Rabu, 28 November 2012

JANGAN KITA NAMPAK SERTA TERCIUM TAHI ORANG YANG BUSUK....KHUATIR NAJIS YANG ADA PADA BADAN DAH TAK BOLEH DIBASUH LAGI...SUDAH JADI KERAS DAN DAH SEBATI DENGAN BADAN

TPM: Ideologi songsang tembusi benteng politik pembangkang
10:08PM Nov 27 2012
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata telah muncul kumpulan di peringkat antarabangsa yang memperjuangkan ideologi songsang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama, yang didakwanya sudah menembusi benteng politik pembangkang di negara ini.

"Kerana itu, sejak akhir-akhir ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru. Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot.

"Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot?

"Janganlah kerana perlakuan songsang ini dibenarkan di Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya," tegas Muhyiddin ketika merasmikan serentak perhimpunan agung tiga sayap Umno - Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. 

"Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang naib presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain.

"Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam," tambahnya.

Muhyiddin berkata, kita sedang berhadapan dengan tentangan ideologi baru, "kononnya atas nama kemunculan politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral".

"Di kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun," tegasnya.

Mengulas mengenai kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang itu, Muhyiddin berkata, mereka memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas.

"Undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.

"Hari ini, mereka semakin berpengaruh. Banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Mereka turut melobi supaya hak golongan songsang ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini.

"Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa," tegasnya.

Muhyiddin berkata, inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang, yang didakwanya cuba merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

"Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh sahaja," tambahnya.

Beliau mendakwa, inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang dan Umno, sebagai parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam, perlu bangkit menjadi benteng mempertahankan masyarakat daripada diasak oleh ideologi songsang tersebut.

"Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni pemikiran masyarakat kita. Jangan biarkan mereka merungkai asas-asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama Umno dan Barisan Nasional untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang," tambahnya.

  • Zuhaimi Mohd Said · · Pengulas Tertinggi · Pengurus di Dmc distribution network
    TAN SRI ....ADA KE PENYOKONG PAKATAN RAKYAT NAK PERCAYA TAN SRI PUNYA UCAPAN ..... DEPAN ORANG UMNO MEMANG LAH PECAYA PENUH....

    • Asri Ahmad · Pengulas Tertinggi
      I doubt about it. Aku rasa mau gini la gaya ucapan pemimpin, org UMNO sendiri pun goyang. Dalam tepok girang jauh di lubuk hati ada gundah dan gulana.

    • Fadzel Sulaiman · Pengulas Tertinggi
      bapak ayam ni... negeri sendiri pun dah tak mampu nak jaga... hanye di hujung2 tanduk je.... pasni Salehuddin Ayub la jd MB johor.... terbaikkk...

    • Perajulit Keadilan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Commerce Dot Com Sdn Bhd
      Wahai TPM, aku nak cadang dalam PAU tahun ini umno perlu cari penyelesaian untuk selesaikan masalah rakyat atau agenda hala tuju parti sebab itu yang rakyat nak dengar bukan nk dengar fitnah dan makian... takkan itu pon nak aku habaq jugak...dengan makian dan fitnah dalam PAU boleh tingkatkan kesedaran orang melayu terhadap PAS ke?

  • Saidon Din · Columbia University
    poorah... engkau buat cerita fitnah ni buat apa yuddin oi.rakyat malaysia bukan duk bawah tempurung lagi.kerana umno rasa orang melayu masih bodoh le dia cakap macam tu.lagi banyak kau ulang benda ni makin rakyat tak percaya dan benci lagi meluat dengan umno.

    • Pak Teh MAk TEhh · Pengulas Tertinggi
      Walaupun tuduhan tak berasas tapi yg dengar ucapannya tetap setia jadi pak angguk & mak angguk

  • Mus Mashkadov · Pengulas Tertinggi
    Dah agak dah.. makian kepada DSAI acara wajib PAU sejak tahun 1999.. hahhaha..

    • Uda Ngalah · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      nasib baik ada DSAI dapatlah jgk berucap kalau tidak tak tau nk cakap apa.. nak calkap baik diri sendiri memang tak ada pun..semua org dah tau realiti..

    • Aidan Generous · Pengulas Tertinggi · Top Commentator di Online Commentator
      Mcm lah si UMNO ni suci sgt... saja nak bising LGBT - RM40 juta UMNO Sabah belum dijelaskan, Cita Altantuya masih misteri, Beg Birkin, cinicin RM24juta, PKFZ, Wang tunai RM2j yg Muhd Taib bawa ke Brisbane.... masih nak undi parti kotor dan jijik ini? Nilai mulia? ... hanya lembu yg percaya

    • Muhd Abdul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Technip
      bagi parti syaitan yg dikenali, selagi anwar x brenti karekter dlm politik selagi tu la dowg x tidoq lena... maklumla takot, pemimpin parti syaitan yg dikenali tidoq kat bilik tanpa alas tilam yg empuk lagi wangi...

    • Muhd Abdul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Technip
      bagi parti syaitan yg dikenali, selagi anwar x brenti karekter dlm politik selagi tu la dowg x tidoq lena... maklumla takot, pemimpin parti syaitan yg dikenali tidoq kat bilik tanpa alas tilam yg empuk lagi wangi...

  • Asri Aris Mohamed · · Pengulas Tertinggi · Kuli di Penarek Becha
    sepatutnya sebagai parti yg telah nyawa2 ikan menyusun strategi bagaimana nak mempertahankan kuasa dgn cara yg betul.ni xhabis2 melemparkan fitnah, adu domba sesama rakyat.menanam politik kebencian..moga parti rasuah tebesar dan tertua ini dihumban terus dr arena politik matang di negara ini.

    • Ahmad Baei · · Pengulas Tertinggi · Ketua editor di Kalimat Cinta Sdn Bhd · 185 subscribers
      Mereka rasa masih kuat dan jagoh

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Biarkan. Mereka2 ini berfikiran bahawa mereka sedang membuatkan rakyat semakin menyokong mereka. Tapi realitinya, mereka sedang menggali kubur mereka lebih dlm lagi, yg bakal mereka semua masuki x lama lagi. & mereka jugak semakin mendekatkan diri mereka dgn gaung, yg mereka bakal jatuh terjunam x lama lagi. Kesian, dah hilang pedoman mereka ini, sehingga x nmpak jln yg mereka susuri membawa mereka kejurang yg lebih dlm. Kesiannnnnn.....

    • Arif Adam · Pengulas Tertinggi · HSBP
      Wan Adib Wan Roslan ..RAKYAT YG DIBWH UMNGOK AJE YANG AKAN MENGUNDI MEREKA..KITA SAMA2 LIHAT..JDKAN PADANG SAMA RATA KITA LIHAT SIAPA YANG TERKENA..AKU TAHU UMNGOK AKAN MAIN TIPU TAPI DOA KU PANJATKAN PADA ALLAH AGAR DIPERMUDAHKAN HARAPAN RAKYAT YANG MAHU MELIHAT NEGARA KITA TERLEPAS DARIPADA CENGKAMAN PENIPUAN DAN SIFAT2 ORG YANG MUNAFIK

    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      apa pun, pastikan pakatan akan menerajui negara, sekiranya kepimpinan pakatan terdapat, rasuah, salahguna kuasa, org2 ini taka bley dipertahankan,atau diselamat, dgn berterusan memberi sokongan , ingat, penyokong pun akan terus berdosa dgn rakyat walaupun ada sedikit imbuhan dunia, heh heh heh

    • Idaham Rasna · STI College
      Arif Adam ...
      MANAKAN TIDAK...LEPAS PAU INI NAJIBAH AKAN MEROYAN2 DENGAN LAGAK NYA MENGHABIS KAN DUIT RAKYAT SERTA MENAMBAH HUTANG NEGARA BUAT BR2.0M SANA SINI TABUR DUIT RASUAH UNTUK PRU13....

    • Nik Zuraidee Nik Mohd · Pengulas Tertinggi · INSTITUT TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG (DIP. IN SCIENCE)
      Asri Aris Mohamed
      Ini cara politik lama la....menutup ruang untuk orang lain memberikan penjelasan sedangkan pada masa yang sama menyerang,memburukkan dan memfitnah inividu tertentu...PAU sudah menjadi medan untuk menghentam bukannya medan untuk membahaskan usul berkaitan dengan kepentingan rakyat....ABU

  • Apple Juice · Pengulas Tertinggi · Ampang, Kuala Lumpur
    penyanyi gay elton john boleh pulak buat persembahan di malaysia
PAS si lebai malang, melukut tepi gantang' dalam Pakatan - TPM
9:50PM Nov 27 2012
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat umpama "lebai malang dan melukut di tepi gantang".

Dakwanya, PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR, malah kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh pemimpin dari kedua-dua parti itu.

"Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. Betul atau tidak? PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR.

"Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas.

"PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa," katanya.

Mengimbau senario parti Islam itu di tiga negeri Pakatan - Kedah, Pulau Pinang dan Selangor - calon PAS tidak diberi kuasa yang sepatutnya disandang mereka atau dasar Islam mereka tidak dipersetujui rakan gabungan.

Sebagai contoh di Pulau Pinang, Muhyiddin berkata DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS, walaupun parti itu mempunyai satu kerusi dalam DUN dan wakil rakyat PAS sehingga kini tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

"DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Walhal,sebagai parti yang mengaku memperjuangkan Islam, wakil rakyat PAS lah yang sepatutnya diberikan kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya, DAP tidak percaya kepada PAS," kata Muhyiddin.

Manakala di Kedah pula, kata Muhyiddin, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan exco kerajaan negeri yang dikuasai PAS dan apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP.

"Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS, malah menentang dasar Islam PAS.

"Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam  di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan.

"Akibat pertelagahan ini, Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang oleh beliau, diambil alih oleh menteri Besar dari PKR," kata Muhyiddin.

Timbalan perdana menteri itu mendakwa PAS dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama dan sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik.

Katanya, pertarungan sesama sendiri antara PAS dan DAP adalah "melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan BN."

"Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju. Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza," katanya.

Muhyiddin turut menempelak PAS dan DAP yang didakwanya sebagai "puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik."

"PAS sebagai contoh pernah menuduh Umno sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir’aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional.

"Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka menerima pendirian Umno dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama Umno.

"Malah, DAP menuduh Umno sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan kebencian orang bukan Melayu terhadap Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Sebenarnya, dakwa Muhyiddin, PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka.

"PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci Umno dan menyokong mereka.

DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.

"Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita," katanya.

Sehubungan itu, dakwa Muhyiddin, pada hakikatnya parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman "didalangi oleh PAS dan DAP", bukannya Umno, MCA, MIC atau parti komponen BN yang lain.

"Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi PAS masuk syurga, sembelihan orang Umno tidak halal, solat berimamkan orang Umno tidak sah.

"Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang Umno yang merupakan saudara seagama mereka. Merekalah yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian," katanya.


  • Saaid Ramdzan · Pengulas Tertinggi · Royal Military College, Sg Besi
    Betul TPM..sama jugak masa UMNO lebih kerusi di Pulau Pinang Ketua Menteri masih Koh Soo Koon.Yg lagi hebatnya MCA dan Gerakaan yg kalah masa PRU pon jadi menteri pintu belakang..bukan takut, tapi kena tunggang la tu, whatever dah namanya masyarakat majmuk..tak payah la jadi nyamuk, buat sakit telinga aje.

    • Senah Aje · Pengulas Tertinggi · Skjt
      sekarang UMNO majoriti DUN pembangkang kt penang...tp pengerusi BN masih cina gerakan, malah awal2 lg najib da bg jaminan KM penang tetap dari cina gerakan..........tangan umno da kena pulas ke belakang....
      buat AGM umno tp banyak cerita pasal parti org lain.....

    • Fadzel Sulaiman · Pengulas Tertinggi
      bapak ayam ni hanye berani berkokok depan betina2 umno je.... aku rasa kalau ajak berdebat dgn pemimpin2 PR, terus komen yg debat ni bukan budaya kita... kakakakaka... dasar bapak ayam

    • Muhammad Afizul · · Pengulas Tertinggi
      TPM ni lupa sbnrnye umno lah yg melukut di tepi gantang...tgk lah sndri chua soi lek hina islam mane dorang brani nak mrh tp ble karpal nak saman MPKB kerajaan negeri kelantan x de hlang pon,mlah trus mmprsilan kan saman trsebut....

    • Muhammad Afizul · · Pengulas Tertinggi
      TPM ni lupa sbnrnye umno lah yg melukut di tepi gantang...tgk lah sndri chua soi lek hina islam mane dorang brani nak mrh tp ble karpal nak saman MPKB kerajaan negeri kelantan x de hlang pon,mlah trus mmprsilan kan saman trsebut....

    • Tokijan Abd Halim · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Tibar Layar (M) Sdn Bhd.
      Tu namanya perkongsiaan kuasa.....UMNO dsh bsnysk pegang kuasa di negeri lain.....bagilah juga orang Cina. Tapi bila DAP berkuasa PAS melopong tak dapat apaa pun....kesiannnn.

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 227 subscribers
    Maka berhujahlah TPM tentang PR.. dan yg diserang PAS..dan diperlekehkan...sedangkan PAS lah parti yg puas dipujuk utk bersatu dengan UMNO..melalui parasit yg dikenali Hasan dan Nasha....usaha itu gagal kerana PAS menolak mentah mentah penyatuan dgn UMNO yg merupakan malapetaka bagi bangsa Melayu dan Islam..UMNO sebenarnya kehilangan arah..mengemis simpati dari rakyat... mereka tahu kelemahan mereka dan kenapa rakyat menolak tapi UMNO tidak terdaya utk menghalang amalanrasuah, penyelewengan, kroisma yg dibenci rakyat.. kerana itulah wajah UMO.. tanpa amalan sesat itu UMNO ibarat lagu tanpa irama.....

    • Jom Undi Pakatan Rakyat · Pengulas Tertinggi · Harvard University
      Lagu tanpa irama? Hahahahaa... Mudim meroyan lg...hehhee... Tengok muka dia, xde karisma langsung nk jd org #1. SUDAHLAH MUDIM... BOLEH BLAH! tp jauh di sudut hati, sekarang ini aku penyokong kuat mudim sbb dia dlm misi sulit hehe... kredit utk PR ke Putrajaya. Ayuh mudim, sebelum najib buat sesuatu baik kau pancung dia dulu!

    • Fadzel Sulaiman · Pengulas Tertinggi
      Bro... perangai bapak ayam mmg mcm tu.... kakakaka

    • Matt Zackk · · Pengulas Tertinggi · Di Mana~mana Saja
      Hujah kebudak-budakan TPM yang jadi Menteri Pelajaran...aku kategorikan sebagai hujah yang menikam angin...Apa masalah dengan menghasut? Bukankah politik itu propaganda..apa salahnya menghasut rakyat untuk membenci UBN yang zalim, rasuah dan mengambil kesempatan atas kenaifan rakyat terutama saluran 1. Apa salahnya menghasut rakyat menolak pemimpin dayus yang mengaku memperjuangkan Islam tapi menikus bila berhadapan dengan rakan kongsi ?Apa salahnya menghasut rakyat agar membebaskan agensi2 kerajaan daripada diperlembukan oleh UBN? Memang....PR memang menghasut rakyat untuk membenam keangkuhan UBN.. !

    • Mazmin Korib · Pengulas Tertinggi · Malaysia di Penyawit Tua
      Nak tau melukut ditepi gantang atau tidak, cepatlah diadakan PRU13, baru tau melikut xmelukut.

    • Tokijan Abd Halim · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Tibar Layar (M) Sdn Bhd.
      Itu tandanya PR sampai bila pun tak akan sokong Islam, sampailah akhirnya PAS berangan2 Haji Hadi jadi PM...kesian.

  • Panglima Megat Tarawih · · SMI Ipoh · 1,334 subscribers
    memang patut pun unmo di tumbangkan..dah tak sesuai lagi statement TPM yg sebegini rupa dalam ucapannya akal TPM masih di tahap budak tadika...tinggalkan umno selamatkan malaysia dari pemimpin bahalul begini

  • Miswan Giman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR Selangor
    Peluang berucap sepatutnya digunakan bagaimana umno nak kekal berkuasa dalam bn bukan mencerca orang lain, bagaimana hendak terus memerintah jangan jadikan perhimpunan ini sebagai perhimpunan terakhir sebelum umno berkubur dan jangan bermengah dengan kemenangan yang pernah dicapai.. Masa akan berubah sebagai mana roda berputar.

    • Raqiah Idris · · Pengulas Tertinggi
      ucapan yg sama sekali tak bermutu....malu betul nak dengar.

    • Rohan Abd Rahman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Perodua
      lebai ke..khatib ke..kuda ke..gajah ke..,itu semua benda basi yang kami dah muak nak dengar...wei Muhyidin..,kami TETAP DAN BERTEKAD AKAN MEMASTIKAN UMNO DAN BN AKAN DILENYAPKAN DARI BUMI MALAYSIA INI !!!

    • Fadzel Sulaiman · Pengulas Tertinggi
      Miswan.... mane ade pemimpin umno yg berkaliber mcm pemimpin2 PR... depa tu smua garang di depan betina2 umno je.... kakakakaka... lepas perhimpunan, masing2 himpit betina2 umno yg bergetah dan gangnam style di kelab2 malam.... poraahh...

    • Faqirah Abdullah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kerja sendiri
      ingat pompuan je yg tau anyam ketupat rupanya orang lelaki sama gak...bertaubatlah...

    • Ahmad Jakobi · Pengulas Tertinggi
      Raqiah Idris ..siannnn dia..biarla dia berkokok..selagi masih ada suara..sekurang2nya kita tahu mentaliti seorang yang mengidam sangat nak jadi orang nombor 1 Oumno ni.

    • Tokijan Abd Halim · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Tibar Layar (M) Sdn Bhd.
      MG...cuma bezanya UMNO tidak mendoakan kehancuran PAS....mereka ajak untuk perpaduan umat Islam.....bukan PAS yang anut fahaman khawarij.

  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Wow! PAS melukut tepi gantang (kenyataan TPM)?? Apa benarkah begitu, ker mr. TPM yg bercita2 tuk jadi PM ni jeles giler PAS/Pakatan bakal mendominasi Putrajaya dlm PRU13 nnti? maka dgn itu terlepaslah cita2nya yg mulia utk menjadi PM, begitukah wahai muhyiddin?? Meh nak citer sape melukut tepi gantang. Yg melukut tepi gantang itu adalah setiap komponen dlm bn itu sendiri, samada umno, mca, mic dll. Krn apa? Krn tiap parti komponen ini telah pun hilang sokongan masing2 dari rakyat malaysia. Umno telah pun hilang sokongan melayu, mca telah hilang sokongan cina, begitu jugak mic dll parti komponen bn. Sbb itulah, tiap parti komponen bn adalah melukut tepi gantang dlm arena politik malaysia. Krn masing2 ditolak oleh rakyat malaysia. Rakyat telah nmpak , bahawa masa depan mereka bersama Pakatan Rakyat. Titik!...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Saya rasa rakyat malaysia pun bersetuju dgn statement saya, bahawa yg melukut ditepi gantang adalah setiap parti komponen bn itu sendiri...

    • Adi Putra · Pengulas Tertinggi · Unand
      Melukut tepi gantang tu senikata lagu aisyah.. aisyah pun sekarang pun dah dok dalam pas...kahkahkah wodoh punye tpm muhidin setan sembap ni.

    • Ruzaili Fazli · Pengulas Tertinggi · Pasir Mas
      itu sifat orang yang gila"muye"...takut hilang kuasa...

    • Master Fahmi · Institut dakwah islamiah perkim
      Kita tengok PRU 13 siapa melukut siapa.........
Umno janji bela bangsa Melayu, rakyat M'sia
10:26PM Nov 27 2012
Umno hari ini berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya, dengan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa sepanjang 66 tahun memperjuangkan Melayu dan Islam, Umno tidak pernah menganiaya mana-mana kaum.

"Justeru, Umno akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama.

"Inilah keadilan Umno. Inilah kesaksamaan Umno. Pejuang Umno tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan Umno," tegasnya ketika merasmikan serentak perhimpunan agung tiga sayap Umno - Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Kepada mereka yang hadir di PWTC dan rakyat di luar sana, Muhyiddin berkata: "Inilah janji Umno dan Barisan Nasional."

"Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang.

"Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama," katanya.

Muhyiddin juga meminta mereka merenung dan menilik apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Walaupun pembangkang mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita terpedaya.

"Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan permata,." tambahnya.

Dalam jaminan Umno untuk bangsa Melayu, Muhyiddin berkata parti itu terus komited untuk membela bangsa Melayu di mana usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh perdana menteri.

"Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit.

"Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. Insya-Allah, dengan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020," tegasnya.

Begitu juga dengan perjuangan Islam, yang menurut Muhyiddin Umno tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam.

"Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan. Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik.

"Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita.

"Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan Umno untuk memartabatkan Islam," tambahnya.

Menurutnya lagi, matlamat Umno mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah "perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini".

"Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci Umno mesti kita perkukuhkan," katanya.

Umno di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara dan "Umno telah merasai denyut nadi rakyat".

Mengenai pilihan raya umum, Muhyiddin berkata parti itu sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara.

"Sebagai timbalan presiden dan pengarah pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah.

"Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan Umno dan Barisan Nasional. Insya-Allah," tegasnya.

Sehubungan itu, Muhyiddin mengingatkan bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan parti.
Deepak kesal terlibat dengan SD Bala

EKSKLUSIF Ahli perniagaan Deepak Jaikishan kesal dengan penglibatannya dalam usaha membuatkan P Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendiang Altantuya Shaariibuu.
Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini lewat malam tadi, Deepak berkata beliau hanya terlibat dalam usaha berkenaan atas permintaan seorang "kawan wanita" yang didakwanya mempunyai hubungan dengan satu pihak yang mungkin akan terjejas jika pengakuan bersumpah pertama itu tidak digugurkan.

NONE"Saya diminta membantu oleh seorang kawan, saya bersetuju untuk membantu beliau kerana saya boleh lihat akibat yang akan dialami keseluruhan kumpulan itu.
Itulah bagi saya – terlibat dalam keseluruhan masalah Bala ini – satu kesilapan.

"Saya tiada kena mengena (untuk terlibat). Saya seorang ahli perniagaan. Saya kecewa kerana membantu seorang kawan yang saya anggap sejati... Saya tidak sepatutnya terlibat dalam filem James Bond ini," katanya.

Deeepak bagaimanapun enggan menjelaskan identiti kawan wanitanya itu.

Deepak diketahui mempunyai hubungan rapat dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang disifatkannya sebagai seorang "kakak".

Ditanya mengenai kekesalannya itu, Deepak selepas berfikir panjang berkata: "Tidakkah anda akan kesal apabila terlibat dengan sesuatu yang amat keruh, yang melibatkan pembunuhan, yang melibatkan begitu banyak perkara yang amat negatif, tidakkah anda akan mengesalinya? Siapa saja akan mengesalinya".
Usahawan permaidani itu menambah, masalah tersebut memberi "aura negatif" ke atasnya sebagai seorang ahli perniagaan.
Muhyiddin: Pas, DAP tebal sentimen 'kaum dan agama'
Wartawan Sinar Harian
27 November 2012
Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Pas dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama selain masih sangat berbeza dari segi ideologi dan  pendirian politik.
Berucap merasmikan serentak Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ketiga-tiga sayap Umno malam ini, Muhyiddin berkata, setelah bertarung sesama sendiri, kini  Pas dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama  politik yang cuba ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional.
"Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya  mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju.
"Sehingga ke hari ini Pas dan DAP sentiasa bersengketa,  bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana  ideologi yang jelas berbeza," kata beliau dalam ucapannya.
Katanya, sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara  bersama tidak pernah diingkari.
"Janji untuk bekerjasama  dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini  sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak  kekuatan Barisan Nasional," kata beliau lagi yang memulakan ucapannya dengan menyentuh kedua-dua parti pembangkang itu.
"Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga  dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan  Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian  kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan  semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan  makmur hingga ke hari ini.
"Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau  dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa  mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang  sempit bagi menagih laba politik," katanya.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, Pas sebagai contoh pernah menuduh Umno sebagai parti sekular, parti taghut, parti  mustakbirin, parti fir'aun, parti kafir semata-mata kerana  kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam  BN.
"Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti kom ponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka me nerima pendirian Umno dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut  yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama Umno.
"Malah, DAP menuduh Umno sebagai parti rasis dan  parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan ke bencian orang bukan Melayu terhadap Umno dan Barisan  Nasional," katanya lagi.
Beliau yang menjawat jawatan Timbalan Presiden sejak 2009 menambah, "sebenarnya saudara-saudari, Pas dan DAP berbuat  begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu  kepada parti mereka."
"Pas menggunakan sentimen agama  yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci Umno dan menyokong mereka.
"DAP pula menggunakan  sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut  orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan  parti-parti lain dalam Barisan Nasional  supaya orang bukan  Melayu menyokong mereka.
"Semuanya ini dilakukan atas  dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah,  tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat  berbilang kaum dan agama di negara kita," katanya
  • David Choo · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
    kah kah kah, gelak nak pecah perut.... BOdohnya kenyataan seorang TPM.... tepuk dada tanya la selera... siapa lebih bersifat perkauman... UMPENYAMUN atau PR????????
    • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
      memang mahyuddin nak bagi umno/bn kalah...mungkin beliau tahu
      harapan nak jadi pm tak akan recapai..
    • Razman Rashid · Top Commenter
      hahaha..aku pun nk tumpang gelakkkkkkkkkkkkk....hahahaha..mat sembab btol la tpm ko ni zinbad

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
      Daftar FREE dulu disini:
      http://www.simplebisnes.com/wangmasuk
  • Senah Aje · Top Commenter · Skjt
    dari awal sampai akhir berucap mengenai parti pas/pkr/dap.........ini AGM parti sape sape sbnrnya??
    .....dahla berucap macam pakcik yg suka melepas kt pagoh sambil hisab rokok daun........xde point, xde nilai intelek, xde visi utk kemajuan anak bangsa melayu
  • Alias Abdullah · Top Commenter · St Gabriel's School, Kuala Lumpur
    Ucapannya hanya untuk murib2 sekolah darjah 4 dan 5. Dia ingat rakyat sekarang masih tak pergi sekolah. Jangan memperbodohkan ahli2 umno tu. Kesian mereka kena dengar ucapan bodoh dari tpm.
  • Ezree Ezry · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
    Bila UMNO bebicara soal PR yg akan menjadi igauan buruk...tidur xlena la...

    Pagi petang,siang malam dok pikiaq KALAU UMNO TUMBANG PRU KALI NI....SAHIH PENING
  • Ben Karemo · Top Commenter · Uitm arau
    Sudah TPM....Jgn cakap banyak lagi...sekarang dah boleh mengira hari hari terakhir sbg TPM....

    Bakal Meletop...!! baru je masuk Malaysia, Indonesia & Singapura...... Anda JOIN, tak PANDAI SPONSOR pun dapat pasif income... (cuma tak byk, tp dapat TIAP_TIAP BULAN).. Kalau pandai sponsor: income meletop TIAP2 MINGGU..!! Bonus terus masuk ke akaun Kad Debit anda.. Produk SISTEM TERBAIK..!! Anda ada bisnes apa saja, MLM ke, insurans ke, jual barang di FB..? Sistem kami sediakan landing page FREE, bg autoresponder free.. hosting FREE...!! Jom TEAM UP dengan KAMI: http://mohdaidil.stiforpmy.com/?SOURCE=Sinar atau http://www.stiforp.asia/Mohdaidil/?SOURCE=Sinar (jika bersama group kami, dapat EXTRA Sistem p.o.w.e.r.)
  • Yang Reti Base · Top Commenter
    Adakah Muhyiddin Yasin masih menuduh PAS yang mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC? Tidakkah dia sedar UMNO menjadi kafir, zalim dan fasiq kerana kerajaan UMNO tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT sebagaimana perintah-Nya dalam al-Quran: al-Maidah: 44, 45 dan 47; dan bukan kerana kerjasama mereka dengan MCA dan MIC.
    Dengan kata lain, kerjasama UMNO dengan rakan-rakan bukan Islam dalam BN tidak menjadikan UMNO kafir, tetapi pelanggaran perintah Allah itulah yang menjadikan UMNO itu kafir, zalim atau fasiq. Muhyiddin jangan cuba hendak sedapkan hati sendiri, sedangkan pengikut UMNO bertambah sesat kerana percaya kepadanya!!!
  • Abe Piea
    PILIH PAKATAN RAKYAT; ISLAM/MELAYU TAMBAH KUAT DAN RAKYAT SELAMAT.
    Calon wakil rakyat Islam/Melayu jauh lebih ramai, lebih baik (alim/bijak) dlm PR berbanding dlm BeeNd.

    PAKATAN RAKYAT = PAS, PKR, DAP;.
    =1 ISLAM/MELAYU: I MELAYU/ISLAM/PELBAGAI KA
    UM/AGAMA: 1 PELBAGAI KAUM/AGAMA/termasuk Melayu Islam.

    BARISAN NASIONAL = UMNO (MELAYU ISLAM), MCA (CINA), MIC (INDIA), GERAKAN (CINA) PPP (INDIA), PBB (DAYAK), SUPP (CINA), PBS (KADAZAN), LDP (CINA), PBRS (CINA), UPKO (KADAZAN/KRISTIAN), SPDP (CINA), PRS (IBAN).
    = 1 MELAYU ISLAM : 12 PERKAUMAN/KAFIR.

    A.B.U.BeeNd! Takbir!
    • Abe Piea
      AWAS! Fitnah merupaka talian hayat terakhir umNGOK (gerombolan Dajjal Pendusta)
    • Bee End · Top Commenter
      Dah nak tumbang terpaksa pakai senjata FITNAH.
  • Khairul Izman · Top Commenter · Sultan Idris University of Education
    MANA TELUR MUHYIDIN APABILA MCA DIKETUAI PELAKON PORNO CHUA LEK MENGHINA HUDUD MENGHINA ISLAM,,,,,,,,,,MANA TELUR NAJIB APABILA MCA HINA ISLAM DEPAN BIJI MATA DIA...PEMIMPIM UMNO YANG MUNAFIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
  • Naza Djan · Top Commenter · Bayan Lepas
    korek lubang sendiri agaknya pak yidin ni,bceramah sakan eih depan ng0k2nya....................
  • RedOne Shah · Top Commenter · Executive at MACRES
    hisamudin kata elakkan hentam PR... muhidin tak ikut hahaha
Nota bicara pembunuhan Altantuya untuk siasatan Scorpene?

Seorang peguam Perancis yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, berkata para hakim Perancis yang menyiasat skandal Scorpene, tidak mempunyai pilihan tetapi akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan mereka.

NONE"... mereka sudah pasti akan menelitinya," kata Apoline Cagnat
(tengah dalam gambar), di majlis taklimat untuk ahli Parlimen Malaysia di Singapura hari ini.

Walaupun pembunuhan Altantuya bukan merupakan elemen paling kritikal dalam siasatan tersebut - yang memberi tumpuan kepada dakwaan pembayaran komisen dalam perolehan dua kapal selam kelas Scorpene oleh Malaysia - tetapi ia adalah salah satu aspek utama, kata Cagnat.

Oleh itu, beliau percaya dua hakim penyiasat akan meminta nota prosiding perbicaraan kes pembunuhan itu, di mana dua anggota keselamatan, telah disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya.

P'raya umum: Najib minta ahli Umno jangan khianat

Beberapa pemimpin tertinggi Umno hari ini memberitahu bahawa presidennya Datuk Seri Najib Abdul Razak memberi peringatan supaya ahli tidak melakukan sabotaj ke atas parti dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, Najib juga menggesa supaya semua ahli bersatu dan menggiatkan usaha bagi tujuan itu.

pm open house 190812 najib"Tadi presiden ingatkan kita bahawa kita berada di ambang pilihan raya. Bermakna bahawa kita perlu rapatkan barisan, bekerja bersungguh-sungguh dan pastikan kita mendekati rakyat dan jangan mengkhianati parti.

"Penting kesatuan sesama kita. Bermakna bahawa ambang pilihan raya menuntut kita bekerja bersungguh-sungguh kalau kita betul-betul sayang kepada parti," katanya yang menambah perhimpunan kali ini juga "akan menentukan masa depan rakyat Malaysia".

Sementara itu, ketua sayap pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata Najib dalam taklimat berkenaan juga mengarahkan agar ketua bahagian dan pemimpin parti meningkatkan "serangan" dengan mendekati pengundi.

NONE"Antara ayat yang ditegaskan untuk mempertahankan kedudukan kemenangan bagi BN sebagai pemerintah di peringkat nasional ialah kita perlu serang.

"Serang ialah berjumpa dengan rakyat dan memberitahu bahawa misi dan hala tuju kita lebih baik daripada pembangkang," katanya.

Khairy bagaimanapun hanya tersenyum apabila ditanya sama ada Najib memberitahu bila tarikh pilihan raya semasa taklimat tertutup itu.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rafidah Aziz pula berkata, taklimat yang diberi presidennya sangat jelas supaya semua ahli umno bersatu menjadi sebuah pasukan bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka sengit.

NONEMenurut Rafidah, matlamat mereka bukan sahaja mahu menang tetapi perlu bekerja kuat bagi memastikan negeri-negeri yang tewas kepada pembangkang pada 2008 dapat ditawan semula.

"Kita jangan ambil sambil lewa pilihan raya ini. Ini mustahak. Kerana 2008 itu pengalaman pahit, jadi tahun ini kita harus tebus.  Dulu kita kalah ada sebab-sebab dalaman," kata Rafidah.



  • Farouk Harakiri · Pengulas Tertinggi · Senior Technician di Singapore Technologies Aerospace Limited
    hahah Pengkianat tak akan mengaku kianat macam itu jugak munafik tak akan mengaku dirinya itu kafir.. jadi terimalah kenyataan wahai PM tersayang BN nie.. hayat jawatan PM tu dah semakin panas untuk kamu..

    • Perajulit Keadilan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Commerce Dot Com Sdn Bhd
      hayat PM hanya tinggal 2-3 bulan jer lagi...lepas ni kamu akan merempat di penjara perancis...

    • Zaman Bujang · Pengulas Tertinggi
      seraaaang ...... seraang ......sewaaang ......sewang ...... wang .....wang ....... keh keh keh.....

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 227 subscribers
    Jika tidak menjadi calon walhal sudah melabur ratusan ribu ringgit utk berkempen.. pasti berlaku sebotaj ..itu perkara biasa dalam parti yg mengutamakan kedudukan dan kuasa... perjuangan bukan lagi mengutamakan kebajikan rakyat tapi utk kepentingan sendiri..

  • Matt Zackk · · Pengulas Tertinggi · Di Mana~mana Saja
    Keresahan PM itu ada benarnya... kerana ini adalah perhimpunan terakhir mereka sebagai KEREjaan Pusat. Cuma Opah Pidah..aku tak setuju kalau dikatakan BN KO 5 negeri 2008 sebab masalah dalaman.. Sebanarnya itu adalah loceng amaran yang digerakkan oleh rakyat sendiri melawan segala bentuk kemunafikan dan persekongkolan semua aparat-aparat yang keparat.. Apabila UBN masih dalam sindrom penafian..maka terimalah akibatnya..rakyat tiada pilihan lain lagi melainkan mengkebumikan kalian di lipatan sejarah PRU13!

  • Steve Lee · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    mmg 2008 pengalaman pahit dan menakutkan buat kroni

  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Ada org berkata serangan adalah pertahanan yg terbaik, saya setuju. Tapi dlm konteks umno, serang ke bertahan ke sama je. Klau nak kata serang, tiap hari media pengampu kerajaan serang pakatan pembangkang, samada elektronik & cetak. Resultnya?? Hampeh! Yg lebih teruk, tiap dari media perdana pengampu tersebut telah jatuh rating. Ia telah terjadi pd utusan meloya dgn teruk, & sedang terjadi pd tv3 suku. Propaganda yg dimainkan selama ini rupanya memakan diri tuan punya badan, & tuan punya repot. Tahniah 4 nothin! Ini terjadi dgn ketentuan Yg Maha Kuasa. 'Kun fayakun'...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Wahai umno/bn, sudah2 la. Serang ker, bertahan ker, atau pun buat apa sj ia tetap sama. Anda telah pun ditolak oleh rakyat malaysia, samada anda suka ataupun x. & penolakan ini semakin lama semakin DERAS & KUAT, it's simply unstoppable! Ini pun terjadi dgn ketentuan Allah Pemilik Sgala Kekuasaan. Krn apa?? Krn telah ditakdirkan umno/bn tamat & expired tempoh pemerintahannya, setelah berbagai onar yg dilakukan. Penamatan itu bakal terjadi dlm PRU13, insyaAllah hil 'aziim. Begitu ketentuan Yg Maha Berkuasa, begitu jua ia akan berlaku. Bersedialah utk menjadi pembangkang lepas ni...

    • Aidan Generous · Pengulas Tertinggi · Top Commentator di Online Commentator
      Serang... serang.. Perjuangan agama lebih mulia drpd perjuangan bangsa/parti. Fikirkanlah..

    • Adi Putra · Pengulas Tertinggi · Unand
      Takkanlah ahli2 umnongok jerit2 nama Altantunya kat pwtc dianggap pengkhianat.. Perhimpunan agong nanti nama Altantunya akan kembali berkumandang di pwtc, baru la org nak tengok...

  • Long Ok · Pengulas Tertinggi
    tak ikut Islam sepenuhnya itu pun khianat namanya

  • Cheng Ho · Pengulas Tertinggi
    kecuali ada dapat jd calun atau dapat projek , klu tidak pasti akan byk yg jd pekhianat.itu da jd budaya umno.

  • Mujahid Yusoff · Pengulas Tertinggi · University of Texas Medical Branch
    Maka bermulaah majlis acara ucapan para perwakilan menghentam Pembangkang diselang-seli dengan acara tepuk sorak yang akan disiarkan dalam TV dan akhbar mereka, begitulah setiap tahun..

  • Abdullah Chik · Pengulas Tertinggi · Pengurus di Kerja sendiri
    UMNO KALAU BERANI BERIKAN PELUANG PADA CALON BARU ..ORANG MUDA BUKAN DUDUK HARAP YANG DAH TUA TUA BELAKA...UMNO LEMAH BUKAN KERANA SOBOTAS UMNO LEMAH KERANA TAK ADA LAPIS BARU UNTUK MEMIMPIN UMNO...YANG LAMA TAK MAHU LEPAS JAWATAN..

    • Shahrulzaman Shafie · Pengulas Tertinggi
      YG DAH JADI PM SELAMA 22 TAHUN MASIH TIDAK MAHU BERSARA MALAH SANGGUP MENJATUHKAN PAK LAH DIRURUHNYA BERHENTI. TENTULAH ADA SEBAB SEBAB DIA ENGGAN DUDUK DIAM.

  • Abdul Muizz Annafi · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pengangguran · 124 subscribers
    ahli umno yuran pun tak bayar mana tahu mereka masih ahli umno lagi...
    kianat pasti akan berlaku kalau tak dapat habuan dan terpilih menjadi calun itu lah perjuangan umno

  • Anggun Atok · Pengulas Tertinggi
    mungkin ini adalah kali terakhir umno berhimpun..pru13 bn tewas orang dalam umno akan cabut lari sebab ahli semuanya pengkhianat....

  • Mohammad Noor Nazri · Pengulas Tertinggi · Cosmopoint College Of Technology
    BN kalah punyah...klu tak tipu...

  • Zulfatah Zulkarnain · Pengulas Tertinggi · Sek men teknik pengkalan chepa kota bharu kelantan
    bo;eh percaya ke ahli umno tak khianat ? selama lebih 22 tahun saya bergelumang dalam umno....khianat adalah perkara biasa , bila tidak dicalonkan atau individu pilihan tidak tidak dicalonkan...itulah SOP umnongok.....

  • Rosmaiza Daud · Pengulas Tertinggi · 37 years old
    NAJIB SINDIR MAHATHIR HAHAHAHAHAHA

  • Sabtu Ahad · Pengulas Tertinggi · UKM(Kej Awm)
    serang dengan aturcare pru 13 yang telah diatur oleh SPR terhadap ratusan ribu pengundi2 yang tak dikenali........nnti keje org2 umno jadi gembale mereke2 inilah....itulah maksud serang oleh ameno!



Guru tadika dapat hak jaga anak diislamkan bekas suami

Seorang guru tadika memperoleh hak penjagaan terhadap tiga anaknya yang diislamkan bekas suaminya.
  
Ini kerana Muhammad Ridzuan Abdullah atau sebelum memeluk Islam dikenali sebagai K Patmanathan, kehabisan peluang untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh memberi hak penjagaan anak-anaknya kepada M.Indira Gandhi, 37, yang beragama Hindu.
  
Panel lima anggota diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini menolak dengan kos permohonan Muhammad Ridzuan, 43, untuk mendapatkan kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan.
  
Muhammad Ridzuan mengemukakan permohonan itu setelah rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 April lepas berikutan kegagalan memfailkan rekod rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
  
Mahkamah Rayuan menolak permohonan Muhammad Ridzuan selepas berpuas hati bahawa tidak terdapat asas atau keadaan khusus untuk memberi pelanjutan masa kepadanya bagi memfailkan rekod rayuan.

Muhammad Ridzuan memfailkan notis rayuan pada 11 Mac 2010 dan dikehendaki memfail rekod rayuan dalam tempoh lapan minggu mulai tarikh beliau memfailkan notis rayuan, namun peguam yang mewakilinya sebelum ini tidak berbuat demikian.
Rekod rayuan berkenaan difailkan setahun kemudian.
  
Pada prosiding hari ini, Hakim Arifin memerintahkan Muhammad Ridzuan membayar RM10,000 sebagai kos guaman.
  
Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Pada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi hak penjagaan Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 15, Karan Dinish (Abu Bakar), 14, serta Prasana Diksa (Ummu Habibah), empat tahun kepada Indira, dan membenarkan Muhammad Ridzuan melawat anak-anaknya sekali seminggu.
  
Mahkamah itu juga memerintahkan agar Prasana Diksa, yang tinggal bersama Muhammad Ridzuan, dikembalikan kepada Indira manakala dua lagi anak mereka, yang tinggal bersama Indira, terus tinggal bersama ibu mereka (Indira).
  
Muhammad Ridzuan memeluk Islam pada April 2009 dan mengislamkan anak-anaknya tanpa keizinan Indira.
  
Pada 24 April 2009, Indira memperoleh hak penjagaan sementara terhadap anak-anaknya daripada Mahkamah Tinggi Ipoh.
  
Pada 29 Oktober tahun sama, Muhammad Ridzuan, yang diwakili peguam Anas Fauzi, memperoleh hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah.

K.Shanmuga, antara peguam yang mewakili Indira, memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan esok untuk menyebut permohonan semakan semula kehakiman Indira bagi mengetepikan sijil pertukaran agama anak-anaknya.
  
Peguam itu berkata satu prosiding menghina mahkamah terhadap Muhammad Ridzuan akan dimulakan berikutan kegagalannya mematuhi perintah Mahkamah Tinggi agar Prasana Diksa dipulangkan kepada Indira.
  
- Bernama

Tiada ulasan: