Selasa, 20 November 2012

DOA OH DOA...JIKA KITA BENAR APA NAK DITAKUTKAN KECUALI KITA BERSALAH...JANGAN RISAU ALLAH MAHA ADIL...SEINGAT SAYA PAS DITUDUH PARTI SESAT..ADAKAH ORANG SESAT MAKBUL DOANYA...TAK DE ORANG BELA BILA DITUDUH SESAT...ADA OTAK FIKIR..ADA ILMU TIMBANG...BODOH PI BELAJAR

Apa sebenar kata Presiden PAS tentang isu jadi PM

Harakahdaily, 19 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Laporan muka depan akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA jelas mahu melaga-lagakan Presiden PAS dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain apabila melaporkan beliau bersedia menjadi perdana menteri, tetapi apakah sebenarnya yang beliau kata dan maksud.


Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM).

Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)."

Selari dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi ‘alu-alukan’ cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu.

Kedua-dua laporan ini membayangkan seolah-olah Presiden PAS itu mahu menjadi perdana menteri.

Ekoran kedua-dua laporan itu, timbul fitnah kepada Presiden bahawa beliau dikatakan 'setuju dan bersedia' untuk menjadi perdana menteri.

Namun, Malaysiakini pula membuat tajuk "Syor jadi PM, syok juga sepintas lalu - kata Hadi".

"Syok (seronok) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita menangkan Islam, lepas tu nak mati, matilah,"katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu semalam.

Laporan yang ditulis Abdul Rahim Sabri itu agak berlainan dari dua media di atas.

Apakah yang dikatakan sebenarnya oleh Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penangguhan yang disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai terbaik oleh beliau itu.

Para pembaca wajar sekali mendengar sendiri apakah maksud Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya itu.

Ini kerana, dalam sidang media selepas memberikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ini, Abdul Hadi dengan jelas menolak cadangan itu.

Beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang.

Apakah sebenarnya maksud TG Abdul Hadi tentang isu ini? Berikut adalah transkrip ucapan penangguhan beliau yang berkaitan dengan isu ini.

Berikut adalah penyataan Tuan Guru Abdul Hadi semasa penggulungan itu secara verbatim.

"Kita kena hadapi pilihan raya dengan yakin, ikhlas dan ilmu dan bijak.

Saya alu-alukan nak lantik saya jadi perdana menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.

Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.

Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar kelinking je. Ustaz Azizah ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah.

Kita kena belajar dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan.

Nabi jumpa satu-satu kabilah ini. Masa jumpa kabilah Bani Amir, Nabi tawar Islam, Allah janjikan kemenangan, boleh tegakkan negara bila berjaya. Tiba-tiba pemimpin mereka bertanya, "Kalau menang siapa jadi raja, jadi ketua, jadi menteri" lalu Nabi jawab, "Kemenangan itu bagi Allah, Allah beri  kepada siapa yang Dia kehendaki" Itu jawapan Nabi.

Jadi kita PAS ni kena ajar begitulah. Itulah caranya."


(Klik di sini untuk mendengar ucapan itu)

Adakah mahu kaji semula Akta Mahkamah Syariah?

Harakahdaily, 20 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang [PAS-Marang] meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Ini, kata Presiden PAS itu berikutan banyaknya desakan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu perseorangan yang menuntut akta tersebut dikaji semula.

Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini,

Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan bagi jawab lisan seperti di bawah.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan tentang projek Malaysian Institute of Aviation (MIAT) Subang:-
(a) berapakah kos keseluruhan projek tersebut dan nama syarikat kontraktor yang telah dipilih untuk membina projek tersebut; dan
(b) adakah Kementerian telah menjalankan 'Value Management Lab' bagi memastikan projek tersebut dilaksanakan secara optima dengan siling yang ditetapkan.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan di bawah NKEA Kerajaan mensasar perusahaan getah menyumbangan sebanyak RM 52.9 bilion kepada GNT menjelang 2020 (2010 RM 24.7 bilion), adakah ini akan tercapai memandangkan turun naik harga getah yang tidak terkawal dan terlalu tinggi kadarnya .

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan perancangan pihak MADA untuk menyelesaikan masalah sawah padi yang menjadi jerlus kerana penggunaan jentera berat untuk membajak dan menuai sehingga ada yang menjadi sawah terbiar sekarang ini.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kewangan menyatakan mengapakah perlu Jawatankuasa Khas dibentuk dalam isu royalti kepada Kelantan sedangkan perkara yang sama tidak wujud untuk Sabah, Sarawak dan Terengganu sebelum ini serta kenapa tempoh 6 bulan diperlukan.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada daftar pemilih telahpun dibersihkan daripada pengundi-pengundi yang didapati mencurigakan seperti yang beralamatkan sesebuah rumah yang mana tuan rumah sendiri tidak mengenali mereka.

Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah warga asing yang telah diberi taraf kewarnegaraan, diberi kad pengenalan (My Kad) dan telah mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) khususnya yang menetap di Terengganu dan Pahang mengikut pecahan daerah.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan bilakah tarikh siap Perumahan Awam di Gua Musang seperti yang dijanjikan masa Pilihanraya Kecil DUN Galas Kelantan.

EU iktiraf pakatan pembangkang Syria

Terjemahan Mohamad Yahya, 20 Nov 2012

Gambar: Pakatan Kebangsaan Syria, yang diketuai oleh Ahmad Mouaz al-Khatib, akan menjadikan Kaherah sebagai ibu pejabat [Reuters]

Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) berkata mereka melihat Pakatan Kebangsaan Syria sebagai "wakil yang sah" untuk rakyat Syria.

Satu kenyataan dari 27 menteri EU pada Isnin lalu mengalu-alukan Pakatan Kebangsaan untuk Angkatan Revolusi dan Pembangkang Syria yang dibentuk 11 November lalu dan berkata: "EU menganggap mereka wakil yang sah untuk aspirasi rakyat Syria".

"Perjanjian ini merupakan satu langkah utama ke arah perpaduan yang diperlukan oleh  pembangkang Syria."

Pakatan Kebangsaan, yang diketuai oleh Ahmad Mouaz al-Khatib, akan menjadikan Kaherah sebagai ibu pejabatnya.

Perancis, yang  menjadi negara Barat pertama untuk mengiktiraf Pakatan Kebangsaan minggu lepas sebagai wakil tunggal rakyat Syria, telah menggesa rakan-rakan negara EU untuk melakukan perkara yang sama.

Kenyataan Isnin lalu bagaimanapun tidak sejelas dengan pendirian yang dibuat Perancis.

Itali, bagaimanapun, menyertai Perancis Isnin lalu dan Britain dijangka untuk menjelaskan kedudukannya dalam perbahasan parlimen Selasa ini.

Pakatan Nasional telah ditubuhkan di Qatar selepas konflik selama 20 bulan dengan aktivis mengatakan seramai 39,000 orang telah terkorban.

Laurent Fabius, Menteri Luar Perancis, berkata semua rakan-rakan sejawatan beliau di EU telah menyatakan "simpati terhadap pakatan tersebut".

"Saya fikir kami akan menjemput pemimpin Pakatan ke mesyuarat kami yang akan datang [Disember] untuk membolehkan mereka bercakap kepada semua menteri-menteri luar, yang mana akan menjadi sangat simbolik," katanya.

Kenyataan menteri-menteri EU menggesa Pakatan Kebangsaan untuk terus "bekerja untuk semua pihak" sambil menghormati hak asasi manusia dan demokrasi dan terlibat dengan semua kumpulan pembangkang dan bahagian-bahagian masyarakat Syria.

"EU bersedia untuk menyokong usaha pakatan baru ini dan hubungan pakatan dengan masyarakat antarabangsa," katanya.

William Hague, Setiausaha Luar British, yang telah berkata beliau perlu mengetahui lebih lanjut mengenai pembangkang baru sebelum menawarkan pengiktirafan penuh, berkata beliau menghadiri sebuah "mesyuarat yang bagus" dengan pembangkang baru Syria Jumaat lalu di London.

Dia merancang untuk bercakap kepada Parlimen British Selasa ini mengenai bagaimana untuk meningkatkan sokongan bagi pakatan tersebut.

"Saya kagum dengan objektif mereka, dengan kejelasan mereka, dengan keluasan sokongan mereka, dengan kesungguhan mereka untuk menjadi inklusif terhadap semua masyarakat dan kumpulan di Syria," kata Hague di luar mesyuarat Brussels. (aljazeera.com)

Doa musnah sesama Islam, apa komen Dr Asri?

Harakahdaily, 20 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Bolehkah mendoakan kemusnahan sesama Islam? Apa komen Dr MAZA?, begitulah tajuk petikan ulasan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung doa berkenaan yang telah dimuat naik ke dalam Youtube.
Ulasan beliau itu ekoran doa pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu sempena Muktamar Tahunan PAS ke-58 baru-baru ini berhubung ‘KO BN’ turut dipetik oleh beberapa blogger yang dimasukkan ke dalam blog mereka.

Pembaca boleh menilai sendiri penjelasan Dr Mohd Asri mengenai mendoakan kemusnahan sesama Islam sebagaimana klip video di bawah.



http://www.youtube.com/watch?v=oMNeVX59sv4


 Serangan Umno terhadap Nik Aziz sia-sia sa

Mohd Sayuti Omar, 19 Nov 2012
Penyangga peluru berpandu dan semua muncung senapang Umno kini berpusing kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam kedudukan 90 darjah. Dua tiga hari lepas Umno menghala muncung senapang dan meriamnya terhadap Nurul Izzah Anwar, dan menyerang pemimpin wanita berbakat itu ekoran pandangannya mengenai sepotong firman berbunyi; tidak ada paksaan di dalam agama.

Bertalu-talu serangan dilemparkan kepada Nurul Izzah, pelurunya bagaikan hujan batu di waktu malam sehingga ahli parlimen Lembah Pantai itu tidak dapat 'mengah'. Ini termasuklah seorang mufti yang melakukan taubat 10 kali sehari dan merasakan dialah paling hebat dan tawaduk menyuruh Nurul Izzah bertaubat.

Walaupun mufti itu tidak menghalusi dan mengkaji dari sudut agama atas empat ilmu syariat, tarikat, hakikat dan marifah terlebih dahulu ke atas kenyataan Nurul Izzah itu, tetapi beliau sudah menjatuhkan hukuman bersalah - minta bertaubat.

Begitulah, dan benarlah kata hukama bahawa empat dari hakim itu tiga akan masuk neraka kerana membuat penghukuman tanpa usul periksa dan lebih kepada menggunakan tukul untuk cari makan. Sebab itulah mereka yang beriman dan beramal dengan imannya menolak dari dilantik menjadi hakim atau mufti.

Kalau Nurul Izzah hanya memberi padangan general begitu sudah diserang bertalu-talu apatah lagi dengan Nik Aziz yang direct menunding kepada Umno seakan sudah murtad itu, lagilah marah orang-orang Umno. Barang kali ada yang naik gila dan melondehkan kain sambil menghala 'anunya" kepada gambar Nik Aziz ekoran kata-kata ulasan Nik Aziz semalam itu.

Para ulamak Umno juga akan 'bercongek ekor' macam murai gila dengan kenyataan Nik Aziz itu. Sudah pasti dari semalam membawa ke Subuh ini, ada ustaz-ustaz Umno yang membelek kitab-kitab baru dan lama mencari hujah-hujah dan nas-nas untuk membaham Nik Aziz balik. Apakah erti dan guna semua itu? Kita bercakap soal perpaduan, soal perlunya ukhwah tetapi bila satu pihak dari kita melakukan kesalahan atas tafsir kita, kita pula membalas kesalahan itu dengan juga kesalahan lebih teruk. Hamlau...

Tidak mustahil juga dalam masa terdekat Majlis Fatwa Kebangsaan akan diperintah bersidang untuk membincang kata-kata Nik Aziz itu. Sebelum itu tentulah para pemimpin NGO-NGO Ubi Kayu, Ubi Keladi atau pun Ikan Ubi akan membuat report polis kononnya kenyataan Nik Aziz itu boleh menimbulkan huru-hara, memecah perpaduan dan mencemari kesopanan Islam. Tidak mustahil akan berlaku kerana ketumpulan jiwa terhadap agama menyebabkan berlaku apa yang tidak sepatut dilakukan itu. 

Semuanya tindakan-tindakan itu bertolak daripada ulasan Nik Aziz berhubung doa yang dibaca oleh adiknya Nik Razi Nik Mat selepas solat hajat dalam satu rapat rakyat di stadium Sultan Muhamad Ke IV malam Jumaat lalu. Adik Nik Aziz di dalam doanya menyebut dan memohon agar Allah menghancurkan Umno, seperti mana Allah menenggelamkan Firaun, Haman, Namrud dan Abu Jahal kerana kejahatan dan kezaliman dilakukannya.

Umno cukup marah dengan patah-patah doa itu dianggap sebagai melampau. Umno merasakan Nik Razi telah menyifatkan mereka sebagai Firaun, Haman, Namrud, Abu Jalal dan Abu Lahab. Umno sepatutnya tidak hairan kalau Nik Razi melabelkan watak dan karektor itu kepada mereka, kerana bekas presiden mereka sendiri pernah mengakui dan mengatakan; saya adalah Mahafiraun.

Umno juga kurang cerdik dalam melayan doa berkenaan. Silap bagi Umno memberi respons sebegitu sekali. Dalam hal ini yang paling silap dan celaka sekali ialah media massa, seperti TV3 yang memetik dan menyiarkan audio visual setiap malam. Kalau TV3 tidak carry berita berkenaan mungkin ia akan lenyap begitu saja dan Umno tidak menghadapi masalah dengannya. Tanggungjawab sosial dan agama stesen tv berkenaan boleh dipertikaikan.

Sebenarnya jalan mudah bagi Umno untuk tidak berserabut dengan doa itu, parti itu lupakan saja. Ia boleh dianggap sebagai doa politik yang biasa dan boleh terjadi lebih dahsyat dari itu. Bahana kepada Umno apabila media menyiarkan doa itu menyebabkan orang ramai yang tidak tahu kaedah berdoa, akan memahami peranan dan juga bentuk-bentuk doa. Gara-gara itu akan ada di kalangan Umno berjumpa dengan guru mursyid bertanya mengenai status doa berkenaan. Lainlah kalau semua orang Umno memperakui Abdullah Samaah dan Harussani Zakaria sebagai guru mursyid mereka. Kalau ini berlaku walhasilnya Umno akan mengalami kerugian.

Itulah saya katakan media-media PB ini kadang-kadang tidak bijak dalam menangani isu. Media terutamanya wartawan dan editor merasakan apa yang dibuatnya sudah hebat dan penuh bijaksana. Sebenarnya ia menjadi liabiliti kepada taukehnya sendiri. Umno sendiri menerusi pegawai sarafnya harus memantau tingkah laku dan peranan media ini. Sepatutnya pegawai saraf Umno tidak mengiya secara buta tuli apa dilakukan oleh media massa PB.

Motif Umno hendak menjadikan doa itu sebagai isu politik ia tidak banyak memberi untung. Bagi mereka yang sudah kemas pengangan Islam, memahami segala ilmu didalam Islam akan melihat ia begitu saja tanpa menganjak hati mereka untuk menumpaskan simpati kepada Umno.

Dalam menghadapi peperangan politik Umno kena tenggelam isu yang dilemparkan oleh pembangkang yang jelas tidak relevan dengan perkembangan semasa. Ada isu yang boleh diketengahkan sekiranya ia mengalih pandangan dan mendapat sokongan rakyat, ada isu yang perlu didiamkan saja. Misalnya isu doa yang jelas sesuatu yang tepat kena ke atas muka Umno, sepatutnya disembunyikan. Janagan ambil bicara ke atas isu berkenaan. Umno tidak perlu menyelak kainnya untuk isteri sendiri di tengah ramai.

Umno kena faham apa yang berlaku itu ialah bersifat politik. Doa dibaca oleh Nik Razi itu adalah doa politik. Majlis munajat dan doa itu adalah majlis orang-orang politik. Doa politik atau apa-apa doa terserah kepada Tuhan sama ada hendak makbul atau tidak. Sesungguhnya Tuhan Maha Bijaksana menghitungnya.

Dan sebagai badan politik Umno juga boleh berdoa. Panggillah sekalian para ustaz dan ulamaknya berhimpun di Stadium Merdeka atau Bukit Jalail adakanlah solat hajat. Lawan apa yang Pas dan Pakatan Rakyat lakukan. Hujah lawan hujah, doa lawan doa. Solat lawan solat. Dalam kaedah Islam ada istilah "mubahalah". Nah lakukan. Mubahalah ini boleh dilakukan satu pihak atau kedua-dua pihak serentak. Selalu Umno menolak untuk melakukan kegiatan agama itu kononnya tidak mahu menunjuk-nunjuk dan memperalatkan agama untuk politik. Loya mendengar alasan ini sedangkan Umno tergamak menggunakan perkara lebih jijik dari itu untuk tujuan politik. Gambar lucah yang direkayasa telah digunakan Umno sedangkan ia lebih jijik dari doa Umno KO itu.

Apabila Umno nampak kecut perut dangan doa, nampak sangatlah Umno jahil mengenai agama. Kejahilan Umno takutkan kepada doa samalah ketakutan orang berdosa untuk menunaikan haji ke Makkah. Orang berdosa dikejar bayangan dosanya sendiri dengan membayangkan sesuatu yang buruk akan berlaku tatkala dia memijak laman Kabaah atau tanah haram. Ketakutan sebegitu adalah satu bidaah. Umno sebenarnya sedang berendam dalam lautan mitos dan bidaah.

Pas berbuat begitu kerana ia yakin dengan perbuatan Umno adalah satu kekejaman dan kezaliman. Mereka mengira penarikan balik projek pembinaan lebuh raya, di Kelantan satu kezaliman. Penafian hak rakyat Kelantan terhadap royalti petroleum satu kezaliman. Dengan segala macam penafian lagi oleh kerajaan BN yang ditulangi Umno satu pengkhianatan. Dalam kamus Pas wajarlah kalau Umno didoakan agar ditenggelamkan Allah seperti mana Haman, Namrud dan lain-lainnya.

Demikian juga kenyataan dan ulasan Nik Aziz, Umno sebagai murtad adalah benar dan persepsi cermin keyakinan agamanya. Apabila Umno tidak mahu melaksanakan Islam dan hanya bercakap saja, ianya ada ciri-ciri munafik dan murtad. Murtad bukan sahaja meninggalkan agama Islam dengan memeluk agam lain. Murtad ialah seseorang yang tidak patuh dan ingkar atau bertindak di luar batas-batas syariat Islam. Sesetengah ulamak menghukumkan pesalah murtad dengan hukuman mati.

Berdasar takrifan itu tepat kalau Nik Aziz merasakan Umno sudah murtad. Ada beberapa bukti jelas yang Umno menolak Islam. Enggan melaksanakan hudud, malahan memperlecehkan hudud adalah sebahagian tanda-tanda keingkaran kepada agama, ia juga murtad. Tidak menempati janji-janji sebagai pemerintah seperti mana disuruh oleh Quran, adalah ciri-ciri murtad.

Jadi Umno kena akur kepada apa yang Nik Aziz kata. Dengan menyerang Nik Aziz, Umno tidak akan mendapat apa-apa kelabaan, melainkan letih dan lelah semata-mata. Nik Aziz tidak boleh dikalah dengan peluru dan serangan hendap. Tubuh Nik Aziz kalis dengan peluru dan dia sendiri sudah mangli dengan serangan-serangan berbentuk moralis. Dia sudah kebal dan keramat. Kekebalannya bukan dia menuntut ilmu batin tetapi kerana keyakinan dan sokongan rakyat ke atas istiqamahnya dalam beragama.
Jalan keluar bagi Umno dalam berhadapan dengan pembangkang terutamanya Pas ialah, Umno harus mencuba melaksanakan beberapa tuntutan politik yang Pas inginkan yang juga berkebetulan sehasrat dengan Umno. Perkara pokok sekali ialah Umno isytiharkan bahawa Quran dan hadith adalah pegangannya. Tidak salah kalau Umno meralatkan atau bertaubat atas dosanya itu. Jika Umno berbuat demikian, nescaya Nik Aziz dan Pas akan mati akal. Umno juga akan mendapat dua pahala, pahala meninggalkan kemungkaran, pahala kerana menegakkan kebenaran. Di sini relatifnya Umno memperolehi pahala lebih banyak dari Pas?

Percayalah dengan menyerang, memburuk-burukkan Pas ia tidak akan memberi bekas. Apa lagi pemburukan itu dilakukan oleh orang yang ditohok oleh Pas. Pas kini umpama sinar terang yang tidak akan bertambah dengan sinaran bikinan manusia seperti Umno. Carilah lampu yang berkuasa tinggi mana sekali pun sinar yang ada kepada Pas yang terpancar dari langit yang bersalutkan Nur Islam tidak akan terlawan.

Kehadiran Umno dengan membawa cerita-cerita di mulut yang mahukan kepada Islam tidak ubah sebutir mentol kalimantang yang digantung di langit pada waktu siang tatkala mentari 'terik mengeni'. Kehadirannya tidak akan terasa dan dirasai sedikitpun. Tambahan hari ini, bukan saja Melayu yang beriman, tetapi yang kafir; Cina, India, Dayak, Iban dan segala macam juga turut sama mahu tumpang berteduh di bawah lambayung Kaabah bikinan Pas. Soalnya kenapa Umno tidak sudi untuk sama-sama membina Kaabah bersama Pas dan selama mana Umno mahu menjadi tentera Abrahyah? - http://msomelayu.blogspot.com/

Mahfuz doa panjang umur untuk ahli Umno

Abdul Aziz Mustafa, 20 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berdoa agar Allah memanjangkan umur ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) agar mereka sama-sama dapat menghancurkan parti tersebut.

"Yang kita minta dihancurkan ialah parti Umno dan parti BN serta politik zalim parti tersebut.

"Ahli-ahli dan para penyokong Umno dan BN pula kita mohon doa agar Allah panjangkan umur mereka kerana kita perlukan rakan dan kawan untuk sama-sama menghancurkan kekuasaan dan politik zalim parti yang memerintah itu," katanya.

Mahfuz mengambil contoh syarikat dan pemilik syarikat.

"Selalu kita lihat syarikat yang diisytihar bankrap, pemilik tidak diisytihar bankrap.

"Begitulah juga dalam hal ini, kita mohon Allah hancurkan Umno BN bukan ahli-ahli atau penyokong-penyokong Umno BN," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, pada bila-bila masa pun tidak pernah ada arahan dari PAS supaya mendoakan kehancuran ahli-ahli dan para penyokong Umno dan BN.

"Yang didoakan ialah supaya Allah menghancur dan menjahanamkan parti yang zalim, bukan mana-mana ahli atau penyokong mana-mana parti.

"Kehancuran parti Umno dan BN yang zalim tidak bermakna sama sekali kehancuran ahli-ahli atau penyokong-penyokongnya," kata beliau.

Mahfuz juga memohon agar Allah menjauhkan sama sekali kehancuran ahli-ahli dan para penyokong Umno BN.

"Malah, kita mohon Allah melindungi mereka kerana kita mengharapkan semua pihak mengundi kita tak kira mereka itu ahli atau penyokong Umno BN.

"Tak mungkin kita mahu Allah menghancurkan kawan dan rakan yang kita hendak ajak mereka bersama-sama menghancurkan kezaliman parti Umno BN walaupun mereka ahli dan penyokong parti itu," katanya.

Tambahan pula, kata Mahfuz lagi, ahli-ahli dan para penyokong Umno BN adalah saudara mara ahli-ahli dan para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak mungkin sama sekali kita mahu mendoakan kehancuran saudara mara yang kita kasihi malah yang ingin sangat kita lakukan ialah mengajak mereka sama-sama menghancurkan kezaliman Umno dan BN," katanya.

Mahfuz juga yakin, percubaan untuk mempolitikkan doa memohon kehancuran Umno BN akhirnya akan memakan tuan.

"Kita telah melihat berulang kali propaganda putar belit Umno dan BN akhirnya memakan tuan.

"Propaganda tentang doa ini juga saya yakin akhirnya akan menyedarkan rakyat tentang kezaliman Umno dan BN," katanya lagi.

Kita hanya merancang, Tuhan menjadi penentu

Aspan Alias, 19 Nov 2012
Barisan Nasional tidak dapat meyorokan perasaan gelabah dan runsing mereka apabila rakyat sudah menyedari yang UMNO itu bukanlah sebuah parti yang ‘invincible’ dan tidak boleh di ketepikan oleh sesiapa pun. Malangnya kesedaran mereka (UMNO) sudah agak terlambat kerana selama ini UMNO terlalu lalai dan tidak mengambil tahu yang partinya itu bukannya parti yang tidak boleh di ketepikan oleh rakyat. Mereka sudah mula sedar yang rakyat sudah lama memerhati dan menilai mereka dan kini sedang berada di saat mereka untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ dalam PRU yang akan datang ini.


Maka pimpinan BN buat pertama kali dalam sejarah negara tidak berani mengadakan pilihanraya walaupun ia telah dipimpin oleh pengganti kapada penerima mandat Abdullah Badawi dahulu. Inilah kali pertama kita mempunyai seorang PM yang belum mendapat pengesahan rakyat untuk beliau duduk di kerusi PM itu.  Tidak mungkin Najib tidak memanggil pilihanraya lebih awal itu kerana sebab-sebab yang lain. Beliau tidak berkeyakinan untuk berjaya mempertahankan parti yang baru beliau pimpin itu.

Selain dari masalah kejatuhan sokongan orang Melayu termasuk ahli-ahlinya sendiri, UMNO juga sedang menghadapi masalah dalaman yang semakin hari semakin parah. Keadaan ini sedang berlaku tetapi oleh kerana tumpuan UMNO ialah untuk menyerang parti-parti dalam Pakatan Rakyat maka pergolakan itu tidak terlihat oleh orang ramai secara jelas. Hanya mereka yang terlibat sahajalah yang tahu dan mampu memberikan penjelasan.

Apakah masalah-masalah yang dihadapi UMNO jika kita dapat rumusan semuanya ini?

Pertamanya UMNO terpaksa berhadapan dengan pengaruh PR yang semakin menular di kalangan rakyat. Rakyat sudah sedar, rupa-rupanya bukannya satu tindakan jenayah jika mereka memberikan sokongan kepada pihak lain dari UMNO dan BN itu. Rakyat telah menikmati bukti-bukti yang jelas setelah mereka mencuba-cubanya dengan memberikan ruang dan kesempatan untuk pihak dan parti lain dari UMNO untuk mentadbir negara. Mereka telah nampak apa yang berlaku di empat buah negeri yang ditadbir oleh PR itu mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik, jauh lebih baik dari BN selama ini.

Keduanya, UMNO sendiri bermasalah dalaman yang tidak kurang hebatnya oleh kerana sikap Najib yang ‘flip-flop’ dalam banyak hal serta permainan ‘cah keting’ yang menular di setiap peringkat parti itu. Apabila Najib menunjukan kelemahannya, kesempatan telah diambil oleh kumpulan dan pihak-pihak yang sedang menitik air liur untuk mengambilalih tanggungjawab untuk menjadi PM yang ke-7 itu.

Apabila keadaan ini berlaku maka berlakulah keadaan berpuak-puak dalam parti. Seperti seorang Raja yang sedang gering maka ramailah datang berpusu-pusu untuk memberikan ampuan kepada ‘Raja Muda’ yang mereka sangka akan mengambilalih jawatan tertinggi itu. Saya mempunyai keyakinan dan sedikit ‘authority’ untuk bercakap tentang isu ini kerana saya berada di dalam parti itu selama empat dekad lamanya. Saya dengan mudah sahaja boleh megetahui apa yang sedang berlaku di dalam parti yang sudah uzur itu.

Itulah sebabnya saya sibuk melayani rakan-rakan lama dalam UMNO mendengar rintihan mereka kerana mereka selesa untuk mengadu dengan saya untuk mendengar rintihan mereka. Ramai di antara mereka memberikan kata-kata perangsang kepada saya untuk terus bersama DAP dan Pakatan Rakyat kerana mereka sendiri akan memberikan sokongan secara senyap-senyap kepada PR dalam PRU yang akan datang ini. Hanya mereka ini belum lagi mempunyai kudrat dan keberanian untuk berkata benar secara terbuka.

Tetapi saya tetap berkawan dan bersahabat dengan mereka sebagai rakan yang sudah begitu lama dengan saya. Walaupun saya tidak akan berundur dari keputusan meninggalkan UMNO mereka tetap bersahabat dengan saya dan akan memberikan sokongan kepada saya. Saya bersyukur, di mana sahaja saya pergi dari utara ke selatan begitu ramai sahabat-sahabat lama menunggu saya walaupun mereka masih di dalam UMNO.

Malahan ramai di antara mereka telah mengambil keputusan untuk bertindak dengan ‘decisive’ kali ini dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Ribuan telah berjumpa saya selama ini apabila saya melawat mereka sambil-sambil menerima jemputan ceramah di mana-mana. Apa yang dilakukan oleh BN sekarang wajar kita fahami. Mereka (BN) sedang dalam keresahan kerana selama ini mereka menganggap kuasa itu hanya untuk mereka. Mereka baru sedar yang sebenarnya rakyatlah yang berkuasa bukannya mereka (BN).

Oleh kerana rakyat sudah merasa sedikit kenikmatan hasil dari pimpinan PR di empat buah negeri maka pengaruh itu telah menyemarakkan niat dan usaha untuk mereka memberikan mandat kepada PR untuk mentadbir Putrajaya. Menyedari inilah yang membuatkan pimpinan UMNO itu terdesak dan melakukan segala kerja-kerja aib untuk menahan kemaraan PR ke Putrajaya.

Seperti yang saya sebut tadi, UMNO mempunyai masalah dalamannya sendiri yang saya rasa akan terbongkar tidak lama lagi. Najib nampaknya keseorangan sahaja dan tidak ramai pimpinan yang nampak bersama beliau kerana ramai di antara mereka tidak bersetuju dengan tindakan Najib dalam menghadapi tekanan pihak Pakatan Rakyat. Hanya di sebabkan mereka hendak menunjukkan yang mereka bersatu, mereka di antara mereka sebenarnya dalam krisis. Krisis ini melibatkan pimpinan atasan dan kegelisahan di antara pimpinan ini berpaksikan yang mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib.

UMNO berpuak kerana mereka sekarang mahukan Muhyiddin untuk mengambilalih secepat yang mungkin, jika boleh sebelum PRU ini. Mereka percaya yang BN akan menghadapi kekalahan dan mereka mahukan Najib tidak lagi mengetuai pilihanraya ini kerana Najib mempunyai terlalu banyak isu yang ada di hadapannya. Perasaan ini turun sampai ke peringkat bawahan seperti di peringkat negeri. Kebanyakan mereka hanya menunggu untuk ‘Raja Muda’ UMNO untuik menaiki tangga kepimpinan negara.

Banyak di antara isu terhadap Najib itu digembar-gemburkan oleh pihak yang mahu Najib berhenti dan bukannya oleh pihak pembangkang. Itulah sebabnya blog ini selalu menyarankan kepada UMNO supaya membersihkan halaman masing-masing sebelum hendak membersihkan halaman orang. Kerja memperbaiki parti mereka lebih afdal dari menempelak pembangkang. Najib patut perhatikan apa yang sedang berlaku dalam Pemuda juga. Pemuda pun sedang bercelaru dan tidak terperanjat jika ada kejutan berlaku dalam Pemuda tidak berapa lama lagi.

Saya suka mengulangi yang perpecahan dalam UMNO akan lebih jelas sejurus sahaja calon-calon ‘winnable’ UMNO diumumkan dan keadaan perpecahan dalam UMNO itu bukan dilakukan oleh pembangkang. Pendeknya Najib sedang dan akan berhadapan dengan pembangkang di hadapannya tetapi musuh yang paling merbahaya bagi PM ini ialah dari kumpulan dalam UMNO itu sendiri.

Saya tidak tahu bagaimana UMNO boleh ‘survive’ kerana musuhnya terlalu besar dan yang lebih membimbangkan mereka ialah musuh-musuh yang berada di dalam selimut mereka sendiri.

Tentu Dr Mahathir tahu apa yang berlaku dalam UMNO ini dengan lebih terperinci kerana beliau sendiri memainkan peranan untuk menurunkan dan menaikkan satu pihak lain dalam UMNO yang sudah lusuh itu. Beliau tidak akan berhenti berperanan seperti ini kerana itu adalah sikap beliau yang tidak dapat dikawal oleh dirinya sendiri.

Hanya saya berharap dan berdoa tidak ada pemimpin seperti Dr M ini dalam pihak Pakatan Rakyat kerana jika ada tidak akan terjumpa keamanan seperti yang kita cita-citakan itu. Kita tidak mahu berulang apa yang berlaku di dalam UMNO dan BN itu selepas merngambil alih Putrajaya jika di izin Tuhan.

Kita hanya merancang, Tuhan sahajalah yang menjadi penentu terhadap segala-galanya. Kita wajar mengakui hakikat ini jika kita benar-benar berTuhan dan beragama. Kita wajar akur dan mengakui yang kerja Tuhan  penuh misteri. Tetapi jika di dasarkan kepada hukum akal Pakatan Rakyatlah yang akan mendapat kemenangan.

Jika DIA berkehendak semuanya boleh berlaku. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Doa hancurkan sesama Islam bidaah
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
19 November 2012
Raja Nazrin Shah - Harussani
Raja Nazrin Shah disambut Harussani pada majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam. Turut hadir Zambry. - Foto Bernama
IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, doa yang bertujuan menghancurkan sesama Islam adalah satu perbuatan bidaah dan haram dari segi hukum.

Harussani berkata, doa yang menuduh orang lain sebagai kafir juga satu tuduhan fitnah yang tidak sewajarnya dilakukan.

Menurutnya, perbuatan sedemikian boleh menyebabkan seseorang itu sendiri menjadi kafir dan perlu bertaubat.

“Jika orang itu tidak kafir, tetapi dia menuduh kafir, jadi dia kafir. Kena bertaubat. Selain itu, tuduhan murtad terhadap orang Islam lain tanpa asas yang kukuh juga adalah satu fitnah.

“Selagi kita mengucap dua kalimah syahadah, kita boleh menyampaikan pendapat demi mempertahankan Islam. Bagaimana kita boleh menjatuhkan hukum murtad kepada orang lain?” katanya.

Harussani berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2012, yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, di sini hari ini.

Hadir sama, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas pembacaan doa yang diketuai adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Jumaat lalu.

Pada majlis berkenaan, Raja Dr Nazrin Shah turut berkenan melancarkan buku ‘Lu Lu’ lil Mu’minin (Permata Bagi Orang Beriman) susunan Dr Muhammad Zulkifli Al Bakri dan ‘Dirinya Bertanya Sendiri Menjawab’ tulisan Mokhtar Jamil.

Sementara itu, Harussani menyatakan kekesalan dengan Pas yang menjadikan perbezaan pendapat dalam politik sebagai satu kebencian sehingga sanggup bertindak melampaui batas dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak munasabah kepada pihak lain.

Katanya, perbuatan sedemikian dibimbangkan boleh menyebabkan penyelewengan dalam kalangan umat Islam kerana ia dilakukan oleh seorang pemimpin berpengaruh.

“Dalam hadis sendiri ada menyebut mengenai penyelewengan orang alim kerana dia (orang alim) ada pengaruh dan pengikut.

“Jika perbuatan itu (mendoakan kehancuran dan menuduh orang lain murtad) dibuat secara penyelewengan, kaki (ahli) yang memuja dia mesti menyokong,” katanya.






Doa Dr Ismail: 'Mudah-mudahan segera PRU, segera selesai'
Dr Ismail Ibrahim
19 November 2012
Dr Ismail Ibrahim
Dr Ismail Ibrahim bekas Ketua Pengarah Ikim
PADA hari keempat memasuki tahun baru Hijrah 1434, kalau saya masih punya kesempatan untuk membuat azam baru sempena tahun baru ini, maka doa saya semoga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan segera datang dan segera selesai. Doa ini adalah doa peribadi saya, antara saya dengan Tuhan, tanpa campur tangan sebarang makhluk lain.

Saya berangan-angan demikian iaitu supaya  PRU13 segera datang dan segera pergi meninggalkan kita, ialah kerana secara peribadi juga saya merasakan bahawa telah amat lama sekali kita sebagai rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan orang Islam, telah menghabiskan masa secara sia-sia, tanpa banyak memberi faedah yang positif dan produktif untuk kepentingan bangsa dan agama kita iaitu dalam proses perjuangan dan pertempuran untuk memenangi PRU13 bagi parti dan angkatan masing-masing.

Ketika parti-parti politik, terutamanya pimpinan dan pengikutnya yang taksub, berusaha mempertahankan kuasa atau merebut kuasa, maka dalam proses itu terlalu banyak agenda politik yang cuba digembar-gemburkan untuk menonjol "kebaikan" sendiri dan membongkar "keburukan" lawan.
Terlalu banyak pertikaman lidah dan penghujahan melalui media (terutamanya media baru), pentas ceramah dan sebagainya, yang kebanyakannya membawa berita palsu, fitnah-memfitnah, umpatan, mencari keaiban orang, mereka-reka cerita khayalan dan imaginasi yang digambarkan sebagai sesuatu yang benar, dan seribu satu macam lagi gambaran dan kisah, yang kebanyakannya mengelirukan pandangan umum, dan mencipta persepsi yang salah sama sekali.

Hal yang tidak merupakan isu, seringkali dibesar-besarkan sebagai isu nasional dan negara yang serius, dipolitikkan begitu rupa sehingga mencipta satu suasana yang menakutkan dan mengganggu minda dan pemikiran orang ramai, terutamanya yang tidak mengamalkan politik partisan.

Mungkin ramai yang merasa tertekan dan 'stress' dengan keadaan ini, usaha untuk menjatuhkan satu sama lain berlaku begitu hebat, termasuk ugutan untuk mempertemukan para gergasi ketua-ketua politik yang berlawan di dalam PRU13, di kawasan-kawasan penting, kubu-kubu penting "lawan" dan sebagainya untuk memastikan musuh politik itu tersungkur! Hal ini sebenarnya mungkin merupakan racun yang memakan diri sendiri di antara kawan dan lawan, menyebabkan penyakit jiwa dan mental, memenatkan perasaan dan otak, dan yang paling bahaya sekali menjatuhkan imej umat Islam yang sememangnya telah jatuh dengan amat parah sekali pada masa kini dengan krisis yang melanda umat Islam seluruh dunia iaitu krisis besar dan kecil, berbunuhan dan berkeadaan miskin dan dilanda penyakit.

Di bawah ini saya cuba perturunkan beberapa kepala berita media cetak dan media baru secara rambang, yang hanya mewakili segelintir saja dari segala peluru dan tembakan senjata yang dilontarkan oleh beberapa pihak bagi menegakkan keaiban dan kelemahan "lawan politik" masing-masing, dengan harapan untuk menjatuhkan nama dan potensi orang lain, dan sekali gus menonjolkan "kebenaran" sendiri kepada para pengundi, ketika rakyat mempunyai undi bagi memilih wakil mereka nanti, sebab kaedah yang telah ditetapkan ialah "satu kepala, satu undi", maka seberapa banyak individu yang berjaya dipengaruhinya, maka sebanyak itulah undi yang akan diperoleh.

Tajuk-tajuk berita ini saya perturunkan tanpa mengetahui betul atau palsu, cuma dari tajuk-tajuk berita ini tahulah kita bagaimana segala usaha menerbitkan berita dan menyibarkannya kepada umum, menjelma menjadi satu usaha sia-sia, membuang masa, dan melibatkan keruntuhan nilai akhlak, yang bercanggah dengan ajaran agama kita sendiri, menimbulkan suasana tegang dan ketakutan yang tidak perlu, memenatkan minda dan otak berfikir, menjatuhkan nama baik orang Islam, membayangkan pemikiran yang cetek dan ganjil, dan sebagainya.

- Doa Pas untuk musnahkan BN, Umno, mohon ALLAH turun bala sama seperti ke atas Firaun, Qarun dan Abu Lahab
- Doa hancurkan Umno, BN tidak salah
- Pas hanya "Pak Turut"
- Promosi Pas dan tarbiah makan diri

- Najib makin resah, peguam Perancis bongkar skandal Scorpene di Parlimen

- Gerombolan fasik yang kononnya membela agama
- Questions over RM150m deal of PKNS subsidairy
- Kasihannya, Dr Mahathir baru sedar
- Doa "KO BN" boleh bawa perpecahan dahsyat
- Tamatkan riwayat politik BN
- Taufan wang : Hadi buat fitnah
- Doa rakyat dizalimi Umno-BN akan dimakbul

Baca dan fahamilah maksud ungkapan sinikal, nista, tuduhan dan sebagainya yang terkandung dalam tajuk-tajuk berita dan kenyataan di atas iaitu dengan meneliti secebis sahaja dari ribuan ungkapan yang lain, (yang kadang-kadang saya rasa amat malu untuk memetiknya, nampak amat menyimpang dari ajaran agama, malah yang mengandungi hukuman yang hanya diketahui oleh ALLAh SWT sahaja).

Ungkapan-ungkapan lain banyak yang sengaja tidak saya perturunkan di sini,  yang mungkin mengandungi perutusan yang lebih berat dan serius lagi, tetapi dari beberapa tajuk di atas itu sahaja pun, maka kita telah dapat membaca pemikiran dan mentaliti orang Islam, orang Melayu sendiri, yang berseteru dan bermusuhan sesama sendiri, mendoakan untuk memusnahan antara saudara, dan sebagainya. Membuat andaian dan petua sendiri yang mungkin menyentuh hak ALLAH SWT dan Rasul-Nya, atau sekurang-kurangnya menjatuhkan maruah sendiri sebagai orang Islam.

Sebab itulah saya amat mengharapkan bahawa kegawatan dan kecelaruan ini akan segera berakhir, dan oleh kerana kekacauan dan permusuhan ini sebahagian besarnya adalah kerana keghairahan merebut kuasa politik, maka selagi PRU13 belum tiba, maka semakin hebatlah peperangan ini akan berlaku, dan semakin banyaklah peluru dan roket yang akan digugurkan tanpa memikirkan sasaran dan tujuannya lagi, malah tidak lagi memikirkan akibatnya ke atas diri sendiri, tanggungjawab kepada ALLAH dari segi akhlak, syariah dan mungkin akidahnya juga, selain dari mencabuli nilai budaya dan adab umat.

Taksub politik partisan kadang-kadang menyebabkan ramai orang yang tidak sedar akan dosa dan pahalanya lagi. Tidak tahu lagi di mana sempadan dan had untuk bertindak dan bersuara, tidak berhikmah lagi untuk merenung siapakah yang  benar dan siapakah yang salah, malah tidak terfikir lagi akan nilai moral dan akhlak masing-masing.

Amat merbahaya lagi, perlakuan ini mungkin akan membawa kepada kehancuran bangsa dan agama sendiri kerana dari contoh kepala berita yang tertera di atas ternyata bahawa kita sesama umat Islam sendiri yang sedang bertempur membalas tembakan sedangkan tembakan itu hanya akan menamatkan riwayat kita semua, menghancurkan sesama sendiri, dengan keuntungannya akan dikaut oleh orang lain, mungkin oleh musuh kita bersama juga.

Para pimpinan politik mestilah lebih bertanggungjawab dan beramanah serta jujur dalam memimpin para pengikut partinya kerana para pengikut seringkali memandang kepada ketua-ketua partinya sebagai orang yang paling berwibawa. Oleh itu, sekiranya mereka melakukan kesalahan atau kesilapan, maka mungkin para pengikutnya akan menjadi pengikut yang menyeleweng dari landasan perjuangan yang sebenarnya, dan ketika ini kita juga yang akan menerima mala petakanya.

Semoga azam tahun baru saya ini, sekiranya ada kebaikan dan kebajikannya, betul dan benar seperti andaian saya, akan menjadi kenyataan, insya-ALLAH, dan selepas itu kita tunggu dan tenguklah kesan baik atau akibat buruknya yang akan menimpa kita semua sebagai umat Islam dan umat Melayu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

* Datuk Dr Ismail Ibrahim bekas Ketua Pengarah Ikim dan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
Laporan 'Umno Murtad': Fitnah terbaru, kata Nik Aziz
wartawan sinarharian
19 November 2012
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

"Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.

"Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN),  Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.
Kata laporan itu, beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, Umno tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar Umno dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

"Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya dipetik akhbar itu.

Terdahulu 'admin' FB Nik Aziz berkata:

"Setelah layanan baik diberikan kepada media termasuk Utusan Malaysia sepanjang Muktamar Pas Kali ke-58, inilah hadiahnya. Fitnah yang sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am Pas."
Berdoa kepada ALLAH, kerana tiada tempat mengadu
Wartawan Sinar Harian
20 November 2012
Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
SHAH ALAM – Pas mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin disebabkan kezaliman yang dibuat terhadap rakyat.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik berkata, Pas berbuat demikian kerana parti itu didakwa tidak ada tempat untuk mengadu menyebabkan mereka berdoa dengan ALLAH.

Menurutnya, Pas berbuat demikian kerana kezaliman yang dihadapi oleh mereka antaranya royalti minyak rakyat Kelantan, kezaliman kepada parti itu yang merupakan parti pembangkang dan fitnah serta kebebasan media.

“Doa harus bagi yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding) dengan ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maszlee berkata, Pas seharusnya menggunakan perkataan yang baik dan berhikmah ketika berdoa.

“Cadangan saya untuk mengelakkan supaya didoakan keburukan, setiap pihak perlu diberikan peluang dan ruang demokrasi, kembalikan hak rakyat dan pihak terlibat,” katanya.
NGO Islam bidas doa 'KO BN'
WAN NASRAH ABD RAHIM
20 November 2012
SHAH ALAM - Ikatan Muslim Malaysia (Isma) menegaskan Pas tidak wajar memberi perumpamaan Umno-Barisan Nasional (BN) seperti firaun yang kejam dan zalim dalam doa selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kalau dilihat dari segi perjuangan Umno pada hari ini tidak sama seperti firaun yang mahukan menghancurkan agama dan orang Islam.

“Pemimpin Umno juga bukan pemimpin angkuh dan tidak boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang menentang Islam.

“Mereka mentadbir dan memerintah negara ini dengan cara munasabah. Jadi, jika ada kelemahan, perlulah di doakan perkara kebaikan bukannya kehancuran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdullah Zaik turut mempersoalkan mengapa sebelum ini Pas boleh menerima dan tidak mendoakan kehancuran golongan Erdogan di Turki yang mengamalkan dasar sekular.

"Jika golongan Erdogan ini berjuang dalam situasi mereka, Umno-BN pun berjuang dalam konteks situasi sebagai sebuah parti yang memimpin kerajaan berbilang bangsa," katanya.

Beliau berkata, dalam agama Islam, amalan mendoakan kehancuran dan keburukan kepada orang lain tidak boleh dilakukan termasuk kepada umat Islam sendiri.

Beliau berharap Pas kembali kepada kesederhanaan dalam berpolitik.

Sementara itu, Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) pula menegaskan mana-mana parti yang berlandaskan Islam dalam perjuangan mereka tidak sepatutnya bertindak mendoakan kehancuran kepada orang lain kerana perkara ini tiada dalam nas dan Al-Quran.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, tindakan ini secara tidak langsung akan menggalakkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu Islam.

“Doa ini memberikan pengertian yang tidak adil kepada parti pemerintah yang telah banyak menaburkan bakti kepada negara,” katanya.

Beliau berharap, kedua-dua parti politik Melayu Islam perlu duduk berbincang untuk mengelakkan banyak lagi salah faham pada masa akan datang.
Doa 'KO BN': Perkasa mahu Majlis Fatwa bertindak
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
20 November 2012
Doa 'KO BN' Pas
Doa 'KO BN' Pas
SHAH ALAM – Perkasa mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang didakwa mendoakan kehancuran sesama umat Islam bagi membendung perkara sama tidak berulang.

Timbalan Presidennya, Datuk Abd Rahman Bakar berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.

“Amat jelas sekali doa seperti ini bercanggah dengan ajaran Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak, jangan tunggu lagi.

“Saya tidak faham kenapa mereka boleh berdoa begitu, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Baru-baru ini, pada solat hajat yang dipimpin oleh adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Razi Nik Mat di Stadium Muhammad IV, Kelantan, sempena Muktamar Pas ke-58 mendapat reaksi pelbagai pihak.

Intipati doa itu ialah mereka mendoakan dipermudahkan perjalanan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya dan menghancurkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno, Mohd Afandi Yusof berkata, doa menghancurkan Umno-BN pada PRU13 adalah bukti bahawa Pas amat terdesak untuk merampas kuasa.

Menurutnya lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bersuara dan menyatakan pandangan dengan jujur agar isu ini tidak mengelirukan rakyat.

“Rakyat sudah boleh menilai siapa Pas sebenarnya, mereka membuka pekung sendiri, jadi terpulang kepada masyarakat (untuk melihat perkara ini),” katanya.

Selain itu, Mohd Afandi turut menyarankan agar isu ini diketengahkan pada Persidangan Agung Umno yang akan bermula hujung bulan ini kerana isu ini sudah sampai ke tahap melampau dan perlu perhatian segera.

“Saya menyeru ulama-ulama Pas kembali ke pangkal jalan dan bertaubat,” katanya.
Pas: Doa 'KO BN' bukan polemik besar
RISWANDI RAZAK
20 November 2012
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas menyifatkan isu mendoakan kehancuran Umno-Barisan Nasional (BN) yang dibacakan pada himpunan sempena Muktamar Pas ke-58, Jumaat lalu, bukan polemik besar.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, doa oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat itu tidak ditujukan kepada individu, tetapi organisasi, iaitu BN.

Menurutnya, media seharusnya lebih memberi keutamaan kepada intipati perjalanan Muktamar Pas kali ke-58 itu, bukan memperbesarkan isu doa.

"Untuk individu, memang kita tidak boleh mendoakan kehancuran, tetapi perlu meminta diberikan hidayah dan petunjuk.

"Namun, bagi sesebuah badan, doa seperti itu boleh dibuat, seperti yang pernah dilakukan Nabi Muhammad SAW ketika mendoakan kehancuran tentera Rom," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas reaksi negatif oleh pelbagai pihak, termasuk pimpinan tertinggi Umno, terhadap doa 'KO BN' yang dibaca di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat lalu.
Tuan Ibrahim berkata, doa tersebut wajar kerana pastinya Pas tidak akan mendoakan parti lawan menjadi kuat dan yakin Umno-BN juga tidak akan berbuat sedemikian.

"Dalam doa tersebut kita mahu pihak lawan lemah, supaya pihak yang satu lagi dapat memperoleh kemenangan. Pastinya Pas tidak akan mendoakan Umno-BN menjadi kuat dan mereka juga tidak akan mendoakan Pas kuat," katanya.
Hentikan spekulasi isu doa, kata adik Nik Aziz
Wartawan Sinar Harian
20 November 2012
Nik Razi Nik Mat
Nik Razi Nik Mat
KOTA BHARU - Adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat di sini, semalam meminta semua pihak menghentikan spekulasi isu doa yang dibacakan selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat lalu.
Menurutnya, isu tersebut sudah berada di kemuncaknya dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.

“Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun.

“Memang saya diarahkan menjadi imam dan bukan untuk doa itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional ketika solat Hajat sempena Muktamar Pas ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed mengesahkan kandungan doa tersebut bukan atas arahan sesiapa, tetapi atas inisiatif Nik Razi sendiri.
Menurutnya, beliau berada sama ketika solat Hajat yang dihadiri lebih 40,000 orang.

USAHA KITA : PILIHLAH

      Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

      1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

      2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau  -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

      3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, serta sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a-    Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b-    Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c-     Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d-    Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

      4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

      5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

      6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

      7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

      8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika dan sekutu jahat mereka.
USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah da
n Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, serta sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika dan sekutu jahat mereka.

WUHDU BOLEH BATAL...ISLAM JUGA BOLEH BATAL...JANGAN INGAT KITA SENTIASA ISLAM TAPI ISLAM DAH TERBATAL KITA TAK TAHU...SEBAB TAK BELAJAR...ATAU DEGIL TAK MAU BELAJAR KERANA RASA DAH TERLALU PANDAI..MANUSIA INI ADA EMPAT GULUNGAN

Boleh murtad jika perlekeh Islam - Nik Aziz
10:10PM Nov 18 2012
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam), lapor Harakahdaily.

Beliau dilaporkan berkata, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Harakahdaily memetik beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu juga dilaporkan berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi, lapor Harakahdaily.

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 207 subscribers
    Pendirian TGNA tegas..mana mana mereka yg mengaku Islam tapi tidak mahu berjuang dibawah panji kebenaran dan mempertahankan Islam malah dgn sengaja membiarkan Islam dihina.. maka mereka jatuh murtad...........
    Harunsani pula mengatakan bahawa org Melayu mesti bersatu agar islam itu dapat diperkuatkan.. bersatu dgn siapa..? UMNO.. kenapa dia tidak mencadangkan penyatuan melayu dalam PAS yg memperjuangkan Islam sedangkan UMNO memperjuangkan ketuanan melayu..?.. Memang ini isu yg berbeza.. tapi impaknya besar...

    • Ab Wahab Jusoh · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
      Harussani akan mengeluarkan petuanya setiap kali selepas TGNA buat kenyataan bertentangan dgn amalan UMNO. Saya bimbang akan timbul kemudian hari ada mufti yang tak penting sangat soal petua tapi pitis kata org kelantan. Kalau jadi begini mufti bertukar jadi muftis yg melihat kpd pitis semata2. Harap2 tidak dan mufti tidak membisu atau kutuk dlm hati bila behadapan dgn sesuatu yg bertentangan dgn Islam (selemah2 iman)

    • Mohd Nozani Ghazali · Pengulas Tertinggi · Boss di Uncle zaini katering
      Woi, Hebatnya TGNA, katanya Pas bukan dicaipta oleh Orang PAS tapi oleh biro agama Umno kami hanya jaga saja. Bahasa yang mudah, senang difahami oleh kanak2 Tadika, muda, tua, atuk dan nenek, Tak senang tidurlah pemimpin ubn ketika ini

    • Nik Muhammad Amiruddin · SEK KEB AYER KEROH
      Ab Wahab Jusoh : muftis=mufti+pitis.......kalau mufti pun dh jd caca marba....kat siapa lg kita nak percaya....

    • Arie Pklang · Pengulas Tertinggi · Kebun sawit
      nampak nye nik aziz ni dah semakin celaru bila hampir2 ke pru....ckpnye berbelit2 sedangkan dgn bahasa mudah beliau mengkafirkan org2 umno.....buat beliau satu aje aku nak pesan....ingatlah mati itu pasti....

    • Hariz Nazhan Amran
      `Nik Aziz dakwa UMNO murtad"..dlm utusan meloya arini....dah agak dah pencacai2 umno yg termasuk utusan meloya telah diperbodohkan sengaja memutar belitkan ayat2 TGNA...Utusan Meloya x takut kena saman sbb yg akan mengeluarkan saman adalah duit rakyat yg akan digunakan sesuka hati...Utusan Meloya ni dah jadi lebih pekak dari badak...
      Org melayu Islam yg memahami islam x mudah terpengaruh dgn dakyah utusan meloya ni...fahaman sekular aje yg akan menerima statement ni...

    • Arie Pklang · Pengulas Tertinggi · Kebun sawit
      Hariz Nazhan Amran ko baca kat atas tak....laporan dari harakahdaily.....so masih nak kata utusan&berita harian putar belitkan berita....

  • Matt Zackk · · Pengulas Tertinggi · UUM
    Hujah dan fakta yang diberikan oleh TGNA sudah begitu jitu dan mantap.. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh dipertikai oleh UMNO sendiri apalagi pencacai2 yang hipokrit spinning isu hudud PAS.. Aku bukan ahli PAS tetapi aku sebagai orang Islam yang menyokong PR melihat bahawa keghairahan UMNO menghentam PAS sekarang ini adalah ulangan episod lapuk yang berkali2 digunakan oleh UMNO menjelang PRU..

    Jelas bahawa UMNO yang mendapat nasihat mentornya, Doc Maddey lebih berminat menjadi Syaitan Yang Dikenali...menggunakan ULARmak2 dan pencacai media elektronik dan siber dengan serangan tolol dan menololkan diri sendiri. Selagi PAS istiqamah disokong semangat setiakawan dalam PR insyaAllah..sinar ke Putrajaya semakin menyerlah untuk semua..

  • Saidin Din · Pengulas Tertinggi
    Mereka yg totok umno xkan beranjak lagi hatinya kerana dah hitam sebab selalu perlekeh agama. Kenyataan begini dituju khas kpd mereka yg hatinya masih lagi berbelah bagi...

  • Ganung Sokmo · · Pengulas Tertinggi · Sek.men.peng.berangan
    Kalau dah tolak apa yang tuhan gariskn itu dah jatuh apa?..takpayah masuk ugama lain sekadar tolak hukum allah dan menghina tuntutan ugama dah terkeluar dr islam,,,,so pk lah

  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Sbb itu saya berkata, jatuhnya umno dari persada politik tanahair membawa 1001 rahmat, samada pd pimpinannya, ahli2nya & lain2 yg menyokongnya. Mereka samada sedar ataupun x sedar, telah ada yg terkeluar dari Islam (murtad) melalui percakapan/kata2 mereka. Ini berlaku bila menolak hukum Islam secara semberono, mempermainkan alim ulamak (sperti menggelar TGNA mahakafir yg dilakukan pencacai umno) dll. Selagi umno x jatuh, selagi itulah mereka2 ini (termasuk veteran2/org2 lama umno) x akan sedar bahawa mereka telah jauh terpesong dari agama...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Apakah mereka baru nak sedar bila malaikat maut dtg mengambil nyawa??? Masa itu dah terlambat cik. Klau mati dlm kafir, kafirlah jadinya. Klau munafiq, munafiqlah jadinya. Klau fasiq, fasiqlah jadinya, wal'iyazubillaaah...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Seorg itu boleh terkeluar dari Islam juga bila persendakan hukum Allah. contohnya, klau seorg itu berkata, 'klau laksanakan hudud maka akan byklah tgn2 yg dipotong hanyut disungai'. Atau berkata, 'sape nak makan sup tgn, boleh pergi keklantan'...

    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      ada jgak yg takut2kan dgn hudud, apa laaaaa

    • Muhammad Mukhtar · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
      Kita kena ingat segala hukuman adalah hak Allah.Andai ada org2 yang sudah bertaubat dari kesalahannya...itu adalah sangat2 disukai Allah. Cuba buka kitab2 Imam Al-Ghazali ttg kewajiban seseorg muslim itu bertaubat...

    • Ajib Bagan Serai · Pengulas Tertinggi · Pemandu Sekolah di Sk simpang tiga
      depa takut duit tk masuk dah untk kroni depa....kan malaysia ni untk puak2 kroni depa kan....tu depa takut hudud tu....depa tu kan perompak yg di kenali....huhuhu

  • Uda Ngalah · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Macam mana nak bela Islam kalau pemimpin bersubahat membunuh Altantuya dengan bahan letupan sehingga berkecai... Islam ke tu? tak payah lah bercakap pasal Islam..

  • Tajudin Yaakob · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar
    dlm umno ada kristian, dlm umno ada budha dan dlm umno pun ada yg tidak percaya pd tuhan.....mcm mana nak bergabong dgn pas?ulama umno ulamapulus.....boleh gelaran tan sri, kereta mercedes, rumah banglo 8 bilek keluar fatwa pun bercelaru.....

    • Chin Lee · Pengulas Tertinggi
      Taj Yaakob, agama buddhism atau hinduism pun ada orang baik, betul tak, lagi pun pertandingan GE13 ini hanya 50% atas atau bawah kemenangan muka sahaja, kita ni pun anak Malaysia, rayat kenal bersatu, jatuhkan parti syaitan yang dikenali dulu, baru kita cite lain

    • Hamzah Mohammad · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
      Itu bukan persoalannya. Persoalannya, Umno dah menjadi kurang baik dari kafir.

  • Muhammad Mukhtar · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
    Sudah2 lah tuan guru...berdakwahlah kepada UMNO secara berhikmah. mungkin dulu depa jahil..lani dah ada kesedaran. Tak elok tuan guru berdendam sampai mati...

  • Jari Kelingking · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
    Dah berape orang PM Malaysia yg dah Murtad.Sebab PM2 Malaysia yg ade tu semuanye Freemason

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Bro. Allahyarham tunku ab rahman telah keluar dari umno sblom dia meninggal, begitu jugak tun hussein onn. Begitu jugak arwah atuknya onn ja'afar. saya ingat, dia org dah sedar dari kesilapan, sbb itu kuar dari umno. Secara x langsung kuar dari freemason...

  • Ahmad Baei · · Pengulas Tertinggi · Ketua editor di Kalimat Cinta Sdn Bhd · 177 subscribers
    Orang yang sedar diri bahawa dia telah murtad atau disedarkan bahawa dia telah murtad lebih-lebih lagi yang telah mengaku murtad, bertaubatlah segera. Allah masih memberi peluang untuk kembali kepada Islam sebenar. Mari kita sama-sama bina Islam dalam diri dan keluarga bahkan negara.

  • P'jal de Sign · Pengulas Tertinggi
    isu negara islam xde dalam buku jingga...pakatan tolak islam ke?

  • Zack Snoopies · Pengulas Tertinggi
    sy sokong parti yg mngikut sunnah dan Al-quran.. parti sekular letak tepi..

  • Cop Hornet D · Pengulas Tertinggi · Bekerja di BONZER
    Nicky Ajis nih dah nyanyuk.. Pemimpin PR sendiri yg banyak perlekeh Agama Islam.. sekarang dia nak nasihat pulak.. Ish2.. Ini lah dinamakan Melayu Mudah Lupa...

  • Iman Danish Nik Azhar · · Pengulas Tertinggi
    TGNA...dah ramai dah org camtu kat malaysia nie...kat Malaysia Kini pon dah boleh tgk dah contoh2...harap tak tergolong dlm umat camtu..

  • Tenggiling Landak · · Pengulas Tertinggi · Pasang Poster Pilihanraya di Buah Nangka Untung Mati Negeri Orang
    Memang tepat sekali ahli-ahli Umno dah murtad, kalau tidak masakan Tun Mahathir melabelkan Umno sebagai "SYAITAN YANG DIKENALI"

  • Ali Karim · Pengulas Tertinggi · Yanbu Al Sinaiyah, Al Madinah, Saudi Arabia
    seakan-akan jawapan kepada pandangan seorang makhluk di sebuah negeri yang lain...bukankah memisahkan antara politik pemerintahan dan Islam secara tidak langsung memperlekeh Islam itu sendiri? maka wajarlah berlakunya kegelinciran akidah sekali pun tanpa dimaklumkan oleh mufti, Wallahualam

  • Jari Kelingking · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
    Tambah Komen

  • Lurus Bendul · Pengulas Tertinggi
    isu Murtat bagaikan telah di lesenkan secara konsesi kepada Hassan Ali !! bila ada pihak lain berkata bab Murtat dan akidah!! kita bagaikan tak selesa!!! .. sebab itu kita mahu !! isu murtat dan akidah ini milik semua pihak !! yang berkaitan boleh berbicara !! ulamak, mufti, ustaz !! bukan di monopoli oleh Hassan Ali seorang!!! kini rakyat jadi keliru !! seolah olah Akidah dan murtat itu milik Hassan Ali!!! secara AP, JV, apakah Hassan Ali pemegang saham terbesar Murtat dan Akidah!! di Malaysia!!!???

  • Mazrab Kanan · Pengulas Tertinggi
    sebiji amek kau, umnobn ni tengok angin, kalau puak islam macam nak menang, dia lebih lagi islam, kalau puak kafir pulak yang nak menang, dia lebih lagi kafir.tu lah munafik

  • Mohd Yusof Muda · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pesara Kerajaan
    Tidak yakin dengan hukum Allah samalah tidak percaya kepada Allah...orang Islam terus menerus melanggar hukum Allah pun akan menjadi orang fasik dan jika tidak bertaubat ia kekal menjadi sama seperti orang kafir...menghina orang alim pun boleh menyebabkan kita menghina nabi...

  • Ke Indahan Kewujudan · Ok
    bilalah TADIKA PASTI nak d beri belajar secara percuma untuk anak-anak belajar...hidup negara kebajikan????? TAKBIRRR

  • Putera Lukas Fahmi Gerard · · Pengulas Tertinggi
    Siapa yg tgk astro oasis dlm selami jiwa oleh dr fadhillah kamsah ada disebut perihal murtad kecil mcm ni.....smlm jam 11mlm

  • Azhari Abdul Aziz · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Suatu ketika dahulu, awal 90an.. bila kelantan nak laksanakan hudud ramai yg perlekehkan hudud. antara kata2 mereka ni:

    1. Nak makan sup tangan, silalah berkunjung ke kelantan. ( sbb hudud, org mencuri hukumnya potong tangan)
    2. Klu hukum rejam dilaksanakan, maka batu - batu akan habis. jlan raya xkan ada dikelantan.

    Yg memperlekehkan sunnah nabi SAW berkata :

    1. Nabi x potong janggut sbb pada masa tu xde pisau gillette.
    2. Ada pun serban itu digunakan oleh org2 arab utk tadah air hujan.

    Yg memperlekehkan azab Allah pun ada juga. kata mereka :

    1. "Org PAS ni klu berceramah, mesti cakap pasal neraka. eh, ambo nak tanya, panas sangat ke api neraka tu? boleh goreng keropok ke? "

    Inilah sebahagian ayat yg ambo ingat dalam kempen yg digunakan utk menjatuhkan kerajaan pas di kelantan suatu ketika dahulu.. ucapan2 ini ada diantaranya diucapkan oleh yg bertaraf kepimpinan negara. jd, tuan2 nilai sendiri.. walllahuaklam..

  • Abrahim Abdan · Pengulas Tertinggi · SM Sultan Ibrahim Kulai Johor
    Belajar lebih mendalam bagaimana sesaorang bolih Jatuh kepada MURTAD..agar faham supaya tidak terjerumus...Niat, perbuatan dan pecakapan bolih terjerumus kalau tidak hati2...rujuk lah kepada orang yg bijak pandai dalam ilmu agama Islam..berguru lebih afdhal..dari membaca sja.

  • Cahaya Kebenaran · Pengulas Tertinggi · SMKT, Sungkai
    kenyataan begini suka diputar belitkan oleh BN... tengoklah kalau tak percaya..

  • Zackry Wak · Pengulas Tertinggi · UTM
    Pencacai umNO paham ke apa yang TGNA bagitau tu? Atau saja-saja buat BODOH!

  • Mohd Razali Yaacob · Pengulas Tertinggi
    Agama Islam ala UMNO mana nak sama dengan Islam sejati (PAS).

  • Mustafa Yaacob · Semasa Pen.Peg.Perubatan di KKM
    orang yang mempelekehkan Islam tu siapa ? org.DAP , Karpal Singh yang cabar langkah mayat dia dulu baru boleh laksanakan hudud adakah karpal singh tu di kira Murtad juga Tok Guru? ha, ha,

  • Marcus Sakiah · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaysia Sabah
    Tabik Tok Guru.

  • Jurutalqin Umno · Pengulas Tertinggi
    Tempoh diantara zaman Khalifah-Ali sehingga akan tibanya ImamMahadi adalah pengisian Syura-Ulama sebagai pilihan ALLAH. Apabila Rasulullah mengatakan AgamaIslam sudahpun sempurna maka muktamadlah WASAMIQNA WAA'THOQNA dalam komitmen-ulama. Keterbatasan ulama dalam memandu-arah umatnya dirintangi munafik-jahilliah dan kuasa-penindas yang berkesinambungan sumpahan-azali iblis-kedajjalan yang merencana penjajahan dan kemiskinanlah selama ini menduga akidah dan batas-kesabaran umat Islam. Propaganda musuh mempersenda ulama hanyalah mengulangi sejarah NabiNuh yang membina Bahtera padang pasir lalu dituduh gila dan dimusnahkan ALLAH akan kaum, anak dan isteri nabi oleh banjir teramat dasyat. Dalam konteks kebangkitan Islam akhir zaman di Timur dan Malaysia melalui proses undi-demokrasi, pertandingan RakanPakatan-ulama kini nekad menamatkan badi-kemungkaran umno-BN. Namun faktor tumbangnya delegasi-British itu adalah dari berbagai penjuru misalnya konsistensi undi cina, sabotaj politik-wang, silent-majoriti, kos sara-hidup, jurang kaya-miskin, kepesatan imformasi, pengundi muda dan manipulasi ekonomi. Keajaiban 313pejuang Badar dan kedaifan Mujahidin serpihan Russia menoktahkan kebathilan bahawa tiada yang besar melainkan ALLAH. Organ telinga kami adalah taat sebaliknya mulut tiada lagi muslihat sebaik saja syura-ulama menetapkan AnwarIbrahim PM ke7 lembaran baru sejarah negara, kaki inipun teguh hijrah ke medan jihad.

  • Mohd Yusof Abdul Aziz · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya
    Nak tunggu komen Harussani atau ulamak umno spt jamil khir baharom atau ustzah mashitah. Ade ke?

  • Hamzah Mohammad · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Kihx3, tuduh org lain mggalakkn murtad, sendiri boleh dihukum murtad.

  • Anaklenga Muar · Pengulas Tertinggi · Ikm jasin melaka
    murtaddddddddddddddddddddddddddddd.........sesattttttttttttttttt, syaitannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...........hahahahahaha ...lagu tiap kali nak pilihanraya....dunia mcm nak kiamat bila dkt p.raya....hehehe...

  • Saufi Bustamam Fiamri · Pengulas Tertinggi · Royal Malaysian Navy College
    Harap2 semua org melayu yg beragama islam sedar dan memahami kata2 TGNA niiii.....dah sambut maal Hijrah jom kita berubah....

  • Wak Suloh · Pengulas Tertinggi · 33 years old
    Sempena maal hijrah ni wak serulah kaum melayu yg jahil akan akidah belajar berguru kalu kitab2 lain dianggap tak betul gunakanlah kitab mustika hadith jabatan perdana menteri tu yg ditandatangani oleh Tun Mahathir, kita bimbang kita rasa kita betul, yg salah, yg zalim, yg fitnah yg menghalalkan cara tetap nak pertahankan dgn berbagai hujah, ditakuti bila mati rupanya mati bukan dalam akidah Islam , nauzubillah min zalik.

  • Ford Ranger · Pengulas Tertinggi · Authorised Distributor di SAG (Semangat Anggun Group)
    SOKONG TOK GURU.

Tiada ulasan: