Anwar dakwa Umno kini 'sasau, meroyan, nyanyuk'
dikemaskini Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno kini berada dalam
keadaan "sasau, meroyan dan nyanyuk" sehingga sanggup memainkan pelbagai
dakwaan termasuk hubungan dengan Yahudi dan Israel serta kenyataan
anaknya, Nurul Izzah yang didakwa menyokong murtad.
"Umno kini sasau, meroyan dan nyanyuk... Sebabnya (mereka) tidak ada benda yang hendak dipertahankan. Kalau ikut negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih membangun. Bersih lagi (pentadbiran) kita.
"Yang ada (pada mereka) fitnah. Kalau rakyat sudah termakan fitnah, padahnya punah ranahlah negara kita. Kita (kena) selamatkan negara kita, umat dan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.
Apatah lagi, katanya, rakyat kini memberi sambutan pada janji Pakatan yang ditawarkan termasuk pendidikan percuma, mengembalikan royalti kepada negeri yang berhak dan menurunkan harga kereta, sekiranya gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya.
Berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Mohamad ke-IV di Kota Bharu malam tadi, Anwar menempelak pemimpin BN yang mendakwa negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.
Ketua pembangkang itu menegaskan dakwaan tersebut tidak benar memandangkan terbukti sebelum ini hutang negeri Kelantan yang ditinggalkan oleh Umno sebelum ini, dibayar oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Malah, terkini berlakunya lebihan pendapatan kerajaan negeri Selangor sebanyak RM2.4 bilion dan Pulau Pinang sebanyak RM2 bilion kerana dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
"Jadi MB tak pandai sebab lebihan pendapatan?" soal Anwar sambil menjelaskan hutang kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Tun Razak kini mencecah RM538bilion.
Merujuk ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum itu yang menekan soal etika, sistem nilai dan tatakelola kerajaan, Anwar yakin Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya sekalipun pilihan raya umum diadakan pada Disember atau Januari tahun depan.
Sementara itu, Abdul Hadi pula cuba meyakinkan puluhan ribu penonton di stadium itu mengenai kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat jika mentadbir Putrajaya dengan adil, amanah dan bersih.
"Kalau ada rasuah, tolong tangkap, ambil tindakan. Kami tidak mahu pemimpin kerajaan yang rasuah," katanya sambil menegaskan rakyat, harta negara dan pentadbiran adalah amanah dan Allah melaknat orang yang mengamalkan rasuah.
Mengulas mengenai kerajaan yang adil, Abdul Hadi memberi contoh pentadiran Khalifah Umar Abdul Aziz yang menulis surat kepada gabenornya yang gagal bersikap adil atau berdepan risiko dipecat.
"Negara lain, kalau pemimpin mereka silap, akan dipecat. Seluruh dunia berlaku, kita bila lagi. Pecat kerajaan yang ada, gantikan dengan kami, Pakatan Rakyat. Kita laksana pentadbiran yang baik," katanya.
Turut hadir dalam himpunan tersebut, Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang serta wakil NGO BERSIH, ANAK, Lynas dan Royalti.
17 November 2012
KANGAR - Wang kutipan zakat dan wakaf tidak digunakan
sewenang-wenangnya kerana ia hanya untuk kumpulan sasaran yang
ditetapkan oleh syarak.
Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad berkata, wang zakat hanya boleh dibelanjakan untuk lapan kumpulan asnaf yang ditetapkan oleh Islam dan tidak digunakan bagi tujuan lain.
Beliau berkata kebanyakan perbelanjaan yang digunakan untuk urusan biasa termasuk lawatan bagi kepentingan ahli jawatankuasa atau Baitulmal Perlis adalah diambil dari dana sumber am.
“Kita tidak akan belanja sesuka hati duit zakat. Kita memang teliti dalam hal ini sebab tahu hukum yang ditentukan.
“Sebagai contoh, kalau nak beli bangunan pun tak boleh guna duit zakat kecuali untuk manfaat atau diduduki pekerja zakat atau amil. Itu dibenarkan sebab ada kaitan dengan asnaf yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Menurutnya, sumber am adalah duit yang diluluskan oleh Majlis Fatwa Perlis untuk dibelanjakan dari pelbagai sumber lain.
“Kita tidak usik duit zakat atau wakaf. Saya juga tidak tahu banyak soal lawatan yang dilakukan oleh ahli majlis Baitulmal kerana jarang mengikutinya disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan,” katanya.
Bagaimana pun, beliau berkata maklumat lengkap mengenai urusan lawatan boleh diperoleh daripada Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), Abdul Malik Hussin yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.
17 November 2012
KANGAR - Isu peletakan jawatan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya sebagai
ahli jawatankuasa Baitulmal, yang diperkatakan sejak beberapa hari lalu,
dijangka dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu (Maips) Isnin ini, kata Pengerusinya, Datuk Abu Bakar
Ahmad.
"Isu ini sudah panas. Saya pasti ia akan turut ditimbul atau dibincangkan dalam mesyuarat itu kelak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Ditanya sama ada sudah menerima surat peletakan jawatan Juanda seperti yang heboh diperkatakan sekarang ini, Abu Bakar berkata belum melihat atau menerimanya.
“Saya masuk pejabat pagi tadi (semalam) tetapi tidak nampak pun ada surat Dr Juanda. Tak tahulah kalau surat iru dihantar ke pejabat satu lagi,” katanya.
Ditanya sama ada sudah bertemu dengan Mufti Perlis itu untuk mendapat maklumat mengenainya, beliau berkata belum ada kesempatan untuk berbuat demikian semalam.
“Saya belum sempat bertemunya hari ini (semalam). Tadi saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Kuala Perlis dan tidak nampak Dr Juanda pun. Mungkin dia ada di masjid lain,” katanya.
Diminta mengulas lanjut mengenai peletakan jawatan itu yang ada kaitan dengan rasa tidak puas hati Juanda mengenai perbelanjaan yang dilakukan oleh Baitulmal, Abu Bakar berkata, semuanya sudah ada dalam laporan Sinar Harian.
“Saya tak mahu ulas lagi sebab belum dapat surat Mufti atau bertemu dengannya. Saya harap dapat jumpanya secepat mungkin untuk mendapat gambaran yang lebih jelas,” katanya.
17 November 2012
SHAH ALAM – Pas semakin gila kuasa apabila sanggup menggunakan apa
sahaja cara untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya
umum akan datang demi memenuhi tuntutan nafsu untuk berkuasa.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, usaha Pas untuk menggulingkan BN sehingga sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP serta mengetepikan isu yang lebih besar ditimbulkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuktikan parti itu sudah terdesak.
Lebih mengelirukan, katanya, apabila kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bahawa agenda ke Putrajaya lebih penting daripada membahaskan isu mengenai kebebasan beragama.
“Saya rasa Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib perlu kaji semula kenyataan beliau. Jangan sampai ulama gila kuasa dan menghalalkan apa sahaja demi merampas kuasa,” katanya yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional.
Katanya, kenyataan itu boleh menimbul kekeliruan dan menggalak fanatisme, ekstrimisme dan keganasan dalam politik.
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk S Murugessan berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas semakin terdesak apabila parti itu telah terkeluar dari landasan perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam.
“Pas mestilah ada dasar dan hala tuju untuk diletakkan kepada kemahuan rakyat. Bukan menumpukan untuk menggulingkan BN. Ternyata Pas lebih menumpukan kuasa dari dasar perjuangan mereka,” katanya.
17 November 2012
KUALA TERENGGANU - Cadangan perwakilan Pas Kelantan supaya Timbalan
Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bertanding di kerusi
yang disandang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
disifatkan sebagai ‘menjerat leher sendiri’.
Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kuala Nerus, Amir Amri Mohamad berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan kepimpinan Pas, sudah tentu Nik Abduh menempah malang untuk diri beliau sendiri.
“Nik Abduh tidak akan berani bertanding di Pagoh. Kalau nak jerat leher sendiri, silakanlah. Kalau rasa terlampau kuat, silakan bertanding di Pagoh,” katanya.
Beliau berkata, cadangan yang diutarakan dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat Ke-53 hanya modal politik bagi meraih populariti terhadap anak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
Katanya, cadangan yang tidak memberi kesan kepada mana-mana pihak itu tidak mungkin direalisasikan kepimpinan memandangkan beliau sendiri difahamkan, Nik Abduh bakal bertanding di negeri kelahirannya.
“Walaupun Nik Abduh dicadangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pagoh, hakikatnya kepimpinan Pas tidak akan letak Nik Abduh di kawasan itu. Sama macam kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding Parlimen Pekan melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,” katanya.
17 November 2012
SENAI - Cadangan perwakilan Pas Kelantan yang mahu kerusi Parlimen
Pagoh yang disandang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
ditandingi Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
hanya satu gimik mencari publisiti murahan, kata Umno.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Datuk Tahir Mohd Taat berkata, Pas dinasihatkan supaya tidak mencari populariti dengan cara singkat menerusi cadangan mahu bertanding di kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Mudah sahaja, apa yang mereka nyatakan sama sahaja cerita seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan tempoh hari.
“Apa yang dihasratkan itu hanya sekadar mahu cari publisiti dan menjadi terkenal.
“Bagaimanapun, saya ingin menegaskan supaya Pas tidak berangan-angan untuk berbuat sedemikian yang akhirnya akan ‘mengorbankan’ pemimpin mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Pagoh berkata, jentera parti di semua peringkat kini sudah bersedia untuk berjuang memastikan BN menang di parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Tidak kira siapa pun lawan, jentera BN di Parlimen Pagoh sudah bersedia. Cuma saya sarankan Pas janganlah terlalu mendabik dada sehingga rasa terlalu yakin dan kuat kononnya boleh menang jika meletakkan calon yang dicadangkan (Nik Abduh),” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, pakatan pembangkang mempunyai hak untuk meletakkan sesiapa sahaja calon mereka di mana-mana kerusi yang dimahukan, namun harus sedar pengundi di Parlimen Pagoh tidak mudah melupakan jasa Timbalan Perdana Menteri selama ini.
“Kaedah pembangkang yang ghairah dengan meletakkan calon-calon yang dikatakan popular di kalangan mereka di kawasan tertentu akhirnya akan memakan diri sendiri. Rakyat Johor khususnya di Pagoh tidak akan menerima sebarang omong kosong kerana mereka mahu lihat perlaksanaan janji dikatakan dan BN telah membuktikannya.
“Mereka (pengundi) juga sudah matang untuk menilai pemimpin mereka. Pemuda Umno Johor berkeyakinan penuh bahawa pengundi di Pagoh tidak akan memberi ruang kepada pembangkang berdasarkan prestasi cemerlang BN Johor mentadbir negeri ini yang banyak membawa manfaat kepada rakyat serta membangunkan kawasan setempat,” katanya.
Terdahulu Sinar Harian, kelmarin, melaporkan cadangan Perwakilan Pas Kelantan yang mahu Nik Abduh bertanding di kerusi Parlimen Pagoh yang kini disandang Timbalan Perdana Menteri.
17 November 2012
SHAH ALAM – Keyakinan Pas bahawa parti itu boleh melaksanakan hudud
jika bilangan calonnya menang majoriti berbanding calon parti Pakatan
Rakyat (PR) yang lain pada pilihan raya umum akan datang dilihat
penganalisis hanya sekadar khayalan atau retorik kosong.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib itu berkata, apa yang disuarakan Harun tidak lebih hanya sebagai ubat penenang kepada ahli parti itu yang sudah mula mempersoalkan prinsip perjuangan sesetengah pemimpin mereka.
"Berdasarkan sejarah, jika semua calon Pas menang pun masih belum boleh menjadi majoriti dalam Dewan Rakyat, kecuali jika semua Ahli Parlimen Islam sepakat dalam isu hudud.
“Kenyataan itu tidak berpijak di bumi nyata. Ia hanya boleh diguna pakai jika PR sudah menyatakan hudud diletakkan dalam manifesto. Selain itu, ia hanyalah ‘penyedap’ untuk Muktamar Pas,” kata Mohamed Mustafa.
Dalam ucapan dasar pada muktamar tahunan Dewan Ulama Pas kelmarin, Harun berkata, PR sudah mencapai kata sepakat mengenai hudud namun pelaksanaan undang-undang Islam itu perlu ditangani mengikut Perlembagaan Negara.
Pada pilihan raya umum 2004, kerusi Parlimen yang ditandingi Pas adalah sebanyak 84 kerusi dan menang hanya enam kerusi, manakala pada pilihan raya umum 2008, jumlah yang ditandingi parti itu menurun kepada 66 kerusi manakala yang dimenangi, 23.
Jumlah kerusi Parlimen seluruh negara adalah sebanyak 222 kerusi. Pada pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 139 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang menang 83 kerusi, namun buat pertama kali BN tidak berjaya memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat.
Mohamed Mustafa berkata, apa yang jadi masalah bagi Pas ialah calonnya bertanding menentang calon Umno di kerusi yang sukar dimenangi.
16 November 2012
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengambil
tindakan tatatertib terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr
Hasan Abdul Rahman yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah
atas tuduhan berkhalwat.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kesalahan khalwat membabitkan pegawai awam yang diputuskan bersalah adalah satu kesalahan tatatertib.
"Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993.
"Beliau bersama pasanganya kini diarah bercuti sehingga siasatan dan hukuman yang diputuskan oleh SPA selaku Pihak Berkuasa Tatatertib diambil," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dr Hasan didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan di sebuah bilik hotel di sini.
Kedua-dua pasangan terbabit mengaku bersalah.
17 November 2012
PASIR MAS – Perkasa menyifatkan tindakan Ketua Dewan Ulama Pas
mengeluarkan kenyataan berani mengenai hukum hudud, akan menjerat
kredibiliti Pas, kelak.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sikap Datuk Harun Taib yang terlalu yakin mendapat majoriti dalam Parlimen menggambarkan pembohongan kepada rakyat.
Ini kerana katanya, kerusi ditandingi Pas lebih kecil berbanding seteru mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.
“PRU12 lalu, Pas hanya meraih 23 kerusi dari 66 parlimen, maka bagaimana mereka mahu menyaingi jumlah seteru mereka dalam Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.
“Jika PKR dan DAP bergabung dan menolak hudud, Pas tidak akan mendapat sokongan majoriti seterusnya ia tidak akan menjadi undang-undang negara,” katanya.
Beliau turut yakin Pas tidak akan berjaya menandingi jumlah calon dalam PKR dan DAP yang akan bertanding dalam PRU13.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mencabar Pakatan Rakyat membuat deklarasi perjanjian pelaksanaan hudud sekiranya berjaya membentuk kerajaan seterusnya menawan Putrajaya.
“Kita akan lihat sama ada mereka benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
“Ia perlu dipersetujui dan ditandatangani pemimpin dalam Pakatan Rakyat termasuklah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Setiausaha Agung) Lim Guan Eng dan (Pengerusi DAP) Karpal,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Khatan Perdana melibatkan 162 kanak-kanak dan Sambutan Maal Hijrah peringkat Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir di Kampung Slow Machang, semalam.
Kelmarin, Harun berkata, Pakatan Rakyat bersetuju hukum hudud dilaksanakan jika mereka berjaya membentuk menawan Putrajaya selepas PRU13 tidak lama lagi.
Bukan itu sahaja, Harun berkata, syariat Islam turut akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi, jika pakatan pembangkang berjaya merampas negara daripada Barisan Nasional.
SHAH ALAM: Polis masih belum mendapatkan perintah tahanan reman
seorang jurujual yang melahirkan seorang bayi lelaki cukup sifat yang
kemudian meninggal dunia di rumah sewanya di Jalan Haji Salleh, Meru,
dekat Klang, Rabu lalu, kerana suspek masih menerima rawatan di
hospital.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, penahanan hanya akan dibuat selepas wanita itu disahkan pulih oleh doktor.
Katanya, wanita itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, bagi mendapatkan rawatan lanjut dan pemantauan daripada pihak hospital.
Difahamkan, mayat bayi malang itu sudah dituntut keluarga wanita itu kira-kira jam 2 petang semalam untuk urusan pengebumian selepas proses bedah siasat. Namun, polis enggan mendedahkan punca kematian bayi terbabit tetapi akan mengambil keterangan daripada rakan suspek untuk melengkapkan siasatan.
Harian Metro semalam melaporkan, seorang wanita berusia 24 tahun melahirkan bayi lelaki di rumah sewanya Rabu lalu namun kejadian hanya diketahui kakaknya, kelmarin sebelum membuat laporan polis.
Suspek didapati mengandung selepas menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang sudah pulang ke negara asalnya sejak Mac lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
KLANG – Polis menangkap seorang jurujual selepas dipercayai cuba menyembunyi kelahiran bayi lelakinya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di Lorong Haji Salleh, Jalan Meru di sini semalam.
Ibu muda berusia 24 tahun itu ditangkap pada pukul 5.45 petang apabila kakaknya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis selepas terkejut menemui mayat seorang bayi diletakkan di atas katil di rumah sewa yang didiami bersama adiknya itu.
Bayi itu dipercayai dilahirkan oleh suspek yang bekerja di sebuah
kedai di Pekan Meru pada pukul 4 petang kelmarin. Semasa dilahirkan,
bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa.
Suspek dipercayai membiarkan mayat anaknya di atas katil di dalam biliknya selepas dipercayai bimbang perkara itu diketahui keluarganya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, pasukan polis yang menerima laporan kakak suspek terus ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di atas katil.
“Polis turut menemui tali pusat bayi dalam satu beg plastik yang dipercayai dipotong oleh si ibu selepas melahirkan anaknya itu,” kata beliau ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, soal siasat ke atas suspek mendapati bapa kepada bayi malang itu merupakan lelaki Bangladesh namun kekasihnya itu sudah pulang ke negara asal sejak Mac lalu.
Mohd. Shukor memberitahu, suspek bersama mayat bayinya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk pemeriksaan dan bedah siasat.
Kosmo
KUALA LUMPUR:
Kerajaan Barisan Nasional (BN) hendaklah membentang rang undang-undang
yang merangkumi hudud untuk menghentikan MCA mempolitikkan hukum itu,
kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar.
"Oleh kerana Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) kata pihaknya hanya menolak hudud versi PAS, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) selaku ketua kerajaan BN yang diterajui oleh Umno bertanggungjawab membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen yang merangkumi perlaksanaan hudud.
"Saya yakin MCA akan menghentikan penentangannya kerana undang-undang berkenaan digubal dan dibentangkan oleh BN dan bukan lagi hudud versi PAS.
"Saya juga yakin MCA tidak akan mempolitikkan hudud lagi jika BN yang menggubal dan membentangkannya untuk diluluskan oleh Parlimen memandangkan Chua sendiri yang menyatakan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar," kata beliau.
Serentak dengan itu, Mahfuz meminta BN khususnya Umno dan MCA membuktikan bahawa Rang Undang-Undang Jenayah Syariah yang dibentangkan oleh PAS dan diluluskan oleh dewan undangan negeri Kelantan dan Terengganu tidak berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
"Sekarang Chua bercakap tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
"Saya berharap sangat Chua dan saudara-saudara seperjuangannya di dalam Umno membuktikan tanpa sebarang keraguan berdasarkan hujjah-hujjah yang kukuh bahawa Rang Undang-Undang Jenayah Syariah yang dibentangkan oleh PAS dan diluluskan oleh dewan undangan negeri Kelantan dan Terengganu tidak berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
"Chua dan taiko-taikonya di dalam Umno boleh mengajak (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) untuk bersama-sama membuktikan perkara itu memandangkan bekas Presiden Umno itulah yang menjadi pencipta dan pelopor istilah hudud PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz juga berharap Umno menyatakan bahawa ia bersedia menggubal dan membentangkan undang-undang yang merangkumi undang-undang hudud bagi menjaga nama baik agama Islam.
"Di samping melaksanakan kewajipan, Umno bertanggungjawab kepada Allah untuk menggubal dan membentangkan undang-undang yang merangkumi undang-undang hudud bagi menghentikan perbuatan jahat MCA menggunakan alasan hudud versi PAS bagi meneruskan tindakannya menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia," katanya.
Selagi Umno tidak berbuat demikian, katanya, parti itulah yang bertanggungjawab memberikan ruang dan alasan kepada MCA menggunakan alasan hudud versi PAS bagi meneruskan tindakannya menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.
Mahfuz mengingatkan, jika selepas ini MCA terus menggunakan alasan hudud versi PAS untuk menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia, Umnolah yang bertanggungjawab mendorong MCA berbuat demikian.
"Menggunakan alasan hudud versi PAS bukan sesuatu yang baru malah telah digunakan sejak kerajaan PAS di Kelantan membentangkan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah.
"Presidan PAS pada masa itu lagi, Almarhum Datuk Fadzil Noor meminta Umno mengemukakan undang-undang merangkumi hudud yang parti itu yakin berdasarkan Islam sebenarnya," katanya.
Tetapi, kata Mahfuz lagi, Umno sengaja enggan berbuat demikian kerana ia tahu keengganannya itu akan membolehkan alasan hudud versi PAS terus digunakan untuk menghina Islam dan menyebarkan ideologi Islamofobia seperti yang dilakukan oleh MCA.
KUALA LUMPUR:
Siti Zailah Mohd. Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri
menyatakan status 250,204 orang anak luar nikah yang berdaftar di
Malaysia sejak tahun yang lalu.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.
Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.
Soalan
SAYA, wanita berumur pertengahan 20-an, bekerja dan tinggal bersama keluarga serta masih belum berkahwin.
Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya.
Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya.
Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki.
Saya bersikap jujur dengannya dengan memberitahu bahawa saya pernah terlanjur. Saya ingatkan dia dapat menerima dengan hati terbuka malangnya ada maksud lain.
Dia juga ingin meniduri saya. Sejak itu, saya tidak mahu serius dengan sesiapa kerana menganggap lelaki hanya mengambil kesempatan.
Saya berasa diri amat hina sekali, walaupun solat lima waktu tapi tetap melakukan zina.
Kali terakhir saya mempunyai teman lelaki, dia juga mahu meniduri saya lalu saya nekad memutuskan hubungan. Saya amat sedih.
Sejak dari itu saya berazam untuk berubah dengan menjauhkan diri daripada zina. Mujurlah saya mendapat kerja berhampiran rumah ibu bapa jadi pergerakan saya sedikit terbatas.
Namun, sejak akhir-akhir ini, hati saya teringin berkawan dengan lelaki tapi takut kerana teringat cerita lama. Saya sengaja menduga beberapa kenalan lelaki dengan mengatakan bahawa saya pernah terlanjur. Mereka juga seperti lelaki-lelaki sebelum ini, berniat jahat.
Saya tidak tahu sampai bila ia akan berterusan begini. Saya kasihankan ibu bapa yang sentiasa mendoakan saya diberikan suami yang baik.
Saya tidak tahu bagaimana harus saya luahkan. Saya tidak mahu berzina lagi, sebaliknya ingin berkawan dan bersikap jujur.
Tolong lah saya Dr.
GADIS SEDIH,
Selangor.
Jawapan
DR simpati dan dapat memahami jiwa adik. Orang yang kehilangan sesuatu yang amat disayangi (kesucian diri) berkemungkinan berasa rendah diri.
Begitu juga individu yang berasa dihina dan tidak dipunyai sering merasa kehilangan harga diri. Keperluan psikologi ialah seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.
Individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa (Glasser 1984).
Adik tidak mendapat kedua-dua perasaan tersebut (dicintai dan dihargai). Sebaliknya, bekas kekasih dan teman lelaki hanya memanipulasi adik untuk memenuhi elemen id (keseronokan) mereka saja.
Kenyataan seperti ‘saya sangat sedih dengan diri saya’ dan ‘saya berasa diri hina sekali’ dalam konteks psikologi boleh memberi kesan kepada kecenderungan untuk merasai malu yang amat mendalam.
Individu cenderung untuk memperbesarkan masalahnya atau melihatnya dengan perasaan amat sedih. Inilah yang adik sedang rasa dan alami.
Keadaan ini biasanya akan menghasilkan perasaan takut dan bimbang yang bukan-bukan. Pemikiran menjadi tidak rasional dan sifat yang tidak rasional ialah lemah semangat atau tanpa harapan hidup.
Apa yang boleh dilakukan dalam konteks permasalahan adik ialah mencabar pemikiran mengenai kepercayaan bahawa semua lelaki yang adik kenali hanya mahu meniduri adik.
Adik boleh membina kenyataan diri yang realistik dan rasional.
Usahakan menukar pemikiran tidak rasional (tiada lelaki yang ikhlas berkawan dengan adik) dengan yakin dan percaya bahawa satu hari nanti adik akan bertemu lelaki yang mencintai adik.
Lakukan latihan mencabar pemikiran adik ini berulang kali. Ia akan membantu meredakan perasaan.
Dr melihat adik mempunyai keinginan sangat tinggi untuk berubah seperti berdoa kepada Allah agar dikurniakan suami yang dapat membimbing adik ke jalan yang diredai dan berazam tidak berzina.
Berterusanlah memohon doa. Adik juga kasihankan ibu bapamengetahui mengenai diri adik.
Dr doakan apa yang adik inginkan daripada perubahan ini akan berjaya. Allah SWT sentiasa memerintahkan umat-Nya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8)
Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.” (an-Nur, 31)
SAYA suami muda yang baru mendirikan rumah tangga. Hidup saya ceria
seisi keluarga, tetapi ada sesuatu yang sering membuatkan saya terganggu
dan merasakan kekesalan yang amat mendalam.
Kisahnya bermula dua tahun sebelum berumah tang�ga. Saya mengenali gadis (A) yang berumur lebih tua daripada saya. Walaupun begitu, dia memiliki rupa paras menawan. Saya mengenali A pada zaman persekolahan kerana dia menjadikan saya adik angkat. Selepas tamat persekolahan, kami terpisah kerana menyambung pelajaran masing-masing.
Selepas lama terputus hubungan, kami bertemu kembali dalam laman sesawang. Di situ, bermulalah kembali hubungan adik-kakak dan ketika itu juga A sudah berumah tangga. Pada mulanya hubungan kami normal, tapi lama kelamaan menjadi serius. Timbulnya kemesraan apabila A sering berkongsi cerita mengenai kehidupannya yang bosan dan sunyi. Suami A sering keluar dan lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakannya. Mereka juga masih belum mendapat cahaya mata menyebabkan A bosan.
Mungkin disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian suami, A berkongsi kasih sayang dengan saya. Pada masa itu, saya bujang dan tiada teman wanita hingga akhirnya terjebak dalam cinta songsang iaitu skandal bersama isteri orang. Mungkin disebabkan pemikiran yang belum matang, saya termakan ayat-ayat manis dan tidak dapat berfikiran secara rasional atas tindakan saya.
Sehinggalah pada suatu hari, hubungan mesra kami terbawa-bawa hingga
ke kamar tidur. Kejadian itu berlaku apabila A datang ke rumah saya
disebabkan bosan duduk keseorangan di rumah.
Kami terlanjur begitu jauh. Sejak itu, saya mula menjauh�kan diri
walaupun A sering kali menghubungi. Akhirnya A memberitahu dia sudah
mengandung menyebabkan saya bertambah runsing.
Saya menyuruhnya menggugurkan kandungan itu, tetapi A enggan. Saya cukup kesal dengan keterlanjuran itu. Kami masih berhubung, tetapi tidak berjumpa.
Saya semakin takut apabila A sering mendesak untuk melakukan lagi perbuatan terkutuk itu untuk membolehkan dia memperoleh seorang lagi cahaya mata. Saya mengelak dan memberitahunya betapa saya kesal dengan apa yang berlaku dan bertaubat tidak mahu mengulangi dosa itu lagi. Saya tidak tahu macam mana hendak berhadapan dengan suami A dan apa yang akan terjadi atas diri saya sekiranya memberitahu perkara yang sudah saya lakukan bersama isterinya.
Berilah pandangan dan jalan kepada saya supaya mampu memperbaiki diri.
Suami Gelisah
PERAK
KATA-KATA ‘di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam’ boleh membantu adik untuk tidak terus terperangkap dengan kisah silam yang bukan saja memeritkan, tapi berkesan� buruk terhadap jalur perkahwinan adik. Ikhlas Dr rasa adik sudah ‘celik akal’ apabila menyesali perbuatan yang lalu. Adik juga bertaubat tidak akan mengulangi dosa itu dan ia satu tindakan yang bijak.
Kata pepatah, ‘dunia ini umpama lautan luas, kita adalah kapal yang belayar
di lautan. Sudah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini.’
Apa yang adik perlu lakukan ialah tidak terlalu menghukum diri dan bersifat asertif untuk tidak berhubung lagi dengan A. Dengan masih menghubungi A, adik memberi harapan yang A akan gunakan sepenuhnya untuk terus bersifat oportunis.
A cuba memperdayakan dengan meminta adik melakukann perbuatan terkutuk itu untuk dia memiliki seorang lagi cahaya mata sebagai teman anak pertamanya.
Adik bukan saja dapat memuaskan nafsu, tapi dilihat sebagai ‘alat’ untuk A mendapatkan apa yang dia tidak peroleh daripada suaminya. Adik ibarat ‘tabung uji’ untuk A mendapat seorang lagi anak.
Dengan berterusan berhubung dengan A, adik juga bersifat tidak adil kepada isteri dan perkahwinan. Tentu sekali hancur hati isteri apabila mengetahui perkara ini. Jika sayangkan perkahwinan yang baru dua tahun dibina, adik tidak boleh terus menerus memberi harapan dan hati kepada A kecualilah sebenarnya adik memang sayang dan tidak mahu melepaskan A kerana kecantikan dan faktor lain.
Adik perlu membuat keputusan terbaik dalam perkara ini. Tanya diri apakah perkara paling penting dalam hidup sekarang? Fokus kepada perkara itu. Jika tidak, adik mungkin hilang keindahan berumah tangga sedikit demi sedikit.
Ingatlah ‘akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan’. Semoga akal dan hati adik akan memilih jalan terbaik.
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga klinik pakar wanita di ibu kota
dikesan menawarkan khidmat menggugurkan janin kepada pelajar sekolah
yang terbabit dalam hubungan terlarang.
Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.
Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.
“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.
16 November 2012
PENGKALAN CHEPA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,
sudah cukuplah "kuasa politik lebih 50 tahun ini telah disyaitani
manusia yang menganggap dirinya maha suci daripada segala kesalahan dan
kelemahan" dan kini sudah tiba masanya kerajaan seumpama itu
digulingkan.
Merujuk kepada pentadbiran Umno-BN, Abdul Hadi berkata, di bawah kepimpinan parti itu, penyelewengan semakin merebak, maksiat, bahkan jenayah besar dan kecil dibiarkan tanpa undang-undang yang mendidik rakyat.
"Ketika ini kita berada dalam lingkungan alam yang tetap berubah, walaupun di bawah kerajaan yang berselindung di sebalik tembok besi paling kebal dalam sejarah manusia, namun tetap akan menemui ajalnya mengikut pusingan alam dunia.
“ALLAh menjadikan kerajaan ini silih berganti untuk menguji kita, kita diajar bahawa tidak ada kerajaan yang kekal dan mutlak melainkan kerajaan ALLAH s.w.t," katanya.
Oleh itu katanya, Pas sebagai salah satu komponen Pakatan Rakyat akan mengembleng usaha bersama gagasan pembangkang itu bagi memastikan agenda mentabir Putrajaya akan tercapai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.
Abdul Hadi kemudiannya menggariskan empat langkah untuk memantapkan jentera parti itu menjelang PRU13 bagi menghadapi musuh tradisi mereka, Umno-Barisan Nasional.
"Tindakan Pertama: Petugas Pas perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita.
"Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan Umno-BN.
Teguhlah dengan jamaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini," kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar Presiden.
Muktamar kali ini bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, di sini, hari ini.
"Tindakan Kedua: Petugas Pas hendaklah banyak membuat persediaan menjaga benteng masing-masing (Parlimen atau DUN) menghadapi musuh yang amat licik," kata Abdul Hadi.
Ujarnya lagi, petugas Pas juga hendaklah bersedia "menangani kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan kerana menghormati ibu bapa mereka yang masih menyokong Umno."
Jelasnya, sikap orang muda pada hari ini amatlah berbeza dengan generasi terdahulu.
"Fahamilah, bahawa mereka tidak suka ceramah yang mencaci-cela orang, mereka menyokong Pas tetapi tidak mahu menjadi ahli, mereka mahukan pimpinan Pas memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi Facebook, blog, SMS dan lain-lain," katanya.
Sementara tindakan keempat pula ialah memastikan Pas memenangi sebanyak mungkin kerusi yang diamanahkan Pas dengan keutamaan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada 2008 (24 kerusi).
"... kerusi Parlimen yang lain akan diberikan suntikan kerja yang tersusun dengan disokong oleh pimpinan pusat yang diamanahkan tugas tumpuan ini, semua parlimen yg ditandingi Pas di Sabah dan Sarawak akan juga diberi tumpuan khusus bagi menjamin kemenangan bersama," tambah Abdul Hadi lagi.
Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.
Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.
Laporan media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi.
Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."
"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?
"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam.
"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).
"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.
"Umno kini sasau, meroyan dan nyanyuk... Sebabnya (mereka) tidak ada benda yang hendak dipertahankan. Kalau ikut negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih membangun. Bersih lagi (pentadbiran) kita.
"Yang ada (pada mereka) fitnah. Kalau rakyat sudah termakan fitnah, padahnya punah ranahlah negara kita. Kita (kena) selamatkan negara kita, umat dan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.
Apatah lagi, katanya, rakyat kini memberi sambutan pada janji Pakatan yang ditawarkan termasuk pendidikan percuma, mengembalikan royalti kepada negeri yang berhak dan menurunkan harga kereta, sekiranya gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya.
Berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Mohamad ke-IV di Kota Bharu malam tadi, Anwar menempelak pemimpin BN yang mendakwa negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.
Ketua pembangkang itu menegaskan dakwaan tersebut tidak benar memandangkan terbukti sebelum ini hutang negeri Kelantan yang ditinggalkan oleh Umno sebelum ini, dibayar oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Malah, terkini berlakunya lebihan pendapatan kerajaan negeri Selangor sebanyak RM2.4 bilion dan Pulau Pinang sebanyak RM2 bilion kerana dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
"Jadi MB tak pandai sebab lebihan pendapatan?" soal Anwar sambil menjelaskan hutang kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Tun Razak kini mencecah RM538bilion.
Merujuk ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum itu yang menekan soal etika, sistem nilai dan tatakelola kerajaan, Anwar yakin Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya sekalipun pilihan raya umum diadakan pada Disember atau Januari tahun depan.
Sementara itu, Abdul Hadi pula cuba meyakinkan puluhan ribu penonton di stadium itu mengenai kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat jika mentadbir Putrajaya dengan adil, amanah dan bersih.
"Kalau ada rasuah, tolong tangkap, ambil tindakan. Kami tidak mahu pemimpin kerajaan yang rasuah," katanya sambil menegaskan rakyat, harta negara dan pentadbiran adalah amanah dan Allah melaknat orang yang mengamalkan rasuah.
Mengulas mengenai kerajaan yang adil, Abdul Hadi memberi contoh pentadiran Khalifah Umar Abdul Aziz yang menulis surat kepada gabenornya yang gagal bersikap adil atau berdepan risiko dipecat.
"Negara lain, kalau pemimpin mereka silap, akan dipecat. Seluruh dunia berlaku, kita bila lagi. Pecat kerajaan yang ada, gantikan dengan kami, Pakatan Rakyat. Kita laksana pentadbiran yang baik," katanya.
Turut hadir dalam himpunan tersebut, Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang serta wakil NGO BERSIH, ANAK, Lynas dan Royalti.
Baitulmal Perlis: Wang zakat tidak dibelanja sesuka hati
17 November 2012
Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad berkata, wang zakat hanya boleh dibelanjakan untuk lapan kumpulan asnaf yang ditetapkan oleh Islam dan tidak digunakan bagi tujuan lain.
Beliau berkata kebanyakan perbelanjaan yang digunakan untuk urusan biasa termasuk lawatan bagi kepentingan ahli jawatankuasa atau Baitulmal Perlis adalah diambil dari dana sumber am.
“Kita tidak akan belanja sesuka hati duit zakat. Kita memang teliti dalam hal ini sebab tahu hukum yang ditentukan.
“Sebagai contoh, kalau nak beli bangunan pun tak boleh guna duit zakat kecuali untuk manfaat atau diduduki pekerja zakat atau amil. Itu dibenarkan sebab ada kaitan dengan asnaf yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Menurutnya, sumber am adalah duit yang diluluskan oleh Majlis Fatwa Perlis untuk dibelanjakan dari pelbagai sumber lain.
“Kita tidak usik duit zakat atau wakaf. Saya juga tidak tahu banyak soal lawatan yang dilakukan oleh ahli majlis Baitulmal kerana jarang mengikutinya disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan,” katanya.
Bagaimana pun, beliau berkata maklumat lengkap mengenai urusan lawatan boleh diperoleh daripada Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), Abdul Malik Hussin yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.
Maips dijangka bangkit isu Mufti Perlis Isnin ini
17 November 2012
"Isu ini sudah panas. Saya pasti ia akan turut ditimbul atau dibincangkan dalam mesyuarat itu kelak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Ditanya sama ada sudah menerima surat peletakan jawatan Juanda seperti yang heboh diperkatakan sekarang ini, Abu Bakar berkata belum melihat atau menerimanya.
“Saya masuk pejabat pagi tadi (semalam) tetapi tidak nampak pun ada surat Dr Juanda. Tak tahulah kalau surat iru dihantar ke pejabat satu lagi,” katanya.
Ditanya sama ada sudah bertemu dengan Mufti Perlis itu untuk mendapat maklumat mengenainya, beliau berkata belum ada kesempatan untuk berbuat demikian semalam.
“Saya belum sempat bertemunya hari ini (semalam). Tadi saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Kuala Perlis dan tidak nampak Dr Juanda pun. Mungkin dia ada di masjid lain,” katanya.
Diminta mengulas lanjut mengenai peletakan jawatan itu yang ada kaitan dengan rasa tidak puas hati Juanda mengenai perbelanjaan yang dilakukan oleh Baitulmal, Abu Bakar berkata, semuanya sudah ada dalam laporan Sinar Harian.
“Saya tak mahu ulas lagi sebab belum dapat surat Mufti atau bertemu dengannya. Saya harap dapat jumpanya secepat mungkin untuk mendapat gambaran yang lebih jelas,” katanya.
Khairy: Pas semakin gila kuasa
17 November 2012
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, usaha Pas untuk menggulingkan BN sehingga sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP serta mengetepikan isu yang lebih besar ditimbulkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuktikan parti itu sudah terdesak.
Lebih mengelirukan, katanya, apabila kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bahawa agenda ke Putrajaya lebih penting daripada membahaskan isu mengenai kebebasan beragama.
“Saya rasa Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib perlu kaji semula kenyataan beliau. Jangan sampai ulama gila kuasa dan menghalalkan apa sahaja demi merampas kuasa,” katanya yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional.
Katanya, kenyataan itu boleh menimbul kekeliruan dan menggalak fanatisme, ekstrimisme dan keganasan dalam politik.
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk S Murugessan berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas semakin terdesak apabila parti itu telah terkeluar dari landasan perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam.
“Pas mestilah ada dasar dan hala tuju untuk diletakkan kepada kemahuan rakyat. Bukan menumpukan untuk menggulingkan BN. Ternyata Pas lebih menumpukan kuasa dari dasar perjuangan mereka,” katanya.
'Cadangan untuk Nik Abduh jerat leher sendiri'
17 November 2012
Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kuala Nerus, Amir Amri Mohamad berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan kepimpinan Pas, sudah tentu Nik Abduh menempah malang untuk diri beliau sendiri.
“Nik Abduh tidak akan berani bertanding di Pagoh. Kalau nak jerat leher sendiri, silakanlah. Kalau rasa terlampau kuat, silakan bertanding di Pagoh,” katanya.
Beliau berkata, cadangan yang diutarakan dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat Ke-53 hanya modal politik bagi meraih populariti terhadap anak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
Katanya, cadangan yang tidak memberi kesan kepada mana-mana pihak itu tidak mungkin direalisasikan kepimpinan memandangkan beliau sendiri difahamkan, Nik Abduh bakal bertanding di negeri kelahirannya.
“Walaupun Nik Abduh dicadangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pagoh, hakikatnya kepimpinan Pas tidak akan letak Nik Abduh di kawasan itu. Sama macam kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding Parlimen Pekan melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,” katanya.
Syor anak Nik Aziz cabar Muhyiddin gimik Pas, kata Umno
17 November 2012
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Datuk Tahir Mohd Taat berkata, Pas dinasihatkan supaya tidak mencari populariti dengan cara singkat menerusi cadangan mahu bertanding di kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Mudah sahaja, apa yang mereka nyatakan sama sahaja cerita seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan tempoh hari.
“Apa yang dihasratkan itu hanya sekadar mahu cari publisiti dan menjadi terkenal.
“Bagaimanapun, saya ingin menegaskan supaya Pas tidak berangan-angan untuk berbuat sedemikian yang akhirnya akan ‘mengorbankan’ pemimpin mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Pagoh berkata, jentera parti di semua peringkat kini sudah bersedia untuk berjuang memastikan BN menang di parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Tidak kira siapa pun lawan, jentera BN di Parlimen Pagoh sudah bersedia. Cuma saya sarankan Pas janganlah terlalu mendabik dada sehingga rasa terlalu yakin dan kuat kononnya boleh menang jika meletakkan calon yang dicadangkan (Nik Abduh),” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, pakatan pembangkang mempunyai hak untuk meletakkan sesiapa sahaja calon mereka di mana-mana kerusi yang dimahukan, namun harus sedar pengundi di Parlimen Pagoh tidak mudah melupakan jasa Timbalan Perdana Menteri selama ini.
“Kaedah pembangkang yang ghairah dengan meletakkan calon-calon yang dikatakan popular di kalangan mereka di kawasan tertentu akhirnya akan memakan diri sendiri. Rakyat Johor khususnya di Pagoh tidak akan menerima sebarang omong kosong kerana mereka mahu lihat perlaksanaan janji dikatakan dan BN telah membuktikannya.
“Mereka (pengundi) juga sudah matang untuk menilai pemimpin mereka. Pemuda Umno Johor berkeyakinan penuh bahawa pengundi di Pagoh tidak akan memberi ruang kepada pembangkang berdasarkan prestasi cemerlang BN Johor mentadbir negeri ini yang banyak membawa manfaat kepada rakyat serta membangunkan kawasan setempat,” katanya.
Terdahulu Sinar Harian, kelmarin, melaporkan cadangan Perwakilan Pas Kelantan yang mahu Nik Abduh bertanding di kerusi Parlimen Pagoh yang kini disandang Timbalan Perdana Menteri.
'Menang majoriti: Pas sekadar berkhayal'
17 November 2012
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib itu berkata, apa yang disuarakan Harun tidak lebih hanya sebagai ubat penenang kepada ahli parti itu yang sudah mula mempersoalkan prinsip perjuangan sesetengah pemimpin mereka.
"Berdasarkan sejarah, jika semua calon Pas menang pun masih belum boleh menjadi majoriti dalam Dewan Rakyat, kecuali jika semua Ahli Parlimen Islam sepakat dalam isu hudud.
“Kenyataan itu tidak berpijak di bumi nyata. Ia hanya boleh diguna pakai jika PR sudah menyatakan hudud diletakkan dalam manifesto. Selain itu, ia hanyalah ‘penyedap’ untuk Muktamar Pas,” kata Mohamed Mustafa.
Dalam ucapan dasar pada muktamar tahunan Dewan Ulama Pas kelmarin, Harun berkata, PR sudah mencapai kata sepakat mengenai hudud namun pelaksanaan undang-undang Islam itu perlu ditangani mengikut Perlembagaan Negara.
Pada pilihan raya umum 2004, kerusi Parlimen yang ditandingi Pas adalah sebanyak 84 kerusi dan menang hanya enam kerusi, manakala pada pilihan raya umum 2008, jumlah yang ditandingi parti itu menurun kepada 66 kerusi manakala yang dimenangi, 23.
Jumlah kerusi Parlimen seluruh negara adalah sebanyak 222 kerusi. Pada pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 139 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang menang 83 kerusi, namun buat pertama kali BN tidak berjaya memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat.
Mohamed Mustafa berkata, apa yang jadi masalah bagi Pas ialah calonnya bertanding menentang calon Umno di kerusi yang sukar dimenangi.
Kes khalwat: SPA putuskan tindakan disiplin, kata KSN
16 November 2012
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kesalahan khalwat membabitkan pegawai awam yang diputuskan bersalah adalah satu kesalahan tatatertib.
"Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993.
"Beliau bersama pasanganya kini diarah bercuti sehingga siasatan dan hukuman yang diputuskan oleh SPA selaku Pihak Berkuasa Tatatertib diambil," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dr Hasan didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan di sebuah bilik hotel di sini.
Kedua-dua pasangan terbabit mengaku bersalah.
Hudud: Kenyataan Ketua Ulama jerat Pas, dakwa Perkasa
17 November 2012
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sikap Datuk Harun Taib yang terlalu yakin mendapat majoriti dalam Parlimen menggambarkan pembohongan kepada rakyat.
Ini kerana katanya, kerusi ditandingi Pas lebih kecil berbanding seteru mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.
“PRU12 lalu, Pas hanya meraih 23 kerusi dari 66 parlimen, maka bagaimana mereka mahu menyaingi jumlah seteru mereka dalam Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.
“Jika PKR dan DAP bergabung dan menolak hudud, Pas tidak akan mendapat sokongan majoriti seterusnya ia tidak akan menjadi undang-undang negara,” katanya.
Beliau turut yakin Pas tidak akan berjaya menandingi jumlah calon dalam PKR dan DAP yang akan bertanding dalam PRU13.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mencabar Pakatan Rakyat membuat deklarasi perjanjian pelaksanaan hudud sekiranya berjaya membentuk kerajaan seterusnya menawan Putrajaya.
“Kita akan lihat sama ada mereka benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
“Ia perlu dipersetujui dan ditandatangani pemimpin dalam Pakatan Rakyat termasuklah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Setiausaha Agung) Lim Guan Eng dan (Pengerusi DAP) Karpal,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Khatan Perdana melibatkan 162 kanak-kanak dan Sambutan Maal Hijrah peringkat Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir di Kampung Slow Machang, semalam.
Kelmarin, Harun berkata, Pakatan Rakyat bersetuju hukum hudud dilaksanakan jika mereka berjaya membentuk menawan Putrajaya selepas PRU13 tidak lama lagi.
Bukan itu sahaja, Harun berkata, syariat Islam turut akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi, jika pakatan pembangkang berjaya merampas negara daripada Barisan Nasional.
Polis belum dapat arahan tahan jurujual
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, penahanan hanya akan dibuat selepas wanita itu disahkan pulih oleh doktor.
Katanya, wanita itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, bagi mendapatkan rawatan lanjut dan pemantauan daripada pihak hospital.
Difahamkan, mayat bayi malang itu sudah dituntut keluarga wanita itu kira-kira jam 2 petang semalam untuk urusan pengebumian selepas proses bedah siasat. Namun, polis enggan mendedahkan punca kematian bayi terbabit tetapi akan mengambil keterangan daripada rakan suspek untuk melengkapkan siasatan.
Harian Metro semalam melaporkan, seorang wanita berusia 24 tahun melahirkan bayi lelaki di rumah sewanya Rabu lalu namun kejadian hanya diketahui kakaknya, kelmarin sebelum membuat laporan polis.
Suspek didapati mengandung selepas menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang sudah pulang ke negara asalnya sejak Mac lalu.
Mayat bayi lelaki atas katil
KLANG – Polis menangkap seorang jurujual selepas dipercayai cuba menyembunyi kelahiran bayi lelakinya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di Lorong Haji Salleh, Jalan Meru di sini semalam.
Ibu muda berusia 24 tahun itu ditangkap pada pukul 5.45 petang apabila kakaknya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis selepas terkejut menemui mayat seorang bayi diletakkan di atas katil di rumah sewa yang didiami bersama adiknya itu.
Suspek dipercayai membiarkan mayat anaknya di atas katil di dalam biliknya selepas dipercayai bimbang perkara itu diketahui keluarganya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, pasukan polis yang menerima laporan kakak suspek terus ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di atas katil.
“Polis turut menemui tali pusat bayi dalam satu beg plastik yang dipercayai dipotong oleh si ibu selepas melahirkan anaknya itu,” kata beliau ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, soal siasat ke atas suspek mendapati bapa kepada bayi malang itu merupakan lelaki Bangladesh namun kekasihnya itu sudah pulang ke negara asal sejak Mac lalu.
Mohd. Shukor memberitahu, suspek bersama mayat bayinya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk pemeriksaan dan bedah siasat.
Kosmo
Pengakuan Chua: BN perlu bentang hudud di parlimen
Abdul Aziz Mustafa, | 05 Nov 2012 |
"Oleh kerana Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) kata pihaknya hanya menolak hudud versi PAS, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) selaku ketua kerajaan BN yang diterajui oleh Umno bertanggungjawab membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen yang merangkumi perlaksanaan hudud.
"Saya yakin MCA akan menghentikan penentangannya kerana undang-undang berkenaan digubal dan dibentangkan oleh BN dan bukan lagi hudud versi PAS.
"Saya juga yakin MCA tidak akan mempolitikkan hudud lagi jika BN yang menggubal dan membentangkannya untuk diluluskan oleh Parlimen memandangkan Chua sendiri yang menyatakan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar," kata beliau.
Serentak dengan itu, Mahfuz meminta BN khususnya Umno dan MCA membuktikan bahawa Rang Undang-Undang Jenayah Syariah yang dibentangkan oleh PAS dan diluluskan oleh dewan undangan negeri Kelantan dan Terengganu tidak berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
"Sekarang Chua bercakap tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
"Saya berharap sangat Chua dan saudara-saudara seperjuangannya di dalam Umno membuktikan tanpa sebarang keraguan berdasarkan hujjah-hujjah yang kukuh bahawa Rang Undang-Undang Jenayah Syariah yang dibentangkan oleh PAS dan diluluskan oleh dewan undangan negeri Kelantan dan Terengganu tidak berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
"Chua dan taiko-taikonya di dalam Umno boleh mengajak (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) untuk bersama-sama membuktikan perkara itu memandangkan bekas Presiden Umno itulah yang menjadi pencipta dan pelopor istilah hudud PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz juga berharap Umno menyatakan bahawa ia bersedia menggubal dan membentangkan undang-undang yang merangkumi undang-undang hudud bagi menjaga nama baik agama Islam.
"Di samping melaksanakan kewajipan, Umno bertanggungjawab kepada Allah untuk menggubal dan membentangkan undang-undang yang merangkumi undang-undang hudud bagi menghentikan perbuatan jahat MCA menggunakan alasan hudud versi PAS bagi meneruskan tindakannya menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia," katanya.
Selagi Umno tidak berbuat demikian, katanya, parti itulah yang bertanggungjawab memberikan ruang dan alasan kepada MCA menggunakan alasan hudud versi PAS bagi meneruskan tindakannya menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.
Mahfuz mengingatkan, jika selepas ini MCA terus menggunakan alasan hudud versi PAS untuk menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia, Umnolah yang bertanggungjawab mendorong MCA berbuat demikian.
"Menggunakan alasan hudud versi PAS bukan sesuatu yang baru malah telah digunakan sejak kerajaan PAS di Kelantan membentangkan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah.
"Presidan PAS pada masa itu lagi, Almarhum Datuk Fadzil Noor meminta Umno mengemukakan undang-undang merangkumi hudud yang parti itu yakin berdasarkan Islam sebenarnya," katanya.
Tetapi, kata Mahfuz lagi, Umno sengaja enggan berbuat demikian kerana ia tahu keengganannya itu akan membolehkan alasan hudud versi PAS terus digunakan untuk menghina Islam dan menyebarkan ideologi Islamofobia seperti yang dilakukan oleh MCA.
250,240 ANAK LUAR NIKAH 250,240 x 2 SAMA DENGAN 500,480 PASANGAN TELAH BERZINA...ITU ADA ANAK...YANG ZINA TAK DE ANAK BERAPA PULA JUMLAHNYA...ALLAH LAH YANG TAHU...ADAKAH MASIH TAK MAHU LAKSANAKAN HUDUD...JANGAN JADI MAKHLUK YANG MUNAFIKLAH..DAN PENENTANG UNDANG2 ALLAH
Apa status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar
Harakahdaily, | 05 Nov 2012 |
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.
Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.
‘Tak mahu terlanjur lagi’
Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya.
Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya.
Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki.
Saya bersikap jujur dengannya dengan memberitahu bahawa saya pernah terlanjur. Saya ingatkan dia dapat menerima dengan hati terbuka malangnya ada maksud lain.
Dia juga ingin meniduri saya. Sejak itu, saya tidak mahu serius dengan sesiapa kerana menganggap lelaki hanya mengambil kesempatan.
Saya berasa diri amat hina sekali, walaupun solat lima waktu tapi tetap melakukan zina.
Kali terakhir saya mempunyai teman lelaki, dia juga mahu meniduri saya lalu saya nekad memutuskan hubungan. Saya amat sedih.
Sejak dari itu saya berazam untuk berubah dengan menjauhkan diri daripada zina. Mujurlah saya mendapat kerja berhampiran rumah ibu bapa jadi pergerakan saya sedikit terbatas.
Namun, sejak akhir-akhir ini, hati saya teringin berkawan dengan lelaki tapi takut kerana teringat cerita lama. Saya sengaja menduga beberapa kenalan lelaki dengan mengatakan bahawa saya pernah terlanjur. Mereka juga seperti lelaki-lelaki sebelum ini, berniat jahat.
Saya tidak tahu sampai bila ia akan berterusan begini. Saya kasihankan ibu bapa yang sentiasa mendoakan saya diberikan suami yang baik.
Saya tidak tahu bagaimana harus saya luahkan. Saya tidak mahu berzina lagi, sebaliknya ingin berkawan dan bersikap jujur.
Tolong lah saya Dr.
GADIS SEDIH,
Selangor.
Jawapan
DR simpati dan dapat memahami jiwa adik. Orang yang kehilangan sesuatu yang amat disayangi (kesucian diri) berkemungkinan berasa rendah diri.
Begitu juga individu yang berasa dihina dan tidak dipunyai sering merasa kehilangan harga diri. Keperluan psikologi ialah seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.
Individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa (Glasser 1984).
Adik tidak mendapat kedua-dua perasaan tersebut (dicintai dan dihargai). Sebaliknya, bekas kekasih dan teman lelaki hanya memanipulasi adik untuk memenuhi elemen id (keseronokan) mereka saja.
Kenyataan seperti ‘saya sangat sedih dengan diri saya’ dan ‘saya berasa diri hina sekali’ dalam konteks psikologi boleh memberi kesan kepada kecenderungan untuk merasai malu yang amat mendalam.
Individu cenderung untuk memperbesarkan masalahnya atau melihatnya dengan perasaan amat sedih. Inilah yang adik sedang rasa dan alami.
Keadaan ini biasanya akan menghasilkan perasaan takut dan bimbang yang bukan-bukan. Pemikiran menjadi tidak rasional dan sifat yang tidak rasional ialah lemah semangat atau tanpa harapan hidup.
Apa yang boleh dilakukan dalam konteks permasalahan adik ialah mencabar pemikiran mengenai kepercayaan bahawa semua lelaki yang adik kenali hanya mahu meniduri adik.
Adik boleh membina kenyataan diri yang realistik dan rasional.
Usahakan menukar pemikiran tidak rasional (tiada lelaki yang ikhlas berkawan dengan adik) dengan yakin dan percaya bahawa satu hari nanti adik akan bertemu lelaki yang mencintai adik.
Lakukan latihan mencabar pemikiran adik ini berulang kali. Ia akan membantu meredakan perasaan.
Dr melihat adik mempunyai keinginan sangat tinggi untuk berubah seperti berdoa kepada Allah agar dikurniakan suami yang dapat membimbing adik ke jalan yang diredai dan berazam tidak berzina.
Berterusanlah memohon doa. Adik juga kasihankan ibu bapamengetahui mengenai diri adik.
Dr doakan apa yang adik inginkan daripada perubahan ini akan berjaya. Allah SWT sentiasa memerintahkan umat-Nya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8)
Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.” (an-Nur, 31)
Perit teringat kisah lama
Kisahnya bermula dua tahun sebelum berumah tang�ga. Saya mengenali gadis (A) yang berumur lebih tua daripada saya. Walaupun begitu, dia memiliki rupa paras menawan. Saya mengenali A pada zaman persekolahan kerana dia menjadikan saya adik angkat. Selepas tamat persekolahan, kami terpisah kerana menyambung pelajaran masing-masing.
Selepas lama terputus hubungan, kami bertemu kembali dalam laman sesawang. Di situ, bermulalah kembali hubungan adik-kakak dan ketika itu juga A sudah berumah tangga. Pada mulanya hubungan kami normal, tapi lama kelamaan menjadi serius. Timbulnya kemesraan apabila A sering berkongsi cerita mengenai kehidupannya yang bosan dan sunyi. Suami A sering keluar dan lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakannya. Mereka juga masih belum mendapat cahaya mata menyebabkan A bosan.
Mungkin disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian suami, A berkongsi kasih sayang dengan saya. Pada masa itu, saya bujang dan tiada teman wanita hingga akhirnya terjebak dalam cinta songsang iaitu skandal bersama isteri orang. Mungkin disebabkan pemikiran yang belum matang, saya termakan ayat-ayat manis dan tidak dapat berfikiran secara rasional atas tindakan saya.
Saya menyuruhnya menggugurkan kandungan itu, tetapi A enggan. Saya cukup kesal dengan keterlanjuran itu. Kami masih berhubung, tetapi tidak berjumpa.
Saya semakin takut apabila A sering mendesak untuk melakukan lagi perbuatan terkutuk itu untuk membolehkan dia memperoleh seorang lagi cahaya mata. Saya mengelak dan memberitahunya betapa saya kesal dengan apa yang berlaku dan bertaubat tidak mahu mengulangi dosa itu lagi. Saya tidak tahu macam mana hendak berhadapan dengan suami A dan apa yang akan terjadi atas diri saya sekiranya memberitahu perkara yang sudah saya lakukan bersama isterinya.
Berilah pandangan dan jalan kepada saya supaya mampu memperbaiki diri.
Suami Gelisah
PERAK
KATA-KATA ‘di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam’ boleh membantu adik untuk tidak terus terperangkap dengan kisah silam yang bukan saja memeritkan, tapi berkesan� buruk terhadap jalur perkahwinan adik. Ikhlas Dr rasa adik sudah ‘celik akal’ apabila menyesali perbuatan yang lalu. Adik juga bertaubat tidak akan mengulangi dosa itu dan ia satu tindakan yang bijak.
Kata pepatah, ‘dunia ini umpama lautan luas, kita adalah kapal yang belayar
di lautan. Sudah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini.’
Apa yang adik perlu lakukan ialah tidak terlalu menghukum diri dan bersifat asertif untuk tidak berhubung lagi dengan A. Dengan masih menghubungi A, adik memberi harapan yang A akan gunakan sepenuhnya untuk terus bersifat oportunis.
A cuba memperdayakan dengan meminta adik melakukann perbuatan terkutuk itu untuk dia memiliki seorang lagi cahaya mata sebagai teman anak pertamanya.
Adik bukan saja dapat memuaskan nafsu, tapi dilihat sebagai ‘alat’ untuk A mendapatkan apa yang dia tidak peroleh daripada suaminya. Adik ibarat ‘tabung uji’ untuk A mendapat seorang lagi anak.
Dengan berterusan berhubung dengan A, adik juga bersifat tidak adil kepada isteri dan perkahwinan. Tentu sekali hancur hati isteri apabila mengetahui perkara ini. Jika sayangkan perkahwinan yang baru dua tahun dibina, adik tidak boleh terus menerus memberi harapan dan hati kepada A kecualilah sebenarnya adik memang sayang dan tidak mahu melepaskan A kerana kecantikan dan faktor lain.
Adik perlu membuat keputusan terbaik dalam perkara ini. Tanya diri apakah perkara paling penting dalam hidup sekarang? Fokus kepada perkara itu. Jika tidak, adik mungkin hilang keindahan berumah tangga sedikit demi sedikit.
Ingatlah ‘akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan’. Semoga akal dan hati adik akan memilih jalan terbaik.
Mudahnya nak gugur!
Oleh SHAMRAN SARAHAN, ANIZA ZAINUDIN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.
Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.
“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.
Cukuplah politik Malaysia 'disyaitani manusia', kata Hadi
16 November 2012
Merujuk kepada pentadbiran Umno-BN, Abdul Hadi berkata, di bawah kepimpinan parti itu, penyelewengan semakin merebak, maksiat, bahkan jenayah besar dan kecil dibiarkan tanpa undang-undang yang mendidik rakyat.
"Ketika ini kita berada dalam lingkungan alam yang tetap berubah, walaupun di bawah kerajaan yang berselindung di sebalik tembok besi paling kebal dalam sejarah manusia, namun tetap akan menemui ajalnya mengikut pusingan alam dunia.
“ALLAh menjadikan kerajaan ini silih berganti untuk menguji kita, kita diajar bahawa tidak ada kerajaan yang kekal dan mutlak melainkan kerajaan ALLAH s.w.t," katanya.
Oleh itu katanya, Pas sebagai salah satu komponen Pakatan Rakyat akan mengembleng usaha bersama gagasan pembangkang itu bagi memastikan agenda mentabir Putrajaya akan tercapai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.
Abdul Hadi kemudiannya menggariskan empat langkah untuk memantapkan jentera parti itu menjelang PRU13 bagi menghadapi musuh tradisi mereka, Umno-Barisan Nasional.
"Tindakan Pertama: Petugas Pas perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita.
"Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan Umno-BN.
Teguhlah dengan jamaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini," kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar Presiden.
Muktamar kali ini bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, di sini, hari ini.
"Tindakan Kedua: Petugas Pas hendaklah banyak membuat persediaan menjaga benteng masing-masing (Parlimen atau DUN) menghadapi musuh yang amat licik," kata Abdul Hadi.
Ujarnya lagi, petugas Pas juga hendaklah bersedia "menangani kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan kerana menghormati ibu bapa mereka yang masih menyokong Umno."
Jelasnya, sikap orang muda pada hari ini amatlah berbeza dengan generasi terdahulu.
"Fahamilah, bahawa mereka tidak suka ceramah yang mencaci-cela orang, mereka menyokong Pas tetapi tidak mahu menjadi ahli, mereka mahukan pimpinan Pas memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi Facebook, blog, SMS dan lain-lain," katanya.
Sementara tindakan keempat pula ialah memastikan Pas memenangi sebanyak mungkin kerusi yang diamanahkan Pas dengan keutamaan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada 2008 (24 kerusi).
"... kerusi Parlimen yang lain akan diberikan suntikan kerja yang tersusun dengan disokong oleh pimpinan pusat yang diamanahkan tugas tumpuan ini, semua parlimen yg ditandingi Pas di Sabah dan Sarawak akan juga diberi tumpuan khusus bagi menjamin kemenangan bersama," tambah Abdul Hadi lagi.
KEBANYAKAN SENJATA MAKAN TUAN...KATA DULANG PAKU SERPIH
Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad
Kumpulan
penyokong Pakatan Rakyat giat mengongsi satu laporan memetik kenyataan
bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa membenarkan orang
Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu mahu berbuat
demikian.Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.
Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.
Laporan media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi.
Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."
"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?
"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam.
"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).
"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.
Fairuz Abdullah · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia · 1,924 subscribers
Pak Lah Bukan pembankang kan ...? so...
Airis Walid · Pengulas Tertinggi · Engineer di Infineon Technologies
haaaaaaa kan dah kantoi...ISLAM HADHARI...mari2
Mohd Zahri Bakar Klonghoy · Pengulas Tertinggi · Kutip biji sawit di LKY Plantations Sdn Bhd
Ada siapa mau komen Pak Lah?? Mana Hishamuddin, mana Zul Nordin, mana lagi balaci-balaci?
David Anthony · Langgani · Pengulas Tertinggi
Hahahahahaa.... BN meludah kat langit kena muka sendiri.
Mana Pakaso? Ma"shit"ah? Jati dan Jakun?
Baik korang dengar apa Ustaz Nel Hans cakap.
Abdullah Badawi nie Islam kan? Kenapa takder orang nak kritik/serang dia?
Jangan Islam di Mykad sahaja.
Zack Snoopies · Pengulas Tertinggi
ini bkn fitnah tapi kenyataan.. baca ni...aku blh cari lg... http://www.channelnewsasia.com/ stories/southeastasia/view/ 287174/1/.html
Mansor Otman · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
phheeeewwwwwwwiiiitttt!!!!!! kelas ko dolah...lagi ganas...tapi senyap sunyi je...si katak pasir mas tak nak komen???? ahsan kayu jati tak nak komen??? ulama umno tak nak komen????
Annuar Ismail · Pengulas Tertinggi · Bekerja di FBI – Federal Bureau of Investigation
Inikan imam hadhari
Diplomatik Bebas · Langgani · Pengulas Tertinggi · 195 subscribers
Kita kena kembali kepada Sistem Islam.
Apa hukum murtad kalau sengaja?
Hukumnya ialah bunuh. Apa lawyer cakap lain? Itu lawyer. Lawyer tu pun Allah yang jadikan.
Rujukkan:
http://soaljawab.wordpress.com/ 2007/05/18/ sekilas-berkenaan-hukum-mur tad/
KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!
Hisham Abd Rahman · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuli di Home Ministry
Ni dia statement dari Imam Hadhari,,, seorang PM yang dianggap alim, mr clean, berpengetahuan agama,, kata2 dia ini aku tengok macam dah setaraf dengan Imam MCA @ pelakon blue Chua Sex Lex?? Benarkan org Islam untuk murtad,,, Statement tu sama ke mcm dgn statement Nurul Izah?
Uncle'mus Bah · Pengulas Tertinggi
mintak Uztazah MAsitah & Menteri2 yg tetiba jadi Uztaz ...sila beri pandangan berbeza...selamat beramal........
Niru Ssb · Langgani · Pengulas Tertinggi · Smk balai ringin serian sarawak
Apa reaksi kj dgn kenyataan pak mertua, nak buat demo untuk menentang siapa........TELAN MATI UMNO, LUAH MATI EGO DAN BONGKAK......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan