Husam: Najib tak boleh diam lagi isu Deepak
Naib
presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak
boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan
memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu
pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.
"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.
Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.
Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.
Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.
"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.
"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.
Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:
"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.
"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala.
"Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya.
"Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.
Balasubramaniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib.
Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.
Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, dengan alasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.
Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.
Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) yakin, ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak Jaikishan kepada Harakahdaily semalam.
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam dalam kenyataannya.
Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".
"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," kata Husam dalam kenyataannya.
Deepak, katanya, bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
Berikut adalah kenyataan penuh Husam.
Kenyataan Terbuka Deepak Jaikishan: Hayat Politik Najib Berakhir Sebelum PRU 13?
Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik.
Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO di mana Najib akan berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib.
Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya - sehingga bagi insan waras - Najib sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara.
Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, UMNO adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah 'diam itu emas'.
(Gambar: Kenyataan Deepak dalam tiga media semalam)
Kenyataan Deepak sangat serius kesannya :
1. "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya".
"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala".
2. "Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti".
3. "Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori".
4. "Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam".
5. "Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka".
Setiap satu dari kenyataan ini adalah ekplosif. Semuanya dengan jelas tertuju kepada isu pembunuhan Altantuya dan PM dan keluarganya dengan beraninya dilibatkan.
Bagaimana Najib akan menerajui UMNO/BN menghadapi pilihanraya paling genting dengan isu peribadi membelit dirinya?
Adakah UMNO sanggup mempertahankan Presiden mereka jika mereka sedar survival UMNO ditambah beban oleh isu peribadi Presiden partinya, ketika UMNO sendiri tercungap-cungap keletihan?
Semua perkembangan, termasuk isu Scorpene yang semakin membarah dan kenyataan akuan bersumpah Bala yang terus hidup, menunjuk kepada terbebannya UMNO dengan isu peribadi Najib.
UMNO mempunyai pilihan.
Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru.
Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak.
Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya tidak mengambil apa-apa langkah susulan. Satu kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir atau Muhyidin cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum PRU 13.
Malaysia tentunya sangat malang mempunyai PM selemah itu dan terbelit dengan isu sekejam itu.
Malaysia tidak akan terasa aman selagi Perdana Menterinya tidak dibersihkan dengan isu pembunuhan Altantuya oleh satu badan bebas.
Najib yang benar-benar tidak bersalah harus mengizinkan pihak ketiga yang bebas menyiasat isu ini secara menyeluruh.
Jika tidak, kenyataan Deepak dan Bala adalah benar dan kita juga dalam bahaya!
Husam Musa
Naib Presiden PAS
28 November 2012
LAPORAN BERKAITAN
SD pertama, dakwanya, adalah permulaan sebelum salah seorang
daripada individu yang terlibat dalam pembunuhan itu, membuat pengakuan dan mendedahkan siapa yang telah mengarahkan pembunuhan itu, tetapi personaliti yang dinamakan dalam SD pertama, telah bertindak menghalangnya daripada berlaku.
Berikut adalah petikan daripada sidang akhbar Deepak mengenai perkara itu di Kuala Lumpur petang semalam:
29 November 2012
ANALISIS - Sama ada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak akan
melengkapkan misi - versi 2.0 - mendedahkan imej sebenar Pas yang
didakwa berselindung di sebalik imej Islam, teka-teki
itu hanya akan terjawab apabila beliau menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (AGM) pagi ini.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan merasmikan persidangan serentak sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam kelmarin memperuntukkan hampir 60 peratus daripada ucapannya "membuka pekung" Pas dan dua rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).
Mesej disampaikan Muhyiddin itu sama nada dalam ucapan perasmian tahun lalu.
Suatu misi yang belum sampai ke garis penamat.
Meskipun, dalam ucapan selama kira-kira sejam itu, lebih 30 kali nama Pas disebut oleh Muhyiddin.
Sama ada ia untuk menzahirkan perhimpunan kali ini sememangnya akan mendedahkan imej sebenar Pas secara total, seperti yang dikatakan Najib bahawa anggota Umno harus mendedahkan
wajah sebenar Pas dengan mengemukakan hujah yang bernas - ia masih belum diketahui.
Jika anggota Umno berjaya mendedahkan jati diri Pas, parti itu kata Najib akan muncul sebagai parti utama di kalangan orang Melayu.
Sehubungan itu, jika mengambil kira ucapan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri malam kelmarin, Umno menggunalkan ruang berbaki untuk mengetengahkan kepincangan dalam PR demi mengembalikan sokongan orang Melayu kepada Umno.
"Pas sebagai contoh pernah menuduh Umno sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir'aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional.
"Sebenarnya saudara-saudari, Pas dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. Pas menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci Umno dan menyokong mereka," kata Muhyiddin.
Bahkan ujar Muhyiddin, Paslah parti yang menyuburkan perasaan syak wasangka, fitnah dan menanam politik kebencian di kalangan rakyat di negara ini terhadap kerajaan pemerintah.
"Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi Pas masuk syurga, sembelihan orang Umno tidak halal, solat berimamkan orang Umno tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang Umno yang merupakan saudara seagama mereka," kata Muhyiddin.
Paling menyedihkan kata Muhyiddin, Pas dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat terutama DAP yang bercita-cita mahu mengemudi bahtera kerajaan Persekutuan, ironinya saling bercanggah ideologi dan pendirian politik.
Beliau kemudian memberi contoh kerjasama Pas bersama DAP di tiga negeri iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang menunjukkan bahawa parti itu hanya kuda tunggangan,tukang sorak dan tuang takbir untuk merebut kuasa.
"Ternyata, Pas hanya melukut di tepi gantang. Pas tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada Pas dirampas oleh DAP dan PKR.
"Sungguh malang bagi Pas. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas,"katanya disambut sorakan para perwakilan.
"Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun Pas tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa Pas boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang?,"soalnya lagi.
Seolah-olah menyahut paluan genderang perang, ucapan dasar ketua sayap Umno masing-masing tidak ketinggalan "menyerang" Pas dari pelbagai sudut.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, cabaran untuk Umno memperkasa parti itu salah satunya datang daripada Pas.
"Dua kempen besar yang sering dibawa oleh Pas untuk melemahkan Umno ialah dengan menggambarkan kepada masyarakat bahawa kononnya pendokong-pendokong Umno ialah orang yang kononnya korup dan kononnya tidak mengimarahkan masjid. Masya-Allah.
"Kita tahu tohmahan Pas itu adalah fitnah belaka, dan oleh itu kita perlu menghadapi tohmahan ini dengan membuktikan kita adalah pejuang parti yang luhur dan ahli yang memakmurkan masjid," kata Shahrizat.
Bahkan ujarnya Pas sanggup melanggar Enakmen Jenayah Syariah Kelantan hanya untuk menghalalkan perbuatan mereka demi cita-cita politik perikatan pembangkang.
Menurut Shahrizat, doa tersebut yang dipimpin oleh adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sebagai menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan Seksyen 24 yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.
"...atau tidak patut dapat diterima, sebagai menganuti Agama Islam, atau tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam Agama Islam.
"Adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau denda tidak melebihi lima ribu tinggit atau kedua-duanya,"kata Shahrizat.
Ketua Pemuda Umno dalam ucapan dasarnya kemudiannya membidas Pas dengan menyifatkan Pas parti yang gagal dalam menjalin kerjasama politik bersama-sama PKR dan DAP.
"Pakatan apa mereka ini sebenarnya? Nama sahaja Pakatan namun jarang sekali bersepakat.
"Sehinggakan calon Perdana Menteri belum tentu yang mana. Siapa bakal Perdana Menteri mereka?" soalnya.
Menurut Khairy, negara akan berpecah di bawah pentadbiran pembangkang dan ia harus dihentikan segera.
"Jangan digadai jerih nenek moyang menyatukan negara ini, kita tidak akan benarkan masa depan negara hancur di tangan mereka," ujar beliau.
Sementara Puteri pula secara konsisten menyelar Pas sambil menggambarkan apa akan berlaku "apabila seekor kerbau ada tiga gembala.
"Dua orang bertelagah, seorang lagi bertepu tangan, ketawa berdekah-dekah," kata ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian memberitahu, ada kewajarannya mengapa perhimpunan Umno kali ini perlu mendedahkan imej Islam Pas.
Hal ini menurut beliau perlu kerana gambaran yang ditonjolkan oleh parti komponen pembangkang itu seolah-olah hanya mereka satu-satunya parti yang memartabatkan Islam di negara ini dengan mendakwa Umno sebagai parti yang menolak ajaran tersebut.
"Umno juga harus pertahankan Islam. Banyak cara digunakan Umno untuk mempertahankan Islam. Walhal dalam tempoh 55 tahun ini juga, Umno boleh dikatakan sebagai teras membangunkan Islam berdasarkan kedudukan sebagai pemerintah.
"Jadi ini harus ditekankan kerana agama merupakan satu isu yang besar. Barangkali harus ditampilkan, bukan sahaja Pas bercakap tentang Islam tetapi juga Umno juga melakukannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online bagi memberi pandangan berhubung topik yang akan dibangkitkan sepanjang AGM kali ini.
Menurut Sivamurugan, hakikatnya rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam harus membuka mata dan menilai usaha kerajaan dalam memastikan agama Islam berada di kedudukan tertinggi di negara ini tanpa meminggirkan agama-agama lain.
"Sebenarnya bukan semua kerajaan akan buat sepertimana yang dibuat kerajaan BN hari ini. Banyak yang sudah dibuat. Tetapi mengapa itu tidak mahu dihargai? Barangkali hebahan mengenai apa yang dilakukan itu kurang," ujar beliau.
Bahkan katanya, jika pun Umno mahu membincangkan isu Pas ini di dalam himpunannya di saat-saat genting sebelum PRU13, ia memang munasabah.
"Isu ini harus dilihat secara rasional. Isu agama adalah isu yang sangat penting.
"Kebelakangan ini kalau kita lihat banyak isu agama dibangkitkan. Ada pihak mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri. Pas dilihat banyak mendiamkan diri dalam isu itu. Contoh Nurul Izzah, isu Negara Islam," ujar beliau.
Sementara itu, menurut Sivamurugan, Umno juga perlu menekankan soal calon dalam perhimpunan kali ini memandangkan ia perkara paling signifikan dan paling dekat di hati ahli-ahlinya menjelang pilihan raya umum ke-13.
Ia turut merangkumi isu sabotaj dalam parti yang menjadi punca kegagalan Umno-BN mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu selain membuktikan perpaduan di kalangan ahlinya.
"Umno perlu menggunakan ruang dalam perhimpunan ini untuk menunjukkan mereka (parti komponen dalam BN), saling perlu memerlukan di antara satu sama lain," ujar beliau.
Sementara itu, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, perhimpunan kali ini penting untuk Umno membuktikan parti itu bukan sebuah organisasi yang kaku.
"Tetapi persoalannya ada atau tidak pemimpin Umno dalam kelompok mereka yang sebegitu berani bangun untuk menyatakan sudah sampai masanya pendekatan politik Umno perlu berubah dari segi menerima tuntutan masyarakat hari ini?
"... untuk satu sistem kehakiman yang lebih telus, untuk satu sistem demokrasi yang lebih terbuka untuk satu kebebasan kepada rakyat bagi menyatakan pandangan berbeza. Ada atau tidak pemimpin berani begitu," ujar beliau ketika dihubungi.
Katanya, selain mengutarakan agenda Melayu, pemimpin Umno harus berani bangkit menyuarakan bahawa parti itu memerlukan perubahan untuk bersaing dalam arena politik pada hari ini.
"Bagaimana untuk Umno menerima realiti politik pada hari ini untuk meletakkan kedudukan mereka sesuai dengan tuntutan semasa, tuntutan kelas menengah, tuntutan pegawai awam, tuntutan golongan muda, dengan masyarakat yang terdedah kepada alam siber, saya rasa itu yang mustahak.
"Jadi kalau Umno dan pemimpinnya boleh menunjukkan anjakan untuk berubah dalam pendekatan berkaitan politik, saya rasa itu yang menarik dalam AGM kali ini," katanya ketika diminta fokus isu yang akan dibangkitkan dalam AGM yang sedang berlangsung.
Susulan perkembangan sejak kelmarin dan temu bual khas sempena AGM, yang keluar Ahad lalu, pastinya versi 2.0 akan didengar dalam beberapa jam lagi.
29 November 2012
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Umno, parti
yang diketuai sejak 2009, sudah mengalami perubahan sepenuhnya dan kini
bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan
diadakan tahun depan.
Mesej beliau itu disusuli dengan laungan para perwakilan parti agar Parlimen dibubar sekarang bagi mendapatkan mandat rakyat.
"Umno sudah berubah (sepenuhnya)," kata Presiden Umno dan Perdana Menteri ini memulakan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012 di Dewan Merdeka hari ini.
MARANG
– Lebih 1000 umat Islam mengadakan bantahan secara aman terhadap
kata-kata dan tindak-tanduk Presiden MCA, Dato’ Dr Chua Soi Lek yang
menghina hukum hudud dan agama Islam, sebaik selesai menunaikan solat
Jumaat di Masjid Rusila, dekat sini pada 9 November.
Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali mendakwa Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya.
Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS.
“Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Aman Membantah Kenyataan Chua Soi Lek Hina Islam di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 9 November lalu.
Haji Yahaya selaku Yang Dipertua PAS Marang menegaskan perhimpunan secara aman tersebut bagi menyatakan sikap serta pendirian PAS mempertahankan Islam.
Ini kerana, kata beliau, hati umat Islam di negara ini terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham serta membenci Islam.
“Ini (demontrasi) adalah untuk menyatakan sikap dan pendirian kita (PAS) membela Islam. Hati umat Islam terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan-kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham dan dilihat seperti membenci agama Islam.
“Kita sendiri (sebagai Islam) juga diajar oleh agama (Islam) agar kita tidak menghina agama-agama lain walau pun kita tidak bersetuju dengan agama-agama lain (namun) kita tidak sampai menghina agama-agama mereka (bukan Islam),” jelasnya.
Menurunya, penghinaan itu berpunca dari kelemahan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membiarkan orang-orang bukan Islam menghina hudud di negara ini.
Tambah beliau, tindakan pemimpin MCA itu turut mendapat sokongan ulama’-ulama’ muda dalam Umno yang menyifatkan ia hanya menghina serta mempertikaikan hudud PAS.
Antara pimpinan PAS yang hadir dan berucap iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Muhammad Hanafi.
29 November 2012
SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan Perhimpunan
Agung Umno (AGM) 2012 selama tiga hari bermula pagi ini "sebagai pentas"
untuk mengetengahkan apa yang beliau telah lakukan dan akan lakukan
bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Profesor Ulung
Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.
"Ini pentas Datuk Seri Najib, bukan Umno, tetapi untuk Najib (untuk menghadapi PRU13)," kata beliau dalam temu bual khas sempena AGM Umno 2012 di pejabatnya di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.
Pengarah Institut Kajian Etnik ini berkata, beliau pasti Najib akan menggunakan untuk mengetengahkan segara perubahan yang telah dibawa sepanjang tiga tahun lalu mengepalai Umno, Barisan Nasional dan kerajaan atas kapasiti sebagai Presiden, Pengerusi dan Perdana Menteri.
"Beliau akan mengatakan bahawa saya sudah tepati janji, janji sudah ditepati, sekarang anda kena tunaikan janji, memberi sokongan undi dalam pilihan raya.
"Kini giliran anda tunaikan janji... ini mesej beliau akan sampaikan," kata pakar sosiologi dan antropologi ini.
Najib dipilih sebagai Presiden Umno pada Mac 2009, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi setahun selepas Pilihan Raya Umum 2008. Pada pilihan raya itu BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima kerajaan negeri.
Selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri, PRU13 pilihan raya umum yang pertama beliau akan mengetuai. Najib sudah mengesahkan kepada ahli-ahli Umno bahawa PRU13 tidak akan diadakan bulan depan.
Najib dijangka akan menyampaikan ucapan dasarnya, yang dinantikan banyak pihak - Umno-BN dan pembangkang kira-kira jam 9.30 pagi nanti
[TEMU BUAL: LIPUTAN VIDEO]
Mengenai signifikan AGM kali, Shamsul berkata, "saya rasa signifikan untuk kali ini kerana ia telah mengalami beberapa perubahan besar selepas pilihan raya 2008 sehingga presiden umno yang memenangi pilihan raya itu dengan agak tipis terpaksa mengundur diri dan diganti oleh seorang presiden baru dan jadi perdana menteri baru."
"Jadi kesudahan Umno kali ini adalah persidangan Umno yang pertama kali setelah berlaku krisis," katanya.
Bagaimanapun ini bukan AGM pertama bagi Najib.
Selepas mengambil alih kepimpinan parti pada Mac 2009, Najib ada berucap di hadapan perwakilan di Dewan Merdeka - lokasi tradisi perhimpunan perwakilan Umno - pada akhir 2009, 2010, 2011.
Menjawab soalan berkaitan, Shamsul berkata, "ini berhampiran dengan pilihan raya juga.
"... dan kita tidak tahu lagi apakah hasil jasa perdana menteri lagi, kita tidak dapat nilai, sekarang kita sudah dapat nilai, dah tengok kemampuan beliau kerana beliau ada lebih kurang tiga tahun 11 bulan lagi jadi perdana menteri (sebelum PRU).
"Jadi maknanya dalam tempoh berkenaan beliau terpaksa seperti seorang komandar, memanjat bangunan yang menegak dan dia mesti sampai ke atas naik ke seberang, kalau tidak dia jatuh ke bawah," katanya.
Mengenai kedudukan semasa, Shamsul berkata, "sekarang beliau berada di atas hampir dalam lima meter dari tembok yang tinggi 20 meter itu."
"Dia nak hampir ke puncak. Jadi ada dua kemungkinan... dia dapat lepas atau jatuh. Itu sahaja. Dia tak ada pilihan, antara 50-50 tak ada.
"Maknanya, kalau dia menang satu kerusi pun, itu bukan kemenangan. Jadi akan menghadapi cabaran lain pulak. Kalau dilihat dari cabaran, dia akan hadapi cabaran lebih besar. Jadi, opsyen kepada BN la.
"Itu sebabnya persidangan Umno sekarang ini adalah untuk, yang paling penting kepada Datuk Najib, terutamnya kepada Najib sebagai pemimpin Umno dan pemimpin barisan," kata beliau.
29 November 2012
SHAH ALAM – Doa dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan ditujukan kepada individu, bukan pertubuhan.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, doa 'KO BN' yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat, tidak bercanggah dengan enakmen itu.
Jika bercanggah, katanya, ia boleh diadukan kepada Majlis Agama Islam Kelantan.
“Pas mendoakan (terhadap kemusnahan) Barisan Nasional (BN) kerana parti itu adalah lawan kami. Ia doa biasa terhadap lawan supaya ia lemah dan musnah.
“Ia tidak mendoakan (terhadap kemusnahan) ahli-ahli Umno, individu atau tokoh politik tertentu. Jika mendoakan ahli Umno, kita mendekati mereka dan mendoakan supaya mereka diberikan petunjuk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.
"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.
Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.
Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.
Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.
"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.
"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.
Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:
"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.
"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala.
"Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya.
"Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.
Balasubramaniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib.
Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.
Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, dengan alasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.
Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.
Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama.
Mohd Asri Mohd Nor · Pengulas Tertinggi · High school
pendedahan yang sangat mengejutkan dan menakjubkan dari seorang yg sangat rapat dgn najib dan ini merupakan satu contoh keberanian yang wajar dicontohi oleh mana mana individu yang pernah mempunyai hubungan sulit dgn pemimpin pemimpin BN.Kepada Muhyidin Yasin ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan untuk anda mengambil alih teraju umno dari Najib.
Johnny Tung · Pengulas Tertinggi
Jangan happy sngat, besok nantu dia buat U turn dan hilang macam Bala
Borneo Menggugat · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.
"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
============================
KOMFOM, DEEPAK NI JADI BIDAK CATUR MUHYIDIN UNTUK MENJATUHKAN NAJIB KUT ???
he.he.heeeee ..... arwah al-tantuya menjelma berwajah Deepak
Sabtu Ahad · Pengulas Tertinggi · UKM(Kej Awm)
sangat betol tu....Dato Seri, Dato Seri Panglima Haji Najib kene jawab! Tapi kalau nak jawab macam yang sudah2......saya bersumpah tak kenal altantuya tu......tak payahla...itu nampak kebodohan sendiri....!
Muhd Rizam Abd Rahman · Pengulas Tertinggi
Ya Allah...jika benar orang itu bersalah atau tidak, kau tunjuklah jalan dengan yang tidak disangka-sangka oleh akal fikiran kami. biar kami sebagai rakyat dapat memahami dan mengetahui serta menilai mana yang hak dan mana yang batil.Ya Allah sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa dari segalanya dan maha mengetahui dari segalanya.
Pemuda Pas Perak · Pengulas Tertinggi · 67 years old
Dalam masa umno besidang, timbul isu ini pula yer.. najib2..nampknya tak lama lah anda nak kekal sebagai PM.
Hashim Hassan · Pengulas Tertinggi · Universiti Utara Malaysia
One side the game almost over. Another side the game just begin. Let seeeeee.....
Hapizah Mamat · Pengulas Tertinggi · Maahad Muhammadi Perempuan
Permainan sudah hampir sampai ke garisan penamat..checkmate !
Tun Perak · Pengulas Tertinggi · Tukang komen di Sendiri
najib perlu letak jawatan bg kelangsungan politik umno. kalau tidak semoga Allah yg Maha Adil lagi Bijaksana memakbulkan doa umatmu yg mahu bn tumbang dlm piliharaya ke 13 nanti agar penyalahangunaan kuasa dan kezaliman pemikpin ini dpt diadili di dunia manakala di akhirat adalah milikmu Ya Allah.
Niru Ssb · Langgani · Pengulas Tertinggi · Smk balai ringin serian sarawak
Nampak gayanya semakin jauh dan samarnya pru-13 ni lagi.......mungkinkah ianya terbubar sendiri.......PM ...jib macam sudah tak terdaya.....dengan alunan gelombang masalah ciptaan dari beliau sendiri......justeru itu pada hikmat aku skrg baik dibubarkan pru-13.....sebelum anak2 buah mengambil tindakan yg lebih DAHSYAT ......tak salah saya katakan disini madey dan muydin tgh ''skodeng''kelemahan PM....JIB,
Puteri Emas · Pengulas Tertinggi · 19 years old
deepak ni 'EGEN PEMBANGKANG' mesti dah dibayar RM250j (untuk projek kambing gurun) oleh DSAI...PAS bayar RM40j.(untuk projek IC PATI sabah).DAP bagi projek LYNAS.. spr(m) tlg siasat yer...
Shahrulzaman Shafie · Pengulas Tertinggi
kedaan semakin panas dan pru 13 semakin dekat mahu tak mahu mereka terpaksa lah membuat sesuatu utk menyelamatkan umno/bn tetapi malangnya nasi dah nak jadi bubur dan masa sudahb terlalu suntuk. nasig badan.
Rambo Shukur
IMEJ PM MALAYSIA YANG PALING TERCALAR SETAKAT INI...RAKYAT SEMAKIN HAMPIR DENGAN KEBENARAN...SILAP2 DIA SUMPAH XPNAH NIAT JD PM...
Ada orang di belakang Deepak - Husam Musa
Harakahdaily, | 29 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) yakin, ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak Jaikishan kepada Harakahdaily semalam.
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam dalam kenyataannya.
Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".
"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," kata Husam dalam kenyataannya.
Deepak, katanya, bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
Berikut adalah kenyataan penuh Husam.
Kenyataan Terbuka Deepak Jaikishan: Hayat Politik Najib Berakhir Sebelum PRU 13?
Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik.
Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO di mana Najib akan berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib.
Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya - sehingga bagi insan waras - Najib sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara.
Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, UMNO adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah 'diam itu emas'.
(Gambar: Kenyataan Deepak dalam tiga media semalam)
Kenyataan Deepak sangat serius kesannya :
1. "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya".
"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala".
2. "Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti".
3. "Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori".
4. "Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam".
5. "Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka".
Setiap satu dari kenyataan ini adalah ekplosif. Semuanya dengan jelas tertuju kepada isu pembunuhan Altantuya dan PM dan keluarganya dengan beraninya dilibatkan.
Bagaimana Najib akan menerajui UMNO/BN menghadapi pilihanraya paling genting dengan isu peribadi membelit dirinya?
Adakah UMNO sanggup mempertahankan Presiden mereka jika mereka sedar survival UMNO ditambah beban oleh isu peribadi Presiden partinya, ketika UMNO sendiri tercungap-cungap keletihan?
Semua perkembangan, termasuk isu Scorpene yang semakin membarah dan kenyataan akuan bersumpah Bala yang terus hidup, menunjuk kepada terbebannya UMNO dengan isu peribadi Najib.
UMNO mempunyai pilihan.
Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru.
Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak.
Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya tidak mengambil apa-apa langkah susulan. Satu kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir atau Muhyidin cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum PRU 13.
Malaysia tentunya sangat malang mempunyai PM selemah itu dan terbelit dengan isu sekejam itu.
Malaysia tidak akan terasa aman selagi Perdana Menterinya tidak dibersihkan dengan isu pembunuhan Altantuya oleh satu badan bebas.
Najib yang benar-benar tidak bersalah harus mengizinkan pihak ketiga yang bebas menyiasat isu ini secara menyeluruh.
Jika tidak, kenyataan Deepak dan Bala adalah benar dan kita juga dalam bahaya!
Husam Musa
Naib Presiden PAS
28 November 2012
LAPORAN BERKAITAN
Deepak ditekan letakkan jawatan 26 syarikatnya
Perpaduan Umno, Muhyidin, Deepak dan Rosmah
Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan RosmahKenyataan Deepak: SAMM tuntut kes Altantuya dibuka semula
'SD kedua Bala gagalkan rancangan pengakuan pembunuhan Altantuya'
Akuan
Bersumpah (SD) kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat
persendirian (PI) P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya
yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan
Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk
menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita
Mongolia itu, dakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan.SD pertama, dakwanya, adalah permulaan sebelum salah seorang
daripada individu yang terlibat dalam pembunuhan itu, membuat pengakuan dan mendedahkan siapa yang telah mengarahkan pembunuhan itu, tetapi personaliti yang dinamakan dalam SD pertama, telah bertindak menghalangnya daripada berlaku.
Berikut adalah petikan daripada sidang akhbar Deepak mengenai perkara itu di Kuala Lumpur petang semalam:
Hateto Najibto · Pengulas Tertinggi · General Manager di Kuala Lumpur, Malaysia
hancurlah Barisan Nasional!!!!!!!!!!!!!!
Panah Hijau · Pengulas Tertinggi
Najibrosak menjadi liabiliti UMNO...NAjib KENA UNDUR
Model Ekonomi Baru (MEB) yg diketengahkan Najib mencungkil saraf golongan sayap kanan dlm UMNO, yg menentang hebat rancangan ekonomi tersebut. Najib perlu menjelaskan bhw ia sekadar "cadangan", selepas bahagian pertama MEB dikemukakan - memperlihatkan rintangan yg dihadapinya dalam parti.
Najib kini tersepit dlm dilema. Politik naungan telah lama berakar umbi dlm UMNO. Najib tidak boleh kembali ke pangkal jalan utk meneruskan pendekatan perkauman yg ekstrem, pada masa yang sama "Najibnomics"-nya yang tidak meneliti masalah struktur juga gagal mentransformasikan ekonomi negara. Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 setakat sasaran - realitinya rakyat terus bergelut dlm suasana inflasi yang menekan.
Mereka yang menguasai sumber pada masa yg sama menggenggam kuasa.
Perebutan sumber bertambah rancak - segala-gala ini membuat rakyat merasakan bahawa khazanah negara se makin kekosongan dipunggah, dan kerajaan kini perlu menyedut duit dari rakyat
.Rakyat tidak berpuas hati dgn prestasi Najib membanteras rasuah. Ketiga-tiga kaum menganggap kerajaan Najib perlu mendahulukan isu membanteras rasuah. ... seandainya perbicaraan kes pembelian kapal selam SCORPENE ini menunjukkan bhw Najib turut terlibat dlm amalan rasuah - maka beliau semestinya berdepan dengan tekanan rakyat dan UMNO agar beliau berundur
NAMA UMNO TERCEMAR TERUK oleh NAJIBROSAK..betul betul rosak nama parti
Nampaknya Najib tidak mempunyai ruang yg lebih selesa. Meskipun Najib dan Timbalannya, Muhyiddin Yassin memainkan peranan berasingan untuk menyasarkan undi dari komuniti berlainan - iaitu Najib dengan 1Malaysia-nya, dan Muhyiddin dengan "Kemelayuan"-nya, tapi jelas, Muhyiddin kelihatan lebih disenangi dlm UMNO
Asmadi Shukor · Pengulas Tertinggi · Marine Surveyor di Apa kata survey
bangkai gajah nak tutup dgn daun pisang...kalau pun terlepas di dunia..di akhirat mu mau lari mana...setiap perbuatan/pekerjaan mu atas dunia akan dihisab..wahai sang saka bangsa raja firaun
Rambo Shukur
POLIS...AG...DAN PIHAK2 BERKUASA TAK RETI BACA KER??? KENAPA X SIASAT DAN AMBIL TINDAKAN??? NAJIB XKN DIAM DIRI??? PANCACAI UMNO BISU KER??? HASAN DAN BRAHIM ALI DH MAMPOS KE??? BUKAN KE DIA ORANG SELALU BERTINDAK SEBAGAI LOYAR KEPADA PUAK2 NIE??? EZAM DH KENYANG..SENYAP JE LAH...SUMUA HAMPEH...
AGM: Najib lengkapkan misi buka pekung Pakatan 2.0 pagi ini?
29 November 2012
itu hanya akan terjawab apabila beliau menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (AGM) pagi ini.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan merasmikan persidangan serentak sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam kelmarin memperuntukkan hampir 60 peratus daripada ucapannya "membuka pekung" Pas dan dua rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).
Mesej disampaikan Muhyiddin itu sama nada dalam ucapan perasmian tahun lalu.
Suatu misi yang belum sampai ke garis penamat.
Meskipun, dalam ucapan selama kira-kira sejam itu, lebih 30 kali nama Pas disebut oleh Muhyiddin.
Sama ada ia untuk menzahirkan perhimpunan kali ini sememangnya akan mendedahkan imej sebenar Pas secara total, seperti yang dikatakan Najib bahawa anggota Umno harus mendedahkan
wajah sebenar Pas dengan mengemukakan hujah yang bernas - ia masih belum diketahui.
Jika anggota Umno berjaya mendedahkan jati diri Pas, parti itu kata Najib akan muncul sebagai parti utama di kalangan orang Melayu.
Sehubungan itu, jika mengambil kira ucapan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri malam kelmarin, Umno menggunalkan ruang berbaki untuk mengetengahkan kepincangan dalam PR demi mengembalikan sokongan orang Melayu kepada Umno.
"Pas sebagai contoh pernah menuduh Umno sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir'aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional.
"Sebenarnya saudara-saudari, Pas dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. Pas menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci Umno dan menyokong mereka," kata Muhyiddin.
Bahkan ujar Muhyiddin, Paslah parti yang menyuburkan perasaan syak wasangka, fitnah dan menanam politik kebencian di kalangan rakyat di negara ini terhadap kerajaan pemerintah.
"Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi Pas masuk syurga, sembelihan orang Umno tidak halal, solat berimamkan orang Umno tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang Umno yang merupakan saudara seagama mereka," kata Muhyiddin.
Paling menyedihkan kata Muhyiddin, Pas dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat terutama DAP yang bercita-cita mahu mengemudi bahtera kerajaan Persekutuan, ironinya saling bercanggah ideologi dan pendirian politik.
Beliau kemudian memberi contoh kerjasama Pas bersama DAP di tiga negeri iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang menunjukkan bahawa parti itu hanya kuda tunggangan,tukang sorak dan tuang takbir untuk merebut kuasa.
"Ternyata, Pas hanya melukut di tepi gantang. Pas tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada Pas dirampas oleh DAP dan PKR.
"Sungguh malang bagi Pas. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas,"katanya disambut sorakan para perwakilan.
"Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun Pas tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa Pas boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang?,"soalnya lagi.
Seolah-olah menyahut paluan genderang perang, ucapan dasar ketua sayap Umno masing-masing tidak ketinggalan "menyerang" Pas dari pelbagai sudut.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, cabaran untuk Umno memperkasa parti itu salah satunya datang daripada Pas.
"Dua kempen besar yang sering dibawa oleh Pas untuk melemahkan Umno ialah dengan menggambarkan kepada masyarakat bahawa kononnya pendokong-pendokong Umno ialah orang yang kononnya korup dan kononnya tidak mengimarahkan masjid. Masya-Allah.
"Kita tahu tohmahan Pas itu adalah fitnah belaka, dan oleh itu kita perlu menghadapi tohmahan ini dengan membuktikan kita adalah pejuang parti yang luhur dan ahli yang memakmurkan masjid," kata Shahrizat.
Bahkan ujarnya Pas sanggup melanggar Enakmen Jenayah Syariah Kelantan hanya untuk menghalalkan perbuatan mereka demi cita-cita politik perikatan pembangkang.
Menurut Shahrizat, doa tersebut yang dipimpin oleh adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sebagai menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan Seksyen 24 yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.
"...atau tidak patut dapat diterima, sebagai menganuti Agama Islam, atau tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam Agama Islam.
"Adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau denda tidak melebihi lima ribu tinggit atau kedua-duanya,"kata Shahrizat.
Ketua Pemuda Umno dalam ucapan dasarnya kemudiannya membidas Pas dengan menyifatkan Pas parti yang gagal dalam menjalin kerjasama politik bersama-sama PKR dan DAP.
"Pakatan apa mereka ini sebenarnya? Nama sahaja Pakatan namun jarang sekali bersepakat.
"Sehinggakan calon Perdana Menteri belum tentu yang mana. Siapa bakal Perdana Menteri mereka?" soalnya.
Menurut Khairy, negara akan berpecah di bawah pentadbiran pembangkang dan ia harus dihentikan segera.
"Jangan digadai jerih nenek moyang menyatukan negara ini, kita tidak akan benarkan masa depan negara hancur di tangan mereka," ujar beliau.
Sementara Puteri pula secara konsisten menyelar Pas sambil menggambarkan apa akan berlaku "apabila seekor kerbau ada tiga gembala.
"Dua orang bertelagah, seorang lagi bertepu tangan, ketawa berdekah-dekah," kata ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian memberitahu, ada kewajarannya mengapa perhimpunan Umno kali ini perlu mendedahkan imej Islam Pas.
Hal ini menurut beliau perlu kerana gambaran yang ditonjolkan oleh parti komponen pembangkang itu seolah-olah hanya mereka satu-satunya parti yang memartabatkan Islam di negara ini dengan mendakwa Umno sebagai parti yang menolak ajaran tersebut.
"Umno juga harus pertahankan Islam. Banyak cara digunakan Umno untuk mempertahankan Islam. Walhal dalam tempoh 55 tahun ini juga, Umno boleh dikatakan sebagai teras membangunkan Islam berdasarkan kedudukan sebagai pemerintah.
"Jadi ini harus ditekankan kerana agama merupakan satu isu yang besar. Barangkali harus ditampilkan, bukan sahaja Pas bercakap tentang Islam tetapi juga Umno juga melakukannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online bagi memberi pandangan berhubung topik yang akan dibangkitkan sepanjang AGM kali ini.
Menurut Sivamurugan, hakikatnya rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam harus membuka mata dan menilai usaha kerajaan dalam memastikan agama Islam berada di kedudukan tertinggi di negara ini tanpa meminggirkan agama-agama lain.
"Sebenarnya bukan semua kerajaan akan buat sepertimana yang dibuat kerajaan BN hari ini. Banyak yang sudah dibuat. Tetapi mengapa itu tidak mahu dihargai? Barangkali hebahan mengenai apa yang dilakukan itu kurang," ujar beliau.
Bahkan katanya, jika pun Umno mahu membincangkan isu Pas ini di dalam himpunannya di saat-saat genting sebelum PRU13, ia memang munasabah.
"Isu ini harus dilihat secara rasional. Isu agama adalah isu yang sangat penting.
"Kebelakangan ini kalau kita lihat banyak isu agama dibangkitkan. Ada pihak mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri. Pas dilihat banyak mendiamkan diri dalam isu itu. Contoh Nurul Izzah, isu Negara Islam," ujar beliau.
Sementara itu, menurut Sivamurugan, Umno juga perlu menekankan soal calon dalam perhimpunan kali ini memandangkan ia perkara paling signifikan dan paling dekat di hati ahli-ahlinya menjelang pilihan raya umum ke-13.
Ia turut merangkumi isu sabotaj dalam parti yang menjadi punca kegagalan Umno-BN mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu selain membuktikan perpaduan di kalangan ahlinya.
"Umno perlu menggunakan ruang dalam perhimpunan ini untuk menunjukkan mereka (parti komponen dalam BN), saling perlu memerlukan di antara satu sama lain," ujar beliau.
Sementara itu, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, perhimpunan kali ini penting untuk Umno membuktikan parti itu bukan sebuah organisasi yang kaku.
"Tetapi persoalannya ada atau tidak pemimpin Umno dalam kelompok mereka yang sebegitu berani bangun untuk menyatakan sudah sampai masanya pendekatan politik Umno perlu berubah dari segi menerima tuntutan masyarakat hari ini?
"... untuk satu sistem kehakiman yang lebih telus, untuk satu sistem demokrasi yang lebih terbuka untuk satu kebebasan kepada rakyat bagi menyatakan pandangan berbeza. Ada atau tidak pemimpin berani begitu," ujar beliau ketika dihubungi.
Katanya, selain mengutarakan agenda Melayu, pemimpin Umno harus berani bangkit menyuarakan bahawa parti itu memerlukan perubahan untuk bersaing dalam arena politik pada hari ini.
"Bagaimana untuk Umno menerima realiti politik pada hari ini untuk meletakkan kedudukan mereka sesuai dengan tuntutan semasa, tuntutan kelas menengah, tuntutan pegawai awam, tuntutan golongan muda, dengan masyarakat yang terdedah kepada alam siber, saya rasa itu yang mustahak.
"Jadi kalau Umno dan pemimpinnya boleh menunjukkan anjakan untuk berubah dalam pendekatan berkaitan politik, saya rasa itu yang menarik dalam AGM kali ini," katanya ketika diminta fokus isu yang akan dibangkitkan dalam AGM yang sedang berlangsung.
Susulan perkembangan sejak kelmarin dan temu bual khas sempena AGM, yang keluar Ahad lalu, pastinya versi 2.0 akan didengar dalam beberapa jam lagi.
Najib umum Umno sudah berubah, ahli mahu PRU sekarang
29 November 2012
Mesej beliau itu disusuli dengan laungan para perwakilan parti agar Parlimen dibubar sekarang bagi mendapatkan mandat rakyat.
"Umno sudah berubah (sepenuhnya)," kata Presiden Umno dan Perdana Menteri ini memulakan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012 di Dewan Merdeka hari ini.
Tindak-tanduk Chua Soi Lek Terus DiBantah
Wartawan Buletin
Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali mendakwa Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya.
Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS.
“Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Aman Membantah Kenyataan Chua Soi Lek Hina Islam di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 9 November lalu.
Haji Yahaya selaku Yang Dipertua PAS Marang menegaskan perhimpunan secara aman tersebut bagi menyatakan sikap serta pendirian PAS mempertahankan Islam.
Ini kerana, kata beliau, hati umat Islam di negara ini terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham serta membenci Islam.
“Ini (demontrasi) adalah untuk menyatakan sikap dan pendirian kita (PAS) membela Islam. Hati umat Islam terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan-kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham dan dilihat seperti membenci agama Islam.
“Kita sendiri (sebagai Islam) juga diajar oleh agama (Islam) agar kita tidak menghina agama-agama lain walau pun kita tidak bersetuju dengan agama-agama lain (namun) kita tidak sampai menghina agama-agama mereka (bukan Islam),” jelasnya.
Menurunya, penghinaan itu berpunca dari kelemahan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membiarkan orang-orang bukan Islam menghina hudud di negara ini.
Tambah beliau, tindakan pemimpin MCA itu turut mendapat sokongan ulama’-ulama’ muda dalam Umno yang menyifatkan ia hanya menghina serta mempertikaikan hudud PAS.
Antara pimpinan PAS yang hadir dan berucap iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Muhammad Hanafi.
'Jangan terkejut kami rampas balik P Pinang'
Perwakilan
Wanita Umno Pulau Pinang Jumabi Mohamad berikrar pergerakan itu akan
merampas semula pentadbiran Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat pada
pilihan raya umum yang bakal menjelang.
Katatanya, Wanita Umno negeri telah merangka strategi tertentu bagi tujuan itu, ekoran kekalahan BN pada pilihan raya pada 2008.
"Ada orang bertanya Pulau Pinang oleh menang ke? Jawapannya, tiada upaya kami melainkan kuasa Allah SWT.
"Wanita Umno dan BN memastikan urusan jatuh bangun, kami tangani bersama. Jangan terkejut pilihan raya umum ke-13, kami ambil balik Pulau Pinang... Wanita Umno dan BN akan serang dan perang untuk kembali berkuasa ," katanya.
Sehubungan itu, tegasnya perpaduan dan ukhwah anggota dalam parti menjadi faktor amat penting bagi mencapai hasrat itu termasuk menyediakan gerakan saraf parti dalam pilihan raya umum itu.
Bercakap dalam membahaskan usul politik di Perhimpunan Agong Pergerakan Wanita Umno di ibu negara petang ini, Jumabi mengakui Wanita tidak akan menyerah kalah dalam pilihan raya akan datang yang dianggapnya sebagai "ibu segala peperangan".
"(Kita akan) serang dan perang. Kami akui kelemahan silam, terlalu selesa, sehingga banyak perkara kita lepas pandang," katanya sambil menambah kekalahan tersebut menyebabkan semua parti komponen membuka mata mereka.
Tegasnya, sokongan dan dokongan semua pihak daripada mengharapkan beberapa kepimpinan tertinggi parti dan skuad sayang yang "turun padang" memberi semangat kepada jentera parti.
Bagaimanapun, beliau menegur beberapa pemimpin parti yang tidak turun ke akar umbi untuk memberi semangat kepada mereka kecuali perdana menteri, timbalan perdana menteri, Shahrizat dan ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
"Depa ni lah, yang turun Pulau Pinang, dok tanya habaq. Yang lain awat tak mai, tak nampak batang hidung pun. Awat tak buat macam tahun pertandingan (pemilihan parti). Sampai tidoq di rumah pun, tak boleh.
"Dalam pilihan raya ini, begitu mencabar. Menang ini (pilihan raya) berkempenlah habis-habisan untuk parti kita," katanya.

- U Chang Eng · Pengulas Tertinggi · Monash University
- Joseph Abdul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Banking
- Nazriaziz Alsheikh · Pengulas Tertinggi · Pemulung Hati dan Jiwa Rakyat Marhaen di Bangsaku
- Fadzel Sulaiman · Pengulas Tertinggibetina umno ni spesis yg dah pupus dah.... dia dok jauh dari sempadan kedah n penang. Masuk hutan tebal baru jumpa dia. Orang umno ambik dia menggunakan pesawat khas yg awasi oleh 10 jet MIG.... lepas habis perhimpunan nanti, dia akan dihantar smula ke hutan tebal tu dan dikeluarkan kembali bila perhimpunan umno ade balik... spesis ni perlu dijaga dgn kawalan keselamatan yg sgt tggi sebab dah hampir pupus... kakakakakaka....
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Suprie Sapie · Pengulas Tertinggi · Ikm alor star, kedah
- Ivancph Ivan · Pengulas Tertinggi
- Musa E Lamud Zalamuddin · Pengulas Tertinggi · SEK MEN ROYAL BATU GAJAH
- Safuan Karto · Pengulas Tertinggi · 60 years old
- Abrahim Abdan · Pengulas Tertinggi · SM Sultan Ibrahim Kulai Johor
- Nur NurmaHmmmm mami ni merapu pasai nak cari makan jaaaa....
- U Chang Eng · Pengulas Tertinggi · Monash University
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Hazik Kamal · Pengulas Tertinggiyg undi bangla, nepal, mynmar, indon, filipina... (mesti bn menang..)
semoga PR akan terus berkerja kuat utk LAWAN TETAP LAWAN...- Arifin Masran · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
- Nordin Ahmad · Pengulas Tertinggi
- Syuq Ran · Pengulas Tertinggi · Coolie Chiaq Kang Jer di The Laryngeal Mask Company (Malaysia) Sdn. Bhd.
- Bikir Perak · Langgani · Pengulas Tertinggi · 112 subscribersmami ni udah merangka strategi ? kah kah boleh kut pun, hanya dalam mimpi di siang hari aje lahhh...!!!
- Azrul Kuale · Pengulas Tertinggi
- Sobri Hj Othman · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebanggsaan Pulau NyiorKlu tipu pun umno belum tentu menang.deyyy umno wanita ada mimpi kaaa...???
- Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggieh rampas mcam Perak ke? asal boleh. ni yg harus kita berdoa, "ya Allah binasakan puak2 yg merompak dan merampas kedaulatan rakyat Msia dalam PRU13 ini, mereka merancang segala tipudaya dan keganasan, pulangkan semula segala tipudaya kepada batang hidung mereka, sesungguhnya perancangan engkau lebih baik.amin ya robbal 'alamin".
- Mansau Ansau · Langgani · Pengulas Tertinggi · MalaysiaBAGI SAYA...KAMU SEMUA WANITA UMNO JANGAN BERMIMPI DISIANG HARI/MALAM NAK RAMPAS PULAU PINANG....LAGI BAIK KAMU UMNO WANITA JAGA NEGERI YG BELUM DITAWAN PAKATAN...PAKATAN BERKEMUNGKINAN AKAN MERAMPAS 5 NEGERI LAGI DIBAWAH KEKUASAAN UMNO SKRG....INI KALI LA....WANITA...LAGI BAIK KAMU SIASAT NFC TU...DPD KAMU BERKETUAKAN PENGKHIANAT WANITA DAN SELURUH WARGA MALAYSIA...JALAN KE PUTERAJAYA DAH SEMAKIN CERAH BUAT PAKATAN RAKYAT...INI KALI LA...
- Mohd Saufi Abdullah · Langgani · Pengulas Tertinggi · Maktab perguruan kuala terengganu batu rakitambik penang tapi serah semua negeri lain ....ada berani??????
- Zokapaly Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Skkt kinrarastatement yang paling kelakar, nak kutuk tak bolih buat kelakar pula mereka ni. ketawa tergolek gokek. kah kah ..........................
- Hanif Nasir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MIMOS Berhad
- Paramasivam SivamWajah penang sekarang jadi macam singapore. kalau Bee End rampas penang jadi macam pakistan.kami rakyat penang tolak Bee End.hidup pakatan.
- Acepalago Agogo · Pengulas Tertinggi
- Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 227 subscribersKalau Penang jatuh pada BN bermakna itu hanya dalam mimpi disiang hari.. hehe
- Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTM
- Bro Yat · Pengulas Tertinggi · Manager di My own businessNI MAMI KELING AWT MASUK UMNO...X LAYAN LAA..MASUK LAA KIMMA?? BUAT LAWAK BODOH...MUAK NAK TERMUNTAH....WEKKK.....
- Normiza Safuan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di N/Asori la woiii umno. Lu org dah lambat. bodoh lu orang. Dulu sombong sangat. Rakyat PP dah meluat dgn umno.
umno pengkianat Ugama, Bangsa & Negara. - Azul Mohd Din · Pengulas Tertinggi · ITMkalua UMNO BN bolih rampas p.puinang aku sunat lagi sekali...
- Aziff Mohd Noh · Pengulas Tertinggi
- Putera Lukas Fahmi Gerard · Langgani · Pengulas TertinggiKak bi oi....kak bi ckp dok hadap depan cermin meja solek sambil goyang gelang sekerat lengan ka?
- Reza Yusoff · Pengulas TertinggiKalo dgn menipu blehlah mami juma woi.. jgn dok berangan mami lebih..
- Vijay Harikrishnasamy · Pengulas Tertinggi · M.director di EVEREST WORLDWIDE EXPRESS SDN BHDsaya ikut yab Lim guan eng breceramah
- Azi Nang · Pengulas Tertinggi · TemerlohAlah !!!! wanita umno ckp besar, kalau umno menang pun ketua menterinya dari gerakan atau mca juga........
- Mohd Nor Nor · Pengulas Tertinggi · Bekerja di N.s. Uni Gloves
- Azul Mohd Din · Pengulas Tertinggi · ITMko nak amik p.pinang macam nak rampas laki orang ke..silap2 ko jadi isteri yang keempat..kahkahkah
- Mohd Kamarul Zaman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di EX Royal Malaysian Navysaya nak tanya satu sja semasa pemerintahan BN berapa banyak peruntukan kepada Majlis Agama Pulau Pinang berbanding dengan Pemerintahan PR yang di ketuai oleh YAB Lim yang mempeuntukan sebanyak 63 juta, dan baru2 ni ketua menteri mengingatkan wakil rakyatnya agar menjalankan tugas mengajak kepada maarof dan mencegah kemungkaran.
- Musafir Di Dunia · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kota TinggiBercakap dalam persidangan kedai kopi sesama kamu bolehlah cakap boleh ambil balik PP, tapi kalau nak lakukannya secara praktikal rasanya amat mustahil sebab kamu semua bercakap tanpa menggunakan akal yang serius serta sihat. Ingat warga PP tu kayu ke?
- Hamidun Majid · Pesara di TAK ADA KERJATak terkejut langsung sebab memang perangai UBN merampas hak org. Masa memerintah PP habis harta rakyat dirampas dan disamunnya. Jadi jangan terkejut la kalau berkuasa lagi banyak yang akan dirampasnya. Rakyat wajib tolak UBN
- Ooi Tong · Pengulas Tertinggi · HEIMenang dulu baru cakap pun tak boleh lambat , sembang kuat , biasanya orang yang cakap dulu ni tak tau apa , tadak kewibawaan , belagak dan yang ada kebolehan punya pula menang pun rendah diri , lebih kearah apa yang perlu dibuat untuk rakyat, tuntuti janji .sembang dulu tak dapat apa
- Mohd Zamani · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah zaabakamu kalah bukan sebab kamu terlalu selesa tetapi rakyat yang sudah menjadi gila menghadapi rasuah umnu.setiap program umnu kamu membazirkan dana rakyat sesuka hati kamu, takkan ada warga yang waras mahu menyokong kamu kembali...haprak rasuah tetap no 1 dalam kepala setiap ahli umnu...
- Jsaniel Dev · Pengulas Tertinggi · Penang Free Schoolhahahahha... i akan botak se umur hidup saya... kalo BN menang 2/
3 kat PENANG.....hahahahahhaha... jgn mimpi laaaaa.... - Sathia Kumar · Langgani · Pengulas Tertinggi · Insurance Agent di Agent insuransSaya sokong semangat puan tapi jangan mimpi siang untuk perintah penang.LGE kesayangan kami.Saya sokong PKR
- Toko Elek Tronik · Pengulas Tertinggi · Princess DianaSaya x terkejut umno ambil p.p tapi saya terkejut pr ambil alih putra jaya he he he hev.......
- Reza Yusoff · Pengulas Tertinggimami juma woiiii....nanti malam ni lepak kat perangin dgn nana tanjung tau.
- Lurus Bendul · Pengulas TertinggiNak terkejut ke benda nya!!!! PR kalah dah biasa!!!! BN yang tak pernah kalah lahyang terkejut moyet!!! sebab tak pernah kalah di P.P !!!
- Roy Neo · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kementerian buruh paksapotong chin...ha3. Tp BN x ada can punya.
- Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Director di Own businessRampas saja apa yang kamu mahu !
- Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Director di Own business
- Saumin Hamli · Pengulas Tertinggi · Sekolah umum buta hurufTiada pula yg ingin bertanya dan mengupas mengapa rakyat semakin tdk mengundi BN.Tdk pernah ada yg mengaku kelemahan BN.Alasan kekurangan sokongan kepada BN yg dihuraikan sebab:Anwar buat fitnah dan tabur janji, PAS guna agama, DAP main isu perkauman.
Sedarlaah...sekarang dunia langit terbuka.Semua tahu siapa yg buat fitnah.....sepatutnya buatlah penambahbaikan dan perbaiki kelemahan.
Jgnlah modal sekadar LGBT, Yahudi, Pleuralismi, seks.Huh...sedih - Jai Zailani · Pengulas Tertinggi · Pencuci kereta di Jai communicationwoyyoooo...memang seram gila cerita ni..ini kalau hang tuah dengar cerita ni mau terkincit2 dia....serammm..sseerraamm
mm.. - Khairull Nizan · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysiabiarlah mat jenin dengan angan-angannya.... biarlah asalkan dia bahagia.... tapi yang nyata..... sampai kiamatla BN takkan dapat P. Pinang
- Norashikin Abdul Rahman · Langgani · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysiakalaulah pilihanraya berjalan secara adil, bn akan menjadi pembangkang kat malaysia nih...
- Kamarul Azman Sapian · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Labourer/Machine Operatorkalauah hilang kesemua negeri agaknya setara mana gilanya umno ye?
- Abu Bakar S M · Pengulas Tertinggi · Bekerja di USANA Health Science (Malaysia)Kali ini mesti UMNO lawan PR.....Gerakan, mca, mic....dah nazak......
- Shahrulzaman Shafie · Pengulas TertinggiSUDAH CUKUP KAH ILMU UTK MERAMPAS BALIK PENANG. AWAT HANG CAKAP BERDEGAR DEGAR , CUKUP KAH HANYA WANITA UMNO SAHAJA DIPENANG BOLEH MERAMPAS BALIK PENANG, HANG TAHU TAK MAJORITI KAUM DIPENANG KEBANYAKAN NYA KETURUNAN TIONG HWA (CINA). BOLEH KAH ORANG TIONG HWA MENYOKONG BN DIPENANG? JANGAN HANYA SUKA BERPIDATO MENGIKUT SEDAP CAKAP TANPA KAJIAN TERLEBIH DAHULU. MELAYU PENANG KEBANYAKAN MENYOKONG PAKATAN . KITA SUDAH AGAK PEMIDATO DIDALAM PERHIMPUNAN UMNO KEBANYAKAN NYA HANYA SYOK SENDIRI.
- Azma Ali · Pengulas Tertinggip rampas kandang lembu ketua hampa tu..byk duit keluarga dia dpt...hangpa dpt apa?teguk air liur jer lah...dpt bau lembu pun jadilah...
- Nazri Noor Nai Kazrat · Pengulas Tertinggi
- Amran-dora Dora · Pengulas TertinggiJangan berangan angan nak ambil alih pulau pinang belum tentu lagi sebab hari ini jika di lihat orang2 melayu di pulau pinang bolih di kira ngan jari aje , tetapi sedang kan orang2 bangsa asing lebih cenderung dalam pakatan rakyat, kalau nak di banding kan ngan orang2 melayu yang sokong umno/bn sendiri bolih fikir kan sokongan pakatan rakyat berlipat kali ganda dengan sokongan melayu umno/bn, kita semua tunggu pru 13 siapa yang tumbang cakap2 tak mahu !!!! dalam dewan bolih buat lawak tetapi pilihan raya , rakyat menentu kan bukan nya Tuan/cik puan Jumabi Mohamad yang BOLIH tentu kan SEGALA - GALA NYA
Penganalisis: AGM Umno pentas penting buat Najib
29 November 2012
"Ini pentas Datuk Seri Najib, bukan Umno, tetapi untuk Najib (untuk menghadapi PRU13)," kata beliau dalam temu bual khas sempena AGM Umno 2012 di pejabatnya di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.
Pengarah Institut Kajian Etnik ini berkata, beliau pasti Najib akan menggunakan untuk mengetengahkan segara perubahan yang telah dibawa sepanjang tiga tahun lalu mengepalai Umno, Barisan Nasional dan kerajaan atas kapasiti sebagai Presiden, Pengerusi dan Perdana Menteri.
"Beliau akan mengatakan bahawa saya sudah tepati janji, janji sudah ditepati, sekarang anda kena tunaikan janji, memberi sokongan undi dalam pilihan raya.
"Kini giliran anda tunaikan janji... ini mesej beliau akan sampaikan," kata pakar sosiologi dan antropologi ini.
Najib dipilih sebagai Presiden Umno pada Mac 2009, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi setahun selepas Pilihan Raya Umum 2008. Pada pilihan raya itu BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima kerajaan negeri.
Selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri, PRU13 pilihan raya umum yang pertama beliau akan mengetuai. Najib sudah mengesahkan kepada ahli-ahli Umno bahawa PRU13 tidak akan diadakan bulan depan.
Najib dijangka akan menyampaikan ucapan dasarnya, yang dinantikan banyak pihak - Umno-BN dan pembangkang kira-kira jam 9.30 pagi nanti
[TEMU BUAL: LIPUTAN VIDEO]
Mengenai signifikan AGM kali, Shamsul berkata, "saya rasa signifikan untuk kali ini kerana ia telah mengalami beberapa perubahan besar selepas pilihan raya 2008 sehingga presiden umno yang memenangi pilihan raya itu dengan agak tipis terpaksa mengundur diri dan diganti oleh seorang presiden baru dan jadi perdana menteri baru."
"Jadi kesudahan Umno kali ini adalah persidangan Umno yang pertama kali setelah berlaku krisis," katanya.
Bagaimanapun ini bukan AGM pertama bagi Najib.
Selepas mengambil alih kepimpinan parti pada Mac 2009, Najib ada berucap di hadapan perwakilan di Dewan Merdeka - lokasi tradisi perhimpunan perwakilan Umno - pada akhir 2009, 2010, 2011.
Menjawab soalan berkaitan, Shamsul berkata, "ini berhampiran dengan pilihan raya juga.
"... dan kita tidak tahu lagi apakah hasil jasa perdana menteri lagi, kita tidak dapat nilai, sekarang kita sudah dapat nilai, dah tengok kemampuan beliau kerana beliau ada lebih kurang tiga tahun 11 bulan lagi jadi perdana menteri (sebelum PRU).
"Jadi maknanya dalam tempoh berkenaan beliau terpaksa seperti seorang komandar, memanjat bangunan yang menegak dan dia mesti sampai ke atas naik ke seberang, kalau tidak dia jatuh ke bawah," katanya.
Mengenai kedudukan semasa, Shamsul berkata, "sekarang beliau berada di atas hampir dalam lima meter dari tembok yang tinggi 20 meter itu."
"Dia nak hampir ke puncak. Jadi ada dua kemungkinan... dia dapat lepas atau jatuh. Itu sahaja. Dia tak ada pilihan, antara 50-50 tak ada.
"Maknanya, kalau dia menang satu kerusi pun, itu bukan kemenangan. Jadi akan menghadapi cabaran lain pulak. Kalau dilihat dari cabaran, dia akan hadapi cabaran lebih besar. Jadi, opsyen kepada BN la.
"Itu sebabnya persidangan Umno sekarang ini adalah untuk, yang paling penting kepada Datuk Najib, terutamnya kepada Najib sebagai pemimpin Umno dan pemimpin barisan," kata beliau.
Doa tidak bercanggah enakmen
29 November 2012
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, doa 'KO BN' yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat, tidak bercanggah dengan enakmen itu.
Jika bercanggah, katanya, ia boleh diadukan kepada Majlis Agama Islam Kelantan.
“Pas mendoakan (terhadap kemusnahan) Barisan Nasional (BN) kerana parti itu adalah lawan kami. Ia doa biasa terhadap lawan supaya ia lemah dan musnah.
“Ia tidak mendoakan (terhadap kemusnahan) ahli-ahli Umno, individu atau tokoh politik tertentu. Jika mendoakan ahli Umno, kita mendekati mereka dan mendoakan supaya mereka diberikan petunjuk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan