Rabu, 21 November 2012

Palestin OH Palestin

22 Syahid Termasuk 7 Kanak-Kanak, 225 Cedera Dalam Serangan Udara Israel

Posted on the November 17th, 2012 under Luar Negara by admin






17 November 2012 – GAZA, (PIC) Tentera penjajah Israil memulakan hari ke-3 keganasan ke atas Semenanjung Gaza, mengebom dengan ganas dan berterusan pelbagai sasaran di bahagian-bahagian berlainan di semenanjung tersebut di mana sejak petang Rabu jumlah syuhada meningkat kepada 22 orang termasuk ketua briged Al-Qassam, Ahmed al-Jabari dan mencederakan lebih 255 orang dalam berdozen-dozen serangan Israil yang mengenai kebanyakan bahagian di Semenanjung Gaza.
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza memaklumkan wartawan PIC bahawa 7 orang kanak-kanak, seorang wanita mengandung dan 2 orang warga tua termasuk dalam senarai yang syahid sementara 225 orang cedera selepas kesyahidan 3 orang dalam serangan Israil yang mensasarkan rumah di Jalan al-Sika di kota Beit Hanoun pada lewat petang Khamis.
Dr. Ashraf Qudra, jurucakap Kementerian Kesihatan menyatakan pesawat tempur Israil mensasarkan orang awam di kota Beit Hanoun yang mengakibatkan kanak-kanak Fares Bassiouni, 9, Uday Jamal Nasser, 16 dan Tariq Jamal Nasser, 14 syahid selain mencederakan Nasser, ayah kanak-kanak tersebut.



Kanak-kanak perempuan Hanin Tafesh, 10 bulan pula syahid pada petang Khamis di Hospital Shifa di Gaza akibat kecederaan sewaktu serangan tersebut.
Bagi pihak Kementerian Kesihatan, menterinya Gaza Mufid Al-Makhllaty menyatakan “apa yang berlaku di Semenanjung Gaza adalah jenayah perang, kaedah Israil bertindak di Semenanjung Gaza mengimbas kenangan Perang Furquan di mana 1,520 warga Palestin dibunuh dengan kejam dan mencederakan 5,000 yang lain”.
Angkatan tentera udara Israil masih meneruskan serangan ke atas pelbagai kawasan dan sasaran di Semenanjung Gaza hingga ke saat ini.
Aman Palestin

49 Warga Palestin Syahid: Keganasan Israil Ke Atas Gaza Meningkat Menjelang Hari Ke-5

Posted on the November 18th, 2012 under Luar Negara by admin





PNN – Lebih 30 serangan udara mengenai beberapa tempat di Semenanjung Gaza yang meningkatkan jumlah kesyahidan penduduk Palestin kepada 49 dan lebih daripada 452 cedera termasuk 145 kanak-kanak dan 75 wanita.
Sumber perubatan di Gaza mengatakan dua kanak-kanak, Jumana dan Tamer Abu S’efan terbunuh dalam serangan ke atas rumah mereka dan ramai lagi orang awam cedera dalam siri seranga udara terbaru yang dilancarkan oleh IOF di kawasan Beit Lahiya di utara Semenanjung Gaza.
Empat warga Palestin cedera dalam serangan udara yang dilancarkan di kejiranan al-Remal di tengah Semenanjung Gaza di mana pesawat tempur Israil melancarkan tiga roket ke Kompleks As-Saraya. Krew perubatan dan penyelamat memindahkan mangsa yang cedera ke Hospital al-Shifa.



Media Palestin melaporkan serangan udara Israil yang lain dilancarkan pada waktu subuh ke atas kompleks pejabat media di bandar Gaza yang mencederakan enam wartawan.
Sumber perubatan mengesahkan jurugambar, Kahder Al-Zahhar telah kehilangan kakinya akibat serangan udara Israil ke atas menara media di tengah bandar Gaza.
Saksi-saksi mengatakan kapal perang Israil turut menyerang pelbagai kawasan berhampiran pesisir pantai kem pelarian Nussairat di tengah Semenanjung Gaza.
Mereka turut berkata kapal perang Israil giat menembak ke arah kediaman awam di bahagian barat kem.
Sumber perubatan di Hospital al-Shifa baru sahaja melaporkan terdapat penduduk Palestin yang syahid dalam serangan udara Israil di kejiranan al-Shaja’ya.
Agensi Berita Rasmi Palestin, WAFA memaklumkan seorang wanita Palestin, Sa’diyeh al-Deed telah terbunuh dalam serangan Israil di kejiranan al-Shaja’ya.
Aman Palestin

Cristiano Ronaldo Lelong Kasut Emas Sumbang Derma Kepada Palestin

Posted on the November 20th, 2012 under Luar Negara by admin






Cristiano Ronaldo, Pemain bola sepak termahal di dunia mengubah pandangan dunia terhadapnya apabila dia telah memberikan kasut emas yang dimenanginya kepada lembaga amal bagi membantu anak-anak Palestin.
Bekas pemain Manchester United itu yang kini bermain bersama kelab Real Madrid telah dilaporkan melelong kasut emas miliknya yang dimenangi pada tahun 2011 pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.
Sokongan Cristiano Ronaldo terhadap rakyat Palestin adalah signifikan dan pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda sokong pembebasan Negara itu dan dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. Mari kita berdoa agar Cristiano Ronaldo mendapat hidayah memeluk agama islam. Jika beliau dikurniakan hidayah, nescaya peminat-peminatnya juga pasti turut mengikut jejak langkahnya.

Korban serangan Zionis meningkat 96 orang

Posted on the November 20th, 2012 under Luar Negara by admin






PENDUDUK Palestin berkumpul melihat sebuah rumah yang musnah selepas serangan udara tentera Israel di Khan Younis, selatan Genting Gaza.
GENTING GAZA – Serangan udara tentera Israel yang masuk hari keenam semalam meragut 13 lagi nyawa warga Palestin menjadikan angka korban keseluruhan kini meningkat kepada 96 orang.
Serangan itu berlaku ketika usaha gencatan senjata sedang giat dilakukan oleh para pemimpin antarabangsa bagi menamatkan kekejaman Zionis.



Serangan yang dilancarkan ke atas wilayah Genting Gaza kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh empat tahun.
Dalam pada itu, tentera Israel menyatakan, pihaknya telah berjaya mengambil alih sebuah program stesen televisyen milik Hamas.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa penganalisis politik berkata, pemimpin Israel berpuas hati dengan kejayaan Operation Pillar of Defence yang dilancarkan pada Rabu lalu bertujuan untuk menghentikan tembakan roket pejuang Hamas.
Operasi tersebut melibatkan serangan udara bertubi-tubi ke atas wilayah Palestin berkenaan.
Sejak keganasan ke atas Genting Gaza bermula, Israel tidak henti-henti melakukan serangan udara dan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti walaupun serangan udara kian berkurangan sejak Jumaat.
Sehingga semalam, pihak tentera Israel berkata, ia telah membedil lebih daripada 1,350 kawasan Gaza manakala pejuang Hamas telah menembak lebih 850 roket ke Tel Aviv dan satu ke Baitulmuqaddis.
Kelmarin, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pasukan tentera daratnya kini bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi menentang pejuang Hamas.
Stesen radio awam melaporkan seramai 40,000 pasukan tentera simpanan kini bersiap sedia berhampiran sempadan Gaza.
Sementara itu, Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil berkata, usaha damai yang dikelolakan pihaknya sedang berjalan dan peluang untuk menamatkan peperangan adalah cerah.
“Rundingan sedang berjalan sekarang ini dan saya berharap kami akan mencapai sesuatu bagi membolehkan keganasan dihentikan,” kata Hisham dalam satu wawancara di Kaherah. – Agensi

Kanak-kanak Gaza memakai jersi Ozil terbunuh, menguris hati Mesut Ozil

Posted on the November 19th, 2012 under Luar Negara by admin






Serangan tentera Israel yang membabi buta menyebabkan ramai rakyat Gaza tidak bersalah terbunuh. Serangan peluru berpandu Zionis ditujukan terus keatas kanak-kanak dan kaum perempuan bukan cerita rekaan. Sebagai bukti, ramai yang terkorban terdiri dari kalangan kanak-kanak,wanita dan warga tua.
Keadaan itu menyebabkan kesedihan dari banyak pihak, tidak terkecuali Mesut Ozil. Pemain Real Madrid itu sangat sedih dengan kematian kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak di jalanan. Entah mengapa, ketika asyik bermain jet pejuang tentera Yahudi jatuh dan mengorbankan kanak-kanak itu.


Yang membuat Mesut Ozil sedih adalah mangsa itu sedang mengenakan jersi Ozil bernombor 23. Meskipun nombor rasmi Ozil di Madrid adalah 10, namun gambar itu mampu menggetarkan hatinya. Ozil memuat turun gambar itu melalui akaun instagram miliknya, officialmesutozil10.
Dalam gambar itu kelihatan jenazah kanak-kanak itu ditangisi rakannya. Dengan mengenakan serban, dia tidak sempat menutup kedua-dua matanya dan mulutnya yang masih menganga. Kelihatan darah dan sebahagian jersi Madrid yang dikenakan mangsa terbakar.

Israel ancam tingkat serangan

Posted on the November 19th, 2012 under Luar Negara by admin






MAYAT seorang wanita Palestin dikeluarkan daripada runtuhan selepas rumah keluarganya di kejiranan Tufah, di Bandar Gaza musnah dibom tentera udara Israel semalam.
GENTING GAZA – Pihak Israel mengancam untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza, biarpun usaha gencatan senjata giat dijalankan bagi menghentikan serangan yang memasuki hari kelima semalam.
Bedilan tentera Israel telah meragut enam lagi nyawa yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak dan seorang bayi berusia 18 bulan.



Angka korban terbaharu itu kini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 52 orang.
Serangan udara yang dilakukan turut menggegarkan dua pusat media di bandar ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang wartawan cedera dan salah seorang kehilangan kaki, kata jurucakap kesihatan, Ashraf al-Qudra kepada agensi berita AFP.
Sementara stesen televisyen Rusia, RT memberitahu pejabatnya di Genting Gaza musnah dalam serangan yang dilakukan semalam. Namun semua kakitangannya selamat.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Luar Britain, William Hague memberi amaran, tindakan Israel menceroboh Genting Gaza akan menyebabkan simpati dan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap Israel hilang.
Hague memberitahu stesen televisyen Sky News, korban orang awam akan meningkat jika serangan darat dilakukan dan ia hanya memanjangkan tempoh konflik.

SEKUMPULAN lelaki Palestin menunaikan sembahyang jenazah ke atas mayat Iyad Abu Khoussa yang berusia setahun setengah di sebuah masjid di kem pelarian Bureij, Genting Gaza semalam.
Komen beliau hadir selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pasukan tentera daratnya bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi menentang pejuang Hamas.
Di Tel Aviv, bunyi siren terus kedengaran bagi memberi amaran kepada pejalan kaki dan pemandu kereta supaya mendapatkan perlindungan daripada serangan yang dilakukan oleh pejuang Hamas.
Tujuh buah roket telah dilancarkan ke arah Tel Aviv sejak Khamis lalu. Tiga daripadanya meletup di laut, tiga lagi dipintas oleh sistem perisai Iron Dome dan satu lagi mengenai kawasan lapang. – Agensi

11 Syahid Dalam Pembunuhan Besar-Besaran Terbaru Israel Ke Atas Gaza

Posted on the November 19th, 2012 under Luar Negara by admin






GAZA, (PIC)– Angkatan Bersenjata Israil (IOF) pada petang Ahad telah menjalankan pembunuhan besar-besaran yang dahsyat di Bandar Gaza, mereka mengebom kediaman keluarga Dalo yang membunuh dan mencederakan seluruh anggota keluarga.
Sumber tempatan mengatakan pesawat udara Israil mengebom kediaman keluarga Dalo di al-Nasser Street di barat Bandar Gaza pada tengahari Ahad yang menyebabkannya musnah.
Sumber perubatan mengatakan krew ambulan dan pertahanan awam telah menemui jenazah 11 syuhada yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita sebagai tambahan kepada 11 yang cedera dan jumlah dijangka bertambah.



Dengan kesyahidan 11 lagi warga Palestin tersebut, jumlah mangsa keganasan Israil kini meningkat kepada 66 orang sejak ia bermula pada hari Rabu lepas.
Aman Palestin

Al-Qossam Tembak Jatuh Apace Israel di Utara Gaza

Posted on the November 19th, 2012 under Luar Negara by admin






Sejumlah sumber menyebutkan, brigade Izzuddin Al-Qossam, sayap militer gerakan perlawanan Hamas berhasil menembak jatuh pesawat tempur Apace milik tentara Zionis di sebelah utara Gaza.
Dalam laporan resminya, Al-Qossam mengumumkan, tentaranya berhasil menembak jatuh pesawat tempur Apace Zionis dan menampilkan video serangan tersebut. Ia menegaskan, pihaknya akan terus melansir dan menyebarkan video tentang rincian operasi specktakuler mereka, seperti penembakan terhadap dua pesawat Zionis sebelumnya, ungkapnya.
Sebelumnya, pesawat tempur Israel jatuh di kota Khanyunis, beberapa saat setelah kejahatan mereka membantai warga Palestina di Gaza hingga 11 orang dari satu keluarga gugur syahid.



Dalam beberapa hari kemarin Al-Qossam berhasil menembak jatuh pesawat tempur Zionis, saat a terbang berputar-putar di atas langit Gaza. Al-Qossam juga melansir video saat operasi penembakan itu terjadi. Ketika pesawat F 16 ditembak jatuh dengan doket World udara. Pesawat langsung jatuh dari udara.
Kredit kepada infopalestina

Terbaru Di Gaza: 91 Syahid, 900 Cedera

Posted on the November 19th, 2012 under General by admin






19 November 2012 – Kekejaman Israil ke atas Semenanjung Gaza berterusan memasuki hari ke-6, jumlah kesyahidan meningkat kepada 91 sementara lebih 900 yang lain cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.
Jet tempur Israil Air Force F16 dilancarkan pada waktu subuh, memulakan siri serangan udara baru di kawasan berhampiran sempadan Mesir di selatan Semenanjung Gaza.
Saksi-saksi di Rafah mengatakan asap akibat ledakan pengeboman yang memusnahkan beberapa bangunan lama di kawasan tersebut menyelaputi langit Gaza.



Pegawai kanan di Rafah berkata tiada kerosakan dilaporkan di bahagian Mesir.
Pesawat udara Israil dan drone terbang pada altitude rendah dan terus mengebum pelbagai tempat di kawasan tersebut.
Serangan udara terbaru mengenai perkampungan al-Qarara di utara Khan Younes, membunuh dua penduduk Palestin dan mencederakan seorang.
Sumber media melaporkan pesawat udara Israil mensasarkan sekumpulan peladang di kampung tersebut, dua terbunuh dan seorang cedera.
Di Deir al-Balah, tiga anggota keluarga Palestin (Tameer, Amin dan Salah Bashir) terbunuh dalam serangan udara Israil yang mensasarkan kereta mereka di bandar.
Pagi ini, beberapa serangan udara turut mengenai taman permainan yang memusnahkan sebahagian daripadanya buat kali kedua sejak keganasan Israil dimulakan.
Awal hari ini tiga peluru berpandu Israil mengenai Kompleks As-Saraiya, membunuh seorang kanak-kanak, Ramaa al-Shandi dan mencederakan dua yang lain (seorang lelaki dan seorang wanita). Krew perubatan dan penyelamat memindahkan mereka ke Hospital al-Shifa.
Abdul Rahman al-Attar, 50 terbunuh dalam serangan udara yang mensasarkan utara Semenanjung Gaza dan jenazahnya dibawa ke Hospital kamal Udwan di Beit Lahiya.
Saksi-saksi dan sumber perubatan mengatakan bahawa pesawat F16 Israil melancarkan tiga roket ke atas kediaman keluarga Azzam di kejiranan al-Zaytoun di timur Gaza.
Sumber perubatan mengesahkan empat warga Palestin: Nasma Helmi Abu Zour, 19, Mohammad Iyad Abu Zour, 5, Sahar Abu Zour dan Ahed Hamdi al-Qatati telah terbunuh manakala lebih daripada 30 yang lain cedera dan dipindahkan ke Hospital al-Shifa.
F16 turut mengebom pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza termasuk Rafah, Beit Hanoun dan Bandar Gaza dengan mensasarkan rumah, balai polis dan memusnahkan banyak terowong di bawah bandar Rafah.
Sumber: Palestine News Network | Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)

Haniyeh Seru Dunia Jalankan Tanggungjawab

Posted on the November 20th, 2012 under Luar Negara by admin





GAZA, (PIC)– Perdana Menteri Ismail Haniyeh mengutuk pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh penjajah Israil terhadap keluarga Dalo di Gaza yang mengakibatkan 12 orang syahid, 11 daripadanya dari keluarga yang sama, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak selain mencederakan ramai yang lain.
“Pihak kerajaan dan orang ramai bersama keluarga Dalo yang menjadi mangsa pembunuhan dahsyat yang melampaui jangkaan.” Kata Haniyeh dalam kenyataannya pada petang Ahad.
Kami mengutuk pembunuhan kejam dan mendesak pengunduran penjajah dari tanah kami, beliau menyeru seluruh dunia untuk sama-sama rasa bertanggungjawab terhadap darah orang-orang yang tidak berdosa.



Bagi pihak Pergerakan Penentang Islam “Hamas”, jurucakapnya Dr. Sami Abu Zuhri menyatakan pembunuhan beramai-ramai ke atas keluarga Dalo membuktikan kelemahan tentera Israil yang menebus kegagalan mereka dengan mensasarkan orang awam, beliau menegaskan Israil akan membayar harga jenayah yang mereka lakukan.
Sumber: The Palestinian Information Center | Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)

2 warga Palestin terbunuh dan 9 yang lain cedera

Posted on the November 18th, 2012 under Luar Negara by admin






GAZA, (PIC)– Dua warga Palestin terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam siri serangan yang dijalankan oleh pesawat perang Israil pada petang Sabtu ke atas Semenanjung Gaza, mensasarkan tiga motorsikal dan kereta awam.
Pemerhati lapangan berkata pesawat perang IOF memulakan serangan udara dengan menembak sebuah peluru berpandu ke arah motorsikal di timur kota Deir al-Balah berhampiran kawasan Abu al-Ajin. Beliau menambah akibatnya seorang remaja terbunuh sementara tiga yang lain cedera dan dipindahkan ke Hospital Al-Aqsa di Deir al- Balah.
Beliau melaporkan bahawa pasawat udara Israil menembak peluru berpandu ke arah motorsikal di kota Juhor al-Dik di tenggara bandar Gaza, membunuh seorang remaja Palestin berusia 25 tahun dan mencederakan dua yang lain.



Pesawat tempur penjajah mengebom motorsikal ketiga berhampiran kawasan Morag di utara Rafah di mana dua penduduk Palestin cedera dan dibawa ke hospital.
Pesawat tempur turut mengebom kereta orang awam di kejiranan Zaitoun di tenggara bandar Gaza yang mencederakan dua warga Palestin dan dipindahkan ke Hospital Shifa.
Dengan itu jumlah syuhada yang terbunuh dalam keganasan Israil yang dilancarkan sejak hari Rabu 14 November meningkat kepada 43 orang.
Aman Palestin

Israel akui peningkatan kemampuan Briged al Qassam

Posted on the November 18th, 2012 under Luar Negara by admin





Regim Israel sebelum ini sentiasa berlagak sombong dak bongkak dengan tanggapan bahawa mereka mampu meratah wilayah Gaza yang sekangkang kera ini dengan mudah.
Namun situasinya sangat berbeza ketika ini sekali pun mereka telah mengerahkan puluhan ribu tentera elit dan tentera simpanan mereka untuk membaham penduduk Gaza yang dikepung.
Kini :


  1. Beberapa berita pro-Israel mengakui bahawa sebuah jet pejuang F-16 mereka telah ditembak di Gaza dan belum menjumpai kedua-dua juruterbangnya.
  2. Beberapa lokasi strategik Israel telah dihujani oleh roket al Qassam termasuk Ben Gurion International Airport, Israeli Knesset dan bandar-bandar Eshkol, Ashdod, Ashkelon dan Be’er Sheva.
  3. Sebuah roket al Qassam hampir mengenai (200 m) Kedutaan USA di Tel Aviv.
  4. Iron-Dome, sistem penangkis peluru berpandu Israel hanya berjaya menangkis hanya 20 % daripada serangan roket al Qassam.
  5. Israel juga telah mengiktiraf bahawa roket al Qassam yang telah menemui target di Tel Aviv adalah roket tempatan buatan Gaza.
Wahai zionis, anda tidak boleh terlalu sombong dan bongkak dengan kekuatan anda kerana era keangkuhan anda akan sampai ke penghujungnya.
“Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang” Surah al-Imran ayat 54
‎Dr Zainur Rashid Zainuddin

Tentera Israel tiada belas kasihan, kata rakyat Palestin

Posted on the November 20th, 2012 under Luar Negara by admin






KUALA LUMPUR – Saksi rakyat Palestin hari ini menceritakan pengalaman perit kehilangan orang kesayangan mereka di tangan tentera rejim Israel dengan seorang ayah berkata: “Askar terbabit langsung tidak menunjukkan belas kasihan.”
Salah Al Sammouni, 33, saksi pertama yang memberi keterangan pada pendengaran Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur mengenai Palestin, berkata askar Israel membunuh 21 anggota keluarganya termasuk anak perempuannya pada 5 Januari 2009, ketika menyerang kampungnya di Gaza.
“Pada hari berkenaan, 21 anggota keluarga saya mati di rumah yang sama pada masa yang sama,” katanya menerusi penterjemah, dengan air mata berlinangan.



Menjawab soalan Prof Gurdial Singh Nijar yang mengetuai pasukan pendakwaan sama ada mereka yang membunuh keluarganya berpakaian seragam, Salah berkata: “Ya. Saya lihat mereka selama beberapa jam. Mereka memakai seragam tentera…sudah tentu saya mahu pembunuh terbabit dipenjarakan.
“Hari ini mereka masih mengebom Gaza. Gaza telah musnah dan tiada siapa melakukan sesuatu mengenainya. Isteri dan anak-anak saya berpindah dari satu rumah ke satu rumah, mencari perlindungan daripada serangan Israel,” katanya.
Sementara itu saksi kedua, Mahmoud Al Sammouni, 15, yang juga sepupu Salah, berkata ayahnya ditembak mati pada 4 Jan 2009, sekalipun telah mengangkat tangan tanda menyerah diri. Turut terbunuh adik lelakinya yang berusia empat tahun.
Suruhanjaya itu dijadual mendengar testimoni daripada 11 saksi yang mendakwa kekejaman dan kemungkinan berlaku jenayah perang di Palestin. Empat daripada mereka memberi keterangan hari ini.
Lima anggota suruhanjaya yang mendengar testimoni itu ialah peguam Musa Ismail; bekas pembantu setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan penyelaras kemanusiaan untuk Iraq, Hans-Christof Graf von Sponeck; Denis J.Halliday, juga bekas penyelaras kemanusiaan PBB; Dr Zulaiha Ismail, bekas Dekan Pusat Pengajian Siswazah di Universiti Teknologi Mara; dan Michel Chossudovsky, seorang pensyarah di University of Ottawa.
Suruhanjaya itu merupakan badan penyiasat yang diberi kuasa untuk menerima dan menyiasat aduan daripada mangsa perang dan konflik bersenjata berkaitan jenayah terhadap keamanan, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan kesalahan lain yang diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa.
Selepas siasatan, suruhanjaya itu akan menyerahkan laporan kepada bahagian pendakwaan yang akan memutuskan sama ada untuk memfailkan dakwaan dengan pendaftar Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) terhadap mereka yang dianggap mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Jika dakwaan dibuat, KLWCT akan bersidang untuk mengadili kes tersebut.
Prosiding bersambung esok. – Bernama

Subscribe · 23 hours ago

Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".

JIKA :
~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),
~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya
dan
~ Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri -
— with Saiyidah Sukainah Omar II, Ahmad Basri, Amrullah Ezanee and 15 others.

Tiada ulasan: