Cuepacs mahu semua jenis elaun, insentif penjawat awam dikaji semula
14 November 2012
Presidennya Datuk Omar Osman berkata perkara itu perlu memandangkan harga rumah dan kos sara hidup rakyat di negara ini semakin meningkat.
"Di mana-mana negeri, elaun tidak boleh dibeza-bezakan seperti dahulu sebab sekarang ini harga rumah dan kos sara hidup terlalu tinggi.
"Sebab itu Cuepacs menyuarakan supaya semua jenis elaun, insentif dan imbuhan tetap perumahan perlu dikaji semula bersama dengan kajian suruhanjaya transformasi perkhidmatan awam," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, di sini hari ini.
Omar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelbagai pihak agar elaun perumahan penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di semenanjung atau sebaliknya diseragamkan.
Beliau berkata pihaknya telah menyuarakan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan berharap JPA mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Misalnya kalau elaun perumahan di Sememanjung RM800, sini (Sabah/Sarawak) pun RM800, pasal rumah ini tiada (harga rumah) Sabah murah, Sarawak mahal dan sememanjung murah.
"Kita bimbang bila pekerja baru masuk, kalau gaji masih kecil, masalahnya mereka mahu tinggal di mana? Sewa mahal, beli rumah pun tidak mampu," katanya.
Beliau berkata keadaan itu akan menjejaskan produktiviti, tanggungjawab sosial dan keluarga kepada penjawat awam terutama yang baru bekerja.
Sementara itu, Omar berkata Cuepacs belum bersetuju mengenai cadangan Kementerian Kewangan untuk menjalin kerjasama dengan bank bagi menguruskan skim pinjaman perumahan penjawat awam. - Bernama
Najib cuba raih populariti, kata MB Selangor
14 November 2012
Menteri Besar Selangor menegaskan, tindakan Najib itu tidak profesional dan tidak akan menyelesaikan masalah tersebut.
"Tindakan tidak profesional Perdana Menteri ini memberi kesan negatif kepada integriti dan pentadbiran yang baik kerana sebarang pembatalan projek perlu dilakukan mengikut prosedur," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Selangor, hari ini.
Sehubungan itu, Khalid menyerahkan kepada rakyat Selangor berkenaan "janji" Perdana Menteri itu memandangkan projek tersebut diluluskan Barisan Nasional ketika memerintah Selangor sebelum Mac 2008.
"Kami komited untuk memperbetulkan semula kecuaian dan kesilapan yang telah dilakukan oleh pentadbiran BN sebelum ini tetapi perlu dilakukan mengikut tatakelola yang betul dan selaras dengan dasar pentadbiran negeri yang mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya.
Mengulas lanjut, katanya, Kerajaan Negeri juga tidak teragak-agak membawa mana-mana pihak ke muka pengadilan sekiranya berlaku kecuaian dan penyelewengan.
Ku Li: BN mampu menang PRU13
14 November 2012
Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.
"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.
"Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang, Azman Ngadiron dan Pegawai Jabatan pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Daerah Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz.
Ditanya mengenai banyak tanah di kawasan penempatan Orang Asli diambil balik kerajaan negeri untuk pembangunan ladang, Tengku Razaleigh berkata, perkara itu perlu diadakan rundingan bagi menyelesaikannya.
Beliau berkata, JAKOA bersama Orang Asli perlu berbincang secara telus mengenai masalah yang dihadapi kaum berkenaan kerana jika tidak berbuat demikian akan menimbulkan banyak masalah untuk masa depan mereka.
"Kita (pemimpin) tempatan juga boleh campur tangan bagi menyelesaikan perkara itu, tetapi kita mahu melihat sejauh mana perbincangan jabatan terbabit dengan kerajaan negeri.
"Memanglah Kelantan lain daripada Negeri Pahang, Perak dan Selangor yang menyediakan tanah rizab kepada masyarakat Orang Asli, tetapi (di) Kelantan perlu berunding bagi mencari jalan penyelesaiannya," katanya. - Bernama
'Ada pihak cuba jatuhkan Nurul Izzah'
14 November 2012
Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Nurul Izzah komited terhadap agama dan tidak akan membuat sesuatu kenyataan yang bertentangan syariat Islam.
“Beliau pemimpin harapan, ia disukai semua kaum dan agama, malah keterampilan dirinya berpaksikan agama Islam.
“Apa yang kita lihat ada pihak cuba menjatuhkan beliau (Nurul Izzah), tetapi kami akan terus memberikan penerangan agar rakyat mendapat pendedahan sebenar,” katanya.
Sebelum ini, dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’, Nurul Izzah dilaporkan berkata setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
Kenyataannya itu dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.
Khamis lalu, Nurul Izzah bertemu Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin bagi membuat aduan terhadap akhbar yang didakwa memfitnahnya.
Abang MP Jempol, isteri maut kemalangan
14 November 2012
Mangsa, Udin, 74, dan isterinya, Sanah Ismail, 72, menaiki kereta jenis Proton Waja datang dari arah Mahsan menghala ke Bahau semasa kejadian.
Ketua Polis Daerah, Superitenden Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal memperlahankan kenderaannya ketika tiba di lampu isyarat lalu merempuh lori berkenaan.
Mahfuz: 'Saya sedia dikritik'
14 November 2012
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun bakal berhadapan dengan kritikan ahli lain, mereka akan menerima perkara tersebut secara terbuka dan telus.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak mempunyai masalah mengenai perkara tersebut dan berharap ia dapat membantu parti itu pada masa hadapan.
“Saya percaya ia akan menjadikan pemimpin parti bersikap lebih matang, berintegriti dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab.
“Saya terbuka dalam hal ini dan sedia untuk dikritik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata sedemikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bahawa perwakilan parti tersebut bebas membentangkan sebarang usul, walaupun pada tahap mengkritik pemimpin sendiri, tanpa sekatan.
Menurut Mahfuz, pandangan orang lain terhadap kelemahan diri mungkin dapat membina keyakinan individu tersebut dan tiada masalah mengenai perkara itu.
“Lagipun, kita bukan manusia sempurna dan tidak mungkin mengetahui dalam semua perkara,” katanya.
Menurut Mahfuz, semua perwakilan dan ahli perlu juga bersedia untuk menerima sebarang pandangan atau nasihat daripada pemimpin tertinggi parti.
Dewan Ulama: 'Landasan perjuangan Pas kekal kukuh'
14 November 2012
Sehubungan itu jelas Setiausaha Dewan Ulamanya, Dr Khairuddin A. Razali, parti itu kelihatan lebih mementingkan kuasa apabila berita-berita mengenai aktiviti politik sahaja yang sering dipaparkan oleh media.
"Secara bersamanya kita berusaha mencapai dua matlamat perjuangan yang saya sebutkan di awal tadi iaitu dakwah dan politik. Namun, isu-isu politik selalu diketengahkan oleh media berbanding isu-isu dakwah Islam.
"Jadi, isu-isu politik akan dilihat lebih dominasi. Itu hanyalah persepsi hasil kejayaan media mengenengahkan isu," katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian Online.
[Layari wawancara penuh dengan klik di sini]
Khairuddin menjawab persoalan yang diajukan sejauh mana benar dakwaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bahawa parti itu kini dilihat lebih mementingkan hasrat menuju ke Putrajaya berbanding perjuangan asalnya untuk memartabatkan agama Islam.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, Pas tidak pernah tergelincir dari landasan parti itu kerana pergerakannya dipantau secara langsung oleh Majlis Syura Ulama yang berperanan dalam memutuskan gerak kerja dan perjalanan parti itu.
Bahkan katanya, siri dakwaan bahawa Majlis Syura tidak berperanan adalah tidak benar kerana Majlis Syura sentiasa berpandukan al-Quran dan sunnah.
"Dewan Ulama juga bersama-sama kepimpinan parti di pelbagai peringkat sama ada peringkat pusat, peringkat negeri, peringkat kawasan dan cawangan mengatur hala tuju parti agar seiring dengan matlamat yang digariskan.
"Ahli-ahli Dewan Ulama yang menjadi pimpinan parti di pelbagai peringkat sama ada negeri, kawasan atau cawangan juga akan sentiasa memastikan perjalanan Pas sentiasa di landasan Islam," jelas beliau lagi.
Parti Islam itu juga dikecam pelbagai pihak dalam hubungan kerjasama politiknya dengan parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR sehingga dikatakan dikuasai oleh golongan parasit.
Hala tuju Pas dikatakan terpesong dari akhlak Islamiah oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, kerjasama antara Pas, PKR dan DAP yang dipanggil Tahaaluf Siyasi, hakikatnya telah membuahkan banyak hasil.
Meskipun dikatakan wujud persengketaan dan masalah dalaman yang sukar dirungkaikan, namun menurut Khairuddin, Pas sentiasa menjalin "kerjasama politik berasaskan kebajikan dan taqwa untuk menegakkan kebajikan dan keadilan serta menentang kemungkaran politik Barisan Nasional."
"Ia telah membuahkan hasil yang sangat banyak. Kita berjaya memerintah lima negeri sebelum ini. Kita berjaya mengemukakan urus tadbir kerajaan yang baik di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah.
"Kita berjaya menjadi kuasa pendesak yang kuat kepada kerajaan dalam banyak isu. Yang terakhir isu pemasangan kamera AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).
"Hubungan antara kaum dalam Pakatan Rakyat semakin baik dan menunjukkan tahap kematangan dan keterbukaaan yang tinggi. Ia boleh menjadi model terbaik untuk Malaysia yang berbilang bangsa," jelasnya lagi.
Hadi Awang: 'Pilih pemimpin amanah'
14 November 2012
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, agihan ekonomi negara juga dilihat tidak adil kerana yang kaya dalam kalangan kroni berterusan jadi kaya dan miskin terus miskin walaupun berusaha keras.
Malah katanya, perkara itu tidak tepat dengan kehendak Islam.
“Oleh itu, mengambil semangat hijrah, kita perlu berubah dengan meletak tanggungjawab memimpin negara kepada individu amanah yang bukan sahaja mampu bangunkan negara, tetapi juga amanah dalam pemerintahan dan adil kepada rakyat.
“Selain itu, kita sebagai individu Muslim juga mesti berubah ke arah lebih baik dalam amal ibadah dan berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Dalam pada itu, beliau mewakili Pas turut mengucapkan salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam kerana peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna bagi menghadapi pilihan raya.
“Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah adalah mendirikan masjid dan keduanya, membina pasar.
“Tindakannya adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititik beratkan dalam membina sesebuah negara,” katanya.
Menurutnya, masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertakwa kepada ALLAH SWT dan menghubungkan manusia sesama mereka, manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting bagi membangunkan negara.
Sehubungan itu, beliau berharap semoga tahun baru hijrah akan membawa perubahan bermakna kepada seluruh umat Islam di dunia ke arah melihat dunia yang lebih adil dan keluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku pada masa ini.
Adnan Yaakob sokong anggota Umno isytihar harta
12 November 2012
Katanya, ia adalah wajar supaya mereka 'bersih' daripada elemen prasangka sebelum layak dipilih mewakili parti dan mengelakkan seseorang itu hidup di luar kemampuan yang tidak seimbang dengan pendapatan.
"Kita memerlukan bakal calon yang berintegriti, bersih dan berwibawa kerana wakil yang ditonjolkan itu adalah mewakili sebuah parti yang hebat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat hak milik tanah kepada 86 peneroka
Felda Tementi di sini hari ini.
Sabtu lepas, Dewan Pemuda PAS Pusat mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan Khamis ini walaupun tidak semua dalam kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.
Manakala Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur hari ini mengenai cadangan itu berkata Umno belum membincangkannya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan