Tiga anggota polis ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang wanita warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disiasat.
  
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata polis kini menjalankan siasatan terperinci terhadap kes itu.
  
"Kita tidak akan melindungi anggota polis berkenaan sekiranya terbukti mereka terbabit dalam kejadian tersebut," katanya kepada Bernama.

 Terdahulu, Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan, yang juga Penyelaras BN Parlimen Bukit Mertajam, memberitahu satu sidang akhbar bersama wanita itu berkata dakwaan tersebut sangat serius dan berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan teliti.
  
- Bernama

PRU13: Calon PAS Pahang akan buat deklarasi harta

Harakahdaily, 11 Nov 2012
TEMERLOH: Semakin ramai memberikan sokongan kepada cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta di muktamar akan datang.

Setelah mendapat pujian dan sokongan daripada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Pemuda PAS kini mendapat sokongan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Bercakap kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim berkata PAS Pahang menyambut baik cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta.

Beliau turut mengumumkan bahawa semua calon PAS di Pahang untuk PRU13 akan membuat deklarasi harta untuk dinilai rakyat.

“Pemimpin dan calon-calon PAS harus diketengahkan secara telus dan berwibawa untuk melawan pihak lawan yang suka berlindung. Deklarasi harta ini membuka peluang kepada rakyat untuk memilih dengan penuh jelas dan tanpa was-was calon-calon yang bakal mewakili mereka di Dun dan di parlimen,” kata beliau.

Kata Tuan Ibrahim, perwakilan PAS Pahang akan memberikan sokongan penuh kepada usul Pemuda PAS ini di muktamar nanti.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini  walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut.

"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.

Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.

Mustafa sebelum ini berkata cadangan Pemuda PAS ini menunjukkan keprihatinan mereka untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.

“PAS sudah mengamalkan hal ini secara dalaman yang melibatkan penjawat awam seperti menteri besar dan exco. Bagus untuk perkara ini jika dibuat secara terbuka,” katanya sambil memuji keberanian Pemuda PAS mengambil langkah sedemikian untuk meningkatkan kewibawaan parti.

Bagi cadangan untuk calon mengisytiharkan harta, Mustafa percaya cadangan Pemuda PAS akan diteliti oleh para pimpinan PAS untuk melihat mekanisme terbaik yang perlu diambil ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Muktamar Muslimat: Mungkin ada usul tergempar

Harakahdaily, 11 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Pihak Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) tidak menolak kemungkinan akan adanya usul tergempar tetapi ia mestilah diserahkan kepada Jawatankuasa Penapis Usul Muktamar DMPP melalui Sekretariat DMPP sekurang-kurangnya 24 jam sebelum muktamar mula bersidang.
Demikian kata Ketua Penerangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Media Dan Publisiti Muktamar DMPP Ke-52, Aiman Athirah Al Jundi dalam satu kenyataan.

Pada kali ini, ujarnya DMPP telah menerima sejumlah 19 usul dari Dewan Muslimat PAS Negeri-Negeri dan Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan.

Katanya, Jawatankuasa Penapis Usul Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud.

“Jawatankuasa ini telah menetapkan beberapa prinsip dalam menilai sesuatu usul. Usul mestilah satu perkara penting dan tertentu, yang menyentuh kepentingan umum (rakyat atau ahli) serta merupakan perkara yang pokok yang mungkin menyentuh dasar atau polisi atau pelaksanaan perkara tersebut di peringkat antarabangsa, nasional mahupun parti,” ujarnya.

Tambahnya, usul juga perlu mempunyai premisnya, hujah dan kesimpulan yang membawa kepada cadangan yang spesifik kepada pihak yang bertanggungjawab.

Usul-usul yang telah diterima diklasifikasikan kepada:

1.   Usul Yang Diterima Untuk Dibahas
Usul ini perlu dicadangkan / dibentangkan terlebih dahulu oleh DMPN/DMPK berkenaan dan perlu disokong oleh mana-mana perwakilan DMPN/DMPK yang lain. Kemudian, barulah dibuka untuk perbahasan. Pengerusi Tetap Muktamar akan menentukan jumlah perwakilan untuk membahas usul tersebut.

2.   Usul Yang Ditolak
Usul yang ditolak tidak memenuhi kriteria pemilihan ataupun usul tersebut pernah dibincangkan atau dikemukakan kepada Muktamar yang lepas atau perkara yang dibawa sudah dilaksanakan dan tidak lagi relevan dibawa ke Muktamar kali ini.

3.   Usul Yang Diterima Tanpa Bahas

Memenuhi ciri-ciri pemilihan tetapi perkara tersebut bukan perkara baru dan sudah atau sedang diambil tindakan oleh pelbagai pihak. DMPP perlu meneruskan usaha dan memandatkan kepada ahli jawatankuasa untuk memantau serta ‘follow up’ dengan perkara yang diusulkan sehingga berjaya.

4.   Usul Yang Sebenarnya Merupakan Sebuah Cadangan

“Usul” dalam kategori ini tidak memenuhi ciri usul namun adalah penting untuk diberi perhatian dan perlu diangkat oleh DMPP untuk dilaksanakan.

Menurut Aiman, setelah dibincang di peringkat Jawatankuasa Penapis Usul Muktamar DMPP Kali Ke-52, sehingga kini hanya lebih kurang dua usul yang diterima untuk Dibahas iaitu Usul Sosial yang berkaitan dengan pekerjaan dan pendidikan.

Selebihnya, kata beliau iaitu tiga usul telah diterima tanpa bahas, lapan usul diterima sebagai cadangan dan enam usul ditolak.

Muktamar DMPP kali ke-52 akan berlangsung pada 14-15 November 2012 di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.

Ucaptama akan disampaikan Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd. Yusoff sementara perasmian disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Muktamar pada kali ini akan melibatkan perwakilan muslimat dari 165 Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) yang berdaftar, atau bersamaan sejumlah 660 orang Perwakilan DMP Kawasan, 14 perwakilan dari Dewan Muslimat PAS Negeri-Negeri (DMPN), iaitu Ketua Muslimat Negeri ; dan 28 perwakilan daripada kalangan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Jumlah keseluruhan perwakilan adalah seramai lebih kurang 702 orang.

BN MAKIN TERTEKAN!!! Najib diasak pengikut Muhyiddin kerana lambatkan pilihanraya?

http://paspb2.blogspot.com, 11 Nov 2012
PEMBERONTAKAN TERBUKA
Akhirnya umum sudah mengetahui. Pergelutan antara Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin semakin memuncak sedang negara semakin hampir kepada pilihan raya umum ke-13 di mana parti pemerintah BN dijangka kehilangan penguasaan selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan.


"Saya tidak terkejut dengan perkembangan terkini. Terdapat cakap - cakap perebutan kuasa semenjak kebelakangan ini. Pengikut Muhyiddin boleh menghidu peluang dan mereka mahu memastikan dia mendapat giliran di kerusi PM manakala mereka akan mendapat bahagian gula-gula mereka yang sewajarnya," naib presiden PKR dan ketua bahagian Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Mereka menyalahkan Najib kerana melambatkan pilihan raya umum sehingga kini apabila ia sudah jelas BN telah hilang kelebihan mereka dan mereka semua terpaksa berjuang untuk mempertahankan kerusi mereka."

JuiMeng telah bertindak balas terhadap laporan berita poster misteri yang terdapat di bahagian-bahagian strategik Johor, yang juga merupakan tempat kelahiran Muhyiddin, menggesa agar ahli parlimen Pagoh itu menggantikan Najib sebagai Presiden Umno dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Poster menunjukkan gambar Muhyiddin berlatarkan bendera Malaysia dengan kata-kata 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU ke-13' serta 'Selamatkan Barisan Nasional'.

Master of procrastination, worsening the BN's chances
Imej poster, yang menggunakan logo BN dan Umno yang juga diterbitkan oleh BN Johor, telah ersebar dengan meluas di Facebook. Pemuda Melayu yang mengedarkan poster di kawasan yang sibuk dan pusat membeli-belah di pusat-pusat bandar seperti Skudai Johor juga telah dikesan. Poster pertama yang dijumpai dalam kuantiti yang banyak pada Hari Merdeka Jumaat lepas.

Mungkin ia adalah kebetulan tetapi Najib yang tidak tahu menahu memberi kejutan besar kepada negara pada hari Ahad apabila dia membayangkan bahawa PRU ke- 13 akan diadakan pada bulan November, bulan ke-11 dalam kalendar. 11 adalah nombor kegemaran beliau.

Pemerhati Umno tidak fikir Najib ikhlas. Mereka percaya Najib yang berusia 58 tahun itu akhirnya mengalah kepada tekanan daripada rakan-rakan dalam parti untuk mengadakan pemilihan pada tahun ini. Antaranya adalah Muhyiddin, yang telah dengan secara terbuka mendesak pilihan raya untuk diadakan pada bulan September.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga telah mendesak agar PRU diadakan pada tahun ini, tetapi mereka yang rapat dengan Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah memberitahu bahawa pasangan pertama ini lebih suka jika pilihanraya diadakan pada tahun depan selepas reaksi terhadap Bajet 2013 diketahui

"Ia sememangnya satu rahsia terbuka bahawa ramai panglima UMNO sudah bosan akan penangguhan ini. Mereka percaya Najib memburukkan peluang BN dengan membenarkan ia untuk meleret. Ia memberikan Pakatan peluang untuk memainkan isu terhadap mereka dan banyak juga yang talah didedahkan oleh PKR, PAS dan DAP sudah mengena sasaran," kata Jui Meng.
"Poster Muhyiddin adalah mesej yang jelas kepada Najib. Lebih baik berhenti untuk cuba menjadi enyeleweng dan mendengar hasrat majoriti panglima Umno atau mereka akan memberontak secara terbuka terhadapnya. Mereka juga boleh campakkan dia keluar sebelum PRU ke-13, itulah yang mereka beritahu kepadanya. perkara yang sama telah berlaku kepada Badawi dan Mahathirlah orang yang dipercayai bertanggungjawab. Mahathir yang kini nampak tenang tetapi kem Muhyiddin tidak akan bertindak tanpa izin orang tua itu. Mahathir masih kuat di dalam Umno kerana kuasa wang "

Walaupun Jui Meng tidak menolak kemungkinan bahawa saingan Najib dalam Umno mungkin akan cuba membuang dirinya sebelum PRU ke-13, beliau percaya ada kemungkinan Najib akan dibenarkan untuk membawa obor Umno BN dalam pilihanraya penting di mana Pakatan bakal meraih kemenangan jika tiada terdapat "penipuan di peti undi".

"Jika BN kalah, Najib akan dipecat atau terpaksa berhenti serta-merta. Jika BN menang, dia akan diberi masa sedikit lebih namun masih perlu berundur pada pemilihan parti Umno yang mesti diadakan menjelang bulan Oktober 2013. Apa pun keputusannya , giliran Najib sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri sudah tamat. Sedihnya, sejak 4 tahun yang lalu, dia telah menunjukkan dia tidak boleh melakukan melaksanakan tanggungjawab itu," kata JuiMeng.

Johor merupakan salah satu daripada beberapa negeri dimana Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk menangi di dalam pilihan raya 2008. Walau bagaimanapun, keadaan adalah tidak menentu pada PRU yang akan datang yang dijangka akan diadakan pada bulan November, dengan Pakatan dijangka memenangi semua kawasan bukan Melayu serta beberapa kawasan teras Melayu.

Sambutan yang positif dari tanah Johor telah meyakinkan PAS untuk memutuskan memberi alahudin Ayob, naib presiden untuk bertanding sebuah kerusi disana. Jika Salahudin dan Pakatan menang di negeri itu, Salahudin dijangka akan dinamakan sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Bukan kami Umno Johor, betul ?
Sementara itu, Umno Johor telah menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu. Mereka mendakwa poster adalah taktik terdesak Pembangkang bertujuan menyebabkan perselisihan faham di antara pemimpin-pemimpin Umno.

"Ia adalah provokasi oleh pihak-pihak yang cuba untuk melemahkan perpaduan Umno Johor dan BN, yang kini memberi tumpuan kepada penyediaan jentera parti."Ia tidak boleh diterima untuk mengaitkan BN Johor sebagai pihak yang bertanggungjawab menerbitkan poster, "ketua Pemuda Umno Johor Zulkurnain Kamisan dilaporkan berkata kepada media.

"Bagi saya, ini merupakan satu strategi orang terdesak yang ingin Umno Johor dan BN bergaduh dan berpecah-belah. Walau bagaimanapun ia tidak akan melembabkan semangat Umno Johor dan semangat serta keazaman BN - Malaysia Chronicle
Najib: Rakyat perlu kekal kesinambungan pemerintahan

10 November 2012
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
ALOR GAJAH - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu memilih mengekalkan kesinambungan pemerintahan negara bagi meneruskan agenda transformasi yang telah dirancang oleh kerajaan.

Perdana Menteri berkata sebagai contoh, rakyat boleh menilai corak pengundian rakyat Amerika Syarikat yang memilih Barrack Obama sebagai presiden negara itu bagi tempoh empat tahun lagi kerana ingin melihat kesinambungan transformasi yang dibawa oleh beliau.

"Rakyat Amerika Syarikat mempunyai dua pilihan sama ada nak merubah atau mengekalkan kesinambungan.

"Apabila mereka tidak yakin dengan agenda calon parti Republikan Mitt Romney, jadi mereka fikir lebih baik pilih kerajaan sama kerana ingin mengekalkan kesinambungan dan saya percaya itu keputusan yang amat tepat dan bijak," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka di Kuala  Linggi di sini, hari ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia patut mengikut apa yang dilakukan rakyat Amerika dalam menjamin masa depan negara mereka.

"Ada hal tertentu yang kita boleh ikut (rakyat Amerika) seperti soal kesinambungan daripada menyokong sesuatu yang kabur, tetapi soal seperti LGBT (gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan lain-lain itu tak perlulah kita ikut," katanya.

Justeru, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji bukan hanya untuk mengekalkan kesinambungan pembangunan malah melaksanakan transformasi besar  untuk negara jika terus diberikan mandat oleh rakyat.

Beliau berkata perubahan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata seperti yang dilaung-laungkan oleh pembangkang.

"Jangan termakan dengan janji-janji manis pembangkang kerana ini semua janji-janji kosong yang tidak mungkin dapat ditunaikan," katanya.

Katanya menjadi tanggungjawab rakyat untuk memilih kerajaan yang mampu menjamin masa depan mereka serta negara dan bukannya mengharap janji yang tidak jelas. - Bernama

Umno sudah kehilangan hidayah

Aspan Alias, 10 Nov 2012
Masalah UMNO ialah masalah yang diwujudkan olehnya sendiri. Tengku Adnan Mansor berkata, sebenarnya UMNO itu tidak ada masalah, hanya parti itu menghadapi masalah persepsi sahaja. Kata-kata Setiausaha Agong UMNO ini menampakkan satu fenomena, iaitu parti itu benar-benar terasa masalah-masalah yang dihadapi oleh parti itu. Hishamudin, Menteri Dalam Negeri, juga pernah berkata persepsi buruk itu telah berjaya ditempelkan pada UMNO dan semua sekutunya dalam BN oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Komen saya senang sahaja. Untuk satu-satunya persepsi itu melekat kepada UMNO itu mesti ada sebabnya. Persepsi-persepsi buruk terhadap UMNO itu bukannya wujud dengan sekelip mata dan ia tidak wujud dengan senang sahaja. Ia tentunya wujud di atas isu yang ‘real’ dan nyata. Jika isu terhadap UMNO ini tidak ‘real’ bagaimana persepsi buruk itu boleh melekat dan menjadi ‘stigma’ yang tidak dapat ditanggalkan lagi dengan parti yang telah memerintah sejak merdeka dahulu.

Dalam politik, persepsi rakyat itulah yang menjadi penentu samada parti itu kekal kukuh atau dilontarkan jauh-jauh oleh rakyat. Sebenarnya UMNO sememangnya sudah patut diketepikan lama dahulu kerana isu besar yang telah menyakitkan rakyat begitu banyak di hadapan mata kita. Tetapi semasa itu rakyat belum lagi menyedari yang perubahan itu adalah elemen penting untuk berlaku di dalam sesebuah negara yang telah matang dan lama bebas memerintah sendiri.

UMNO kini sedang dikaitkan oleh rakyat dengan senarai-senarai negatif yang terlalu banyak sehinggakan parti itu telah dipersepsikan sebagai sebuah parti yang bermasalah besar. UMNO telah membiarkan segala perkara buruk untuk berlaku di dalamnya kerana pimpinan parti itu sejak 30 tahun dahulu tidak menghiraukan isu mempertahankan imej yang baik dengan serius. Pucuk pimpinan negara dalam tiga dekad yang lalu lebih mementingkan kehendak peribadi mereka sahaja dan tidak mengangkat jari untuk memperbetulkannya.

Tetapi apabila masalah sudah menjadi besar barulah pimpinan UMNO bergegas untuk memperbaikinya dan usaha ini sudah terlalu lambat kerana yang hendak menyelesaikan masalah-masalah ini adalah di kalangan mereka yang terbabit dengan isu-isu yang besar di dalam negara sekarang ini.

Persepsi buruk bukan datang dengan saja-saja. Misalnya bagaimana hendak menolak persepsi buruk terhadap kerajaan dalam isu NFC misalnya. Tidak payah kita melarutkan isu ini oleh kerana semua orang sudah memahami tentang isu ini. Bukankah isu pembinaan stesen LRT Ampang itu merupakan isu penyelewengan yang ‘real’? Bagaimana rakyat tidak terbentuk persepsi buruk terhadap pimpinan kita kerana jelas-jelasnya harganya yang ditambah terhadap kontrak pembinaan stesen itu mencecah hampir RM1billion?

Isu PKFZ yang melibatkan RM12 billion, kerugian perdagangan wang antarabangsa yang dilakukan oleh Nor Mohamad Yakcop atas arahan Dr Mahathir yang melibatkan kerugian RM30 billion dan banyak lagi isu yang sangat besar berlaku di hadapan mata kepala kita. Isu pembotakan hutan yang dilakukan oleh penyangak hutan di Negeri Sembilan yang melibatkan keluasan 8,616 ekar tanah hutan simpan yang ada di Negeri Sembilan.

Isu perlakuan pemimpin-pemimpin BN yang bersikap seperti gangster seperti Nazri Aziz. Kalau dahulu Nazri diisukan dengan permit teksi yang beribu-ribu permit yang beliau ambil, sekarang timbul isu menggunakan kuasa melindungi Micheal Chiah dan Musa Aman tentang wang misteri sebanyak RM40 million itu. Nazri mempunyai seorang anak yang hidup seperti ‘anak maharaja Arab’ dengan kereta besar yang begitu sombong dan anaknya ini telah dikaitkan dengan banyak isu-isu jenayah yang diketahui umum.

Cakap-cakap takbur Nazri kita dengar selalu. Beliau seolah-olah seorang yang begitu besar dan kuat seperti dunia ini pun dia boleh alihkan. Sikap kesombongannya seolah-olah beliau mampu untuk menahan dunia ini daripada menghadapi kiamat.

Apabila umum mengetahui isu-isu ini dan mereka lihat dilakukan oleh pemimpin dan keluarga yang berkuasa pula, maka dengan sendirinya persepsi buruk terhadap UMNO itu terbentuk kerana tidak ada contoh-contoh peribadi yang baik dalam pimpinan BN pada hari ini.

Sikap mengaut kekayaan dengan menggunakan pengaruh keluarga dan pimpinan UMNO sudah menjadi budaya pada hari ini. Anak-anak Dr Mahathir kaya-raya dengan pengaruh Mahathir yang telah menjadi PM selama 22 tahun. Anak-anak Dr Mahathir berniaga dengan jalan mudah tanpa menggunakan kepakaran mereka kerana jika mengalami kerugian pun Mahathir telah menggunakan dana rakyat dalam jumlah yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan anak beliau (Mahathir).

Satu persatu pemimpin-pemimpin UMNO ada isu peribadi bersama mereka. Tidak ada yang tidak melakukan jenayah ‘kolar putih’ di antara mereka. Rakyat sekarang sudah sampai ke tahap hilang sabar dan mereka sedar UMNO dan pimpinannya tidak mungkin boleh pulih daripada ketagih rasuah ni. Justeru orang Melayu dan rakyat keseluruhannya mahukan BN dibersarakan dari memimpin negara ini.

Persepsi UMNO sudah terlalu buruk dan tidak mungkin mampu dipulihkan lagi. Jadi apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agong UMNO yang UMNO hanya bermasalah dengan persepsi, kita nyatakan dengan jelas di sini yang persepsi-persepsi buruk itu semuanya terlandas di atas isu yang ‘real’ dan sahih.

Di atas persepsi yang buruk inilah kita rakyat akan melakukan apa sahaja yang halal mengikut undang-undang untuk mengenepikan BN kali ini kerana isu-isu buruk yang real yang dilakukan oleh pimpinan BN pada hari ini.

Kepada Hishamudin dan Tengku Adnan yang ramai menganggap masih seorang ‘novice’ dalam politik ini, elok memahami isu yang sebenar yang mereka sedang hadapi. Tetapi mereka tidak mungkin faham apa dia UMNO itu kerana mereka menyertai UMNO setelah UMNO dalam proses kehancuran yang sudah hilang segala-galanya, dari perjuangan sehinggalah ke identiti parti mereka sendiri.

Mereka ini menganggap mentadbir UMNO dan negara ini serupa seperti mentadbir sebuah ‘kilang padi’ sahaja. UMNO sudah hilang pimpinan yang mempunyai pemikiran. Yang ada dalam UMNO hari ini hanyalah mereka yang tidak tahu atau tidak mahu berfikir atau tidak tahu apa yang hendak difikirkan. Mereka mentadbir hanya dengan menggunakan kaki, tendang orang ke sana ke mari kerana mereka tidak mengerti untuk berfikir dengan menggunakan otak anugerah Tuhan yang membezakan di antara manusia dan haiwan.

Oleh kerana pimpinan UMNO kurang berkemampuan untuk berfikir, kali ini biar rakyat yang memikirkannya dan kita lihat apa yang mereka (rakyat) lakukan tidak lama lagi dalam pilihanraya nanti.

Mungkin cara untuk membuatkan pimpinan UMNO ini untuk belajar berfikir ialah dengan meletakkan di sebelah pembangkang di setiap Dewan Legislatif, samada di Persekutuan atau di Negeri-Negeri yang terlindung di dalam Tanah Persekutuan ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Ulasan sindir Himpunan Rakyat hambar, terhangat

Harakahdaily, 11 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ulasan blog http://www.erapasca.com menyindir laporan media perdana mengenai sambutan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban merupakan artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-45.

Di tangga kedua ialah laporan blog http://omakkau.blogspot.com mengenai kain rentang yang dipasang di jejantas jalan kaki bagi menunjukkan bantahan "rakyat" Negeri Sembilan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban, Sabtu lepas.


Perbahasan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dengan ulama muda Umno Fathul Bari pula menduduki tempat ketiga.

Berita “Kapal” yang membawa wang ihsan hasil petroleum di Kelantan karam di Sungai Kelantan bersama gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Dr Awang Adek Hussin menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima ialah berita Universiti Nasional Singapura (NUS) membuat keputusan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas pelajar Malaysia, Alvin Tan Jye Yee, blogger seks yang menjadikan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai idolanya.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 4 November hingga 10 November, 2012.

1
Pecah Berita! Hanya 30 orang saja hadir perhimpunan kebangkitan rakyat
2
Kain rentang ugutan, himpunan rakyat di Seremban hambar?
3
Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari
4
“Kapal” wang ihsan karam di Sungai Kelantan
5
Pelajar yang jadikan Chua Soi Lek idolanya dihukum
6
Nurul: Tidak perlu ulas kerana dari Utusan - TG Nik Aziz
7
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?
8
Himpunan bantah Nurul Izzah, fitnah - Nasrudin
9
Gambar terbaik perangkap had laju, terhangat
10
Ribuan Myanmar terima kerakyatan di stadium KLFA - Saksi