Muslimat diingat jangan tolak calon muslimat
Salmiyah Harun I Foto Rizal Tahir, | 15 Nov 2012 |
(Perwakilan Dewan Muslimat dari Perak)
KOTA BHARU: Dewan Muslimat diingatkan tidak menolak muslimat untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum nanti.
Perwakilan Perak Hasnah Abdul Samad berkata, orang pertama perlu menyokong muslimat menjadi calon adalah muslimat itu sendiri.
"Muslimat sendiri jangan tolak muslimat untuk jadi calon, macam mana orang lain nak yakin dengan kita, sedangkan muslimat sendiri tolak calonnya," tegasnya.
Hasnah turut menyindir kerajaan Umno BN yang masih tidak berani untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.
"Pilihan raya sudah berdegar-degar, tapi pilihan raya tak datang-datang," katanya dengan loghat Perak turut diselangi ketawa perwakilan.
Beliau turut mencabar Muslimat agar mengambil alih jawatan Menteri Wanita yang kini dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Exco Wanita! Tempat 'lelaki' itu perlu diganti oleh wanita. Siapa wanita itu? Ya, wanita itu adalah Muslimat PAS," laungnya dengan penuh bersemangat mengundang tepukan gemuruh perwakilan.
Beliau yang berucap pada sesi penggulungan turut mencuri perhatian Timbalan Pengerusi Tetap Fatimah Ismail kerana ucapannya yang penuh bersemangat.
"Masyallah rasa macam esok nak pilihan raya dah. Tahniah Perak," kata Fatimah Ismail sebaik sahaja perwakilan Perak selesai berucap.
'Rosmah' gamatkan Muktamar Muslimat
Salmiyah Harun, | 15 Nov 2012 |
(Mumtaz dan Dr Mariah tergelak mendengar ucapan perwakilan)
KOTA BHARU: Muktamar Dewan Muslimat hari ini menjadi gamat seketika apabila ucapan Perwakilan Beruas Norasyikin Hashim dengan tiba-tiba menyebut nama 'Rosmah' dalam perbahasannya.
Ketika membahaskan usul pembantu rumah, Norasyikin dengan loghat Peraknya mencuit hati lebih 1300 perwakilan.
"Kita mahu Muslimat jadi macam Rosmah, minta (peruntukan) apa sahaja terus dapat. Tengoklah Permata, berapa dia dapat? Kalau boleh Muslimat pun macam itu," katanya (gambar) berseloroh sambil diikuti ketawa dan tepukan gemuruh dari perwakilan.
Gelagat beliau yang beberapa kali tersasul dan tesekat-sekat untuk berucap dek disampuk oleh pengerusi tetap, namun beliau masih mampu tersenyum dan bersahaja membuatkan perwakilan ketawa.
"Apa dah? Saya dah lupa apa nak saya cakap...," katanya sambil terpinga-pinga mencari ucapan untuk sambung perbahasannya.
Sebelum itu, beliau mencadangkan agar Muslimat diberi peruntukan oleh PAS Pusat untuk merealisasikan usaha mereka bagi menubuhkan akademi pembantu rumah khususnya membabitkan warga tempatan.
Beliau juga mensyorkan agar Muslimat mewujudkan nurseri seperti Pasti yang sudah sedia ada.
"Saya cadang buat nurseri macam Pasti, biar baju sedondon. Kalau kita pergi ke rumah-rumah taklah segan. Baru glamour," katanya dikuti tepukan gemuruh perwakilan.
Lebihkan kritik, kurangkan puji
Nazri Abdullah, | 15 Nov 2012 |
Justeru katanya, para perwakilan digalakkan menggunakan runag perbahasan muktamar yang singkat ini untuk melebihkan kritik berbanding memuji kejayaan yang telah dilakukan.
Menurutnya, apa yang dibimbangi, pujian akan membuatkan pimpinan, jentera dan ahli pemuda berasa selesa dan merasakan tidak perlu bekerja kuat lagi.
"Saya harap para perwakilan kita pada perbahasan hari ini melebihkan kritik berbanding memuji," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi perbahasan pagi berehat tengah hari tadi.
Sementara itu beliau turut memuji kematangan para pewakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan pagi ini.
Beliau berpendapat isu yang dibangkitkan pada muktamar kali ini menunjukkan kematangan dewan pemuda PAS itu sendiri.
"Saya cukup berpuas hati dengan kualiti perbahasan dari paewakilan hari ini.
"Walaupun ada dikalangan mereka ini masih baru, tetapi kita dapat melihat kematangan mereka,' katanya.
Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-53 kali ini meyaksikan hampir 1000 penyertaan dari perwakilan dan pemerhati.
Mengulas kritikan-kritikan yang dibangkitkan perwakilan pula, Nik Abduh berkata pihak kepimpinan pemuda menerimanya secara terbuka dan akan membincangkannya kemudian.
Isu calon, Harakah, Syria hangatkan muktamar Dewan Ulamak
M Faqih, | 15 Nov 2012 |
(Para perwakilan Muktamar Dewan Ulamak)
KOTA BHARU: Wakil Urusan Ulama Bagan Datuk Perak, Mohd Khir Jamaluddin bimbang golongan ulama terpinggir sebagai calon pada pilihan raya memandangkan sekarang menjadi “trend” bekas-bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS.
Sedangkan katanya, mereka tidak pernah menjadi proses tarbiah dalam parti, namun kemungkinan lebih mendapat tempat sebagai calon pada PRU nanti.
“Sedangkan ada calon-calon dari kalangan ulama yang berwibawa namun dibimbangi kemungkinan akan diketepikan,” katanya.
Merungkai isu berkenaan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Puisat, Dr Khairuddin Ahmad Razali berkata, soal calon bukan berada di bawah bidang kuasa Dewan Ulamak, sebaliknya ia hak PAS Pusat.
Menurutnya selain kelayakan dari segi syaksiah banyak aspek lain yang menjadi pertimbangan, namun ia lebih bersifat strategi yang tidak boleh diumumkan secara terbuka.
Kata beliiau juga setiap kali pilihan raya Dewan Ulamak menghantar antara 20 hingga 25 peratus senarai calon dari kalangan ulama atau bertaraf ulama.
Bagaimanapun sudah menjadi prinsip dalam Dewan Ulama, mana-mana pihak yang meminta untuk disenaraikan sebagai calon akan diketepikan.
Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mahfudz Mohamad berkata, pernah berlaku ada pihak yang meminta untuk dicalonkan ditolak, kemudian dia membawa diri menyertai parti lain.
“Dalam kes yang berlaku itu akhirnya parti terbabit juga menyingkirkan orang berkenaan. Jadi keputusan awal kita menolak hasratnya menjadi calon terjawab dengan sendiri,” ujarnya ketika menjawab persoalan serupa.
Mengenai isu Syria Dr Khairuddin berkata, PAS sudah mengambil pendekatan tidak menyokong Presiden Bashar Assad, dan tidak mahu pihak luar ikut campur tangan dalaman negara berkenaan.
“Sebelum ini kita pernah menjemput wakil Ikhwan Muslimin Syria datang pada program yang kita anjurkan di sini dan mereka menjelaskan apa yang berlaku di sana.
“Dan buat masa ini kita tangguh ziarah rasmi ke sana disebabkan keadaan di sana tidak mengizinkan,” katanya.
Mengenai penyaluran maklumat melalui media baru, katanya laman web rasmi milik Dewan Ulamak dikunjungi hampir 2,000 pengunjung sehari hari.
Malah katanya isu-isu serupa juga disiarkan dalam Harakahdaily dan Harakah cetak.
Bagaimanapun isu-isu yang dijawab Dewan Ulamak belum keluar secara meluas dalam Harakah cetak dan berharap ia dapat diatasi selepas ini.
“Berita-berita yang keluar dalam web ulama jarang tidak masuk dalam harakahdaily, cuma Harakah cetak hanya 30 peratus sahaja yang dipetik.
“Kita cadang untuk masukkan dalam Harakah cetak. Harapan ulama untuk berita-berita dalam Harakah cetak dipetik terus petik daripada laman web ulama,” ujarnya.
Pertahan ijtihad tahaluf siyasi - Ketua Ulamak
Harakahdaily, | 15 Nov 2012 |
(Para perwakilan dan pemerhati Muktamar Dewan Ulamak)
KOTA BHARU: Para ulama di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya.
"Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadis membenarkan Tahaaluf Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.
"Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya.
Untuk itu, katanya, ulamak perlu menjelaskan perkara ini kepada ahli-ahli parti dengan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan al-Hadis.
Dalam masa yang sama juga Ulamak perlu sentiasa prihatin dengan syarat-syarat Tahaaluf Siyasi yang telah digariskan.
"Sekiranya berlaku sebarang pelanggran kepada syarat-syarat tersebut, Ulamak perlu segera menegur kepimpinan parti dan memberikan nasihat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberikan Ucaptama dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini. Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfudz Mohamad.
Dalam ucapan itu juga, Ustaz Harun turut memberitahu, ulamak PAS perlu menggunakan media baru dalam menyampaikan mesej dakwah mereka.
"Tidak cukup hanya dalam kuliah di surau dan masjid serta ceramah, bahkan perlu disiarkan dalam media massa. Youtube, blog, website dan media alternatif lain perlu digunakan semaksimum mungkin untuk tujuan tersebut," katanya.
Ulamak perlu memanfaatkan media ini bagi membentuk minda rakyat dan cara pemikirannya agar benar-benar menguntungkan Islam di samping mempunyai semangat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini, tambahnya.
Sementelahan lagi isu berkaitan ijtihad siyasi dan tarbawi biasanya dialpakan oleh banyak pihak.
Ulamak Haraki berperanan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman.
Jihad Ulamak Haraki, katanya, tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunaka mata pena penulisan.
"Marilah kita mengisi ruangan yang terbuka luas sebagai medium dakwah moden untuk menyampaikan risalah Allah kepada masyarakat," jelas beliau.
Kerajaan didesak arus perdana pendidikan Islam
Salmiyah Harun, | 15 Nov 2012 |
Dengan itu, Muslimat PAS mendesak Kementerian Pelajaran agar mengarus perdanakan pendidikan Islam di Malaysia sebagai salah satu entiti penting dalam dasar pendidikan negara bukannya dipinggirkan.
Usul dari Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat yang diterima tanpa bahas turut mendesak kerajaan memperkasakan semula peranan Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kongres Pertama Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia pada Febuari lalu.
Muslimat juga menggesa kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, bantuan buku teks, bantuan guru akademik dan lain-lain bantuan yang difikirkan perlu.
"Kerajaan juga harus menyediakan satu geran khas untuk latihan perguruan dan latihan kepimpinan pengurusan kepada guru besar dan pengawai di institusi pendidikan Islam negeri," katanya.
Memperuntukan sejumlah wang untuk tujuan penyelenggaran dan baik pulih bangunan kepada sekolah agama seperti sekolah-sekolah lain juga diperlu disegerakan, kata Dewan Muslimat.
"Peruntukan sebanyak RM100 juta yang diberikan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tidak menggambarkan bantuan menyeluruh kepada sekolah agama kerana masih banyak sekolah yang tidak bersedia untuk mendaftar," katanya.
Dua lagi usul diterima tanpa bahas iaitu, antaranya usul mengkaji semula Program Latihan Khidmat Negara dengan mewujudkan program tarbiyah dan didikan akhlak kepada remaja terutama lepasan SPM, usul ini dari Muslimat PAS Kawasan Raub, Pahang.
Manakala Muslimat PAS Kawasan Lembah Pantai mencadangkan agar satu brosur khas pengenalan calon-calon yang bakal bertanding di setiap kali Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat mempunyai agenda pemilihan kepimpinan disediakan lebih awal secara berpusat oleh jawatankuasa pemilihan sebelum muktamar berlangsung.
Tahaluf siyasi kejayaan besar PAS dalam Pakatan
Nazri Abdullah, | 15 Nov 2012 |
KOTA BHARU: Keputusan ijtihad Majlis Syura Ulamak
untuk mengadakan kerjasama politik dengan PKR dan DAP dalam Pakatan
Rakyat dilihat satu kejayaan besar dalam gerakan politik PAS setakat
ini.
Ianya bukan sahaja bersifat kejayaan politik, malah juga kejayaan dari sudut mengangkat perjuangan Islam PAS diterima bersama-sama dengan parti politik lain yang majoriti ahlinya bukan Islam.
Perkara itu dinyatakan wakil PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abd Halim (gambar) ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada muktamar dewan itu hari ini.
"Inilah satu kejayaan besar ulamak-ulamak dalam PAS. Islam yang diperjuangkan oleh PAS dilihat oleh PKR dan DAP bahawa tiada pendekatan terbaik untuk menentukan corak pemerintahan negara selain corak pemerintahan Islam yang ditunkan Allah swt," katanya.
Syarhan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak juga berkata, sejak PAS bertahaluf dengan PKR dan DAP, Islam dilihat semakin difahami oleh orang-orang bukan Islam.
"Hari ini dengan selogan PAS untuk semua, telah berjaya memecah tembok pemisah antara dengan orang bukan Islam.
"Ada orang-orang tua India sudah mula memegang bendera PAS. Ada anak-anak muda bukan Islam pakai baju gambar Tok Guru di dada mereka," katanya.
Namun begitu katanya, ia tidak bermakna usaha untuk memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam itu cukup sekadar itu sahaja malah harus diperkasakan.
"Pada masa yang sama, kita tidak boleh meminggirkan bangsa-bangsa lain kerana kita bukan parti yang memperjuangkan satu bangsa," jelas beliau lagi.
PAS pada waktu ini jelasnya sedang berdepan dengan pengkhianatan dari parti lawan yang sedang "meracuni" pemikiran rakyat agar benci kepada Islam yang dibawa PAS.
Merka juga katanya sedang meracuni pemikiran orang Melayu dengan momokan bahawa hanya Umno sahaja yang mampu membela agama Islam.
Jesteru katanya, penerangan berterusan dan dakwah kepada bukan Islam harus diteruskan dengan pendekatan yang lebih lunak.
Calon winable dan jelas fikrah
Sementara itu beliau turut menekankan betapa pentingnya calon yang akal bertanding pada Pilihan Raya Umum nanti, bukan sahaja calon boleh menang, tetapi juga calon yang mempunyai jiwa tarbiyah yang tinggi dan jelas fikrahnya.
Setakat boleh menang katanya belum mencukupi kerana cabaran selepas menang mungkin lebih besar perlu dihadapi oleh PAS dan Pakatan Rakyat.
"Kita mahu mereka mempunyai jiwa tarbiyah yang mantap dan kita tidak mahu pemuda yang celaru fikrah," katanya.
Suasana Muktamar Muslimat PAS Pusat di dewan Kelantan Trade Centre.
KOTA BHARU: Kementerian Sumber Manusia digesa melaksanakan pelan tindakan bagi melatih warga tempatan sebagai pembantu rumah untuk mengurangkan pergantungan kepada pihak luar dan menyekat pengaliran keluar wang negara.
Usul ini dikemukakan oleh Perwakilan Muslimat dari Indera Mahkota Zuriati Muhammad telah dibahaskan dan diluluskan.
Ketika mengemukakan usul ini, Zuriati (gambar) berkata, isu pembantu rumah tidak pernah reda apatah lagi apabila Kerajaan Indonesia menetapkan syarat agar majikan Malaysia membayar gaji minimum RM700 bagi setiap jenis pekerjaan.
"Senario ini membuka mata semua apabila masing-masing mempersoalkan mengapa perlu menggaji orang luar?
"Mana perginya rakyat tempatan? Persoalan ini menjadi retorik apabila kita sendiri yang mengambil pekerja asing sebagai pembantu rumah," katanya di depan lebih 600 perwakilan di Kelantan Trade Centre.
Katanya, berdasarkan kajian keadaan ini berlaku kerana sikap rakyat tempatan yang memandang remeh pekerjaan tersebut atau menilai kualiti kerja orang luar labih baik dari warga tempatan.
Oleh yang demikian, katanya pelbagai pihak telah tampil memberi cadangan untuk mengangkat martabat pembantu rumah sebagai satu profesion untuk menarik minat warga tempatan.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mewujdukan intitusi latihan kemahiran pembantu rumah yang diakreditasi, mengiktiraf pekerjaan tersebut dalam Akta Pekerjaan 1955, diberikan kelayakan cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum.
Selain itu, katanya, pembantu rumah diberi kelayakan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sossial (Perkeso).
Seramai 10 perwakilan antaranya dari Dungun, Padang Terap, Beruas, Subang dan Kuala Langat turut membahaskan usul ini.
Perwakilan Kuala Langat Rogayah Ibrahim (gambar atas) mensyorkan agar DMPP menjadi pelopor untuk merialisasikan cadangan ini dengan menubuhkan akademi latihan pembantu rumah.
"Apa yang dibuat Muslimat, dapat melatih para pengasuh yang mempunyai jiwa islam. Kami berada di bawah ini sangat memohon agar selepas ini DMPP wujudkan akademi itu supaya dapat lihat. Bukan setakat usul sahaja," katanya.
Perwakilan Subang Mariam Rashid mencadangkan agar peranan suami amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah pembantu rumah ini.
Katanya, suami harus bersama-sama isteri menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama mereka berdua bekerja dan mengekalkan kualiti kerja.
"Usul ini sangat baik dan sokong sepenuhnya. Institusi pembantu rumah perlu diperdanakan, jangan melabelkan institusi ini sebagai pekerjaan yang dipandang rendah," katanya.

Muslimat lulus usul pembantu rumah tempatan
Salmiyah Harun|Foto: Rizal, | 15 Nov 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan