Johor, DUN N21 Parit Yaani
Dikhabarkan seluruh ahli UMNO cawangan itu melahirkan rasa marah dan kecewa kepada UMNO kerana gagal menunaikan janji serta menjaga kebajikan penduduk kampung.
Mereka merasakan diri mereka dilayan macam sampah oleh para pemimpin UMNO.
Setiap kali tiba pilihanraya maka bermacam-macam janji manis ditabur oleh para pemimpin UMNO tapi tunaikannya, habuk pun tarak!!!
Ini menyebabkan penduduk kampung yang rata-rata adalah ahli dan penyokong UMNO naik minyak dan bertekad berpatah arang berkerat rotan dengan UMNO dengan mengambil tindakan membubarkan cawangan UMNO Batu 5, Kg Mohd Noor Parit Sulong, Johor.
Petanda awal yang Johor bukan lagi kubu kuat UMNO dan kejatuhan UMNO bukan lagi perkara mustahil.
TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG.... NANTI JAWAB NAJIB... JOHOR DAH NAK TUMBANGGGGGGGG.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Pembangkang Syria bersatu di bawah pimpinan baru
Terjemahan Mohamad Yahya, | 12 Nov 2012 |
QATAR: Pembangkang Syria akhirnya berjaya mengatasi perbezaan yang mendalam antara mereka dan menyokong pemimpin baru dalam pakatan yang diharapkan oleh Barat dan Arab dapat menjatuhkan kerajaan Syria dan mengambil alih pentadbiran negara tersebut.
(Mouaz al-Khatib, seorang aktivis dan imam, dipilih untuk menerajui kumpulan pembangkang)
Selepas beberapa hari rundingan dijalankan di Qatar di bawah pengawasan pelbagai pihak termasuk wakil-wakil kumpulan termasuk kumpulan penentang, kumpulan pembangkang veteran dan minoriti etnik serta agama bersetuju Ahad lalu untuk menyertai kumpulan baru yang membentuk kerajaan dalam buangan.
Mereka secara sebulat suara memilih pemimpin reformis Damsyik, Mouaz al-Khatib, sebagai presiden.
Khatib, 50, dijatuhkan hukuman penjara beberapa kali kerana mengkritik Bashar al-Assad, presiden Syria. Beliau akhirnya hidup dalam buangan tahun ini.
Khatib, seorang pendakwah yang pernah menjadi imam di Masjid Umayyah di Damsyik, segera menyeru kepada semua askar untuk berhenti dari menjadi tentera Syria dan juga menyeru kepada semua kumpulan untuk bersatu.
"Kami menuntut kebebasan untuk Ahlus Sunnah wal Jamaah, Alawiah, Ismail [Syiah], Kristian, Druze, Assyria dan hak untuk semua rakyat Syria," katanya.
Isytihar harta: Pemuda PAS putus Rabu ini
Hazayani Zakaria, | 12 Nov 2012 |
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, perkara tersebut akan diputuskan secara muktamad dalam mesyuarat terakhir sebelum muktamar DPPP, Khamis ini.
"14 haribulan ini pemuda akan bermesyuarat untuk memutuskan perkara ini secara muktamad.
"Ini satu lontaran idea yang baik jadi kita akan bincang dari segi mekanisme dan sebagainya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, mesyuarat tersebut akan memutuskan sama ada pengisytiharannya akan dibuat sewaktu muktamar DPPP atau tidak.
"Mesyuarat akan memutuskan sama ada akan isytihar waktu muktamar atau tidak," katanya lagi.
Jumaat lalu, DPPP mengumumkan, kesemua exconya akan melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.
Langkah tersebut, kata Setiuasahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.
Pengumuman itu disambut baik Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa berkata beliau mengalu-alukan keprihatinan Pemuda PAS untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab dalam mengambil inisiatif untuk membuat pengisytiharan harta sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.
Harta: Pemuda Umno jangan hanya berkokok
Harakahdaily, | 12 Nov 2012 |
“Jangan hanya pandai berkokok mahukan pemimpin yang bersih dan mempunyai integriti tetapi tidak berani untuk mengisytiharkan harta sendiri untuk penilaian rakyat,” kata Timbalan Ketuanya, Mohd Sany Hamzan (gambar) dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, katanya Pemuda PAS Selangor menyokong penuh kenyataan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) supaya semua exconya melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam muktamar penuh di Kelantan pada minggu ini sama ada mereka akan dinamakan sebagai calon pilihanraya ataupun tidak.
Beliau berkata, pihaknya merasakan tindakan itu adalah satu kewajaran yang boleh membentuk persepsi masyarakat bahawa pimpinan PAS terutamanya pimpinan DPPM bukanlah seperti pemimpin-pemimpin Pemuda Umno dan Barisan Nasional yang bergelumang dengan kekayaan hasil dari wang yang bukan sebenarnya milik mereka.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berpendapat dengan pengisytiharan ini juga akan dapat memperlihatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban pimpinan Pemuda PAS Pusat di dalam menjaga amanah perjuangan parti dengan tidak mengumpulkan harta dan bermewah-mewah melalui tindakan yang tidak sewajarnya,” ujarnya.
Kata Sany, pihaknya cukup yakin dan percaya bahawa pimpinan DPPM mempunyai integriti yang cukup tinggi dan penuh bersedia untuk melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam Muktamar Pemuda nanti.
Selain itu, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan supaya pihak YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, ahli jemaah menteri kabinet berserta pimpinan Umno dan Barisan Nasional di semua peringkat supaya dapat melakukan pengisytiharan harta masing-masing secara terbuka sepertimana yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor
Kembara Oren: PAS cadang ambil tindakan
Muhammad Faeez Azahar, | 12 Nov 2012 |
IPOH:
PAS Perak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak
yang membuat provokasi dan halangan terhadap Kembara Oren Selamatkan
Felcra baru-baru ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu-individu yang telah menghalang, mengepung, dan membuat kekerasan terhadap peserta kembara.
Menurutnya, beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut namun sehingga hari ini pihaknya tidak mendapat perkembangan.
Bercakap dalam sidang media di Pejabat PAS, hari ini, Razman yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa) sangat kesal kerana pihak polis yang berada tempat kejadian tidak membuat apa-apa tindakan sebaliknya bersama-sama berkumpul bersama pihak yang membuat provokasi.
Sementara itu, peguam PAS, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan daripada pihak polis berkenaan laporan yang telah dibuat itu.
Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pegawai penyiasat kes itu apakah tindakan yang sudah dilakukan setelah menerima laporan polis.
Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Dewan Pemuda PAS Perak (Juham) itu menjelaskan, pihaknya kesal kerana pihak polis yang berada di tempat kejadian tidak menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya.
“Sepatutnya orang yang membuat provokasi diminta bersurai sebelum pihak polis membuat tindakan lain seperti yang dilakukan kepada peserta Bersih,” katanya.
Kata beliau, jika pihak polis membuat keputusan tiada pertuduhan ke atas pihak yang membuat provokasi itu, pihaknya akan melihat daripada ruang tindakan sivil.
“Kita mendapat asas yang kukuh untuk mendakwa mereka antaranya elemen kekerasan, serangan dan kesalahan merosakkan harta benda.
“Jika polis membuat keputusan tiada kesalahan jenayah kami akan saman dari aspek sivil,” jelas beliau.
Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dan barisan peguam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan