Kenapa perlu pikulkan beban dosa BN kepada Pakatan
Ahmad Lutfi Othman, | 10 Nov 2012 |
Hampir 30,000 menjadi saksi kesepaduan tiga parti -- PAS, KeADILan dan DAP -- untuk menggembleng hasrat dan aspirasi rakyat, bagi melakukan perubahan besar dan cukup bererti dalam PRU13 nanti. Keserasian yang dibina secara formal sejak 1998, walaupun pada satu ketika ada pasang surutnya, ternyata kini sukar untuk dirobek. Dan himpunan itu seperti mahu menzahirkan, bahawa apa pun rintangan menghalang, ia tidak seharusnya membantut usaha lebih murni, bagi menyelamatkan tanahair tercinta daripada mangsa kerakusan pemimpin BN.
Ketua Pemuda DAP, yang juga Ketua Pembangkang di Dun Negeri Sembilan, Anthony Loke, dalam pidatonya pada majlis berkenaan, yang disorak tepukan bergemuruh, mengungkapkan: "Jika agama Buddha dihina, saya yakin pemimpin PAS akan mempertahankannya. Kalau agama Hindu dan Kristian dihina, saya yakin KeADILan akan mempertahankan. Kalau agama Islam dihina, DAP akan mempertahankannya."
Saya kira angan-angan pemimpin Umno untuk mengadu-domba pemimpin PAS dan DAP, seterusnya menimbulkan rasa curiga, apatah lagi menyemai bibit sengketa, di kalangan penyokong kedua-dua parti, semakin berderai dengan komitmen bersama yang ditunjukkan pada malam Ahad itu. Bukan sahaja terjalin persefahaman yang baik di kalangan pemimpin atasan, malahan kerjasama padu di peringkat akar umbi.
Di kala majoriti masyarakat bertambah yakin dengan keupayaan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan, masih timbul kecelaruan pemikiran dan usaha terancang memomokkan bahawa kepentingan Melayu akan terabai di bawah kerajaan baru nanti, manakala kebejatan pemerintah akan disalin-ganti oleh penguasa yang baru. Dakwa kelompok ini, apa guna kerajaan bertukar jika reformasi menyeluruh gagal dilaksanakan.
Strategis Umno masih menggunakan pendekatan lapuk, yang diwariskan Biro Tata Negara dan jentera kempen turun-temurunnya, iaitu untuk merenggangkan (atau sekurang-kurangnya meragukan) orang Melayu dengan Pakatan. Pelbagai fantasi dan falasi direka, semata-mata untuk menimbulkan kegelisahan tidak berasas. Sesungguhnya tiada lagi aset kekuatan BN untuk melobi sokongan rakyat, selain melancarkan dakyah dan perang saraf bagi memburukkan oposisi.
Sudah pasti kaedah itu tidak lagi berkesan seperti dahulu, namun saya bimbang masih ada -- termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan menempati kelas menengah -- yang terus terpedaya, sehingga ragu-ragu untuk melakukan perubahan walaupun menyedari elit politik Umno-BN berlaku curang, mengkhianati amanah rakyat dan memperdagangkan sokongan awam.
Saya tertarik dengan tulisan Nurul Izzah Anwar bahawa tiang teras kenegaraan seperti Perlembagaan teras demokrasi, institusi Raja-Raja Melayu, Islam Agama Persekutuan, Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputara tetap akan terpelihara dan terjamin walaupun berlaku perubahan di Putrajaya.
Namun masih ada juga yang curiga, mampukah Pakatan yang berkuasa nanti dapat membanteras rasuah dan segala penyelewengan, selain memulihkan demokrasi, membela kebajikan rakyat, merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memastikan pengagihan khazanah negara lebih adil?
Tiada siapa dapat memberi jaminan seratus peratus bahawa, misalnya korupsi yang sudah membarah dan mengakar dalam setiap sektor kehidupan, sejak dibudayakan elit Umno lima dekad lalu, dapat dihapuskan segera sebaik pemerintahan bertukar tangan. Begitu juga dengan pelbagai skandal, kecurangan dan ketirisan yang lain? Dalam tempoh singkat, ia amat menuntut dan menagih keazaman politik yang begitu tinggi, serta terpaksa menempuh cabaran dalaman dan luaran yang cukup sengit.
Dr Siddiq Fadzil mengungkapkan fenomena itu dengan baik sekali: "Untuk mengamankan dirinya daripada gugatan, seorang pemimpin korup biasanya akan berusaha agar orang lain juga jadi korup. Apabila semuanya sama-sama korup, maka tidak siapa pun yang akan berani menuding orang lain sebagai korup. Dalam kaitan ini, Ajib Rosidi menyebut bahawa dosa Soeharto sebenarnya tidak hanya melaksanakan korupsi tetapi lebih daripada itu beliau telah membudayakan korupsi dengan membuka ruang agar mereka yang di kelilingnya juga melakukan perbuatan sama. Dengan demikian lahirlah budaya "korupsi secara berjemaah".
Saya sendiri menaruh sedikit syak tentang kemampuan Pakatan merealisasikan janji-janjinya menyelamatkan negara daripada seribu satu penyakit kronik itu. Soalnya, apakah dengan kecurigaan itu membuatkan kita perlu membeku di takuk lama dan membiarkan kemungkaran BN berleluasa?
Tentulah tidak! Kerajaan BN yang memerintah hampir 60 tahun itu, sehingga telah "sempurna" segala kebobrokan dan kejahatannya, wajib ditukar. Hal itu tiada kompromi lagi. Peluang mesti diberikan agar Pakatan -- bersama-sama gerakan rakyat -- menerajui perubahan dan melakukan proses reformasi ke akar umbi.
Lebih jauh lagi, saya turut mengesan persoalan berbangkit seterusnya, apakah Pakatan perlu menanggung beban dosa pemimpin Umno-BN selama ini, apabila kita turut menghukum lebih awal, dengan andaian (dan sangkaan buruk) pemimpinnya yang bakal berkuasa nanti juga pasti mengulangi kesalahan sama? Tentulah tidak adil sama sekali, 'kan?
Saya dapat memahami, sebahagian kita, yang sudah muak dan jelak dengan jenayah BN mengkhinati amanah kepimpinan ini, mudah pesimis dan seakan-akan menyerah kalah. Pada mereka, sesiapa saja yang menang dalam pilihan raya dan kemudiannya berkuasa, akan melupakan segala janji manis serta kembali kepada tabiat buruk penguasa rakus, seperti rasuah, curang, boros, membazir, pentingkan kroni dan suku-sakat, ego-takbur ....
Ya, setiap manusia terdedah kepada kelemahan dan kesilapan, terutama mereka yang berada di singgahsana kuasa, termasuk saf kepemimpinan PAS, DAP dan KeADILan. Prinsip perjuangan yang suci tidak semestinya dapat menahan kerakusan dan membentengi ketamakan. Tidak mengapa jika anda rasa perlu terus mencurigai penguasa baru nanti.
Namun, jalan penyelesaiannya mesti ada dan ini telahpun ditawarkan oleh Pakatan. Justeru, siapa pun yang bertakhta, kuasa mesti disekat dan dipisah-pisahkan. Pemerintah tiada lagi kuasa mutlak, dan harus ada faktor semak dan imbang, serta pemantauan langsung rakyat, di samping pemantapan institusi strategik seperti Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Audit Negara, badan kehakiman dan jaminan media yang independen.
Lord Acton pernah mengingatkan: "Power tends to corrupts and absolute power corrupts absolutely." Montesquiue turut merumuskan: "Apabila seseorang memiliki kuasa yang kuat, maka kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa adalah tinggi. Dengan itu, kuasa mesti dipisah-pisahkan."
Secara umumnya, mana-mana kerajaan yang baru dipilih, bukan sahaja cuba sedaya mungkin mengotakan janjinya, setidaknya bagi menunjukkan kelainan daripada regim terdahulu, malah sukar untuk sewenangnya menyalahgunakan kuasa. Umno yang berkuasa sejak 55 tahun merdeka, begitu arif dengan kelemahan sistem dan ketempangan penguatkuasaan, sehingga dapat (mahir dan cekap) berkomplot untuk "merampok" kekayaan negara dan melakukan siri pengkhianatan.
Rakyat selama ini hanya dirujuk dan diusung bagaikan raja pada hari mengundi; selepas itu ditinggalkan dan diremehkan. Pakatan menjanjikan tiada lagi gejala elit politik menguasai dan menentukan segalanya buat rakyat. Negara harus dibangunkan dan dikendalikan bersama. Masyarakat sivil akan berkembang. Partisipasi politik bertambah rancak, melibatkan segenap lapisan masyarakat.
Kuasa akan dikawal dari dua arah. Pertama, dari atas, ketundukan dan pengabdian kepada Allah. Kedua, dari bawah, pemantauan berterusan rakyat. Proses pembodohan massa akan dihentikan, sebaliknya berlaku pemerdayaan umat. Rakyat akan dimerdekakan dan seterusnya berlaku proses pencerahan. Cengkaman berbentuk akta drakonian dibatalkan, budaya takut dipecahkan. Aliran maklumat bebas untuk dikongsi. Ilmu dan ilmuwan akan dimartabatkan.
Selagi kedaulatan rakyat diiktiraf, suara ramai didengar, rintihan golongan minoriti dipandang berat, institusi syura diimplementasikan, ilmu dan kebenaran dihormati, saya percaya sebagai permulaannya ia sudah memadai.
Satu lagi aspek yang saya lihat cukup istimewa ialah sikap penyokong Pakatan. Mereka sukar untuk digula-gulakan atau dijadikan seperti "lembu kenyang". Latihan perkaderan dan pendedahan selama ini meletakkan mereka begitu sensitif dengan tunas-tunas penyelewengan, salahguna kuasa dan korupsi yang mungkin dilakukan pemimpin Pakatan. Selain berdirinya institusi penguatkuasa yang kompeten, cekap dan berintegriti, rakyat juga akan bertindak untuk menolak penguasa curang.
Lazimnya, mana-mana penguasa tidak akan bersedia secara sukarela untuk dibatasi kuasa dan pengaruh mereka. Rakyat mesti bangun menuntut dan memperjuangkan hak mereka, serta berperanan proaktif untuk merombak sistem dan struktur pemerintahan. Oleh itu, proses reformasi tidak boleh ditangguh sebaik Pakatan berkuasa. Dan ia mesti digerakkan bersama; jangan memberi cek kosong kepada orang politik, apatah lagi kelompok teratas.
Saya cukup yakin, berdasarkan pengalaman tokoh-tokoh utama Pakatan, jiwa besar pemimpinnya, prinsip perjuangan yang teguh, kebijaksanaan membaca realiti, kewarasan berdepan provokasi, insya-Allah negara ini akan melangkah ke era yang lebih baik selepas berlaku perubahan besar dalam PRU13 nanti.
Rakyat yang berdaulat akan terus memastikan tiada lagi pengkhianatan terhadap mandat majoriti, dan mereka nescaya segera bangkit memperbetulkan kepincangan sebelum tradisi hodoh BN yang dikuburkan itu tidak mampu bangkit lagi!
Yahudi di Hollywood
Joni bin Dep, Sinema.my, | 09 Nov 2012 |
Dengan berbekalkan hanya USD15 ribu, Oren Peli yang telah berhijrah dari Israel ke U.S. sejak berumur 19 tahun berjaya menghasilkan filem Paranormal Activity (2007). Atas nasihat dan bimbingan seorang pengarah Yahudi tersohor di Hollywood iaitu Steven Spielberg, Oren Peli dinasihatkan agar menukar pengakhiran filem tersebut agar bersifat lebih Hollywood. Hasilnya filem tersebut berjaya meraih hampir USD200 juta di seluruh dunia dan kini sudah memasuki siri ke-4!
Yahudi Hollywood
Steven Spielberg
Kisah ajaib tapi benar berikut merupakan fenomena biasa yang berlaku setiap hari di Hollywood. Tidak ada seorang pun Yahudi yang merempat di Hollywood.
Tak cukup duit nak bikin filem? Tak ada tawaran berlakon? Akan pasti ada Yahudi lain yang akan membantu. Lihat saja Judd Apatow yang sering membariskan pelakon-pelakon komedi yang sama bangsa dengannya setiap kali membuat filem seperti Seth Rogen, Adam Sandler, James Franco, Jack Black, Jonah Hill, Jason Segel, Paul Rudd, Jason Schwartzman, Jay Baruchel, Christopher Mintz-Plasse dan ramai lagi. Pelakon komedi terkemuka seperti Ben Stiller, Shia LaBeouf, Robert Downey Jr., Jesse Eisenberg, Sacha Baron Cohen, Rob Schneider, Joseph Gordon-Levitt, Seth Green, Matthew Broderick, Hank Azaria, Billy Cystal, Dustin Hoffman, Jerry Lewis dan juga ketiga-tiga bintang asal The Three Stooges juga merupakan Yahudi! Yahudi Hollywood
(Jack Black, Adam Sandler dan Ben Stiller)
Bangsa Yahudi yang terkenal dengan kecantikan paras rupa mereka memang sering mendapat perhatian di Hollywood. Antaranya ialah pelakon yang berasal dari Israel dan juga merupakan Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2011 untuk filem Black Swan iaitu Natalie Portman (juga diarahkan oleh seorang Yahudi – Darren Aronofsky). Tidak kurang hebatnya dengan pemenang Oscar yang lain seperti Jennifer Connelly, Rachel Weisz dan Gwyneth Paltrow. Tidak menghampakan Scarlett Johansson, Mila Kunis, Eva Green, Elizabeth Banks, Helena Bonham Carter, Sarah Michelle Gellar, Winona Ryder, Alicia Silverstone dan ramai lagi. Hinggakan Elizabeth Taylor dan Marilyn Monroe pun dianggap sebagai ikon Hollywood Yahudi kerana pernah berkahwin dan memeluk agama suami mereka yang berbangsa Yahudi!
Yahudi Hollywood.
Memang tidak hairan kejayaan bintang-bintang Hollywood ini banyak disebabkan oleh latar belakang bangsa mereka. Mereka hidup saling bantu membantu dan kerap mengambil berat antara sesama bangsa. Jika ada saja projek filem yang besar, mereka inilah yang paling menonjol. Filem-filem box-office, filem-filem pemenang anugerah Oscar semuanya banyak dibolot oleh mereka.
Yahudi Hollywood
(Gambar: Roman Polanski)
Cuba lihat Roman Polanski yang hidup dalam buangan sejak 1978. Polanski tidak berani lagi menjejakkan kaki di Amerika Syarikat kerana tidak mahu ditangkap selepas merogol seorang kanak-kanak berumur 13 tahun di Los Angeles. Anehnya pada tahun 2003, Polanski dinobatkan anugerah Oscar untuk filem arahannya The Pianist. Pelakon utamanya Adrien Brody (juga Yahudi) turut memenangi anugerah Pelakon Terbaik. Betapa kuatnya pengaruh Yahudi di Hollywood hinggakan anugerah itu diterima bagi pihak Polanski oleh pelakon Harrison Ford yang juga seorang Yahudi!
Kisah holocaust atau kekejaman Nazi terhadap Yahudi ketika Perang Dunia ke-2 sering dijadikan modal cerita untuk meraih simpati dunia terhadap kaum ini. Berjuta-juta manusia lagi terkorban dan menderita ketika Perang Dunia ke-2 terutama sekali mangsa bom atom di Jepun tetapi kaum ini beranggapan seolah-olah hanya mereka yang menjadi mangsa perang ketika itu. Steven Spielberg kerap menyelitkan unsur-unsur “penderitaan” Yahudi ini di dalam filem-filemnya seperti Schindler’s List (1993), Saving Private Ryan (1998), Munich (2005) dan banyak lagi. Tidak kurang hebatnya Bryan Singer untuk filem Apt Pupil (1998) dan juga masih sempat menyuntik propaganda penderitaan Yahudi dalam X-Men (2000). Cuba teliti dengan betul nama-nama besar dan berpengaruh dalam dunia perfileman seperti Jerry Bruckheimer, Michael Bay, J.J Abrams, Sam Raimi, Jon Favreau, Michael Douglas, Barry Sonnenfeld, Darren Aronofsky, Woody Allen, Stanley Kubrick, Joel dan Ethan Coen serta Bob dan Harvey Weinstein. Lihatlah sumbangan mereka dan apakah yang tersirat di sebalik filem-filem mereka ini.
Siapakah pengarah filem Transformers (2007) serta pelakon watak utamanya? Atau pengarah Star Trek (2009)? Spider-Man (2002)? Pencipta komik Spider-Man itu sendiri? Pemegang watak Peter Parker dalam The Amazing Spider-Man (2012)? Pencipta Superman? Pengarah Superman Returns (2006)? Watak Tony Stark dalam Ironman (2008) dan pengarahnya? Bagaimana pula dengan pengarah siri Indiana Jones? Atau pemegang watak Indiana Jones itu sendiri? Siapakah pemegang watak Harry Potter? Jawapan: Y.A.H.U.D.I. Yahudi Hollywood.
(Gambar: Ron Jeremy)
Tidak dinafikan bahawa kebanyakan Yahudi di Hollywood ini hanya secara tak langsung mempunyai asal-usul keturunan berdarah Yahudi. Ramai yang menjadi penganut Judaism, berfahaman Kabbalah malah semakin ramai yang menjadi Atheist. Tidak semua juga berfahaman dan menyokong Zionism. Namun di Amerika Syarikat dan umumnya di dunia pada hari ini, bangsa Yahudi seolah-olah telah menguasai segala-galanya termasuklah ekonomi, media dan hiburan. Hinggakan lagenda pornografi terkemuka Amerika Syarikat yang tidak berperwatakan menarik langsung iaitu Ron Jeremy masih berupaya mencipta nama kerana dilahirkan sebagai seorang Yahudi. Populariti Yahudi semakin memuncak sejak dari dulu melalui personaliti yang sering dijulang-julang sebagai genius seperti saintis (penyangak Zionist) Albert Einstein sehinggalah pencipta (pencuri idea) Facebook iaitu Mark Zuckerberg pada hari ini.
Sesiapa sahaja yang pernah menonton filem arahan David Fincher yang mendapat banyak pencalonan dan memenangi beberapa anugerah Oscar iaitu The Social Network (2010) pasti secara tidak langsung dapat menyedari ciri-ciri yang cukup lengkap seorang yang berbangsa Yahudi iaitu: suka menipu, memutar-belit, mencuri, berhasad dengki, angkuh, bongkak, menikam dari belakang, tamak haloba, pentingkan diri-sendiri dan bermacam perangai lagi. Semua ini ditonjolkan secara lengkap oleh karakter utamanya yang memang jelas berdasarkan kisah benar dan realiti seorang Yahudi pada hari ini.
Tidak hairanlah ada di antara golongan selebriti Yahudi di Hollywood ini sering memutar belit keadaan di Semenanjung Gaza seolah-olah Israel yang menjadi mangsa pengeboman kekejaman Palestin lantas menggunakan pengaruhnya untuk membuat kutipan derma besar-besaran! Reaksi umat Islam di seluruh dunia langsung tidak meninggalkan kesan pada Yahudi di Hollywood ini. Ada yang cuba memboikot filem Hollywood dengan tidak lagi berkunjung ke panggung wayang dan hanya memuat turun dan membeli CD, DVD dan Blu Ray cetak rompak. Tidak kurang pula yang langsung tidak ambil peduli dan tidak berbuat apa-apa kerana tahu ianya langsung tidak memberi kesan ke atas golongan Yahudi ini. Walau apapun inisiatif yang telah diambil, umat Islam tetap tewas di mata dunia.
Sudah banyak amaran terdapat di dalam Al-Quran serta berbagai kisah iktibar mengenai tipu daya dan dusta golongan ini telah kita dengar. Realiti pada hari ini pun memang jelas kelihatan golongan ini masih suka menindas dan bertindak zalim khususnya kepada umat Islam. Osama bin Laden pernah berkata bahawa satu dunia tidak akan aman selagi Israel menindas Palestin. Malangnya rata-rata umat Islam di seluruh dunia masih lagi hanyut dibuai cerita-cerita dongeng Yahudi di Hollywood.
Islam: Antara keiltizaman beramal dan kebebasan menganut
Nasrudin Hassan, | 09 Nov 2012 |
الحمد لله الذي علم الإنسان بعد جهل و هداه بعد ضلال و فقهه بعد غفلة والصلاة و السلام على محمد رسول الله الذي أرسله ربه للناس كآفة بشيرا و نذيرا و هاديا و معلما ليهلك من هلك عن بينة و يحي من حي بينة
Keiltizaman Beramal.
1. Islam adalah agama wahyu. Ia diturunkan oleh Allah swt Tuhan Yang Maha Mencipta kepada Nabi Muhammad saw. Ia adalah cara hidup yang sempurna dan dimuktamadkan oleh Allah swt sebagai satu - satunya jalan yang lurus dan benar.
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Sesungguhnya ini Jalanku jalan yang lurus maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan sekali - kali kamu mengikut jalan - jalan yang lain kelak kamu akan menyeleweng dari jalanNya. Demikian itu Allah telah wasiatkan kamu dengannya semoga kamu bertaqwa. (Surah Al Ana'am : ayat 153)
2. Seorang yang mengaku Islam [ muslim ] wajib melaksanakan peraturan dan ketetapan syariat Islamiyah sebagai komitmen beragama. Mereka tidak boleh mengingkari syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya saw. Juga mereka tidak boleh mendustakannya. Tiada pilihan dan kebebasan bagi mereka yang mengaku beriman kepada Allah swt melainkan mesti akur dan patuh pada ketetapanNya.
a] Tiada Kebebasan memilih
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا
Tidak layak bagi mereka yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ada ketetapan Allah dan RasulNya saw. lantas mereka membuat pilihan yang lain dalam urusan mereka [ selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya saw ] dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya saw maka sesungguhnya ia telah sesat dengan satu kesesatan yang nyata. (Surah Al Ahzaab : Ayat 36)
b] Tidak boleh Ingkar [ menolak dan menafikan syariat ]
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا
Sesungguhnya orang - orang yang ingkar [ kufur ] terhadap ayat - ayat kami, nescaya kami akan salai mereka di atas para api. Setiap kali luntur kulit mereka, kami gantikan mereka dengan kulit yang baru supaya mereka merasai azab. Sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Gagah lagi Maha Bijak. (Surah An Nisa' : Ayat 56)
c] Tidak boleh dustakan syariat
إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ
Sesungguhnya orang - orang yang mendustakan ayat - ayat kami dan berlagak sombong terhadapnya, nescaya tidak dibuka pintu langit dan mereka tidak boleh memasuki syurga Allah sehinggalah seekor unta boleh memasuki lubang jarum. Demikianlah balasan buat penjenayah. (Surah Al A'raaf : Ayat 40)
3. Seorang muslim bukan sahaja tidak boleh mengabaikan perintah dan larangan Allah swt, malah mereka juga mesti memastikan aqidah atau keyakinan mereka kepada Islam adalah muktamad tanpa sebarang keraguan dan berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam. Berpaling daripada Islam selepas menganutnya [ murtad ] adalah satu jenayah besar dalam Islam justeru ia satu pengkhianatan dan persendaan terhadap agama Allah swt. Tuhan Yang Mencipta sekelian alam termasuk manusia.
مَن كَفَرَ بِاللَّهِ مِن بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَٰكِن مَّن شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِّنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman [ maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah ] kecuali orang yang dipaksa [ melakukan kufur ] sedang hatinya tenang tenteram dengan iman, akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah An Nahl : 106)
Kebebasan menganut
4. Islam tidak pernah memperjuangkan kebebasan beragama justeru Islam telah menegaskan bahawa satu - satunya agama yang benar ialah Islam. Bahkan Islam memerintahkan ummatnya berjuang bagi mempertahankan Islam dan menyebarkan dakwah Islam ke serata pelusuk dunia menembusi setiap sanubari manusia. Agama atau cara hidup yang diiktiraf oleh Allah swt hanya Islam.
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Sesungguhnya cara hidup [ Ad Deen ] di sisi Allah ialah Islam dan tidaklah bercanggahan orang - orang yang diberikan kitab kecuali setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan, ekoran hasad dengki yang melampau dikalangan mereka dan barangsiapa yang mengingkari ayat - ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat pantas hitunganNya. (Surah Aali Imran : Ayat 19)
5. Namun Islam tidak pernah bahkan melarang ummatnya memaksa non muslim untuk menganut Islam. Justeru Islam adalah agama fitrah yang datang dari Tuhan Yang Maha Benar, maka ia mesti diterima dengan benar dan yakin tanpa sebarang paksaan. Bahkan Islam sekali lagi melarang ummatnya mempersenda agama lain dan tuhan - tuhan yang disembah oleh mereka.
a] Tiada paksaan dalam menganut Islam.
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Tidak ada paksaan dalam menganut agama Islam. Sesungguhnya telah nyata petunjuk iman berbanding kekufuran. Maka barangsiapa yang mengingkari toghut dan beriman kepada Allah swt maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus selamanya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah al Baqarah : Ayat 256)
Asbabun Nuzul ayat ini menurut satu riwayat adalah kerana seorang Ansar yang bernama Abul Hushain أبو الحصين dari suku Bani Salim bin Auf. Ia mempunyai dua orang anak lelaki yang telah menganut agama Nasrani sebelum kedatangan Islam ke Madinah. Sewaktu kedua - dua anak ini datang ke Madinah bersama orang Nasrani, lalu mereka singgah di rumah bapanya .
Kemudian bapanya menahan kedua - dua anaknya dan tidak boleh pergi melainkan mereka mestilah menganut Islam. Apabila berlaku pertengkaran antara bapa dan anak - anaknya, lalu kes ini dirujuk kepada Rasulullah saw.
Bapa mengadu : Ya Rasulallah, adakah patut anak saya masuk neraka sedang saya hanya melihatnya ?
Sejurus itu Allah swt menurunkan ayat ini yang bermaksud : "Tidak ada paksaan dalam menganut agama Islam, sesungguhnya telah nyata petunjuk iman berbanding kekufuran"
b] Tidak boleh mempersenda agama lain.
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan janganlah kamu cerca apa - apa yang mereka sembah selain dari Allah swt, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap ummat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah Al Ana'am : Ayat 108)
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Ulama jadi jurucakap Chua Soi Lek
Subky Latif, | 08 Nov 2012 |
Ia satu pendekatan yang baik. Kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammad mesti pergi ke gunung. Dan itulah yang Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. yang diperintah Allah, pergilah kepada Firaun, sampaikan dakwah kepadanya dan seru dia supaya menyembah Allah.
Rombongan ulama itu wajar dipuji dan teruskan dan ia boleh dicontohi. Mungkin inilah kelayakan untuk menjadi calon Pengarah Yadim.
Tetapi jangan terhenti setakat mendatangi Soi Lek saja justeru adanya serangan berani Soi Lek terhadap hudud.
Saya tidak suruh rombongan ulama itu mendatangi Karpal Singh kerana jadi momokan bagi UMNO kerana Karpal pernah berkata, langkah mayatnya sebelum perkara seperiti hudud itu hendak dilaksanakan. Itulah UMNO tidak pernah lupa. Ketika isu Karpal itu mulai reda, Soi Lek pula menghidupkannya semula. Dan serangan Soi Lek tidaklah lebih lunak dari Karpal.
Sayugialah pergi jumpa Karpal menerangkan apa yang diterang kepada Soi Lek, moga-moga Karpal dapat memahami seperti Soi Lek dikatakan sudah memahaminya.
Bahkan mereka patut jumpa siapa saja yang keliru tentang hudud. Jika boleh datangi Dr. Mahathir supaya dia juga akan faham seperti Soi Lek.
Orang lain tidak tahu reaksi Soi Lek sebenarnya. Semua tahu Soi Lek dikatakan tidak menghina Islam dari ulama yang menemuinya.
Berdakwah kepada si Soi Lek itu satu kerja mulia, menjadi jurucakap Soi Lek bukanlah kerja ulama.
Bila Soi Lek melantik mereka jadi jurucakapnya? Dan jangan sampai orang melihat ulama jadi jurucakap kepada Soi Lek dan MCA. Sudah cukuplah jadi jurucakap tidak rasmi kepada PWTC, janganlah sampai dilihat jadi satu dari cabang lidah Soi Lek. Itu bukan kerja ulama.
Mengikut apa yang ulama itu kata, Soi Lek tidak menentang hudud sebagai satu hukum Islam setelah mendengar penjelasan. Yang ditentangnya sekarang tinggal apa yang dikatakan ‘hudud PAS.’
Atau apa yang ketua MCA itu tentang sebelum didatangi oleh ulama itu adalah hudud PAS juga. Cuma orang Islam kebanyakannya mengira mana ada hudud PAS dan hudud UMNO. Yang kata hudud yang Kelantan dan Terengganu lulus itu hudud PAS adalah Dr. Mahathir dan sekalian pencarum kepada fikirannya.
Selepas pertemuan Soi Lek itu, seperti yang rombongan ulama itu faham, Soi Lek sudah bersih dari menghina Islam kerana yang mereka tolak adalah hudud PAS. Soi Lekdengan ini sudah sama dengan pendirian UMNO dan kumpulan ulama itu juga setuju dengan Soi Lek yang ditolak dan mesti ditolak ia hudud PAS.
Yang belum jelas pada ulama itu betulkah yang Soi Lek tentang itu hudud PAS saja?
Jika kita teliti ucapan ADUN BN Johor yang mencadangkan kepada DUN Johor supaya tiba masanya kerajaan melaksanakan hudud, ADUN itu juga telah menyebutkan tentang beza hudud sebenar dengan hudud PAS. ADUN itu jelaskan yang dicadangkan supaya dilaksanakan ialah hudud yang disarankan oleh al-Quran.
Apa kata Soi Lek tentang ADUN yanag mencadangkan pelaksaan hudud ialah ia satu cadangan yang sudah hilang akal. Jika BN bersetuju melaksanakannya ia bereti BN sudah hillang akal.
Serangan Soi Lek yang awal bukan sekadar hudud PAS tetapi adalah hudud yang Allah dan NabiNya syariatkan. Ia dikira hilang akal.
Sebagai jurucakap Soi Lek hal ini belum dijelaskan. Soi Lek sendiri mesti menjelaskannya. Bukan jurucakapnya.
Lagi kemelut pertukaran guru J-Qaf
J-QAF Senior, |
Sila perhatikan dan renungkan faktor-faktor permohonan pertukaran kami seperti berikut:
1.Telah tamat tempoh berkhidmat tiga tahun di sekolah asal (perjanjian berkhidmat 36 bulan)
2. Telah berkhidmat lapan tahun di Sarawak.
3. Guru J-QAF 2011 yang sudah tamat latihan, sudah dipostingkan semula kesekolah kami.
4. Guru J-QAF 2012 dalam latihan pun sudah ditempatkan ke sekolah kami.
5. Bilangan guru J-QAF disekolah kami sudah melebihi had / kouta, menyebabkan jadual mengajar individu berkurangan!
6. Ada j-QAF 2005 yang dapat pindah pada Oktober 2012 ini dan ada yang tidak, (macammana tu?).
7. Kami sudah membeli rumah di Semenanjung dan sudah sedia untuk diduduki, bayaran pinjaman perumahan juga sudah dibuat melalui potongan gaji.
8. J-QAF 2005 yang bujang sudah ramai yang berpindah ke Semenanjung bulan Jun 2012 yang lepas.
Persoalan-persoalan yang mesti dirungkaikan segera bagi mengatasi kemelut pertukaran ini ialah:
1. Apakah alasan atau sebab-sebab yang diperlukan oleh KPM lagi untuk meluluskan permohonan kami?
2. JPN Sarawak mengatakan bahawa mereka sudah meluluskan permohonan pindah J-QAF 2005, 2006 dan 2007! Persoalannya, kenapa tidak dihadkan sokongan pindah itu kepada J-QAF 2005 yg masih terkandas di sini? Disebabkan itu, ada juga J-QAF 2006 dan 2007 yang dapat pindah Oktober 2012 ini, dengan alasan mereka telah berkahwin dan berjauhan dengan suami! Ahkan yang bujang pun sudah pun ada yang dapat bertukar. Apakah alasan kami yang berkahwin dan tinggal bersama di sini tidak menyokong permohonan pindah kami?
3. Kenapakah tiada penyelarasan di antara PPD, JPN dan KPM (khasnya Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dengan JPN bagi menentukan keutamaan dalam meluluskan sesuatu pertukaran)? Masing-masing sering menuding jari di atas kesalahan pihak lain!
4. Berapa tahun lagi kami mesti bertahan dan ‘terkandas’ di Sarawak demi untuk memaksa diri dengan merelakan? Atau paksa rela pertukaran atau perpindahan guru J-QAF batch 2006, 2007 dan seterusnya sekarang ini J-QAF batch 2012 yang berjauhan dengan suami atau isteri untuk berpindah lebih awal daripada kami yang berpasangan tinggal di sini?
Harapan kami terhadap isu ini ialah:
1. Buangkan kerenah birokrasi dalam urusan perpindahan dan pertukaran guru ini.
2. Binalah satu penyelarasan di antara PPD, JPN dan KPM, agar mereka yang telah lama tinggal di sini dan lebih lama berkhidmat, diberi kelulusan berpindah terlebih dahulu berbanding yang lain. Janganlah abaikan kami yang berpasangan tinggal di sini dalam soal pertukaran dan perpindahan. Kami juga ada hati, perasaan dan kemahuan untuk berpindah, sebab itulah kami tidak terus putus asa mengisi Eg Tukar saban kali dan saban tahun.
3. Buatlah satu sistem penggiliran pertukaran dan perpindahan guru yang betul dan adil untuk menjamin peluang J-QAF lain untuk pulang berkhidmat di kampung halaman sendiri.
Jika alasan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) yang mengatakan Sarawak kekurangan guru J-QAF, ia tidak lagi boleh diterima pakai kerana keadaan sekarang sudah berbeza. Kebanyakan sekolah sudah menerima guru J-QAF ambilan 2011 yang telah tamat latihan dan juga guru J-QAF pelatih ambilan 2012.
Saya amat berharap berilah perhatian dan keutamaan serta keadilan kepada permohonan kami, agar kami dapat membina kehidupan berkeluarga yang lebih sempurna di kampung halaman kami sendiri, di samping dekat dengan keluarga (ibu, ayah dan adik-beradik yang lain). Jangan sampai tragedi yang menimpa sahabat kami yang telah kematian ayah dan ibunya, barulah beliau dapat berpindah ke Semenanjung, berulang lagi kepada mereka yang lain.
Kami amat berharap masalah dan isu serta kemelut ini akan ditangani dengan segera kerana kami juga adalah rakyat yang menyokong slogan Perdana Menteri ‘Janji Ditepati’!
Terkilan dengan layanan Jabatan Imigresen
Nurul Khairani Choi bt Abdullah, |
Saya berhasrat untuk ke luar negara tahun hadapan. Justeru, saya kini dalam proses mendapatkan pasport antarabangsa yang telah dipohon sebulan lalu. Semasa proses memohon ini, saya telah diminta untuk memfailkan segala dokumen peribadi termasuk kad Islam, kad OKU dan surat sumpah akuan pengIslaman agar segala butiran peribadi dan identiti diri saya dipastikan benar-benar sama. Setelah lengkap kesemua dokumen peribadi tersebut, saya pergi ke pejabat itu pada hari Khamis, 25 Oktober, 2012, iaitu kunjungan saya yang kedua. Lantas petugas yang menyambut dokumen saya itu meminta saya kembali semula lima hari kemudiannya.
Saya datang semula pada hari yang diminta iaitu pada Jumaat, 2 November, 2012 dan sampai pada pukul 12:00 tengah hari, saya diminta untuk pulang semula ke rumah dan hanya dapat mengambil pasport tersebut pukul 2.30 petang dengan alasan sudah hampir waktu untuk solat Jumaat, atau kembali semula minggu berikutnya. Lantas, saya menurut arahan mereka dan kembali semula ke pejabat tersebut pagi Isnin, 5 November 2012. Malang lagi kecewa kerana akhirnya permohonan saya masih juga gagal diproses; alasannya pasport tersebut masih berada di bilik Pengarah dan sedang diaudit lagi.
Yang membuatkan saya terkilan ialah, di manakah kini tahap kecekapan sebuah agensi penting kerajaan sebegitu? Mengapa pula bila terdapat ahli keluarga saya yang normal (berpenglihatan sempurna), dengan proses permohonan yang sama, tidak perlu berulang-alik ke pejabat tersebut; memadai hanya menunggu selama dua jam, pasport yang dipohon telah diperoleh?
Jika benar terdapat mana-mana butiran yang kelihatan tidak sama seperti nama asal pada surat kelahiran dan kad pengenalan diri, bukankah itu sahaja telah dapat menunjukkan yang saya adalah seorang Muslimah, lalu, apa lagi yang perlu mereka ragukan? Tidakkah boleh mereka untuk lebih mempermudahkan urusan dengan bersama membantu saya menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul, daripada saya diminta berulang-alik bertemu mereka untuk sekian kali, sekaligus membazirkan masa dan wang tambang perjalanan saya? Bayangkan, dengan keadaan saya yang berpenglihatan terhad dilayan sebegitu rupa, bagaimana pula nasib rakan-rakan OKU lain?
Oleh itu, saya berharap kejadian sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Sewajarnya mana-mana agensi, sama ada kerajaan mahupun swasta, yang berkhidmat untuk orang ramai, lebih mesra-pelanggan dan cekap bagi meminimakan apa juga permasalahan yang timbul demi faedah bersama. Malah, dengan perkhidmatan yang bersifat "keperluan-sensitif", akan turut mengundang rasa penghargaan pelanggan, manakala pihak pemberi khidmat pula, pencapaian prestasi optima juga mampu diraih, ditambah beroleh keberkatan dan rahmat Allah SWT.
Lagi keluhan guru teraniaya
Guru Kecewa, |
Saya telah berkhidmat selama lima tahun (di pedalaman P3, Sarawak), dan mengikut pengetahuan saya berdasarkan garis panduan, guru yang berkhidmat di pedalaman selama tiga tahun sudah layak untuk dipertimbangkan.
Tetapi keputusan ini amat menyedihkan. Saya terpaksa berjauhan dengan isteri dan dua orang anak. Mereka terpaksa membesar tanpa penjagaan dan kasih sayang saya. Hanya isteri tempat mereka bermanja. Masalah jarak dan masa membuatkan kami berjumpa hanya dua atau tiga kali dalam setahun (itupun hanya seminggu atau dua, kecuali cuti hujung tahun).
Saya sering bertanya apakah yang pihak Kementerian langsung tidak mempertimbangkan permohonan kami? Atau tidak pernah melihat pun permohonan online kami? Apakah kriteria kami tidak sekukuh yang di inginkan. Bukan itu sahaja, ada guru yang telah berkeluarga dan berkhidmat lebih daripada lima tahun turut tidak dapat bertukar.
Tidakkah mereka terfikir betapa susahnya seseorang yang telah berkahwin tetapi hidup tanpa suami atau isteri di sisi. Isteri yang mengandung pun terpaksa menghadapi saat sukar seorang diri hinggalah saat membesarkan anak-anak. Sebagai seorang suami, saya amat terkilan dan rasa bersalah kerana membiarkan isteri berkeseorangan menghadapi semua itu.
Namun kerana terpaksa berjauhan dan berkhidmat saya terpaksa akur. Kadangkala secara jujur, keikhlasan menabur bakti kepada anak bangsa hampir pudar kerana kehilangan semangat hidup bersama membina keluarga. Anak-anak sendiri terabai tanpa ayah atau bapa.
Oleh itu, di sini saya ingin mengesyorkan beberapa langkah untuk Kementerian Pelajaran pertimbangkan bagi menyelesaikan masalah pertukaran guru yang tidak pernah selesai ini.
1.Membuat sistem giliran iaitu guru yang ditugaskan di pedalaman atau Sabah dan Sarawak dihadkan dalam tempoh tertentu. Contohnya selama tiga atau paling lama empat tahun. Apabila habis tempoh tersebut, maka secara automatik guru itu ditukarkan ke tempat yang dianggap memuaskan hati pemohon (kecuali guru yang tidak mahu berpindah). Tempat guru tersebut hendaklah diganti dengan guru yang baharu. Sistem giliran ini lebih adil untuk memberi pengalaman kepada setiap guru merasai susah senang berkhidmat di pedalaman atau negeri orang.
2.Permohonan hendaklah dipertimbangkan bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Tidak hanya menunggu pemohon yang alasan berpenyakit kronik (yang hampir hendak mati atau cacat kekal) atau laporan keselamatan (hendak dibunuh atau sudah terbunuh baru dapat pindah). Dibimbangkan rezeki kita tidak diberkati Allah kerana kerja kita akan jadi tidak ikhlas, malas, tidak produktif, makan gaji buta, tertekan malah boleh jadi gila.
3.Keutamaan diberi kepada guru-guru yang berkhidmat di pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana jarak jauh dan kemudahan yang amat dhaif. Ada antara guru-guru tidak sempat melihat dan menatap wajah-wajah kesayangan mereka buat kali terakhir (kerana meninggal dunia) disebabkan masalah jarak dan kesusahan ini.
4.Layanan yang lebih berbudi bahasa dan profesional. Setiap kali saya tidak dapat bertukar saya akan membuat rayuan di Putrajaya. Namun teramat kecewa kerana layanan yang diberikan amat tidak profesional. Malah lebih menyedihkan alasan sama akan diberi iaitu ”Bos sedang mesyuarat”, atau kata-kata sinis seperti: “siapa suruh pilih jadi guru”, “Sila bawa emak/ bapak/ anak/ isteri/ suami/ awak yang sakit tu”, “Alah orang lain pun kahwin dan ada anak juga”, “Saya pun pernah jadi guru juga tapi ok je”.
Akhir sekali saya amat mengharapkan isu pertukaran guru ini diselesaikan secepat mungkin. Sekiranya pihak kerajaan sudah tidak mampu mengurus masalah sekecil ini atau memang malas untuk berkerja, kami tiada pilihan selain memberi peluang kepada kerajaan baharu yang lebih adil, prihatin, belas kasihan, bertanggungjawab dan telus.
Guru j-QAF dianiaya
j-QAF yang dizalimi, |
Malangnya, perkara tersebut tidak berlaku malah sebaliknya iaitu guru j-QAF yang bujang dan baru berkhidmat di Sarawak dapat bertukar kembali ke Semenanjung.
Kami tidak pasti apakah yang pegawai di bahagian pertukaran kementerian pelajaran fikirkan sehinggakan sanggup melakukan tindakan tidak masuk akal dengan meluluskan perpindahan tersebut sedangkan kami yang berkeluarga ini disekat. Apakah syarat dan kriteria yang mereka lihat? Apakah pasangan suami isteri guru j-QAF yang berkeluarga serta mempunya anak seperti kami disisihkan dan dinafikan hak berpindah sedangkan dari segi kesusahan dan bebanan golongan kami yang lebih merasainya? Kami yang mempunya anak-anak sangat terbeban berada lama di bumi Sarawak ini.
Masalah dan bebanan ini jauh lebih berat berbanding masalah guru j-QAF yang bujang dan baru pula berkhidmat berbanding kami. Tidak kasihankah mereka melihat kami mengendong anak ke hulu ke hilir menaiki bot, bas dan kapal terbang setiap kali pulang ke kampung? Apatah lagi kesulitan membesarkan anak-anak di tempat orang tanpa bantuan dari keluarga? Kekadang kami terpaksa memendam kesedihan kerana tidak mampu pulang menatap wajah insan tersayang yang meninggal dunia kerana kos penerbangan kami sekeluarga sangat membebankan.
Guru yang bujang bila-bila masa dapat terbang pulang ke kampung dengan selesa. Banyak perbezaan bebanan guru yang berkeluarga berbanding guru yang bujang tetapi apa yang lebih dipersoalkan ialah kenapa tempoh berkhidmat kami tidak diambil kira.
Dulu kementerian memberi alasan kerana tiada pengganti, sebab itu kami tidak dilepaskan. Tetapi sekarang apabila sudah ada pengganti kami masih disekat malah golongan yang lain pula dilepaskan.
Kami memohon belas kasihan kementerian pelajaran menimbang dan meneliti sebaiknya keputusan yang mereka buat kerana sekiranya berlaku ketidakadilan seperti ini boleh menjejaskan semua pihak terutama kepada guru dan murid itu sendiri. Sedarlah para pegawai yang membuat keputusan ini, amalan anda yang tidak adil ini tetap dicatat oleh malaikat. Berlaku adil dan laksanakan amanah tanpa mengira kepentingan diri.
Jika mereka meluluskan perpindahan saudara mara, sahabat, kenalan mereka dengan menggunakan jawatan mereka, ketahuilah mereka telah menafikan hak orang lain. Kementerian Pelajaran perlu memandang serius perkara ini sebelum melaungkan pelan pendidikan bertaraf dunia itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan